Gaji suami tak seberapa selepas isteri dia disahkan hamil dan terpaksa berhenti kerja. Namun isteri dia tergamam bila ternampak tin dalam kereta dan akhirnya terbongkar kerja suami dia

categorized

Assalamualaikum semua,saya di sini mahu menceritakan kisah rumah tangga saya untuk dikongsi bersama dan dijadikan pengajaran buat semua. Saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan setahun yang lepas dan baru disahkan mengandung serta alami alahan yang teruk. Dan saya pun terpaksa berhenti kerja. Ikutkan gaji suami saya selalu tak cukup tapi yang peliknya,dia tak pernah menghampakan sayabila mengidam. Pernah satu hari tu,sayaterjumpa tin-tin kosong kat belakang kereta. Bila saya tanya,jawapan dia buat saya sebak. Ya,saya dan suami berkenalan dari zaman sekolah lagi dan sekarang hampir 10 tahun kenal dia dan kami telah berkahwin hampir 2 tahun. Di sini saya ingin bercerita tentang kesusahan yang kami harungi sebagai suami isteri

Pada mulanya kami masing masing bekerja. Kami hanya kerja biasa sahaja dan kalau disatukan gaji kami berdua tak sampai 3k pun. Dengan duit tu lah kami beli segala keperluan kami. Segala bil bil akan dibayar dahulu dan selebihnya dihulurkan untuk orang tua kami,tinggallah beberapa ratus untuk keperluan makan kami berdua. Masa mula 2 bulan kami berkahwin masih lagi tiada tanda tanda saya mengandung,orang pun mula tanya,saya fikir mungkin belum tiba masanya lagi untuk saya mengandung dengan ekonomi kami yang tidak seberapa. Tapi suami selalu pesan ” Percaya pada rezeki Allah.”Dan saya terus diuji dengan kehilangan orang tua yang saya cintai.

Selain daripada suami,saya dah tak ada sesiapa dah. Dialah tempat bermanja,dialah tempat mengadu. Alhamdulillah,setahun lebih kami berkahwin saya disahkan hamil dengan kebenaran suami saya ambil keputusan untuk berhenti kerja kerana alami alahan yang teruk. MAka bermulalah episod di aman kami terpaksa menyekat segala keperluan dan kehendak kami untuk cukupkan sampai ke akhir bulan. Lepas bayar segala bill, duit yang ada dalam tangan kami hanya tiggal dalam 3-4 ratus shja. itu lah duit untuk isi minyak kereta, itu lah duit untuk makan kami smpai hujung bulan. Tentang nafkah seorang isteri, saya tak ambil kira itu semua yang penting kami sama² dapat makan. Dapat survive sampai hujung bulan pun dah memadai.

Bab masak, saya akan catu lauk² supaya tak terbazir. Kalau beli ayam seekor, saya mintak potong 20. Satu hari masak 4 ketul sahaja boleh tahan sampai 4-5 hari untuk seekor ayam. Suami saya sangat penyabar. dia selalu tolong saya buat kerja rumah, basuh baju, sapu lantai, sebelum keluar kerja dia akan masakkan dulu untuk saya. Setelah 4 bulan mengandung, saya mula mendapat kekuatan untuk menjalankan tugas² harian di rumah dengan ekonomi kami yang tak berapa elok, saya ambil upah buat macam2 kerja untuk bantu suami dan tunaikan keinginan saya yang mula mengidam tapi tak lama sebab saya mengalami alahan semula, segala tulang dan sendi mula sakit².. mula tak larat macam mula² mengandung dulu.

Suami saya kata ‘tak apa, abang akan usaha untuk tunaikan permintaan sayang kalau sayang teringin nak makan apa²’. tapi saya cuba pendam, saya tak beritahu dia pun kalau saya teringin nak makan apa² cuma kadang² je mulut ni lincah sangat terlepas juga lah. Saya cakap, kalau abang tak ada duit tak apa. Sayang ok boleh tahan keinginan ni walaupun sebenarnya tak tertahan pun. wanita mengandung yang mengidam je akan tahu perasaan macam ni. Walaupun lambat, suami akan usaha juga tunaikan permintaan saya walaupun dia sendiri pun ada keinginan dia akan dahulukan permintaan saya berbanding dirinya. kadang² di tempat kerja dia langsung tak makan sebab nak berjimat..kadang² dia beli kuih² dan cucur je sebagai makan tengah hari. Start tahu macam tu, saya mula bekalkan makanan untuk suami. Walaupun hanya nasi kosong, kadang² saya buat nasi goreng kalau tak ada lauk. Asalkan suami tak kelaparan di tempat kerja.

Kadang² suami bawak balik makanan sedap² time dah hujung² bulan.. saya pelik, suami cakap duit dah nak habis. tinggal beberapa puluh je untuk duit minyak kereta. Tiba² dia bawa balik makanan yang saya hajatkan.. bila saya tanya mana dapat duit, dia cuma jawab ‘abang buat partime’.. jadi saya tahu lahh suami taknak bercerita dengan lebih lanjut tentang mana dia dapat duit lebih. Sehinggalah saya terperasan dalam kereta ade beberapa tin minuman kosong dalam plastik di kerusi belakang. bila saya tanya dia jawab saje² kumpul. lama kelamaan baru saya tahu rupa-rupanya suami kumpul tin² kosong dan kotak² terpakai untuk dijual. duit hasil jualan itu lah dia simpan untuk tunaikan keinginan saya.

Saya rasa bersalah.. saya rasa terharu.. saya menangis mengenangkan usaha suami untuk saya.. suami cakap itu tanggungjawab dia.. jangan rasa bersalah.. ‘untuk sayang dan anak kita yang selama ini kita tunggu² abang akan buat apa je..’ Lagi beberapa bulan dah nak bersalin, segala keperluan untuk menyambut kelahiran anak kami beli sikit².. bulan ini baju dua helai..bulan depan 2 helai lagi.. Kadang² bila tengok tv sama², suami akan renung saya tiba².. bila saya tanye kenapa dia hanya tersenyum…lepastu dia cakap “terima kasih sayang dah hidup dengan abang, maaf kalau sayang susah hidup dengan abang”.. haaa mula lahh suami isteri ni berdrama kan.. lagi² isterinya ni kalau tak mengalirkn air mata memang tak sah..

Dia selalu yakinkan saya, rezeki Allah tu ada di mana².. cepat atau lambat pasti akan ada.. Allah dah rancang segalanya.. Kami tak dapat hidup senang macam orang lain.. tapi insyaAllah mungkin suatu hari nanti kami diberi rezeki yang tak terduga oleh Allah. Minta doa kalian supaya kami dilimpahkan rezeki untuk menyambut kehadiran cahaya mata sulung kami ini dan doakan saya supaya dilancarkan urusan bersalin nanti ya. Amin.. Maaf kalau penceritaan dan ayat saya tunggang langgang dan susah untuk difahami.Sumber:-eksidenz.com

Inilah Sebab Anak Sulung Perempuan Istimewa Di Mata Lelaki Sebagai Calon Isteri

Menjadi anak perempuan pertama dari sebuah keluarga sangat berat, di samping sebagai tulang belakang keluarga, anak pertama juga biasanya sangat kuat dan tegar motivasi dirinya. Tak ada yang tahu bagaimana proses perjuangannya yang terlihat kuat dan tegar itu dan dia kadang-kadang menangis sendirian, dia tertatih berusaha melwn keterbatasan, ia bekerja keras demi nasib untung dirinya dan keluarga. Tak ada tempat meminta tolong bagi anak pertama, kecuali dirinya sendiri dan Tuhan.

Tak ada tempat meminta yang akan menjadikannya payah, tak ada tempat merengek yg akan membuatnya nampak lemah. Ketika terpaksa meminjam pada teman, hati kecilnya selalu berteriak, “Saya harus cepat sukses agar kelak mampu untuk bantu orang lain juga.” Ya, dibentuk berdikari atau terbentuk berdikari. Menurut penelitian, anak pertama perempuan berpotensi lebih hebat dari anak pertama laki-laki. Menurutku itu kerana ketika anak pertama perempuan merasakan pahit kehidupannya sewaktu masih menjadi anak, naluri keibuan memanggilnya untuk tidak membiarkan anak-anaknya kelak mendrita sepertinya.

Karakteristik anak pertama secara mendasar iaitu lebih dewasa, bijaksana dan memiliki banyak pengetahuan yang jarang diutarakan. Dalam hal ini anak pertama memiliki pola pemikiran yang teruk sehihngga daya analisanya sangat kuat. Kehidupan akan terus menuntun untuk terus berlajar tentang hidup. Maka anak pertama biasanya selalu melanjutkan pendidikan pada jenjang perguruan tinggi dan berharap boleh membahagiakan kedua orang tuanya dan saudaranya kelak.

Untuk kamu anak pertama, hal ini mungkin boleh membantumu semakin kuat kejar mimpimu biarpun sendirianBelajar tentang apapun yang kamu sukaiTeruslah menyayangi keluarga mu meskipun suatu saat kamu akan jauh dari mereka hidupkan kebahagian mu melalui hobby. Belajar untuk tetap tegarSemangat,kamu lah jawaban atas semua doa keluargamu

7 Sebab Kenapa Anak Sulung Perempuan Menjadi Isteri Idaman.Menjadi anak sulung perempuan bukannya mudah. Walau bermacam cabaran sebagai anak sulung dengan masalah jantina nya sebagai perempuan, namun kamu tetap mempunyai banyak kelebihan. Jangan peduli apa-apa orang nak kata kepada dirimu kerana kamu adalah seorang kakak yang baik untuk adik-adikmu. Sebagai bukti, kamu mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh anak bongsu, kerana anak sulung perempuan itu selalunya menjadi isteri idaman setiap lelaki.

Kamu seorang yang jujur.Hal ini kerana kamu selalu berlaku jujur terhadap kedua ibubapa kamu, jadi jujur adalah sifat neutral yang kamu miliki. Inilah sebabnya kamu menjadi sebab kenapa dan sesuai menjadi isteri idaman setiap jejaka di luar sana. Siapakah yang tak mahu seorang isteri yang jujur kan?

Kamu bersifat Optimis dan Berdikari.Walaupun dilahirkan sebagai anak perempuan sulung, kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan berdikari. Kamu bukan sahaja dapat membela nasib kamu sendiri bahkan dapat membela nasib adik-adik kamu serta keluarga kamu sendiri. Sebab itulah kamu menjadi idaman lelaki.

Kamu Seorang Perempuan yang selalu melindungi adik-adikmu.Perempuan itu diperlukan bukan sahaja untuk kecantikkan secara fisik sahaja, namun faktanya lebih gemar bersama lelaki yang kuat dan berdikari. Oleh kerana kamu anak sulung, kamu memiliki tanggungjawab untuk menjaga adik-beradik selain mampu menjaga diri sendiri sekaligus dalam mengurus hal ehwal adik – beradik.

Anak Perempuan Sulung Biasanya Pandai Memasak.Sudah pasti kamu biasa memasak dan membuat kuih muih untuk adik beradik atau orang tua kamu. Sifat ibu yang menjaga keluarga cenderung untuk dimiliki oleh kamu. Bukan sahaja kelebihan memasak,selari dengan sifat lembutnya juga membuatkannya menjadi isteri idaman pada amnya.

Kamu Pendengar Yang Baik.Oleh sebab kamu sudah terbiasa mendengar celoteh-celoteh dari adik mu, maka jelas sekali bahawa kamu pendengar yang baik. Kamu juga mendengar keluhan kisah adikmu dan tidak jarang memberikan adik kamu untuk jalan keluar. Bukan sahaja pendengar yang baik, kamu juga dianggap isteri idaman kerana kemampuan kamu untuk mengendalikan segala situasi masalah.

Anak Sulung Perempuan Merupakan Calon Ibu Yang Baik.Macammana tidak menjadi isteri idaman? Kamu kan sebagai anak sulung perempuan yang sudah terbiasa menjaga adikmu. Kamu selalu membantu ibumu membuat kerja kerja rumah disaat ibumu menguruskan adik-adikmu yang lain. Apabila terbiasa dengan menjaga orang lain maka jelas kamu mempunyai peribadi yang bertanggungjawab.

Anak Sulung Perempuan Terkenal Dengan Kerajinannya.Kamu selalu membantu ibubapa membersihkan rumah disaat ibubapa kamu keluar atau pergi berkebun debelakang rumah. Kamu melakukannya dengan ikhlas dan bersemangat kerana anak sulung perempuan juga adalah tumpuan keluarga. Ini membuktikan kamu seorang anak yang rajin yang tidak harus diperselekehkan. Kepada anak perempuan yang sulung, kamu sangat beruntung dapat menjadi isteri idaman setiap jejaka di luar sana!

Lagi Banyak Kau Sayang, Hormat, Peluk Cium Dan Gembirakan Hati Isteri, Kau Sendiri Akan Terkejut Rezeki Dan Kebahagiaan Tak Disangkan Akan Datang

Ada mereka diluar sana menyatakan takut untuk berkahwin kerana belum stabil, ada yang takut untuk menambah anak lagi katanya takut tidak mampu. Perlu diketahui rezeki itu ada bagi setiap orang, cuma cara kita mencarinya dangan betul-betul ikhlas atau tidak. Perlu diketahui juga rezeki ini pemberian dari tuhan, ikhlas kita dalam kehidupan seharian terutama kepada kelaurga insyaAllah pasti ada ganjarannya, jom kita baca kisah ini.

Aku terpanggil untuk bercerita semua ini sebab aku rasa aku pernah buat salah dengan isteri aku. Sebenarnya sudah lima tahun kami berkahwin dan aku sangat sedar sepanjang perkahwinan, isteri banyak menangis dari bahagia. Kami bercinta dan kahwin. Masa awal-awal kahwin itu, aku happy sangat. Tapi bila perkahwinan baru berusia sebulan, aku mula tak suka dengan isteri sebab aku rasa dia ada kekurangan. Masa itu, dia mengandung. Walaupun itu anak pertama kami, aku rasa tak gembira pun. Sebaliknya aku rasa membebankan.

Aku nak balik kerja pun aku rasa menympah sebab isteri tak attract aku macam kami pertama kali kenal dulu. Dulu rasa terg1la-g1la sangat nak jumpa dia. Dipendekkan cerita, sebab sebenarnya banyak perkara kjam yang aku dah buat di belakang isteri. Perkara yang aku sendiri tidak dapat maafkan bila aku teringat ex aku semula! Kemudian mulalah aku membanding-bezakan dua wanita ini. Aku siap beritahu isteri yang ex aku lagi sempurna untuk aku.

Sekarang, bila aku fikir-fikirkan semula, memang rasa malu dan nak melutut minta maaf pada isteri sebab menduakan dia. Bayangkanlah, tiga tahun lebih aku tipv dia. Aku nak cerita, tapi korang janganlah marah aku pula. Aku cuma nak korang yang ada perangai macam aku ini sedar cepat. Ada satu masa itu, aku balik dari kerja. Aku suruh isteri sediakan makanan. Dia cakap, “tak lalu nak masuk dapur”. Aku memang marah dia pada masa itu, siap kata dia tak guna dan paksa juga dia masak untuk aku.

Masa nak tidur satu hari itu, dia bagi aku bertambah stress. Dia kata aku busuk, bau rokk. Ini aku memang tak boleh terima sebab dulu dia langsung tak kisah pun. Aku tengking dia,”Kalau aku busuk, berambuslah!!” Aku paling tak suka isteri aku ini sebab dia terhegeh-hegeh. Aku faham perut dia dah besar pada masa itu. Tapi takkan tak boleh jalan laju sikit? Siap pegang-pegang pinggang pula. Menyesal, kenapa aku kahwin!

Korang yang baca pun mesti sakit hati dengan aku, kan? Sebenarnya aku pun sakit hati dengan aku sendiri. Tetapi itu dulu, sekarang aku dah lain disebabkan satu benda. Kawan rapat aku, Azman. Dia handsome seperti Aaron Aziz. Masa di universiti pun kami panggil dia Aaron. Yang aku pelik, dia berkahwin dengan seorang perempuan kampung yang aku boleh kata tak secocok dengan dia langsung. Kali terakhir aku jumpa Azman, masa kami kerja bersama empat tahun yang lalu. Masa itu dia mekanik dengan aku di kedai pakcik aku. Sebulan lepas, aku terserempak dengan dia. Alangkah terkejutnya aku yang dia sudah memiliki syarikatnya sendiri.

Aku tahan dia dan ajak minum sebab nak tahu macam mana dia boleh mencapai kejayaan seperti ini. Ternganga aku mendengar semua cerita dia. Azman beritahu punca dia boleh berjaya sampai sekarang adalah disebabkan isterinya. Aku tergamam. Azman beritahu lagi, disebabkan dia jujur dan sayangkan isteri, dia sangat rasa dia cepat berjaya. Walaupun Azman belum ada anak, tetapi dia sentiasa bersyukur dan cakap perkara-perkara yang baik tentang isteri dia. Serius saya kagum dan tidak sangka.

“Kau tahu tak, lagi banyak kita sayang dan hormat isteri, lagi banyak kita peluk cium dan gembirakan hati dia, kau sendiri akan terkejut dengan rezeki dan kebahagiaan yang tidak disangka-sangka. Benda yang kau terkejar-kejar dalam hidup kau sebenarnya ada di depan mata kau saja (isteri). Kau pelihara itu dulu, kau bahagiakan dia, baru yang lain akan datang,” kata Azman

Aku tak tahu apa yang jadi dengan aku selepas itu. Dalam perjalanan balik, aku menangis, aku sedar yang aku ego saja selama ini. Aku teringat balik setiap kali aku paksa isteri masak, dia akan sapu balm di hidung dia. Kemudian aku akan dengar bunyi dia muntah teruk. Pernah sekali aku tengok dia lembik sangat. Aku bodh pada masa itu. Aku cakap aku nak keluar makan dan biarkan dia di dalam tandas dalam keadaan begitu. Baru aku sedar, ibu hamil ini rupa-rupanya sangat sensitif. Masa aku halau dia dari tidur di sebelah aku sebab dia kata aku busuk berbau rokok, dia tidur di lantai. Aku dapat rasakan dia menangis teruk setiap malam sebab aku tengok mata dia selalu bengkak.

Yang paling aku bnci dengan diri aku, aku tak pernah urut dia. Aku biarkan isteri aku buat itu dan ini tetapi aku tak hargai dia. Aku rasa dia sakit pinggang pun sebab dia tidur atas lantai setiap hari. Mesti sakit badan isteri aku.“Setiap kali aku nak balik rumah, aku akan belikan sesuatu untuk isteri aku sebab aku tahu dia akan happy,” – Azman

Bila teringat pada kata-kata Azman, aku mula terfikir nak belikan sesuatu untuk isteri aku. Dalam perjalanan pulang, aku ternampak kedai bunga, tapi tak ada jumpa bunga ros pula. Jadi aku pun belilah apa yang ada. Tiba di rumah, masa nak masuk, jantung berdegup kencang sebab selama ini aku bersalah terhadap isteri dan sangat berharap dia sudi memaafkan aku. Belum sempat aku ketuk pintu, isteri bagi salam pada aku dengan dua biji mangga di tangan dia. Dia cakap jiran bagi, aku tahu dia mengidam.

Masa dia salam aku, aku minta maaf pada dia dan bagi bunga pada dia. Tiba-tiba dia tergelak besar. Apahal pula isteri aku ni?“Bang, bunga ini orang guna untuk upacara sembahyanglah abang. Abang beli kat mana?”Adoi! Manalah aku tahu, patutlah aci tadi senyum-senyum kat aku. Buat malu. Tak apalah, sekurang-kurangnya aku berjaya buat isteri tergelak dan nikmat bila aku cium dan peluk isteri, masa itu sangat indah sangat-sangat. Aku dapat rasa penuh malaikat di tepi aku yang mendoakan kami. Jadi itulah cerita tiga tahun yang lalu. Memang indah hidupp berkasih sayang dan bermanja ini. Aku dah lama tinggalkan keegoan aku itu. Lantaklah orang nak kata apa, yang penting aku dapat bahagiakan bidadari aku.

Sekarang isteri aku dah hamil anak kedua kami. Kandungannya sudah berusia 5 bulan. Jadi bila aku ternampak page kawan sekolah aku (penulis buku 9 bulan 10 hari), aku iminta izin untuk kongsikan cerita aku pada semua follower page 9 Bulan 10 Hari. Aku nak semua orang dapat merasa nikmat berkasih sayang seperti aku. Semalam isteri ada cakap, “kalau ada rezeki untuk pergi ke Langkawi, dia nak makan beronok”. Kampung akulah ini. Korang rasa apa yang aku akan cakap? Haha!

Aku serta merta terus minta dia bersiap dan kami pun gerak ke Langkawi. Sayang punya pasal, aku beli tiket penerbangan on the spot walaupun untuk seorang, one way saja harganya RM210. Since anak pertama kami masih kategori infant, untuk dia free lah. Hahaha. Kalau dulu mungkin aku kisah tetapi sekarang hidup aku dah lain dah, Alhamdulillah. Aku pun dah buka bengkel kereta sendiri. Dah jadi bos macam kawan aku, Azman.

Ini bukan beronok tetapi sebab aku terlmpau sayangkan isteri aku. Aku tak malu pun untuk beritahu satu dunia yang aku sangat cintakan dia dan disebabkan cinta aku pada isteri aku dan disebab aku buang semua ego aku. Aku pun terkejut dengan rezeki yang tak disangka-sangka untuk kami sekeluarga. Terima kasih ya Allah. Terima kasih sebab sedarkan hambaMu ini.Mesej ikhlas aku:“Nur Maliza binti Hasim, abang cintakan sayang”Sumber: 9bulan10hari