Gadis ini pelik bila isteri orang minta tolong suaminya asahkan gunting. Terus dia check fon suami dia. Terkejut isteri bila jumpa sesuatu dalam fon suaminya.

Kisah Rumah Tangga

Salam min. . Hide profile saya ye…saya nak cerita kisah hidup saya min…saya anak perempuan sulung,saya ada ramai adik beradik,waktu umur 14 tahun saya menggantikan tempat mak menjaga adik saya dalam hari lagi sebab mak kena jaga adik yang berumur 4 tahun di hospital kerana sakit. Mak dihospital dekat 2 bulan juga.

Jadi selama 2 bulanlah saya menggantikan tugas seorang mak,jaga baby dalam hari, memasak untuk abah dan adik2x yang lain, menyiapkan mereka kesekolah, membasuh kain baju menggunakan air kolam kerana masa tu air paip dan elektrik belum ada. Masa tu saya bersekolah sesi petang. Abah saya seorang yang garang, bila marah anak2x dia suka memarahi kami anak tak guna, dan segala kata kata kesat yang keluar.

Abah bila bercakap hitam kata dia, hitamlah maksudnya, kami juga pernah dikasari sampai berbilai kaki menggunakan tali pinggang atau kayu walaupun kesalahan yang kami buat kecil. Biasanya mak akan membebel abah tukang bantai kami. Oleh kerana saya anak perempuan sulung dan yang lain adalah adik2x lelaki saya kena menggantikan tugas2x mak seperti membasuh dan memasak. Semua ni saya buat sehinggalah saya dah habis sekolah dan bekerja.

Walaupun balik kerja pukul 7 sampai rumah saya kena masak untuk makan malam dimana bahan seperti ikan atau sotong belum bersiang. Biasanya saya masak dalam 3 kilo ikan kerana saya mempunyai 14 orang adik beradik. 2 perempuan dan 12 lelaki. Sebagai seorang kakak saya selalu mengalah makan, saya hanya makan nasi dan kuah kerana nak pastikan adik beradik saya cukup lauk untuk dimakan.

Mak saya seorang yang suka melebihkan anak lelaki dia. Waktu sekolah mak hanya bagi duit untuk cukup2x tambang bas sekolah. Tapi berbeza dengan anak lelaki. Abah saya seorang yang suka membebel sampai kepala saya migrain. Abah sangat mengokong kehidupan kami walaupun sudah bekerja. Kami hanya dibenarkan pergi kerja dab balik kerja sahaja. Tapi duduk rumah tengok tv pun tak boleh, tido pun tak boleh.

Lepas tu ada je yang tak kena dimata abah yang boleh jadi punca dia membebel. Semua ini menjadi tekanan kepada saya. Semakin meningkat remaja hati memberontak. Hati nak cepat keluar dari rumah abah tanpa menjatuhkan maruah keluaga. Cara saya ialah berkahwin. Saya kahwin abah tak ada mengeluarkan duit dia 1 sen pun dan semua majlis perkahwinan saya di urus oleh mak kerana abah tak mahu uruskan.

Abah tak berkenan dengan pilihan saya sebenarnya. Sampi masa saya tanya mak sebab belah lelaki suruh tanya nak nikah pukul berapa abah boleh membebel m4rah saya cakap saya binatang menyusahkan dia, dia suruh saya sendiri ke masjid bernikah. Sedih rasanya. Saya hanya perlukan dia sebagai wali sedangkan semua hal majlis saya dan mak uruskan sendiri tanpa meminta duit dari abah.

Sedihnya saya tuhan sahaja yang tahu. Saya telah di ajar berdikari sendiri sebab sepanjang kami membesar mak yang bersusah payah bekerja mencari wang untuk kami. Abah seorang yang sangat kedekut duit perbelanjaan untuk anak2x. Selepas berkahwin saya dibawa suami duduk campur keluaga mertua. Ini menambah benci abah pada suami saya kerana prinsip abah anak yang sudah berkahwin jangan duduk campur dengan keluaga sendiri atau mertua.

Suami saya seorang yang baik tapi tidak pandai membuat apa2x keputusan. Contoh macam nak beli kereta walaupun kereta kancil dia akan meminta pendapat semua ahli keluaga dia dahulu sedangkan nak beli kereta pun separuh duit ialah duit saya. Selama duduk dengan mertua saya yang belanja lauk pauk. Suami saya tidak memberi nafkah untuk saya tapi tetap memberi belanja untuk maknya.

Duit gaji dia, dia bayar kereta, bagi mak dia dan buat simpanan. Gaji saya diguna untuk sambung bayar motor dia. Simpan dalam akaun dia dan perbelanjaan lauk pauk setiap hari. Sehinggalah kami dikurniakan seorang anak. Oleh kerana mil menawarkan diri untuk menjaga anak saya sepanjang saya kerja. Tiap bulan saya akakn membayar rm200 untuk mil kerana menjaga anak saya.

Suami juga ada memberi duit kepada maknya. Selama ada anak semua keperluan anak saya yang sediakan. Suami hanya memberi rm50 untuk saya beli pampers dan susu size kecil untuk tampung sampai saya gaji. Bila anak saya berumur hampir 3 tahun kami menyewa rumah lain yang berdekatan tempat kerja suami. Dan saya pun berhenti kerja tetapi saya ambil upah. Menjahit dan menjaga anak kawan. Duit itulah saya guna untuk membeli lauk kami.

Sepanjang kahwin saya yang membeli dan menyediakan baju raya suami dan anak2x. Suami rajin kerja kadang buat ot sampai pagi. Duit dia bayar hutang barang rumah, kereta, sewa rumah dan api air. Jadi suami tak memberi saya duit belanja dia hanya memberi duit belanja untuk mak dia sahaja. Saya kena pandai bajet untuk lauk suami dan anak saya. Sehinggalah satu hari saya dapati suami saya berkawan rapat dengan isteri orang.

Ramai juga kawan tempat kerja dia yang memberitahu saya tentang rapatnya mereka. Bila saya cek hp suami mereka ada bersms. Tapi ada banyak juga sms yang suami saya dah padam. Walaupun perempuan tu dah berhenti masih lagi mencari suami saya untuk berjumpa dengan alasan nak asah ‘gunting’. Hei perempuan ko kan ada laki suruhlah laki ko yang asah. Perasaan sayang pada suami semakin hilang. Yelah selama ni saya tak pernah kongkong hidup suami.

Tiap minggu dia keluar bersukan dengan kawan2x dan balik 12 malam. Saya dan anak dirumah berdua. Hidup saya dan anak memang hanya didalam rumah. Sepanjang kahwin saya tak pernah menyusahkan keluaga saya. Hubungan dengan suami semakin renggang. Hati semakin kosong. Yelah kita isteri bersusah payah bantu dia, siang amik upah jaga anak orang malam menjahit sampai pukul 2 pagi diam2x dia ada perepuan lain.

Bila hati semakin tawar dan sunyi saya menghubungi bekas kekasih saya dan akhir saya mengambil keputusan untuk berpisah secara baik. Oleh kerana saya yang meminta dia lepaskan saya, saya tidak menuntut apa2x nafkah dari bekas suami. Anak saya bekas suami nak jaga sebab saya terus pergi merantau jauh membawa diri kerana perpisahan saya tidak di sukai keluaga saya.

Tapi saya tetap berusaha untuk berjumpa dengan anak saya. Pada mulanya mil tidak mebenarkan saya berjumpa dengan anak saya tapi saya usaha mendaaptkan hak melalui mahkahmah. Saya dan ex berbincang baik luar mahkamah dan bersetuju untuk di beri hak. Penjagaan bersama. Jadi saya boleh mengambil anak saya bila2x sahaja. Selepas habis edah saya bernikah dengan kekasih saya. Alhamdullilah urusan pernikahan kami dipermudahkan. Kami bernikah di malaysia ye bukan di thailand.

Selepas berkahwin kali kedua kami sentiasa berusaha memujuk ex untuk saya menjaga anak saya sebab ex juga sudah berkahwin dan tinggal asing dengan emaknya tapi dia tak jaga anak saya. Mak dia yang jaga. Saya sentiasa berdoa agar suatu hari nanti anak saya akan bersama saya kembali. Alhamdullilah doa saya di makbulkan. Satu ketika anak saya sakit teruk sehingga dimasukkan ke hospital. Saya meminta pada ex untuk membawa anak saya kehospital yang lebih selesa berdekatan rumah saya.

Akhirnya ex suami bersetuju. Oh lupa sepanjang anak saya dijaga oleh ex suami dan maknya saya tidak pernah lupa menjalankan tanggunjawab saya sebagai seorang ibu. Saya sentiasa menyediakan leperluan anak saya sehingga anak saya bersekolah. Semua baju dan alat tulis dia saya yang sediakan. Sepanjang anak saya dalam jagaan ex mil, mil sentiasa memburukkan saya pada anak saya. Pernah tuhan tunjukkan bukti kelakuan buruk ex mil saya.

Anak saya telefon mil, mil tak tahu yang saya belum padamkan hp lagi. Saya dengar dia membuat fitnah dan memburukan saya dengan orang yang ada dirumah dia. Saya terus memberitahu ex tentang perangai mak dia. Tapi saya tahu ex seorang anak yang baik untuk maknya. Macam2x mil burukkan saya supaya anak saya membenci saya dan suami. Tapi bila anak saya semakin membesar dia sendiri dapat menilai kasih sayang saya dan ayah tiri dia.

Ayah tiri dia yang banyak bersusah payah menanggung keperluan anak saya. Sepanjang anak saya bersama saya ayahnya tidak pernah memberi nafkah kepada anak saya sedangkan sewaktu anak saya dalam jagaan dia saya sebagai ibu tetap menjalanlan tanggungjawab saya. Ex hanya memberi duir rm50 atau rm100 bila anak saya ada balik kampung dan saya membawa anak saya berjumpa ayahnya. Saya duduk jauh di bandar.

Adik2x ex suami pernah memburukkan saya sebagai ibu yang tak bertanggungjawab dan bukan ibu yang baik sedangkan dia tidak tahu macamana kakak ipar baru dia orang melayan anak saya. Tapi sebenarnya abang dia yang tak tahu apa itu tanggungjawab.

Isteri ex pernah membangunkan anak saya dengan cara menarik anak saya sampai jatuh katil dan. Menangis. Saya tidak akan memaafkan mereka kerana memf1tnah ,memburukkan dan memalukan saya. Sepanjang anak saya tinggal bersama saya ayah tiri dialah yang menanggung semua keperluan anak saya dan menerima anak saya sebagai anak dia sendiri. Dia tak suka orang lain menyebut anak tiri depan dia. Suami baru saya seorang yang sangat bertanggungjawab.

Susah macamana pun dia tidak mbenarkan saya keluar mencari kerja. Selepas 5 tahun berkahwin saya dikurniakan seorang lagi anak tapi kasih sayang suami pada anak tirinya tidak pernah berubah. Pada ex suami saya tidak pernah mengajar anak saya bersikap kurang ajar dan saya tidak pernah memburuk kamu sebagai ayah dia. Tapi bila dia semakin besar dia sendiri rasa terkilan kerana ex tak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Sampai baju raya pun ex dah tak sediakan untuk anak dia.

Saya tetap bercakap yang positif dengan anak saya. Saya cakap ayah dia mungkin bukan senang. Dia dah ada anak lagi. Isteri dia juga bekerja. Jadi redha ajelah. Suami saya kedua seorang yang bertanggungjawap tapi mulut dia lebih kurang bapa saya. Bila marah suka menghina dan suka sangat membebel. Semakin meningkat usia semakin menjadi bebelannya dan kuat merajuk.

Ini membuat saya semakin tawar hati dengan dia kerana dia mengingatkan pada bapa saya. Dengan bebanan perniagaan yang bertambah stress membuat saya makin menjauh. Ego dia sama macam abah saya. Kami baru bergaduh semalam. Kami saling salah menyalahkan. Dia mengharamkan saya mengambil tahu hal dia. Walaupun kami masih serumah kami tinggal di bilik berasingan. Saya masih ada rasa sayang pada dia tapi saya dah tak boleh sabar dengan perangai dia yang ego dan suka menghina bila marrah.

Saya seringkali mengalah walaupun hati saya yang sakit. Tapi saya tidak mahu terjadi perpisahan antara kami kerana saya tidak. Mahu nasib anak saya serupa dengan nasib anak saya dengan ex. Tapi suami saya tidak pernah mengasari saya dan anak walaupun sedang marrah. Saya kadang2x berputus asa nak mempunyai suami. Ex pertama tak pernah mengeluarkan perkataan yang buruk2x tapi tak tahu apa itu tanggungjawab.

Suami saya yang kedua menjalankan semua tanggung jawab sebagai bapa dan suami tapi mulut suka. Membebel dan bila marrah suka menghina dan memarahi lepas tu dia tak rasa apa yang dia buat tu salah. Last saya juga yang dipersalahkan. Hati saya masih lagi sayang pada suami ke 2 tapi hati saya semakin tawar hati trrhadap dia. Perlukah saya terus mengalah dan memendam sakit hati saya.