Gadis ni masuk hospital gara gara putus cinta. Mengejutkan bila tiba tiba doktor lelaki tu selamba je datang tak pakai apa apa. Akhirnya ini yang jadi pada gadis tu.

Kisah Rumah Tangga

Gadis ni masuk hospital gara gara putus cinta. Mengejutkan bila tiba tiba doktor lelaki tu selamba je datang serbu tak pakai apa apa. Akhirnya ini yang jadi pada gadis tu.

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Sebagai intro, aku Nur Dhuha, seorang surirumah, lewat 20 an. Cukup skadar itu saja. Apa yang bakal aku coretkan dekat bawah ini berkait rapat dengan cerita seorang perempuan yg dapat mertua perangai macam hantu tu. Baiklah, aku akan mulakan cerita aku dengan sedikit imbasan kenangan yang tak berapa nak dikenangkan sebenarnya. Tapi untuk tujuan pengajaran perlulah aku singkap sikit tirai kenangan yang dah bersawang tu.(disclaimer. takut abang dengan kak bawang kritik aku).

Sebelum aku berkahwin dengan suami aku, aku merupakan seorang gadis yang murung, pendiam, penyedih tahap dengar lagu jiwang boleh mengalir air mata. Maklumlah aku putus dengan ex aku yang dah bercintun dari tingkatan 3 lagi. (Makk aii. Merenyam betul aku! Tapi atleast aku score 8A PMR). Ya, dari monyet punye cinta, bawak ke Matrikulasi, dan bawak ke alam universiti. Aku tak pernah ade lelaki lain selain mamat tu. Opps sebelum aku terlupa, mamat tu senior aku. Waktu aku PMR dia dah STPM. Waktu aku di universiti, dia dah start praktikal dekat sekolah. (Cikgu sejarah).

Waktu aku tahun akhir, dia dah posting. Kami hanya bercinta jarak jauh dan berjumpa hanya setahun sekali. Masa aku tahun akhir, mamat ni bawak aku balik kampung dia konon nak kenalkan aku pd family dia. Oppps skali lg aku lupa nak bgtau yang mamat ni orang negeri ***. Mitos mengatakan kebanyakan org negeri tersebut memilih menantu dr negeri tersebut juga.

Alaahh mitos je tu. Pilih pilih menantu ni bukan perangai orang malaysia, perangai orang zibamwe je. Fikir aku waktu tu. Di rumahnya: aku sampai dah petang, lepas aku tumpang solat asar, aku duduk dekat ruang tamu. Mak dan ayah dia dengan pakaian kebun siap siap nak keluar. ‘Duduk deh. Mok cik nga pok cik nok gi kebun meta’ katanya. Waktu mamat tu tengah solat. Bila dia kluar, dia hanya nampak kelibat moto mak ayah dia melalui tingkap. Dia tanya aku, mak ayah dia nak pegi mana, aku cakaplah yang diorang nak pegi kebun.

Tanpa sempat berbual dengan ‘bakal’ menantu ni. Tanpa sempat tanya nama, asal mana blablabla. Ditinggalkan oleh tuan rumah krik krik krik macam tu. Aku rasa malu bertandang tanpa diundang macam time tu tahap nak sorok muka dalam poket jubah. Lepas pada tu baru kami duk berbincang, dan barulah dia berterus terang yang mak ayah dia nak menantu orang negeri tersebut juga. Tapi kami tak putus terus time tu, kami berusaha untuk tawan hati parents dia. Bagi aku, Allah yang pegang hati manusia.

Bila bila masa dia boleh ubah ak suka jadi suka and vise versa. Lepas aku tamat belajar, hari akhir aku tamat tempoh praktikal, keluar je dari pintu bangunan Biotect institute, aku dapat whatsapp. ‘Saya dah penat berusaha. Walaupun sekeras mana pun kita usaha, hati diorang takkan berubah. Awak carilah lelaki lain yang boleh membahagiakan awak. Saya tak mampu. Saya tak mampu bahagiakan awak dan tak mampu lukakan hati parents say.’

Ditinggalkan dengan hanya sekeping mesej. Wahhhhhhhhhh tejelepok aku waktu tu jugak sebab bercampur penat aku berdiri prepare solution, extract and buffer untuk HPLC analyze campur pulak dengan berita ‘gumbira’ tu boleh ke tak tumbang? Sejak itu bermulalah perubahan sikap aku yang semua orang notice even aku cakap ‘tak adelah. Biasa biasa je.’ Aku jd pemurung, tak banyak cakap. Tidur aku berteman air liur basi. Eh air mata la opkos.. 3 bulan lepas aku duduk menganggur tu aku dipanggil PPD untuk ganti seorang guru biology yang tengah confinement.

Ok, aku on je. Tamat jd guru biology selama 3 bulan, aku plan untuk sambung master full research. Aku uruskan itu ini. Satu hari aku ke klinik swasta untuk buat medical check up, lepas xray, doc request utk jumpa aku. Aku tau mesti ada something wrong dengan paru paru aku kalau tak, takkan lah doc nak jumpa aku.

Sangkaan aku tepat. Lungs collapse. Dan doc tak sarankan aku untuk bermain dengan chemical untuk sementara waktu. Time tu jugak aku menangis. Aku tak tahu kenapa. Tapi waktu tu aku rasa hanya sibukkan diri dengan belajar je boleh buat aku lupa tentang kesedihan aku. Aku frust sangat sangat.. malam tu sebelum aku tido, aku dapat call dari nombor yang aku tak kenal. Doc yang consult aku pasal hasil xray tu. Dia tanya keadaan aku..amboiiii baiknya doc.. Beberapa hari lepas tu doc tu call lg, dan kali ni dia main serbu tak pakai helmet.

Ada ke patut dia cakap dia berkenan dengan aku, nak jadikan aku isteri dia. Amboiiiii, buatnya aku tunang orang ke mak we orang ke tak ke malu 7 keturunan? Lepas berbincang, aku cuma beri satu jawapan. ‘Datang rumah mintak izin dengan abah. Kalau wali saya terima awak maka itulah keputusan saya’

Alhamdulillah, dalam masa dua bulan kami dah pun jadi suami isteri. Segalanya mudah dari hari pertama kami ditunangkan. Aku dapat mentua yang sangat menyayangi aku. Ipar duai yang sporting. Alhamdulillah suami aku seorang yang penyayang, bertanggungjawab, suke buat lawak dan kenakan bini dia. Suami aku doc kerajaan sebenarnya tapi dia slalu buat part time(locum) dekat klinik swasta.

alhmdulillah hidup kami sangat bahagia. Rezki Allah tak pernah putus malah suami aku berjaya dalam ujian untuk jd pakar. Cuma.. kami dah 2 tahun berkahwin dan masih belum punya cahayamata. Ya, aku teringin nak ada anak sendiri, tapi Allah lebih tahu bila masanya yang tepat buat aku menimang cahaya mata seperti mana tepatnya Dia temukan aku dengan suami aku. (Mohon doa kalian untuk kami) Apapun dekat sini aku cuma nak berkongsi moral of the story.

Pernah dengar orang kata ‘akan ada pelangi setelah hujan’? Ya.. itu benar. Secara sains dan kehidupan manusia begitulah ia.. Allah takkan beri ujian yang tak tertanggung oleh hambaNya. Aku patah hati, setiap kali lepas solat aku akan mengadu dengan Allah ‘ya Allah tak layak kah aku untuk bahagia?’ Hampir setiap hari aku mengadu macam tu. Tetapi Allah menjawab rintihan aku dengan RahmatNya.

Dia berikan aku seorang suami yang paling baik dalam dunia. Dia hadiahkan aku mentua yang sangat sayang pd aku. ‘Maka nikmat yang manakah yang kamu mahu dustakan?’ – arRahman. ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya baik kamu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk kamu.’ AlBaqarah 216.

Sumber : Puan Dhuha / edis harian

Pelik Suami Dah Mula Belajar Agama Tapi Perangai Makin Berubah. Rupanya Suami Dah Duduk Serumah Dengan Bini Orang Sampai Sanggup Lepaskan Isteri Sendiri Melalui Wasap.

Hai readers yang dihormati. Benarlah kata pepatah yang sering kita dengar, demi nak membantu kekasih lama, sanggup runtuhkan rumahtangga sendiri. Aku telah berumahtangga selama 12 tahun bersama H.

Sepanjang perkahwinan, aku rasakan aku tidak pernah diberikan kasih sayang sedangkan suamiku H sering berkata bahawa kasih sayangnya terlalu banyak. Mungkin untuk diberikan kepada orang lain tapi terlalu kedekut untuk diberikan kepada aku isterinya.

Aku terima seadanya walaupun pernah terdetik rasa menyesal berkahwin dengannya. Masa tidak boleh diundur, kehidupan perlu diteruskan dengan sebaiknya. Aku mengaku aku seorang yang garang dan agak kasar. Kami jarang sangat brbalah namun jika terjadinya prbalahan pasti agak besar. Aku tidak dapat menahan rasa amarahku dan pasti akan mengeluarkan kata kata kasar dan meninggi suara terhadapnya.

Pada awal perkahwinan dia juga seorang yang pemarah dan sudah pastinya kata kata kasarku turut dibalas kasar. Sehinggalah tiba suatu ketika, suamiku menghubungi kekasih lamanya, Ros. Ros mempunyai suami yang sangat bertanggungjawab dan penyayang. Entah bagaimana dia boleh berhubungan kembali dengan suamiku walaupun suaminya boleh dikatakan mempunyai sifat suami idaman wanita.

Ya, aku mengaku walaupun suamiku agak diam tapi dia pandai menuturkan kata kata yang manis. Jika tidak, masakan aku boleh terg0da dengannya dalam masa yang singkat dan berkahwin dalam tempoh perkenalan hanya beberapa bulan sahaja.

Sebetulnya, ketika itu aku benar benar merasakan perpisahan jalan terbaik buat kami. Aku minta pisah namun suamiku tidak mahu melepaskan aku dan akhirnya aku redha untuk terus bersamanya memandangkan Ros berjanji tidak akan menggangu lagi rumahtangga kami.

Kami meneruskan kehidupan seperti biasa namun hampir setahun kemudiannya aku dapati suamiku berhubungan kembali dengan Ros. Aku benar benar kecewa dan nekad ingin berpisah. Di hadapan ibunya aku meminta pisah tapi ternyata suamiku tetap tidak mahu melepaskan ku.

Malam itu, dia bersumpah di hadapan ibunya tidak akan ulangi perbuatan yang sama dan juga bersumpah di hadapan al-Quran. Kehidupan rumahtangga kami kembali seperti biasa. Rasa hormatku pada suami makin berkurang. Terasa benci meruap-ruap di hati. Namun aku cuba buang jauh jauh rasa negatif itu. Dia tetap tidak berubah..

Aku tidak pernah merasakan kasih sayang suami darinya. Terkadang rasa cemburu hadir bila melihat pasangan lain yang mana suaminya mengambil berat akan isterinya. Aku merajuk tak pernah dipujuk. Pujuklah diri sendiri andai rasa nak merajuk.

Namun begitu, tahun ke tahun rasa sayangku padanya makin menebal walaupun dia telah berhenti kerja. Mungkin faktor umur yang semakin mendewasakan namun satu perkara yang sukar ku ubah ialah tentang mulutku yang pasti akan berkata kasar apabila brbalah.

Pernah sekali aku mengatakan dia dayus. Manakan tidak, suamiku sering mengutamakan kawan kawannya, keluarganya berbanding aku isterinya. Di sudut kecil hatiku terlalu kecewa dengan suamiku. Jika berjanji dengan kawan, pasti dia tepati masa. Tapi bila denganku entah berapa kali tertunda. Alasannya, malas.

Sebetulnya aku sangat kecewa apabila dia berhenti kerja kerana kewangan kami baru sahaja hendak stabil. Tapi apakan daya, brbalah sekalipun belum tentu dia akan mengubah sikapnya untuk bekerja kembali. Jadi, aku redha.

Mungkin bebanan keluarga yang ditanggung aku seorang ditambah penat menguruskan semuanya sendiri, menyebabkan aku sering menolak keinginan untuk bersama. Maafkan aku wahai suamiku. Dalam tempoh tidak bekerja, suamiku mendalami ilmu agama. Sejak itu jika terjadi prbalahan dia hanya berdiam diri. Asam garam berumahtangga pasti akan ada perselisihan. Sekali setahun pasti berlaku ketidakpuashatian aku terhadapnya. Tapi, prbalahan kami tidak lama.

Setahun kebelakangan ini aku terasa sangat bahagia bila dia mula mencium pipiku setelah bersalam dengannya untuk keluar kerja. Dia juga mula mengajakku berjemaah subuh walaupun hanya pada hari jumaat. Bayangkan, selama perkahwinan kami tidak pernah solat berjemaah. Aku benar benar sayangkan dia dan sering berdoa agar rumahtangga kami bahagia hingga ke syurga. Aku rasakan dialah pasangan hidupku hingga ke tua, ke akhir hayat.

Rupanya, manis cuma seketika. Sempat hanya dua kali berjemaah subuh, aku dikejutkan dengan berita dia telah tiga minggu berhubungan kembali dengan kekasih lamanya yang lain iaitu Fid. Sehingga berjanji akan melepaskan jika aku tidak sanggup bermadu. Walaupun hati berat menerima, namun aku pasrah. Aku benarkan mereka bersamanya cuma keadaan belum mengizinkan kerana Fid masih lagi bergelar isteri orang.

Asalnya hendak membantu Fid dalam rumahtangganya tapi kemudian ingin merebut kembali Fid daripada genggaman suaminya. Aku mengaku banyak kelebihan Fid berbanding aku. Bukan sahaja rupa cantik dariku, dia lembut, peramah dan berduit. Mempunyai kerete besar, sedangkan aku hanya Viva buruk yang dah mula minta dibaiki.

Fid tidak seperti aku yang mana tangga gaji jauh lebih rendah darinya. Kehidupan Fid bersama suaminya agak mewah memandangkan suaminya tidak pernah mengabaikan nafkah. Sedangkan aku cukup cukup makan menanggung kehidupan rumahtangga kami.

Dalam diam Fid cemburu hubungan aku dan suamiku. Sedangkan sepatutnya aku yang cemburu kerana suamiku lebih kerap menghubungi Fid berbanding aku. Lebih kerap menyatakan rasa rindu, rasa sayang padanya sedangkan pada aku? kata sayang pun susah nak didengar. Dan cemburu aku berasas, aku isterinya.

Sejak itu, suamiku terus keluar bekerja di negeri bersebelahan. Sebulan selepas pengetahuanku, suamiku semakin berubah. Terus menengking aku, menolak aku dan terus mengatakan rasa sayangnya padaku telah hilang. Aku sedih.. Pernah aku terjumpa gambarnya bersama. Aku bertanya tapi jangankan hendak jujur, semakin banyak penipuan padaku.

Seperti yang aku katakan tadi, sepanjang tidak bekerja dia telah mendalami ilmu agama. Aku hairan, semakin tinggi ilmu agamanya, kenapa pemikirannya seperti orang kurang beriman. Dia mula mengabaikan aku dan anak kami. Mula jarang balik ke rumah.

Rupanya setiap minggu dia dating, berjumpa Fid tanpa pengetahuanku. Dan dua bulan selepas itu, suamiku mula tinggal serumah dengan Fid dan hanya pulang sehari pada dua bulan tersebut. Padanlah terdetik di hati aku mereka telah tidur bersama kerana dia mula tidak mahu menyentuhku. Demi Fid, segalanya dia sanggup. Bekerja keras, beri kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh, dan berkongsi segala aktivitinya.

Sedangkan aku terus diabaikan, jika aku telefon pun tidak diangkat, mesej tidak dibalas. Jika balas hanya sekali dan marah marahkan. 100 peratus sikapnya berubah. Tidak pernah lagi berlembut denganku, terlalu serius. Bayangkan jika pembaca semua berada di tempat saya.

Fid mula berasa besar diri, usahanya berjaya. Dengan bangga menyatakan dia tidak merampas suami orang kerana dia dulu ada dalam hati suamiku, mengatakan suamiku kahwin denganku kerana iras mukaku hampir sama dengannya.

Dan aku baru tahu rupanya Fid jeles bila aku menelefon suamiku. Jeles walaupun suamiku balik sehari sedangkan dia tiap tiap minggu tinggal bersama suamiku. Mengasut secara hasut supaya suamiku tidak pulang dan dia tidak mahu berkongsi kasih.

Paling menyedihkan tiba tiba suamiku tidak menjawab telefon atau mesejku selama sebulan, tidak mengirimkan langsung berita. Aku terasa begitu down, hampir tertekan sehinggalah aku berikhtiar untuk memulihkan semangatku.

Suamiku sepertinya tidak lagi menganggap aku isterinya tapi menganggap hanya Fid isterinya. Mereka tidak merasa bersalah buat perkara terkutuk walaupun Fid masih belum dilepaskan suaminya. Aku minta agar berhenti dan bersabar sehingga boleh kahwin tapi nfsu mereka mengatasi segalanya.

Mereka tetap meneruskan perbuatan itu sehingga Fid dlepaskan. Seminggu selepas Fid berpisah, suamiku lepaskan aku hanya melalui wasap. Hanya kerana aku rindu ingin berjumpa dengannya kerana sudah lama dia tidak pulang.

Dia benar benar marah kerana dia telah plan untuk bersama Fid semasa cuti sedangkan aku berkeras ingin berjumpanya. Kerana itu, aku dilepaskan. Aku benar-benar sedih. Lemah segala anggota, aku hampir pengsan menerima lafaz talak wasapnya.

Hingga kini, aku masih bersedih. Sudah 4 bulan aku dilepaskan. Susahnya hendak move on. Aku masih cuba mengumpul kekuatan baru, berdoa pada Allah agar diberi kekuatan, dihilangkan kesedihan, dilapangkan hati, belajar redha seikhlasnya dan sentiasa bersangka baik pada ujian Allah. Aku mohon pembaca tolong doakan aku agar cepat dapat lupakn bekas suamiku dan agar dapat memaafkan dia seikhlasnya.

Sumber – Azalea (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Wanita Ini Nekad Untuk Kahwin Dengan Laki Staff Nurse. Pelik Malam Pertama Suami Tak Sentuh Isteri Dengan Alasan Belum Bersedia. Rupanya Dalam Diam Ini Perangai Sebenar Suami.

Assalamualaikum semua, nama aku Izzati (bukan nama sebenar). Aku berumur 27 tahun dan bekerja sebagai pembantu pensyarah di sebuah IPTS. Harini aku sangat bahagia kerana sudah genap 1 tahun 6 bulan aku ‘bebas’ dari dibelenggu hidup bersama lelaki dan keluarga mentua yang jahat.

Kehidupan aku mula terperangkap dalam kegelapan apabila aku dijodohkan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak aku kenali dengan lama dan aku tidak bercinta dengan dia. Kisah bermula pada tahun 2018, aku namakan bekas suami aku sebagai Ali (aku hanya tahu di sudah lama pergi dalam hidup aku).

Aku sangat menyukai mak Ali pada mulanya kerana sikap mak Ali yang sangat peramah. Namun sebenarnya tips untuk memilih mak mentua adalah cari yang tidak terlalu ramah kerana ramahnya itu sebenarnya mulut jahat. Malam pertama perkahwinan aku bersama sama Ali, aku tidak disentuh oleh Ali malah Ali siap memesan kepada aku agar aku sabar menunggu sehingga dia bersedia menerima aku.

Aku terkejut lalu terus menangis namun tidak berkata apa apa kerana aku akur dan aku sedang memikirkan sesuatu. Dipendekkan cerita, setelah 3 bulan kami berkahwin, dan dia masih belum menyentuh aku, Allah membuka suatu kebenaran buat aku.

Suatu petang selepas Ali pulang dari kerja, ya terlupa, Ali bekerja sebagai Staff Nurse di hospital swasta, jadinya kerja dia banyak shift. Pulang dari kerja, Ali tertido dan aku mengambil phone Ali untuk check Whatsapp sebab hati aku kuat mengatakan Ali ada perempuan lain.

Alangkah terkejutnya aku dan aku tidak mampu berkata apa apa selain menangis tidak henti apabila sangkkan aku betul tetapi Ali bukan ada perempuan lain TETAPI ‘PEREMPUAN’ LAIN. YESSS!!!! Ali SUKAKAN LELAKI, Ali seorang ‘songsang’ ! segala WhatsApp bersayang sayang, ber baby baby, serta yang tidak senonoh seperti, “i taktahan tengok u, i rindu u, lama i tak hi*** u”. A LOTS ! Subhanallah. Apa ujian Allah buat aku.

Aku akhirnya memutuskan untuk berpisah pada awal 3 bulan perkahwinan, tetapi Ali tidak mahu melepaskan aku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Aku pula bdh sebab percaya dan memberi peluang kerana aku anggap manusia tidak lari dari membuat silap. KENAPA AKU BD*H?? SEBAB ALI BERKALI KALI TIPU AKU JUGA LEPAS PADA HARI ITU.

Setiap kali dia kantoi tipu aku, aku akan minta pisah dan dia tetap berkata dia tidak akan lepaskan aku. Selepas hari itu, aku dah terbiasa makan hati dan aku tidak menangis lagi. Aku berserah pada takdir Allah Bulan ke 4 , kami pindah ke Kuala Lumpur kerana Ali berjanji akan berubah dan dia telah pun mendapat kerja yang lebih bagus di sana. Aku hanya menurut dan waktu ni aku masih belum tahu betapa jahatnya ibu mertua aku.

2 hari aku baru sampai di KL, ibu mertua aku menyuruh adik ipar aku untuk datang ke KL dan teman aku untuk mencari kerja di sana. Tidak habis penat aku mengemas rumah lagi sebab Ali terus bekerja dan sepanjang aku hidup dengan Ali, Ali tidak tahu membuat apa apa kerja rumah dan hanya tahu bermain game Pubg dan ‘melayan’ kekasih dia.

Segala makan minum, beli lauk, masak, basuh baju, kemas rumah hanya aku yang akan buat even selepas aku dapat kerja, aku akan keluar kerja 6 pagi- 7.30 malam smpai rumah. Kalau hari Ali offday, dia hanya main game dan suka melaram. ‘Lelaki songsang’ NI RUPANYA SANGAT PENTING KAN PENAMPILAN DAN MULUT CEREWET SEPERTI PEREMPUAN.

Satu hari Ali kantoi lagi dengan aku, rupanya dia bercinta dengan MA lelaki dekat tempat kerja baru. Aku tak terkejut pun, aku hanya berkata, “KALAU U BOLEH KAHWIN DENGAN LELAKI, I BAGI KAHWIN DAH, PAPA”. Sekali lagi aku mintak dia lepaskan aku supaya dia boleh hidup dengan lelaki tu. TAKKK JUGAK dia berkeras takkan lepaskan aku.

Jadi, apa aku buat, aku cari pasal dengan bekas adik ipar aku, perempuan, aku namakan MINAH. Minah ni dia punya jahat pun level tinggi macam mak dia. Dia suka peduli duit ringgit dan hal rumah tangga aku dengan Ali. Minah ni pun dah kahwin hari sama kami kahwin tapi Minah ni tak bahagia dengan suami dia sebab dia tak boleh mengandung.

Dan suami dia hari hari mintak anak tapi Minah tak bagi suami dia kahwin lain (aku ni kalau lah Ali nak kahwin lain, kahwin laa janji pasangan tu PEREMPUAN). Begitulah kisah Minah. Aku block Minah dan aku bagi tahu Ali aku tak suka Minah masuk campur rumah tangga kita. Pastu aku bagi tahu lagi, aku juga tak suka Mak mentua aku atur kehidupan aku.

Ali rapat dengan adik dan maknya sebab dia kan ‘songsang’, lembut lembut gitu. Dari kecil mak dia bawak Alipi zumba dengan perempuan perempuan. Jadi bila tengok perempuan, Ali jadi takda nafsu la. Tapi kalau tengok lelaki, hati Ali berbunga bunga. Jadi, satu hari mak Ali datang KL dan diaorang tempah motel murah (mak Ali tak bekerja dan bapak Ali kerja hari hari angkat ikan ja) sebab tak nak duduk rumah aku.

Kebetulan aku kena kerja dan Ali cuti, dia bagi tau aku nak pi tidur dengan mak dia. OK go lah, dia dah lah 2 malam tak jumpa aku, lepas tu dia nak tido dengan mak dia so total 3 malam dia tak jumpa aku. Balik dari jumpa parents dia, dia termenung muka macam marah aku. Rupa rupanya Mak dia SURUH DIA PIKIR BALIK SAMPAI BILA NAK SIMPAN AKU ! (Finally plan aku berjaya).

Aku dengan selambanya cakap, “BAGUSLAH, JOM PISAH SEBELUM I BAGITAU MAK U YANG U NI ‘LELAKI SONGSANG’. Menyirap drh dia tapi dia taknak jugakkk wehhh lepaskan aku lagi. (SEBAB YELAH , MANA ADA PEREMPUAN SANGGUP KAHWIN DENGAN LAKI SONGSANG. KO TAHU TAK RISIKO PENYAKIT BAHAYA?!!!) SO AKU NAK LARI LAA.

Tambahan, dia cakap aku bukan isteri baik sebab rumah tak reti kemas elok elok, tandas cuci tak bersih dan macam macam. ALAHHHH SO LETS PISAH JELAH aku jerit. 3 hari berlalu dia sakitkan aku. Aku drive pergi mahkamah nak tuntut fasakh tapi lama oiiii setahun tak settle. Aku balik dengan sedih hati lepas tu bertambah sedih aku dapat tahu ayah aku sakit then masuk perasi tak berjaya (Alhamdulillah sekarang dah sihat).

Pagi esok hari, aku nekad, aku mesti berpisah, Ya Allah bantulah aku. Finally, Ali lepaskan aku dengan talak 3. Tapi diluar mahkamah, jadi kena balik kampung halaman untuk ke mahkamah. Selepas lafaz, aku tolong hantarkan semua barang Ali dekat tempat baru dia sebab kereta tu milik aku, dia ada motor ja. Last aku pesan, JANGAN PERNAH CARI PEREMPUAN LAGI JIKA TAHU DIRI TAK MAMPU TINGGALKAN LELAKI. SELAMAT TINGGAL KENANGAN HITAM.