Gara gara COVID19 kapal persiaran mewah terbiar begitu sahaja. Selepas berbulan tak berlayar ini nasib yang akan berlaku kepada kapal tersebut

Berita

Bayangkan, industri pelayaran mewah yang dahulunya bernilai berbilion ringgit kini ranap hanya disebabkan oleh penularan virus yang sehingga kini masih menghantui seluruh dunia.Kapal persiaran seperti yang kita tonton dalam filem Titanic, lengkap dengan padang golf dan kolam renang diatasnya — yang dahulunya megah meluncur di laut-laut lepas, kini pengakhirannya begitu menyedihkan.

Tersadai sepi di pelabuhan, dan dijual semula sebagai besi-besi buruk.Itu realiti yang berlaku, seperti yang dilapor dalam Daily Mail.Disebabkan penularan pandemik COVID-19, kapal-kapal mewah ini tidak lagi dibenarkan berlayar sejak Mac lalu. Lalu kebanyakan cruise dari Britain dan Amerika Syarikat kini diletakkan di sebuah pelabuhan di Turki — sebuah lokasi yang disifatkan sebagai cruise liner grav3yard.

Setiap bahagian daripada kapal persiaran itu akan dibuka, sebelum dijual semula. Antaranya termasuklah kapal persiaran Carnival Fantasy yang sebelum ini dioperasikan oleh gergasi industri tersebut — Carnival Cruise Line.Syarikat itu sebelum ini mendedahkan, sebanyak 13 kapal persiarannya akan dilupuskan tahun ini untuk dikitar semula sebagai besi buruk.

Sebelum pandemik, pelabuhan itu hanya menempatkan kapal-kapal kargo dan kontena — namun penularan COVID-19 mengubah segalanya.Seramai 2,500 pekerja diperlukan untuk melakukan kerja-kerja dismantling sebuah kapal penumpang dan ia memakan tempoh enam bulan.Malah, setiap bahagian lain dalam kapal itu turut tidak dilupuskan begitu saja kerana pihak pengurusan hotel akan datang untuk membeli mana-mana barangan terpakai.

57 Krew Kapal Disahkan Positif Covid-19 Walaupun 35 Hari Di Tengah Laut Padahal Sebelum Belayar Semua Negatif

Pelik tapi benar, itu yang boleh digambarkan apabila ‘misteri’  57 nelayan telah dijangkiti Covid-19 selepas 35 hari berada di laut walaupun seluruh krew telah diuji negatif sebelum tinggalkan pelabuhan.Menurut sumber, kementerian kesihatan untuk wilayah Tierra del Fuego, Argentina berkata, kapal pukat itu kembali ke pelabuhan setelah beberapa anak kapal mula menunjukkan gejala khas Covid-19.

Menurut kementerian itu, 57 pelaut dari 61 awak-awak kapal telah didiagnosis dijangkiti virus itu walaupun telah menjalani satu ujian baru, dan semua krew anak kapal menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di sebuah hotel di bandar Ushuaia.Baki dari 4 jumlah tersebut, dua dari pelaut telah diuji negatif dan dua yang lain sedang menunggu keputusan ujian.

Pengarah Perawatan Kesihatan Primer di Tierra del Fuego, Alejandra Alfaro buntu untuk menentukan bagaimana krew kapal ini dijangkiti sedangkan tidak berhubung dengan orang luar.“Sukar untuk menentukan bagaimana anak kapal ini dijangkiti, ini mengambil kira 35 hari selama mereka tidak berhubung dengan orang-orang di darat,”Argentina turut mencatatkan lebih 100,000 kes Covid-18 pada Ahad lalu dan jumlah pemergian meningkat kepada 1,859. Sebilangan besar jangkitan dilaporkan berlaku di kawasan Buenos Aires.-lobakmerah

Tak Nak Pakai Mask. 8 Lelaki Indonesia Ini Terpaksa Buat Sesuatu Selepas Sahaja Mereka Tidak Mematuhi Arahan Memakai Pelitup Muka Di Tempat Awam

Dekat Malaysia kalau tak pakai pelitup muka, kita boleh disaman dan perlu membayar denda sebanyak RM1,000. Tapi di Indonesia lain pula ceritanya…Lapan lelaki dari Gresik, Jawa Timur telah diminta untuk mengg4li tempat persemadian pesakit Covid-19 yang sudah tiada kerana gagal mematuhi arahan memakai pelitup muka di tempat awam.

Menurut Tribun News, pemerintah tempatan, Suyono mengatakan yang dia membuat keputusan ini kerana tenaga kerja untuk mengg4li tempat persemadian memang tengah tak cukup orang.“Yang mengg4li tempat persemadian ada tiga saja, ya sudah mereka dihukvm ikut membantu mengg4li saja. Tidak ikut mengvbur.”

Jadi, dia telah meminta setiap dua orang untuk menyediakan satu tempat persemadian. Seorang ditugaskan untuk mengg4li dan seorang lagi perlu menyusun kayu bagi menampung orang yang sudah tiada Sumber: The Jakarta Post. Kalau korang nak tahu, peraturan di sana mengatakan orang yang tak memakai pelitup muka boleh dikenakan denda atau akan disuruh untuk melakukan khidmat masyarakat.

Hukuman yang ditetapkan untuk orang yang tak memakai pelitup muka ini pula bergantung kepada pemerintah tempatan. Suyono turut berharap yang hukumn ini akan tinggalkan kesan kepada pesalah serta orang lain agar terus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan memakai pelitup muka di Jawa Timur telah diperketatkan sejak Julai lalu apabila kes semakin meningkat dan tinjauan menunjukkan hampir 70% penduduk di sana tak mahu memakai pelitup muka.-ctto

Seramai 100 Doktor Muda Pergi Buat Selamanya. Indonesia Dedahkan Punca Berlakunya Pemergian Yang Berlaku Di Kalangan Barisan Hadapan

Kebimbangan  terhadap wabak Covid-19 masih menghantuii orang ramai sehingga ke hari ini, saban hari kes jangkitan semakin meningkat malah jumlah pemergian telah mencatat lebih 800 ribu pemergian. Pada Isnin, Ikatan Doktor Indonesia (IDI) telah memaklumkan seramai 100 doktor telah disahkan pergi buat selamanya akibat jangkitan Covid-19.

Lebih menyedihkan ,kebanyakan mereka masih muda dan berumur dalam lingkungan 29 hingga 38 tahun. Dilaporkan bahawa antara doktor yang terkesan adalah daripada Fakulti Perubatan Universiti Airlangga dan Hospital Soetomo di Surabaya, Jawa Timur.

Menurut Pengerusi IDI, Daeng M. Fikih memberitahu susulan kejadian ini, pihaknya telah bekerjasama dengan gerakan pasukan khas Covid-19 bagi memastikan peralatan perlindungan di hospital dan kemudahan kesihatan mencukupi untuk mencegah lebih banyak pemergian dalam kalangan pekerja kesihatan. Selain itu, dia juga mendesak agar pihak hospital membuat jadual kerja yang sesuai dengan keadaan kesihatan para doktor bagi mengelakkan keletihan melampau.

Sehingga kini, Indonesia telah mencatatkan 172,053 kes jangkitan dengan 7,343 pemergian, lapor The Jakarta Post.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MstarkiniSumber:lobak merah

Kes Meningkat Saban Hari. Indonesia Sahkan Mutasi Berbahaya COVID19 Iaitu D614G Dikesan Di Negara Itu Atas Satu Faktor Ini

Pada pertengahan Ogos lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa pasukan kesihatan telah mengesan kewujudan mutasi jenis D614G dalam negara. Bahayanya mutasi itu adalah kerana ia boleh menular 10 kali ganda lebih cepat, dan mudah merebak sekiranya disebarkan oleh individu super spreader.

Selepas Malaysia, ia kini dilaporkan sudah mula dikesan di Indonesia. Memetik laporan The Jakarta Post, Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBME) yang berpusat di Jakarta telah mengesahkan perkara tersebut.Dalam laporan itu, LBME berkata D614G telah dikesan dalam lapan daripada keseluruhan 22 genom yang dilaporkan di republik itu sebelum ini.

Para pengkaji ketika ini masih belum memperoleh peratusan sebenar individu yang menjadi pembawa virus mutasi tersebut, namun LBME percaya bahawa ia telah merebak secara meluas dalam kalangan kebanyakan pesakit di Indonesia.

Dalam satu laporan lain yang diterbitkan Detik Health pula melaporkan, mutasi itu sebenarnya telah ada di Indonesia sejak Mac lalu. Prof Chairul A Nidom dari Universitas Airlangga berkata jumlah pengesanan juga akan lebih banyak dilaporkan, sekiranya ujian saringan dibuat dengan lebih giat. Untuk rekod, selain Malaysia dan Indonesia — mutasi itu turut telah dikesan di beberapa negara ASEAN lain termasuk Myanmar dan Singapura.

Catat Kes Baharu Lebih 2000 Setiap Hari. Seorang Menteri Indonesia Keluarkan Kenyataan Berkaitan Rantai Yang Boleh Merawat Covid19 Dan Dikatakan Mahu Ikut Jejak Negara Lain Untuk Buka Penggung Wayang

Walaupun keadaan kes di negara kita dilihat berkurangan namun bagi negara jiran, Indonesia, kes Covid-19 di sana tetap meningkat setiap hari. Hari ini saja Indonesia mencatatkan 2,306 kes baru dan 86 pemergian. Menurut Bloomberg, bagi memulihkan ekonomi negara selepas beberapa perniagaan terpaksa ditutup angkara pandemik yang melanda dunia ini, pihak berkuasa di sana membuat keputusan untuk buka semula panggung wayang selepas lima bulan ditutup.

Gabenor Jakarta, Anies Baswedan mengatakan yang panggung wayang di Jakarta akan dibuka semula tapi perlu mengikut garis protokol yang ktat seperti penggunaan topeng muka dan hanya orang berusia 12 ke 60 tahun sahaja dibenarkan masuk.Jadi 47 negara saat ini kegiatan bioskop sudah berjalan seperti biasa. Bahkan di Korea Selatan, selama pandemi termasuk puncak pandemi mereka di sana bioskop tidak ditutup.”

Sebelum ini, pihak berkuasa di sana pernah bersetuju untuk membuka panggung wayang pada Julai lalu namun dibatalkan kerana kes di sana tak menunjukkan penurunan. Tapi mungkin untuk selamatkan ekonomi dekat sana, dorang terpaksa buka juga dengan mengikut SOP yang ketat.-lobakmerah

“Kami dah uji 20 staff yang positif” – Menteri Indonesia dikatakan Rantai Mengandungi Minyak Kayu Putih Boleh hilangkan Covid-19

Rantai aromaterapi dari Indonesia ini mengandungi eucalyptus (minyak kayu putih), dikatakan ia boleh menghalang daripada Covid-19 terus merebak, kata Menteri Pertanian Indonesia Syahrul Yasin Limpo pada Jumaat lepas (10 Julai).

Katanya aksesori barang kemas itu telah ‘menghilangkan’ hampir setengah (42%) virus itu jika dipakai selama 15 minit. Kalau pakai dalam setengah jam, rantai tersebut ada potensi hilangkan 80% virus. Lapor South China Morning Post.

Ia ‘dicipta’ oleh Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Kesihatan (Balitbangtan) dan diharapkan akan dihasilkan pada skala besar mulai bulan depan.Pengguna harus memakai rantai itu seperti pakai tag nama kerana ia mengandungi serbuk kayu putih agar pengguna dapat menghidunya.

Kami dah uji 20 pekerja dari Kementerian Pertanian yang positif Covid-19. Setelah mereka setelah menyedut dan dirawat [dengan produk] itu. Ia membantu memudahkan pernafasan mereka ” Ketua Balitbangtan, Fadjry Djufry, The Jakarta Post.

Namun, para saintis agak ragu-ragu mengenai penemuan baru ini dan orang Indonesia telah tampil  memperingatkan bahawa negara mereka akan berisiko dikenali sebagai ‘bahan lawak’ jika mereka meneruskan menghasilkan produk ini.

Bagaimanapun, ini bukanlah pertama kalinya Indonesia membuat tuntutan berani mengenai virus tersebut.Sebelum ini, sebilangan orang Indonesia Menteri Kesihatan mereka, Terawan Agus Putranto, mendakwa kekuatan doa menjadikan jangkitan Coronavirus rendah di negara mereka.

Sehingga sekarang, Indonesia adalah negara tertinggu di ASEAN mencatatkan angka 75.699 kes positif dan 3.606 pemergian akibat Covid-19.Bagaimanapun Terawan menyatakan bahawa dia belum mengetahui perincian mengenai rantai itu. Lapor Kompas.

Walaubagaimanapun, bagi bukti saintifik sama ada rantai itu benar-benar mujarab atau tidak, seorang pensyarah di Jabatan Biologi Universiti Pertanian Bogor (IPB) yang dikenali sebagai Berry Juilandi, mengatakan bahawa walaupun komponen 1.8-cineole Eucalyptol yang berasal dari daun kayu putih mempunyai sifat antimikroba, tidak ada penyelidikan klinikal yang membuktikan bahawa unsur-unsur ini dapat menghilangkan SARSnjCoV-2 di dalam sistem pernafasan.

Indonesia bangunkan vaksin Merah Putih untuk COVID-19

JAKARTA: Indonesia sedang membangunkan vaksin untuk COVID-19 yang dinamakan vaksin Merah Putih, yang dijangka dikeluarkan pada pertengahan tahun 2021.Presiden Indonesia Joko Widodo, berkata penyelidikan dan pembangunan vaksin itu sedang dilakukan Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBM), menerusi kerjasama dengan syarikat dari China, dengan menggunakan DNA virus asli Indonesia.

“Kita bisa (boleh) produksi lebih banyak dan kalau yang kita miliki berlebih, boleh dijual ke negara lain, kerana di ASEAN saya lihat belum ada yang siap (menghasilkan) vaksin,” katanya di Istana Negara Jakarta, seperti disiarkan televisyen tempatan, hari ini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Indonesia menerusi LBM, badan di bawah Kementerian Riset dan Teknologi Indonesia telah bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal dari China, iaitu Sinovac Biotech bagi melakukan penyelidikan vaksin COVID-19, sejak beberapa bulan lalu.

Dilaporkan vaksin itu kini memasuki fasa ketiga ujian dan jika berjaya, Indonesia bakal mengeluarkan 290 juta dos vaksin itu menjelang akhir 2021.Sementara itu, menurut laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, kes positif COVID-19 keseluruhan di Indonesia berterusan meningkat kepada 155,412 kes, manakala kes pemergian keseluruhan meningkat kepada 6,759 orang.Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 79 lagi pemergian berlaku, manakala sebanyak 1,877 kes positif baharu direkodkan dalam tempoh berkenaan. – BERNAMA

Isu Vaksin COVID19 China. Berikut 3 Negara Yang Menjadi Penerima Terawal Vaksin Dan Berikut Anggaran Harga Bagi Sebuah Harga Vaksin Tersebut

VAKSIN Sinovac Biotech ditayang pada sidang media selepas lawatan di kilang pengeluaran baharu vaksin Covid-19 di Beijing pada Khamis. Beijing: Brazil, Indonesia dan Turki yang mencalonkan sukarelawan bagi ujian klinikal vaksin Covid-19 dibangunkan China, akan mempunyai akses ke atas vaksin terbabit serentak dengan negara itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SinoVac Biotech, Yin Weidong, ujian klinikal fasa ketiga dilakukan di Brazil pada 21 Julai lalu, manakala Indonesia pada 1 Ogos lalu dan Turki 16 September lalu.”Kami juga menerima kebenaran untuk ujian klinikal di Bangladesh. Keluaran pertama akan diagihkan mengikut keutamaan di China dan bersekali dengan negara yang terbabit ujian klinikal iaitu Brazil, Indonesia dan Turki,” katanya kepada media seperti dilapor agensi berita Sputnik, hari ini.

Katanya lagi, syarikat membangunkan kilang pembuatan untuk menggalakkan kapasiti pengeluaran vaksin dikenali CoronaVac itu kepada tiga juta dos setahun.Yin bagaimanapun enggan mengumumkan kos anggaran vaksin dan berkata, harganya akan bergntung kepada pelbagai faktor.SinoVac menjangkakan vaksin itu berada di pasaran menjelang hujung tahun ini.Lagi berita berkaitan Covid-19-bh

Memastikan Malaysia Mendapat Bekalan Vaksin Mencukupi Serta Pada Kadar Segera Dengan Harga Berpatutan. Malaysia Bongkarkan Akan Sertai COVAX Untuk Sesuatu Ini

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 global, COVAX, bagi memperoleh sebahagian daripada bekalan vaksin yang diperlukan terhadap wabak itu.Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ketika memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan, hari ini, berkata kerajaan sedang membincangkan terma penyertaan Malaysia itu dengan Pakatan Vaksin Global (GAVI) yang mengendalikan COVAX.

“Kerajaan Malaysia juga sedang menyediakan perjanjian untuk menyertai Gabungan Bagi Inovasi Persediaan Epidemik (CEPI) dan perjanjian kerajaan dengan kerajaan (G2G) bersama Kerajaan China untuk mendapatkan akses kepada vaksin yang dibangunkan syarikat farmaseutikal di negara itu,” katanya.Menurut kenyataan itu lagi, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan juga telah menandatangani ‘non-disclosure agreement’ dengan beberapa syarikat farmaseutikal antarabangsa yang sedang menguji vaksin COVID-19 pada peringkat fasa ketiga, untuk berunding mengenai bekalan vaksin yang bakal mendapat kelulusan.

“Pendekatan menyertai COVAX, menjalinkan kerjasama strategik bersama negara lain dan berunding terus dengan syarikat farmaseutikal itu akan memastikan Malaysia mendapat bekalan vaksin mencukupi serta pada kadar segera dengan harga berpatutan apabila vaksin berkenaan terbukti selamat dan berkesan,” katanya.Justeru, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, akan menyelaraskan perjanjian itu bagi pihak Kerajaan Malaysia.Laporan media sebelum ini memetik Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr N Ganabaskaran, sebagai menggesa supaya Kementerian Kesihatan lebih telus dalam rancangan mendapatkan vaksin COVID-19 untuk negara ini.-bh

Sudah Bersedia Untuk Pasarkan Vaksin COVID19 Dalam Tahun Ini. China Baru Sahaja Keluarkan Kenyataan Berkenaan Vaksin Dan Jumlah Sukarelawan Yang Sanggup Mengambil Vaksin Tersebut

Disember lalu dunia dig3garkan dengan munculnya wabak Covid-19 yang didkwa bermula dari pasar basah di Wuhan China.Sebelum ia mula merebak ke seluruh dunia dengan lebih 29 juta disahkan positif sehingga kini. China umum vaksin Covid-19 dah ready!

Terbaru semalam, China mengeluarkan kenyataan bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan mereka dijangka boleh dipasarkan seawal November ini, lapor Harian Metro.Wow!Pengeluar vaksin itu yakin dengan perkembangan yang ditunjukkan selepas turut melakukan ujian ke atas calon-calon mereka.Sekitar November atau Disember.Berdasarkan keputusan ujian klinikal fasa tiga, perkembangan semasa sangat lancar”– Wu Guizhen/Ketua pakar keselamatan bio di Pusat Kawalan Penykit China

Namun mereka tidak mendedahkan vaksin mana yang dimaksudkan mereka cuma mengulas lanjut terdapat sembilan calon vaksin kini dalam fasa terakhir ujian ke atas manusia.Dilaporkan puluhan ribu orang secara sukarela telah mengambil vaksin tersebut termasuk 90 peratus pekerja dan keluarga iaitu antara 2,000 hingga 3,000 orang.-lobakmerah

BERITA BAIK! Rusia Berjaya Hasilkan Vaksin Covid-19 Pertama Di Dunia

Nampaknya ada berita baik buat seluruh dunia apabila Rusia telah berjaya menghasilkan vaksin yang pertama didunia untuk Covid-19. Namun apa yang lebih menarik lagi, Rusia bakal menamakan vaksin itu  sebagai ‘Sputnik V’ untuk pasaran luar negara.Menurut sumber, nama berkenaan merujuk kepada era perng dingin dimana Sputnik adalah nama satelit pertama di dunia yang dibina Rusia ketika prang angkasa lepas dengan Amerika Syarikat. Rusia dikatakan menganggap pencapaian dalam menghasilkan vaksin COVID-19 pertama di dunia sebagai satu kejayaan besar dan bukti kemajuan ilmu sains negaranya.

Kirill Dmitriev, Ketua Dana Pelaburan Rusia berkata, setakat ini pihaknya sudahpun menerima pesanan lebih daripada 20 buah negara membabitkan 1 bilion dos vaksin. Beliau berkata demikian sebaik sahaja Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan kelulusan terhadap vaksin tersebut lapor sumber.

Malah, anak perempuan Putin dilaporkan antara individu terawal menerima suntikan vaksin tersebut.Rusia turut dilaporkan merancang untuk membuat pengeluaran secara besar-besaran bermula September ini dan penggunaan ke atas penduduk negara itu akan dilakukan bermula Oktober.-lobakmerah

Pakar Dari Itali Berpendapat Virus Covid19 Semakin Lemah Dan Tak Perlukan Vaksin. Ini Keterangan Lanjut Dari Pakar Tersebut

Kita sendiri dapat lihat, semakin hari kadar jangkitan wabak Covid-19 semakin menurun dan sejak kebelakangan ni, kes di Malaysia pun hari mencatat kes sebanyak satu ke dua angka sahaja setiap hari.Bukan dekat Malaysia je tau, negara-negara lain pun kes jangkitan dah semakin berkurang. Sebagai contoh, dulu Itali pernah direkodkan negara yang paling teruk terjejas dengan wabak ini, sekarang mereka hanya mencatatkan lebih dari 238,000 kes positif dan 34,000 kes pemergian.

Ekoran ini, seorang Profesor pakar pnyakit berjangkit di Itali mendakwa wabak Covid-19 mungkin akan berakhir tanpa perlu tunggu vaksin.Menerusi Daily Mail, Profesor Matteo Bassetti berkata, virus yang dahulunya gnas ini dah semakin lemah. Ia seperti harimau agres1f pada Mac dan April tetapi sekarang ia macam kucing l1ar sahaja”

Katanya, walaupun virus ini telah mengambil lebih 470,000 nyawa di seluruh dunia, vaksin tidak diperlukan lagi kerana virus boleh pergi dengan sendiri.Ini berdasarkan pemerhatiannya di sebuah hospital di mana dia dapat tengok sendiri pesakit warga emas berumur 80 ke 90 tahun boleh survive tanpa bantuan alat pernafasan.Dia juga percaya, SOP yang diberi oleh kerajaan turut membantu mengurangkan kadar jangkitan dan melemahkan virus.Pun begitu, korang jangan seronok sangat tau, sebab saintis lain telah membids dkwaan Matteo ini kerana tak ada bukti saintifik yang menunjukan perubahan pada virus tersebut.-lobakmerah