Hampir setahun sakit tekak. Doktor akhirnya dedahkan sesuatu menginap dalam kerongkong budak 5 tahun tersebut dan ini rupanya benda tersebut boleh masuk dalam kerongkong

Berita

Kalau sebut pasal lintah,sudah tentu ada yang geli geleman bila membayangkan rupanya yang seperti cacing besar dan badan berlendir serta melekit. Lintah ii sebenarnya banyak digunakan dalam perubatan tradisional bagi tujuan menghisap darh kotor dari tubuh badan. Namun,lintah ini juga boleh mendatangkan pelbagai risiko gara gara parasitnya yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kita sehingga boleh membuat orang pergi buat selamanya.

Baru-baru ini, seorang budak lelaki yang bersal dari Yunnan, China dikatakan ‘mend3rita’ sakit tekak sejak lebih dari setahun. Punca sakit tekak yang dialami oleh kanak-kanak berusia 5 tahun itu terungkai apabila doktor menemui seekor lintah yang ‘menetap’ di dalam kerongkongnya!Setahun lintah duduk dalam tu. 

Menurut Daily Star, haiwan yang berukuran 2.8 inci (kira-kira 5.3 sentimeter) itu berjaya dikeluarkan menerusi operation yang dijalankan di sebuah hospital.Doktor yang terlibat dalam operasi itu telah memasukkan satu alat khas ke dalam tekak budak tersebut dan mengeluarkan lintah itu.

Masuk waktu minum air. Kejayaan itu sekaligus berjaya menyelesaikan masalah budak lelaki itu yang dikatakan sebelum ini sering mengalami sakit tekak, sukar bernafas dan kuat berdengkur ketika tidur. Doktor turut memaklumkan bahawa lintah itu berkemungkinan memasuki saluran badan ketika budak itu minum air.Beliau turut mengingatkan kanak-kanak supaya tidak meminum air yang kotor kerana dikhuatiri mengandungi lintah kecil yang tidak dapat dilihat dengan jelas.

Bukan pertama kali. Untuk pengetahuan semua, kejadian seperti itu bukanlah pertama kali berlaku di daerah itu dimana pernah berlaku kejadian yang sama yang membabitkan seorang budak lelaki berusia 4 tahun pada tahun lepas.Kes yang lain turut berlaku pada April lalu dimana seorang budak lelaki berusia 9 tahun dikatakan badannya dimasuki lintah melalui lubang hidung selepas dia terminum air dari sumber tercemar di sebuah kawasan luar bandar.

Budak lelaki itu bernasib baik apabila lintah yang berukuran 2 inci yang bersamaan 5 sentimeter itu berjaya dikeluarkan. Menurut doktor, lintah adalah haiwan penghisap darh yang mudah melekat pada bahagian atau kawasan persekitaran yang lembab.Kes ini dikatakan ‘rare’ kerana jarang sekali untuk haiwan parasit itu dapat berada dalam badan manusia untuk tempoh masa yang lama.Fuh nasib baik tak beranak-pinak dalam tu. 

Sanggup Buat Seorang Doktor Tempat Bayar 335000 Dolar Semata Untuk Lampu Ajaib. Namun Akhirnya Terbongkar Aktiviti Mereka Setelah Doktor Itu Buat Sesuatu Ini

Dilaporkan dua orang India dari negara bahagian Uttar Pradesh, India ditngkap minggu ini kerana didkwa mnipu seorang doktor tempatan untuk membayar $335,000 dolar kepada mereka hanya kerana tertarik dengan lampu ajaib yang didakwa ‘mampu mengabulkan segala permintaannya.’ Doktor dari daerah Khairnagar, di kota Meerut itu pertama kali bertemu dengan dua orang tersebut pada tahun 2018, ketika mengunjungi rumah pesakit untuk memberikan rawatan luka setelah operasi.

Suatu hari, ketika berada di rumah pesakit, doktor itu menemui  ‘tantrik’ yang digambarkan mempunyai kekuatan magisnya, dan kemudian berjanji untuk menjadikan doktor tersebut sebagai jutawan. Tantrik tersebut segera memperkenalkan doktor itu kepada pasangannya dan kedua mereka menawarkan untuk menjual Aladdin Ka Chirag (Lampu Aladdin) untuk memenuhi hajat dalam kehidupan sebenar dengan hanya 2.5 juta ($ 335,000). Doktor itu pun bersetuju.

Tert1pu kerana membeli lampu Aladdin, doktor tersebut mendkwa bahawa kedua-dua mereka itu sangat meyakinkan, kerana menggunakan minyak wangi untuk men1pu dia untuk berfikir bahawa jin (jin) keluar dari lampu.Dia kemudian menyedari bahawa jin ajaib itu sebenarnya seorang individu, tetapi pada masa itu dia telah membayar secara ansuran hampir semua wang yang telah mereka persetujui .

Setelah membuat berkali-kali pembayaran, doktor itu meminta untuk membawa pulang lampu Aladdin tersebut bersamanya, tetapi kedua lelaki itu terus memberitahunya bahawa itu adalah pntang larang, jika seseorang menyentuh lampu aladdin itu, maka akan menyebabkan perkara buruk terjadi kepadanya. Setelah permintaannya ditolak beberapa kali, doktor tersebut akhirnya menyedari dia dit1pu dan membuat laporan polis untuk menahan kedua-dua orang itu.

Individu serta seorang rakannya ditngkap polis, dan lampu “ajaib” itu dirmpas. Malangnya, polis tidak dapat ‘meyakinkan jin untuk keluar dari benda tersebut’. Mereka kini mencari seorang lagi individu, yang ternyata adalah isteri individu tersebut.

Selalunya Paling Besar Dan Panjang Pun Lebih Kurang Lengan Sahaja. Lelaki Ini Raih Tumpuan Warganet Setelah Menjumpai Petai Gergasi Sepanjang 1 Meter

Usah dinafikan,dalam keluarga mahupun rakan mesti ada yang suka makan petai. Mungkin ada preference cara nak amkan petai,rebus ke,masak dengan sambal ke atau makan mentah gitu ke. Apa pun cara korang makan petai,kita tak mampu nak judge. Minat masing masing kan

Tapi korang pernah dengar atau tengok tak petai gergasi saiz XXXL? Haa.. kalau korang tak pernah tengok, korang boleh tengok tweet @kayy_azman kat bawah ni.  Ini real punya, bukan edit.Besar sangat! Serius admin terkejut bila baca tweet dan tengok gambar ni. Biasa tengok petai paling besar dan panjang pun lebih kurang lengan je. Ini panjang lebih kurang satu meter tu memang rare habislah. Admin curious nak tahu bau dia kuat mana dengan saiz macam tu. Yang kecik pun bau dia menusuk hidung, besar ni macam manalah bau dia kan?

Kalau musim buah haritu memang pening weh sendawa bau durian. Ni kena bau petai time pakai mask memang takleh imagine bau dia macam mana.Admin tak tolak kemungkinan bau dia kuat lepas buang air kat tandas. Entah berapa botol perfume nak kena guna untuk hilangkan bau dia nanti.

Aduhai kesian aircond tersedak sebab bau petai ni. Silap-silap on the way nak balik rumah pun aircond dah tersedak sebab tengok petai besar sangat. Kalau korang pernah tengok petai saiz macam ni, roger admin ye, nak try gak sebijik dua.

‘Tak boleh imagine rasa dia’- Terkenal Kerana Baunya, Petai Kini Dijadikan Sebagai Aiskrim

Petai di negara kita sangat terkenal dan lazim nya dibuat sebagai ulam dan bahan dalam masakan. Tapi tahukah anda bahawa petai sekarang dah dibuat jadi aiskrim.What…Ya, selain durian, petai juga mempunyai bau yang kuat. Cuba korang bayangkan aiskrim durian. Ya, memang menggugat iman, tapi bagaimana pula dengan perisa petai?

Menerusi satu posting di Facebook, aiskrim ini dijual sangat limited dan hanya beberapa outlet sahaja yang ada.Aiskrim ini menjadi tular kerana ‘kepelikan’ perisanya. Ada yang turut meluahkan bahawa perisa petai itu tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pencuci mulut.

Walaupun begitu, korang patut try dulu mana tahu sedap kan…Gambar hiasan petai. (Gambar: Facebook / Resipi Orang Kampung)Gambar hiasan petai. (Gambar: Facebook / Resipi Orang Kampung)
Jangan pandang petai dengan sebelah mata, inilah khasiat makan petai…

MERDEKA.COM: Mungkin ramai anak muda zaman sekarang langsung tidak menyentuh petai atau jering. Mungkin ada juga yang tidak pernah mendengar ‘makanan orang lama’ itu.Namun demikian, bagi orang lebih dewasa yang gemarkan petai, ia tetap makanan istimewa. Apatah lagi kalau dimasak dengan sambal tumis ikan bilis! Tetapi bagi sesetengah orang, mereka tidak dapat menahan bau petai yang begitu kuat.Namun tahukah anda bahawa petai mempunyai khasiat yang luar biasa?

MENINGKATKAN FUNGSI KOGNITIF OTAK.Zat kalium yang terkandung di dalam petai merupakan zat yang amat penting bagi tubuh. Tubuh kita memerlukan kalium kerana ia dapat menjaga cairan dan keseimbangan elektrolik.Dengan itu, ia dapat meningkatkan kadar oksigen ke otak, yang memberangsangkan kegiatan saraf dan meningkatkan kognitif. Justeru, ia memperkukuhkan lagi daya ingatan seseorang.

MENCEGAH ANEMIA.Anemia adalah keadaan apabila badan kita kekurangan darh. Seseorang akan selalu berasa letih, berkelihatan pucat serta merasakan dirinya hendak pitm apabila mengalami anemia.Petai mempunyai zat besi yang tinggi, yang dapat membantu dalam merangsangkan pembentukan hemoglobin dalam drah. Dengan itu, ia dapat mencegah anemia.

JAGA KESIHATAN JANTUNG.Seperti yang dikatakan awal tadi, petai mengandungi zat kalium yang tinggi, dan zat ini mampu mengurangi tekanan darh serta ianya baik untuk kesihatan jantung. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kalium amat penting bagi kesihatan jantung.

MENJAGA SISTEM PENGHADAMAN.Jika anda mengalami masalah penghadaman, anda boleh cuba memakan petai. Ini kerana petai mempunyai serat yang dapat membantu proses penghadaman yang lebih baik dan mencegah sembelit. MENCEGAH KEMURUNGAN.Petai mengandungi triptofan, sejenis protein yang diubah menjadi serotonin. Dengan jumlah serotonin yang tentu, ia dapat membahagiakan anda! 

Jangan Tak Tahu Tentang Khasiat Petai, Ia Boleh Mencegah Anemia & Menstabilkan Tekanan Darh

“Busuk dan menggelikan”. Ini adalah tanggapan kebanyakan orang setiap kali berbicara mengenai sejenis buah yang dinamakan petai. Pun begitu, tahukah anda sebenarnya terdapat banyak khasiat makan petai terhadap kesihatan kita?Ingin tahu lebih lanjut? Mari kita sama-sama ikuti artikel ini!

Seorang pelakon makan petai untuk elak kemurungan

Baru-baru ini, seorang pelakon wanita jelita iaitu Sharifah Sakinah telah memberi satu tip kesihatan dari perspektif yang agak unik menerusi laman sosial Instagram rasmi miliknya.Adik kepada Sharifah Shahirah ini mengamalkan petua tersendiri untuk mengelakkan masalah kemurungan iaitu dengan memakan petai.

“Petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan orang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil“, jelasnya dengan berpandukan kepada sumber yang diperolehi dari enjin carian Google.Sehingga kini, video pelakon utama drama Girlfriend Aku Dari Neraka yang memperkatakan tentang hal ini telah ditonton oleh kira-kira 95 ribu orang.Persoalannya, adakah petai memang benar-benar boleh mengelakkan kemurungan?

Kaitan petai dengan kemurungan

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh pusat kebajikan kesihatan MIND terhadap beberapa orang pesakit kemurungan, rata-rata mereka mengatakan akan berasa lebih baik selepas makan buah ini.Ini disebabkan oleh kandungan petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan orang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil.Jadi, ternyatalah bahawa tip kesihatan yang diberikan Sharifah Sakinah ini adalah benar dan bukan hanya plasebo semata-mata.Pun begitu, tahukah anda bahawa terdapat banyak lagi khasiat makan petai yang lain?

Tular Di India. Suami Ini Sanggup Bohong Isteri Kononnya Terkena Virus COVID19. Lebih Mengejutkan Apabila Terbongkar Rahsia Sebenar Di Sebalik Kata Kata Suaminya Itu

Covid-19 memang menaktkan. Tak ada siapa siapa dalam dunia ni (yang waras) nak diri mereka dijangkiti virus Covid-19. Tapi, lain pula cerita dekat India di mana seorang suami menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk tinggalkan isterinya.Menurut Khaleej Times, lelaki berusia 28 tahun itu berasal dari Navi, Mumbai dan telah menghilangkan diri pada 24 Julai lepas. Selepas keluar dari rumah, lelaki itu telah hubungi isterinya dan maklumkan yang dia telah dijangkiti Covid-19 dan ‘tak ada harapan’ untuk hidup lagi.

Belum sempat isterinya bertanya lebih lanjut, lelaki itu terus tutupkan panggilan telefon tersebut. Siapa tak risau kalau orang yang kita sayang tiba-tiba macam itu kan? Apatah lagi dia dijangkiti virus yang membawa ke arah pemergian. Itulah perasan isteri lelaki terbabit yang terus hubungi abangnya untuk meminta bantuan kerana risaukan suami. Mereka kemudian hubungi pihak polis dan buat laporan tentang orang hilang.

Pihak polis menjadi buntu apabila mereka menemukan motor, helmet, beg dan kunci di sebatang jalan dekat Sektor 17, Vashi namun suaminya tidak berjaya ditemui.Menurut polis yang mengendalikan kes kehilangan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan pihak polis tetap terus cuba menjejaki lelaki berkenaan. Lokasi telefon bimbit dan rakaman CCTV di kawasan motornya dijumpai telah diperiksa namun polis tetap tidak berjaya menemuinya.

Selepas siasatan lebih mendalam dijalankan, polis mendapat maklumat bahawa lelaki itu telah cuba hubungi nombor helpline polis sebanyak dua kali pada malam dia menghilangkan diri. Pihak berkuasa kemudian mengesyaki lelaki tersebut menjadi sasaran jnyh.

Tapi, semuanya terbongkar apabila polis mendapat maklumat bahawa lelaki berkenaan mempunyai teman wanita dan berjaya menjumpainya. Selama sebulan cuba menjejakinya, polis akhirnya menjumpai lelaki tersebut di rumah teman wanitanya di Indore, kira-kira 582 kilometer dari rumah isterinya.Dia kemudian dibawa pulang ke Mumbai pada 15 September lepas. Tidak dinyatakan apa yang berlaku antara dia dan isterinya selepas kejadian tersebut namun kisah lelaki itu menjadi tular di media tempatan.-ctto

Ibunya Tak Berjaya Tapi Dia Berjaya. Ternyata Ramai Kagum Lelaki Terberat Guinness World Records 2017 Sembuh Selepas Dijangkiti COVID19 Dan Ini Perkembangan Terbarunya

Juan Pedro Franco kembali sembuh selepas dijangkiti Covid-19.BEKAS manusia terberat dunia Guinness World Records 2017, Juan Pedro Franco dilaporkan sembuh daripada virus Covid-19.Juan percaya dia sembuh daripada wabak itu susulan program diet kett yang dilakukannya selama beberapa tahun kebelakangan ini selain bersenam serta melakukan operasi bariatrik bagi mengecilkan saiz perutnya.

Sebelum ini, Juan memiliki berat 595 kg namun selepas berusaha mengamalkan gaya hidup sihat, beratnya kini hanya 208 kg.Ketika berita Juan terkena Covid-19 disebarkan, ramai skeptikal dia akan terselamat kerana selain masalah obesiti, dia jga mempunyai sakit diabetes, tekanan darh tinggi dan sakit paru-paru.

Umum mengetahui pesakit Covid-19 yang mempunyai sejarah sakit teruk kebanyakannya tidak mampu melwan virus itu dan sudah tiada lagi. Perbezaan berat badan Juan yang sebelum ini mencecah 500 kg.“Ini sakit yang sangat agrsif. Saya mengalami sakit kepala, sakit sendi, sesak nafas dan demam. Saya adalah orang yang sangat berisiko tinggi,” katanya kepada AFP.

Mexico adalah negara yang mencatatkan angka pmergian Covid-19 keempat tertinggi di dunia.Satu perempat daripada 74,000 rakyat Mexico yang hembuskan nafas terakhir akibat Covid-19 mempunyai masalah obesiti.Kajian dilakukan Universiti North Carolina mendapati individu dengan masalah obesiti memiliki risiko 46 peratus lebih tinggi terkena Covid-19.

Golongan ini juga 74 peratus lebih tinggi mengalami komplikasi dan memerlukan bantuan alat pernafasan akibat Covid-19.Sementara itu, Juan yang kehilangan ibunya akibat Covid-19 memberitahu proses penurunan berat badan serta mengamalkan gaya hidup sihat telah menyelamatkannya daripada Covid-19.-mstar

10 Cubaan Rekod Dunia Guinness Yang Berakhir Dengan Hembuskan nafas terakhir

Mencipta rekod dunia bukanlah suatu perkara mudah. Mempunyai bakat semulajadi sahaja tidak cukup. Mana tidaknya, ada yang sanggup melakukan perkara pelik dan tak masuk akal sehingga membhayakan nyawa. Iluminasi.com membawa anda 10 percubaan rekod dunia yang berakhir dengan kisah yang menyedihkan

10. Aksi flying-fox terpanjang menggunakan rambut.Pelakon dari India, Sailendra Nath Roy merupakan pemegang 2 rekod dunia Guinness yang berkaitan dengan rambut. Pada 2011, menerusi aksi flying-fox, dia berjalan sejauh 82.5 meter di atas wayar yang diikat dengan rambut ekor kudanya. Pada 2012, dia menarik pula sebuah enjin dan empat gerabak kereta api warisan Darjeeling Himalayan Railway sepanjang 2.5 meter dengan rambutnya.

Tidak puas dengan pencapaiannya itu, Roy mahu memperbaiki rekod sulungnya. Aksi kali ini lebih berbhaya, iaitu menyeberangi Sungai Teesta sejauh 180 meter. Pada Ogos 2013, rambut Roy tersangkut pada wayar ketika separuh perjalanan. Dia berjaya dibawa turun oleh penduduk tempatan 45 minit kemudian. Tetapi, dia disahkan sudah tiada akibat sakit jantung.Sumber: AFP, Kosmo, Telegraph, India TV News, Independent

9. Terjnan bebas.Semasa p3rang dingin, Nick Piantanida dari Amerika Syarikat mahu mengatasi rekod dunia oleh angkasawan dari Rusia, untuk terjunn bebas berketinggian 24,500 meter dari permukaan laut. Pada Mei 1966, Piantanida terbang sehingga ketinggian 36,000 meter dan memulakan lompatan dari pesawatnya.

Malang tidak berbau, selepas 17,000 meter, suit khasnya mengalami gngguan tekanan udara. Menyedari bahaya yang sedang menanti, bilik kawalan Amerika melepaskan payung terjunnya lebih awal. Sebaik sampai ke tanah, kekurangan oksigen menyebabkan Piantanida mengalami kerosakan otak kekal dan k0ma. Dia sudah tiada empat bulan kemudian.Sumber: Wikipedia, The New York Times, Smithsonian Institution, Air and Space Museum

8. Manusia terpantas dalam sejarah.Asalnya seorang jurutera lombong, Lowell Bayles meraih populariti pada lewat 1920-an sebagai juruterbang . Dia selalu membuat persembahan di seluruh Amerika Syarikat. Ketika acara National Air Races pada 1931, Bayles cuba memecahkan rekod rasmi bagi “World Landplane Speed Record”.

Kelajuan Bayles ketika itu menghampiri 482 km/j, sewaktu bncana melanda. Penutup bahan api pesawatnya tiba-tiba longgar, terbang melalui cermin depan dan terkena pada Bayles sehingga dia pngsan. Pesawat itu kemudiannya terhmpas dan dijilat api. Badan Bayles tercmpak hampir 100 meter dari kokpit.Sumber: Consim World, Springfield Evening Union, Springfield Daily News

7. Rekod kelajuan di air. Pada 1964, warga Inggeris, Donald Campbell satu-satunya individu yang memegang rekod kelajuan di darat dan air. Pada 1967, dia cuba untuk mengatasi rekod kelajuan di air miliknya sendiri. Ketika bot berkuasa jet itu hampir memecah rekod 480 km/j, perkara yang tidak diingini tiba-tiba berlaku.

Bot itu terangkat seketika ke udara, kemudian membanting Campbell ke dalam air dengan daya yang kuat. Dia serta-merta disahkan tidak bernyawa. Lebih menyyat hati, badannya hanya dijumpai 34 tahun kemudian. Orang ramai merasakan nhas itu dapat dielakkan. Ia dikatakan berpunca dari bot itu yang terlalu ringan, akibat kekurangan bahan api.Sumber: The Telegraph, BBC, English Heritage

6. Ditanm hidup-hidup. Tiada rekod rasmi bagi tempoh paling lama manusia ditanm hidup-hidup. Maka, Janaka Basnayake, seorang ahli silap mata berusia 24 tahun dari Sri Lanka, buat julung kalinya mahu menetapkan rekod itu. Pada 2012, dia menyuruh beberapa rakan untuk menanamnya dalam sebuah lubang sedalam 3 meter. Selepas 7 jam setengah, Basnayake digali semula. Apa yang mengejutkan, dia didapati tidak lagi bernafas akibat lmas. Basnayake diberikan bantuan CPR, sebelum dibawa ke hospital. Beberapa jam kemudian, dia disahkan sudah tiada. Sumber: BBC, The Guardian, Live Leak

5. Terjnan udara berkumpulan terbesar. Pada 2014, seramai 222 orang terjn dari ketinggian 6,000 meter untuk menyertai pembentukan terjun udara terbesar di dunia. Percubaan itu bercita-cita mengatasi rekod terdahulu, iaitu seramai 110 orang. Namun, malpetaka berlaku apabila payung terjn salah seorang dari mereka, Diana Paris gagal untuk dibuka.

Payung sokongan hanya berfungsi apabila dia sudah terlalu dekat dengan tanah. Paris yang berusia 46 tahun, merupakan penerjun udara berpengalaman, dengan pencapaian sebanyak 1,500 terjunan. Setelah diberi bantuan kecemasan, dia disahkan sudah tiada di tempat kejadian.Sumber: Euro News, International Business Times, New York Daily News-ctto