Gesa bantuan segera pemberian dana tunai tambahan RM1000 kepada rakyat Sabah. DS Najib Tun Razak utaraka pendapatnya ekoran rakyat Sabah paling terjejas akibat gelombang ketiga

Berita

Terbaru, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa bantuan segera pemberian dana tunai tambahan RM1,000 kepada rakyat Sabah, khususnya penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).Beliau berkata, rakyat Sabah paling terjejas akibat gelombang ketiga pandemik koronavirus (Covid-19) dan mereka tidak boleh menunggu bantuan sehingga tahun hadapan.

“Rakyat Sabah perlukan bantuan sekarang, bukan tahun hadapan. Sebab negeri Sabah telah dilaksanakan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) paling lama tempohnya dan merupakan negeri yang paling terjejas akibat pandemik itu,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu menjelaskan Sabah dijangka bakal menerima pembayaran cukai petroleum sebanyak RM1.25 bilion tahun hadapan membolehkan bantuan segera itu disalurkan.Tambah beliau, Sabah perlu diberi perhatian khusus memandangkan negeri itu telah mencatatkan kadar kemiskinan tertinggi dan kadar pertumbuhan terendah dalam negara.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan dasar ‘Pandang ke Borneo’, sebagai usaha menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai destinasi pelaburan yang berpotensi menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara bagi masa sederhana dan panjang.

“Saya mencadangkan apa jua visi atau pelan yang dicorakkan kerajaan, perlu ambil pendekatan pandang ke Timur, tapi tak la jauh sampai ke Jepun. Cukup ke Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Kalimantan.”Dua negeri ini ada sumber kekayaan asli yang amat besar, lokasi yang strategik, kerana berdekatan dengan negara membangun di Asia Timur berbanding Semenanjung Malaysia.”Adalah tidak masuk akal kita biarkan syarikat-syarikat utama Malaysia hanya melabur di luar negara, tanpa mengambil kira Sabah dan Sarawak,” katanya.

Kerajaan Baru Beri Sebab Punca Tidak Memberi Keizinan Pengeluaran KWSP. Mengejutkan Sekali Najib Terus Bagi Jalan Untuk Teruskan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan wabak COVID-19.Menerusi laporan Berita Harian, Muhyiddin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang akaun 1 KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.

“Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun 1 KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.“Memang ramai yang teks saya berkata ‘tolonglah Tan Sri, kami susah.’ Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu, kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.

“Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir semalam.

Meski demikian, kerajaan memahami perit jerih dihadapi rakyat yang berhadapan impak ekonomi akibat wabak COVID-19.Sehubungan itu, beliau berharap dan mendoakan pandemik COVID-19 akan pulih seberapa segera bagi membolehkan ekonomi negara terus berkembang.“Saya berharap dalam situasi sukar ini, kita boleh bertahan bersama-sama. Saya tidak boleh menasihatkan rakyat untuk mengikat perut.

“Saya takut nak cakap sebenarnya, takut tersalah cakap. Saya tahu ramai di luar sana yang mengalami kesusahan.“Ada yang kata saya Perdana Menteri, tentulah dia boleh hidup tetapi yang di bawah ini susah.“Namun saya amat faham apa dialami rakyat dan kerajaan akan berusaha yang terbaik bagi membantu rakyat yang terjejas.

“Tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri amat besar dan berat, namun saya bersyukur dengan doa rakyat, saya mampu terus bekerja.“Yang penting rakyat dan kerajaan berganding bahu bagi mengekang wabak COVID-19,” katanya.

“Sukar tak bermaksud mustahil”, kata Najib

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memilih melaksanakan pengeluaran caruman dari Akaun 1 secara one-off atau ansuran dalam tempoh tiga hingga enam bulan.Dalam masa yang sama kata beliau, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh membeli bon dari pasaran tempatan sekiranya perlu untuk membantu KWSP sekiranya diperlukan, cadang Datuk Seri Najib Razak.

“Langkah BNM ini tidak berbahaya sebab Malaysia dan dunia kini dalam zaman inflasi negatif akibat ekonomi yang tertekan. KWSP juga boleh memilih untuk membayar pengeluaran one-off ini secara bulanan dalam tempoh tiga bulan atau enam bulan,” kata mantan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu Najib menganggarkan sejumlah RM45.7 bilion diperlukan sekiranya semua pemohon skim i-Lestari mahu mengeluarkan RM10,000 daripada akaun masing-masing.“Itu pun jika semua mahu atau layak untuk mengeluarkan sebanyak RM10,000. Ada yang mungkin mahu jumlah lebih kecil untuk keperluan terdesak,” tambahnya.

Secara tidak langsung jelas Najib, dengan membenarkan Akaun 1 KWSP dikeluarkan, ekonomi tempatan dapat dirancakkan semula kerana rakyat mempunyai kuasa beli yang lebih.Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pekan itu menyifatkan pelaksanaan pengeluaran wang KWSP dari Akaun 1 tidak mustahil untuk dilaksanakan.

“Dan bila duit ini sampai ke rakyat terdesak dan dibelanjakan, ekonomi tempatan juga dirancakkan. (Jangan guna duit ini untuk beli iPhone 12 pulak).“Ini zaman norma baharu. Sebab itu, norma baharu dan kaedah baharu juga diperlukan dalam pendekatan kerajaan untuk membantu rakyat serta merancakkan ekonomi.

“Sukar untuk membenarkan tak bermaksud mustahil untuk dilakukan. Nak, seribu daya… Pada masa depan setelah ekonomi pulih apabila krisis Covid-19 berlalu, barulah kerajaan dan pencarum cari jalan untuk pulihkan simpanan usia tua kita di KWSP,” katanya lagi.Terdahulu semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sukar bagi kerajaan untuk membenarkan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP bagi digunakan rakyat yang berdepan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias pula berkata akses kepada simpanan akaun satu bukanlah satu-satunya cara untuk mendapatkan wang tunai.Sebaliknya kata beliau, kerajaan telah menyediakan banyak bantuan kewangan langsung melalui PRIHATIN, PRIHATIN SME +, PENJANA, dan KITA PRIHATIN berjumlah RM55 bilion untuk B40 dan M40.- MalaysiaGazette

Pengeluaran Akaun 1: Akan ada isu masa depan pencarum, KWSP

KUALA LUMPUR: Kebimbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai cadangan pengeluaran wang daripada Akaun 1 bukan hanya kerana kemerosotan dana organisasi pengurusan tabung persaraan itu, tetapi juga atas pertimbangan kepada masa depan pencarum.Ini kerana, mandat dan sasaran utama KWSP adalah menyediakan dana persaraan yang mencukupi buat setiap pencarum selepas persaraan.

Pakar kewangan, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, berkata kebimbangan KWSP adalah mengenai literasi pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat.Ini kerana, katanya, hasil kajian mendapati hanya 35 peratus rakyat Malaysia termasuk pencarum KWSP mempunyai literasi pengurusan kewangan yang baik iaitu kadar masih rendah.

“Di Singapura kadar literasi pengurusan kewangan ini tinggi hingga 75 peratus yang mana tidak timbul kebimbangan mengenai pengurusan kewangan rakyat.“Dalam hal ini, saya berpandangan kebimbangan bukan kepada dana yang ada dalam KWSP itu saja yang kini bernilai RM900 bilion.

“Tetapi mungkin perlu diambil kira adalah kecukupan wang persaraan pencarum kelak, kecukupan wang caruman dalam bentuk tunai juga perlu pertimbangan kerana ada yang digunakan dalam pelaburan ekuiti, dalam aset dan hartanah.“Pelaburan sebegini memerlukan masa untuk dicairkan. Begitu juga sistem serta polisi sedia ada, sama ada ia boleh dipinda dengan cepat dan pantas tanpa mengakibatkan masalah lain,” katanya.Dr Zaharuddin Abdul Rahman.Beliau mengulas cadangan pelbagai pihak supaya kerajaan membenarkan rakyat yang kini terkesan akibat penularan COVID-19, mengeluarkan antara RM5,000 hingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP mereka.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran itu walaupun menyedari cadangan itu dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan wabak berkenaan.Zaharuddin yang juga Profesor Adjung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Selangor (UNISEL) berkata, beliau setuju pada masa ini ada keperluan mendesak dalam kalangan pencarum yang perlukan wang untuk berhadapan kehidupan yang mencabar pada masa pandemik.

Namun katanya, jika hendak dibenarkan, lebih baik diberi secara bersasar kerana tidak semua yang sangat memerlukan wang berkenaan bagi meneruskan kehidupan kerana ada yang masih boleh bertahan.“Dibimbangi ada yang melaburkan wang terbabit ke dalam skim cepat kaya atau lain-lain yang tidak benar-benar mendesak. Turut dibimbangi jika kebenaran pengeluaran secara terbuka diberikan walaupun pada kadar rendah mungkin antara satu hingga 10 peratus sekali pun, ada kebarangkalian ada pihak menyalahgunakannya.

“Jika dibenarkan (secara terbuka) perlu ada pengendalian dan syarat yang sesuai dan tidak dibuka kepada semua. Jika dibuka kepada semua tanpa dihadkan jumlah pengeluaran dibimbangi berlaku pengeluaran besar-besar yang akan mengganggu dana KWSP.“Pada saya lebih baik tumpu pada skim pengeluaran sedia ada daripada kita mengambil daripada Akaun 1. Skim sedia ada diperluaskan saja dan pengeluaran dihalakan terus kepada jenis-jenis tambahan penerima yang diiktiraf seperti bayaran hospital, makanan asasi dan pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Prof Madya Dr Yusof Saari, berkata jika pengeluaran Akaun 1 dibenarkan akan memberi sedikit kelegaan kepada pekerja terutamanya bagi mereka yang masih belum mendapat pekerjaan atau pekerja dibayar gaji harian dan upah yang lebih rendah.

Namun, katanya ada risiko kepada pekerja dan negara termasuk menjejaskan simpanan pekerja untuk umur persaraan dan negara akan kehilangan dana pelaburan ekonomi.“Dana pelaburan domestik akan terjejas yang seterusnya akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang.“Selain itu, dana KWSP juga digunakan oleh pihak kerajaan sebagai salah satu sumber pinjaman dalam negara,” katanya.sumber: mkini

KWSP Bakal Kekurangan Dana Jika Pengeluaran Akaun 1 Dibenarkan. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca Kerjaan Sukar Benarkan Pengeluaran Duit Dalam Akaun 1.

Rakyat Malaysia kini semakin terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan wabak Covid-19. Ekoran itu, timbul beberapa idea yang mencadangkan agar kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kegunaan berdepan pandemik ini.

Malah, idea ini juga diutarakan oleh mantan Perdana Menteri sendiri, Dato’ Seri Najib di laman Twitter peribadinya. Terang Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan, Perkeso, Prof Madya Dr Yusof Saari, tindakan membenarkan pengeluaran wang daripada Akaun 1 akan menyebabkan KWSP kekurangan dana yang sangat besar, sekaligus boleh menjejaskan ekonomi negara.

Sambung beliau lagi, pelaksanaan cadangan ini haruslah dilakukan secara berhati-hati, kerana ia boleh merisiko keadaan ekonomi pada masa hadapan. Idea ini boleh dipertimbangkan sekiranya dilakukan secara bersasar dan pengeluaran dilakukan secara bulanan.

Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) menjelaskan sukar untuk kerajaan membenarkan pelaksanaan idea ini meskipun menyedari beban yang sedang ditanggung oleh rakyat. Tegas Perdana Menteri, jika kerajaan benarkan perkara ini dilaksanakan, rakyat Malaysia bakal menghadapi masalah yang lebih besar pada masa hadapan.

“Memang ramai yang teks saya berkata ‘tolonglah Tan Sri, kami susah.’ Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu, kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat” “Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan”

Sumber: Awani

Kecoh Dengan Isu Penegluaran Duit Kwsp Akaun 1. Mengejutkan Sekali Tiba Tiba Ketua Kwsp Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Ada Cara Lain Selain Guna Akaun 1 Kwsp.

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk membenarkan pengeluaran daripada Akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibimbangi menimbulkan masalahh kewangan kepada pencarum pada masa depan.Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias, berkata caruman di KWSP adalah insurans masa hadapan pencarum dan jika pengeluaran simpanan dari akaun itu dibenarkan ia bakal membhayakan mereka untuk mendapat perlindungan itu.

Katanya, pengeluaran simpanan dalam Akaun 1 tidak seharusnya menjadi satu-satunya cara untuk pencarum mendapatkan tunai ketika melalui kesukaran mereka. “Ketika ini, kerajaan menyediakan bantuan kewangan menerusi Bantuan Prihatin Nasional (BPN), BPN SME+, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kita Prihatin yang menelann belanja sehingga 55 bilion untuk kumpulan B40 dan M40 serta kumpulan sasar lain.

“Malah pencarum turut dibenarkan untuk mengeluarkan wang akaun KWSP menerusi i-Lestari, dengan lebih 11 bilion sudah dikeluarkan oleh seramai 4.7 juta pencarum, sejak April, tahun ini. “Justeru, saya menyarankan pencarum membuat temu janji dengan pegawal Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) untuk mendapatkan pelan kewangan mereka ketika berdepan masa sukar ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dilaporkan berkata, kerajaan svkar membenarkan pengeluaran wang Akaun 1 carvman KWSP bagi digunakan rakyat yang berdepan wbak C0VID 19. Kata Muhyiddin, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang Akaun 1 KWSP dibuat berikutan rakyat terbban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.Datuk Seri Najib Razak dilaporkan mencadangkan kerajaan membenarkan pengeluaran caruvman KWSP dari Akaun 1 secara ‘one-off’ sehingga 10,000 untuk kegunaan rakyat yang terjejas akibat C0VID-19.

Respon Orang Ramai

Peniaga kecil mcm aku ni amat perlukan duit utk 3 bulan mendatang ni.. Kwsp tu simpanan hari tua.. Betul.. Tp dgn keadaan skrg ni 10k ni lah yg membantu utk terus hidup melihat hari tua.. Duit sendri je pun.. Sok ekonomi dah baik boleh menabung smula.. Ape lah.. Dah la bantuan dpat kecik anak.

Duit sendiri pon tak boleh bawak keluar walaupun keadaan terdsak.. Yg hllang keja.. Anak nak sekolah.. Byk lg org nak guna.. Takan dah tua baru cbuk nak bawak keluar.Jangan duk fikir msalah sekarang..je masa depan harus difikirkan juga .semua nak ambil so hr tua macamana….mungkinkah ada cara terbaik untuk menghadapi msalah c0vid 19..adakah mungkin ac no 1 serupa akan dapat hak pengeluaran ac no 2..setiap bulan selama setahun..guane gamok.

Buat apa cerita masa depan, kalau esok pun belum tentu lagi untuk mereka yg terkesan. Kalau ada epf boleh la bernafas sikit. Saya vlanggg….ni perlu untuk mereka yg pendapatan terksan je.Buatla syarat2 yg relevant untuk org yg btl2 terksan…agar dpt membantv golongan sasaran…knp mntah2 men0lak saranan ini sedangkan kwsp adalah duit Dan hak pencarvm….rakyat sedang dlm kesvsahan.Sumber : BHOnline/TV3/OM

Lepas Je PM Bagi Tahu Kesan Pengeluaran Akaun 1 KWSP. Tiba Tiba Najib Pula Bersuara Bagi Respon Sebab Tak Puas Hati. Tergamam Sampai Macam Ni Sekali Respon Najib.

PAGOH: Sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan wabak COVID-19, kata Perdana Menteri. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang akaun 1 KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.

“Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun 1 KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu. “Memang ramai yang teks saya berkata ‘tolonglah Tan Sri, kami susah.’ Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu, kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan pada Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di SMK Bukit Pasir, hari ini. – Foto BERNAMA “Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir di sini, hari ini. Najib sekali lagi tampil bertegas mahu kerajaan pertimbangkan cadangan beliau

Najib Mahu PM Pertimbang Semula

“Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan,” kata PM8. Mungkin boleh pertimbangkan untuk pencarum keluarkan duit sekarang pada masa paling terdesak dan membenarkan serta menggalakkan pencarum top-up semula pada masa depan apabila keadaan pulih?

Bukan keluarkan semua tapi hadkan kepada pengeluaran “one-off” sehingga RM10k. Kerajaan juga boleh memastikan KWSP diberikan peluang dengan pelbagai projek untuk untung besar pada masa hadapan untuk memberi pulangan lebih besar kepada pencarum demi memulihkan baki akaun KWSP seperti apa yang kerajaan BN buat dahulu dengan projek Kwasa Damansara, pemilikan kepentingan 49% dalam PLUS dan projek Battersea UK.

Jangan hanya beri segala projek-projek seperti ini kepada pihak swasta sahaja sebab kita perlu ingat dan sedar bahawa Rakyat adalah kroni sebenar kita. Mohon PM8 pertimbang semula. Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

kredit: bharia’, Fb Najib Razak

Pakar Ditanya Satu Soalan Dari Warganet Tentang Isu Keluarkan Duit KWSP Akaun 1. Mengejutkan Ini Jawapan Beliau Sampai Jadi Perhatian Warganet.

Menerusi program Bicara BH bertajuk Belanjawan 2021 – Apa Perlu Ada yang disiar secara langsung melalui Facebook dan Youtube Berita Harian Online, hari ini moderator bertanyakan satu soalan dari warganet mengenai cdangan kelonggaran jumlah tertentu daripada caruman KWSP akaun 1 dan dijawab oleh salah seorang panel dari program tersebut.

Program itu juga turut menampilkan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor dan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, sebagai panel dan dikendalikan oleh Penerbit Eksekutif dan Penyampai Berita Edisi7, Fazilah Hani Harun sebagai moderator.

Antara Jawapan Yang Diberi

“Duit dalam segala bentuk pun, kita berikan kepada insan yang dipanggil manusia ni, tak cukup” “Saya selalu berjuang untuk mengadakan tabung sosial sekvriti ni, konvensyen 102, dari muda sampai ke tua memang kita berdebatt di akhir hujungnya kita tahu keperluan itu ada”

“Kalau kita lihat objektifnya adalah simpanan hari tua, jadi secara tidak langsung kita mestilah mempunyai satu amaun yang cukup kerana orang malaysia yang laki laki hidup dia 75 tahun, yang wanita 78 tahun tak tahu siapa pergi dahulu la itu anggaran” “Masa tabung 2 dibenarkan, saya kata apakah objektifnya. Kita sepatutnya mengajar pencarvm untuk menyimpan duit agar mereka senang nanti hari tua”

Komen Dari Orang Ramai

Rakyat minta diberi kel0nggaran keluar Wang dalam jumlah tertentu daripada caruman akaun 1 KWSP. Sukarkah untuk dilaksanakan oleh pihak Kerajaan?. Kalau kamu2 menteri2 boleh je ckp sbb kamu2 cukup makan pakai.. Duit poket semua. Yg rakyat ni.. Hye nak HAK KAMI jer.. Luluskan saje pengeluaran one off AKAUN 1 KWSP. Dah jelas c0vid 19 sgt terkesan pd semua rakyat.

Cakap senang la pakcik sbb pakcik xpernah susah dan pakcik xada kasut rakyat miskln ni…… bank xlayan ni selagi peminjam tidak +ve c0vid. One off saja bukan berterusan ini waktu gwat ekonomi.kau cerita hari tua boleh sampai ke.

Sembg la dato..suruh Blajar kemahiran.tp kija d m0nopoli org asing..ptut dato bncang dan had kn pgmbilan pkerja mhir org asing weh…..duit kwsp cm ne dato.bile leh wat kuar ni..ha3. Tlg lh bg kluar duit acc 1 kami…duit tu mmg kami yg punya cuma tggu umur 50 bru bole kluar…skrg kami amat mmerlukn duit acc 1 tu xyah tggu umur 50..hrap krajaan dgr rlntihan rakyat ni.

Sumber : BHOnline/OM

Dato Seri Najib Cadangkan Pengeluaran 10k Simpanan KWSP Dalam Akaun 1. Mengejutkan Sekali Ini Respon Rakyat Bila Dato Seri Najib Cadangkan Macam Tu.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Kerajaan perlu pertimbangkan cadangan ramai pihak agar pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan membuat pengeluaran sehingga RM10,000 secara ‘one-off’ dari akaun 1 masing-masing.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kebenaran itu bertujuan untuk membantu rakyat yang terjejjas bagi kegunaan mndesak. Najib turut mencadangkan agar permohonan tersebut boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran ‘one-off’ itu dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi puIih tidak termasuk caruman bulanan biasa.

“Saya nak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbnding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua selepas bersara. “Sebab itu, jangan membuat pengeluaran KWSP jika tiada kegunaan mendessak,” katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan membenarkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan mereka dengan jumlah maksimum RM6,000 dari akaun 2 KWSP menerusi skim i-Lestari. Dalam pada itu, bekas Menteri Kewangan itu turut menjelaskan, syarat aku janji yang dicadangkan itu bukan bertujuan mendessak pencarum membuat bayaran balik.

“Niat saya adalah untuk menggalakkan pencarum melebihkan simpanan usia tua sebab dividen KWSP adalah lebih tinggi. “Jika tak dapat bayar balik dalam masa dua tahun, tiada penalti dan KWSP tak boleh buat apa-apa. “Cuma untuk memperingatkan pencarum bahawa simpanan dalam KWSP adalah penting dan akhirnya akan menguntungkan pencarum,” ujarnya.

Berikut antara reaksi daripada orang ramai yang brsetuju dengan cadangan tersebu

Sumber : K! ONLINE