Hampir 3 tahun tunggu tunang dia. Terkedu masa hariijadi gadis ini nak bagi surprise tapi bila buka je pintu rumah terkejut ini yang dia nampak. Terduduk dia bila dapat tahu sampai macam ni sekali tunang buat pada dia.

Kehidupan

Hampir tiga tahun tunggu tunang. Terkedu masa harijadi dia gadis ini konon nak bagi surprise tapi bila buka je pintu rumah terkejut ini yang dia nampak. Terduduk dia bila dapat tahu sampai macam ni sekali tunang buat pada dia.

Assalamualaikum… Namaku Alin dan aku berusia 35 tahun. Kisah ni berlaku beberapa tahun lepas. Masa tu aku dah bertunang. Tunang aku Nik Faris bekerja di Kuala Lumpur sebagai seorang guru manakala aku pula di Kelantan. Aku juga seorang guru seperti dia. Masa tu kami dah bertunang hampir 3 tahun.

Bila aku ajukan saja soal kahwin padanya, ada saja alasan yang aku terima. Alasan paling kerap aku terima, nak tunggu adik ke 3 dia habis sambung degree. Sebab nak tolong parents dia biaya adik belajar. Aku bukannya tak berhati perut atau tak baik tak nak dia bantu family,

tapi bagi aku alasan tu agak tidak logik memandangkan ayahnya seorang pesara kerajaan berjawatan agak tinggi sebelum pencen. Adik dia pun ada dapat tajaan biasiswa. Adik beradiknya cuma 4 orang. Tapi aku tak nak persoalkan, sebab aku bimbang aku dicop nak kontrol hidup dia even belum ada apa-apa ikatan yang sah. So aku ikutkan walaupun aku malu dengan family aku.

Memandangkan kami bekerja di negeri yang berbeza. Kami jarang berjumpa. Kalau jumpa pun biasanya masa cuti sekolah dan dia balik jumpa family di Kelanntan. Itu pun aku agak pelik, dia balik selalunya paling lama dua hari.

Cepat-cepat nak balik ke KL semula. Cuti akhir tahun pun dia cuma balik tiga hari. Pelik kan? Tahun ketiga usia pertunangan kami, aku mula perasan yang dia dah mula cuba jauhkan diri dari aku. Aku whatsapp paling banyak dibalas dua patah. Itupun selepas 3 jam. Kadang-kadang langsung tak dibalasnya.

Apetah lagi call. Kalau dulu hari-hari dia call aku. Aku sebenarnya sedih kadang-kadang sampai tak lalu makan. Macam dah digntung tak bertali. Naluri aku dapat rasa yang aku bakal ditinggalkan. Tapi aku tak nak berfikiran negatif memandangkan kata-kata juga satu doa.

Bila aku tanya dia dah tak sayang aku lagi ke? Dia marah cakap aku tak padan dengan usia 30an tapi nak clingy macam budak-budak. One day tu aku otw balik dari rumah kawan aku, aku terfikir nak singgah rumah family dia.

Saja nak jumpa bakal in laws. Yang ada masa tu parents dia jela. Bila sampai sana, aku turun nak salam ibu dia, tapi ibu dia macam nak tak nak je layan aku. Tapi aku tak nak salah anggap. Mungkin perasaan aku je. Tapi agak obvious dia langsung tak pelawa aku masuk rumah. Aku pun tak lama-lama aku minta izin nak balik.

Sedih Tuhan je tau. Sudah la anaknya buat aku macam terhegeh-hegeh. Ibunya pun sama macam tak suka kat aku. Padahal dulu dia ok je dengan aku. Aku hari-hari nangis doa dengan Tuhan mintak ditunjukkan kat mana silap hubungan aku ni.

Aku nak petunjuk kalau aku yang salah sampai aku tidak disukai . Dilayan macam bertunang paksa. Padahal atas dasar cinta. So nak dijadikan cerita, that day was his birthday. Aku ni walau dilayan macam kain buruk sekali pun, aku tetap ingat hari jadi dia.

Walau dia dah tak mesej aku dah berminggu, aku tetap nak buat dia happy. So kebetulan kawan aku di KL ada buat servis suprise untuk birthday or hari-hari special untuk yang tersayang. Tanpa pengetahuan Nik, aku mintak kawan aku buat surprise delivery cake and chocolate kat rumah dia. Tak sabar aku nak tengok muka terharu dia. Kesian jadi aku, naif betul.

Aku pun tertunggu-tunggu mesej kawan aku, nak tengok macam mana reaksi Nik bila terima surprise dari aku. Tapi rupanya aku yang terkejot. Tiba-tiba kawan aku call aku, “Lin, aku tak sanggup nak bagitau ni kat kau, tapi aku tak sampai hati. Kau sabar tau Alin…” Masa tu aku blur lagi.. kawan aku sambung lagi.

“Alin, aku tak jadi bagi kek dengan coklat tu kat Nik, masa aku pergi rumah dia tadi. Nik keluar, tapi bila aku bagi kek dengan coklat tu dia tak nak ambik and suruh aku cepat-cepat balik. Alin, dalam rumah dia ada perempuan Lin, aku rasa dia dah kahwin…” Masa tu aku rasa nak pitam.

Aku call dia banyak kali, berkali-kali dia tak angkat. Dan last sekali dia off phone. Aku call mak dia, aku tanya betul ke apa aku dengar. Siapa perempuan tinggal dengan Nik tu? Korang tau apa jawapan aku dapat, “Macam ni jela.. malas dah nak buat panjang cerita, mak cik bagitahu jela kat awak, Nik dah kahwin tiga bulan lepas dengan orang KL.

Dia dah suka, kami tak boleh nak buat apa la… dia sebenarnya dah lama nak cakap dia dah hilang perasaan kat awak, tapi kesian kat awak. Tapi memandangkan awak dah tau, elok la terus terang…” Aku terus terjelepuk atas lantai meraung macam orang tak betul . Family aku semua tenangkan aku.

Aku menangis macam orang tak betul. Tersedu sedan aku cerita apa berlaku. Abang aku dan naik cecair merah nak pergi mengejut family Nik, tapi ayah aku tak kasi. Esoknya family aku sendiri ke rumah Nik untuk tak teruskan pertunangan kami. Tak cukup dengan tu, malam lepas pertunangan kami tidak diteruskan secara rasmi, Nik ada mesej aku, “Harap awak faham, hati dan perasaan tak boleh dipaksa, dan saya rasa ini jalan terbaik yang Allah tetapkan untuk kita.”

Weh aku yang baru lepas berhenti menangis, terus meraung lagi. Tak sangka aku berpuluh-puluh mesej aku hantar itu balasan yang aku dapat. Seumpama selama ini kami bertunang bukan atas dasar cinta. Betapa hati manusia cepat berubah.

Lupa pada janji. Lepas pvtus tunang, yang banyak tenangkan aku selain family aku adalah kawan aku. Kitaorang tinggal di daerah yang sama tapi berlainan kampung. Aku selalu ke rumah dia sebab aku tak nak berseorangan, aku tak nak teringat kat Nik. Teruk jugak aku pat4h hati. Kat rumah tu selain kawan aku Lisa.

Parents dia pun selalu bagi kata-kata semangat kat aku. Diaorang pun tau kisah aku yang pvtus tunang. Dah jadi macam parents aku sendiri pulak. Dari aku panggil Mak Nah, dah panggil Mama, dari Pak Latiff dah tukar jadi Abah. One day tu, lepas balik sekolah, aku ke rumah Lisa sebab aku dengar dia MC sebab demam.

Sampai kat sana, aku bagi salam, tapi yang keluar bukan mama atau abah. Tapi seorang lelaki muda lebih kurang sebaya aku. Yes, dia abang si Lisa. Abang Ariff. Yang aku tau dia doktor di Terengganu. Itu baru kali kedua aku bertemu abang Ariff. Dia jemput aku masuk. Lisa ada je tercongok depan tv. Katanya demam dah elok.

Mama pulak ajak aku makan kat rumah dulu sebelum balik. Masa makan, baru aku tau Abang Ariff rupanya seorang yang kelakar. Banyak cakap pulak tu. Terhibur juga hati aku. Seminggu lepas pertemuan aku dengan Abang Ariff kat rumah Lisa, malam tu tiba-tiba aku terima satu mesej dari nombor yang tak dikenali

“Assalamualaikum… cikgu tidur dah ke tu?”Aku pun balas “Waalaikumussalam… belum, siapa ni ya?” Tapi sampai ke sudah takde reply. Tertidur ke apa. Entah siapa la yang mesej. So aku buat tak tau jela. Bukan penting pun. Aku pun teruskan buat kerja aku, marking kertas exam.

Selang setengah jam kemudian, aku terima mesej dari Lisa “Alin, esoķ mama dengan abah cakap nak pergi rumah kau… boleh ke? aku pun nak ikut sekali.. mungkin petang sikit..” Mesti la aku suka mama dengan abah nak datang, walaupun rumah dalam daerah yang sama, that was their first time nak datang rumah aku.

Aku cepat-cepat bagitau mak aku. Esoknya, hajat hati aku nak mintak mak aku masak sedap sikit sebab yela tetamu nak datang. Selalu aku je makan sedap-sedap rumah mama dengan abah. Tapi terkejut juga aku balik dari sekolah tengok mak aku bukan main lagi dengan nasi minyak dia.

Eh excited betul. Tu kawan aku ke kawan dia? Dalam pukul 4.00 petang macam tu keluarga Lisa sampai. Eh terkejut lagi aku, Abang Ariff pun ada. Aku jemput family Lisa masuk, parents dia bukan main baik lagi dengan parents aku. Macam kawan la pulak.

So kat ruang tamu masa tengah bersembang, terjadi la peristiwa yang buat jantung aku rasa nak meletup sebab terkejut bila Abah Lisa cakap,“Alin, abah dengan mama datang ni, sebenarnya ada hajat lain jugak. Jangan terkejut, kami tak paksa, kami dah bincang dulu dengan mak ayah Alin sebelum datang.

Macam Alin sedia maklum, abah dengan mama tau apa yang jadi kat Alin sebelum ni. Tau lukanya hati Alin. Abah dengan mama nak minta izin Alin, nak jadikan Alin menantu, sekali lagi abah ulang abah tak paksa. Kami bagi Alin masa untuk fikir, Alin budak baik, InsyaaAllah Ariff tak kan sia-siakan Alin.

Kalau dia buat jugak, abah sendiri yang akan tiba1 dia.” Orang lain semua gelak, paling kuat si Lisa. Aku je yang terkedu sambil pandang Abang Ariff yang tengah senyum. Masa tu aku tak boleh buat keputusan, aku mintak dengan family Lisa untuk bagi aku masa untuk fikir. Sekali lagi malam tu aku terima mesej dari nombor yang sama pernah mesej aku tapi tak berbalas dulu.

“Assalamualaikum… Alin, abang ni… abang harap Alin tak strss tiba-tiba kena lamar, tiba-tiba nak kena terima orang Alin tak cinta, tapi kalau Alin bagi abang peluang, InsyaaAllah abang tak akan sia-siakan sebab abang tak nak kena tiba1 dengan abah… yela menantu pilihan”

Entah kenapa lepas dapat mesej tu hati aku macam sedikit terbuka hati. Aku buat keputusan nak istikharah, sebab aku takut risiko kahwin dengan orang yang aku baru kenal. Aku agak travma, sedangkan yang dah bercinta lama pun aku masih tak boleh nilai hati budinya. Lepas buat istikharah selama dua minggu, akhirnya aku ambik keputusan untuk terima abang Ariff.

Kami tak bertunang, sebab aku tak nak. Kami terus kahwin je lepas beberapa bulan. Alhamdulillah, aku bahagia sangat-sangat dengan suami aku. Yang paling buat aku syukur atas nikmat Allah ialah Tuhan bagi aku hilang lelaki tak setia, tapi dia ganti lelaki yang baik pakej sekali dengan mentua yang baik dan adik ipar yang baik. Yang sayang aku dan terima aku seadanya.

Rupanya si Lisa dengan mama yang punya plan nak jodohkan kami. Ternyata di luh mahfuz sana, jodoh aku bukan dengan Nik Faris… tapi dengan Nik Mohd Ariff. Dan aku sangat-sangat bahagia dengan takdir Allah.

Reaksi warganet. Nurul Huda – Nak komen jugak la..ni 1st time komen..hehe. Tahniah awak dh smpai jodoh terbaik! Sy pon 35 jugk tpi masih single lg..huhu. Doakan sy jmpa jodoh yg baik2 ya. Fati Azizan – Tersengih sorang sorang baca cerita ni. Alhamdullillah happy for you! Sy pun heart br0ken teruk dulu, sampai rasa tak boleh move on sebab kena tinggal camtu je.

At last Allah bagi sy jodoh yg helok berjuta lemon dari ex sy. Dari rupa sampai la agama semuanya terjaga. Perancangan dari Allah itulah yg terbaik untuk kita. Kadang rasa ahh ruginya nangis teruk waktu heart br0ken dulu.

Zi Sakura – Alhamdulillah, Allah beri apa yg terbaik cepat atau lambat. kita la yg bersabar. Cerita lebih kurang mcm kwn sy..pvtus tunang dgn someone yg x setia, tp xlama lps tu nikah ngan doktor yg tetibe je masuk meminang. Bertunang hari yg sama, beberapa jam sebelum akad nikah.

Haha.jodoh dia alhamdulillah. 3 dh anak. tp bukan Nik la pangkal nama husband dia tp wan.. kwn sy tu pensyarah. Muhammad Nazim – Happy ending..alhamdulillah Tumpang gembira. Allah maha mengetahui, sedang Kita tidak mengetahui. Allah tarik 1 nikmat, Dan Allah gantikan yg lebih baik.. sentiasa letak sangka baik kpdNYA.

Bayzura Basron – Alhamdulillah..seronok baca cerita sis..saya pun pernah lalui benda macam sis, saya tahu dia nak kahwin dengan orang lain lagi 4 hari majlis dia..susah nak lupa sakit tu..apa-apa pun doakan saya pun ada ending yang bahagia macam sis.

Amelia Zainuddin – Kalau nik faris tu ttibe x bahagia, dia datang balik cari kau lempor je ngan selipar tat sing tu tau.. Jaga rumah tangga baik2. Rizal Rodzuan – “Lepas kahwin, tiba2 aku dapat mesej dari nik faris. Dia mengadu tak bahagia dengan rumahtangga dia, rupanya gadis KL tu ada kisah silam yg masih jadi kisah masa sekarang. Lalu nik merayu nak kembali kepada ku. Lalu ku balas, lebih baik awak kembali ke sana saja, saya dah bahagia dgn perkahwinan sekarang. “Sambungan yg ku fikir sendiri.

– Alin (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Gadess Ni Terperanjat Bila Lagi Beberapa Hari Nak Nikah Tunang Boleh Ajak Dokkkkkkkkk Serumah. Gadesssssssssss Ni Taknak Dan Menolak. Terkejut Lepas Je Dh Sah Gades Ni Kena Henyak Hari Hari Hingga Satu Hari Dia Period Dan Ini Yg Terjadi.

Assalamualaikum… Tahun ini tahun ke 5 aku berkahwin buat yang kali kedua… Maknanya dah 10 tahun aku bebas… Allah je tahu perasaan aku lepas ex aku jatuhkan talak. Abang aku, mak aku dan ayah aku yang teman aku di mahkamah menangis kesyukuran… Syukur mereka dapat anak mereka semula…

Aku anak perempuan tunggal dalam lima adik beradik… Aku lahir dalam keluarga yang sentiasa menyokong satu sama lain… Tak ada istilah aku perempuan, kerja rumah aku yang buat… Tugas aku dan mak bertumpu pada dapur… Bab2 lain dibahagikan sama rata antara abah dan adik beradik aku…

Disebabkan oleh aku anak perempuan tunggal, aku dimanjakan abang2 aku… Dan tempat mengadu adik-adik aku… Typical middle child syndrome, aku nak apa yang aku nak. Aku keras kepala. Impulsif dan selalu ikut perasaan.

Perangai itu telah membawa aku kepada dia. Ex aku. Ada rupa. Ada gaya. Ada karier. Walaupun keluarga aku pada awalnya menolak dia, disebabkan oleh aku seorang yang go getter, aku mendapat restu ahli keluarga untuk bernikah dengan dia.

Abang aku selalu kata “Apa yang kau nampak pada lelaki chauvanist ni? Dah la adab dengan orang tua kelaut.” Aku hanya jelingkan apa abang aku kata. Apa dia tahu bisik hatiku. Semasa bertunang banyak sangat petanda yang aku tak patut teruskan pernikahan. Dia pernah ajak aku bersedudukan. Katanya kami akan bernikah tak lama lagi.

Aku anggap, oh itu perkara biasa. Lelaki dan nfsu 1 nya. Kasar tutur dan bicara pada aku tak terkira. Alasannya? Tertekan dengan segala urusan bernikah. Sedangkan dari A to Z aku uruskan. Oh ya. Ibu bapanya sudah tiada. Majlis semua keluarga aku uruskan.

Umur 23 tahun, genap setahun setelah aku tamat belajar, aku menjadi seorang isteri. Sewaktu aku masih dalam fasa bulan madu, dia tidak segan menunjukkan perangainya. Suka tengok benda bukan bukan. Aku selalu rasa seperti objek pemuas nfsu. Dalam setiap kali bersama memang sudah tak ada ‘jiwa’. Dan itu hanyalah sekadar menunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri.

Belum lagi keresahan bila aku datang bulan. Dia pernah tertangkap ke rumah urut. Katanya aku datang bulan terlalu lama. Tak akan aku ketepikan hukum untuk dia. TAK AKAN. TITIK. Di rumah aku persis Cinderella. Dari sekecil kecil kerja rumah. Sampai la ke sebesar besar kerja rumah. Ya la, rumah itu dia yang beli dia yang bayar. Jadi adil la aku jadi kuli buat segala bala katanya.

Tahi telinga aku dah keras bersama dengan dia. Semua kata kata kesat dan perkataan mencarut jadi makanan telinga aku hari-hari. Asbab seperti teh o kurang manis pun boleh jadi punca aku dipanggil dengan kata kata yang kesat.

Tangan aku penuh warna biru direntap. Berapa kali tumbukan ke pintu dilepaskan betul betul sebelah wajah aku. Berapa kali kerusi disepak sambil kata dia harap dia dapat sepak aku sebegitu. Harta benda yang dipecah dicampak tak usah dikira banyaknya.

Bila baran memuncak, cakap nak bahayakan nyawa aku pun pernah. Selepas dia buat aku rasa macam aku ini kuman yang tak bermakna, dia akan meminta maaf dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Allah lindungi aku. Dia tak pernah hinggapkan tangan kakinya pada aku.

Aku bagaikan kudis dalam hidup dia. Saat berat aku hanya 50kg dengan tinggi 167cm, hari-hari dia panggil aku gemuk. Hari-hari aku dipanggil buruk. Tapi yang kelakarnya si gemuk dan si buruk ni la kau henyak hari-hari.

Aku juga dilarang bertemu keluarga aku. Bila dimarah keluarga kerana aku mengasingkan diri, aku tak dapat ceritakan hal sebenar. Kerana aku mahu menjaga air muka ex aku. Bermacam alasan aku beri pada mak, abah, along, angah dan adik-adik. Sampai kering idea. Akhirnya adik beradik pulaukan aku. Aku cuma berhubung melalui telefon dengan mak dan abah.

Setahun hidup aku hanya dia dan kerja. Berkawan pun dikawal ketat. Aku cuma berhubung melalui FB atau whatsapp. Aku diasingkan dari dunia luar. Sampai la satu hari aku dapat tahu perihal perempuan satu lagi. Sejak dari tu aku jadi memberontak. Aku bukan diri aku sendiri. Bila aku dimarahi aku hamburkan semula makian. Bila dia menumbuk pintu, menyepak kerusi meja, aku hanya menjeling dan berkata “Kau jangan ingat aku ni patung yang kau boleh buat sesuka hati… Aku ada abang2 dan adik2 yang boleh buat kau makan pakai straw”…

Aku mula jadi isteri nusyuz. Pulang kerumah keluarga aku tanpa izin. Tak ada setitis pun air mata aku gugur masa ni. Aku dah nekad yang aku nak berpisah. Cuma cara masih kabur. Sampai satu hari setelah setahun setengah, saat beban itu tak tertahan lagi. Aku nangis semahunya pada keluarga aku. Cerita kan semuanya. Penderitaan fizikal dan mental yang aku hadapi. Abang2 aku mula meruap. Mujur aku ada mak dan abah. Mereka yang buka jalan untuk aku. Kumpul bukti kata mereka. Supaya aku dilepaskan dengan ‘aman’.

Setiap kali balik kampung, aku akan pasang spy cam di bilik tidur aku. Aku gunakan telefon pintar yg murah dan aku hubungkan dengan powerbank. Aku letakkan apps spy cam. Camera akan dihidupkan bila ada pergerakan. Dalam kes aku, banyak pergerakan. Patutla mula-mula marah. Lama2 siap tanya bila aku nak balik kampung.

Mula-mula aku nak ambil 3 bulan notis untuk berhenti kerja. Tapi lepas nampak apa yang aku nampak, setiap hari macam neraka dekat rumah tu. Aku terpaksa ambil 24jam. Mujur aku ada saving. Dapat la aku bayar balik bekas company aku.

Lepas ex aku pergi kerja, aku pack barang. Abang2 aku ambil dekat rumah. Kami buat report polis tentang apa yang dia pernah bagi. Dan alhamdulillah ada bukti di whatsapp. Jadi aku keluar rumah dengan report polis untuk bukti dimahkamah kalau diperlukan. Nombor telefon aku deactivate dan tukar baru. Aku block dia di socmed. Lepas dah sampai rumah keluarga aku, aku hantar email kat dia. Email video aksi dia. Dia merayu dimaafkan seperti selalu. Aku tak akan pandang belakang. NEVER.

Segala urusan nak berpisah aku buat. Sedara aku selaku peguam shariah banyak bantu dan beri nasihat. Aku langsung tak ada berurusan dengan dia. Video itu jadi benda utama perundingan untuk dia lepaskan aku secepat mungkin.

Sedara aku berunding dan cakap dengan dia. Kalau dia tak nak lepaskan dan aku tuntut fasakh, segala video dia hakim akan tengok sebagai bukti tuntutan fasakh aku. Kisah dia akan jadi bualan dalam mahkamah sebab dalam mahkamah bukan kami sahaja. Ada ramai lagi pasangan lain dalam tu. Jadi dia pilih lepaskan aku secara aman. Tepat usia aku 25 tahun aku dilepaskan.

Pasal dia menangis merayu depan rumah. Datang cari aku. Merayu kat mak abah aku. Malas aku nak cerita. Semua tu adalah tangisan buaya. Tiada benda yang lebih palsu dari tangisan dia. Kisah aku tak habis disini. Walaupun aku benci dia. Tapi tak adalah aku terus move on 100% lepas berpisah. Sebulan juga aku macam patung hidup. Tak ada arah tujuan. Salahkan diri aku sendiri.

Kemudian aku dapat kerja baru. Mula berjumpa kawan kawan lama. Yang paling penting setiap hari aku dihiasi kasih sayang dari keluarga aku sendiri. Aku baru faham kenapa Allah tak kurniakan aku anak walaupun aku pernah berdoa setiap hari untuk zuriat dulu. Tanpa zuriat aku boleh terus padam dia macam dia tak wujud pun. Dengarnya setahun lepas berpisah dia dah berkahwin. Selebihnya tak tahu la apa cerita.

Hidup aku sesudah dia dihiasi travel log. Dihiasi kisah2 manis aku dengan kawan2. Trip umrah kami sekeluarga. Aku cuba scuba diving. Aku cuba hiking. Aku ingatkan hati aku dah padam untuk cinta. 5 tahun lepas bergelar janda aku bernikah sekali lagi selepas berkali kali istikarah sebelum dirisik keluarga dia. Tak ada mimpi ke apa. Cuma Allah berikan perasaan kasih dekat suami aku.

Aku pernah cakap dulu dengan suami aku yang aku janda dan pernah berkahwin. Muka dia macam terkejut. Kemudian dia cakap tak apa. Yang penting bukan bini orang. Dan ketawa. Dia kata dia tak akan bincang kisah lampau melainkan aku mahu. Aku betul2 ingat dia akan reject aku.

Aku masih ingat masa dia bawa aku ke kenduri kesyukuran mak dan ayah dia balik dari haji. Kami memang klik. Keluarga dia sangat mesra. Hari dia merisik, abah aku cakap yang dia tak nak letak kan hantaran sebab aku janda. Mak dia kata kami nak beri hantaran sebanyak rm1x, xxx. Dia menantu sulung kami. Orang nak beri, kita merasalah.

5 tahun post marriage. Dulu aku tak pernah rasa aku akan jumpa seseorang lagi. Ada masa aku memang putus asa. Benci lelaki. Nak hidup solo forever. Tapi hati kita ni milik Allah. Sekarang anak dah seorang. Kadang2 termenung juga. Umur 35 anak baru satu. Kawan aku ada yang dah sampai empat anak. Tapi siapa aku nak menidakkan perjalanan hidup yang aku pilih sendiri. First time kahwin dulu taknak pulak buat istikarah kan. Padan muka aku. Naluri Allah dah bagi tapi nak ikut keras kepala.

Tapi aku terima kepayahan aku jadi mak di usia lanjut. Sekarang aku rapat dengan keluarga aku. Suami aku pun walau kadang2 ada juga la gaduh. Aku terima semua baik buruk dia. Selama dengan dia lagi banyak suka dan hanya sedikit sangat dukanya.

Kalau dulu hidup aku ditanggung ex aku semua. Tapi bahagia tak ada. Sekarang ni, walaupun perbelanjaan kena 50-50, sikit pun aku tak kisah. Duit boleh cari. Kebahagiaan tu susah sikit. Kisah aku tak tahu la bahagia sampai bila sebab semua ni pinjaman Allah swt. Yang pasti kalau pisang berbuah dua kali, saving aku dah ada. Escape plan dah ada. Dan aku tahu aku ada keluarga yang selalu menyokong aku dalam susah atau senang.

Mak mertua aku pun feminist. Kalau anak dia buat hal, anak dia yang kena kitai. Kitorang kamceng. Jari kelinking dah paut dah sejak aku kahwin dengan anak dia dulu. Panjang cerita aku kan. Syukur masih ada lagi happy ending. Aku doakan semua isteri atau suami yang jadi sasaran suami domestik dapat mencari jalan keluar. Dan kamu dapat sokongan yang kamu perlukan. Kalau tidak dari keluarga harap ada NGO yang sanggup bantu.