Gadis ni terkejut bila beberapa minggu je lagi nak kahwin tapi bakal suami buat hal. Kecoh 1 pejabat bila dapat tahu bakal suami gadis ni kena tangkap basah sebelum hari pernikahan. Akhirnya ini yang terjadi.

Kehidupan Kisah Rumah Tangga

Umur aku masuk 25 tahun. So korang nk tahu macam mana aku dapat title ni? Suami aku kena tangkap basah dengan madu aku iaitu kawan kerja dia sedangkan kitaorg dh bertunang dan tinggal lagi 3 minggu nak nikah. Ya 3 minggu lagi gais. What a sad life. Aku dpt berita ni sebabkan aku dgn suami aku + madu aku(kwn kerja dia kan) kerja 1 company yang sama. Cuma beza aku kerja dalam office.

Dia n madu aku banyak travel dan diaorg 1 team. Masa malam dia kena tangkap basah tu aku mmg tak tahu la kan cuma aku ada rasa tak sedap hati bila dia tak call/msj aku 1 hari. Esoknya aku masuk office petang sbb aku halfday. Bila aku masuk je semua org dkt deptartment aku pandang aku dgn pandangan aku tak dapat tafsir.

Aku mula ingt aku ada buat salah. Tapi tetiba dapat call dr manager HR suruh jumpa dia. Dari situ la aku tahu suami aku dah bernikah dgn madu aku. Aku ? Jantung aku gugur waktu tu. Tapi yang aku tahu air mata aku sikit pun tak jatuh gais. Cuma aku rasa remuk hati aku. Rasa sakit yang mana air mata pun tak mampu nk keluar. Oh ya masa kena tangkap basah tu diaorg tengah outstation la.

Mcm mana boleh jadi macam ni ? Aku rasa aku yang terlalu baik hati. Hahahaha. Hurmm.. baik hati mcm mana ??? Aku dah lama tahu madu aku suka dkt suami aku. Sbb aku perempuan. Kita perempuan ni sense dia lain sikit kan. Boleh tangkap dgn cepat.

Tapi aku baik hati. Aku cuma ckp dgn suami aku. Hati2 jelah dgn madu aku tu. Jgn sampai tersuka bila dh kerja sama2 tu. Tapi tak sangka la tangkap cintan jgk diaorg berdua ni. Huhuhu. Aku tahu suami aku dulu suka tumpang kereta madu aku sbb suami aku pakai motor pergi kerja tapi kalau pergi luar negeri.

Suami aku byk tumpang kereta kwn2 team dia. Jadi madu aku salah sorangnya lah. Pernah jugak sekali madu aku jemput suami aku bawak pergi balik kerja around 1 bulan kot sbb suami aku punya motor rosak. Aku dengan rasa baik hatinyaaaaaa(skrg baru rasa kebongokkan dia. Hahaha) okay je bila madu aku buat mcm tu.

Katanya suami aku. Madu aku je yg sanggup nak jemput hantar dia. Aku ada fikir lain tapi aku tepis perasaan tu sbb aku rasa tu je jalan yg ada. Yelah aku pun tak nak fikir panjang sgt sbb nanti boleh bawak gaduh pulak dgn suami. Aku tak nak cerita panjang sgt pasal ni. Tapi inilah jgk antara salah 1 sebabnya diaorg boleh bercinta belakang aku.

So next apa yang berlaku lepas diaorg nikah tu. Mak ayah aku nak batalkan semua majlis dan keluarga pihak laki pun redha kalau aku nak batalkan. Tapi aku ? Baik hati lagiiiiiiiii(geram dgn diri sendiri hahahahahah) sebab nak jaga dua2 belah pihak punya muka.

Aku mintak teruskannnnnnn. Yes gais. Aku teruskan. Bongok sgt aku rasa. Aku tak tahu la kenapa aku boleh bertindak mcm ni. Cuma waktu tu aku byk mengalah. Mungkin sebab aku tak dpt fikir panjang dah. Aku tak nak semua malu. Aku tak nak menyusahkan siapa siapa.

Jadi aku tetap teruskan pernikahan aku dgn suami aku. Yupp tahun lepas bulan 1 aku sah jadi isteri kedua suami aku. Mcm tu lah aku dpt title isteri kedua. Setelah 7 tahun bercinta 8 bulan bertunang. Akhirnya aku jadi isteri kedua. Hahahaahahaha. Pathetic thing happen in my life.

Aku sebenarnya dah tawar hati dgn suami waktu akad nikah. Aku rasa kosong. Bukan ini yang aku nak. Aku betul2 tak dapat terima kenyataan aku kena hadapi benda ni. Tapi aku buat fake. Aku buat lagak aku yang aku OK. Tapi sedangkan semuanya tak ok. Malam lepas majlis. Aku terus buat beberapa perjanjian dgn suami.

Org kata kalau ada 2 isteri ni. Kena adil ye dok ? Tapi aku kategori baik hati + tawar hati aku ckp aku nk dia ddk dgn aku 1 hari je dlm sebulan. Hari apa yg dia nk ddk tu ikut lah dia nk bila. Tapi selebihnya mmg aku tak kasi dia masuk rumah.

Kami dh ada rumah sewa gais dan nasib baik rumah atas nama aku dan kunci semua aku pegang. So dia mmg tk boleh buat apa. Nafkah tu ikut mana yg dia mampu. Aku pun tk kisah sgt sbb aku ada saving aku sendiri + aku ada pendapatan tetap. Dan ada lain2. Malam dia dgr perjanjian aku tu. Dia nangis teruk. Dia mintak maaf sujud dkt kaki aku.

Aku tak nangis pun. Aku pandang dia mcm tin kosong je. Lalu sepi je dkt telinga aku dgr dia teresak2. Dan malam tu jgk aku sanggup tidur dlm bilik air gais. Sbb tak nak dia sentuh aku. Hahahahaha. Aku tahu aku dh jadi isteri yg derhaka masa first nikah. Tapi aku boleh buat apa. Aku pun manusia biasa. Yang sedang terluka hati dan perasaan.

Setahun lebih dah aku dgn suami aku mcm ni. Kami memang mcm org asing. 1 hari yg dia ddk dkt aku tu hanya cukup syarat je. Aku balik kerja dia tak balik lg. Aku akan tidur bilik no 2 dgn kunci pintu. Aku tetap masak n basuhkan baju dia.

Esoknya dia akan balik dkt madu aku. Aku sekarang lg banyak berdikari. Semua aku uruskan sendiri. Suami pun bagi nafkah. Aku simpan je duit tu. Sbb aku tahu madu dgn suami aku lg memerlukan duit lagi2 madu dh nak hampir dgn due date. So incase diaorg tk ckup duit. Aku boleh pulangkan balik duit suami aku tu. (Baik hati lg kan aku ni ?hahahahaha)

Penerimaan keluarga. Masa mula2 dulu. Mak ayah aku dgn adk beradk aku mmg langsung tk nk pandang muka suami aku. Apatah lagi nak berborak. Dan raya tahun lepas n tahun ni aku raya dgn family je tanpa suami. Aku kan isteri kedua. Korang faham jelah. Hahahaha. Apa boleh buat. Dah nasib.

Side mentua aku dgn ipar aku. Alhamdulillah diaorg semua syg aku. Mungkin sebab serba salah ank n abg diaorg buat aku. Tapi aku banyak kali ckp. Benda dh lepas jgn diungkit. Mak mentua aku manjang nangis je kalau jumpa aku. Peluk aku. Cium aku.

Aku tahu hati kecil mak mentua aku masih lagi rasa bersalah. Tapi aku nak diaorg redha je. Biar aku je rasa mcm ni. Masa first2 aku tengok family in law aku layan madu aku agk teruk. Tapi aku pujuk diaorg jgn buat mcm tu sbb dia manusia jgk. Aku ?? Dari first sampai hari ni aku tak pernah berckp pun dgn madu aku. Hahahahaahahahah.

Balik kg suami pun . Aku akan tidur hotel dgn adk ipar perempuan aku. Mungkin sbb adk ipar aku sama baya dgn aku. Jadi aku selesa dgn dia. Thank you ima for understanding me. Hehehe. And actually ayah aku ada ckp dgn suami aku. Kalau rasa tak mampu jaga dua isteri. Pulangkan balik anak dia. Suami aku terkedu sbb aku tk pernah pun nak mintak berpisah/fasakh. Bagi aku biar dia sendiri tentukan. Hak berpisah kan hak lelaki. Huhuhuhu. Aku ada jgk tunggu kata2 tu dr dia. Tapi tak ada pun so aku pun buat donno jelah.

Cuma bila bapak aku ada ckp mcm tu dia ada tanya aku. Apa pilihan aku. Aku ckp terus terang pada dia. Aku pun tak rasa hubungan ni kekal sampai bila2. Jadi aku serahkan kata2 tu dekat dia. Dia nampak faham tapi tak tahu la kan. Dia faham ke idok. Secara jujurnya. Aku pun tak ada rasa syg dgn dia. Hubungan kami atas nama suami/isteri je. Tapi bagi dia. Aku tak tahu la kan.

Aku sekarang masih lagi boleh bernafas sampai hari ni. Alhamdulillah. Allah bagi ujian ni pasti ada hikmahnya. Walaupun ramai kata aku tak nampak ada suami tapi aku tetap jugak mintak kebenaran kalau nak keluar ke apa. Hubungan aku dgn madu memang tak pernah baik.

Madu pernah berckp dgn aku tapi buat mcm angin lalu. Aku tak jahat gais. Cuma aku tak rasa nak berbaik lagi. Hati aku ni masih lagi berbekas. Mungkin sampai bila2 pun takkan pulih. Hubungan dgn suami pun mcm dgn madu. Ckp benda yg perlu je.

Tak ada mesra mcm org lain. Masing2 banyak senyap kalau balik rumah mentua/kg dia. Dia ada jgk banyak kali tarik perhatian aku. Tapi mcm aku ckp kan . Aku rasa betul2 kosong. Apa je dia cuba buat tu semua aku pandang nothing. Empty. Huhuhu. Aku banyak dgn kehidupan aku sendiri je. Sikit pun aku tk sentuh kehidupan suami n madu aku. So akhirnya. Aku jadi mcm ni lah. Seorang isteri kedua yang sedang bangun sikit sikit untuk jadikan diri ni kuat.

And korang boleh tak tlg doakan supaya hati aku terus kuat untuk berjalan kehadapan tanpa jatuh ? Macehhhh if you do that. Aku harap ada pengakhiran yang adil untuk aku. Huhu. Untuk perempuan diluar sana. Mungkin hari ni hari korang buat mcm tu pada org mcm aku tapi dunia sentiasa berpusing girlssss.Watch outttt. Untuk yang seiring dgn jalan cerita aku. Jom lah kita sama2 naik menghadapi dugaan ni.

Mungkin kesilapan kita yang lalu buatkan Allah jadikan ujian ni sebagai peringatan. Siapa tahu ? Moga semuanya baik baik sahaja. Moga Allah sentiasa jaga kita. Aminn. Untuk lelaki diluar sana. Aku tak tahu nak ckp macam mana. Tapi jgn seksa perempuan mcm binatang. Kalau kau yakin kau nak. Kau buat betul2. Kalau tak nak tak payah. Kan senang ?jgn nak tunjuk handal sgt. Huhu.

Kesucian Isteri Terbongkar Saat Malam Pertama. Suami Terus Nekad Batalkan Bulan Madu Dan Tak Balik Rumah 3 Hari 3 Malam. Mengejutkan Bila Balik Rumah Isteri Dah Jadi Macam Ni.

Assalamualaikum WBT. Begini, aku telah menjadi suami hampir 2 tahun. Aku kenal isteri aku sekarang ni sudah hampir 5 tahun. Sepanjang perkenalan aku memang menjaga iktilat dan tidak mahu ada istilah perkara terkutuk didalam hubungan kami mahupun mata dan hati.

Oleh itu, aku ingin cepat masuk meminang dan menjadikan dia isteri aku yang sah. Aku memang jaga kesucian aku sebagai lelaki, dan aku mengharap dia juga menjaga kesucian dia untuk aku. Tibalah malam yang ditunggu oleh setiap pengantin baru, baru aku tahu si isteri tidak sesuci seperti yang kuimpikan. Aku mendesak dia untuk mengaku dan dia masih berkata, kisah silam itu hak dia. Dan Allah telah menutup hijabnya.

Aku sebagai lelaki patutnya menerima baik buruknya jika aku memang mencintainya. Aku terdiam seribu bahasa. Selepas itu aku cancel honeymoon kami dan keluar ke masjid selama 3 hari 3 malam. Aku munajat kepada yang maha Esa, istikarah dan memohon kekuatan untuk redha dan menerima baik buruknya. Setelah malam ketiga, aku kembali kerumah kami dan memberitahunya aku akan menerima segala masa silamnya asalkan dia tidak melakukan perbuatan itu selepas ini.

Rumahtangga kami berjalan seperti biasa, walaupun kadang-kadang aku rasa naik angin kerana dia agak pemalas. Rumahtangga tidak pandai urus, makan minum aku tidak dijaga sedangkan dia adalah suri rumah sepenuh masa. Baju kerja terpaksa aku hantar ke dobi kerana dia tidak mengendahkan sedikitpun makan pakai aku. Aku bersabar lagi, bagi aku mungkin kami masih baru menjalani kehidupan. Dia siap bercakap, memasak membasuh bukan tugas isteri. Suami patut buat semua tu.

Jahatkah aku sekiranya aku memohon dia untuk memasak kerana aku terlalu sibuk mencari rezeki? Salahkah aku memohon dia untuk menjaga rumahtangga sedangkan nafkahnya aku berikan lebih setengah gaji aku? Ya, aku tidak berkira mengenai duit. Bagi aku asalkan isteri bahagia dan menghargai aku. Didalam hal ini juga aku dipersalahkan.

6 bulan perkahwinan, aku dikhabarkan dia bertemu dengan seorang lelaki tanpa izin dari aku. Aku bertanya betul-betul adakah dia tawar hati dengan aku? Dia mengatakan aku tiada masa untuknya. Aku jarang memberi nafkah batin kerana terlalu penat. Ya, aku penat. Aku bekerja sebagai doktor. Kadang balik lewat dan terpaksa memasak sendiri dan mencuci baju. Aku terlalu penat sehingga aku tidak melayan dia diatas katil. Sekali lagi, aku dipersalahkan.

Jujur memang aku ni jenis lurus, aku memohon maaf kepadanya walaupun aku rasa aku tidak membuat sebarang kesalahan. Betulkah wanita sebagai isteri yang duduk dirumah tidak wajib untuk memasak dan menjaga rumahtangga? Adakah aku memang bersalah dalam hal ini? 2 bulan lepas kami dikejutkan yang isteri tidak dapat mengandung kerana masalah dalaman. Sekali lagi aku terpana dan menangis. Aku memang inginkan zuriat aku sendiri. Aku rasakan perkahwinan ini tiada erti bagi hidup aku.

Sehinggalah aku bertemu dengan bekas teman lelaki isteri aku biar aku namakan sebagai Amir. Amir menceritakan segala perbuatan isteri ku dimasa silam. Isteri aku cukup suka menjadi orang ketiga permsnah rumahtangga orang. Dan mungkin ini adalah kifarah untuknya kerana melakukan dsa dahulu.

Aku terpana, kenapa kifarah ini sehingga aku pun terbabit sama? Apakah dosa aku sehingga aku diberi ujian sebegini. Sudahlah setiap apa yang berlaku aku disalahkan. Aku menangis semahunya sehinggalah sekarang aku masih tidak dapat redha dengan apa yang berlaku. Aku cuba untuk senyum dan anggap perkara ini ujian buat kami, tapi aku manusia biasa, aku masih tidak dapat redha. Hati aku semakin tawar, aku semakin tidak mahu balik ke rumah.

Apa perlu aku buat? Aku mohon sangat-sangat nasihat dari warga IIUMC, apa perlu aku buat? Adakah betul aku yang salah dari mula? Adakah betul aku sebagai lelaki yang baik tidak perlu tahu tentang masa silamnya? Adakah betul semua tanggungjawab dirumah aku yang perlu buat? Aku buntu. Tolonglah aku…

– Ilham (Bukan nama sebenar) via iiumc

Antara komen warganet selpas membaca luahan Ilham:

Farid Ismail –Isteri jenis apa la.. Dh dpt suami baik mcm awk pn tak tau menghargai…. Bnyk kn berdoa ye moga Allah swt akan mempermudahkan.. Amin Yasmin Rusli – Bg aq kalau kau tak dapat redha.. Kau pulangkan dia kpd ibu bapa nya dgn cara baik. Mungkin jodoh kau dgn dia setakat itu. Dlm perkahwinan bg aq ” give and take ” x adil jika sorang saja y sentiasa memberi. Keputusan d tgn kau en. Doc.. Tu pendapat aq dr budak hingusan y baru nk kenal erti hidup.

Wahidah Zakaria –Kita yang tentukan pilihan hidup kita… Face to face… Cakap dari hati ke hati dgn isteri… Semoga beroleh KETENANGAN HATI..jumpa pakar kaunseling.. Atau jumpa kaunselor jabatan agama islam… Encik Ahmad Alfonso – Tuan doktor. Redha itu subjektif. Memandangkan dokor itu perlu jadi objektif. Maka senaraikan apa kebaikkan dia yg sampai tuan senang hati dan gembira. saat2 indah.

Senaraikan juga perkara buruk yang ada. mana banyak baik atau buruk. yang buruk boleh di didik atau tidak kena di fikirkan juga. Kemudian andai kata masih boleh sabar. didiklah hati untuk menerima. didikla dia untuk jadi yang terbaik. Tanyalah Allah dalam istikharah. sesudah semua itu buatlah keputusan yang terbaik. tak perlu tanya orang. sebab tuan yang perlu hadap apa jua keputusan yang di buat. Semoga bermanfaat.

Iris Nur Fitman –Tuan doc… Sy rasa baik tuan doc sygkan diri tuan doc terlebih dahulu sebelum nk kasihan pada seorang isteri yg langsung tak menjaga kebajikan suami… Menjaga maruah suami… Sy rasa ada yg lbh baik utk tuan doctor di luar sana…

Rupa paras yg cantik bukan ukuran utk kita bahagia.. Klu tuan doctor bole bersabar sedikit dn membentuk isteri tuan doc jd isteri yg solehah.. Maka nya bersabar la dulu… Sekiranya tiada lagi sabar di hati.. Mungkin dh tawar hati… Better lepas kan lebih baik doctor… Semoga di permudahkan urusan tuan doctor…

Waktu Mlm Pertama Bini Dah Bagi Tahu Awal Awal Yang Dia Tak Dapat Nak Layan Suami Dia Dan Bagi Apa Yang Suami Dia Nak. Siap Suruh Suaminya Cari Perempuan Lain. Rupa Rupanya Ini Puncanya.

Assalamualaikum dan terima kasih andai luahan aku ni diterima untuk disiarkan. Semalam, aku buat sesi throwback. Dan aku rasa rindu yang amat, tapi aku tak boleh nak luahkan dekat sesiapa. So aku luahkan dekat sini. Nama aku Ri, aku kenal dengan Aisyah ni start dari sekolah. Tapi dia bawah aku.

Sebab umur dia 25 and aku sekarang 28. Kitorang fav student Ustaz Zaki, kitorang rapat, sebab ustaz selalu suruh kitorang pantau aktiviti pelajar. Ohh ya, dia sangat cantik. Kening lebat, kulit putih and suka senyum. Lepas aku habis sekolah, aku dengan dia lost contact tapi umur aku 25 kitorang dapat contact balik each other.

Aku confess kat dia, yang aku suka dia. Alhamdulillah diterima baik, dan dia cakap. Dia suruh tunggu habis study, baru datang merisik. Aku ikut je, taknak terburu-buru sebab masa tu kerja aku pun tak menentu. Tapi, dia ada dengan aku dari aku pakai kancil sampai laa sekarang aku dah ada kereta yang better dan selesa. Dari aku takde apa-apa sampai lah aku hampir ada segalanya.

Long story short, dia pun dah habis belajar. Aku ajak dia bertunang, dan family aku pun pergi jumpa parents dia untuk tarikh bertunang. Tapi seminggu sebelum bertunang tu, dia sakit teruk. Demam, muntah badan dia jadi kurus sikit. Disebabkan sakit dia tu tak baik lagi, kitorang decide untuk tangguhkan pertunangan tu.

Kitorang kerap bergaduh, dalam sebulan tu 3-4 kali bergaduh. Sampai 1 tahap, dia block aku kat semua socmed termasuk whatsapp. Aku buntu, aku tak tau macam mana nak pujuk dia, aku masa tu memang give up and dah rasa yang dia bukan jodoh aku. Aku banyak berdoa minta petunjuk.

Dia makin kerap sakit, muntah cairan merah. Perutnya sakit, badan dia makin kurus. Pergi hospital, appointment tak pernah miss, tapi masih taktau dia sakit apa. Beribu habis, masih sama. Dan family Aisyah decide untuk pergi berubat cara islam. And surprisingly, ya. Aisyah kena buatan orang. Aisyah marah-marah aku, itu semua laki tu yang buat. Dia taknak aku ni rapat dengan Aisyah. Laki tu marah sebab Aisyah tak layan dia. Ustaz nak buang benda tu, tapi laki tu dapat rasa. And laki tu hantar benda tu yang lagi kuat.

6 bulan, keadaan Aisyah masih sama. 3 ustaz cuba untuk ubatkan dia, tapi tak mampu sebab terlampau kuat. Aisyah minta aku cari lain, jangan tunggu dia. Aku dengar dia cakap macam tu, aku nangis. Aku terus bagitahu parents aku, aku nak nikah dengan Aisyah. Walaupun aku tau keadaan dia macam tu.

Alhamdulillah family aku faham aku, dan aku pun pergi ke rumah Aisyah untuk bagitau hasrat aku. Parents dia agak terkejut, termasuk lah Aisyah. Aisyah marah aku, dia cakap jangan kawin sebab rasa kesian. Cari laa perempuan lain, jangan dengan dia. Aku berkeras, aku nak kawin sebab aku nak jaga dia, depan mata aku.

Alhamdulillah aku selamat jadi suami dia, hanya kenduri simple. Malam lepas nikah tu, aku cakap dekat dia, “Yang, kita nikah simple-simple. Nanti bila awak dah sihat, kita buat majlis yang lain ye?”.. Lamaaa Aisyah tenung aku, lepastu Aisyah cakap dekat aku “takpe.. sebab sy tak boleh bagi apa yang awak nak, sy takde apa-apa, dah tak cantik macam dulu, dah tak mampu nak buat kerja macam dulu, and mungkin dah tak boleh happy kan ri macam dulu.” Aku diam, sebab tahan air mata. Cengeng.

Esoknya, keadaan Aisyah makin teruk. Dia muntah-muntah dan keluar benda pelik, tak larat jalan, hanya terbaring. Ustaz call aku, dia bagitau yang lelaki tu marah sebab aku kawin dengan Aisyah. Aku suruh ustaz pulangkan, tapi ustaz tak bagi.

Hampir seminggu Aisyah terbaring. Malam Jumaat, Aisyah panggil aku, Dengan susah payah dia dia bisik kat aku “Ri.. Sya tak kuat dah ni, tolong halalkan makan minum. Ri cari pengganti, sya izinkan.. sya minta maaf, aisya tak bagi, tak mampu jalankan tugas isteri. Ri cari pengganti ye nanti..” Aku tunduk, aku menangis je.

Hari Jumaat esoknya, lepas kami semua bisikkan kalimah syahadah, Aisyah pergi menghadap ilahi. Dengan tenang, disisi aku and family Aisyah. Semuanya berjalan dengan lancar, masa Aisyah dikafankan, baru aku nampak wajah ‘sebenar’ dia. Dalam hati aku cakap “cantiknya awak sayang..”.

Puaslah kau lelaki, kau dah buat dia derita. Kau dah buat dia hilang hampir semua yang dia impikan. Dan kau buat aku hilang orang yang aku sayang. Semoga allah membalas atas apa yang kau dah buat pada Aisyah. Dan harini genap 2 tahun aku menjadi suami Aisyah. Dan sampai sekarang, aku masih belum dapat pengganti dia, dia sempurna kat mata aku. Aisyah yang aku sayang, aku tak dapat miliki dia. Allah pinjamkan sementara je. Menyayangi Tapi Tak Memiliki, itu lagi sakit.

Tolong jangan gunakan benda terkutuk untuk dapatkan sesorang, mungkin korang tak pernah kena macam ni. So korang rasa mengarut, tapi bila kau dah kena. Baru kau tahu apa yang aku rasa, tapi harapnya tak kena kat kau laa. Aku dah 2 kali kena, 1 orang dengki bisnes aku, 2 pasal Aisyah ni. Al-Fatihah Aisyah. Ri belum jumpa perempuan yang sama macam awak. Awak memang special Aisyah.

Assalamualaikum.

– Fah

Lepas Mlm Pertama Suami Dh Tknk Sentuh Bini. Masa Bulan Madu Pun Suami Buat Taktau. Bila Bini Tanya Baru Lah Bini Dapat Jawapannya Kenapa Suami Dah Taknak Sentuh Dia.

Assalam Admin. Saya ada benda nak berkongsi. Tapi macam malu sangat nak cerita kat orang. Harap kalau bagitau kat sini ada lah yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa judge saya. Saya baru berkahwin 6 bulan lepas. Isunya di sini, suami tak nak sentuh saya. Selepas malam pertama kami, dia tak sentuh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak endah.

Bila saya tanya barulah saya dapat tahu. Rupanya suami geli dengan bulu roma pada badan saya. Katanya dia jijik. Tak sangka ada perempuan yang berbulu lebat macam saya. Saya memang berbulu di seluruh badan. Ya, seluruh badan! Saya sedih sangat. Saya memang dilahirkan macam ni. Apa saya boleh buat?

Bila saya jumpa doktor, doktor cakap saya takde masalah. Saya cuma ada sikit hormon imbalance yang mana hormon testosterone saya lebih sikit dari perempuan biasa. tapi doc kata tak lah sampai tahap teruk atau bahaya sebab dia kata kalau kes teruk perempuan tu memang dah macam lelaki dah – suara agak garau etc etc. Doc kata ini hirsutism tapi yang jadi kat saya ni adalah hirsutism paling minima.

Kalau hirsutism teruk ada yang sampai boleh jadi mandul tapi doc kata saya tidak. Masih normal dan memang tak ada apa masalah. Saya terangkan pada suami. Dia kata dia faham tapi dia tetap tak boleh buang rasa jijik tu. Kalau bahagian kaki dan bawah lengan memang takde masalah untuk saya nak cukur ke guna epilator semua.

Dan memang saya sentiasa pastikan bahagian yang perlu shave ni saya shave sentiasa. Leceh memang leceh tapi saya anggap semua ni pengorbanan untuk suami. Sayangnya, dia tetap tak pandang pun. Dan dekat bahagian lain macam mana? Belakang badan saya pun berbulu. Walaupun bulu halus lembut dan bukannya kasar bergulung, tetap nampak kat mata. Dan sebab tu suami jijik.

Saya pernah tanya tempat yang ada laser. Katanya boleh buat tapi bayarannya cecah puluhan ribu. Dan hasilnya belum tentu permanent walaupun iklannya kata permanent. Mereka kata kalau bulu banyak sebab hormon, cuma boleh buang je lah. Sebab selagi hormon tak balance memang takkan hilang bulu. Kalau pergi buang selalu entah berapa lagi lah kosnya.

Kalau saya berduit memang saya tak kisah. Tapi saya memang takde duit sebanyak tu. Dan sebelum kahwin saya dah resign kerja sebab suami tak bagi kerja. Dan lagi, suami pula hanya tahu complain tapi bila saya cakap dengan dia tentang kos takde pulak dia kata nak tolong bayarkan ke apa.

Saya tak faham perangai dia. Sebelum kahwin dia pernah nampak saya berlengan pendek dan nampak bulu roma lebat di tangan saya. Tapi dia tak kata apa. Di muka dan leher saya pun kalau duduk sebelah saya boleh nampak bulu roma halus. Dia nampak je selama ni tapi tetap teruskan masuk meminang dan kahwin dengan saya. Kalau jijik kenapa tak dari dulu jijik? Kenapa tiba2 nak jijik?

Bila saya persoalkan dia diam je. Tak kata apa. Maaf kalau terlalu open tapi orang yang dah pernah merasai hubungan intim mesti faham apa rasanya bila disentuh cuma sekali dan seterusnya tak dapat. Dan dengan hormon imbalance saya ni memang saya akui nafsu drive saya lebih tinggi dari perempuan biasa. Sungguh saya terseksa bila jadi macam ni.

Saya cuba tutup kekurangan yang satu ni dengan cuba untuk jadi isteri terbaik. Masak untuk suami, sediakan makan pakai dia, give up kerjaya untuk jadi suri rumah sepenuh masa supaya boleh kejar syurga dengan melayan suami. Akhirnya hampa.

Suami makan pun tak pandang muka saya. Lepas saya salam dia lepas solat atau bila dia pergi dan balik kerja takde pun dia nak cium saya. Jijik sangat agaknya. Saya geram macam mana pun alhamdulillah tak pernah lagi tinggi suara pada dia. Bila saya marah atau sedih dengan kata2 dia yang menghina fizikal saya ni saya sabarkan hati. Berendam air mata sorang2. Takpelah asalkan saya tak berdosa marah atau tengking dia bila saya terasa hati.

Sampai satu tahap saya terfikir, kalau suami nak tinggalkan saya, saya redha. Tapi ada ke lelaki lain yang sudi nak terima orang macam saya ni? Jijik sangat ke bila berbulu sedangkan Allah yang cipta saya macamni. Sudahlah selama ni memang rendah diri dengan keadaan fizikal saya ni. Bila dah kahwin suami menjauh atas sebab kekurangan yang satu ni, memang buat keyakinan diri saya ni hilang. Rasa terhina sangat.

Dulu saya ada terfikir masalah macamni akan muncul kalau saya kahwin sampai saya takut nak kahwin. Tapi bila suami tunjukkan kesungguhan nak kahwin dengan saya, saya ingat dia tak kisah dengan kekurangan saya ni. Walhal bukannya bulu roma saya ni panjang kasar bergulung macam beruk. Cuma kuantiti lebih banyak dari perempuan lain.

Salah saya ke? Tak sangka kerisauan saya jadi realiti. Sedih sungguh rasanya. Saya ingatkan dia sayang saya kerana diri saya. Tapi nampaknya dia lagi kisahkan fizikal saya dari hati saya dan segala apa yang saya telah buat dan korbankan untuk dia.

Saya tak pernah ambil kisah pun tentang betapa tak sempurnanya dia tu. Dia pun muka biasa2 saje. Kalau saya nak kutuk fizikal dia, macam2 saya boleh kutuk. Tapi pd saya semua tu tak perlu sebab saya memang sayangkan dia. Ikhlas cintakan dia. Dalam kebanyakan perkara dia memang calon suami terbaik. Maknanya bila hubungan jadi macamni memang salah saya lah agaknya. Memang berpunca dari kekurangan saya lah.

Dia tak ‘dapat’ dari saya mungkin dia boleh kahwin lain. Dapatkan dari perempuan lain. Tapi nasib saya ni macam mana? Adake lelaki yang boleh terima perempuan tanpa kisahkan fizikal dia? Saya pun nak ada zuriat sendiri. Nak merasai mengandung dan lahirkan anak sendiri.

Tapi kalau dia tak sentuh saya macam mana? Sampaikan saya pernah cakap dengan dia, saya tak kisah saya ni puas atau tak tapi sentuh lah saya sampai dapat anak. Lepastu nak tinggalkan saya ke apa silakan. Kalau saya ni berduit memang saya buat ivf je. Senang. Biar dia tak perlu sentuh saya yang jijik ni.

Yang paling saya risau adalah kalau parents saya tahu tentang ni. Mesti kecewa mereka. Serahkan anak pada lelaki yang mereka sangka dapat sayangi saya dan jaga saya sebaik mana mereka jaga. Tapi rupanya anak mereka ni menderita. Saya tak nak parents saya tahu saya tak bahagia. Tak sanggup nak tengok mereka tempuhi hari tua dlm keadaan yang risaukan saya.

Entahlah. Serabut kepala jadinya. Isunya cuma satu tapi meleret sampai mewujudkan isu lain. Sedih sangat rasanya. Agaknya kalau bulu ni adalah satu stigma negatif pada lelaki, sanggup ke diorang nak shave setiap 3 hari? Atau sanggup ke diorang nak wax sebulan sekali? Proses buang bulu ni makan masa, kadang2 sakit, penat. Entah lah. Saya tak tahu apa lagi nak buat.

Tulisan ini dikongsikan oleh seorang wanita yang sedih dengan keadaan rumahtangganya yang baru dibina hanya kerana keadaan fizikal semulajadinya dipandang jijik oleh suami.