Gades Ni Terperanjat Bila Terjumpa Baby Baru Lahir Waktu Tengah Kerja. Hairan Waktu Tu Semua Kena Pergi Hospital Untuk Checkup. Lepas Check Semua Akhirnya Kantoi Siapa Yg Letak Budak Tu Depan Office.

Kehidupan

Foto sekadar hiasan. Nama aku Aina (bukan nama sebenar), berusia 30 tahun dan membuka sebuah company Accounting Firm bersama 2 orang partners Nora (bukan nama sebenar) 28 tahun dan Aisyah (bukan nama sebenar) 29 tahun di selangor.

2 bulan lepas, Budak practical terjumpa baby lelaki kat pejabat. Pejabat aku ni tingkat 2, bawah pejabat aku tu Watson dan tangga nak naik pejabat aku tu agak tersorok sikit. Tapi bangunan pejabat aku ni berhadapan dengan pusat beli belah Tesco. Jadi kalau bunyi bising orang ke lori kereta lalu lalang dah biasa. Tak pernah terfikir yang ada manusia berani buang baby sebab kawasan orang ramai dan petang dalam pukul 4.

Kami sedar bila staff aku ni nak turun bawah beli minuman petang dan dia menjerit masuk pejabat bagitahu ada baby. Kami yang panik dan tak tahu nak buat apa sebab baby ni masih bertali pusat lagi dan tak dibalut apa-apa.

Kami ada letakkan kotak besi berkunci depan rak kasut sebab kadang-kadang pos hantar dokumen atau klien hantar dokumen tapi staff tak ada kat pejabat boleh letak kat kotak tu dulu. Sekali orang tu letak baby dalam kotak tu.

Buat report polis, bawak baby pergi hospital untuk checkup dan semua staff pun kene checkup, maybe pihak hospital risau kalau kami buat-buat cerita ke jumpa sebenarnya baby kami tak tahulah. Polis datang check cctv pejabat dan cctv Watson. Akhirnya pihak polis tahan seorang remaja lelaki berusia 23 tahun yang berkerja di Tesco.

Lepas soal siasat lelaki tu mengaku itu anak dia dan teman wanitanya berusia 19 tahun. Pasangan ini kata mereka belum bersedia dan masih ingin berseronok. Katanya lagi hubungan mereka sudah 2 tahun terjalin dan ini first time teman wanitanya mengandung.

Aku marah, bengang semua ada aku tak tahu balasan pasangan tersebut kena tapi aku decide untuk ambil baby Aqif sebagai anak angkat. Dipendekkan cerita, akhirnya baby Aqif menjadi anak angkat aku yang sah. Kini, aku dalam proses untuk menyusukan baby Aqif. Doakan aku berjaya mendidik baby Aqif menjadi lelaki yang bertanggungjawab. Dan jika ditakdirkan satu hari nanti aku berkahwin, doakan juga pasangan aku mampu menerima Aqif dalam hidup dia. Dan semoga kasih sayang aku pada Aqif akan kekal walaupun aku dikurniakan anak aku sendiri nanti.

Alhamdullillah aku berjaya menjadikan Aqif anak susuanku. Aqif sudah menjangkau usia 8 bulan dan Alhamdullilah Allah mempermudahkan urusan menjaga Aqif. Aku mengambil keputusan menjaga Aqif sendiri dengan bantuan adik dan emak. Aku sekarang berkerja dirumah (Freelance Tax Accountant) dan hanya ke office sehari seminggu.

Aku merupakan anak ke 4 dari 6 adik beradik. Ayah sudah 4 tahun pergi buat selamanya. Aku dan adik bongsu lelaki tinggal bersama emak memandangkan hanya kami yang masih bujang dan bekerja sendiri (adik membuka bakery). Kehadiran Aqif dalam keluarga kami disambut baik oleh seluruh ahli keluarga terutama emak yang nampak gembira (sebab ini first time ada cucu tinggal sekali sejak dia dah bersara ni).

Malahan adik aku dengan rela hati bergilir-gilir berjaga malam untuk menjaga Aqif dan berulang-alik membawa Aqif ke klinik setiap kali checkup serta menyediakan menu yang sesuai untuk bayi seusia Aqif (gigih dia google resepi, tq dik). Kakak-kakak ipar juga tidak putus memberi nasihat dan tunjuk ajar untuk menguruskan Aqif (aku sebelum ni takut nak pegang baby yang baru lahir.hehe)

Terus terang aku bahagia dan bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Tapi bila mana kita belum berkahwin dan memiliki anak pasti ada yang bertanya anak sapa? Siapa ibu bapanya? Anak tak sah taraf ke? dan lebih menyedihkan jika ianya datang dari mulut saudara-mara terdekat.

Pada 2 3 minggu yang lepas keluarga belah ayah ada membuat hari keluarga, salah seorang dari pak cik aku (Adik ipar Ayah) ada bertanyakan bila aku nak kahwin. Dia terus terang kata tidak setuju aku mengambil anak angkat sebab boleh merosakkan keturunan dan kedua menyukarkan aku mencari suami lagi-lagi lepas dia tahu aku berhenti kerja. Pada pendapat dia dahlah aku ni jarang keluar rumah, dah berhenti kerja macam mana aku tak jumpa orang luar. Dia turut memperkenalkan seseorang. Katanya anak kenalan team usrah dia.

Pertemuan pertama diaturkan di rumahku. Lelaki tersebut aku gelarkan nya Shah datang bersama ibu bapa dan adik perempuannya untuk berkenalan dengan keluargaku. Ayah Shah mutawwif dan ibunya ustazah. Shah merupakan seorang Ustaz sekolah Tahfiz. Ayahnya agak pendiam, ibunya yang banyak bertanya tentang keluarga kami dan sekali sekala memuji anak-anaknya. Disebabkan waktu mereka datang rumah aku penuh dengan anak-anak saudara jadi mereka tidak tahu kewujudan Aqif.

Pertemuan kedua, Aku, mak dan adik datang kerumah Shah selepas berpuluh kali ibu Shah menjemput kami singgah kerumah. Disitu barulah keluarganya tahu aku ada mengambil anak angkat. Ayahnya tidak begitu kisah, ibu Shah jelas berubah mukanya.

Dia mula bertanya anak sapa? Bila aku berterus terang tentang Aqif, ayat yang keluar dari mulut ibu Shah, “Budak tu memanglah suci, tapi tak pelik kalau satu hari nanti dia pun buat benda yang sama sebab itu daging dia”. Aku terus tersentap. Serius time tu aku dah tak da mood, rasa nak balik rumah je.

Selepas pertemuan tersebut, aku terus maklumkan pada emak dan adik-beradik yang aku tak nak teruskan perkenalan tersebut sebab aku rasa keluarga Shah mungkin tidak dapat menerima Aqif. Melalui whatsapp aku maklumkan pada Shah penolakan tersebut dan memohon maaf. Sempat aku ucapkan agar dia bertemu jodoh dengan yang lebih baik.

Esoknya, Pak cik aku datang kerumah. Dia bising kononnya aku telah memalukan dia. Siap mengeluarkan hadis tentang aku menolak lamaran lelaki soleh. Tidak cukup dengan itu, Ibu Shah turut menelifonku bertanya soalan yang sama. Aku hanya memohon maaf dan menjawab tidak sependapat. Ibunya siap cakap aku berat jodoh sebab menolak lamaran lelaki sebaik anaknya.

Salah ke jika aku menolak lamaran Shah sebab aku tak nak Aqif terus dikata hanya sebab dia anak tak sah taraf. Ya, aku tahu dalam Islam keturunan penting, salah Aqif ke jika dia datang dari keturunan yang kurang baik? Adakah jika kelak Aqif menjadi anak soleh dia masih dipandang hina disebabkan keturunannya. Bukankah agama yang menjadi ukuran keimanan sesorang.

Kepada anakku Aqif, ketahuilah kehadiranmu dalam hidup mommy merupakan satu hadiah yang sangat bernilai. Malah mommy merasanya satu ketenangan bilamana dapat meluangkan banyak masa bersama Aqif dan emak. Terima kasih mak sebab sentiasa mendengar masalah dan menerima setiap keputusan yang Aina buat.

Throwback

Aqif ditinggalkan di pejabat aku oleh bapanya. Sebagai majikan aku bertanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak polis, hantar baby ke hospital (ni aku yang willing sendiri) dan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk mencari ibubapa kandung Aqif. Waktu kes tersebut, Aqif berusia 2 hari dan Alhamdulillah bapa Aqif dijumpai keesokkannya.

Antara faktor kenapa aku nak ambil Aqif sebab bapa Aqif seorang warga asing yang bukan beragama islam sedangkan ibu Aqif beragama islam. So penting bagi aku untuk menyelamatkan agama Aqif. Jadi untuk kes aku, aku mengambil anak angkat terus dari ibubapa kandung Aqif cuma aku perlu mengikut prosedur mengesahkan pengambilan anak tersebut melalui pemohonan mahkamah untuk mendapatkan Notis pengangkatan.

Antara syarat mendapatkan Notis Pengangkutan bagi yang bujang mestilah warganegara dan berusia 25 tahun keatas atau sekurang-kurangnya 18tahun lebih tua dari anak angkat tersebut. Selain itu perlu mendapatkan pengesahan pengangkatan dari ibubapa kandung bayi (Aku ada buat surat Akuan Berkanun antara aku dan ibu Aqif), Sijil kelahiran Aqif (ini aku geram sebab parents Aqif tak nak bagi kerjasama, jenuh aku turun naik JPN.

Penting untuk masa depan Aqif, sekolah semua). Waktu kat mahkamah , pegawai ada tanya pekerjaan, pendapatan, latar belakang pendidikan dan tahap kesihatan serta gaya hidup aku. Sebenarnya untuk yang bujang mereka hanya dibenarkan untuk mengambil anak angkat yang sejantina. Tapi mungkin kes aku ni pegawai tu luluskan sebab latarbelakang keluarga dan adik beradik aku agaknya, sebab dia tanya semua kot. Aku anak tunggal perempuan dalam keluarga.

Mak aku pesara guru, 3 abang aku doktor, adik lelaki aku sorang peguam sharie sorang buka bakery. Sebab pegawai tu kata mungkin keluarga kami mampu memberikan kehidupan yang positif dan terjamin kepada Aqif. Lepas dah lulus simpan Notis Pengangkatan tersebut sebab selepas 2 tahun aku perlu memohon Sijil Pengangkatan dari JPN. Dalam 2 bulan lebih juga aku uruskan semua ni. Rujuk Mahkamah Seksyen berhampiran anda.

Kedua, Proses menjadikan Aqif anak susuan aku. Seminggu lepas kes di Balai polis tu aku terus berjumpa Pakar Skit Puan untuk berbincang rawatan yang sesuai untuk membolehkan aku menghaslkan susu atau dipanggil “Induce Lactation” serta menghadiri kaunseling penyusuan bersama kaunselor laktasi untuk persediaan mental dan fizikal.

Ada 2 kaedah untuk menghasilkan susu iaitu pertama melalui ubat atau suntikan dan keduanya rangsangan. Aku tak ambik suntikan aku hanya ambil ubt D0mperidone dan satu lagi pil warna putih (tak ingat nama) untuk tempoh 3 bulan. Pil ni menyebabkan perubahan bentuk badan. Macam aku dulu berat 45kg sekarang berat aku 53kg. Bertabah la mommy nanti kita workout kemudian. Ada yang ambil ubat je tapi tak berhasil, tak apa usaha dengan kaedah ransangan pula.

Untuk kaedah ransangan aku ada apply 4 cara. Pertama, hisapan baby. Baby secara semulajadi tahu cara untuk mencari payudra. Jadi, beri peluang kepada dia. Bertenang dan yakinkan diri walaupun tahu susu belum ada. Mommy jangan memaksa diri sendiri dan biarkan bayi menghisap atau melekap sahaja pada payudra.

Kedua,Alat Bantuan Menyusu (ABM). Aku guna “Supplementary Nursing System jenama Medela. Boleh beli di farmasi atau kat Lazada, shoppee ada jual. Cara guna ABM ni, 1 tiub dilekatkan pada payudara dan satu lagi tiub dalam botol susu. So baby akan menghisap payudara untuk mendapatkan susu formula tersebut.

Mula-mula memang tiada susu ibu yang keluar tapi lama kelamaan susu ibu terhasil sedikit demi sedikit. Banyakkan bersabar. Lakukan proses ini 10-12 kali dalam tempoh 24jam terutama bila baby ada tunjuk hint2 nak menyusu.

Ketiga breast pump, lepas 2 minggu aku ambil pil, doctor cadangkan mula guna breast pump, even tiada susu pun ko pump je. 3kali sehari dan 20 minit untuk setiap sesi. Lepas 2 minggu baru keluar susu dalam 1 sudu setiap kali pump, simpan. So sikit-sikit aku tukarkan susu formula ganti susu badan dalam botol ABM. Tak apa banyakkan bersabar.

Walaupun sedikit maksudnya proses penghasilan susu berhasil. Last, berurut. Mak aku kata berurut dapat meransang susu keluar. So aku try berurut. Ok la juga. Tapi kene pandai cari tukang urut. Selain ubat-ubatan dan ransangan, tolong jaga makan dan bersenam. Kalau ko tahu makanan tu boleh menyekat pengeluaran susu, takyah la ambil.

Pantang sekejap. Banyakkan bersabar dan beri peluang kepada badan dan baby anda. Selagi anak angkat anda belum berusia 2 tahun anda masih berpeluang menjadikan anak itu anak susuan. Aku mengambil masa 2 bulan untuk menhasilkan titisan susu yang pertama.

Memang rasa nak giveup. Banyakkan berdoa. Aku masih mengunakan semua kaedah kecuali ubat aku dah stop ambil. Tolong rujuk doctor. Kalau boleh tak payah la ambil produk2 supplement yang pelik-pelik. Tanya doctor terus.

Fighting!! Wassalam – Mommy Aqif

Bini Pelik Bila Suami Sering Balik Lewat Mlm. Tergamam Tiba Tiba Je Suami Bawak Balik Ank Angkat Kt Rumah. Katanya Budak Tu Masih Belajar. Satu Hari Bini Terkedu Tgk Apa Yg Suami Dgn Ank Angkatnya Buat Di Rumah.

Salam semua, Saya ingin menceritakan sebuah pengalaman kehidupan. Saya seorang wanita berkerjaya agak baik, berpendidikan tinggi, berjawatan dalam politik. Cerita bermula bila saya berkahwin dengan duda anak dua. Suami membawa 2 anak perempuan nya tinggal dgn saya dirumah ibu bapa saya. Mak dan ayah saya sangat sayangkan ke 2 cucu baru itu walau bukan datang dari rahim saya.

Saya berkahwin selama 13 tahun dgn suami Saya bekerja dgn kuat termasuk berniaga sampingan dan kehidupan kami agak mewah. Suami tak bekerja. Anak2 tiri saya semuanya hidup dalam keadaan baik termasuk pendidikan.

Suami saya tidak bekerja tetap dia hanya buat kerja2 kg sahaja. Sampailah suatu ketika saya berjaya membeli 4 buah kereta dan membina sebuah rumah diatas tanah saya sendiri bernilai 200k. Saya amat menjaga suami tatang bagai minyak yg penuh kerana tiada anak dgn suami. Wang saku saya berikan setiap hari Makan minum semua terjaga,malah mewah. Suami mula bosan katanya duduk dalam umah besar. Lupa nak cerita anak2 tiri saya semua dah berkahwin pada usia muda iaitu 18 dan 19 tahun.

Perkahwinan berlangsung semuanya saya tanggung. Pendek cerita bagi menghilangkan kebosanan suami saya. Saya meminta suami mengambil PSV bas dan saya biaya sepenuhnya. Segalanya bermula. Suami mula jadi pemandu bas universiti. Itupun saya yg carikan. Suami mula balik lewat katanya budak2 Uni banyak aktiviti malam sampai 2,3 pg. Saya mcm biasa tetap bg wang saku rm50 sehari pada suami walau dia bekerja. Suatu hari dia bawa balik seorang budak perempuan berusia 21 tahun katanya anak angkatnya. Dia suruh saya sediakan sebuah bilik sbb budak tu praktikal kat negeri saya. Budak tu org pantai timur. Saya turutkan.

Saya terus hubungi universiti dan tanya kenapa budak tu tak buat praktikal di negerinya. Kata pihak universiti budak tu berkeras nak buat praktikal kat negeri saya. Suami bawa bas macam biasa. selalu saya masak budak tu akan call teman lelakinya bagitau apa saya masak. Selalu dia dapat hadiah yg menarik dari teman lelaki dia. Saya hanya memerhati sebab budak tu sangat hormatkan saya dan memanggil saya mama. Dia juga memakai tudung labuh dan sopan.

Suatu hari kakak saya sebelah umah datang nasihatkan saya supaya jangan membenarkan budak tu tinggal dirumah saya. Dia kata takut jadi apa2. Saya khabarkan pada suami dan suami marahkan keluarga saya. Suami pula bila gaji tak pernah ada duit malah ambik duit poket dari saya macam biasa. Saya diam. Suatu hari saya terpaksa berkhusus selama 4 hari dipenang. Saya suruh budak tu balik hostel dan budak tu bersetuju.

Lepas 2 hari kakak saya call dan minta saya balik mengejut tengok keadaan rumah saya katanya. Malam tu juga saya balik jam 11.30 malam sampai rumah tumpang kawan. Saya sengaja jalan kaki masuk kawasan umah saya diam2. Alangkah terkejutnya saya bila kelihatan suami hanya memakai tuala mengadap tv sambil merokok dan budak perempuan itu hanya mengenakan baju labuh tali kecil tanpa lengan. Saya selamba masuk dalam umah dan terus masuk bilik. Saya nampak dengan ekor mata mereka terkejut biawak hahahahaha. Saya masih diam.

Selang 5 hari lepas tu budak tu balik pantai timur bercuti. Saya pulak ajak suami naik super bike jalan2 dalam kampung. Saya minta henfon suami untuk call kawan kononnya saya tak bawa henfon. Suami tanya number berapa dia nak tekan saya cuma bercakap terus.

Bila dia bagi handphone dia saya terus padam dan buka wasap dia. Sambil mulut pura2 bercakap. Dia tak nampak sebab dok bawa motor. Saya sempat baca semua wasap yg baru masuk bertubi2. Allah luruh jantung saya..” abg nanti Za balik Za singgah alor setar kita pergi tidur dulu kat tutttt…nanti za call pompuan tu (sayalah) ambik za kat kangar ok?

Saya diam. Balik rumah saya minta penjelasan dari dia. Dia diam. Tidak menjawab sepatah pun. Saya minta baik2 dia keluar dari rumah saya. Saya ambik semua wang hanya tinggal rm20 dalam poketnya. Semua kunci kereta dan motosikal.

Dia menangis terus melangkah keluar dari rumah. Saya call bapa budak tu seorg ustaz dekat Terengganu cerita benda sebenar dan minta mereka datang ambil semua barang dia dalam 3 hari. Saya langsung tak menangis, cuma sedih sebab mereka berdua balas tuba pada kebaikan saya.

Hari ini dah 4 tahun berlalu. Saya dah kawen lain sekarang. cerita yang saya dengar budak tu dah kikis suami saya habis2an untuk tanggung pengajiannya. Selesai saja pengajian budak tu balik pantai timur dan berkahwin dengan org lain.

bekas suami? Tinggal dalam kabin kontena pekerja. Nasib baik saya bagi sebiji motosikal sebab kesian. Duit? Entahlah. Mula2 saya susah nak move on tp saya bangkit bila saya ingatkan diri saya saya berdiri di atas kaki saya sendiri.

Anak2 dia tak membantu sebab mereka dah kawen dan tinggal jauh di johor. Saya masih baik dengan bekas suami. Dia masih nakkan saya dan memohon maaf. tapi saya sangat terluka. Buat budak perempuan tu. Maizah tq sbb rosakkan rumah tangga kami. Ma doakan kau bahagia sentiasa. Buat bekas suami semoga abang berjumpa dengan wanita yg lebih baik dr saya. InsyaAllah saya sentiasa doakan abg.

Tergamam Waktu Mlm Pertama Bini Tidur Dlm Toilet. Bini Tk Tahan Dgn Apa Yg Suami Cuba Lakukan. Rupanya Ini Yg Suami Dia Lakukan Smpai Dia Rela Mlm Pertama Dlm Toilet.

Bini kedua ni selalunya perampas. So aku nak cerita dulu macam mana aku boleh dapat title ‘isteri kedua’. Umur aku masuk 25 tahun. So korang nak tahu macam mana aku dapat title ni? Suami aku kena tangkap basah dengan madu aku iaitu kawan kerja dia sedangkan kitaorang dh bertunang dan tinggal lagi 3 minggu nak nikah.

Ya 3 minggu lagi gais. What a sad life. Aku dapat berita ni sebabkan aku dengan suami aku dan madu aku (kawan kerja dia kan) kerja satu company yang sama. Cuma beza aku kerja dalam office. Dia dan madu aku banyak travel dan diaorang 1 team. Masa malam dia kena tangkap basah tu aku memang tak tahu lah kan cuma aku ada rasa tak sedap hati bila dia tak call atau msj aku 1 hari. Esoknya aku masuk office petang sebab aku halfday. Bila aku masuk je semua orang dekat deptartment aku pandang aku dengan pandangan aku tak dapat tafsir.

Aku mula ingt aku ada buat salah. Tapi tetiba dapat call dr manager HR suruh jumpa dia. Dari situ la aku tahu suami aku dah bernikah dengan madu aku. Aku ? Jantung aku gugur waktu tu. Tapi yang aku tahu air mata aku sikit pun tak jatuh gais. Cuma aku rasa remuk hati aku. Rasa skit yang mana air mata pun tak mampu nak keluar. Oh ya masa kena tangkap basah tu diaorang tengah outstation la.

Macam mana boleh jadi macam ni ? Aku rasa aku yang terlalu baik hati. Hahahaha. Hurmm. Baik hati macam mana ??? Aku dah lama tahu madu aku suka dekat suami aku. Sebab aku perempuan. Kita perempuan ni sense dia lain sikit kan. Boleh tangkap dengan cepat.

Tapi aku baik hati. Aku cuma cakap dengan suami aku. Hati2 jelah dengan madu aku tu. Jangan sampai tersuka bila dh kerja sama2 tu. Tapi tak sangka la tangkap cintan jugak diaorang berdua ni. Aku tahu suami aku dulu suka tumpang kereta madu aku sebab suami aku pakai motor pergi kerja tapi kalau pergi luar negeri.

Suami aku banyak tumpang kereta kawan2 team dia. Jadi madu aku salah sorangnya lah. Pernah jugak sekali madu aku jemput suami aku bawak pergi balik kerja around 1 bulan kot sebab suami aku punya motor rosak. Aku dengan rasa baik hatinyaaaaaa(sekarang baru rasa kebongokkan dia) okay je bila madu aku buat macam tu.

Katanya suami aku. Madu aku je yang sanggup nak jemput hantar dia. Aku ada fikir lain tapi aku tepis perasaan tu sebab aku rasa tu je jalan yang ada. Yelah aku pun tak nak fikir panjang sangat sebab nanti boleh bawak gaduh pulak dengan suami. Aku tak nak cerita panjang sangat pasal ni. Tapi inilah jugak antara salah 1 sebabnya diaorang boleh bercinta belakang aku.

So next apa yang berlaku lepas diaorang nikah tu. Mak ayah aku nak batalkan semua majlis dan keluarga pihak laki pun redha kalau aku nak batalkan. Tapi aku ? Baik hati lagiiiiiiiii(geram dengan diri sendiri) sebab nak jaga dua2 belah pihak punya muka.

Aku mintak teruskannnnnnn. Yes gais. Aku teruskan. Bongok sangat aku rasa. Aku tak tahu la kenapa aku boleh bertindak macam ni. Cuma waktu tu aku banyak mengalah. Mungkin sebab aku tak dapat fikir panjang dah. Aku tak nak semua malu. Aku tak nak menyusahkan siapa siapa.

Jadi aku tetap teruskan pernikahan aku dengan suami aku. Yupp tahun lepas bulan 1 aku sah jadi isteri kedua suami aku. Macam tu lah aku dapat title isteri kedua. Setelah 7 tahun bercinta 8 bulan bertunang. Akhirnya aku jadi isteri kedua. Pathetic thing happen in my life.

Aku sebenarnya dah tawar hati dengan suami waktu akad nikah. Aku rasa kosong. Bukan ini yang aku nak. Aku betul2 tak dapat terima kenyataan aku kena hadapi benda ni. Tapi aku buat fake. Aku buat lagak aku yang aku OK. Tapi sedangkan semuanya tak ok. Malam lepas majlis. Aku terus buat beberapa perjanjian dengan suami.

Orang kata kalau ada 2 isteri ni. Kena adil kan? Tapi aku kategori baik hati + tawar hati aku cakap aku nak dia duduk dengan aku 1 hari je dalam sebulan. Hari apa yang dia nak duduk tu ikut lah dia nak bila. Tapi selebihnya memang aku tak kasi dia masuk rumah.

Kami dah ada rumah sewa gais dan nasib baik rumah atas nama aku dan kunci semua aku pegang. So dia memang tak boleh buat apa. Nafkah tu ikut mana yang dia mampu. Aku pun tak kisah sangat sebab aku ada saving aku sendiri dan aku ada pendapatan tetap. Dan ada lain2. Malam dia dengar perjanjian aku tu. Dia nangis teruk. Dia mintak maaf sujud dekat kaki aku.

Aku tak nangis pun. Aku pandang dia macam tin kosong je. Lalu sepi je dekat telinga aku dengar dia teresak2. Dan malam tu jugak aku sanggup tidur dalam bilik air gais. Sebab tak nak dia sentuh aku. Aku tahu aku dah jadi isteri yang derhaka masa first nikah. Tapi aku boleh buat apa. Aku pun manusia biasa. Yang sedang terluka hati dan perasaan.

Setahun lebih dah aku dengan suami aku macam ni. Kami memang macam orang asing. 1 hari yang dia duduk dekat aku tu hanya cukup syarat je. Aku balik kerja dia tak balik lagi. Aku akan tidur bilik no 2 dengan kunci pintu. Aku tetap masak dan basuhkan baju dia.

Esoknya dia akan balik dekat madu aku. Aku sekarang lagi banyak berdikari. Semua aku uruskan sendiri. Suami pun bagi nafkah. Aku simpan je duit tu. Sebab aku tahu madu dengan suami aku lagi memerlukan duit lagi2 madu dah nak hampir dengan due date.

So incase diaorang tak ckup duit. Aku boleh pulangkan balik duit suami aku tu. (Baik hati lagi kan aku ni ?) Penerimaan keluarga. Masa mula2 dulu. Mak ayah aku dengan adk beradk aku memang langsung tk nak pandang muka suami aku. Apatah lagi nak berborak. Dan raya tahun lepas n tahun ni aku raya dengan family je tanpa suami. Aku kan isteri kedua. Korang faham jelah. Hahahaha. Apa boleh buat. Dah nasib.

Side mentua aku dengan ipar aku. Alhamdulillah diaorang semua syang aku. Mungkin sebab serba salah anak dan abang diaorang buat aku. Tapi aku banyak kali cakap. Benda dah lepas jangan diungkit. Mak mentua aku manjang nangis je kalau jumpa aku. Peluk aku. Cium aku.

Aku tahu hati kecil mak mentua aku masih lagi rasa bersalah. Tapi aku nak diaorang redha je. Biar aku je rasa macam ni. Masa first2 aku tengok family in law aku layan madu aku agk teruk. Tapi aku pujuk diaorang jangan buat macam tu sebab dia manusia jugak. Aku ?? Dari first sampai hari ni aku tak pernah bercakap pun dengan madu aku. Hahahahaahahahah.

Balik kampung suami pun. Aku akan tidur hotel dengan adk ipar perempuan aku. Mungkin sebab adik ipar aku sama baya dengan aku. Jadi aku selesa dengan dia. Thank you Ima for understanding me. Hehehe. And actually ayah aku ada cakap dengan suami aku. Kalau rasa tak mampu jaga dua isteri. Pulangkan balik anak dia. Suami aku terkedu sebab aku tak pernah pun nak mintak dilepaskan atau fasakh. Bagi aku biar dia sendiri tentukan. Hak berpisah kan hak lelaki. Huhuhuhu. Aku ada jugak tunggu kata2 tu dr dia. Tapi tak ada pun so aku pun buat donno jelah.

Cuma bila bapak aku ada cakap macam tu dia ada tanya aku. Apa pilihan aku. Aku cakap terus terang pada dia. Aku pun tak rasa hubungan ni kekal sampai bila2. Jadi aku serahkan kata2 tu dekat dia. Dia nampak faham tapi tak tahu la kan. Dia faham ke idok. Secara jujurnya. Aku pun tak ada rasa syang dengan dia. Hubungan kami atas nama suami/isteri je. Tapi bagi dia. Aku tak tahu la kan.

Aku sekarang masih lagi boleh bernafas sampai hari ni. Alhamdulillah. Allah bagi ujian ni pasti ada hikmahnya. Walaupun ramai kata aku tak nampak ada suami tapi aku tetap jugak mintak kebenaran kalau nak keluar ke apa. Hubungan aku dengan madu memang tak pernah baik.

Madu pernah bercakap dengan aku tapi buat macam angin lalu. Aku tak jahat gais. Cuma aku tak rasa nak berbaik lagi. Hati aku ni masih lagi berbekas. Mungkin sampai bila2 pun takkan pulih. Hubungan dengan suami pun macam dengan madu. Cakap benda yang perlu je.

Tak ada mesra macam orang lain. Masing2 banyak senyap kalau balik rumah mentua/kg dia. Dia ada jugak banyak kali tarik perhatian aku. Tapi macam aku cakap kan . Aku rasa betul2 kosong. Apa je dia cuba buat tu semua aku pandang nothing. Empty.

Aku banyak dengan kehidupan aku sendiri je. Sikit pun aku tk sentuh kehidupan suami dan madu aku. So akhirnya. Aku jadi macam ni lah. Seorang isteri kedua yang sedang bangun sikit sikit untuk jadikan diri ni kuat.

And korang boleh tak tolong doakan supaya hati aku terus kuat untuk berjalan kehadapan tanpa jatuh ? Macehhhh if you do that. Aku harap ada pengakhiran yang adil untuk aku. Huhu. Untuk perempuan diluar sana. Mungkin hari ni hari korang buat macam tu pada orang macam aku tapi dunia sentiasa berpusing girlssss. Watch outttt.

Untuk yang seiring dengan jalan cerita aku. Jom lah kita sama2 naik menghadapi dugaan ni. Mungkin kesilapan kita yang lalu buatkan Allah jadikan ujian ni sebagai peringatan. Siapa tahu ? Moga semuanya baik baik sahaja. Moga Allah sentiasa jaga kita. Aminn.

Untuk lelaki diluar sana. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi jangan se-ksa perempuan macam bin-atang. Kalau kau yakin kau nak. Kau buat betul2. Kalau tak nak tak payah. Kan senang ? Jangan nak tunjuk handal sangat.

P/S: Hikmah poligami amat murni kerana ia sepatutnya mendekatkan lagi hubungan, sekali gus mengukuhkannya dan bukan menjarakkan hubungan kekeluargaan. Jadi dalam proses membina keluarga yang lebih besar ini saya berpandangan suami perlu mendapatkan persetujuan isteri pertama kerana hanya dengan cara itu matlamat poligami yang dianjurkan Islam dapat dicapai. Bahkan, ia amat penting dalam memupuk persefahaman dan mengurangkan konflik di antara pasangan,”

Sumber: ceritaohsem