Geli dengan isteri gara gara badan bau busuk dan berlemak lepas habis pantang. Suami sampai sanggup cari perempuan lain. Akhirnya apa yang jadi pada isteri buat suami menyesal seumur hidup.

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum admin dan warga krt mohon hide kan profil anak sedara saya sebab saya tak ada facebook. Saya berumur 35 tahun. Saya berkenalan dengan seorang perempuan. Anak angkat pak sedara saya. Dia seorang anak yatim piatu. Seorang wanita yang cantik dan solehah. Kami kenal dari kecil. Dulu perasaan hanya sekadar kawan namun tiba2 perasaan cinta itu muncul.

Aku luahkan padanya kalau aku suka dia. Tak sangka dia terima dan kami terus terang pada org tua. Dan secepatnya kami bernikah kerana usia pun sudah lanjut.. Dengan hanya hantaran 2k dan mas kawin. Kami sah bergelar suami isteri. Kami bahagia, aku sayang isteriku dan isteriku sayang aku..

5 bulan selepas pernikahan isteriku di sah kan hamil. Bahagia nya aku ya Allah. Namun selepas isteriku hamil, dia mula menolak bila aku ajak bersama. Katanya sakit. Namun aku tidak peduli. Yang aku tahu dia kena layan aku.. sebelum isteriku hamil pun. Aku selalu minta dia melayanku walaupun dia tengah datang bulan. Ya Allah berdosa nya aku..

Selepas isteriku melahirkan anak. Dalam keadaan lepas berpantang. Aku minta dia melayanku. Dia menolak kerana ada kesan jahitan namun aku meminta dia melayanku melalui belakang. Dia akur dengan permintaanku. Aku terlalu sayang isteriku.. pernah sekali isterku mengadu sakit di bahagian bawah. Aku cakap mungkin sakit lepas bersalin jadi aku hanya urut2 isteriku dengan minyak.

Selepas isteriku habis berpantang aku rasa ada sesuatu yang aneh pada tubuhnya perut isteriku berlemak. Punggung mengelebar aku mula rasa geli. Bila bersama, lemak itu bergoyang2. Aku mula kurang sentuh isteriku. Selepas dia melahirkan anak. Badan dia mula mengeluarkan bau semacam. Kepala dia bau, lemak ketul sini sana. Akhirnya aku kenal dengan seseorang.

Lepas kenal gf aku, aku mula abaikan isteriku. Dia sms aku tak balas, dia call aku tak jawab. Gf ku ni janda anak 2. Walaupun dia janda tapi tidak seperti isteriku anak 1 tapi badan lagi teruk dari janda.. Setelah kami berkenalan agak lama. Akhirnya kami terlanjur. Aku dan gf aku terlanjur. Dia pandai layan aku berbanding isteriku yang hanya pasang baring seperti batang pisang dan gf aku layan aku bermacam2 bentuk.

Akhirnya aku hanyut dengan dunia aku. Bukan sekadar janda aku kenal tapi anak dara dan isteri orang pun ada. Aku mula abaikan isteri dan anak aku. Dalam keadaan isteriku hamil aku abaikan dia. Aku dah mula benci tengok mukanya.. aku ada niat nak lepaskan dia.

Pernah sekali aku kantoi ngan isteri aku. Isteriku minta aku lepaskan dia. Dan aku cakap lepas anak lahir aku lepaskan kau. Allahuakbar. Aku tau aku salah min. Aku tak fikir kan perasaan isteri aku. Aku biarkan dia jaga anak sorang2, bangun malam sorang2 buat kerja sorang2 solat sorang2. Aku dah tak ada perasaan masa tu..

sampai satu tahap aku keluar rumah, aku tinggal rumah awek aku. Isteri aku call semua aku tak angkat siap block dia. Tiba2 ada seorang wasap aku. Dia cakap isteri aku kat hospital. Aku tak tengok langsung isteri aku.. Keluarga cari aku pun aku tak peduli. Akhirnya aku dengar dari kawan aku sendiri kalau isteriku keggran dan sekarang isteriku tak sedarkan diri dan dia juga mengidap sakit rahim tahap 4 dan mungkin tidak dapat diselamatkan.

Penyakit nya dah lama tapi dia rahsiakan dari aku dan dia juga tidak menjalani apa2 rawatan sampailah dia pengsan d rumah semasa dia kejar aku dan masa tu aku tolak dia sampai jatuh. Nasib ada jiran nampak dia pengsan di ruangan parking. Ya Allah bersalahnya aku. Sekarang aku yang jaga anakku. Isteriku masih tak sedarkan diri. Makan tak boleh, bangun tak boleh, bercakap tak boleh. Tolong doakan isteri aku sedar. Aku nak cium kaki dia. Aku nak minta maaf ya Allah..

Sumber : KRT

Hargai Suami & Isteri Anda, Mungkin Esok Lusa Salah Seorang Akan Pergi

Ingatlah bahawa yang paling berharga di rumah kita bukan perabot, bukan peralatan elektronik, komputer, barang-barang antik atau barang perhiasan. Tetapi yang paling berharga ialah manusianya, yakni pasangan hidup kita. Dialah “modal insan” yang wajar dihargai lebih daripada segala-galanya.

ADAKAH KITA BENAR-BENAR SAYANG PASANGAN?

Soalnya, adakah kita telah benar-benar menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang yang berada di rumah kita? Cuba renungkan, betapa ramai suami yang lebih prihatin tentang kereta berbanding isteri mereka. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran tetapi “batuk” kereta sedikit sahaja sudah segera dihantar ke kedai untuk  diperbaiki.

Bila enjin kereta “anh” sedikit sahaja bunyinya, cepat-cepat diusung ke bengkel, dibetulkan, ditune semula agar bunyinya  kembali normal. Sebaliknya, isteri yang batuk-batuk, lenguh dan pucat mukanya dibiarkan saja. Alasannya, itu sudah adat, badan sudah tu. Itu belum dikira lagi suami yang “kaki pancing” yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan, tega membiarkan isteri kesepian di rumah. Isteri juga apa kurangnya?

Ada para isteri yang leka dengan orkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya. Ada juga suami yang workaholic, bekerja siang malam, tidak mengenal istilah cuti dan rehat. Apabila ditanya mengapa begitu sibuk dengan kerja? Jawabnya, demi isteri dan anak-anak. Ironinya, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri dan anak-anak.

Ya, mencari duit sehingga tidak sempat menikmati duit itu. Gigih mencari wang, tidak kira siang atau malam. Malangnya, apabila duit wang sudah terkumpul, kesihatan pula tergadai, rumah tangga berkecai, isteri dan anak-anak terabai.

Tegasnya, hargailah isteri dengan tindakan. Bukan hanya dengan ucapan. Jika benar ingin membahagiakan isteri, luangkan masa, krbankan tenaga dan tumpukan seluruh perhatian untuk membahagiakannya. Jika ada yang bertanya, bagaimana kita boleh menghargai pasangan kita di tengah kesibukan dunia moden yang begitu hebat? Jawabnya, insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan.

Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan memandangnya dengan pandangan kasih. Mungkin wajah isteri kita sudah kedut tetapi insafilah mungkin separuh daripada kedutan di wajah itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita.

Uban telah memenuhi kepala pasangan kita tetapi itu bukan uban sebarang uban tetapi ubat yang tumbuh kerana kesusahan memikirkan kebahagiaan kita dan anak-anak. Pandanglah wajah pasangan kita dengan pandangan mata hati (bukan semata-mata dengan mata biasa). Kalau dulu semasa bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini, biarlah pandangan kita lebih murni. Bukan lagi dari mata turun ke hati tetapi dari hati turun ke mata.

Dengan ini, yang kita lihat bukan bodynya lagi tetapi hati budinya. Yang kita pandang seharusnya bukan lagi urat, tulang dan daging tetapi suatu yang lebih murni dan hakiki, yakni kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengrbanan, pendertaannya yang sekian lama telah dilalui bersama kita!

Daripada pandangan mata hati itulah akan lahir sikap dan tindakan yang membuktikan rasa cinta. Justeru, cinta itu tindakan. Tindakan yang tidak mengenal jemu dan lelah. Bak kata penyair; bila sudah cinta, ingin dipintal awan gemawan untuk dijadikan kerongsang, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya dan mahu dijadikan mentari sebagai sinar dalam duka dan laranya.

Ah, manusia sebenarnya tidak perlu diajar jalan membelai dan mempamerkan rasa cintanya. Apabila sudah ada rasa cinta yang mendalam dalam jiwa, jalan untuk menzahirkannya akan datang dengan sendirinya. Justeru, cinta itulah yang menyalakan kemahuan. Kemahuan itulah yang mencari jalan!

Mungkin si kaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai si isteri. Sebaliknya, petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama permaisuri hatinya. Masing-masing dengan cara dan kemampuan sendiri. Itu bukan masalahnya, selagi ada cinta.

Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri, tentunya lebih bahagia berbanding seorang jutawan yang hanya disambut di pintu vilanya oleh orang gajinya. Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah SWT, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!

Hargailah sesuatu yang dekat dengan kita. Mlangnya, kita selalu terlepas pandang kepada sesuatu yang “terlalu dekat”,  ada kalanya jauh lebih sukar untuk dilihat berbanding yang jauh. Begitulah. Isteri di depan mata, keberadaannya ada kalanya kurang dihargai dan dirasai kerana … sudah terlalu dekat.  

Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton televisyen berbanding bercakap dengan isteri. Di negara kita, apa kurangnya. Tiga jam menonton bersama, namun sepatah kata pun tidak terkeluar untuk berbual. Suami dan isteri sibuk melayani fikiran masing-masing walaupun mereka duduk berhampiran.

Lebih-lebih lagi apabila duduk berjauhan. Mereka seolah-olah terlalu lokek untuk  bertanya khabar apalagi bertukar-tukar cerita. Ada kalanya, bertanya khabar kepada teman-teman jauh lebih banyak berbanding dengan isteri sendiri. Namun, bila isteri atau suami sakit – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu timbullah penyeslan yang tak sudah. Puaslah menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. 

Pada waktu itu barulah kita duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami, yang hanya mampu berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara … “Bersuaralah isteriku, bercakaplah dengan suamimu,” rintih hati. Tetapi, rintihan tinggal rintihan. Segalanya sudah tidak berguna lagi.

Hidup terlalu singkat dan hidup hanya sekali. Yang pergi tidak akan kembali. Kata pepatah, patah tumbuh, hilang berganti tetapi tidak semua yang patah boleh tumbuh semula. Adakah anak, isteri, suami yang pergi, akan pulang semula? Justeru, hargailah selama semuanya masih ada. Pulanglah

ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Hargai dan sayangi isteri atau suami kita. Mungkin esok, kita tidak pulang atau dia yang tidak pulang. Cinta sewaktu senja sebenarnya sedang berlmba dengan nywa. pemergian boleh datang tiba-tiba. Mungkin kita yang “pergi” atau dia yang “pergi” dulu.

Sumber : Ustaz Pahrol Mohammad Juoi