Anak dah masuk 4 bulan dan dia rindu nak buat sesuatu ini. Akhirnya Fazura dedah perasaan bila tinggalkan anaknya

Artis

Jika dihitung,anak kepada Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya sudah berusia empat bulan.Difahamkan selepas sahaja melahirkan cahaya mata pertama pada 2 Oktober tahun lalu, Nur Fazura luahkan rasa rindu untuk kembali ke set penggambaran.

Biarpun keinginan itu menebal, namun dia tidak sampai hati untuk meninggalkan anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya untuk beberapa jam di rumah.”Saya selalu ditanya sama ada saya berasa rindu untuk berada di set, jawapannya sentiasa ya. Orang yang kenal saya, mereka tahu betapa saya suka bekerja dan menjadi seorang pelakon adalah minat nombor satu saya.

“Tetapi sekarang saya sudah bergelar ibu, rasa berat nak tinggalkan anak berjam-jam sehari. Macam mana saya nak atasi perkara ini? Perlukan nasihat daripada ibu-ibu yang rajin bekerja di luar sana,” soal Fazura.Perkongsian isteri kepada pelakon Fattah Amin itu di Instagram miliknya pada Ahad mendapat perhatian daripada penyanyi Liza Hanim yang turut memberi tip menguruskan anak sebelum kembali bekerja.

Artis yang pernah melalui pengalaman yang sama, Liza memberi nasihat kepada Fazura supaya menggunakan masa sekarang untuk mencari penjaga yang terbaik dan dipercayai.”Sebagai ibu kepada lima orang anak, ini dikatakan separation anx1ety, dan ia perkara biasa. Hari pertama saya bekerja selepas tiga bulan berpantang, saya menangis! Masa anak kelima tau.

“Tapi awak akan biasakan diri sebab kita bekerja untuk anak-anak juga. Gunakan waktu awak sekarang untuk mencari penjaga yang terbaik dan boleh dipercayai.”Beberapa bulan pertama, saya upah penjaga… jadi, baby saya boleh ikut saya ke lokasi sebab menyusu badan kan… tapi sekarang tempat paling selamat adalah rumah… harap ini dapat membantu awak,” komen Liza.

Membalas komen tersebut, pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini memberitahu dia tetap berasa gementar untuk kembali ke set penggambaran biarpun anaknya kini sudah berusia empat bulan.Bagaimanapun, aktres berusia 38 tahun ini berharap diberikan kekuatan dan dapat bekerja dalam masa yang sama meluangkan masa dengan anak perempuannya.

“Faz kalau baru melangkah keluar pintu dah rindu anak. Lepas itu, tengok video dia macam berhari tak jumpa padahal baru dua jam. Sekarang pun Fatima dah empat bulan dan kalau nak shoot tu pun selepas raya.”Tapi, tetap gementar! Insya-Allah… semoga ada kekuatan dan berharap kita dapat bekerja dalam waktu bersama dia juga. Terima kasih sis,” kata Fazura.

Lepas Tiga Bulan Fazura Baru Dedahkan Muka Anak. Fazura Dedahkan Terpaksa Ambil Pembantu Untuk Membantunya Dan Dia Hadiahkan Sesuatu Buat Pembantunya

Setelah sekian lama iaitu tiga bulan sembunyikan wajah anak, 1 Januari lalu pasangan tersebut iaitu Fazura dan Fattah Amin akhirnya dedahkan wajah anak kesayangan mereka,Nur Fatima Aisya kepada umum. Baru baru ini,Fazura ada berkongsikan kisah di mana dia terpaksa ambil pembantu luar memandangkan pembantu dan pengasuhh yang diupahnya tak dapat masuk ke Malaysia susulan COVID19

Menerusi perkongsian itu, Fazura berkata selama dua bulan dia dan Fatima dijaga oleh seorang wanita dikenali sebagai kak Amy dari @lavenderconfinementcare.Kata Fazura lagi, sepanjang tempoh tersebut, Amy tinggal bersama mereka, memasak serta mengurutnya. Fazura turut memuji sikap Amy yang sangat menyayangi anaknya seperti anak sendiri.

Sebagai tanda penghargaan di atas, Fazura turut menghadiahkan beg berjenama buat Amy sebagai tanda kenang-kenangan.Beruntungnya dapat hadiah jaga anak Fazura, orang lain tunggu tiga bulan nak tengok wajah Fatima. Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 2017.

Gara Gara Tak Dedahkan Wajah Ank Ada Individu Yang Cakap Ank Fazura Sumbing Ni Buat Ramai Yang Panas Hati. Sekali Ini Respon Yang Lain.

Pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura menegaskan mereka bakal menunjukkan wajah anak sulung mereka, Nur Fatima Aisya apabila sampai waktunya. Masih menyembunyikan wajah Fatima daripada tatapan umum biarpun di media sosial, kata Fattah, keputusan itu datang daripada mereka sekeluarga dan bukannya perjanjian hak eksklusif dengan mana-mana stesen televisyen.

“Tak ada eksklusif dengan mana-mana stesen televisyen pun untuk mendedahkan wajak anak, memang tiada produksi atau client yang berunding mengenai perkara ini. “Buat masa sekarang belum ada tarikhnya lagi, kita merancang akan tunjuk wajah Fatima tapi tak tahu bila. Itu keputusan kami sekeluarga.

“Baru-baru ini pun saya ada buat majlis cukur jambul di rumah sendiri walaupun pada mulanya ada merancang untuk buat kenduri. Tetapi keadaan tak mengizinkan, mungkin sebab itu jugalah kami tangguh dulu (daripada mendedahkan wajah anak),” kata Fattah kepada Gempak.

Justeru, Fattah memberitahu kewujudan Instagram khusus @fattzuralovelife juga menjadi medium perantara untuk berkongsi perihal tentang permata hati mereka. Dalam pada itu, Fattah akui teruja merasai pengalaman sulungnya sebagai bapa.

“Bila sudah jadi daddy ni semua bagi pesanan dan doakan yang terbaik untuk keluarga. “Apa yang dapat saya kongsikan, sudah dapatlah merasai pengalaman tak tidur malam sebab anak menangis setiap tiga jam. Jadi, timbul rasa tanggungjawab itu untuk bangun tengah-tengah malam.

“Memang ini pengalaman yang tak dapat dilupakan. Orang kata kena nikmati detik ini sebab baby tak selamanya kecil dan apabila mereka sudah besar kita akan merindui momen-momen ini,” tambahnya. Fattah dan Fazura melangsungkan pernikahan pada majlis tertutup di sebuah hotel ibu negara pada 27 November 2017 dan menimang cahaya mata sulung, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Komen Warganet:

Komen tersebut meraih hampir 1000 tanda suka. Tapi sebenarnya ramai juga yang tidak berpuas hati dengan komen tersebut lalu meminta mak cik bawang ini untuk untuk bertaubat.

Fattah Amin Tercalon Dalam 100 Lelaki Paling Kacak Di Dunia Tahun 2020. Terkedu Ini Pula Reaksi Dari Fazura. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Reaksi Dia.

Pelakon Fattah Amin akui terkejut apabila sekali lagi tersenarai antara lelaki paling kacak dunia pada tahun 2020. Jelas Fattah, 30, dia bersyukur kerana masih ada peminat yang mencalonkan namanya dan tidak menyangka akan tersenarai lagi sekali.

“Syukur Alhamdulillah… Itu yang boleh saya katakan. “Sebelum ini pun pernah ada tersenarai, kemudian tahun ini pun ada lagi. Saya pun tak sangka. “Kalau tak salah, itu pun hasil daripada orang undi,” katanya kepada Gempak.

Fattah merupakan selebriti tunggal dari Malaysia yang menerima pencalonan tahun ini anjuran TC Candler. Pencalonan dipilih berdasarkan undian dan komen peminat yang dihantar ke laman YouTube rasmi TC Candler, sebelum 100 nama Jejaka Paling Kacak dan Wanita Paling Cantik disenarai pendek. 

Bekas juara Hero Remaja itu mendapat tentangan sengit daripada tiga selebriti Indonesia, beberapa aktor Hollywood seperti Leonardo DiCaprio dan Chris Evans serta artis K-Pop. Mengulas mengenai reaksi isterinya, Nur Fazura apabila dia tersenarai dalam calon tersebut, cerita Fattah senarai itu pernah diulang siar dalam akaun Instagram aktres itu sebelum ini.

“Faz ada repost dari Instagram saya. Katanya ‘wow’, mungkin dia bangga dengan suami dia,” tambahnya ringkas. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media

Sumber: GEMPAK

Baru Selesai Habis Pantang Selama 44 Hari Sekali Fazura Terkejut Dengan Apa Yang Jadi Pada Dirinya. Tak Sangka Lepas Habis Pantang Sampai Macam Ni Jadi.

Aktres jelita pujaan ramai, Fazura kini selesai menjalani pantang selama 44 hari dan boleh menarik nafas lega kerana bukan sahaja boleh makan makanan kegemarannya malah cincin tunang dahulu juga sudah muat untuk dipakai kembali!

Perkara itu dikongsi Fazura di laman sosial Instagram miliknya dengan kapsyen, “Yay cincin tunang dah muat balik” – tulisnya sambil tag Fattah. Sementara itu meninjau di ruangan laman sosial Instagram Fattah, beliau turut berkongsi story sedang menemani Fazura makan makanan kegemarannya.

“kesian craving lama sangat” ujar Fattah. Awhh sweet la Fattah ni! Dalam pada itu, Fattah sempat bertanyakan pada Fazura apakah perasaannya selepas habis pantang. “How do you feel selepas habis pantang?” Aktres itu secara spontan menjawab pertanyaan suaminya, “Alhamdulillah, tetapi lepas habis pantang pun kena lah jaga” jawab Fazura. Fazura sebelum ini selamat melahirkan bayi perempuannya yang diberi nama Nur Fatima Aisya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Sumber : hotfm

Fazura Muat Naik Gambar Ank Dekat Ig Sekali Warganet Perasan Neelofa Ada Buat Sesuatu. Rupa Rupanya Ini Yang Neelofa Buat Sampai Jadi Perhatian Warganet.

Seperti umum mengetahui bahawa sebelum ini telah tercetusnya kontroversi mengenai ‘pergolakan’ yang berlaku antara pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa dan pelakon cantik jelita, Nur Fazura. Kontroversi itu menjadi bualan hangat warganet selepas kedua-dua artis tersebut seakan-akan menyindir antara satu sama lain di media sosial.

Lebih menguatkan lagi spekulasi tersebut adalah apabila Noor Neelofa sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon kacak, Fattah Amin. Walaupun begitu, hubungan mereka dikatakan berakhir sekitar tahun 2016 dan Fattah Amin kemudian digosipkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Nur Fazura. Hubungan cinta yang terjalin antara Fattah dan Fazura akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.

Ekoran daripada itu, mulalah timbul spekulasi yang mengatakan bahawa Neelofa dan Fazura tidak mempunyai hubungan yang baik malah mereka dikatakan sering menyindir antara satu sama lain. Walaupun sebelum ini pernah kecoh tentang hubungan Neelofa dan Fazura tetapi lama-kelamaan isu tersebut seakan sudah dilupakan oleh warganet.

Tetapi sejak kebelakangan ini, isu kedua-dua artis ini telah kembali menjadi bualan hangat selepas warganet melihat Neelofa ada memberikan tanda ‘like’ terhadap gambar anak pasangan pelakon, Fattah Amin dan Fazura yang dikongsikan semula di Instagram Meletop. Warganet mula beranggapan bahawa Neelofa kini sudah ‘move on’.

‘Sayang Lofa’

Menjengah ke ruangan komen, ada juga dalam kalangan warganet yang suka dengan perubahan tersebut selain berharap hubungan Neelofa dan Fazura berada dalam keadaan baik dan mereka dapat melupakan persengketaan yang terjadi pada suatu ketika dahulu. Tidak kurang juga, biarpun wajah anak perempuan Fazura tidak kelihatan tetapi kebanyakan netizen sudah mula memuji kecomelan bayi itu dan mengharapkan dia dapat membesar menjadi anak yang solehah.

Sumber: Meletop

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kandungan Fazura Tidak Bergerak. Mengejutkan Fazura Tampil Dedahkan Sesuatu Tentang Kandungannya. Tergamam Ini Keadaan Fazura Sekarang.

KUALA LUMPUR: Melihat perkembangan Nur Fazura selepas mengumumkan kehamilan, beberapa bulan lalu, dapat disimpulkan wanita ini cukup aktif.Setiap hari, ada sahaja aktiviti yang dilakukan biarpun ada yang beranggapan, wanita mengandung sepatutnya perlu banyak berehat.

Maklum sajalah, dengan keadaan diri yang semakin sarat dan menanti masa untuk bersalin, pasti ramai yang risau dengan kesihatan aktres itu, andai berterusan begitu. Namun, bagi si empunya diri, kesibukan dengan kerja bagaikan suatu terapi.

“Sejak awal kehamilan lagi, saya suka bekerja. Walaupun berbadan dua, saya seronok jika sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tugasan. Malah, pernah terdetik, ingin sahaja saya tangguhkan bersalin sebab mahu siapkan kerja.

“Kalau asyik duduk di rumah, ia akan menjadi tekanan buat saya. Itulah yang cuba saya hindari.“Namun, sibuk macam mana sekali pun, kena ada batasan dan saya tetap beringat. Jika saya rasa penat, saya akan pulang ke rumah dan berehat,” katanya kepada BH Online.

Ditanya dari mana dia memperoleh tenaga untuk aktif dalam keadaan sarat, pelakon berusia 37 tahun ini mendedahkan semuanya terletak dalam minda.“Kalau terlalu fikirkan sangat yang kita hamil, maknanya kita kalah. Tak mahulah manjakan diri sangat.

Kalau bayi tidak bergerak, maknanya dia penat

“Tetapi saya ikut keadaan bayi dalam kandungan. Kalau bayi tidak bergerak, maknanya dia penat. Jika dia okay, maknanya dia suka ibunya aktif,” katanya sambil tertawa.Dijangka bakal melahirkan zuriat, Oktober ini, pelakon filem Dendm Pont1anak ini berkata, seboleh mungkin, dia cuba menyelesaikan semua kerja yang dirancang lebih awal sebelum bercuti panjang.

“Tahun ini, jadual saya sudah disusun lebih awal. Antara projek yang sudah dirancang adalah melancarkan produk kecantikan, rakaman lagu baharu dan video muzik. Saya juga ada merakamkan sebuah single ciptaan Ezra Kong.“Sempena kemunculan lagu itu, syarikat rakaman menyarankan saya menghasilkan video muzik sebelum bersalin. Lagu itu bakal dilancarkan bulan depan. Kalau hendak tunggu selepas bersalin, mungkin akan mengambil masa yang agak lama,” ujar isteri kepada aktor Fatah Amin ini.

Bercerita pengalaman sepanjang tempoh kehamilan, Fazura berkongsi kisah suami terkena tempiaas isteri mengandung apabila mengalami perubahan selera makan.“Alhamdulillah, sepanjang kehamilan, saya tidaklah mengidam makanan yang bukan-bukan. Cuma saya tidak berapa gemarkan makanan kampung walaupun sebelum ini, saya sangat suka.

“Sebaliknya, orang yang mengidam adalah Fattah. Tetapi Fattah sebenarnya tidak sedar dia mengidam.“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, selepas berbuka puasa, dia akan buka peti sejuk mencari makanan. Itu yang menyebabkan berat badan dia naik sekejap .

“Apabila saya beritahu dia sebenarnya mengidam, Fattah tidak mengaku dan berasa pelik. Hakikatnya, memang dia mengidam tetapi tidak sedar,” kata pemegang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-27 ini pada majlis Tea Party With Fazura dan pelancaran produk penjagaan kulit, Fazura Skincare di Sungai Buloh, baru-baru ini.

Mengulas pembabitannya dalam perniagaan produk penjagaan wajah, penyanyi Sayangi Dirimu dan Bisa Apa ini memberitahu, hasrat itu timbul selepas diminta peminat.“Sebelum ini, saya pernah menjadi duta untuk sebuah produk kecantikan selama tujuh tahun. Apabila saya bertemu peminat, mereka sering bertanya, bila saya ingin menghasilkan produk sendiri.

“Keinginan itu sudah lama, cuma baru tahun ini terlaksana. Tapi, tidak sangka berlaku wabk COV1D-19 yang menyebabkan semua kerja tertangguh. Selepas ada kelonggaran, kami sambung semula proses pembikinan produk ini.“Kian lama menanti, baru sekarang saya dapat melancarkannya,” katanya dalam nada teruja.

Mengenai cakap-cakap nakal yang timbul seperti mempersoalkan keberkesanan produk terbabit selain dkwaan barangan dihasilkan adalah produk ‘timbang kilo’, Fazura memberitahu, dia tidak mahu ambil peduli dengan kata-kata negatif.Fazura yakin dengan produk terbabit kerana dihasilkan dengan teliti dan mengikut piawaian ditetapkan.

“Saya sendiri terbabit dari awal produk dihasilkan. Bermula dari proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) hinggalah kepada pembungkusan.“Kalau ada yang hendak beri persepsi negatif, terpulang kepada mereka, saya tidak mahu ambil peduli.

“Tidak perlu ada rasa takut kerana saya yakin produk ini selamat kerana tidak mengandungi bahan tidak dibenarkan. Produk ini juga sesuai untuk semua golongan termasuk wanita hamil,” katanya.Set eksklusif Fazura Skincare dilengkapi pencuci wajah, skrub, krim siang dan malam serta serum bersaiz mini. Barangan ini boleh didapati di stokis terpilih.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook .Sumber : BH

Fazura Menangis . Fazura Dedahkan Punca Dia Menangis Gara Gara Fattah Amin Berikan Dia Sesuatu Ini Dan Ini Cerita Sebenar Di Sebalik Kejadian Itu Berlaku

Kongsi pelakon Dndam Pontianak itu, dia sememangnya tidak menggemari sos mahupun mayonis dan pernah menangis kerana mendapat Sandwich yang mengandungi mayonis di dalamnya. Ketika ini, usia kandungan pelakon jelita Nur Fazura sudah menginjak 8 bulan. Jika dilihat pada kehamilan tersebut, kebanyakan wanita hanya akan duduk di rumah dan berkemungkinan tidak mampu melakukan pelbagai aktiviti.

Sensitif Di Awal Kehamilan

Namun, tidak bagi Fazura kerana dia begitu aktif dan dia turut bersyukur kerana tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan ini. Berkongsi pengalamannya, menurut Fazura biarpun dia tidak mengalami alahan namun dia akui terlebih sensitif mengenai beberapa perkara termasuklah mengenai makanan.

Dedah Fazura, dia sememangnya seorang penggemar aneka sajian kampung namun sepanjang kehamilan ini dia seperti tidak berselera untuk menjamahnya apatah lagi ketika melihat terlalu banyak lauk disajikan.“Saya memang penggemar lauk kampung. Tetapi sejak mengandung memang tekak saya kurang berselera sikit nak makan. Macam nasi goreng boleh tapi macam lauk-lauk yang banyak itu saya tak berselera dan tak rasa nak makan”

Menangis Kerana Mayonis

Bukan itu sahaja, dia turut kasihan dan kagum dengan kesabaran suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin yang melayan apa sahaja kerenah termasuklah mengenai sebuah kejadian yang membuatkan dia rasa bersalah terhadapnya.

Kongsi pelakon Dndam Pontianak itu, dia sememangnya tidak menggemari sos mahupun mayonis dan pernah menangis kerana mendapat Sandwich yang mengandungi mayonis di dalamnya. Tidak merungut mahupun sebaliknya, Fattah sanggup keluar semula dan mendapatkan sandwich yang baru tanpa sebarang ramuan itu.Dia sangat sabar, saya tak tahu dia manusia ke apa. Saya masa awal kehamilan memang agak cerewet bab makan. Ada suatu ketika itu, dia bawa balik sandwich. Saya memang tidak suka mayonis ataupun sos jadi saya pun menangis sambil tanya ‘kenapa ada letak sos dan mayonis’.

Jadi dia pun tenangkan saya, keluar balik beli yang baru. Tapi selepas itu saya minta ampun balik sebab rasa bersalah dan kasihan”- kata Fazura ketika ditemui Murai.my di majlis Tea Party With Fazura di Sungai Buloh pada petang Selasa.Dalam majlis itu, Fazura telah melancarkan produk penjagaan kulit jenama sendiri, Fazura Skincare.-murai

Fattah Amin Kena Hasut Main Tiktok. Sekali Fazura Tahu Memang Win Habis Reaksi Isteri Kesayangannya Itu

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik sebuah video tarian TikTok. Menerusi laman sosial Instagram, Fattah berkongsi video tarian bersama seorang pelakon baru Izzat Mushtaq untuk tatapan umum. “Dengan newbie kena h4sut buat TikTok,” tulis Fattah sebagai kapsyen. Namun apa yang menarik perhatian wargamaya adalah isterinya pelakon Fazura yang turut tinggal kan komen berbentuk usikan menegur perut Fattah yang kelihatan buncit seperti wanita hamil. “OMG cute sangat! Boleh nampak happy tummy you macam I, wee! More TikTok please,” usik Fazura. Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut teruja melihat perut Fattah yang ke depan. “Daddy, perut cover sikit daddy,” komen seorang wargamaya. “Berapa bulan dah perut tu abang Fattah, nasib handsome tak boleh bawak bincang,” kata seorang wargamaya. “Daddy dah gemok la,” usik seorang wargamaya. “Abang Fattah perut tu kena cover,” tulis seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, video tarian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga Instagram.-GEMPAK / teh o ais media