Gadess ni terperanjat bila lagi beberapa hari nak nikah tunang boleh ajak dokkkkkkkkk serumah. Gadesssssssssss ni taknak dan menolak. Terkejut lepas je dh sah gades ni kena henyak hari hari hingga satu hari dia period dan ini yg terjadi.

Kisah Rumah Tangga

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Assalamualaikum… Tahun ini tahun ke 5 aku berkahwin buat yang kali kedua… Maknanya dah 10 tahun aku bebas… Allah je tahu perasaan aku lepas ex aku jatuhkan talak. Abang aku, mak aku dan ayah aku yang teman aku di mahkamah menangis kesyukuran… Syukur mereka dapat anak mereka semula…

Aku anak perempuan tunggal dalam lima adik beradik… Aku lahir dalam keluarga yang sentiasa menyokong satu sama lain… Tak ada istilah aku perempuan, kerja rumah aku yang buat… Tugas aku dan mak bertumpu pada dapur… Bab2 lain dibahagikan sama rata antara abah dan adik beradik aku…

Disebabkan oleh aku anak perempuan tunggal, aku dimanjakan abang2 aku… Dan tempat mengadu adik-adik aku… Typical middle child syndrome, aku nak apa yang aku nak. Aku keras kepala. Impulsif dan selalu ikut perasaan.

Perangai itu telah membawa aku kepada dia. Ex aku. Ada rupa. Ada gaya. Ada karier. Walaupun keluarga aku pada awalnya menolak dia, disebabkan oleh aku seorang yang go getter, aku mendapat restu ahli keluarga untuk bernikah dengan dia.

Abang aku selalu kata “Apa yang kau nampak pada lelaki chauvanist ni? Dah la adab dengan orang tua kelaut.” Aku hanya jelingkan apa abang aku kata. Apa dia tahu bisik hatiku. Semasa bertunang banyak sangat petanda yang aku tak patut teruskan pernikahan. Dia pernah ajak aku bersedudukan. Katanya kami akan bernikah tak lama lagi.

Aku anggap, oh itu perkara biasa. Lelaki dan nfsu 1 nya. Kasar tutur dan bicara pada aku tak terkira. Alasannya? Tertekan dengan segala urusan bernikah. Sedangkan dari A to Z aku uruskan. Oh ya. Ibu bapanya sudah tiada. Majlis semua keluarga aku uruskan.

Umur 23 tahun, genap setahun setelah aku tamat belajar, aku menjadi seorang isteri. Sewaktu aku masih dalam fasa bulan madu, dia tidak segan menunjukkan perangainya. Suka tengok benda bukan bukan. Aku selalu rasa seperti objek pemuas nfsu. Dalam setiap kali bersama memang sudah tak ada ‘jiwa’. Dan itu hanyalah sekadar menunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri.

Belum lagi keresahan bila aku datang bulan. Dia pernah tertangkap ke rumah urut. Katanya aku datang bulan terlalu lama. Tak akan aku ketepikan hukum untuk dia. TAK AKAN. TITIK. Di rumah aku persis Cinderella. Dari sekecil kecil kerja rumah. Sampai la ke sebesar besar kerja rumah. Ya la, rumah itu dia yang beli dia yang bayar. Jadi adil la aku jadi kuli buat segala bala katanya.

Tahi telinga aku dah keras bersama dengan dia. Semua kata kata kesat dan perkataan mencarut jadi makanan telinga aku hari-hari. Asbab seperti teh o kurang manis pun boleh jadi punca aku dipanggil dengan kata kata yang kesat.

Tangan aku penuh warna biru direntap. Berapa kali tumbukan ke pintu dilepaskan betul betul sebelah wajah aku. Berapa kali kerusi disepak sambil kata dia harap dia dapat sepak aku sebegitu. Harta benda yang dipecah dicampak tak usah dikira banyaknya.

Bila baran memuncak, cakap nak bahayakan nyawa aku pun pernah. Selepas dia buat aku rasa macam aku ini kuman yang tak bermakna, dia akan meminta maaf dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Allah lindungi aku. Dia tak pernah hinggapkan tangan kakinya pada aku.

Aku bagaikan kudis dalam hidup dia. Saat berat aku hanya 50kg dengan tinggi 167cm, hari-hari dia panggil aku gemuk. Hari-hari aku dipanggil buruk. Tapi yang kelakarnya si gemuk dan si buruk ni la kau henyak hari-hari.

Aku juga dilarang bertemu keluarga aku. Bila dimarah keluarga kerana aku mengasingkan diri, aku tak dapat ceritakan hal sebenar. Kerana aku mahu menjaga air muka ex aku. Bermacam alasan aku beri pada mak, abah, along, angah dan adik-adik. Sampai kering idea. Akhirnya adik beradik pulaukan aku. Aku cuma berhubung melalui telefon dengan mak dan abah.

Setahun hidup aku hanya dia dan kerja. Berkawan pun dikawal ketat. Aku cuma berhubung melalui FB atau whatsapp. Aku diasingkan dari dunia luar. Sampai la satu hari aku dapat tahu perihal perempuan satu lagi. Sejak dari tu aku jadi memberontak. Aku bukan diri aku sendiri. Bila aku dimarahi aku hamburkan semula makian. Bila dia menumbuk pintu, menyepak kerusi meja, aku hanya menjeling dan berkata “Kau jangan ingat aku ni patung yang kau boleh buat sesuka hati… Aku ada abang2 dan adik2 yang boleh buat kau makan pakai straw”…

Aku mula jadi isteri nusyuz. Pulang kerumah keluarga aku tanpa izin. Tak ada setitis pun air mata aku gugur masa ni. Aku dah nekad yang aku nak berpisah. Cuma cara masih kabur. Sampai satu hari setelah setahun setengah, saat beban itu tak tertahan lagi. Aku nangis semahunya pada keluarga aku. Cerita kan semuanya. Penderitaan fizikal dan mental yang aku hadapi. Abang2 aku mula meruap. Mujur aku ada mak dan abah. Mereka yang buka jalan untuk aku. Kumpul bukti kata mereka. Supaya aku dilepaskan dengan ‘aman’.

Setiap kali balik kampung, aku akan pasang spy cam di bilik tidur aku. Aku gunakan telefon pintar yg murah dan aku hubungkan dengan powerbank. Aku letakkan apps spy cam. Camera akan dihidupkan bila ada pergerakan. Dalam kes aku, banyak pergerakan. Patutla mula-mula marah. Lama2 siap tanya bila aku nak balik kampung.

Mula-mula aku nak ambil 3 bulan notis untuk berhenti kerja. Tapi lepas nampak apa yang aku nampak, setiap hari macam neraka dekat rumah tu. Aku terpaksa ambil 24jam. Mujur aku ada saving. Dapat la aku bayar balik bekas company aku.

Lepas ex aku pergi kerja, aku pack barang. Abang2 aku ambil dekat rumah. Kami buat report polis tentang apa yang dia pernah bagi. Dan alhamdulillah ada bukti di whatsapp. Jadi aku keluar rumah dengan report polis untuk bukti dimahkamah kalau diperlukan. Nombor telefon aku deactivate dan tukar baru. Aku block dia di socmed. Lepas dah sampai rumah keluarga aku, aku hantar email kat dia. Email video aksi dia. Dia merayu dimaafkan seperti selalu. Aku tak akan pandang belakang. NEVER.

Segala urusan nak berpisah aku buat. Sedara aku selaku peguam shariah banyak bantu dan beri nasihat. Aku langsung tak ada berurusan dengan dia. Video itu jadi benda utama perundingan untuk dia lepaskan aku secepat mungkin.

Sedara aku berunding dan cakap dengan dia. Kalau dia tak nak lepaskan dan aku tuntut fasakh, segala video dia hakim akan tengok sebagai bukti tuntutan fasakh aku. Kisah dia akan jadi bualan dalam mahkamah sebab dalam mahkamah bukan kami sahaja. Ada ramai lagi pasangan lain dalam tu. Jadi dia pilih lepaskan aku secara aman. Tepat usia aku 25 tahun aku dilepaskan.

Pasal dia menangis merayu depan rumah. Datang cari aku. Merayu kat mak abah aku. Malas aku nak cerita. Semua tu adalah tangisan buaya. Tiada benda yang lebih palsu dari tangisan dia. Kisah aku tak habis disini. Walaupun aku benci dia. Tapi tak adalah aku terus move on 100% lepas berpisah. Sebulan juga aku macam patung hidup. Tak ada arah tujuan. Salahkan diri aku sendiri.

Kemudian aku dapat kerja baru. Mula berjumpa kawan kawan lama. Yang paling penting setiap hari aku dihiasi kasih sayang dari keluarga aku sendiri. Aku baru faham kenapa Allah tak kurniakan aku anak walaupun aku pernah berdoa setiap hari untuk zuriat dulu. Tanpa zuriat aku boleh terus padam dia macam dia tak wujud pun. Dengarnya setahun lepas berpisah dia dah berkahwin. Selebihnya tak tahu la apa cerita.

Hidup aku sesudah dia dihiasi travel log. Dihiasi kisah2 manis aku dengan kawan2. Trip umrah kami sekeluarga. Aku cuba scuba diving. Aku cuba hiking. Aku ingatkan hati aku dah padam untuk cinta. 5 tahun lepas bergelar janda aku bernikah sekali lagi selepas berkali kali istikarah sebelum dirisik keluarga dia. Tak ada mimpi ke apa. Cuma Allah berikan perasaan kasih dekat suami aku.

Aku pernah cakap dulu dengan suami aku yang aku janda dan pernah berkahwin. Muka dia macam terkejut. Kemudian dia cakap tak apa. Yang penting bukan bini orang. Dan ketawa. Dia kata dia tak akan bincang kisah lampau melainkan aku mahu. Aku betul2 ingat dia akan reject aku.

Aku masih ingat masa dia bawa aku ke kenduri kesyukuran mak dan ayah dia balik dari haji. Kami memang klik. Keluarga dia sangat mesra. Hari dia merisik, abah aku cakap yang dia tak nak letak kan hantaran sebab aku janda. Mak dia kata kami nak beri hantaran sebanyak rm1x, xxx. Dia menantu sulung kami. Orang nak beri, kita merasalah.

5 tahun post marriage. Dulu aku tak pernah rasa aku akan jumpa seseorang lagi. Ada masa aku memang putus asa. Benci lelaki. Nak hidup solo forever. Tapi hati kita ni milik Allah. Sekarang anak dah seorang. Kadang2 termenung juga. Umur 35 anak baru satu. Kawan aku ada yang dah sampai empat anak. Tapi siapa aku nak menidakkan perjalanan hidup yang aku pilih sendiri. First time kahwin dulu taknak pulak buat istikarah kan. Padan muka aku. Naluri Allah dah bagi tapi nak ikut keras kepala.

Tapi aku terima kepayahan aku jadi mak di usia lanjut. Sekarang aku rapat dengan keluarga aku. Suami aku pun walau kadang2 ada juga la gaduh. Aku terima semua baik buruk dia. Selama dengan dia lagi banyak suka dan hanya sedikit sangat dukanya.

Kalau dulu hidup aku ditanggung ex aku semua. Tapi bahagia tak ada. Sekarang ni, walaupun perbelanjaan kena 50-50, sikit pun aku tak kisah. Duit boleh cari. Kebahagiaan tu susah sikit. Kisah aku tak tahu la bahagia sampai bila sebab semua ni pinjaman Allah swt. Yang pasti kalau pisang berbuah dua kali, saving aku dah ada. Escape plan dah ada. Dan aku tahu aku ada keluarga yang selalu menyokong aku dalam susah atau senang.

Mak mertua aku pun feminist. Kalau anak dia buat hal, anak dia yang kena kitai. Kitorang kamceng. Jari kelinking dah paut dah sejak aku kahwin dengan anak dia dulu. Panjang cerita aku kan. Syukur masih ada lagi happy ending. Aku doakan semua isteri atau suami yang jadi sasaran suami domestik dapat mencari jalan keluar. Dan kamu dapat sokongan yang kamu perlukan. Kalau tidak dari keluarga harap ada NGO yang sanggup bantu.

Artikel lain : Nekad Untuk Bawa Balik Bf Dekat Rumah Sebab Tiada Orang. Pelik Petang Tu Tiba Tiba Ibu Pun Nak Join. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Jumpa Gambar Yang Bongkar Apa Hubungan Dengan Bf Selama Ni.

Pengakuan oleh Aina (bukan nama sebenar) bagaikan cerita yang hanya dilihat dalam drama atau filem, namun hakikatnya ini benar-benar berlaku. Sudah lima tahun kisah berlalu iaitu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi, tetapi tetap segar dalam kenangan dan menjadi pengajaran seumur hidup. Memulakan bicara, Aina berkata, ketika semester pertama di universiti, dia berasakan kehidupannya begitu berubah.

Masakan tidak, daripada anak manja tunggal yang tidak pernah berenggang dengan ibunya, dia kini perlu hidup berdikari. Sememangnya sudah menjadi tabiat anak manja, dia memang kekok untuk bergaul dengan teman satu bilik yang seramai lapan orang di kolej.

Sebulan di tempat baru membuatkan saya rasa sangat sunyi. Saya tidak seronok walau ramai kawan. Setiap minggu saya akan balik ke rumah ibu di Kuala Lumpur. Walau banyak belanja saya tidak kisah asal dapat menghabiskan masa dalam rumah dan selesa di bilik sendiri. Adakalanya ibu memarahi saya kerana kerap pulang ke rumah, sangkanya saya langsung tidak mahu belajar. Dek kerana takut dimarahi ibunya lagi, Aina mencari sebab untuk dia gembira berada kira-kira 500 kilometer jauh dari rumah dan ibunya.

Mula mengenali Azam..Pada satu hujung minggu, dia cuba mengulangkaji pelajaran di perpustakaan universitinya. Ketika itu, matanya bertentang dengan seorang pelajar senior yang bagi Aina mempunyai wajah cukup tampan. Dia memberanikan diri memberi senyuman dan dibalas mesra oleh pelajar senior tersebut. Azam (juga bukan nama sebenar) merupakan pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan mekanikal di universiti yang sama.

Sejak berbalas senyuman, saya teringin mengenali Azam dengan lebih dekat. Selepas beberapa kali berjumpa di perpustakaan kami akhirnya bertukar nombor dan sering membalas SMS (khidmat pesanan ringkas). Banyak persamaan antara kami, makanan hobi dan banyak lagi kegemaran kami yang sama. Saya sungguh selesa dengan Azam dan sejak berkenalan dengannya saya tidak pernah lagi rasa kesunyian.

Hari demi hari perhubungan kami semakin rapat dan berasa selamat ketika bersama dia, katanya. Kami begitu teruja kerana apabila Azam mula bekerja dia berjanji akan melamar saya. Dia akan membawa saya berjumpa dengan keluarganya di Terengganu dan saya juga akan memperkenalkan Azam kepada ibu saya di Kuala Lumpur.

Saya pasti ibu akan menerima Azam kerana saya kenal dengan ibu saya yang memang mahu melihat saya bahagia, jelasnya. Pada satu cuti semester, Aina mengajak Azam untuk ke rumah ibunya dan salam perkenalan tersebut disambut dengan hati yang sungguh gembira. Seharian kami menghabiskan masa di rumah, kami makan, menonton televisyen dan membelek album lama bersama ibu.

Tiba pada satu keping gambar lama, Azam tiba-tiba berubah wajah. Terus ditanya siapakah dalam gambar tersebut. Ibu menerangkan itu adalah keluarga asal saya dengan bapa dan seorang abang bernama Amar. Azam seolah kenal benar dengan wajah bapa dalam gambar tersebut kerana seingat Azam, bapanya juga mempunyai foto yang sama yang dibingkaikan di dalam bilik bacaan keluarganya.

Selepas didesak barulah ibu bercerita. Rupanya ibu adalah isteri kedua ayah dan disebabkan jodoh tidak panjang mereka bercerai. Ketika itu mereka mempunyai dua anak iaitu saya dan abang yang beza usia cuma dua tahun. Selepas berpisah, mereka bersetuju ayah ambil anak lelaki manakala ibu ambil anak perempuan iaitu saya. Menurut ibu, ayah membawa abang pindah ke Terengganu bersama keluarga isteri pertama yang telah mempunyai tiga anak dan selepas peristiwa itu mereka terputus hubungan hingga saat ini.

Selama ini saya memang tahu saya mempunyai abang tetapi saya tidak pernah bertanya mengenainya, mungkin sudah terlalu selesa hidup berdua dengan ibu. Tanpa menunggu sesaat, Azam memberitahu saya bahawa itulah juga ayahnya dan Amar itulah juga adiknya. Ya benar, kami mempunyai bapa yang sama, dia anak sulong ayah bersama isteri pertama. Berderau saya dan reaksi ibu juga sama. Petang yang begitu ceria tiba-tiba bertukar menjadi dingin dan tegang, imbas Aina.

Dari kekasih kepada kawan..Usai cuti semester, Aina kembali ke kampus meneruskan pelajarannya seperti biasa biarpun perasaan berkecamuk antara lega bertemu saudara sedrahnya dengan rasa sedih kehilangan cinta hatinya. Azam pula sudah mula bekerja dan sejak peristiwa itu mereka cuba berubah menjadi seperti adik-beradik atau sekurang-kurangnya kawan biasa.

Malangnya saya terasa begitu kekok, bayangkan daripada pasangan kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga, kini kami kena akur bahawa kami adik-beradik sama bapa berlainan ibu. Walau saya cuba beberapa kali untuk menganggap Azam sebagai abang tapi saya akui memang sangat sukar.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak menghubungi Azam lagi. Kebetulan Azam juga ditugaskan ke luar negara selama dua tahun, jadi semakin mudah bagi saya melupakannya sebagai kekasih hati. Saya juga tidak pernah menceritakan hal ini pada sesiapa. Hanya kami bertiga sahaja yang tahu.

Namun hikmah selepas daripada kejadian itu, saya dapat bertemu semula dengan ayah dan abang sulong saya yang terpisah sekian lama, katanya yang kini telah berumah tangga dengan rakan sepejabat dan baharu sahaja menimang cahaya mata berusia dua bulan.

Artikel Lain: Isteri Terjumpa Gaun Merah Milik Gadis Lain Atas Katil. Dia Tak Dapat Bayangkan Macam Mana Suaminya Berasmara Dengan Gadis Lain Atas Katil Mereka. Akhirnya Terbongkar Apa Yang Suaminya Buat Dibelakangnya Selama Ni.

“Kisah ini saya kongsikan pada kau sebab saya tahu melalui kau, orang ramai akan tahu keperitan saya. Terima kasih Nad. Moga ini boleh membuka mata para wanita di luar sana agar sentiasa berhati-hati walaupun dengan orang yang amat kita kenali.” – Liza

2013. Impian untuk bersatu dalam ikatan perkahwinan jadi kenyataan. Saya dan Max bersatu dalam ikatan yang memang direstui kedua orang tua kami dan ahli keluarga yang lain. Saya tinggalkan semua impian saya di belakang iaitu ingin miliki perniagaan sendiri. Saya ikut langkah Max berpindah ke tempat lain.

Di awal usia perkahwinan kami, semuanya memang indah. 2 tahun pertama, kami diiuji bila saya mengalami keguguran sebanyak 2 kali. Kesihatan saya semakin merosot. Tapi layanan Max masih sama seperti dulu, tak pernah berubah. Dia sentiasa ada bersama saya. Kami masih bersabar dengan segala ujian dan dugaan yang kami hadapi.

Suatu hari, saya menerima panggilan telefon daripada rakan baik saya sejak zaman sekolah lagi. Maria menelefon saya dalam nada suara ketakutan dan menangis. Saya jadi risau. Saya tanya ada apa dan dia di mana. Dia katakan dia ada di rumah sewanya. Saya terus bergegas ke sana bersama Max. Kebetulan Max ada di rumah.

Sampai di sana, saya terkejut tengok keadaan rumah Maria yang tidak berkunci. Berselerak dan segala pasu bunga pecah. Saya terus mencari di mana Maria. Dia bersembunyi di dalam bilik tidurnya. Wajah Maria kebiruan dan kemerahan. Lehernya juga ada kesan merah. Saya menjerit terus peluk Maria yang saya sudah anggap seperti adik saya sendiri.

Max menelefon pihak polis. Maria tidak mahu menceritakan hal yang berlaku kepada saya. Saya faham kerana dia masih trauma. Kami menghantar dia ke hospital untuk rawatan lanjut. Sepanjang dia dimasukkan ke hospital, saya yang menjaga dia siang dan malam. Selepas 3 hari, barulah Maria buka mulut apa yang terjadi. Saya tak mampu berkata apa-apa. Saya memang tak suka tunang Maria sejak dulu sebab perwatakannya yang kasar dan amat menjengkelkan. Keluarga Maria juga tak pernah merestui hubungan mereka.

“Aku tak tahu apa nak buat, Liza. Aku takut. Selama ni dia cuma tinggi suara saja. Sejak dua tiga bulan ni, dia mula angkat tangan dan kasari aku. Paling teruk 3 hari lepas, dia ambil pisau dan cakap nak bahayakan nyawa aku. Kami bergaduh besar sampai habis semua barang dalam rumah dipecahkan.” Maria menceritakan segala yang terjadi dengan esak tangisnya.

“Jangan takut. Aku ada. Max dah lapor pada polis. Tunang kau sedang dicari polis. Selagi aku ada, kau akan selamat.” Saya memujuk Maria agar dia bersabar. Memandangkan Maria takut mahu ke pulang semula ke rumah sewanya, saya mempelawa dia untuk tinggal bersama kami buat sementara waktu. Max juga bersetuju. Kami tatang Maria bagai minyak yang penuh.

Segala keperluannya kami penuhi. Pernah berkali-kali Maria menangis dan menjerit kerana trauma dengan apa yang tunangnya buat. Saya dan Max memujuknya. Maria menghalang saya untuk memberitakan hal dirinya pada keluarganya kerana dia belum bersedia untuk pulang ke pangkuan keluarga. Saya hanya menurut sahaja.

Sudah hampir 3 bulan Maria bersama kami. Maria memang tidak lagi bekerja kerana keadaan dirinya yang masih belum sesuai untuk menerima beban tugas. Saya disahkan hamil 5 minggu dan inilah khabar baik yang saya dan Max nantikan selepas 2 tahun. Saya menunggu kepulangan Max untuk memberitakan khabar baik ini. Saya masih ingat saat itu saya dan Maria baru sahaja balik dari klinik untuk pemeriksaan.

Maria juga cukup teruja dengan khabar itu. Sampai sahaja Max dari tempat kerja, saya baru sahaja mahu membawa Max ke bilik tidur untuk memberitakan khabar itu namun Maria terlebih dahulu bertindak. Saya terkedu. Saya betul-betul terkejut dengan tindakan Maria sedangkan sejak dari klinik saya sudah katakan jangan buka mulut sampailah saya khabarkan sendiri.

Dia bersetuju. Maria melompat kegirangan sambil bertepuk riang. Max tersenyum sambil melihat ke arah saya. Saya hanya mampu diam sambil melihat ke arah mereka berdua. Saya berkecil hati dengan tindakan Maria lalu saya ke bilik tidur. Entah kenapa cepat betul hati saya terasa. Saya terus menangis.

Max masuk bilik dan memujuk saya. Sejuk sedikit hati saya bila dipujuk oleh suami sendiri. Max katakan, maafkan Maria, dia mungkin terlebih gembira sebab selepas apa yang jadi pada dia, dia juga mahu menumpang kebahagiaan kami berdua.

Saya rasa malu bila mengenangkan hal itu. Kasihan Maria. Saya terus keluar bilik dan dapatkan Maria di ruang tamu. Dia juga menangis dan meminta maaf dari saya sebab terlanjur berkata-kata. Kami saling berpelukan. Malam itu, kami keluar makan malam bertiga.

Keberadaan Maria di rumah kami selama 3 bulan sampai ke pengetahuan kedua orang tua saya dan Max. Mereka tidak suka akan perihal itu kerana Maria bukan sedaging dg saya dan khuatir jika ada apa-apa yang terjadi nanti. Ibubapa saya meminta agar saya menghantar Maria pulang ke rumah orang tuanya sendiri. Saya mula berfikir tentang hal itu.

Nasihat orang tua tak pernah saya tolak. Saya bincang hal ini bersama Max dan dia bersetuju untuk memujuk Maria agar kembali ke pangkuan keluarganya. Tanpa kami duga, tindakan kami ini membuatkan Maria berkurung dalam bilik, tak mahu keluar apatah lagi makan dan minum. Dia bercakap mahu bahayakan nyawa sendiri jika kami membawanya pulang ke orang tuanya. Saya dan Max buntu. Kata putus kami berdua akhirnya membiarkan sahaja Maria tinggal bersama kami buat sementara waktu.

Sejak dari hari itu, kami tidak lagi membangkitkan isu itu. Maria juga kembali ceria. Saya kasihan melihat keadaan Maria. Pasti dia rasa bersalah dan rasa dirinya tidak berguna. Yalah, dia sanggup melawan kedua orang tuanya hanya kerana seorang lelaki namun akhirnya lelaki itu bukanlah yang dia harapkan.

Maria juga berusaha mencari pekerjaan baru kerana dia malu makan dan minumnya ditanggung oleh Max memandangkan saya tidak bekerja lagi. Maria juga ada menjalani sesi pemulihan dan kaunseling. Nampaknya dia semakin membaik hari demi hari. Saya gembira melihat perubahan Maria.

Bila kandungan saya masuk 6 bulan, Maria mengatakan dia akan berpindah ke rumah sewa barunya. Dia sudah mendapatkan pekerjaan baru dengan gaji yang cukup untuk dirinya. Saya dan Max tumpang gembira dengan khabar itu. Maria sudah pulih sepenuhnya dan dia juga mengatakan dia dalam proses memutuskan pertunangan melalui mahkamah anak negeri dan menunggu bayaran denda dari bekas tunangnya. Saya dan Max menghantar Maria ke rumah sewa barunya.

Sejak dari itu, saya mulai keseorangan di rumah. Mula rasa sunyi kerana selama ini Maria ada bersama saya. Max pula selalu sibuk dengan kursus kenaikan pangkat dan sebagainya. Saya mula terfikir ingin pulang ke kampung dan berehat di sana. Sekurang-kurangnya di sana ada kedua orang tua saya juga adik-beradik yang lain. Mulanya Max tidak bersetuju sebab dia risau akan keadaan saya tapi bila memikirkan dia selalu sibuk dan pulang juga selalu lewat, dia akhirnya akur dengan kehendak saya. Saya pulang ke kampung saat sarat mengandung 7 bulan lebih.

Max selalu pulang ke kampung bila hujung minggu untuk melawat saya dan keluarga yang lain. Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa kerana saya percaya pada suami saya. Sehingga suatu hari, saya terjumpa satu selendang dalam kereta suami saya. Saya tahu itu bukan kepunyaan saya.

Bila saya bertanya, dia cuma menjawab selendang kepunyaan rakan satu tempat kerja, dia tumpangkan balik. Saya hanya biarkan saja. Kali kedua, saya menemui pelembap bibir dan botol losyen lagi. Kali ini, saya tidak boleh terus bersangka baik. Takkan tumpangkan kawan sampai benda begini pun boleh tertinggal. Saya diamkan kerana tak mahu bersoal jawab di hadapan orang tua saya.

Bila malam sebelum tidur, saya mula bertanya kepadanya. Suami saya hanya berdiam diri. Dia langsung tidak menjawab pertanyaan saya. Saya menangis bila melihat respon suami saya. Jadi memang betul dia ada perempuan lain selain saya. Kami gaduh dingin dan dia pulang semula ke bandar tanpa saya peluk dan salam seperti biasa. Sakit hati saya. Saya tidak tahu mahu meluah pada siapa. Pada ibubapa saya, saya tak mahu mereka susah hati nanti. Saya menelefon Maria dan meluah padanya. Baru terasa lega dalam dada.

Tanpa saya duga, keesokan harinya, Maria tiba dengan membawa hadiah dan buah tangan. Dia khuatir akan keadaan saya dan buat keputusan mengambil cuti kecemasan dan melawat saya di kampung. Terharu saya padanya. Kami memang rapat. Susah dan senang kami bersama. Maria meminta saya bersabar dengan perubahan Max.

Puas saya meluah padanya. Segala keperitan 2 tahun lalu juga saya luahkan. Tangisan saya, turut menjadi kesedihan buat Maria. Malam itu, saya masih ingat lagi, Maria bermalam di rumah dan kami tidur bersama. Ibubapa saya sempat menasihati Maria agar pulang ke pangkuan orang tuanya. Maria hanya mengangguk dengan senyuman. Saya yakin, suatu masa nanti, dia akan pulang juga ke orang tuanya.

Ketika saya sarat mengandung 9 bulan dan hanya tunggu hari sahaja lagi untuk melahirkan, saya menerima satu pesanan Whatsapp dari nombor yang tidak dikenali mengatakan suami saya sudah seminggu tidak ke pejabat. Saya terkejut. Ada apa dengannya? Saya menghubungi suami saya namun tiada jawapan.

Saya menghubungi Maria dan meminta dia mencari Max untuk saya. Maria bersetuju dan akan memaklumkan apa-apa khabar kepada saya nanti. Siang malam saya berusaha menghubungi Max dari kampung namun tiada jawapan. Saya yang sedang sarat hamil, kaki bengkak, berjalan jauh juga sudah tidak mampu, hanya mengharapkan Maria untuk membantu saya.

Keluarga Max juga ada dimaklumkan hal yang sama dan abang sulung Max, bernama John, telah mengambil cuti dan mencari Max. Saya dan keluarga hanya mampu menunggu khabar dari John dan juga Maria. Saya jadi risau kerana terakhir kali kami berjumpa adalah saat kami gaduh dingin itu. Perasaan bersalah mula menghuni diri. Setelah 5 hari menunggu, John pulang dengan khabar yang mengubah kehidupan saya 360 darjah. Saya sehingga ke saat ini masih belum mampu menerima kenyataan ini.

“Liza, saya minta maaf sebab saya terpaksa juga cakap. Saya sudah puas nasihatkan dia supaya ingat kau dan anak kamu berdua yang bakal lahir. Kasihan kau. Tapi, macam dia lalai, macam saya ni bukan abang dia. Dia buat tatau saja dengan saya. Saya tahu, kalau saya cakap, mesti kau takkan percaya sebab dia kawan baik kau. Saya pun tak mahu percaya tapi benda jadi depan mata saya. Saya malu ada adik macam Max.”

“Apa maksud kau John?!”

“Saya ke rumah kamu dua. Saya ketuk banyak kali baru Max buka. Saya masuk dan saya terkejut bila nampak tu perempuan ada di sana dengan dia. Saya tanya bagus-bagus sejauh mana hubungan mereka berdua. Bagus mengaku dan jangan berdalih. Perempuan tu mengaku memang dia sudah lama ada hubungan dengan Max sejak dia tinggal dengan kamu berdua lagi. Bila saya tanya Max kenapa kau sampai hati kau buat macam ni kat Liza. Alasan dia, dia tak tahan tengok perempuan tu hari-hari ada di rumah. Malu saya, Liza. Saya cukup malu dengan adik saya sendiri.”

“Perempuan mana?! Perempuan siapa?!”

Masa itu satu badan saya menggeletar. Saya mula sesak nafas. Nasib adik lelaki saya berdiri di sebelah saya, saya hampir jatuh terduduk, adik saya sempat sambut saya. Airmata saya tak mampu keluar masa itu. Saya macam kena kejutan elektrik dan saya hanya mampu berdiam diri. Saya dapat dengar suara John dan ahli keluarga yang lain memanggil saya supaya sedar dan saya dapat rasa badan saya diangkat dan dibawa masuk ke dalam kereta.

Masa itu, saya genggam erat tangan adik lelaki saya. Dia menangis dan minta saya bersabar. Itulah pertama kali saya melihat adik lelaki saya menangis. Saya pandang ke hadapan, saya nampak John yang memandu kereta dan disebelahnya adalah ibu saya.

“Tim, bapa kau sama uncle di belakang kan?”

Saya dapat dengar soalan ibu kepada adik lelaki saya. Adik lelaki saya mengangguk. “Tim, sakit Tim. Berdenyut.” Saya sempat tarik lengan baju adik saya. Adik saya panik dan minta John memandu lebih laju. “Tahan, Liza. Sekejap lagi sampai.” Suara ibu kedengaran.

“Kurang ajar punya betina sial. Sudah saya jangka ini akan jadi. Entah perangai sundal siapa dia ikut! Dasar anak tak kenang budi! Nasib aku ni yang selamatkan dia masa hampir sesak nafas di sungai dulu zaman nakal sama si Liza ni. Si Tim ni yang berlari macam mau putus nafas minta tolong. Kalau tidak, jadi zombi sudah dia! Sial punya betina!” Bebelan ibu buat saya menitiskan airmata. Sakit rasanya. Sangat menyebalkan namun saya cuba bertahan.

“Sabar aunty. Kita utamakan Liza dulu. Nanti kita atur tu.” John lagi bersuara. Subuh itu sekitar jam 4.30 pagi, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 3.2kg. Tapi, perasaan saya tidaklah sebahagia wanita lain saat melahirkan. Rawan di hati tak mungkin ada ubatnya. Saya mengabaikan anak saya sendiri.

Saya menolak untuk menyusukan dia sampai saya dimarahi oleh jururawat dan ibu saya sendiri. Saya dirujuk ke bahagian psikologi, barulah mereka tahu apa masalah saya. Doktor bahagian psikiatrik membuat family conference, suami saya hadir bersama. Saya langsung tidak memandang wajahnya.

Saya tidak benarkan dia menyentuh anak saya. Saat saya dibenarkan pulang, dia ada datang untuk menjemput saya dan anak kami. Dia merebut anak kami dari tangan ibu saya. Saya menjerit dan menampar wajahnya, dia melawan dengan menampar saya semula. Dengan luka yang masih baru, saya jatuh ke lantai. Adik saya yang saya angkat saya semula. Saya ludah wajah suami saya dengan penuh rasa marah.

Saya singgah ke rumah sewa kami untuk mengambil barang-barang saya yang lain. Saya dapat membayangkan betapa hangatnya mereka berasmara tanpa rasa bersalah di atas katil. Menitis airmata saya. Saya cepat-cepat ambil barang saya semua dan saat itulah saya jumpa gaun tidur berwarna merah di bilik mandi.

Dan gaun itu sudah semestinya bukan milik saya. Saya ini perempuan kampungan yang hanya guna baju kelawar, kain batik sahaja. Sedangkan si betina itu, macam-macam jenis baju hot dia ada, yang menampakkan segala isi montok dada, apalagi bahagian lain. Jijik saya mahu mengenangkan wajah sundal itu. Saat saya keluar dari rumah, saya melihat kereta sundal itu ada di luar.

Dia tak berani keluar dari kereta. Saya ambil pasu bunga kecil kaktus saya yang bersusun di luar rumah dan saya hempas ke cermin keretanya. Tak cukup dengan itu, saya angkat lagi cangkul kecil yang saya selalu guna untuk menanam bunga, saya baling ke keretanya. Bunyi kaca berderai membuatkan jiran lain keluar dari rumah. Sundal itu juga keluar dan bergegas ke arah saya dan mahu menyerbu saya tapi dia silap.

Adik saya terlebih dahulu menghalang dan menolaknya lalu jatuh ke lantai. Dia bangun dan menolak kepala adik saya. Saya menarik rambutnya dan sekuat tenaga saya tonyoh mulutnya sehingga membuatkan bibirnya yang tadi cantik merona merah jadi seperti bontot babun. Dia menarik rambut saya dan menendang perut saya.

Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Saya tak mampu melawan lagi. Saya jatuh terduduk dan terasa pitam. Saat itu saya dapat dengar suara jeritan bapa saya. Ibu juga sama. Adik saya memapah saya masuk ke dalam kereta. Melihat wajah anak saya yang didukung oleh ibu, saya rasa terhina. Saya rasa cukup bongok.

Selepas kejadian itu, ibubapa saya tak membenarkan suami saya melawat saya apatah lagi anak kami. Saya berehat secukupnya dan dengan sokongan kedua orang tua saya, saya rasa cukup bahagia. Apatah lagi adik-beradik saya setia bersama saya. Keluarga Max juga sering datang melawat. Mulanya mereka menyalahkan saya juga kerana membiarkan Maria tinggal bersama kami tapi lama-kelamaan mereka sedar kesalahan anak mereka.

Saya faham sebab yalah, keluarga mana mahu mengakui kesalahan anak mereka. Tapi Tuhan itu maha kuasa. Satu demi satu mata mereka terbuka dengan kebenaran. Alih-alih menantu seperti saya juga disalahkan kerana tidak menjaga rumahtangga dengan baik. Saya akur. Saya berdoa pada Tuhan supaya mata mereka terbuka. Akhirnya, mereka meminta maaf pada saya bila di depan mata mereka sendiri melihat kecurangan anak mereka dengan perempuan lain.

Surat saman dan ganti rugi sampai ke tangan saya. Saya tersenyum sinis. Sampai begini sekali sundal itu menuntut saya atas kerosakan keretanya. Saya biarkan sahaja sampailah saya habis berpantang. Saya minta bantuan ibu untuk menjaga anak saya. Saya ke mahkamah anak negeri dan berjumpa rakan saya yang bertugas di firma guaman.

Saya minta panduan mahkamah anak negeri bagaimana sekiranya ada orang ketiga dalam suatu rumahtangga. Saya tersenyum puas bila surat dan fail denda ada depan mata saya. Cukuplah saya melepaskan kemarahan saya pada hari itu, saya bukan manusia bongok dan beremosi untuk buat itu semua lagi. Saya masih ingat pesan adik saya, Tim.

“Kalau boleh marah macam mana pun kau, jangan sampai kau mahu sebar sana sini. Tiada untung. Kau jumpa mahkamah anak negeri, minta nasihat mereka apa patut kau buat. Lagi bagus kalau kau jumpa orang gereja, katekis, minta nasihat apa boleh kau lakukan. Kau bijak, Liza. Kau ada degree, ada pelajaran, jangan guna jalan singkat. Guna jalan undang-undang saja. Itu saja caranya.”

Macam-macam cara Max mahu jatuhkan saya. Dia menuntut hak untuk anak kami. Satu pun saya tak endahkan. Saya urus bahagian saya dan akhirnya saya menang. Mereka berdua datang ke rumah saya dan memohon maaf. Maaf? Semudah itu minta maaf. Saya sudah cukup bersabar dengan mereka. Ibubapa saya adalah antara insan yang terluka dengan perbuatan mereka.

“Perempuan tak kenang budi!”

Saya dapat dengar bunyi tamparan dari ibu buat perempuan itu. Max sampai melutut pada saya minta beri peluang. Saya hanya berdiam diri dan menolak tubuhnya. Tim yang banyak menyabarkan saya. Jika tidak, pasti sudah ada yang hilang nyawa hari itu.

“Aku jaga kau, tatang kau macam minyak yang penuh, siang malam kau aku bagi makan, tapi apa kau buat? Sampai hati kau kan buat macam ni. Kau tak rasa malu ka? Kurang sangatkah laki lain di dunia ni sampai laki aku kau kebas!” Saya ludah perempuan itu, melepaskan amarah saya yang terakhir.

“Dia juga mahu, Liza! Apa aku boleh buat?!” Dia melawan semula.

“Kalau dia mahu, kau juga patut sedar dirilah, sundal! Dia tu laki aku! Kau pun suka kan kena cucuk?! Yakan?! Bernafsu sangat kan!” Saya tampar kepalanya. Tim cepat-cepat tarik saya dan minta saya bersabar. Kau pun sama! Apa kurang aku? Sama juga lubang kan?! Ka dia lagi sedap?! Sama juga lubang kan?!

Lubang aku masih fit juga, yang selalu kau puji-puji fit tapi sama dia juga kau asah batang kau, diam-diam kau mengasah sama dia. Sial punya laki! Kau tau ka, aku sanggup tanam impian aku sebab mau kawin sama kau saja! Ini kau balas?! Sialan! Mudah-mudahan kau mandul lepas ni!

Sialan!” Saya baling cawan ke arah Max. Marah saya lepaskan sepuasnya. Sampah!

Dan hari itulah, hari terakhir saya melihat mereka berdua. Saya mampu bertahan kuat kerana mengenangkan anak saya. Anak yang saya abaikan saat lahirnya. Saya tolak dia saat mulutnya tercari-cari puting susu untuk dihisap. Saya menyesal tak sudah bila mengenangkan masa itu. Hari ini setiap kali terkenang, saya akan peluk dan cium anak saya sepuasnya.

2018. Saya bangkit semula selepas sejuta kelukaan yang bekas suami dan bekas teman baik saya curahkan. Dengan bantuan adik dan bapa saya, saya bangun dengan membuat pelaburan dan perniagaan. Dengan kelulusan yang saya ada, saya cari jalan untuk mendapatkan pendapatan. Syukurlah walaupun tak banyak mana, saya mampu sediakan aset sebuah rumah untuk anak saya bila dia besar nanti. 2018 adalah tahun kemenangan untuk saya. Saya tidak lagi pandang ke belakang. Tipulah kalau saya kata saya tak terkenang sejarah hitam itu. Memang akan terkenang tapi apa saya buat, saya akan gunakan itu sebagai pendorong saya untuk melangkah lebih jauh dengan anak saya.

Anak saya walaupun belum cukup besar, saya sudah bawa dia melancong ke sana sini bersama ibubapa saya. Turki. Paris. Jepun. Korea. Australia. Dubai. Keperluan anak saya tak pernah kurang dan saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memenuhinya setiap saat. Dan simpanan anak saya sudah mencecah 100K setakat ini. Syukur kepada Tuhan.

Ada hikmah semua ini terjadi dalam hidup saya dan saya percaya jika saya kembali meratapi, saya takkan mampu berjalan sejauh ini. Ada juga yang nasihatkan saya supaya bukukan karya ini untuk tatapan wanita lain supaya tidak terperangkap dalam kesedihan dan masa lalu tapi saya memilih untuk berkongsi dengan Nad sahaja. Saya memilih Nad untuk menyampaikan mesej ini kepada semua wanita diluar sana. Melalui Facebook, ramai wanita akan terbuka mata berbanding buku, tak semua orang akan beli dan baca.

Saya cukup bersyukur ada keluarga yang menyokong saya, bersama saya saat susah dan senang, menasihati saya supaya berfikiran waras. Saya dengar khabar dari John, Max sudah berpindah ke tempat lain bersama Maria. Mereka satu keluarga malu dengan saya tapi saya masih mengekalkan keharmonian kami sama seperti dulu. Musim perayaan, saya akan datang melawat dan bawa buah tangan.

Nasihat saya, berhati-hatilah selalu. Kadang orang yang kita percaya, itulah yang dalam diam mahu menghancurkan kita. Wanita itu seharusnya saling mendukung bukan menghancurkan. Malulah bila kau wanita tapi dalam masa yang sama dengki dengan wanita lain. Get a life, ladies! Kau akan ada kebahagiaan sendiri!

Salam maju jaya.

SUMBER : Natalia Aivy Dibit