Ramai yang tertanya tanya tentang Hafiz Suip gara gara nampak kurus sangat. Hafiz Suip tampil dengan buat permohonan maaf dan dedahkan sesuatu yang mengejutkan.

Hiburan

Perkongsian terbaharu menerusi hantaran foto hitam putih penyanyi Hafiz Suip mencetuskan kerisauan ramai. Malah, ada yang tertanya-tanya keadaan pelantun lagu Awan Nano itu yang kelihatan semakin susut berat badannya. “Kenapa kurus sangat ni?” demikian soalan yang ditulis kebanyakan peminat menerusi ruangan komen Instagram Hafiz.

Pada hantaran terbabit, Hafiz tampil memohon maaf dan merayu doa daripada pelayar media sosialnya sambil berpesan tentang azb Allah serta pemergian. “Hafiz Suip betul-betul memohon maaf atas apa yang telah dia lakukan terhadap anda sekiranya ada yang terkecil hati, tersalah cakap dan sebagainya yang ada dendam yang tersimpan selama ini. Maafkan saya.

“Ini bukan cerita sedih atau cerita dongeng..tapi hakikatnya saya takut azb Allah SWT di mana satu hari apabila saya pergi saya akan dihisab. “Gaiss saya tak da lah mintak lebih cuma doakan yang baik dan saya mintak kalian bermodalkan 5 minit ja..ada masalah 2 rakaat mintak dengan Allah itu ja. “Jangan harapkan makhluk..maksudnya jangan harapkan diri kita sekalipun…sebab yang menggerakkan kita Dia jugak..InshaAllah hati tenang pasti jumpa solusi,” tulisnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak