Gades ni baru je nikah tk sampai 3 bulan tapi dia dah disahkan hamil 2 bulan. Lepas je dia bersalin terperanjat tgk ank dia rambot kerinting lepastu kulit tk sama. Tk mirip lansong dgn ayah dan mak dia. Akhirnya kantoi perbuatan gades ini selama nih.

Kehidupan Kisah Rumah Tangga

Baru Kahwin Dua Bulan Dah Disahkan Mengandung Dua Bulan. Lepas Isteri Bersalin Terkejut Tengok Ank Rambut Kerinting Dan Berkulit Gelap. Tak Sama Macam Ayah Dan Mak Dia. Akhirnya Terbongkar Segala Perbuatan Isteri Selama Ni.

Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia, mohon admin hidekan profil aku, aku bernikah tahun lepas, isteri aku seorang perempuan yang cantik, lemah lembut, reti masak, pandai jaga makan minum aku, hormat mak ayah aku, pandai mengaji, pandai solat, serba serbi pandai.

Selepas 2 bulan nikah, isteri aku disahkan hamil 2 bulan ada ke patut? Bila malam pertama je aku dah tahu memang dia pernah disentuh, bila aku tanya kenapa boleh jadi macam ni? Pertama dia tak mengaku, aku paksa dia mengaku akhirnya dia pun mengaku. Dia cakap masa aku pergi ke umrah dia pernah terlanjur dengan seorang lelaki yang dia kenal di media social dan masa tu kami sudah pun bertunang.

Dan aku tanya berapa kali? Dia cakap dah banyak kali sampaikan tak terkira. Dan masa aku dah balik dari umrah pun dia masih berhubung dengan lelaki itu. Allahuakbar. Sejak malam tu aku dah mula berubah, aku tak boleh terima dia buat macam ni kat aku, aku tak pernah sentuh mana mana perempuan, tapi kenapa ini yang aku dapat.

Sejak malam pertama kami bernikah tu, aku jadi benci tengok dia, walau dia cuba ambil hati aku, tapi hati aku dah hancur berkeping keping. Aku selalu bayangkan bila bersama dia, macam tu lah dia bersama orang lain. Jangan salahkan aku sebab dia lah aku jadi macam ni.

Aku tak sangka perempuan sebaik dan sesolehah dia rupa rupanya sudah rosak. Jangan salahkan aku kalau aku berfikir seperti ini sebab masa aku nikah, isteri aku sudah bukan perawan. Selepas kami nikah, adalah aku sentuh dia dalam 3 kali je, tu pun selepas dia buat pengakuan memang aku rasa jijik nak sentuh dia. Dah 3 kali sentuh je takkan dah hamil? 2 bulan nikah, 2 bulan juga dia hamil? Tak masuk akal kan?

Jangan jangan masa nikah dengan aku dia memang dah hamilkan anak orang lain. Aku ada tanya dia, kenapa hamil terlalu awal? Orang lain ke hamilkan dia? Dia menangis kata kata tu anak aku, katanya dia nak berpisah lepas lahirkan anak, sebab aku tak hargai dia.

Aku tak hargai dia? Kalau dia hargai aku, dia tak akan layan lelaki lain di saat kami sudah pun bertunang. Kenapa min? Aku jaga dia sebaik mungkin. Aku tak pernah buat benda jahat, aku hormat dia, aku nak jaga kesucian dia, tapi ini yang dia balas kat aku. Aku sedih campur kecewa.

Nak berpisah dia tu tak mungkin sebab aku nak dia jadi pasangan aku sampai bila bila sebab hanya dia seorang sahaja wanita yang aku cinta. Tapi kenapa dia buat semua ni? Ya Allah Walaupun dia buat semua ni min, aku masih layan dia baik, nafkah zahir dia memang aku bagi, cuma nafkah batin je aku tak bagi sebab bila bersama dia, aku terbayang bayang dia akan bersama orang lain. Aku jadi trauma.

Bukan aku tak pernah nak sentuh dia. Tapi bila nak sentuh, aku teringat benda tu. Bukan senang aku nak dapatkan dia, ayah dia tak berapa nak suka aku, yelah aku kerja biasa biasa je. Walaupun kerja gov gred aku renda takat spm je. Sedangkan mereka semua keluarga terhormat. Mak ayah dia dah balik haji berkali kali. Isteri aku khatam al quran berkali kali. Mereka dari keluarga yang hebat. Kaya raya dan terhormat.

Sedangkan aku. Hanya lelaki kampung yang datang ke kota hanya untuk mencari rezeki. Aku tahu aku salah sebab buat dia begini. Tapi aku cuba lupakan semua ini. Lagi lagi bila dia mula sarat dan nak bersalin. Rasa sayang aku pada dia mula nak kembali. Aku nak cuba lupakan kisah silam dia.

Yang jadi masalah min, lepas isteri aku melahirkan anak, anak tu kulit gelap, rambut keriting dan rupa anak tu tak sama macam aku. Lagi lagi aku ni berkulit cerah isteri aku pun sama, rambut kami lurus tapi anak itu kulit gelap rambut dia keriting.

Aku cuba bersangka baik, aku cuba sayang anak tu dan anak tu pun manja dengan aku. Panggil aku daddy, sayang aku, jadi penghibur dan pengerat kasih sayang kami. Tapi aku masih rasa tak selesa. Lagi lagi bapak mertua selalu sindir sindir kenapa rupa anak tu lain? Katanya pak mertua mesti keturunan saya rupa macam tu sampai cucu dia lahir jadi macam tu. Allahu aku terpaksa telan hinaan itu.

Isteriku pun sekarang sudah tidak bekerja. Sebab aku nak dia duduk rumah jaga anak. Nafkah dia pun aku tunaikan. Aku dah mula mula nak sentuh dia cuma aku masih curiga dengan anak itu, anak perempuan yang dibinti nama aku.

Perlu ke aku senyap senyap buat test DNA? Kalau terbukti anak aku. In sha Allah aku terima kalau sebaliknya? Ada kah aku boleh jadi wali anak itu, macam mana dengan surat lahirnya yang di bin nama aku? Aku buntu. Aku taknak berpisah tapi aku tak tahu nak buat apa. Aku masih sayangkan dia. Cuma aku rasa tak selesa macam ni. Keluarga aku semua tak tahu pasal ni. Mak ayah aku sayangkan anak tu. Tolong aku…

Reaksi warganet

Mashitah Mashi – Anak saya yang no2 berkulit gelap. Yang sulong putih melepak. Yang no 3 pun tak segelap yang no2. Anak anak saya ketiga tiga muka tak seiras. Cuma yang samakan mereka cuma tanda lahir… Saya dan husben kulit tak gelap pun. Ok dekat sini boleh nampak tak. Warna kulit tu tak semestinya ikut mak ayah… Memang susah nak terima sebab dalam tempoh bertunang dia boleh buat perangai macamtu. Ini awak tak lunaskn nafkah batin dia. Tak takut ka kalau dia cari orang lain secara diam2? Fikir sebaik mngkin…

Nur Ain Rahim – Ye, nak yang terbaik buatlah DNA test. Lepas tu senang nak cerita soal harta keturunan dsb. Disebabkan awak lelaki yang baik, mungkin itulah ujian untuk awak. Sabar, ujian Tuhan takkan sama. Jika isteri nak berubah dan insaf terimalah dia dan jangan sia siakan. Siapa kita untuk menepis semua ujian Tuhan, jadi berusahalah baiki rumahtangga sebaiknya. Walaupun mungkin suatu masa keputusan dna menyatakan anak itu bukan anak awak sekalipun, layan dia dengan baik. Dia tak salah dalam hal ni.

Mohd Firdaus Makhtar – Yang terbaik adalah dna test. Ianya menjawab teka teki selama ini. Makin lambat buat, makin terabai nanti tanggungjawab atau kasih sayang yang sepatutnya awak bagi. Tidak adil bagi mereka. Jika sebaliknya, awak telah teraniaya dan TIDAK ADIL bagi awak juga.. Rujuklah kepada pakar. Yang salah tetap salah, mohon kuatkan iman untuk hadapi semua ini. Kepada Jabatan Warganet, jika didapati bersalah, hendaklah semua pihak ambil teladan dan pengajaran dari kisah ini… We cannot always be nice all the time and back up benda yg x betul..

Enk Wonderland – Bias betol commentar kat cni. Kalau laki buat benda terkutuk time bertunang, suruh si isteri maafkan sebab si Suami dah Insaf. Tapi kalau si isteri yang buat benda terkutuk komen kritik si isteri tu. Patutnya kena adil la.. Siapa yang buat benda terkutuk tu dan khianat pasangan kena kritik la tak kira perempuan mahu pun lelaki. Kpd tt, check je dna. Xsalah pon. Yang penting kalau dah decide nak teruskan perkahwinan, kalau boleh jangan mengungkit isu ni. Sebab tt dah decide untuk terima kekurangan si isteri.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Sungguh tabah si suami. Moga segala urusannya dipermudahkan. Apa pula kata anda.

Hairan Pakwe Ajak Duduk Serumah. Padahal Lagi Beberapa Hari Je Lagi Nk Nikah. Mengejutkan Lepas Je Nikah Bini Dikerjakan Hari Hari. Satu Hari Bila Bini Period Ini Yg Suami Buat Kt Bini.

Assalamualaikum… Tahun ini tahun ke 5 aku berkahwin buat yang kali kedua… Maknanya dah 10 tahun aku bebas… Allah je tahu perasaan aku lepas ex aku jatuhkan talak. Abang aku, mak aku dan ayah aku yang teman aku di mahkamah menangis kesyukuran… Syukur mereka dapat anak mereka semula…

Aku anak perempuan tunggal dalam lima adik beradik… Aku lahir dalam keluarga yang sentiasa menyokong satu sama lain… Tak ada istilah aku perempuan, kerja rumah aku yang buat… Tugas aku dan mak bertumpu pada dapur… Bab2 lain dibahagikan sama rata antara abah dan adik beradik aku…

Disebabkan oleh aku anak perempuan tunggal, aku dimanjakan abang2 aku… Dan tempat mengadu adik-adik aku… Typical middle child syndrome, aku nak apa yang aku nak. Aku keras kepala. Impulsif dan selalu ikut perasaan.

Perangai itu telah membawa aku kepada dia. Ex aku. Ada rupa. Ada gaya. Ada karier. Walaupun keluarga aku pada awalnya menolak dia, disebabkan oleh aku seorang yang go getter, aku mendapat restu ahli keluarga untuk bernikah dengan dia.

Abang aku selalu kata “Apa yang kau nampak pada lelaki chauvanist ni? Dah la adab dengan orang tua kelaut.” Aku hanya jelingkan apa abang aku kata. Apa dia tahu bisik hatiku. Semasa bertunang banyak sangat petanda yang aku tak patut teruskan pernikahan. Dia pernah ajak aku bersedudukan. Katanya kami akan bernikah tak lama lagi.

Aku anggap, oh itu perkara biasa. Lelaki dan nfsu 1 nya. Kasar tutur dan bicara pada aku tak terkira. Alasannya? Tertekan dengan segala urusan bernikah. Sedangkan dari A to Z aku uruskan. Oh ya. Ibu bapanya sudah tiada. Majlis semua keluarga aku uruskan.

Umur 23 tahun, genap setahun setelah aku tamat belajar, aku menjadi seorang isteri. Sewaktu aku masih dalam fasa bulan madu, dia tidak segan menunjukkan perangainya. Aku selalu rasa seperti objek pemuas nfsu. Dalam setiap kali bersama memang sudah tak ada ‘jiwa’. Dan itu hanyalah sekadar menunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri.

Belum lagi keresahan bila aku datang bulan. Dia pernah tertangkap ke rumah urut. Katanya aku datang bulan terlalu lama. Tak akan aku ketepikan hukum untuk dia. TAK AKAN. TITIK. Di rumah aku persis Cinderella. Dari sekecil kecil kerja rumah. Sampai la ke sebesar besar kerja rumah. Ya la, rumah itu dia yang beli dia yang bayar. Jadi adil la aku jadi kuli buat segala bala katanya.

Tahi telinga aku dah keras bersama dengan dia. Semua caci maki dan perkataan mencarut jadi makanan telinga aku hari-hari. Asbab seperti teh o kurang manis pun boleh jadi punca aku dipanggil b*d*h dan s*al. Tangan aku penuh lebm direntap. Berapa kali tmbkan ke pintu dilepaskan betul betul sebelah wajah aku. Berapa kali kerusi dispk sambil kata dia harap dia dapat spk aku sebegitu. Harta benda yang dipch dicampak tak usah dikira banyaknya.

Bila baran memuncak, ugutan bnh pun pernah. Selepas dia buat aku rasa macam aku ini kuman yang tak bermakna, dia akan meminta maaf dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Allah lindungi aku. Dia tak pernah hinggapkan tangan kakinya pada aku.

Aku bagaikan kudis dalam hidup dia. Saat berat aku hanya 50kg dengan tinggi 167cm, hari-hari dia panggil aku gemuk. Hari-hari aku dipanggil buruk. Tapi yang kelakarnya si gemuk dan si buruk ni la kau henyak hari-hari.

Aku juga dilarang bertemu keluarga aku. Bila dimarah keluarga kerana aku mengasingkan diri, aku tak dapat ceritakan hal sebenar. Kerana aku mahu menjaga air muka ex aku. Bermacam alasan aku beri pada mak, abah, along, angah dan adik-adik. Sampai kering idea. Akhirnya adik beradik pulaukan aku. Aku cuma berhubung melalui telefon dengan mak dan abah.

Setahun hidup aku hanya dia dan kerja. Berkawan pun dikawal ketat. Aku cuma berhubung melalui FB atau whatsapp. Aku diasingkan dari dunia luar. Sampai la satu hari aku dapat tahu perihal perempuan satu lagi.

Sejak dari tu aku jadi memberontak. Aku bukan diri aku sendiri. Bila aku dimaki aku hamburkan semula makian. Bila dia menmbk pintu, mnypak kerusi meja, aku hanya menjeling dan berkata “Kau jangan ingat aku ni patung yang kau boleh buat sesuka hati… Aku ada abang2 dan adik2 yang boleh buat kau makan pakai straw”…

Aku mula jadi isteri nusyuz. Pulang kerumah keluarga aku tanpa izin. Tak ada setitis pun air mata aku gugur masa ni. Aku dah nekad yang aku nak berpisah. Cuma cara masih kabur. Sampai satu hari setelah setahun setengah, saat beban itu tak tertahan lagi. Aku nangis semahunya pada keluarga aku. Cerita kan semuanya. Pndrn fizikal dan mental yang aku hadapi.

Abang2 aku mula meruap. Mujur aku ada mak dan abah. Mereka yang buka jalan untuk aku. Kumpul bukti kata mereka. Supaya aku dilepaskan dengan ‘aman’. Setiap kali balik kampung, aku akan pasang spy cam di bilik tidur aku. Aku gunakan telefon pintar yg murah dan aku hubungkan dengan powerbank. Aku letakkan apps spy cam. Camera akan dihidupkan bila ada pergerakan.

Dalam kes aku, banyak pergerakan. Patutla mula-mula marah. Lama2 siap tanya bila aku nak balik kampung. Mula-mula aku nak ambil 3 bulan notis untuk berhenti kerja. Tapi lepas nampak apa yang aku nampak, setiap hari macam neraka dekat rumah tu. Aku terpaksa ambil 24jam. Mujur aku ada saving. Dapat la aku bayar balik bekas company aku.

Lepas ex aku pergi kerja, aku pack barang. Abang2 aku ambil dekat rumah. Kami buat report polis tentang ugutan yang dia pernah bagi. Dan alhamdulillah ada bukti di whatsapp. Jadi aku keluar rumah dengan report polis untuk bukti dimahkamah kalau diperlukan. Nombor telefon aku deactivate dan tukar baru. Aku block dia di socmed. Lepas dah sampai rumah keluarga aku, aku hantar email kat dia.

Email video aksi dia. Dia merayu dimaafkan seperti selalu. Aku tak akan pandang belakang. NEVER. Segala urusan nak berpisah aku buat. Sedara aku selaku peguam shariah banyak bantu dan beri nasihat. Aku langsung tak ada berurusan dengan dia. Video itu jadi snjta utama perundingan untuk dia lepaskan aku secepat mungkin.

Sedara aku berunding dan cakap dengan dia. Kalau dia tak nak lepaskan dan aku tuntut fasakh, segala video dia hakim akan tengok sebagai bukti tuntutan fasakh aku. Kisah dia akan jadi bualan dalam mahkamah sebab dalam mahkamah bukan kami sahaja. Ada ramai lagi pasangan lain dalam tu. Jadi dia pilih lepaskan aku secara aman. Tepat usia aku 25 tahun aku dilepaskan.

Pasal dia menangis merayu depan rumah. Datang cari aku. Merayu kat mak abah aku. Malas aku nak cerita. Semua tu adalah tangisan buaya. Tiada benda yang lebih palsu dari tangisan dia. Kisah aku tak habis disini. Walaupun aku benci dia. Tapi tak adalah aku terus move on 100% lepas berpisah. Sebulan juga aku macam myt hidup. Tak ada arah tujuan. Salahkan diri aku sendiri.

Kemudian aku dapat kerja baru. Mula berjumpa kawan kawan lama. Yang paling penting setiap hari aku dihiasi kasih sayang dari keluarga aku sendiri. Aku baru faham kenapa Allah tak kurniakan aku anak walaupun aku pernah berdoa setiap hari untuk zuriat dulu. Tanpa zuriat aku boleh terus padam dia macam dia tak wujud pun. Dengarnya setahun lepas berpisah dia dah berkahwin. Selebihnya tak tahu la apa cerita.

Hidup aku sesudah dia dihiasi travel log. Dihiasi kisah2 manis aku dengan kawan2. Trip umrah kami sekeluarga. Aku cuba scuba diving. Aku cuba hiking. Aku ingatkan hati aku dah mti untuk cinta. 5 tahun lepas bergelar janda aku bernikah sekali lagi selepas berkali kali istikarah sebelum dirisik keluarga dia. Tak ada mimpi ke apa. Cuma Allah berikan perasaan kasih dekat suami aku.

Aku pernah cakap dulu dengan suami aku yang aku janda dan pernah berkahwin. Muka dia macam terkejut. Kemudian dia cakap tak apa. Yang penting bukan bini orang. Dan ketawa. Dia kata dia tak akan bincang kisah lampau melainkan aku mahu. Aku betul betul ingat dia akan reject aku.

Aku masih ingat masa dia bawa aku ke kenduri kesyukuran mak dan ayah dia balik dari haji. Kami memang klik. Keluarga dia sangat mesra. Hari dia merisik, abah aku cakap yang dia tak nak letak kan hantaran sebab aku janda. Mak dia kata kami nak beri hantaran sebanyak rm1x, xxx. Dia menantu sulung kami. Orang nak beri, kita merasalah.

5 tahun post marriage. Dulu aku tak pernah rasa aku akan jumpa seseorang lagi. Ada masa aku memang putus asa. Benci lelaki. Nak hidup solo forever. Tapi hati kita ni milik Allah. Sekarang anak dah seorang.

Kadang2 termenung juga. Umur 35 anak baru satu. Kawan aku ada yang dah sampai empat anak. Tapi siapa aku nak menidakkan perjalanan hidup yang aku pilih sendiri. First time kahwin dulu taknak pulak buat istikarah kan. Padan muka aku. Naluri Allah dah bagi tapi nak ikut keras kepala.

Tapi aku terima kepayahan aku jadi mak di usia lanjut. Sekarang aku rapat dengan keluarga aku. Suami aku pun walau kadang2 ada juga la masalah. Aku terima semua baik buruk dia. Selama dengan dia lagi banyak suka dan hanya sedikit sangat dukanya.

Kalau dulu hidup aku ditanggung ex aku semua. Tapi bahagia tak ada. Sekarang ni, walaupun perbelanjaan kena 50-50, sikit pun aku tak kisah. Duit boleh cari. Kebahagiaan tu susah sikit. Kisah aku tak tahu la bahagia sampai bila sebab semua ni pinjaman Allah swt. Yang pasti kalau pisang berbuah dua kali, saving aku dah ada. Escape plan dah ada. Dan aku tahu aku ada keluarga yang selalu menyokong aku dalam susah atau senang.

Mak mertua aku pun feminist. Kalau anak dia buat hal, anak dia yang kena kitai. Kitorang kamceng. Jari kelinking dah paut dah sejak aku kahwin dengan anak dia dulu. Panjang cerita aku kan. Syukur masih ada lagi happy ending. Aku doakan semua isteri atau suami yang jadi sasaran keganasan domestik dapat mencari jalan keluar. Dan kamu dapat sokongan yang kamu perlukan. Kalau tidak dari keluarga harap ada NGO yang sanggup bantu.

Hargai Suami & Isteri Anda, Mungkin Esok Lusa Salah Seorang Akan Pergi

Ingatlah bahawa yang paling berharga di rumah kita bukan perabot, bukan peralatan elektronik, komputer, barang-barang antik atau barang perhiasan. Tetapi yang paling berharga ialah manusianya, yakni pasangan hidup kita. Dialah “modal insan” yang wajar dihargai lebih daripada segala-galanya.

ADAKAH KITA BENAR-BENAR SAYANG PASANGAN?

Soalnya, adakah kita telah benar-benar menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang yang berada di rumah kita? Cuba renungkan, betapa ramai suami yang lebih prihatin tentang kereta berbanding isteri mereka. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran tetapi “batuk” kereta sedikit sahaja sudah segera dihantar ke kedai untuk  diperbaiki.

Bila enjin kereta “anh” sedikit sahaja bunyinya, cepat-cepat diusung ke bengkel, dibetulkan, ditune semula agar bunyinya  kembali normal. Sebaliknya, isteri yang batuk-batuk, lenguh dan pucat mukanya dibiarkan saja. Alasannya, itu sudah adat, badan sudah tu. Itu belum dikira lagi suami yang “kaki pancing” yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan, tega membiarkan isteri kesepian di rumah. Isteri juga apa kurangnya?

Ada para isteri yang leka dengan orkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya. Ada juga suami yang workaholic, bekerja siang malam, tidak mengenal istilah cuti dan rehat. Apabila ditanya mengapa begitu sibuk dengan kerja? Jawabnya, demi isteri dan anak-anak. Ironinya, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri dan anak-anak.

Ya, mencari duit sehingga tidak sempat menikmati duit itu. Gigih mencari wang, tidak kira siang atau malam. Malangnya, apabila duit wang sudah terkumpul, kesihatan pula tergadai, rumah tangga berkecai, isteri dan anak-anak terabai.

Tegasnya, hargailah isteri dengan tindakan. Bukan hanya dengan ucapan. Jika benar ingin membahagiakan isteri, luangkan masa, krbankan tenaga dan tumpukan seluruh perhatian untuk membahagiakannya. Jika ada yang bertanya, bagaimana kita boleh menghargai pasangan kita di tengah kesibukan dunia moden yang begitu hebat? Jawabnya, insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan.

Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan memandangnya dengan pandangan kasih. Mungkin wajah isteri kita sudah kedut tetapi insafilah mungkin separuh daripada kedutan di wajah itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita.

Uban telah memenuhi kepala pasangan kita tetapi itu bukan uban sebarang uban tetapi ubat yang tumbuh kerana kesusahan memikirkan kebahagiaan kita dan anak-anak. Pandanglah wajah pasangan kita dengan pandangan mata hati (bukan semata-mata dengan mata biasa). Kalau dulu semasa bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini, biarlah pandangan kita lebih murni. Bukan lagi dari mata turun ke hati tetapi dari hati turun ke mata.

Dengan ini, yang kita lihat bukan bodynya lagi tetapi hati budinya. Yang kita pandang seharusnya bukan lagi urat, tulang dan daging tetapi suatu yang lebih murni dan hakiki, yakni kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengrbanan, pendertaannya yang sekian lama telah dilalui bersama kita!

Daripada pandangan mata hati itulah akan lahir sikap dan tindakan yang membuktikan rasa cinta. Justeru, cinta itu tindakan. Tindakan yang tidak mengenal jemu dan lelah. Bak kata penyair; bila sudah cinta, ingin dipintal awan gemawan untuk dijadikan kerongsang, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya dan mahu dijadikan mentari sebagai sinar dalam duka dan laranya.

Ah, manusia sebenarnya tidak perlu diajar jalan membelai dan mempamerkan rasa cintanya. Apabila sudah ada rasa cinta yang mendalam dalam jiwa, jalan untuk menzahirkannya akan datang dengan sendirinya. Justeru, cinta itulah yang menyalakan kemahuan. Kemahuan itulah yang mencari jalan!

Mungkin si kaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai si isteri. Sebaliknya, petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama permaisuri hatinya. Masing-masing dengan cara dan kemampuan sendiri. Itu bukan masalahnya, selagi ada cinta.

Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri, tentunya lebih bahagia berbanding seorang jutawan yang hanya disambut di pintu vilanya oleh orang gajinya. Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah SWT, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!

Hargailah sesuatu yang dekat dengan kita. Mlangnya, kita selalu terlepas pandang kepada sesuatu yang “terlalu dekat”,  ada kalanya jauh lebih sukar untuk dilihat berbanding yang jauh. Begitulah. Isteri di depan mata, keberadaannya ada kalanya kurang dihargai dan dirasai kerana … sudah terlalu dekat.  

Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton televisyen berbanding bercakap dengan isteri. Di negara kita, apa kurangnya. Tiga jam menonton bersama, namun sepatah kata pun tidak terkeluar untuk berbual. Suami dan isteri sibuk melayani fikiran masing-masing walaupun mereka duduk berhampiran.

Lebih-lebih lagi apabila duduk berjauhan. Mereka seolah-olah terlalu lokek untuk  bertanya khabar apalagi bertukar-tukar cerita. Ada kalanya, bertanya khabar kepada teman-teman jauh lebih banyak berbanding dengan isteri sendiri. Namun, bila isteri atau suami sakit – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu timbullah penyeslan yang tak sudah. Puaslah menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. 

Pada waktu itu barulah kita duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami, yang hanya mampu berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara … “Bersuaralah isteriku, bercakaplah dengan suamimu,” rintih hati. Tetapi, rintihan tinggal rintihan. Segalanya sudah tidak berguna lagi.

Hidup terlalu singkat dan hidup hanya sekali. Yang pergi tidak akan kembali. Kata pepatah, patah tumbuh, hilang berganti tetapi tidak semua yang patah boleh tumbuh semula. Adakah anak, isteri, suami yang pergi, akan pulang semula? Justeru, hargailah selama semuanya masih ada. Pulanglah

ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Hargai dan sayangi isteri atau suami kita. Mungkin esok, kita tidak pulang atau dia yang tidak pulang. Cinta sewaktu senja sebenarnya sedang berlmba dengan nywa. pemergian boleh datang tiba-tiba. Mungkin kita yang “pergi” atau dia yang “pergi” dulu.

Sumber : Ustaz Pahrol Mohammad Juoi

Mohon petunjuk buat pilihan terbaik

Dalam hidup ini, manusia sentiasa menghadapi persoalan yang tidak diketahuinya sama ada ia baik atau buruk untuk diri mereka. Hanya Allah SWT yang mampu memberi petunjuk, seterusnya memudahkan segala kesukaran yang dihadapi hamba-Nya.

Melaksanakan solat istikharah adalah salah satu cara bagi memperoleh petunjuk Allah SWT. Apabila seorang Muslim mengerjakan solat istikharah bermakna dia menyerahkan segala urusannya kepada Allah serta benar-benar yakin apa yang mereka pilih itu adalah yang terbaik buatnya.

Sebenarnya, solat istikharah bukannya bagi mengetahui perkara yang ghaib. Ia adalah permohonan doa dan hasrat untuk mendapatkan perkara yang terbaik. Contohnya, keputusan dalam memilih pasangan hidup atau hati rasa berbelah bahagi untuk membeli harta seperti rumah.

Oleh itu, seseorang Muslim boleh berdoa supaya Allah menyempurnakan ketetapan hatinya dalam membuat sesuatu keputusan yang terbaik. Jelas, solat istikharah adalah bukti tahap kejujuran iman seorang hamba kepada Tuhannya.

Allah SWT Maha Berkuasa dan sekiranya Dia berkehendakkan sesuatu, ia pasti berlaku. Jika Allah SWT mahu memudahkan setiap urusan hamba-Nya, maka tiada perkara lain yang boleh menghalang dan menyukarkan urusan itu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami mahu, Kami hanya berkata kepadanya: “Jadilah engkau! lalu menjadilah ia.” (Surah an-Nahl, ayat 40) Istikharah juga perlu seiring dengan usaha yang selaras dengan syariat-Nya.

Maka, setiap Muslim tetap perlu berusaha dan selebihnya Allah SWT yang akan menentukan hasilnya. Apabila Allah mahu menimpakan sesuatu kaum dengan bala disebabkan kesalahan mereka sendiri, tiada sesiapa yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bagi setiap manusia, ada malaikat penjaga yang silih berganti dari hadapan dan dari belakang. “Mereka mengawasi dan menjaganya dengan perintah Allah. Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

“Apabila Allah mahu menimpakan sesuatu kaum dengan bala disebabkan kesalahan mereka sendiri, tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan. “Tidak ada siapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada Allah SWT.” (Surah ar-Ra’d, ayat 11)

Sesudah beristikharah, seorang akan mendapat petunjuk melalui mimpi. Ia datang sebagai mimpi baik dalam bentuk jawapan bagi persoalan yang dihadapinya. Menurut Nabi SAW dalam riwayat asy-Syaikhani: “Mimpi itu ada tiga, mimpi benar yang berisi berita gembira daripada Allah, mimpi daripada syaitan dan mimpi yang dicipta oleh manusia sendiri.

“Apabila salah seorang daripada kamu melihat perkara yang dibencinya dalam mimpinya, bangun dan bersolatlah. Jangan menceritakan perihal mimpi itu kepada orang lain.” Dalam satu lagi hadis yang diriwayatkan Bukhari, Nabi SAW menjelaskan berkaitan dua mimpi iaitu: “Apabila salah seorang daripada kamu melihat mimpi yang dia sukai, mimpi itu berasal daripada Allah. Pujilah Allah dan ceritakan isi mimpi itu. “Apabila dia melihat mimpi lain yang dibencinya, mimpi itu berasal daripada syaitan. Jangan menceritakannya kepada sesiapa pun kerana mimpi itu tidak mencelakannya.”