Empat hari lepas bina mahligai tiba tiba jam lima pagi suami makan sambil mencangkung. Melompat sana sini macam monyet. Isteri terkejut suami berperangai macam tu. Rupa rupanya suami ada satu tabiat pelik sampai pernah kencing atas muka isteri.

Foto sekadar hiasan. Bismillahhirahmannirahim. Hampir 5 tahun suami aku sembuh dari penyakit skiz0frenia. Dari makan ubat d0s yang tinggi sampai ke pada d0s rendah. Sepanjang 5 tahun perkahwinan ni segala susah payah kami lalui bersama. Dari rumah kosong sampai penuh barang. Dari tidak mampu beli rumah sampai lah kami menunggu masa jer rumah kami siap. Hidup kami semua lengkap tapi Tuhan lebih mengetahui.

Hari ni genap sebulan lebih suami aku ada penyakit mental skiz0frenia buat kali kedua. Penyakit yang kian membiak. Nampak luaran seperti normal sekali datang penyakit tidak tertanggung aku nak menghadapinya dengan dua orang anak yang masih kecil. Yang sulung berusia 4 tahun sangat manja dengan papanya dan si adik baru 1 tahun 8 bulan belum mengerti apa-apa lagi.

Ini bukan kali pertama dia dapat penyakit ni tapi adalah kali kedua aku merasanya. Kali pertama 4 hari selepas aku kahwin. Dia bangun pagi dalam pkul 5 mengamuk macam orang tak betul. Aku terkejut dengan situasi demikian dengan makan roti mencangkung makan sampah mencangkung lompat tangga macam beruk. Aku tengok jer aku tak tahu nak buat apa. Sedangkan masa itu kami baru sahaja menyewa rumah. Baru satu malam kami tido.

Petang tu kami datang rumah sewa kemas bersih sama-sama tup-tup bangun pagi buta dia jadi orang tak waras. Aku terkejut tergamam tak tahu nak buat apa. Hanya aku call adik dia suh datang tengok. Jiran-jiran semua datang marah aku cakap kenapa bawak orang tak waras datang kawasan ni. Aku diam seperti orang tak bijak. Itulah kisah mula-mula aku mengenali penyakit skiz0frenia.

Bermula dari saat itu lah aku rasa aku ni dah tersalah pilih, nasib aku malang aku ditipu. Bongok kan dari awal-awal lagi aku tidak berpisah. Mula-mula memang aku hendak berpisah tapi tiba-tiba aku tahu aku hamil 1 bulan lebih.

Aku ada terpikir nak gugur jer sebab tak nak ada zuriat dengan orang penyakit sedemikian. 5 bulan selepas itu suami aku sembuh. Itu pun selepas dia kelar tangan buat kali kedua dan dimasukkan ke wad mental selama seminggu.

Macam-macam rintangan aku tempuh. Aku pernah dibeduk sampai lebam mata hidung keluar cairan merah, dia pernah kencing atas muka aku. Untuk kali ke dua ni tepat pada hari lahirnya yang ke 32. Sakit dengan tiba-tiba. Tapi seminggu sebelum tu 2@3 hari dia tidak tidur malam siapkan drawing. Dia bekerja sebagai draughtsman.

Bermula dari hari sakit aku terus hantar dia ke rumah keluarganya. Rumah keluarganya didiami adik – beradiknya yang belum kahwin. Maknya telah pergi menghadap illahi 4 tahun lepas. Si ayah tinggal dirumah satu lagi bersama mak tiri barunya. Rumah ayah mertua aku tidak jauh dari rumah aku.

Sepanjang suami aku sakit tidak sekali dia datang bertanya khabar. Adik – beradiknya pulak main tolak ketepi hantar suami aku ke rumah. Alasannya suami aku akan sembuh sekiranya berada disisi isteri dan anak. Aku pulak f0bia trauma peristiwa dahulu dia pernah beduk aku. Aku takut tidur pon tidur ayam takut dia beduk aku dan anak-anak. Yelah penyakit skiz0frenia penyakit bahaya. Suka beduk orang baling barang pecahkan barang sepak orang. Aku tahu nak explain macam mana.

Aku pernah terdetik dalam hati kalau sekali lagi dia sakit aku nekad untuk berpisah kerana penyakit memang tidak akan sembuh dan ianya perlu bergantung pada ubat dan tidak boleh hidup dalam keadaan strees. Sekarang aku dan anak-anak sedang berehat di kampung aku. Si adik seronok riang gembira dan si abang nampak masih rindukan pelukan papanya. Aku pulak masih lagi bersedih entah laa aku rasa seperti mimpi tiada ribut tapi semua hancur sekelip mata. Sekarang aku tengah cekalkan hati untuk proses perpisahan.

Aku risau selepas ni aku nak kerja apa nak bagi anak aku makan apa dengan tiada kereta tiada rumah. Si anak pulak masih terkejut tiba-tiba papanya tiada. Tiada yang suapkan dia orang mkn tiada orang yang hantarkn si abang mengaji yang dodoikan pada waktu malam.

Aku pon dalam proses untuk menerima kehilangannya. Orang selalu tolong aku pergi beli lauk basah, tolong pergi mesin kelapa, tolong sidai baju, tolong mandikan anak. Sekarang suami aku berada dirumah keluarganya. Aku suruh dia berehat disana sampai betul-betul sembuh. Selepas dia sembuh baru aku jalankan proses perpisahan. Doakan aku kuat nk tempuh dugaan besar ni.

Aku tulis sekadar luahan hati yang terbuku yang mampu aku nak simpan. Mama dan abah aku pon baru tahu cerita ni. Selama ini aku simpan sorang tak mahu mama, abah dan abg aku risau. Tak mahu mereka malu ada menantu tak waras.

Untuk pengetahuan korang aku kenal suami sewaktu kami sama-sama belajar di politeknik. Aku tengok dia waktu belajar elok normal tak macam orang tak waras pon. Lepas kenal kahwin baru tahu yang dia dari kecil dibesarkan oleh opah dan atok. Manakala ayah dan ibunya dua-dua kerja di KL. Dia ada 8 orang adik beradik. 4 dibesarkan di kampung. 4 lagi dibesar oleh mak dan ayah.

Dengar cerita pon macam pelik pening jugak aku pikir kenapa mengapa ada mak ayah sebegitu. Pandai buat tapi malas nak jaga. Alasan tiada duit tiada pengasuh. Aku pernah tanya maknya kenapa tinggal dia dari kecil macam tu. Hanya diam tanpa sebarang jawapan. Aku fikir dari jalan cerita awal mungkin suami aku ni berpenyakit skiz0frenia dari kecil kerana strees dari kecil.

Ok la aku malas dan nak tulis panjang – panjang. Aku pon dah pening apa yang aku tulis ni. Maaf la kalau yang aku tulis korang tidak faham. Kalau tak faham tak payah baca. Doakan aku dipermudahkan segala urusan. Assalamualaikum.

Perkongsian wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Nurul Syahida Syabil –Puan, tengok Ig Fynn Jamal. Belajar dari dia sebab suami dia pon skiz0. Banyak kan join grup2 pasal health mental ni. Ada je banyak group psal skiz0 dan penyakit mental yang lain. Penyakit ni boley dikawal dan dijaga kalo puan tahu cara. Suami puan perlukan sokongan dan dorongan. Semasa dia sihat dia normal dan penuh tanggungjawab, kasih syang. Semasa dia sakit, puan sampai hati ke nak tinggalkan dia cmtu je? Hidup memang ada up and down.

Puan terfikir tak kalo lepas ni mana tahu puan dapatt suami yang sihat normal tapi xbrtanggungjwb, pemalas, biawak hidup, kaki perempuan, tak sayang anak2 puan macam anak sendiri etc. Puan fikir la yang terbaik utk puan dan anak2.

Mohd Nizam –Kesian gak takkan la nak tinggalkan laki confessor yang sakit macam tu je? Macam mana kehidupan die nnt kalau adik beradik die pun taknak jaga? Nnt jd macam gelandangan yang selalu merayau2. At least kene ade org jaga die. Cuba confessor try bawa rawatan darus syifa atau rawatan tradisional.

Amir Johan –Berpisah lebih baik. Sayang diri sendiri dan anak2. Skiz0 ni tunggu dapat bisikan je, nanti bini dan anak pun dah tak kenal, boleh jadi kes besar. Lagipun suami puan sepatutnya berterus terang sebelum kahwin pasal condition dia. Orang kat sini tak tahu apa yang puan rasa dan lalui. Baik pilih jalan selamat.

Naema Salam –Bawala dia ke hospital. hantar kt umah adik beradik x selesaikan masalah. skiz0 ni depa ada paranoid. takut juga klu xcontrol boleh smp membahayakan nyawa orang. p kt spital, depa akan tahan dia d wad.. ada acute treatment utk relaps skiz0phrenia ni. kdng3 ubat xmakan pun boleh buat penyakit depa mai blk. jln terbaik, bawa dia p spital.

Miza Norizan –Isteri berhak rasa selamat dalam rumahtangga. Isteri berhak selfish untuk kebahagiaan diri sendiri. Confessor, you are entitled to your own happiness. Kalau suami tak boleh berikan rasa selamat, anda berhak pilih untuk keluar dari perkahwinan. Isteri bukan perlu untuk berk0rban segala-galanya. Please take care of your own mental health also.

Raja Shahirah –Puan, org yang sakit skiz0frenia ni, dengan support system yang betul, compliant dgn med1cation, patient boleh hidup as normal as other healthy people. Puan x kesian ke dekat suami puan, dibuang mak ayah, adik beradik, skrg ni puan pun nk tinggalkan dia. Nak jauhkan anak2 dari dia.

Sy nasihatkan puan pergi kaunseling utk diri puan sendiri, on how to cope with schiz0phrenic sp0use. Boleh ade sesi khas dgn psych1atrist. And at the same time, support suami puan, help him to be compliant with his medicati0ns, help to prevent relapse of the disease, InShaAllah boleh hidup normal macam org lain.

Emirul Nor –5 tahun dah cukup lama dia bersabar. Mak dan adik kandung saya pun dignos sebagai skiz0 dari dulu sampai skrg. Bukan senang nak jaga. Biar la puan ni pilihan hidup dia sendiri. Dia pun berhak bahagia. Sebenar nya korang Menulis lagi senang dari menghadapi. Cuba kena batang hidung sendiri , boleh hilang akal jugak.

Kania Nur –Yang tak pernah ada diantara pesakit seperti ini tak yah memandai mandai bagi nasihat erkk, ko nak tau ke pesakit macamni jiran i kat Sabah dulu kelar anak bini dia ,dah lah bini dia tengah mengandung, dah 12 tahun bini dia sabar, tapi Last anak bini dia kelar sampai tsk brnyawa.

– Mama sayang abang dan adik (Bukan nama sebenar) via iiumc

Moga segala urusan puan ini dipermudahkan. Apa pula kata anda. Diharapkan pengkongsian ini memberi dapat manfaat dan dijadikan tauladan buat semua pembaca semua. Diharap pembaca juga dapat mengambil yg baik- baik yang tak elok jangan ikut pula. Jom share dan komen pendapat anda – Team Johodaily.

About ApamPink 1312 Articles
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah-ertikan, kami tidak akan bertanggungjawab. JIKA ANDA SUKAKAN SALAH SATU ARTIKEL, JANGAN LUPA SHARE...