Farah Ahmad positif demi kebaikan masa depan anak anak. Tetap akan hantar anak ke sekolah dan galakkan vksin.

categorized

Pelakon Farah Ahmad yang kini hangat dengan drama The Hotel mengambil positif langkah kerajaan untuk memberikan suntikan vksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 tahun sehingga 17 tahun demi mengekang penularan wabak tersebut. Menurut Farah yang mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu, Dhia Farhana, Thia Farhana dan Mhia Farhana dia menggalakkan anak-anaknya mengambil suntikan vaksin sebelum kembali bersekolah.“Anak-anak saya termasuk dalam kumpulan yang sudah layak menerima vksin CvdI9 dan saya memang memberi galakan kepada mereka untuk ccvk. Dan setakat ini mereka okay. Apa lagi pilihan yang kita ada untuk memastikan kesihatan dan keselamatan anak-anak dalam keadaan sekarang ini? Kita semua sentiasa terdedah dengan virus ini dan ada juga varian-varian ganas seperti Delta dan sebagainya, sudah tentu saya risau. Untuk memastikan anak-anak sihat, sekurang-kurangnya sistem imuniti mereka lebih kuat dan saya rasa vksin adalah ikhtiar terbaik buat masa ini,” katanya.

Mengulas mengenai sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi, Farah berkata dia tetap akan menghantar anak-anak untuk meneruskan pembelajaran di sekolah, demi masa depan mereka. “Sebagai seorang ibu, sudah tentu banyak perkara yang bermain di minda. Tentang SOP di sekolah, mampukah anak-anak jaga diri mereka sendiri. Tetapi demi masa depan, mereka perlu juga bersekolah seperti biasa. Tawakal kepada Allah supaya anak-anak kita sentiasa dilindungi-NYA,” katanya positif.

Farah memberikan pandangan tersebut ketika program Instagram Live Amal NR4FRIDAYS anjuran NR atau dikenali sebagai Nona Roguy sebelum ini.Topik yang dikupas Farah pada 24 September lalu adalah mengenai ‘Vks1n CvdI9: Persediaan Anak-Anak Ke Sekolah’. Selain Farah, turut bersama dalam perbincangan tersebut ialah Ketua Strategi dan Inovasi NR, Radhiah Ahmad, Dr. Ezzah Nafisah dan wartawan jemputan. Sementara itu Radhiah Ahmad berkata, program Instagram Live Amal NR4FRIDAYS diadakan untuk berkongsi dan menyentuh pelbagai isu berkaitan kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental semasa tempoh kawalan kendiri ketika wabak CvdI9 melanda negara.

“Ia juga memberi peluang untuk pengikut berinteraksi bagi mengupas dan membuat perkongsian ilmiah mengenai Covid-19. Tajuk yang disusun bersama rakan selebriti NR menjurus berkaitan program kesedaran kepada masyarakat umum,” katanya. Program Instagram Live Amal NR4FRIDAYS yang bermula pada 10 September lalu turut menampilkan rakan selebriti seperti Anzalna Nasir, Farah Nabilah dan Tasha Manshahar.

Dalam pada itu, Farah menyifatkan pembabitannya dalam program tersebut memberi peluang kepadanya untuk mendapatkan lebih banyak informasi mengenai CvdI9. “Pertama kali saya diundang menjadi hos, walaupun di Instagram. Terima kasih kepada Madam D (Radhiah) kerana sudi mengundang saya dan menganjurkan program yang sangat bagus seperti ini.“Banyak input yang saya dapat termasuk perkara baru berkaitan CvdI9. Bukan saya sahaja, malah mereka yang mengikuti live ini juga dapat manfaat,” katanya. Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.