Dulu bekerja sebagai juruterbang dan diberi cuti tanpa gaji. Siapa sangka munculnya pelangi selepas hujan. Kini juruterbang ni dalam masa yang singkat dia berjaya buka restoran.

Viral

Susulan pandemik C0VID-19, ramai yang terjejas pendapatan sehingga ada syarikat gulung tikar. Malah, syarikat penerbangan turut mengalami kerugian besar susulan banyak pintu sembadan negara ditutup. Seperti seorang lelaki ini yang sebelum ini bergelar juruterbang di Malindo Air, namun kini membuka Restoran.

Selepas Capt Azrin Mohd Zawawi ada pula yang mengikut jejak langkahnya. Capt Mohamed Razif Bin Yunus. Capt Razif terus membuka restoran susulan diberikan cuti tanpa gaji sebagai juruterbang di satu syarikat terbesar iaitu Malindo Air. Bukanlah lakonan semata-mata, malah Capt Razif sememangnya salah seorang daripadanya.

Siapa sangka Capt Razif yang segak dan bergaya, seorang lelaki yang dulu dilihat lengkap berpakaian seragamnya seperti juruterbang kini membuka satu kedai nasi briyani terbaik di Rawang yang diberi nama “Mamu Briyani House”.

Tanpa perlu ke Lapangan Terbang lagi, kini orang ramai boleh melihatnya sendiri di kedai ini. Menurutnya, dia tidak kisah untuk bertukar kerjayanya sebagai satu pengusaha kecil bagi “Mamu Briyani House” ini. Sebagai seorang muslim, mestilah kita percaya bahawa rezeki itu ada dimana-mana. Tidaklah semestinya kita perlu berharap di bawah satu kerjaya sahaja. Bak kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Pandemik ini telah banyak mengajar saya dalam hidup saya. Perjuangan itu nyata. Saya adalah kapten di salah satu syarikat penerbangan tempatan, kerana pada musim MCO tidak banyak penerbangan dilakukan dan kami mendapat cuti tanpa gaji. Dalam tempoh ini, saya dan isteri saya mengembara apa yang boleh kami lakukan untuk menjana pendapatan kami. Saat itu muncul idea untuk menjual briyani.

Saya belajar memasak dari ibu saya bahawa dia sangat pandai membuat briyani dan resipi yang dia gunakan adalah dari nenek moyang dan semua rempah-rempahnya dibuat sendiri. Alhamdulilah saya berjaya menguasainya dan memasak sendiri dan membiarkan beberapa rakan untuk merasainya.

Alhamdulilah, Jawapannya baik. Saya dan isteri memutuskan untuk memulakan perniagaan kecil dari rumah iaitu dengan melakukan penghantaran. Pada waktu ramadan, kami mengambil pesanan dari rakan saya yang suka menderma ke rumah anak yatim. Kami mula memasak untuk 20 orang pada mulanya dan sehingga 100 orang pada satu masa sementara pesanan semakin tinggi setiap hari.

Kami juga hadir dengan idea untuk menyampaikan briyani dalam Bucket yang dapat menampung 5-15 orang dalam satu baldi, responsnya juga baik. Saya tidak pernah menyangka saya akan terlibat dalam industri makanan tetapi cinta saya kepada briyani berubah menjadi perniagaan penghantaran

pulang ke rumah dan akhirnya disebabkan oleh peningkatan permintaan dan masa depan yang tidak dijangka saya memutuskan untuk membuka restoran Briyani yang dipanggil Mamu Briyani House. Ia merapatkan sayap yang patah. Kami akan pergi jauh lagi dari sebelumnya. Insya Allah.

Antara menu yang menjadi tarikan adalah Bamboo briyani yang dihidangkan menggunakan daun pisang, Kari kepala ikan, ‘brew coffee’ yang dihidangkan secara segar pada pelanggan yang kunjung.

Seperti yang diketahui oleh semua rakyat Malaysia. Kebanyakkannya banyak syarikat perkhidmatan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 kali ini. Menyedari perkembangan Syarikat Malindo yang berlaku ini, Capt Razif nekad untuk membuka satu kedai makan dengan bantuan beberapa orang dibawahnya.

Dalam pada itu, perkongsian ini telah mendapat pujian daripada warganet. Rata-rata mengucapkan tahniah usaha yang dilakukan oleh captain ini. Malah restoran ini turut dipuji dengan kebersihannya. Apa yang pasti, tidak toleh kebelakang lagi bagi meneruskan kelangsungan hidup. Biarpun jauh beza kerjaya dulu dengan sekarang, namun ia tetap mempunyai misi yang sama iaitu untuk memastikan keluarga dapat menjalani kehidupan dengan baik.

5 port nasi briyani terbaik di Malaysia.

Malaysia adalah kawasan berjiran diantara Singapura dan indonesia. Negara ini juga meliputi beberapa negeri yang ada didalamnya. Malaysia juga terkenali dengan pelbagai menu makanan yang diminati ramai termasuk pelancong asing.

Untuk makanan tengahari, apa kata anda cuba Nasi Briyani yang digemari ramai. Ianya bukan sahaja menu yang melazatkan malah sangat mengenyangkan. Kami yakin ia mestilah termasuk dalam salah satu makanan kegemaran anda semua.

Bajet ketat namun masih ingin menikmati nasi briyani? Kami akui bahawa harga yang ditawarkan di sesetengah restoran di Malaysia agak mahal, namun tak mustahil untuk menjumpai restoran yang menawarkan harga yang berpatutan.

Untuk anda yang tertanya-tanya dimanakah restoran terbaik yang menghidangkan Nasi Briyani. Berikut kami senaraikan untuk permudahkan anda memilih restoran yang bakal anda kunjungi.

1. Mamu briyani House.

Alamat : No.1 G, Kemaris Avenue, Jalan Kawasan Perindustrian Rawang, Sungai Bakau, 48000 Rawang, Selangor.

Waktu operasi : setiap hari ; 10 am – 10 pm

Facebook page : Mamu Briyani House

Mamu briyani cukup terkenal dengan cara hidangannya yang dilapikkan daun pisang dan dimasak dalam buluh itu sendiri. Rasa nasinya juga berbeza dengan nasi briyani ditempat lain. Sesiapa yang mengunjung pasti akan rasa perbezaan kelazatannya. Harga nasi briyani di sini serendah RM15.90.

BAMBOO BRIYANI
NASI DAUN PISANG + KARI KEPALA IKAN

2.Briyani King.

Alamat :  No.5, Susunan Stesen 18, Stesen 18, 31650 Ipoh, Perak

Waktu operasi : 11am – 11pm

Website : Briyaniking.com

Briyani King terkenal dengan pot briyani, Briyani kambing Goreng dan berbagai lagi menu.

3.Hameediyah Restaurant.

Alamat : 164, Lebuh Campbell, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi : setiap hari ; 10 am-10pm

Facebook page : Hameediyah Restaurant

Hameediyah Restaurant selain nasi briyaninya, ia juga cukup terkenal dengan paste daging rendang, ayam kapitan dan kambing my sore dengan harga yang berpatutan.Salah satu menu yang laku keras di restoran Hameediyah ini ialahh briyani. Lauk yang menjadi pilihan ramai ialah lamb shank, kari kambing dan ayam tandoori. Jika anda tak cuba, memang rugi!

4.Abah Beriani House

Alamat : NO.12, Jalan Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi : setiap hari ; 11am-9.30pm

facebook page : Abah Beriani House

Selain nasi briyani yang melazatkan, Abah Beriani ini juga ada mengeluarkan kerepek ikan bilis, beras basmathi dan macam-macam lagi.

5.Ayman Restaurant

Alamat : lot 1621f,jln tengku mohd ma, Åsum, lembah bunut payong, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi : setiap hari ; 8am – 4pm

Nasi briyani yang dihidangkan sangatlah cukup rasanya dan nasi juga tidaklah terlebih masak. Selain itu, Ayman restaurant ada juga menyediakan capati yang dihidangkan dengan kacau pow dan perasan asam limau bagi rasanya lebih segar.

Walaupun terlalu banyak restoran yang menghidangkan nasi briyani. Namun tak semua mampu menandingi resepi sebenar nasi briyani yang berempah dan asli resepinya.

Sudah jumpa restoran nasi briyani di Malaysia yang ingin anda tuju? Atau anda mula rambang mata tak tahu nak singgah yang mana? Tidak mengapa, singgah sahaja satu-persatu terlebih dahulu.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!