Lepas tular tentang kes antara lrt di Klcc gadis ini tampil cerita kan apa sebenarnya yang berlaku dalam lrt tersebut.

Viral

KULIT dahi terkyak hingga menutup bahagian mata kiri, demikian menurut salah seorang yang terlibat pertmbngan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Laluan Kelana Jaya berdekatan Stesen LRT KLCC pada Isnin lalu. Cerita Siti Nuraliah Hashim, 24, dia tidak menyedari apa yang terjadi kerana kejadian ngri berkenaan berlaku sekelip mata sebaik sahaja melangkah masuk ke LRT di Stesen KLCC.

“Saya tak tahu sangat apa yang terjadi, sebab masa tu saya pengsn, ada seorang abang ni bantu saya. “Apabila saya sedar, mata kiri tak nampak kerana banyak darah.m “Kulit dahi saya terkoyak sehingga menutup mata sebelah kiri, ” katanya kepada mStar.

Sumber : MSTAR ONLINE / ASTRO AWANI via http://www.awatttsyeikhh.com/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Movie Baru Je Nak Mula Sekelip Mata Jadi Benda Lain. Inidividu Terlibat Lrt Di Klcc Bongkarkan Cerita Sebenar Tentang Kejadian Tu.

SEKELIP mata! Itulah yang digambarkan oleh seorang yang terlibat dengan kejadian dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertembung berhampiran stesen KLCC, Isnin malam. Berkongsi detik cemas itu, Eizzuan Haiqal Roshaizam Helmy berkata, dia baru saja menaiki tren di stesen KLCC selepas selesai bekerja.

Sewaktu kejadian, pemuda berusia 20 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah dekat Alam Megah di Shah Alam, Selangor, sambil menambah tren berkenaan berhenti kira-kira lima dan 10 minit sebelum bergerak semula seperti biasa.

“Bila tren baru bergerak, saya nak tengok movie menerusi telefon bimbit. Tapi movie baru nak bermula, tiba-tiba bunyi dntman yang sangat kuat macam bunyi benda meletup. “Sekelip mata saya dah tercampak ke depan, jatuh ke lantai. Dengan penumpang yang duduk di sebelah saya pun tak nampak, tak tahu terpelanting ke mana… selepas dah reda baru nampak dia luka di bahagian muka dan telinga,” katanya kepada mStar.

Eizzuan yang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat dekat KLCC berkata, dia menyaksikan ramai penumpang tercampak dan terpelanting dalam gerabak. “Ramai yang terpelanting semasa tren brek mengejut begitu kuat. Saya nampak beberapa penumpang lain luka.

“Semuanya berlaku hanya beberapa saat. Saya tak sangka tren yang saya naik itu terlibat dalam kemalangan,” ujarnya yang berasal dari Shah Alam. Dia yang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun bersyukur kerana hanya mengalami cedera ringan.

“Saya terseliuh di bahagian bahu dan kepala terhentak sikit. Tapi tak ada pendarahan. Mujur saya berpakaian tebal, Alhamdulillah. “Tapi saya bersimpati dengan sebahagian penumpang yang cedera terutama mereka yang teruk dan mengalami luka akibat trcmpk dan terplntng. Impaknya sangat kuat,” katanya.

Sementara itu, seorang ibu kepada salah seorang yang terlibat turut berkongsi luahannya di laman sosial selepas menyedari anak perempuannya di dalam foto mengenai kejadian yang tular. “Aduhai bergegar jantung berdebar rasa berjurai air mata dengar tren (yang dinaiki) anak terlibat dengan kejadian tadi.

“Anak perempuan saya memakai baju coklat di dalam gambar terakhir. Syukur ada gambar, jadi kami tahu dia dalam keadaan baik. Tapi dia trauma dan tidak stabil,” tulis seorang pengguna Twitter, ZzifFizz. Dalam kejadian pada Isnin malam, sebuah tren yang rosak dan sedang dipandu uji bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa seramai 213 penumpang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, seramai 47 penumpang yang cdra, manakala 166 penumpang cdr ringan. “Kejadian berlaku antara antara dua stesen Kampung Baru dan stesen KLCC di laluan yang sama.

“Tren yang dari Gombak dipandu secara automatik mengandungi 213 penumpang manakala tren dari Kampung Baru adalah tren kosong yang mempunyai pemandu,” katanya pada sidang media, Isnin malam. Mohamad Zainal berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan

kejadian disifatkan sebagai kmlngn. Kita mendapati mungkin berlaku kegagalan komunikasi. Ini adalah kita masih menyiasat sekiranya ia merupakan kecuaian kerana melibatkan awam, termasuk ramai yang luka teruk, ” katanya. Beliau berkata, penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan beberapa hospital lain.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang turut meninjau situasi di stesen LRT terlibat memaklumkan Pasukan Tindakan Khas akan ditubuhkan dan siasatan akan dijalankan dalam tempoh dua minggu. “Esok (Selasa) saya akan meneliti laporan awal ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini mengenainya.

“Bagaimanapun, keutamaan ketika ini adalah untuk memastikan semua penumpang yang cedera mendapat rawatan supaya dapat segera sembuh,” katanya pada sidang media di Stesen LRT Avenue K di ibu negara. Beliau juga memaklumkan tren yang rosak dipandu uji dengan kadar kelajuan 20km/j manakala tren dengan penumpang pula bergerak pada tahap 40km/j, sekali gus menjadikan impak ketika pelanggaran adalah 60km/j.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.