Gades ni tergamam sebab dapat email dari suaminya yg baru saja pergi menghadap illahi. Suami dia ckp jgn risau abg baru smpai sini dgn tenang. Terkejut rupa rupanya ini yg terjadi.

Kisah Rumah Tangga

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Pahang pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengurusan suaminya yang baru pergi buat selamanya.

Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku

Date : 21 Jun 2017

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini…. Assalamualaikum & Selamat pagi

Sumber: Cantik Sikit via Viral sokmo

Perempuan Ni Upah Jurugambar Supaya Buat Dirinya Kelihatan Lebih Kurus. Tiga Hari Selepas Itu Jurugambar Tersebut Terima Email Dari Suami Perempuan Tersebut. Tak Sangka Ini Isi Kandungan Email Itu.

SEORANG wanita berusia 40 tahun yang mempunyai berat badan yang tinggi telah menemui seorang jurugambar untuk mengambil gambar dirinya. Dia meminta jurugambar itu untuk membantunya dengan retouching, supaya badannya kelihatan lebih langsing, untuk memberi surprise kepada suaminya.

Akhirnya jurugambar tersebut bersetuju dengan permintaan wanita itu selepas mengambil masa untuk berfikir. Jurugambar pun mengambil beberapa gambar wanita tersebut dalam beberapa gaya. Seperti permintaan wanita itu, jurugambar menghilangkan kedutan, lemak untuk melangsingkan tubuh wanita itu.

Selepas itu jurugambar menyerahkan kepada wanita itu album gambar yang telah disiapkan. Wanita itu sangat gembira selepas melihat hasilnya dan akan memberikan album itu kepada suaminya sebelum Krismas sebagai satu kejutan buat suaminya.

Jurugambar tersebut pun merasa lega kerana kerjanya itu telah selesai. Tetapi dia tidak menjangka menerima e-mel dari suami wanita itu tiga hari kemudian. Tulisan suami wanita itu membuatkannya merasa terharu. Ini adalah kandungan e-mel yang diterimanya :

“Hai, saya suami kepada wanita ini . Saya mengirimkan e-mel ini kepada anda kerana baru-baru ini saya menerima Photobook yang telah anda siapkan untuk membantu isteri saya. Pertama sekali, saya tidak menulis e-mel ini semata-mata untuk meluahkan rasa terharu, tetapi juga untuk memaklumkan terdapat nilai sentimental.. “

“Saya telah bersama isteri saya sejak dia berusia 18 tahun. Kami mempunyai dua anak yang cantik dan kami telah melalui berbagai pahit dan manis dalam kehidupan.. Saya tahu bahawa dia mengambil gambar itu untuk memberi saya kehidupan yang lebih bersemangat.”

“Dia kadang-kadang mengadu bahawa saya fikir dia tidak lagi cantik, dan dia tidak akan menyalahkan saya jika saya keluar bersama gadis yang muda dan cantik.. Tetapi apabila saya menerima dan membuka album ini, saya terkejut.”

“Gambar-gambar ini sangat cantik. Anda memang jurugambar yang sangat berbakat, sehinggakan saya hampir tidak mengenali isteri saya.. Anda telah menghilangkan semua ketidak sempurnaan dia. Saya tahu bahawa inilah yang dia mahu lakukan, dia mahu saya tahu di sebalik dirinya sekarang, ada kecantikan tersembunyi yang saya tidak nampak dan anda telah menyerlahkannya..”

“Apabila anda menghilangkan kedutannya, anda juga menceriakan hidupnya dan kami sekeluarga. Apabila anda telah menghilangkan kerepot pada wajahnya, anda juga telah memberinya ketawa dan menghilangkan kesedihan yang dia alami selama 20 tahun..”

“Apabila anda menghilangkan lemaknya, anda juga memberi keseronokan kepadanya memasak dan melakukan kerja rumah. Tawa dan senyumannya yang hilang bertahun-tahun telah kembali ke dalam rumah kami.. Anda telah melakukan tugas dengan sangat baik untuk kami.”

“Terima kasih yang tidak terhingga. Saya sangat kagum melihat album ini.. Saya sangat bangga mengetahui betapa cantiknya isteri saya dan saya sangat mencintai isteri saya.. Saya sedar, bahawa apa yang dia tunjukkan dalam foto-foto tersebut kepada saya adalah apa yang sebenarnya dia inginkan.”

“Saya akan melakukan yang lebih baik untuknya pada masa akan datang.. Biarlah dia tahu bahawa saya tetap bersamanya walaupun dia menganggapnya dirinya sekarang tidak sempurna..”

E-mel tersebut membuatkan jurugambar berasa sangat terharu. Sebenarnya wanita tersebut mahu suaminya tahu bagaimana cantiknya dia jika berbadan langsing. Dia mahu suaminya memahami perasaan dan apa yang dia mahu. Jurugambar merasa bangga apabila suami wanita itu memahami dan telah menjadikan isterinya lebih bersemangat.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya! Sumber : micelle0926

Niat Nk Amek Gambar Bini Kt Tepi Pantai Tapi Hasil Gambar Tersebut Jadi Gambar Paling Epik Dlm Hidop Mereka. Tk Sangka Ini Yg Terjadi Dlm Gambar Tersebut.

Dan Mozer, 30 tahun yang juga seorang penganalisis perusahaan kewangan dan isterinya, Angeline sedang menunggu kehadiran permata hati sulung mereka pada awal tahun lalu. Angeline yang pada ketika itu sudah sarat mengandung sembilan bulan mahu menyimpan detik terindah ini dengan mengadakan satu sesi penggambaran di sebuah pantai.

Keadaan cuaca pada hari berkenaan juga sangat baik dan sesuai untuk diadakan sesi fotografi. Justeru, mereka telah pergi ke sebuah pantai yang terletak di Jacksonville, Florida. Dengan berlatarbelakangkan pemandangan pantai, Angeline mula melakukan gaya-gaya sambil tersenyum kepada suaminya yang sedang mengambil gambar.

Sebaik sahaja Dan menangkap gambar, satu peristiwa sekali seumur hidup telah berlaku di hadapannya! Seekor ikan lumba-lumba secara tiba-tiba melompat dari permukaan laut dan Dan sempat merakamkan gambar tersebut.

Menurut kenyataan Dan kepada Yahoo Parenting, “Seseorang mula menjerit kepada kami bahawa terdapat beberapa ekor ikan lumba-lumba dan kami boleh melihat tanduknya”. “Secara tiba-tiba, ikan tersebut melompat dari air dan saya sangat terkejut melihatnya. Malangnya, isteri saya tidak sempat untuk melihat apa yang telah terjadi”.

Gambar yang dapat ditangkap oleh Dan telah menceriakan lagi gambar Angeline sekali gus membuatkan ia menjadi gambar yang sangat menakjubkan! Pasangan ini kemudiannya menghantar gambar tersebut kepada saluran berita tempatan iaitu News4JAX dan menerima banyak ‘like‘ serta komen yang positif.

Dan seterusnya mengambil keputusan untuk menamakan bakal anak lelakinya dengan nama Courtland. Malah, dia mempercayai bahawa Courtland yang ‘memanggil’ ikan lumba-lumba tersebut. “Kami tidak akan mengubah namanya walaupun ada yang mencadangkan nama Dolph Finn”.

Sumber dari Era Baru

Gadis Ini Ajak Pakwe Ke Rumah. Belek Belek Gambar Tetiba Ternampak Satu Gambar Yang Buat Muka Pakwe Dia Berubah Secara Tiba Tiba. Terkejut Akhirnya Ini Tindakan Yang Pakwe Dia Buat Kat Dia.

Pengakuan oleh Aina (bukan nama sebenar) bagaikan cerita yang hanya dilihat dalam drama atau filem, namun hakikatnya ini benar-benar berlaku. Sudah lima tahun kisah berlalu iaitu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi, tetapi tetap segar dalam kenangan dan menjadi pengajaran seumur hidup.

Memulakan bicara, Aina berkata, ketika semester pertama di universiti, dia berasakan kehidupannya begitu berubah. Masakan tidak, daripada anak manja tunggal yang tidak pernah berenggang dengan ibunya, dia kini perlu hidup berdikari.

Sememangnya sudah menjadi tabiat anak manja, dia memang kekok untuk bergaul dengan teman satu bilik yang seramai lapan orang di kolej. Sebulan di tempat baru membuatkan saya rasa sangat sunyi. Saya tidak seronok walau ramai kawan. Setiap minggu saya akan balik ke rumah ibu di Kuala Lumpur.

Walau banyak belanja saya tidak kisah asal dapat menghabiskan masa dalam rumah dan selesa di bilik sendiri. Adakalanya ibu memarahi saya kerana kerap pulang ke rumah, sangkanya saya langsung tidak mahu belajar. Dek kerana takut dimarahi ibunya lagi, Aina mencari sebab untuk dia gembira berada kira-kira 500 kilometer jauh dari rumah dan ibunya.

Mula mengenali Azam..Pada satu hujung minggu, dia cuba mengulangkaji pelajaran di perpustakaan universitinya. Ketika itu, matanya bertentang dengan seorang pelajar senior yang bagi Aina mempunyai wajah cukup tampan.

Dia memberanikan diri memberi senyuman dan dibalas mesra oleh pelajar senior tersebut. Azam (juga bukan nama sebenar) merupakan pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan mekanikal di universiti yang sama. Sejak berbalas senyuman, saya teringin mengenali Azam dengan lebih dekat. Selepas beberapa kali berjumpa di perpustakaan kami akhirnya bertukar nombor dan sering membalas SMS (khidmat pesanan ringkas).

Banyak persamaan antara kami, makanan hobi dan banyak lagi kegemaran kami yang sama. Saya sungguh selesa dengan Azam dan sejak berkenalan dengannya saya tidak pernah lagi rasa kesunyian. Hari demi hari perhubungan kami semakin rapat dan berasa selamat ketika bersama dia, katanya. Kami begitu teruja kerana apabila Azam mula bekerja dia berjanji akan melamar saya. Dia akan membawa saya berjumpa dengan keluarganya di Terengganu dan saya juga akan memperkenalkan Azam kepada ibu saya di Kuala Lumpur.

Saya pasti ibu akan menerima Azam kerana saya kenal dengan ibu saya yang memang mahu melihat saya bahagia, jelasnya. Pada satu cuti semester, Aina mengajak Azam untuk ke rumah ibunya dan salam perkenalan tersebut disambut dengan hati yang sungguh gembira.

Seharian kami menghabiskan masa di rumah, kami makan, menonton televisyen dan membelek album lama bersama ibu. Tiba pada satu keping gambar lama, Azam tiba-tiba berubah wajah. Terus ditanya siapakah dalam gambar tersebut. Ibu menerangkan itu adalah keluarga asal saya dengan bapa dan seorang abang bernama Amar.

Azam seolah kenal benar dengan wajah bapa dalam gambar tersebut kerana seingat Azam, bapanya juga mempunyai foto yang sama yang dibingkaikan di dalam bilik bacaan keluarganya. Selepas didesak barulah ibu bercerita. Rupanya ibu adalah isteri kedua ayah dan disebabkan jodoh tidak panjang mereka berpisah.

Ketika itu mereka mempunyai dua anak iaitu saya dan abang yang beza usia cuma dua tahun. Selepas berpisah, mereka bersetuju ayah ambil anak lelaki manakala ibu ambil anak perempuan iaitu saya. Menurut ibu, ayah membawa abang pindah ke Terengganu bersama keluarga isteri pertama yang telah mempunyai tiga anak dan selepas peristiwa itu mereka terputus hubungan hingga saat ini.

Selama ini saya memang tahu saya mempunyai abang tetapi saya tidak pernah bertanya mengenainya, mungkin sudah terlalu selesa hidup berdua dengan ibu. Tanpa menunggu sesaat, Azam memberitahu saya bahawa itulah juga ayahnya dan Amar itulah juga adiknya. Ya benar, kami mempunyai bapa yang sama, dia anak sulong ayah bersama isteri pertama.

Berderau saya dan reaksi ibu juga sama. Petang yang begitu ceria tiba-tiba bertukar menjadi dingin dan tegang, imbas Aina. Dari kekasih kepada kawan..Usai cuti semester, Aina kembali ke kampus meneruskan pelajarannya seperti biasa biarpun perasaan berkecamuk antara lega bertemu saudara sedrahnya dengan rasa sedih kehilangan cinta hatinya.

Azam pula sudah mula bekerja dan sejak peristiwa itu mereka cuba berubah menjadi seperti adik-beradik atau sekurang-kurangnya kawan biasa. Malangnya saya terasa begitu kekok, bayangkan daripada pasangan kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga, kini kami kena akur bahawa kami adik-beradik sama bapa berlainan ibu.

Walau saya cuba beberapa kali untuk menganggap Azam sebagai abang tapi saya akui memang sangat sukar. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak menghubungi Azam lagi. Kebetulan Azam juga ditugaskan ke luar negara selama dua tahun, jadi semakin mudah bagi saya melupakannya sebagai kekasih hati.

Saya juga tidak pernah menceritakan hal ini pada sesiapa. Hanya kami bertiga sahaja yang tahu. Namun hikmah selepas daripada kejadian itu, saya dapat bertemu semula dengan ayah dan abang sulong saya yang terpisah sekian lama, katanya yang kini telah berumah tangga dengan rakan sepejabat dan baharu sahaja menimang cahaya mata berusia dua bulan.

Baru Umur 16 Tahun Tapi Gadis Ni Dipaksa Kahwin Dengan Pakwenya Sebab Disahkan Mengandung Ank Pakwenya. Waktu Mengandung Ank Ke Tiga Dan Waktu Berpantang Dia Dikasari Suami. Akhirnya Ini Yang Terjadi.

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum. Nama aku Safiya berusia 29 tahun merupakan ibu kepada tiga cahaya mata. Aku menulis disini kerana ingin bertanyakan pendapat pembaca semua. Aku kini hanya tinggal 29 hari (semasa menulis kisah ini) sebelum hari perbicaraan.

Sebelum aku mulakan kisah dengan lebih lanjut. Mari aku ceritakan latar belakang aku. Aku semasa bersekolah dulu merupakan pelajar cemerlang, top debater peringkat daerah, public speaker yang mewakili daerah ke peringkat negeri, wakil daerah bola jaring.

Namakan apa apa aktiviti ko kurikulum dan akademik. Mesti aku yang jadi wakil sekolah. Namun begitu, ketika aku berumur 16 tahun sesuatu terjadi hingga merubah segalanya. Aku berkenalan dengan seorang lelaki yang menjadi suami aku ketika berumur 16 tahun. Kami hanya bercakap, message dalam phone sahaja. Tidak pernah berjumpa sehinggalah cuti sekolah pada bulan Disember. Kami berjumpa.

Pada mulanya aku hanya ingat dia mahu berjumpa macam orang lain. Keluar makan, tengok wayang tapi sebaliknya yang terjadi. Dia telah membawa aku melakukan perkara terkutuk itu walaupun aku tak nak. Dia memaksa aku. Dan ketika itu aku sedar yang aku nie hanya untuk dimain mainkan dan aku berjanji takkan jumpa dia lagi.

Setelah sebulan, akhirnya aku perasan yang aku tak peri0d, kerap sakit kepala, makan muntah. Aku tahu aku mengandung tapi aku sembunyikan dari pengetahuan semua orang. Aku pergi sekolah macam biasa, buat macam biasa. Ketika itu aku tidak lagi berhubungan dengan suami.

Sehinggalah ketika aku mengandung 20 minggu, mak aku perasan perut aku dan ketika itu aku terpaksa berterus terang dengan mak aku apa yang jadi. Keluarga aku mengambil keputusan untuk nikahkan aku. Aku hanya mengikut walaupun aku tak nak bernikah dengan dia.

Sebab setelah check, suami aku ketika itu memang ade berhubungan dengan perempuan lain. Aku akur dengan keputusan keluarga sebab aku tahu memang aku yang salah. Kalau aku tak ambil keputusan untuk jumpa lelaki tu mungkin aku takkan mengandung.

Setelah bernikah, aku tetap meneruskan pelajaran aku. Aku mengambil SPM ketika mempunyai seorang anak. Aku memperoleh 6A tapi hanya melanjutkan pengajian di kolej swasta kerana tidak dapat tawaran ke IPTA. Mungkin sebab status aku yang dah berkahwin.

Banyak perkara yang bercanggah selepas aku kahwin. Sebagai contoh asal usul suami, dia cakap dia dari negeri P. Setelah tengok surat beranak dia. Mak bapak dia orang negara jiran dan dia tidak pernah bersekolah sepanjang hidup dia. Dia dibesarkan oleh jiran jiran dan bekerja sejak umur 8 tahun.

Aku ada bertanya tentang keluarga suami namun suami aku nampak tidak berminat dengan pertanyaan aku. Suami aku merupakan salesman used car yang bergaji RM400, walaupun sikit tapi Alhamdulillah cukup untuk kami sekeluarga.

Walaupun pada mulanya susah, namun suami aku seorang yang bijak mengambil peluang. Dia banyak buat kerja tambahan untuk menampung keluarga. Pada awal perkahwinan, memang kami kerap bergaduh. Mungkin sebab aku cemburu. Dia juga tetap berhubungan dengan kekasih dia. Pernah jugak aku terbaca mesej dia. Dia cakap walau macam mana pun dia tetap sayangkan perempuan tu.

Perkara tu buat aku rasa sedih, rendah diri. Aku rasa dia hanya terpaksa mengahwini aku. Dia pernah cakap kat aku, anak tu bukan anak dia. Mungkin anak orang lain sampai dia terpaksa kahwin dengan aku. Tapi aku yakin dan pasti sebab tiada lelaki lain yang pernah sentuh aku kecuali dia.

Akhirnya, bila anak keluar dan muka sama macam dia baru dia mengaku. Kami kerap bergaduh ada sekali dia kasari guna kasut sampai biru ditangan namun setakat itu je yang dia buat. Selebihnya banyak perkataan yang menyakitkan apabila bergaduh.

Sehingga tahun keenam perkahwinan, suami mula berubah. Banyak duduk didalam bilik. Sebabkan aku boleh access account dia, banyak transaksi pindahan wang yang mencurigakan. Akhirnya aku dapat tahu dia aktif main benda tak senonoh online. Setiap kali aku tanya setiap kali itulah aku dikasari sehingga biru, tak boleh bangun. Selepas main benda tu, aku jumpa barang terlarang pula. Dalam beg dia tapi dia cakap kawan dia punya.

Aku percaya. Sejak jumpa benda tu, dia tak menjalankan tanggungjawab dia. Duit tak pernah bagi. Kerap minta duit kat aku. Aku tetap bertahan. Ketika aku mengandung anak yang ketiga, perut aku pernah dipijak ketika sarat. Alhamdulillah takde apa yang teruk terjadi. Cuma ketika itu aku hanya mampu berdoa kalau aku teraniaya, aku harap Allah tunjukkan jalan untuk aku.

Setelah bersalin, aku buat keputusan untuk berpantang dirumah mak aku. Setelah 2 minggu berpantang, aku ambil keputusan pulang kerumah. Sampai je dirumah, keadaan rumah berselerak. Apabila aku tengok atas katil, aku tahu suami aku ada bawa perempuan lain dan perkara itu betul. Jiran jiran nampak suami aku bawak perempuan lain. Itupun jiran bagitahu selepas suami aku diserbu polis.

Ada satu hari ketika anak aku main telefon suami, aku tergerak hati untuk buka whatsapp suami. Aku nampak banyak screenshot transfer duit kat acc nama perempuan dan suami aku panggil perempuan tu baby. Aku tanya suami aku perihal itu, akhirnya aku dikasari teruk. Bibir pecah, kedua dua mata aku biru. Tangan, kaki biru. Aku dikasari selama 6 jam. Suami aku bawa aku ke satu tempat dan dia cakap dia akan pastikan aku pergi buat selamanya hari tu juga. Anak anak ada dirumah pada masa tu termasuk baby berusia 40 hari.

Setelah aku dikasari, akhirnua suami hantar aku pulang kerumah dan dia trus keluar rumah. Aku buat keputusan untuk laporkan kepada polis. Polis suruh aku pergi hospital untuk checkup. Setelah beberapa hari suami aku ditahan, aku buat keputusan untuk berpindah dan mulakan hidup baru.

Alhamdulillah kehidupan ditempat baru okay, cuma aku sembunyikan status aku daripada pengetahuan kawan kawan sekerja. Suami aku ditahan disebuah hotel besi kerana tidak mampu membayar wang ikat jamin. Aku ada melawat suami disana. Nampak keadaan dia makin okay. Sebelum suami masuk hotel besi, aku ada failkan perpisahan. Suami ada bagitahu yang dia tak nak bagi kerjasama.

Dia akan buat hidup aku tersiksa. Disebabkan aku berpindah ketempat lain, aku pun jadi malas nak teruskan kes perpisahan. Atas faktor kos perjalanan dan cuti. Aku baru berkerja dan aku tak nak orang terbeban aku cuti.

Semasa melawat suami aku, dia cakap dia akan lepaskan aku kalau aku tarik balik kes. Semasa sebutan kes perpisahan yang pertama, bila hakim cakap setuju atau tak dia nak lepaskan aku. Dia cakap dia sayangkan aku lagi. Aku bersetuju untuk tarik kes. Aku dah tarik balik laporan polis yang aku dah buat.

Jujur aku cakap time tu pun aku masih sayangkan dia, nak dia ada bersama besarkan anak anak. Lagi lagi bila tengok baby aku nie. Kesian. Langsung tak pernah rasa kasih sayang seorang bapa. Cuma masa PKP nie aku tak kerja. Banyak masa terluang, aku banyak membaca sebab aku pun ada major dpr3ssion dan anxiety selepas apa yang jadi nie.

Akhirnya aku dah sedar, aku tak perlukan dia lagi dalam hidup. Anak anak dah boleh terima apa yang jadi nie. Sehingga ke hari nie, walaupun hotel besi dah boleh melawat. Aku memang dah tak nak jumpa dia. Khamis lepas sebutan kes di mahkamah sesyen. Peguam minta kes diteruskan dan dibicarakan. Bulan depan aku kena datang sebab diminta angkat sumpah jika tak nak teruskan kes.

Kalau orang tanya apa yang aku nak ketika ini, aku hanya nak diri aku bebas dari seorang lelaki yang bernama suami. Bagi aku kalau dia dibebaskan lagi senang aku nak berpisah ataupun keputusan yang aku buat ni salah. Aku mohon pandangan semua tentang apa yang jadi dan aku minta komen pembaca semua tentang apa kaedah pencerraian yang boleh aku mohon. Terima kasih semua.

Reaksi warganet

Puan Zuera – Masa mengandung dikasari, suami bawa perempuan lain ke katil, dikasari selama 6 jam masih lawat suami kat hotel besi… Aduh… Jangan nanti puan dikasari sehingga hilang nyawa udah la. Nauzubillah, mintak di jauhkan.. Andai terjadi perkara tu, anak sapa nak jaga? Suami ke?? Mustahil. Silap silap dijual anak tu…. Fikir masa depan anak, kalau dia tak boleh jadi ayah yang terbaik untuk anak puan, masih ada lelaki lain yang boleh ganti tempat dia. Semoga dipermudahkan urusan.

Nuranis Hidayah – Bila berdepan dengan suami mcm ni, cara terbaik ialah tuntut fasakh. Kumpul semua report polis termasuk report perubatan puan, then cari peguam untuk bawa kes ke mahkamah. Puan pun kenalah kuatkan hati, jangan terpedaya dengan kata kata suami. Biarkan je dia kat dalam tu, tak perlu susah payah keluarkan dia. Nanti hidup puan pula yang susah. Apa apa pun semoga dipermudahkan. P/s: Duit peguam agak mahal. Minta family bantu kalau kos tak mencukupi. In Shaa Allah mereka akan faham.

Eyza Abu – Relakan diri disiksa depan anak anak tu bukan cerdik. Anak nampak bapak kasari mak, esok anak dah besar kawin pun buat kat isteri yang sama, silap anak pun kasari mak sendiri nnti. Jangan bongokkan diri dipijak pijak. Islam tak jahat, dalam bab munakahat isteri boleh bubarkan perkahwinan dengan sebab sebab yang jelas.

Kalau suami tak datang mahkamah, lagi mudah nak urus. Jumpa la peguam Suzana, bayaran murah. Kalau sendiri sayang dan cari derita terserah. Tak payah ngadu dengan orang. Ramai je ibu tunggal lagi success besar kan anak. Islam tak ajar kita jahiti diri. Allah tak jahat tapi diri anda sendiri yang SANGAT jahat. Kursus kahwin 2 hari tu tak cukup lengkap untuk belajar bab munakahat. Terlalu banyak tajuk2 yg wajib dipelajari yang tidak diajar waktu kursus.

Norziah Othman – Adik, teruskan berjuang untuk berpisah. Tak ada gunanya lelaki ynag bergelar suami seperti itu. Adik masih muda, perjalanan masih jauh, besarkan anak anak.. Jauhkan diri daripada syaiitan bertopeng manusia tu. Saya doakan moga adik sentiasa dilindungi dan dimurahkan rezeki. Amiin

Nadia Syauqi – Tak faham sungguh dengan cara sis ni. Kata cerdik, tapi boleh masuk perangkap biawak. Dah buat report polis, terkene pujuk dah tarik balik. Dah selalu dikasari, masih sanggup lawat laki tu dalam hotel besi. Tu bukan kasari biasa sis. Apa apa pun keputusan terpulang sis. Jika rasa sis masih ingin bahagia dalam hidup bertegaslah dengan jantan tersebut. Bila masih sanggup tadah untuk dibantai. Ya, itupun pilihan sis. Orang lain hanya mampu bagi nasihat. Selebihnya fikirlah jalan hidup macam mana sis inginkan..

Bani Kamarulzaman – Momen hidup Puan sebenar nye telah pun musnah saat Puan disuruh paksa berkahwin dengan Lelaki itu oleh family Puan. Simpati Saya dengan nasib Puan. Tapi Saya pasti, 6+ tahun hidup tersiksa bersama si syaiiton itu, tak mustahil Puan boleh survive hidup tanpa nya…

Andaikata lepas nih jadi ibu tunggal, Saya benar berharap Puan dapat didik anak anak Puan sebaik baiknya kerana memori memori dan momen momen yang berlaku depan mata mereka telah pun terpahat macam kesan kotoran, susah nak ilang. Dah banyak dah ibu tunggal yang berkata dalam hidup tanpa langsung kehadiran seoran insan bernama suami. Jadikan itu sebagi contoh Dan semangat buat Puan Dan anak2. Smoga Puan berjaya dalam hidup selepas ini.. Insyaallah.

Sumber – Penyembuh kesayanganku (Bukan nama sebenar) via IIUMC.