Tahu bakal suami bukan orang berduit. Tapi gadis ni tetap juga minta hantaran sampai 30 ribu. Minta kurang pun gadis ni tolak. Akhirnya bakal suami nekad untuk cukupkan duit hantaran dengan buat kerja ni.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan.

Assalammualaikum. Aku Razlan. Umur 38 tahun dan berkahwin. Isteri aku Nur. Aku nak kongsi kisah berkenaan duit hantaran rendah yang menjadi isu. Hantaran Nur RM30k. Tak termasuk RM10k untuk barang kemas. RM3k mas kahwin dan RM5k untuk barang barang hantaran seperti jam dan handbag.

Aku kenal Nur sejak kami berumur 16 tahun. Nur sangat cantik. Anak kacukan. Tingginya 180cm, berhidung mancung, bermata hazel. Persis model. Nur anak orang kaya, dia manja, keanak anakan, seorang yang outspoken, kelakar dan tak fake. Dia bijak dan boleh menjadikan jalan cerita menjadi menarik walaupun topik tentang secawan kopi. Antara sebab kenapa aku jatuh cinta.

Kami bercinta 14 tahun. Lama kan, sebab Nur cakap lelaki yang nak halalkan dia mesti usaha untuknya. Nur mahukan bakal suaminya seorang yang rajin dan sabar dengan karenahnya. Setia dan sanggup membayar hantaran dan hadiah hadiah yang tersebut. Nur beri tempoh sehingga umurnya 30 tahun.

Aku pernah juga minta diskaun tapi Nur menolak. Katanya dia letak hantaran berdasarkan nilai dirinya. Dia tahu dia cantik dari keluarga berada. Ada perniagaan sendiri dan mempunyai master degree. Oh ye.. hantaran Nur ni ditetapkan sendiri oleh Nur. Tiada campur tangan dari ibubapanya.

Aku bekerja siang malam nak mencukupkan duit hantaran. Siang dengan kerja hakiki, malam pula aku jual burger. Hujung minggu aku buat kerja kerja seperti baiki paip, pasang lampu dan sebagainya. Aku pegang janji Nur nak tunggu aku mencukupkan duit hantaran. Dalam masa yang sama aku dapat tahu ramai yang meminang Nur. Ada yang punya stesen minyak, ada yang nak letak hantaran RM60k.

Kecil betul aku di kalangan mereka mereka ni. Aku kerja kuat kuat. Aku padam keinginan aku nak pakai kereta, nak pakai baju yang mahal mahal. Nur akhirnya menjadi isteri aku pada umur 30 tahun. Kami dikurnikan 3 anak yang sihat. Cantik macam Nur, hensem macam aku.

Memiliki Nur sangat mencabar. Aku bekerja non stop. Aku hargai dan menyayanginya sepenuh hati. Nur sangat manja disebabkan anak kesayangan ayahnya jadi dia sangat degil, mulutnya sangat deras. Jika bertengkar, kata katanya sangat jiwa aku. Sebab tu Nur cari pasangan yang sabar.

Namun, selepas beberapa tahun berkahwin Nur berubah menjadi lembut. Ada juga dia membebel tapi aku diam aje. Hadiah coklat pasti buat dia tersenyum. Nur pandai sesuaikan diri dengan keluarga aku. Semua ahli keluarga aku sayang padanya. Oh ye.. duit hantaran tu Nur bantu aku buat modal mula perniagaan aku sendiri.https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?client=ca-pub-9075471975533125&output=html&h=280&adk=853452750&adf=2218815690&pi=t.aa~a.1689860417~i.21~rp.4&w=846&fwrn=4&fwrnh=100&lmt=1617524668&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=6852415933&psa=1&ad_type=text_image&format=846×280&url=https%3A%2F%2Fmediabawang.net%2Fmintak-discount%2F&flash=0&fwr=0&pra=3&rh=200&rw=845&rpe=1&resp_fmts=3&wgl=1&fa=27&adsid=ChAI8MelgwYQs4PZt9DTgaYrEkgAsRh1r_bsTkiTrvgm1DQFNBfhydyVcBU27DkhDbGlPTy_ipwZakWLlcrVZmcZtUxQe8SLNkAGlmAfGImst5yBt3GlbNRXGLI&uach=WyJXaW5kb3dzIiwiMTAuMCIsIng4NiIsIiIsIjg5LjAuNDM4OS45MCIsW11d&dt=1617524668393&bpp=2&bdt=1072&idt=3&shv=r20210331&cbv=r20190131&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Df83827b3bab8bbf8-22c6a8df3ec500b7%3AT%3D1608264235%3ART%3D1608264235%3AS%3DALNI_MZuBbX-dLQve8JC_IXKOpR1TlTFpw&prev_fmts=0x0%2C846x280%2C846x280%2C300x250%2C300x250%2C335x100&nras=3&correlator=4674536420621&frm=20&pv=1&ga_vid=2086219544.1617524668&ga_sid=1617524668&ga_hid=824693254&ga_fc=0&u_tz=480&u_his=1&u_java=0&u_h=768&u_w=1366&u_ah=728&u_aw=1366&u_cd=24&u_nplug=3&u_nmime=4&adx=48&ady=2000&biw=1349&bih=568&scr_x=0&scr_y=0&eid=21066428%2C44740079%2C44739387&oid=2&pvsid=2780125930653601&pem=841&ref=https%3A%2F%2Fwww.google.com%2F&rx=0&eae=0&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C1366%2C0%2C1366%2C728%2C1366%2C568&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=8320&bc=31&jar=2021-04-04-08&ifi=7&uci=a!7&btvi=5&fsb=1&xpc=ffcSb4JcyF&p=https%3A//mediabawang.net&dtd=150

Barang kemas masuk ArRahnu sebagai tambahan modal. Bertahun tahun bekerja pelbagai mencari duit hantaran menyebabkan aku terbiasa. Perniagaan aku secara part time membuahkan hasil. Aku bercadang nak berhenti kerja. Sekarang aku sedang menyiapkan rumah berharga RM500k untuk Nur complete dengan pool. Sebagai hadiah kepercayaan dan kesetiaan Nur pada aku. Doakan kasih sayang kami berkekalan hingga akhirat.

Pesanan aku kepada bakal bakal pengantin perempuan terutamanya. Nilai diri setinggi langit. Jika diri sendiri tak letak nilai selayaknya bagaimana orang lain nak menilai kamu. Jangan bantu pihak lelaki mencukupkan hantaran. Biar dia cari dengan kudrat sendiri supaya dia lebih menghargai kamu.

Kepada pihak lelaki pula, berusaha untuk mencukupkan duit hantaran. Anggaplah sebagai hadiah kerana si isteri akan take toll hampir semua hal hal rumahtangga, mengandung, bersalin dan sebagainya. Selagi boleh diusahakan. Jika tak mampu bermaksud belum layak lagi berkahwin. Usaha dahulu pasti berhasil.

Reaksi warganet

Norain Kamarudin – Ni la baru betul tujuan hantaran tu, untuk diguna lepas kawin bersama sama. Bukan nak support kenduri belah pompuan pastu duit kaut mak dan pak tutup rapat pintu simpan bawah bantal, anak menantu terkontang kanting settle Hal kenduri.

Satu hal lagi, ada pompuan nak letak hantaran tinggi tapi tak tengok cermin, yang laki nak hantaran rendah or kalo boleh kawin free tapi nak bini serba serbi cap A macam Nur. Benda mudah tapi mentality yang jadikannya susah.

Marni Ainin Syahirah – Nie betui aku cakap. Duit hantaran tu diletak bukan untuk dirunding, ianya diletakkan untuk tengok effort lelaki tersebut. Whoever lah perempuan tu. Even dia ada SPM , diploma, degree, master degree, hodoh, cantik, pandai masak, tak pandai masak.

Korang kena ingat sebagai parents ada hak itu letak harga tu, misal korang de anak perempuan it will the same. TOLONG JGN CKP X KAN BUAT. MR.F korang tak de lagi masa tu. Aku penat tengok drama hantaran nie. Sebagai anak kena respect parents pasal benda nie. Sory out of topic. Cuma aku nak tegas kat sini. Semua benda boleh settle if korang ada rasa tanggungjawab tu je.

Nurhanah Jaferi – Saya kawen takde wang hntaran. Mas kawen RM 30 sahaj. Saya sendiri yang pujuk parents supaya jangan letak wang hntaran. Sebab saya ni tak pndai masak, tak cantik, serba serbi kurang. Tapi alhmdulillah dah hampir 3 tahun jadi isteri, saya dah mahir kerja kerja rumah, memasak dan lain lain. Saya sayanggg suami saya sangat sangat. Nak memudahkan dia untuk memiliki saya dan memudahkan saya untuk menuai pahala sebagai isteri.

Sara Laila – Ada betul nya. Dari diri masing masing lah kalau rasa kesian tak nak susah kan bakal suami takpe, boleh je hantaran murah. Macam saya, saya cantik pndai masak. Tapi belajar tak tinggi lah hehe. Saya dah cakap dengan bf hantaran saya minta RM10k saja. Lagipun saya prefer majlis simple ja asal dah nikah.

Nanti lepas kawin lagi banyak duit nak pakai untuk anak. Anak pun saya tetap kan 2 orang.. Sepasang. Dia pun okey sebab dia taknak saya stress banyak banyak anak anak. Takde anak pun dia okey ja. Syukur lah sebab dia memang baik. Layanan dia samaa saja tak pernah berubah.

Bab duit memang tak berkira. Birthday pun dia bagi rm800 untuk hadiah. Beli kan macam macam. Apa saya minta dia bagi. Hehe. Terpulang kat masing masing. Asalkan hati tak berubah lepas kawin.. Doa saja yang baik hehe

Syera Rose – Berbaloi dengan kepercayaan antara 2 pihak. Sesetengah orang angkat kaki terus. Saya adore dengan kesungguhan En. dalam menghalalkan ikatan. Dengan kecantikan yang wife En. ada kalah model + kebijaksanaan + kekayaan + kerjaya + kesetiaan dia layak minta lebih.

Bagi rakyat jelata seperti saya yang biahse2, pelajaran biahse2 + family biahse2 + kerjaya biahse2 apatah lagi rupe paras. Sudah tertentu fikiran melepasi kayangan umtuk meminta lebih. Bagi kami yang hadir bertanggunjawab plus bukan biawak hidup or buaya daratan sudah cukup lega.

Sue Zee – Pehhh, bukan kaleng kaleng hantaran 30k. Saya yang orang offer nak bagi hantaran 20k pun rasa macam tak layak je. Entah kenapa org tu beria nak kahwin dengan saya sampai 3 kali try merisik saya melalui my parents.

Tapi saya tetap menolak sebab rasa macam tak sesuai dan orang tu bukan jodoh saya. Alhamdulillah, setahun lepas saya tolak pinangan orang tu, tak sangka saya berjodoh dengan suami yang baru kenal. Masa awal awal suami tanya agak agak berapa nilai hantaran saya.

Saya tak berani nak memandai tetap kan sendiri nilai duit hantaran. Sy tanya my parents. Even my parents just berkias “ikut nilai hantaran semasa dan ikut kemampuan pihak lelaki”. Tapi suami saya faham faham sendiri dan dia ikhlas nak bagi nilai duit hantaran berbelas k dan mas kahwin *k untuk saya sebanyak yang tertulis dalam sijil nikah kami. Tapi ada kawan lelaki sekerja kata saya baik sebab tak minta hantaran mahal mahal sebab suami nak kahwin dengan perempuan yang independent macam saya hahaaa. Ye ke..

Cik Ros – Letak la hantaran berapa juta pun. Tak ada dosa pun. Mahal ke murah ke. Cuma sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ” Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. (Riwayat Abu Daud) Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ” Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “. (Riwayat Ahmad)

Kadang kadang yang letak rendah dan sederhana tu bukan sebab dia perempuan nilai murah. Atau hodoh. Ramai jer yang pakej lengkap, educated dan tinggi ilmu agama. Tapi mereka nak kan barakoh pernikahan tu.

Sumber – Razlan (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Suami Bengang Bila Wanita Ni Minta Duit Hntaraan Sampai 15 Ribu Tapi Kerja Kerja Kat Rumah Semua Tak Reti Buat. Akhirnya Lelaki Ni Nekad Buat Benda Ni. Lelaki Ini Tergmam Dgan Apa Yang Dia Cuba Buat Pada Wanita Ini.

Assalamualaikum and thanks admin. Perkenalkan diri nama saya Zarul (Bukan Nama Sebenar). Lately zarul perasan hantaran jadi hot topic. Let me share my experience. Zarul dah kahwin almost 5 years. Kahwin dengan pilihan hati yang juga bekas graduan tempat sama dan sama-sama suka.

Jadi lepas grad dapat kerja tetap terus kawin. Wife zarul ni memang cantik dan sejuk mata memandang. korang tahu berapa hantaran kahwin zarul dengan isteri ? RM15K serba satu. Mak ai senak pancrease zarul mula-mula bila fikir mana nak cekau RM15K nak buat hantaran. Tu baru hantaran, belum lagi duit-duit lain nak dirikan masjid ni. Siang malam zarul kerja, buat 2, 3 kerja juga masa nak kawin tu. Siang zarul keje dekat ofis, gaji masa tu tak jejak RM2,500. Nak bayar duit rumah, duit kereta, nafkah ibu ayah, duit belanja sekolah adik-adik lagi.

Zarul anak sulung, bawah adik-adik masih belajar. Seorang masa tu tengah buat degree, lagi 3 adik sekolah menengah. Fahamkan sebagai zarul sulung, besar oi tanggungjawab zarul. Ayah ibu pon dah tua, walaupun diorang tak minta duit, tapi sebagai anak lelaki sulung, itu tanggungjawab.

Malam zarul tolong member jual burger dekat area rumah sewa. selain tu ada juga buat business online, nak buat side income. Penat jangan cakap la, Allah je yang tahu. Tapi fikir balik, tangungjawab tu. So dari situ dapat la juga kumpul duit buat kahwin.

Hampir setahun lebih, zarul dan isteri selamat diijab kabulkan. Happy dia, hanya orang yang dah kawin je faham. So kami jalani hidup sebagai suami isteri macam biasa. Duduk rumah sendiri, yang zarul beli masa bujang, walaupun tak habis bayar lagi. Kira wife zarul ni cuci kaki je masuk rumah. Zarul taknak duduk rumah dengan parents, taknak timbul masalah. Almaklumlah baru-baru kawin ni kan.

Bila dah duduk serumah, baru lah tahu isteri zarul ni, satu keje rumah apa pon dia tak reti buat. Maklum lah dia anak orang berada. Semua bibik sediakan. Aduh! Bayar RM15k satu kerja pon tak tahu. Balik kerja, tengok rumah macam kapal karam, pinggan penuh singki.

Masak jangan cakap lah. Memang tak la kan. Zarul sedih lah, suami mana yang tak sedih, kau kerja bukan main penat siang malam nak kumpul duit kahwin mahal-mahal, tapi dapat wife satu benda pon tak pandai buat. Zarul balik kampung mengadu kat ibu, tapi zarul yang kena tarbiah balik. Sebab kan sayang wife zarul tu, so zarul ambik inisiatif untuk ajar isteri zarul tu kerja-kerja rumah. Zarul dulu sekolah asrama penuh. So siapa yang sekolah asrama tu faham macam mana kemas nya kami orang ni. Haha.

First step, zarul ajak sama-sama wife zarul ni kemas rumah.Ajak taw bukan suruh. So kat sini, wife zarul tu takla rasa macam hamba kan. Lagi pon kerja rumah ni semua sebenarnya tugas suami, bukan isteri! Lama-kelamaan isteri zarul pandai la berkemas. Bersih cantik sikit rumah. Sejuk mata memandang balik kerja.

Bab masak? Setiap hujung minggu zarul dan wife cuti. So kat sini zarul ajak wife zarul masak. Dari sesimple lauk sampai lah yang pada dia payah. Zarul gigih pasang wifi kat rumah, so biar isteri zarul ni boleh google jer ape yang dia nak masak.

Mula-mula masak memang lah, hangus lah, masin kedaung lah. Tapi lama-lama pergh..! Kalah master chef. So kat sini, bukan alasan tak pandai masak. Tapi rajin or tak Semua ada kat internet tu. Google jer la. Kat sini zarul nak pesan kepada suami-suami, bakal suami, kita ni sebagai pembimbing keluarga bukan setakat ketua keluarga. Isteri itu amanah dan anugerah yang paling bernilai. Kalau isteri tak tahu, ajar bukan kau herdik, kaki tangan naik. Dan jangan sesekali rasa menyesal dengan perkahwinan korang, sebab setiap yang berlaku tu telah ditulis dan terselindung berjuta hikmah dari-nya.

Lagi satu, jangan bising kalau duit hantaran mahal lah, tak macam zaman mak, nenek korang. Hello..! Ni dah tahun apa dan kau kene lah selari dengan zaman sekarang. Ingat kerja rumah semua tu tanggungjawab suami, isteri hanya perlu melayan suami sahaja. Jadi kalau wife korang tu tak reti buat kerja rumah sebenarnya bukan masalah. Tu kan kerja korang. Bukan kerja isteri.

Hargai lah isteri korang. Mungkin ada yang kurang mana-mana, manusia takda yang sempurna. Sebab tu kahwin tu untuk saling melengkapi. Btw, sekarang dah masuk 5 tahun usia perkahwinan kami, dan semakin bahagia. Sekarang zarul tengah tunggu kelahiran anak sulung kami. Doakan kebahagian kami berkekelan. Next time zarul akan share lagi nasihat untuk kebaikan bersama. okey!

Mak Mertua Belagak Sampai Letak Hantaran Ank 15 Ribu. Tapi Masa Malam Lepas Nikah Tu Suami Pelik. Terkedu Tengok Esok Pagi Isteri Muntah Muntah. Rupa Rupanya Ini Punca.

Gambar sekadar hiasan. Asalamualaikum , aku seorang lelaki dan juga seorang suami, aku berkahwin dengan wanita yang aku cintai. Wanita itu dulunya satu sekolah aku kami bercinta di zaman sekolah, banyak rintangan dan halangan dalam hubungan kami,

mak ayah isteri aku tidak berkenan dengan aku, sebab latar belakang kekuarga aku yang tidak elok.. Mak aku kuat bergaul, berkhayal, dan bebas kemana mana saja.. bapa aku pula jenis ambil barang, aku menjadi anak terbiar, namun aku sedikit pun tidak mewarisi kelakuan mak ayah..

Dari umur 15 tahun, aku bercinta dengan isteri aku, mertua menentang sekeras keras nya.. aku berjanji pada isteri aku, walau apa pun halangan aku tetap akan memperisterikan dia.. habis saja spm, kami sama sama melanjutkan pelajaran ke menara gading, dan sebelum kawin,

Alhamdulillah aku sudah mendapat kerja yang cukup baik, aku sudah mampu berumah tangga. Akhirnya aku melamar kekasih aku untuk bertunang.. mak ayah dia tidak setuju, aku merayu rayu dan melutut, walaupun aku dihina kerana status ibu ayah,

aku berjanji tidak akan seperti ibu dan ayah. Aku akan jaga tunang atau bakal isteri aku sampai bila bila.. Mertua aku setuju kami bertunang, namun dia tetap kan hantaran 15k untuk kami berkahwin, dan dalam tempoh masa bertunang, aku mesti berikan tunang aku rm 500 sebulan.

Dan masa yang diberi hanya 3 tahun.. Berat hati nak terima, namun demi cinta, aku sangup, walau pun aku kerja gov, gaji aku hanya rm 1500 kerana aku masih baru bekerja, aku juga masih tak mampu beli kereta dan rumah.. namun rezeki ada di mana mana.

selepas habis waktu bekerja, aku berniaga, aku buka gerai makan, share dengan kawan kawan, Alhamdulillah, boleh lah aku dapat dalam 2k sebulan.. Namun bagi aku semuanya tidak cukup, sebab aku kena kumpul 15k dalam masa 3 tahun dah dalam masa tu juga aku mesti beli rumah dan kereta,

Akhirnya aku terjebak dengan kerja tak elok, aku mengedar benda terlarang, dalam masa setahun saja, aku mampu beli rumah, kereta, dan aku mampu kumpul wang yang banyak, nasib berpihak pada aku, walaupun aku buat kerja tak elok, namun tiada yang tahu,

cuma tunang aku hairan kenapa aku mampu kumpul wang yang banyak? Aku cakap pasal tu dia jangan fikir, yang penting kami akan kawin secepatnya.. selepas 2 tahun aku buat kerja tak elok, aku berhenti, aku hanya bisnes gerai dan gaji aku pun dan cukup sebab simpanan aku dah banyak..

Pernah sekali aku terpaksa outstion selama 3 minggu, aku bagi tahu tunang aku, bila aku balik, aku akan memperisterikan dia, dia setuju dan kami sudah berbincang pada ibu dan ayahnya. Ibunya sempat menyindir aku, dah ada duit ke nak kawin?

Yakin ke awak tak mewarisi perangai teruk mak ayah awak? Aku cuma tertunduk saja.. Tiba lah masa yang di tunggu tunggu.. aku pun berkahwin dengan isteri aku, kami kawin simple sahaja, bajet dalam 5k. 10k lagi mertua aku ambil.

Aku tak tahu mereka buat apa dengan wang itu, yang paling menyedihkan, isteri aku sudah tiada dara, masa malam pertama, isteri aku sudah bagaikan ditebuk tupai, ini kah balasan yang aku dapat, bila aku tanya isteri, kenapa bila bersama terasa lain macam?

Isteri aku cakap mungkin faktor dia aktif bersukan. Aku iakan saja. Sebab aku sayng kat dia.. Lama kelamaan isteri aku semakin pelik, isteri pernah kantoi muntah muntah. Ada kah isteri aku hamil? Macam mana boleh hamil sedangkan kami baru bernikah?

Dipendek kan cerita, aku ada kawan bernama man, man adalah kawan kami dari sekolah dan kami bertiga bff dengan isteri aku, masa aku ot aku minta man jaga tunang aku masa tu, kebetulan kereta aku pancit tayar, aku tumpang kereta man.

Kebetulan aku dok belakang sebab ada kawan lain dok depan, aku pelik dengan kereta man, sebab kat belakang kereta man ada kerongsang isteri aku. Aku kenal sangat dengan kerongsang tu, tapi aku diam, aku ambil kerongsang tu senyap senyap..

Sampai dirumah, aku tanya isteri mana dah kerongsang yang selalu dia pakai. Bini aku mengelabah sambil menjawab ada sama mak dia, ok aku percaya isteri aku.. tapi makin hari isteri aku makin pelik, bila dia selalu muntah muntah aku ajak ke klinik dia tak nak..

aku cari kasut aku nak pakai untuk perjumpaan dengan kawan kawan. Kasut tu simpan atas almari, tak sangka aku terjumpa test preagnant kat atas almari, aku tak pasti tu siapa punya, kalau isteri aku punya kenapa dia senyap? Dan tak mungkin isteri punya sebab kami baru berberapa hari kawin..

Semuanya janji tanda tanya, namun aku menyembunyikan rasa curiga.. pertama aku nak cek adalah hp isteriku. Tapi tak boleh, sebab ada password. Bila isteri main hp aku pura pura tidur, dan aku senyap senyap tengok isteriku tekan apa.

Alhamdulillah akhirnya aku tau.. bila isteriku mandi, aku buka hp isteri aku, namun aku tak jumpa apa apa. Semua chat dah clear. Aku tak tau nak buat macam mana? Aku tak pasti isteri aku buat sesuatu yang tak elok berlakang aku atau tidak. Aku buntu..