Ibu Hafreez Adam jadi salah satu kontak rapat pesakit Covid 19. Walaupun ini keputusannya Hafreez tetap kuarantinkan diri.

Artis Kehidupan keluarga

Hafreez dan ibunya menjalani kuarantin secara berasingan. Pelakon Hafreez Adam mendedahkan dia dan keluarganya pernah menjadi kontak rapat pesakit Covid-19 sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri. Menurut Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan, dia bersama tiga orang adik terpaksa menjalani kuarantin secara berasingan dengan ibu mereka yang ketika itu berada di rumah kakak sulungnya. Hafreez bagaimanapun bersyukur apabila keputusan ujian saringan kesemua mereka negatif.

Hafreez bersama tiga orang adiknya jalani kuarantin di rumah.

“10 hari sebelum nak raya, saya satu keluarga jalani kuarantin selepas mengetahui ibu adalah kontak rapat pesakit Covid-19. Saya memang tinggal bersama tiga orang adik dan ibu. Cuma waktu itu, kebetulan ibu pergi rumah kakak dan dia terus kuarantin di sana. Saya pula sebaik saja selesai penggambaran, terus balik rumah dan kuarantin bersama tiga adik saya. Pada awalnya keputusan swab test RTK adik saya seorang positif dan secara automatik, saya jadi kontak rapat dia. Tapi selepas kami semua buat saringan PCR, Alhamdulillah keputusan kami semua negatif,” katanya.

Pelakon drama siri Derita Untuk Bahagia itu berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi Instagram live (IG Live) bersama mStar pada Selasa. Dalam pada itu, Hafreez memberitahu biarpun menerima keputusan negatif, mereka tetap meneruskan kuarantin kerana tidak mahu bersikap pentingkan diri.

Tapi selepas kami semua buat saringan PCR, Alhamdulillah keputusan kami semua negatif.

“Bila dapat tahu menjadi kontak rapat, paling saya risau keadaan ibu yang sudah berusia. Tapi Alhamdulillah… semua keputusan negatif. Walaupun negatif, kami semua tetap teruskan kuarantin. Tak nak la ada sikap ‘selfish’… kena lebih berjaga-jaga. Sebab kita tak tahu, kalau tiba-tiba simptom lambat keluar ke. Mungkin antibodi saya kuat dan takut tak ada simptom apa-apa,” ujarnya. Sementara itu, pelakon drama siri Gantung ini turut berkongsi pengalaman mengambil suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca pada 19 Mei lalu di World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Hafreez tidak alami sebarang simptom selepas terima suntikan dos pertama vaksin.

“Saya sudah terima suntikan dos pertama vaksin pada dua minggu lalu di PWTC dan Alhamdulillah, saya tidak mengalami sebarang simptom seperti demam atau sakit kepala. Cuma bahagian lengan sedikit bengkak tapi tidak la terlalu sakit atau sukar untuk bergerak. Sebelum ini, ada juga warganet pertikaikan kenapa saya boleh dapat cepat vaksin. Sedangkan saya sama seperti orang lain yang mendaftar dan temu janji suntikan itu diperolehi menerusi aplikasi MySejahtera,” katanya.