Ibu nekad gunting rambut anak gondol tengah hanya kerana tak mahu bagi dia keluar merayau waktu pandemik covid 19.

Viral

Ibu bapa menjadi kreatif untuk mencipta aktiviti buat anak-anak kerana tidak mahu mengambil risiko dengan membawa mereka keluar dari rumah. Bagi parents yang ada anak remaja mungkin lebih mencabar kerana mereka sudah pandai keluar rumah sendiri dan ada sesetengah yang tidak ambil serius tentang betapa bahayanya virus Covid-19 ini.

Namun bagi seorang ibu di Taiwan ini, dia telah menjumpa solution terbaik agar anaknya tidak keluar rumah ketika waktu pandemik. Demi mahu membuatkan anak lelakinya berusia 15 tahun itu kekal duduk di rumah, wanita itu telah membawanya ke kedai gunting rambut. Eh kenapa pulak? Menurut laporan, wanita itu membawa anaknya ke salon dan terus beritahu tukang gunting rambut ‘tolong gunting rambut dia sehingga buat dia tak berani keluar rumah’.

Pada asalnya, ketika itu mereka bersepakat untuk buat ukiran ‘Covid-19’ di kepala anak lelakinya namun kemudian bertukar fikiran kerana takut dia masih mahu keluar rumah berjumpa kawan semata-mata untuk ‘show off’ gaya rambut terbarunya.

Jadi, akhirnya mereka membuat keputusan untuk potong rambut anak lelakinya itu mengikut gaya pakcik tua dengan ‘rambut gondol tengah’. Tukang gunting rambut itu terus cukur rambut remaja lelaki berkenaan di bahagian atas sahaja dan hanya tinggal rambut di bahagian bawah.

Selepas proses gunting rambutnya selesai dan gambar diambil, remaja lelaki itu terus menangis dan menjerit, Saya dah taknak keluar rumah lagi.” Korang tengoklah ni: Memang patut pun ibunya rasa risau anak keluar waktu pandemik Covid-19 sekarang ni yang boleh berjangkit di mana-mana saja. Ingat, rambut tu boleh tumbuh semula tapi nyawa yang melayang disebabkan Covid-19 tidak boleh dikembalikan. Stay safe dan stay at home semua!