Gigih kayuh basikal sampai 3km sebab nak hantar makanan Rm80. Bila dah sampai terkedu rupanya ini yang terjadi.

Viral

Saban hari, pasti ada pelbagai cerita mengenai kes pnpuan atau lebih mudah orang kita panggil sebagai ‘scm’. Ada yang ditipu melalui panggilan kononnya daripada pegawai ‘bank’, ada daripada mahkamah dan banyak lagi. Tidak kurang juga, kes ‘scm’ ini hampir sama dengan ‘prnk order’ yang selalu dihadapi penghantar makanan (rider). Begitulah yang dialami oleh seorang rider Foodpanda ini apabila dia menerima ‘prnk order’ daripada pelanggan.

Lebih menyedihkan, rider ini bukanlah manusia ‘normal’ macam kita tapi insan ‘istimewa’. Sudahlah penat mengayuh basikal di bawah panas terik, sekali dapat tahu dia ditipu rupanya. Mari ikuti kisah benar yang dikongsikan di laman Facebook Stesen Minyak SHELL Jalan Sulaman di bawah ini.

Kisah rider Foodpanda kena sam

Kesian adik rider Foodpanda tadi mengayuh basikal lebih kurang 3 km untuk menghantar makanan bernilai RM80 yang dipesan kononnya pelanggan tu menunggu di Shell Sulaman rupanya kena scm. Adik ni istimewa sikit, tidak boleh bertutur seperti orang biasa. Nasib baik ada kawan dia bantu. Dia mencari-cari nama pelanggan Mira. Tapi kami bagitau mana ada Mira sini.

Kami tanya pula sudah call pelanggan tu? Kawan adik tu cakap sudah dan bila ditanya melalui WhatsApp, pelanggan tu cakap dia bingung dan tidak tahu siapa guna HP dia, cuma rider tu hairan dan marahlah kenapa dia called tadi pelanggan tu tidak cakap awal-awal yang dia tersalah order malah disuruh hantar ke Shell?

Setelah tahu pelanggan scmmer tu lepas tangan saja, kami bantulah membeli makanan tu cuma kami berharaplah pada scammer tu supaya tidak mengulangi lagi perbuatan sedemikian. Imagine kalau tidak ada yang mahu bayarkan, adik ni terpaksa tanggung melainkan Foodpanda boleh bagi ganti rugi.

Time-time lockdown ni ramai yang tengah susah dan berhempas-pulas untuk mencari rezeki. Adik ni motosikal pun tidak ada hanya menghantar makanan memakai basikal saja. Jadi janganlah membebankan lagi orang yang tengah susah. Kami mendoakan agar adik rider dan kawannya supaya tidak patah semangat dan teruskan berjuang demi keluarga dan orang yang tersayang!

Sumber: FB Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.