Bukan senang nak berlakon tanpa bersentuhan, Hannah Delisha akui tahu hukumnya

SELEPAS tiga tahun mengenakan hijab, pelakon Hannah Delisha mendedahkan bahawa dia sentiasa berhati-hati dalam adegan bersentuhan dalam setiap karya lakonannya. Hannah atau Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, mengakui perbuatan tersebut salah di sisi agama Islam namun tuntutannya sebagai seorang pelakon membuatnya tidak dapat mengelak dari melakonkan adegan seperti itu. “Saya tahu apa yang saya buat, iaitu bersentuhan dengan lelaki ketika berlakon adalah salah. Saya tahu hukumnya, tapi ini adalah kerja saya (berlakon). Saya juga ada bercakap dengan suami saya mengenai perkara ini.

“Tapi sangat susah untuk saya mengelak daripada bersentuhan. Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon untuk menjayakan satu-satu watak,” katanya. Hannah berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media drama Andai Itu Takdirnya yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini. Kata Hannah, wataknya sebagai Aleya iaitu isteri kepada Syed Adam Aizril lakonan Shukri Yahaya di dalam drama mengangkat kisah kegnsn rumah tangga itu sememangnya banyak adegan pukul yang kadang kala tidak boleh dielak untuk bersentuhan.

“Terutama dalam drama Andai Itu Takdirnya yang banyak adegan memukul sangat susah untuk saya mengelak daripada bersentuhan dengan pelakon lelaki. Walaupun apa yang saya lakukan itu salah, tapi saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai pelakon dan menyampaikan watak Aleya dengan baik,” kongsinya. Tambah Hannah, dia juga meminta izin terlebih dahulu daripada pelakon lelaki lain untuk adegan berpegangan bagi mengelakkan berlaku sebarang salah faham dan ketidakselesaan antara mereka.

“Kalau ada adegan bersentuhan dengan pelakon lelaki lain, saya akan tanya dahulu sama ada mereka selesa atau tidak, Baru saya akan lakukan,” jelasnya. Untuk rekod, Hannah mula mengenakan hijab pada September 2020 dengan memuat naik gambarnya bertudung berserta kapsyen Bismillah seperti memberi bayangan memulakan fasa baharu dalam hidupnya. Selain Hannah, Andai Itu Takdirnya turut dibintangi Shukri Yahaya, Puteri Sarah Liyana, Idzham Ismail, Dayang Areeda, Zulkifli Ismail, Aida Khalida dan ramai lagi.

Drama Andai Itu Takdirnya akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 6 Mac 2023 pada pukul 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104). Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.