Gadis ini pelik bila pukul 6 pagi je nasik lemak yg abah dia jual basi. Tiba tiba abah buat kejutan masa hari nikah dia sampai buat mak jatuh rebah. Sanggup abah buat kejutan sampai macam tu sekali.

keluarga

Assalamualaikum dan hai to all the readers. Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya buat semua. Aku dah gain 3 kg sejak sambut syawal ni. Hahaha. Ok back to the story, nanti melalut pulak mukadimah aku. Aku Dalila (bukan nama sebenar), berumur 26 tahun dan sudah berkahwin dan beranak dua. Hari ni bukanlah tujuan aku nak ceritakan tentang hal rumah tangga aku, peribadi aku, perihal hari raya,atau apa-apa sajalah. tetapi aku ingin meluahkan pada kalian tentang abah. Ya Abah. Tentang kerinduanku pada insan yang bergelar abah.

Abah aku seorang askar, abah kuat, abah gagah perkasa. Selalu waktu kecik, abah selalu bercerita pada kami pengalaman dia masa rekrut, pengalaman dia masuk hutan, pengalaman dia jaga sempadan, pengalaman dia semua best-best la bagi aku dan adik-adik aku ni.

Sampaikan kami 4 beradik berebut-rebut nak jadi askar macam abah bila kami besar nanti. Aku ingat lagi dulu, kami tak ada kereta, abah beli kereta corona secondhand buruk sebab katanya nanti senang aku dengan mak nak balik kampung, tak payah susah-susah naik bas lagi.

Masa aku 4 tahun, mak beranakkan adik aku, Dina. Masa tu ekonomi gawat, abah tak cukup duit, makanya terpaksa abah jual kereta kami demi menampung kelangsungan hidup. Dina pulak dilahirkan tak cukup bulan, Dina sakit kulit, merata-rata abah dengan mak bawak Dina berubat. Syukur Alhamdulillah sekarang Dina dh pulih dari sakit kulit dia dan dah membesar jadi anak dara yang cantik.

Selang dua tahun, mak beranak lagi. Kali ni adik aku kembar dua orang lelaki. Adam dan addin. Adam dengan addin rapat betul dengan abah. Tidur nak dengan abah, tengok tv nak dengan abah. Pendek kata semua benda nak kena ada abah. Abah pun memang pandai melayan anak-anak.

Tiap-tiap hari sabtu, abah pinjam kereta jiran, bawak kami pergi pasar malam, beli ayam goreng, popcorn. Nanti balik rumah, mak dah siap tanak nasik, abah akan suap nasik panas-panas dengan ayam goreng dan kicap kat semua anak-anak termasuk mak sekali. Abah suap nasik sedap sangat. Menambah-nambah kami semua makan.

Lepas makan nasik, masing2 akan ambik mangkuk sorang satu, nanti abah bahagikan sama rata popcorn yang beli kat pasar malam tadi. sebungkus seringgit harga popcornnya. Abah bahagi 4 bahagian pada anak-anak sama rata. Abah dengan mak kongsi makan berdua sebungkus. Alasan abah, budak-budak tak boleh makan popcorn banyak-banyak. Nanti sakit gigi. Betapa segala memori itu mengigit segenap hati..

Selepas Adam dan Addin 4 tahun, abah berhenti jadi askar, katanya nak balik kampung, nak cuba nasib berniaga kat kampung. Kami sekeluarga pindah, ke rumah yg tak siap wiring, tak ada lampu, tak ada kipas. Tapi adanya abah pada masa tu, kami rasa selamat.

Abah buat wiring sendiri, lama2 rumah yg kami diami semakin cantik. Abah rajin bertukang. Pagi-pagi abah berjual nasik lemak yang mak masak, jualan semakin hari semakin laris, menu pun semakin bertambah. Tiba-tiba, ada orang tak puas hati pada abah, seminggu berturut-turut nasi lemak jualan abah basi pada pukul 6.30 pagi, orang tak nampak abah bukak gerai. Abah takut ambil risiko, dia ambil keputusan nak berhenti berniaga, abah cuba nasib minta kerja masuk kerajaan semula. Alhamdulillah, abah berjaya dapat jawatan kerani kat sebuah universiti awam.

Dalam masa yang sama, abah tekad sambung belajar. Masa ni keluarga kami susah, abah sibuk belajar, abah selalu pesan pada mak dan anak-anak, jangan risau, abah buat semua ni untuk masa depan kita, untuk kesenangan kita nanti.

Walaupun hidup kami kais pagi makan pagi kais petang makan petang, kami bahagia. Sungguh bahagia. Petang-petang abah bawak kami sekeluarga beriadah di taman, hujung minggu abah kerap bawa kami mandi sungai. Bahagiakan kita waktu itu abah, walaupun tanpa wang ringgit..

Pada awal tahun 2013, aku dapat tawaran sambung degree, sekampus dengan abah, yang masa itu abah sedang dalam final year nak habiskan master. Aku bangga dengan abah, anak orang kampung yang repeat spm tah berapa kali, berjaya sampai ke tahap ini. Abah waktu ini pun dah bukan lagi kerani, abah dah jadi pensyarah part time di salah sebuah universiti awam jugak.

Long story short, kehidupan kami sekeluarga dah jadi sangat banyak berubah. Abah dah jadi orang berduit, entah kenapa aku rasa abah semakin menjauh dengan kami sekeluarga. Tahun 2014 aku kahwin, abah bawa kejutan di hari bahagia aku yang akan aku kenang sampai bila-bila. Abah bawa isteri muda dia. Yang muncul entah dari mana-mana. Yang kami tak pernah tahu akan kewujudannya. Yang umurnya 3 tahun muda dari abah.

Mak hampir rebah, tapi mak gagahkan diri sebab malu pada semua orang. Malu pada tetamu yang datang, malu pada semua. Aku dah rasa macam taknak kawin masa tu. Terkejut sedih marah, semua ada. Adik aku yang kembar baru umur 15 tahun masa kejadian.

Tiba-tiba kami semua berfikir.. Patutlah abah dah tak nak suap kami macam dulu-dulu lagi.. Patutlah abah selalu suruh aku dan Dina ambil lesen kereta cepat-cepat dengan alasan senang nak bergerak kemana-mana kalau dia outstation.. Patutlah abah selalu balik lewat.. Dan macam-macam lagi alasan yang menyiat-nyiat hati dan sanubari kami sekeluarga.

Mak kemurungan, hampir 3 bulan mak cuba nak lawan kemurungan mak, end up mak mengalah. Kalau betul dah itu jodoh abah, mak terima. Tapi mak cuma mintak abah adil. Mak tau abah mampu dari segi kewangan, sebab tu mak relakan. Kuat dan tabahnya mak.

Mak tiri aku cantik. Aku tak nafikan. Dia orang bekerjaya, berpangkat, Jauh berbeza dengan mak, seorang suri rumah yang bekorban masa dan tenaga jaga anak-anak. Tapi bagi aku dia tak patut. Tak patut hadir di saat ini. Umpama dia hadir di waktu dan masa yang salah. Dia juga ada tuduh aku guna-gunakan abah, sumpah anak dalam kandungan aku tak sempurna. Tapi tak apa lah, tu cerita lain kali, aku dah malas nak cerita pasal dia.

Sejak tahun lepas, abah makin berubah. Abah dah jarang balik rumah mak. Kadang-kadang aku drive jauh dari rumah aku ke rumah mak, harapan aku nak spent time dengan mak dan abah. Tapi selalunya aku hampa, hanya mak sorang sambut aku dengan senyuman di muka pintu. Aku sahut senyuman mak, dalam masa yang sama, hati aku cari abah.

Sekarang hampir 8 bulan aku tak jumpa abah. Facebook abah pun dah lama aku tak nampak. Aku whatapp pun dah tak berbalas, aku call pun dah tak berangkat. Raya ni pun aku cuba nak call abah tapi hampa. Hingga malam raya ke 3, aku bukak akaun fb fake, cuba search nama abah. Tuptup, ada! Ya Allah.. Rindunya aku pada abah.

Raya pertama abah tukar gambar profile, dengan isteri kedua dia, dan anak-tiri dia, 4 orang juga sama macam adik beradik aku ; 2 perempuan dan 2 orang lelaki. Rupanya selama ini abah block fb aku. Aku tak tau nak rasa sedih ke, marah ke, kecewa ke. Yang aku rasa sekarang hanyalah kosong.

Mungkin abah rasa abah dah jumpa pengganti mak dan semua anak-anaknya. Mungkin abah dah tak sayang kami, mungkin abah anggap kami merimaskan abah dan keluarga baru abah. Tetapi percayalah abah, kami merindui abah. Sangat-sangat rindu.

Abah ada bank in 2500 pada mak setiap bulan untuk segala perbelanjaan mak dan adik-adik, tapi mak cakap dah 7 bulan abah tak balik. Kenapa abah sanggup buat kami macam ni. Kadang aku rasa macam tak percaya. Benarlah orang kata, kebenaran itu menyakitkan.

Semoga suatu hari nanti, Allah satukan keluarga kita semula, dan kita bahagia macam dulu-dulu. Aku rindu abah suap nasik, rindu menyanyi ramai-ramai dalam kereta, rindu mandi sungai ramai-ramai. Benarlah, kadangkala kehidupan berduit itu yang merupakan ujian buat kita. Abah, raya masih bersisa. Abah baliklah, ila rindu nak cium tangan abah, nak peluk abah.

PS : admin EM berpendapat wanita diuji bila lelaki tidak punyai apa2 , manakala lelaki diuji bila ada segalanya. Sayang kenangan semasa susah dahulu dihapuskan oleh isteri muda yg tidak berhati perut. Inshaallah satu hari nanti abah anda akan kembali ke pangkuan keluarga

Mama Bagi Abah Makan Nasi Dan Susu Basi. Tinggalkan Abah Yang Sedang Sakit Sorang Sorang Dirumah Sambil Keluar Dengan Bibir Merah. Baru Faham Kenapa Mama Suka Sangat Kalau Abah Pergi Dulu.

Aku menulis ini kerana teringatkan abah. Abah yang sudah lama pergi namun dalam jaga dan tidurku selalu terkenangkan abah. Rasa berdosa, dan bersalah kepada abah tidak pernah padam. “Abah ampun dosa-dosa kami anakmu, dan isteri mu, juga.” Kami enam beradik, empat lelaki dan dua perempuan. Di mana salahnya abah, keenam-enam anaknya ‘benci’ kepadanya.

Maaf perkataan benci barangkali keterlaluan sikit tetapi ya, beginilah, kami seolah menyalahkan abah atas apa juga perkara yang berlaku kepada kami. Kalau mama lambat hidang makanan di meja, kami salahkan abah kerana tidak ke pasar atau tiada apa yang hendak dimasak, jadi bagaimana bisa mama hidangkan makanan? Dan kami beri alasan, yang mama terpaksa mengeluarkan duit simpanannya untuk membeli barangan dapur, sebab abah gagal membelinya.

Ya apa sahaja yang kami rasa tidak kena, kami akan salahkan abah. Barangakali sudah dididik daripada kecil oleh mama dan menanamkan kebencian kami kepada abah. “Abah kamu kedekutlah, abah kamu tidak sayang anak-anak dan melebihkan ibunya dan adik beradiknya.

Daripada kecil sehingga dewasa itulah yang mama sebut, dan banyak cerita-cerita seperti adik beradik abah bomohkan mama, sebab itu mama selalu sakit, dan adik beradik abah kikis duit abah dan sebagainya bagi menambahkan kebencian kami kepada abah dan saudarra maranya.

Abah seorang guru, guru lepasan maktab sahaja. Abah juga seorang yang strict bila tiba hal-hal sekolah. Dia mahu memastikan kami semua mendapat A dalam semua mata pelajaran, membuat kami memang tertekan. Balik dari sekolah soalan pertama, ada homework dan kami tahu apa yang patut dibuat seterusnya. Salin baju, makan, tolong mama di dapur, lelaki perempuan pun kita basuh pinggan dan mengemas.

Kemudian solat dan buat kerja sekolah. Jam lima setengah barulah boleh keluar ke padang. TV, diharamkan kepada kami, nampaknya yang menonton hanyalah mama. Bagi mata pelajaran yang kami kurang mahir, abah sediakan guru tuisyen. Abang dan akak masuk asrama, kata mama eloklah bagi mengurangkan tanggungan mereka.

Mama pula asyik komplain abah kedekut. Kata mama abah itu bukan tidak berduit, dia tanggung bukan sahaja ibu ayahnya tetapi adik beradik dan anak-anak saudarranya. Itu sebab kami hidup melarat (daripada kaca mata mama). Mama selalu kata dia tidak dibelikan baju, dibelikan lipstik dan sebagainya, dan kerana dia tidak dibelikan baju, adik beradiknya lah yang terpaksa belikan mama baju.

Kesian mama, dianak tirikan. Kesian mama, suami hanya memperkayakan adik beradiknya dan membiarkan anak isterinya hidup melarat dan dalam kemiskinan, dan nak tukar baju pun kena minta daripada adik beradiknya. Semua cerita-cerita mama memburuk-burukkan abah membuat kami semakin hari semakin kami menyampah dengan abah.

Dalam diam berdoa biarlah abah pergi sahaja supaya hidup kami lebih senang. Tambahan bila abah menegur kami kerana keputusan peperiksaan rendah, dan tidak mendapat A, sudah tentulah kami mahukan abah maati sahaja. Kata mama kalau abah pergi, hidup kami lebih senang. Mama boleh dapat pencen dan anak-anak bolehlah senang sikit hidup,” itu kata mama. Maknanya juga mama pun suka kalau abah pergi sahaja supaya semua masalah selesai.

Bila saya mengingatkan balik cara abah menegur kami, tidak pula abah bersuara tinggi. Cuma sebab kebencian itu sudah ditanam, suara yang sederhana pun dirasakan nyaring dan menyakitkan. Bila abah ajak kami pergi ke surau untuk bersolat jemaah kami geram dan mengutuk dalam hati.

Walaupun kami pergi, terutama yang lelaki, tetapi dengan hati yang marah dan tidak happy. Kalau abah balik lewat dari sekolah, kami rasa macam beraya sebab tiada siapa yang hendak suruh solat. Sekali fikir mama tidak pula hendak marah kalau kami tinggal solat, dan kerana itu kami sayang mama. Kerana mama sporting dan tidak menekankan kami untuk belajar dan belajar dan bersolat.

Namun fikir balik, sebenarnya mama seorang yang garang. Mama mengasari kami kalau kami brbalah sesama adik beradik atau tidak mahu membantunya membuat kerja dapur. Anak lelaki ke anak perempuan mama suruh buat semua kerja; basuh pinggan, menyapu, masak dan sebagainya, malah masa dekat periksa pun kami terpaksa membuat kerja rumah.

Kurang sikit kerja kalau abah di rumah, sebab mama macam hendak tunjukkan kepada abah yang dia penat bekerja, dan anak-anak tahu makan sahaja dan belajar, sebab itu yang abah mahu kami buat. Dua adik bongsu selalu juga menjadi sasaran mama, sebab kalau salah mama akan mengasari dan warrning kami, jangan sesiapa beritahu abah, sebab nanti abah akan tanya mama dan sebagainya. Jadi abah pun tidak berapa tahu apa yang sebenarnya terjadi di kala dia tidak ada rumah, sebab bila dia di rumah, mama dengan mulut manis akan menyuruh kami belajar. Apa pun kami terus tidak menyalahkan mama, dan sifat kepura-puraan mama kami tidak nampak langsung sebenarnya.

Pendekkan cerita kerana ketegasan abah dalam mata pelajaran anak-anaknya, seorang demi seorang berjaya ke menara gading. Mana tidaknya, tidak cukup dengan ilmu di sekolah, sudah saya katakan, abah menghantar kami tuisyen. Tuisyen persendirian terutama waktu-waktu peperiksaan, abah hire the best tuition teacher and i must say sehingga kami semua mendapat keputusan cemerlang.

Walaupun sudah masuk universiti, kami sebenarnya tidak pernah berasa yang kerana abahlah kami ini berjaya. Malah kami selalu marah abah kerana lambat memasukkan wang ke bank, dan selalu minta abah duit, kadang-kadang mama yang paksa kami minta duit daripada abah, dan kalau abah tidak beri, mulalah kami menuduh yang bukan-bukan.

Pernah satu hari saya sendiri dengan marahnya menempelak abah, dan mengatakan yang abah melebihkan adik beradiknya dan anak-anak saudarra dan sebab itulah kata saya kami ini hidup melarat. Abah terdiam dan walaupun saya kurang ajar, tidak pula abah menyepak saya.

Cuma selepas beberapa minit, katanya, “Kau orang tidak pernah faham. Satu hari anak-anak abah akan faham.” Sempat lagi saya menjawab, “Yalah abah, satu hari itu bila kami sudah besar dan bekerja, masa itu kami tidak perlu lagi duit abah. Berilah banyak-banyak kepada mereka.”

Lepas saya cakap itu, abah sedikit meninggikan suara. “Jaga mulut kamu, dengan orang tua jangan biadap.” Saya teringat selepas itu saya mendengar suara mama yang tinggi di bilik. Mungkin mereka brbalah, tetapi yang saya dengar hanya suara mama. Dan saya pula yang happy sebab sudah bantu mama untuk melepaskan perasaannya selama ini.

Saya kasihan mama yang mendapat suami kedekut dan suami yang tidak sayangkan rumah tangganya sendiri. Masa berlalu, masing-masing sudah pun bekerja, dan kami sebenarnya tidak melayan abah. Dapat duit gaji kami hanya beri kepada mama, kerana mamalah yang pada fikiran kami telah berkorban selamanya. Mamalah yang layak dibalas budinya, sedangkan abah pada kami menyusahkan hidup kami.

Abah jatuh sakit. Okaylah kalau ada masa terluang kami balik ke rumah abah. Masa itu kami sudah masing-masing bekerja, abang dan kakak pun sudah berkahwin. Teringat pula masa mereka berkahwin, majlisnya sederhana sahaja. Kata mama, abah tidak mahu mengeluarkan belanja jadi mamalah yang terpaksa berhutang dengan adik beradiknya untuk menampung sebahagian daripada duit kenduri. Ya lah walaupun sederhana tetapi ribu-ribu juga, dan lagipun abang dan kakak baru bekerja.

Manalah mereka ada duit. Atas sebab itu abang dan kak Yan marah sangat abah, dan mereka jarang pulang menziarahi abah. Begitu juga masa saya yang kahwin. Saya lambat kahwin kerana simpan duit, dan saya belanja sendiri perkahwinan saya. Adik-adik pun begitu, abah kata mama tidak berbelanja banyak masa kami kahwin. Kata mama, dia terpaksa minta tolong adik beradiknya, untuk mengahwinkan anaknya.

Masa abah sakit, anak-anak jarang menjengok, Mereka kata mereka sibuk. Tetapi bila mama sakit, kesemuanya pulang serentak dan berhari-hari ambil cuti. Begitulah macam mana kami semua melayani mama dan bukan sahaja tidak melayan abah, rasa sedih pun tidak bila mengetahui abah sakit.

Satu perkara lagi, mama pun tidak beberapa galak kami pulang menziarahi abah. Kata mama, abah sengaja buat-buat sakit dan hendakkan perhatian anak-anak, Kata mama, abah tidak malu, kedekut dengan anak tetapi minta perhatian anak-anak.”

Lama abah sakit, dan keadaan abah bertambah teruk. Abah terpaksa dipindahkan ke bilik bawah, sebab abah tidak lagi mampu turun naik tangga. Tetapi abah sahaja yang tinggal di bilik bawah sementara mama di atas. Kata mama dia malas hendak membawa barang keperluannya turun dan tidak suka bilik bawah yang kecil dan bilik airnya pun kecil.

Penyakit abah tidak menampakkan dia akan pulih malah keadaan abah bertambah teruk. Abah juga kata mama tidak mahu makan ubat, tetapi bila saya tengok ubat pun tiada, mungkin mama tidak pergi mengambil ubat untuknya, dan tidak membawanya ke hospital untuk rawatan.

Sesekali saya balik dan melihat keadaan abah dan mahu membawanya ke hospital ditegak mama, “Tak apa, pergi hospital pun buat apa, abah kamu bukannya hendak makan ubat, penat kita sahaja.” Abah kuat semangat, dia sendiri pun tidak mengharapkan banyak daripada kami dan isterinya barangkali.

Dia sendiri ke bilik air dengan kerusi rodanya tanpa minta dibantu. Ada sekali saya mahu bantu, kata mama, tidak perlu biar abah buat sendiri sebab kata mama kalau kami tiada, siapa pula yang boleh menolong? “Biar dia sendiri uruskan dirinya sendiri.”

Satu hari saya pulang ke kampong. Tidak pula memberitahu mama yang saya akan pulang. Sesampainya ke rumah, saya tidak nampak kereta, mungkin mama keluar membeli barang-barang. Pintu rumah pun tidak berkunci… saya masuk ke bilik abah, melihatnya dalam keadaan yang sungguh sedih.

Abah kurus sangat. Dia tersenyum melihat saya. “Abah dah makan?” Abah menggelengkan kepala. Di tepi katil saya melihat satu bekas, dan isinya nasi tetapi sudah basi… dan air susu juga sudah berbuih-buih, basi. Itu sahaja. Dalam hati berkata, mama ni keluar tidak sediakan dulu makanan abah ke?”

“Abah lapar?” saya bertanya, abah mengganguk.” “Ya Allah, tak kan begini kot?’ ‘Mana mama?” saya menghubungi tetapi talian telefon ditutup. Saya ke dapur, mencari makanan, tetapi apa pun tiada, malah di sink, periuk nasi yang berbuih-buih kerana tidak berbasuh. Pinggan mangkuk yang kering di dalam sink. Nampak macam sudah dua tiga hari ditinggalkan.

Saya cepat-cepat mengambil kunci kereta, keluar membeli makanan. Dan memberi abah… ternyata abah memang lapar, habis dimakannya. Ya Allah abah tidak makan berapa hari ini?” tanya saya. “Abah makan?” jawabnya (tetapi saya tahu abah tipu), tetapi sudah habis. “Mama mana?”

‘Semalam dia keluar tetapi tidak pulang lagi.” “Semalam?” Maknanya abah sendirian di rumah?” “Abah diam. Kemudian dia minta saya pegang kerusi roda sebab dia nak ke bilik air. “Abah tak larat bangun, subuh dan zuhur tidak solat pun.”

Sehingga jam 10 malam baru mama pulang. Bergaya sungguh mama, dengan rambutnya siap berdandan dan bibirnya merah. Mama terkejut melihat saya. “Mengapa tidak beritahu mama Sal balik, mana anak dan suami Sal?” katanya. Saya diam. Tidak menjawab cakap mama.

Sebalik terus duduk di sebelah abah, dan mama terus naik ke atas. Mama tidak turun-turun ke bawah. Tidak pun bertanya sama ada abah sudah makan ke belum. Abah minta kitab di atas almari. “Kelmarin tu abah hendak baca yasiin tetapi Quran di atas almari dan tidak larat bangun.”

Semalaman saya tidak boleh melelapkan mata memikirkan banyak perkara yang selama ini tidak pernah saya fikirkan. Sewaktu abah tidur saya merenung wajahnya, dan melihat abah yang semakin kurus dan tidak bermaya. Saya rasa abah tidak dilayan dengan betul, makan minumnya, ubatnya.

Dan saya mula memikirkan hal mama, ‘eh mama sempat bermesyuarat dan tidak pulang rumah sedangkan abah dah teruk. Mama sempat bergaya dengan rambutnya siap berdandan dan bibirnya menyala, walhal suaminya di rumah tidak makan. Betul ke mama bermesyuarat.

Ditinggalkan nasi yang basi dan susu yang sudah berbuih-buih. Apa ni, ya Allah, apa yang telah terjadi pada keluarga ini? Mengapa mama biarkan abah, tidak berubat. Saya chek bekas ubat, kosong… eh ubat abah semuanya sudah habis. masya-Allah.”

Saya menyambung cuti, dan membawa abah ke hospital. Mama diam sahaja, tidak banyak cakap. Tetapi mama pun tidak masak, pagi sehingga ke petang dia di biliknya. Saya pun beli sahaja makanan dan menyuap abah. Dalam hati saya marah sangat mama, kerana saya percaya mama memang tidak malayan abah, dan saya percaya mama selalu tinggalkan abah.

Dengan pintu yang tidak berkunci. Mengapa tidak dikunci? Takut kalau orang datang, tidak boleh masuk, dan kadang-kadang mama malas turun dari bilik, siapa yang datang, boleh terus masuk dan jengok abah di biliknya. Nnti saya sambung penulisan apa yg terjadi dekat abah… salam