Kali ni giliran Mk K Clique pula tampil bersuara lepas tengok video pakcik tu.

Artis

Semalam, tular video seorang founder dikatakan telah memperlekehkan seorang warga emas semasa membuat lawatan ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. Selain warganet, ramai artis turut buka mulut memberikan pendapat mereka mengenai isu ini dan salah seorangnya termasuk penyanyi rap MK K-Clique yang telah meluahkan amarahnya terhadap founder tersebut.

“Saya bagi pakcik ni 50k”. Menerusi tangkap layar dari Instagram story yang tular di Twitter,  MK atau nama sebenarnya Hairi telah meminta orang ramai memberikan maklumat tentang pakcik malang di dalam video viral tersebut untuk diberikan RM50,000. Uish biar betul? Sebab dia berani kau upah dia 50? S**l apa kau. Saya bukan orang kaya. Keluarga saya bukan orang kaya. Siapa ada info pakcik ni, saya bagi pakcik ni 50k.”

Menjengah ke Instagram peribadi MK, dia menjelaskan yang biasanya dia tak masuk campur isu semasa seperti ini. Namun kerana dia juga datang dari keluarga yang susah, dia telah melihat pakcik tersebut seperti bapanya sendiri. Namun menurutnya, selepas mendapat nasihat dan teguran dari orang ramai, MK mengambil keputusan untuk memberi bantuan dengan cara yang betul dan agihkan bantuan sama rata mengikut kemampuannya.

Apa-apa pun, niat MK untuk bantu pakcik ni memang bagus, moga makin ramai orang yang turut sama bantu golongan gelandangan di Malaysia ni lebih-lebih lagi masa pandemik ni.