Teruja sangat nak dapat vaksin. Gelagat warga asing ambil gambar masa di ppv buat ramai yang terhibur.

Viral

Program vaksinasi di negara kita dilihat semakin cepat apabila ramai golongan muda yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19. Tak hanya itu, warga asing yang menetap dan bekerja di negara kita juga ada yang sudah mendapatkan suntikan tersebut bagi mengelakan lebih ramai yang mengalami penularan wabak tersebut.

Nampak teruja nak di vaksin

Sudah tentu pelbagai kisah menarik diperoleh sepanjang program ini berjalan. Gelagah individu yang mahu mendapatkan suntikan kadang kala memberi senyuman kepada mereka yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ini.

Menerusi video yang diperoleh daripada pengguna TikTok dikenali sebagai @nanaabdulrazak, dia telah berkongsi keterujaan seorang warga Nepal yang tidak lekang dengan telefon bimbitnya semasa sedang menunggu untuk urusan vaksin. Sukarelawan yang bertugas di kaunter PPV itu juga memaklumkan yang warga Nepal itu mengambil gambar di setiap sudut kerana begitu teruja untuk mendapatkan vaksinnya.

Terima kasih kerana beri layanan yang baik

Sehubungan dengan perkongsian pengguna TikTok itu, rata-rata warganet turut sama terhibur melihat gelagatnya yang seakan begitu gembira mendapatkan vaksin kepada Covid-19. Mereka juga memuji barisan sukarelawan dan fronliners kerana tetap melayan warga asing tersebut dengan baik walaupun dia bukan rakyat tempatan.

Sumber: TikTok @nanaabdulrazak