Heboh Fedtri Yahya suarakan pendapatnya tak galakkan orang muda kahwin awal. Sekali ini respon warganet

Artis

TREND berkahwin di usia muda turut mendapat perhatian penulis lirik dan pengacara Fedtri Yahya yang menyuarakan pendapatnya mengenai isu tersebut.Fedtri atau nama sebenarnya Ahmad Fedtri Yahya menganggap perkahwinan di usia yang muda tidak sepatutnya menjadi ikutan memandangkan segelintir remaja sekarang tidak matang dan berkemampuan.

Malah Fedtri turut mendedahkan terdapat beberapa kes antaranya berpisah selepas dua minggu berkahwin disebabkan tiba-tiba berasa tidak bersedia dan memilih untuk berpisah setelah mempunyai anak kerana enggan tanggung komitmen.Fedtri menyuarkan pendapatnya menerusi laman Twitter.

“Tolonglah jangan ‘dakwah’ orang muda kahwin awal. Tak semua matang dan ‘berkemampuan’. Bila dah sedia, pasti mereka sendiri menuju ke arah itu.“Tak perlu berlumba siapa paling awal. Kalau tak sedia… akibatnya menyusahkan orang lain di kemudian hari. Kes satu… baru dua minggu kahwin dah nak berpisah sebab ‘baru rasa’ tak bersedia.

“Duit katering pun tak habis bayar lagi. Kes kedua, pelajar kolej e-mel ramai orang sebab perlu kahwin segera. Kita tanya sebab apa? Terlanjur ke? Dia kata tak. Hanya nak tegakkan agama melalui perkahwinan Smiling face with halo.“Saving dia ada baru RM170. Kes ketiga, dah ada anak tapi kemudian nak berpisah sebab tak suka komitmen sebab stres. Lebih senang hidup bujang. Habis, anak kau tinggal mcm tu je?” kata Fedtri.

Kalau tak sedia… akibatnya menyusahkan orang lain di kemudian hari.Personaliti TV yang berusia 40 tahun ini berkongsi pandangannya mengenai trend berkahwin di usia muda itu menerusi laman Twitter miliknya.Rata-rata Warganet turut bersetuju dengan pendapat Fedtri dan generasi muda sepatutnya belajar mengenai tanggungjawab selepas berkahwin sebelum mengambil keputusan untuk memiliki sebuah keluarga.

“Kalau bab kahwin laju je kaitkan fasal agama. Bab diri dia dengan Allah? Ramai sangat yang pandang remeh fasal perkahwinan ni. Ibu bapa pun sepatutnya nasihatkan anak-anak bagi kesedaran mengenai kehidupan sebenar perkahwinan.

Fedtri Kongsi 3 Kes

“Kes 1, baru dua minggu dah nak berpisah sebab ‘baru rasa’ tak bersedia. Duit catering pun tak habis bayar lagi.“Kes 2, pelajar universiti email ramai orang sebab perlu kahwin segera. Kita tanya sebab apa? Terlanjur ke? Dia kata tak. Hanya nak tegakkan agama melalui perkahwinan. Saving dia ada rm170 baru.“Kes 3, dah ada anak tapi kemudian nak cerai sebab tak suka komitmen sebab stress. Lebih senang hidup bujang. Habis, anak kau tinggal mcm tu je?,” kongsinya lagi.

Rata-rata warganet setuju dengan pendapat Fedtri mengenai trend kahwin di usia muda.“Setuju. Jangan semata-mata nak elak mksiat. Itu bukan cinta itu nfsu. Kalau kahwin sebab nafsu, perkahwinan itu takkan kekal. Bila isteri dah tak macam dulu, mulalah cari yang lain. Kalau cinta, selebet macam mana pun pasangan tu, kita tetap sayang.

“Daripada dakwah kahwin awal, lebih baik dakwah perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab, amanah dan komitmen,” komen beberapa warganet.Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan tersebut selain turut berharap agar orang diluar sana jelas mengenai perkara sedemikian.

Dalam pada itu, terdapat segelintir warganet yang meluahkan rasa tidak setuju kerana menganggap soal jodoh itu merupakan rahsia Allah.Sebelum ini, beberapa kisah mengenai anak muda yang masih bersekolah mendirikan rumah tangga menarik perhatian sehingga menjadi tular di laman sosial.

Terdahulu menerusi artikel dikongsi FreeMalaysiaToday.com, masalah kewangan dan kahwin ikut trend antara punca pasangan muda berpisah.
Pakar ekonomi yang juga Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Mohammad Shatar Sabran, berkata, antara punca perpisahan dalam kalangan pasangan muda ialah mereka menjadikan perkahwinan sebagai trend tanpa mempunyai perancangan kewangan kukuh dan pasangan terlalu muda.

Beliau berkata, tempoh kematangan sosial bagi wanita ialah 23 tahun dan lelaki pula 25 tahun, tetapi jika mereka berkahwin sebelum usia itu, berkemungkinan akan berlaku perpisahan.“Secara majoriti, situasi kewangan keluarga buat golongan ini masih dalam keadaan tidak stabil. Mereka berkahwin hanya kerana ingin mengikut trend, iaitu kawin muda, mengikut ajakan kawan dan yang paling utama terpengaruh dengan media sosial,” katanya.

Beliau berkata, perkahwinan tidak seharusnya dipandang sebagai cara menghalalkan hubungan saja.“Seharusnya golongan muda mempersiapkan diri dan memikirkan perkahwinan memerlukan kasih sayang, kebahagiaan, pengorbanan dan tanggungjawab,” ujarnya.

‘Saya nak kahwin muda sebab takut tidur sorang

TAKUT tidur seorang antara alasan pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun di daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia ini untuk berkahwin pada usia muda.Pasangan berkenaan yang tidak dinamakan dan masih bersekolah menjadi tular di media sosial selepas mereka mendaftarkan untuk berkahwin baru-baru ini.

Surya.co.id melaporkan, pasangan itu datang ke Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng Khamis lalu untuk mengikuti Kelas Bimbingan Perkahwinan dan mendapatkan pendaftaran perkahwinan.Permohonan perkahwinan pasangan itu pada mulanya ditolak kerana usia mereka terlalu muda tetapi selepas membuat rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng, permohonan mereka diluluskan.

Menurut undang-undang di Indonesia, usia minimum untuk berkahwin bagi perempuan adalah 16 tahun, sementara lelaki 19 tahun.Ketika ditanya alasan mahu berkahwin, remaja perempuan itu berkata, dia bukan dipaksa kerana berbadan dua, tetapi keinginan mereka sendiri.Selain itu dia turut memberitahu takut tidur seorang kerana sering ditinggalkan sendirian di rumah selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya kerap ke luar daerah untuk urusan perniagaan.

“LEBIH bagus jika mereka (anak) menamatkan persekolahan terlebih dahulu sebelum (membenarkan) mereka berkahwin,” demikian saranan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.Beliau berpendapat, keputusan ibu bapa membenarkan anak mereka berkahwin pada usia terlalu muda tidak banyak membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya boleh menimbulkan masalah lain.

“Ada antara ibu bapa hidup dalam kedaifan memberi alasan membenarkan anak mereka berkahwin pada usia belasan tahun kerana mahu memberi peluang kepada mereka membina kehidupan lebih baik.“Sebenarnya ini bukanlah jalan penyelesaian terbaik, kalau kita dalam kesusahan sekali pun, jangan mengambil tindakan seperti ini, sebaliknya mereka (ibu bapa) terlebih dahulu boleh memohon pelbagai bantuan disediakan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Pendidikan adalah perkara terpenting untuk anak dan biarlah mereka menghabiskan dahulu persekolahan…tidak kisahlah anak itu lelaki atau perempuan, beri peluang mereka belajar sekurang-kurangnya sehingga tamat persekolahan menengah,” katanya ketika dihubungi di Kuantan.Beliau turut mengakui kurang selesa jika melihat anak muda berkahwin dengan lelaki atau perempuan lebih berusia.

Katanya, walaupun undang-undang membenarkan perkahwinan antara lelaki atau perempuan berusia 16 tahun di Pahang, namun ia tidak bermakna perkara itu boleh dijadikan alasan.“Saya tidak berapa suka dengan perkahwinan (muda) ini… perkara ini bukanlah sesuai untuk semua, cuma kadang-kala ia (perkahwinan) terpaksa dilakukan atas alasan tertentu antaranya seperti terlanjur sebelum mempunyai ikatan sah dan terjebak dalam pergaulan terlalu bebas.

“Kita tidak boleh menjadikan perkahwinan di usia muda sebagai perkara membebankan, sedangkan agama Islam itu sendiri untuk memudahkan penganutnya,” katanya.Abdul Rahman menjelaskan, walaupun terdapat peruntukan undang-undang, mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di bawah usia dibenarkan perlu mendapatkan kelulusan daripada Mahkamah Syariah.

Beliau turut menyarankan pasangan ingin melangsungkan perkahwinan mendapatkan maklumat tepat selain mencari keserasian terlebih dahulu dengan pasangan, sebelum membuat keputusan muktamad.Mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2005 Negeri Pahang, had umur untuk berkahwin ditetapkan pada usia 16 tahun ke atas bagi lelaki dan perempuan.Kerajaan negeri sebelum ini tidak berhasrat untuk menaikkan had umur berkenaan kepada 18 tahun seperti dicadangkan Kerajaan Persekutuan memandangkan perkahwinan bawah umur di negeri ini terlalu sedikit dan bukan isu.

Berkahwin Sehari Sebelum PKP 2.0 Dikuatkuasa. Pasangan PKP 1.0 Buat Keputusan Nikah Dalam Masa Kurang 3 Jam Dan Menarik Sekali Pakai Baju Kerja

Izatul (kiri) dan suami (dua, kiri) ketika akad nikah di pejabat agama. (gambar kecil) Izatul dan suami mula memakai baju kerja pada hari pernikahan.PENGUMUMAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri selama dua minggu bermula 13 Januari, berikutan peningkatan kes Covid-19 ternyata menggemparkan banyak pihak.Antara golongan yang cemas dengan pengumuman yang dibuat pada Isnin lalu adalah bakal pengantin yang membuat perancangan melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat.

Seperti pasangan ini yang membuat keputusan untuk berkahwin sehari sebelum PKP dikuatkuasa, namun kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan memakai baju kerja ketika akad nikah dilakukan.Pengantin perempuan, Nurul Izatul Israq Abu Hashim berkata, dia dan suaminya Mohd Shah Rezza Arbaei, 34, sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 1 Februaru depan.

Urusan akad nikah diwalikan oleh bapa Izatul (kanan).Namun wanita berusia 29 tahun itu memberitahu, peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini membimbangkan mereka untuk meneruskan majlis perkahwinan.”Jadi, saya telefon pejabat agama pada tengah hari Selasa sehari sebelum PKP dan bertanya apakah pilihan yang kami ada, termasuk kemungkinan akad nikah akan ditunda.

“Kami mempunyai gambaran PKP ini mungkin memberi kesan kepada tarikh perkahwinan kami. Selepas mengadakan perbincangan bersama keluarga dan tunang (kini suami), kami nekad untuk dipercepatkan akad nikah… pada hari itu juga,” katanya kepada mStar.Lebih mesra disapa Izatul, katanya, pada hari berkenaan dia sebenarnya bekerja di sebelah pagi, manakala tunangnya akan memulakan tugasan di sebelah petang.

(dari kanan) Bapa Izatul, suami, Izatul dan dua saudara Izatul di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.“Pukul 12.30 tengah hari saya call pejabat agama, pukul 1 petang saya bertolak dari tempat kerja di Seri Kembangan di Serdang, Selangor untuk jemput tunang di Sepang, Selangor.”Selepas ambil tunang, dia menghubungi pejabat agama untuk tempah slot akad nikah. Syukur, kami dapat slot pukul 3.30 petang hari yang sama,” ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Kerana kesuntukan masa, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, mereka tidak memikirkan soal busana pengantin yang sepatutnya dipakai pada majlis nikah.”Saya pakai baju kerja dan tunang pun dah siap-siap pakai baju kerja. Sebab nak bernikah petang tu, kami ambil cuti kecemasan (EL),” ujar Izatul sambil menambah bapanya sebagai wali nikah datang ke Sepang dari Kuala lumpur secara berasingan.Setibanya di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Izatul dan tunangnya terkejut apabila melihat ramai pasangan bakal pengantin lain yang hadir bersama keluarga masing-masing.

“Masing-masing tunggu giliran bernikah. Kami lebih terkejut bila tengok semua bakal pengantin siap berbaju kurung dan Melayu putih, sedangkan kami hanya pakai baju kerja.”Memang kami rancang pakai busana pengantin bila bernikah 1 Februari. Tapi kami pakai je baju kerja, tambahan pula baju kurung saya masih belum siap dijahit di butik, manakala baju Melayu tunang pula belum sempat hantar untuk alteration (ubah suai).

“Masa tu kami berdua tanya antara satu sama lain okay ke ni? Tapi sebab fikir nak nikah, jadi tak kisah pun bernikah pakai baju kerja.”Masa tunang masuk bilik nak hantar borang permohonan nikah, pegawai tanya siapa pengantinnya, tunang jawab saya. Lepas tu dah siap-siap semuanya, kami jawab sudah pakai baju ni saja,” ujarnya secara berseloroh.

Izatul (kiri) dan suami mula mengenali pada April lalu ketika pelaksanaan PKP 1.0.Eksekutif jualan itu bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya ketika urusan akad nikah kerana momen penting itu tidak dihadiri oleh ibu tersayang.”Kerana semua dilakukan pada saat akhir, hanya ayah saya dan saudara yang tinggal di Sepang saja hadir kerana keluarga tunang di Bahau, Negeri Sembilan.

“Masa akad nikah tu, saya sedih teringat ibu… tunduk pandang bawah sebab menangis dan hanya mampu pegang tangan sendiri untuk cuba bertenang.”Syukur Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Tak sangka, kami mula kenal menerusi aplikasi sosial ketika PKP 1.0 pada April 2020, pertama kali jumpa bulan Julai dan bertunang pada Disember tahun yang sama, sekarang nikah sehari sebelum PKP 2.0. Tak sangka dapat slot untuk nikah pada saat akhir.”Kami merancang untuk mengadakan resepsi apabila keadaan (kes Covid-19) bertambah baik dan sekiranya diberi kelonggaran untuk berbuat demikian. Masa tu memang kami akan pakai baju pengantin,” katanya.

Bukan Setakat Rajin Berbisnes Malah Ada Bakat. Ramai Sebak Lihat Remaja Jual Fries Feeling Habis Sambil Nyanyi Lagu Yonnyboii

Peniaga kentang goreng ini meraih perhatian ramai dengan video nyanyiannya di TikTok.NYANYIAN penuh emosi seorang remaja berusia 19 tahun ternyata meraih perhatian warganet.Buktinya, beberapa video nyanyian Adam Nuqris Ahmad Kamarulzaman menerima ratusan ribu jumlah tontonan dalam masa singkat.

Paling popular tentunya apabila dia menyanyikan lagu Salahku dendangan asal Yonnyboii.Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Adam mendedahkan sukar untuk percaya bahawa namanya kini menjadi sebutan ramai menerusi aplikasi itu.

“Saya memang suka menyanyi dari dulu. Tapi tak pernah masuk pertandingan. Biasanya nyanyi dalam tandas atau dalam kelas.”Gitar pula saya belajar dengan kawan-kawan je. Tak pernah belajar secara profesional. Saya juga baru je berjinak-jinak dengan TikTok.

Adam mula aktif di TikTok pada Disember lalu.“Saya mula post cover lagu pada Disember lepas. Saya terkejut bila lagu cover Yonnyboii dapat perhatian ramai,” ujarnya.Dedah Adam, dia cukup terharu dengan sokongan yang diterima menerusi aplikasi itu dan menganggap ia sebagai satu rezeki buatnya.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan memuji nyanyian penuh penghayatan dan emosi serta ada mengakui sebak mendengar suaranya.Menurut Adam lagi, dia tidak menolak seandainya diberi peluang mengembangkan kerjaya seni suatu masa nanti.

“Saya terharu dengan sokongan semua orang. Saya anggap mereka semua macam geng saya je. Terharu sebab saya bukan sesiapa pun.Kalau ada yang komen negatif tu, saya tak ambil hati. Saya ikut flow je. Jika ada tawaran untuk masuk industri muzik, saya juga terima.”Saya baru nak bermula, apa je peluang saya akan terima,” ujarnya yang meminati penyanyi Alif Satar.

Adam berniaga bersama sahabatnya sejak PKP.Tambah Adam, dia juga akan memulakan saluran YouTube tidak lama lagi untuk berkongsi video-video nyanyian yang sebelum ini hanya dimuat naik di Instagram dan TikTok.Bercerita mengenai dirinya, Adam merupakan seorang peniaga kentang goreng bersalut keju bakar di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menurut remaja itu, perniagaan berkenaan dilakukan bersama rakannya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu.Nyanyian penuh emosi Adam menerima pujian ramai.Selain bakat nyanyian dan memasak, Adam juga berkebolehan dalam bidang dandanan dan pernah bekerja sebagai tukang gunting rambut sewaktu berusia 18 tahun.”Dulu masa kerja barber, kalau tak ada customer saya akan menyanyi. Sekarang saya buat perniagaan dengan kawan pula.”Jual fries tu mula-mula depan rumah je, kemudian kami buka kedai pula,” ujarnya lagi.

Sifat Kawannya Ini Dipuji Oleh Warganet. Dia Sering Memasak Makanan Istimewa Untuk Kawan Kawannya Di Rumah Sewa Mereka Sehinggakan Masaklah Makanan Apa Pun Dia Boleh Buat.

Syahmie menyifatkan Farizuan sebagai rakan serumah yang cukup baik. Dikurniakan rakan serumah yang baik juga boleh dianggap sebagai satu rezeki. Di Twitter misalnya,warganet kagum melihat perkongsian seorang jejaka mengenai rakan serumahnya yang rajin memasak.

Menurut Mohammad Syafi Syahmie Abdul Samat, 25, dia bersyukur apabila rakan serumah yang dikenali sejak tujuh tahun lalu itu tidak lokek berkongsi rezeki sepanjang menyewa bersama di Gombak, Selangor. Ujarnya, dia dan Mohd Farizuan Abdullah yang digelar ‘housemate kiriman Tuhan’ mula menyewa bersama dengan dua lagi rakan yang lain selepas mereka menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun lalu.

“Kami dah kenal dari tahun 2013. Baru habis belajar tahun lepas, kami ambil keputusan untuk menyewa bersama. Selain saya dan Farizuan, ada dua lagi rakan kami dalam rumah tu. Walaupun berbeza jurusan, kami berempat sekarang bekerja sebagai pegawai bank di bank yang berbeza. Sekarang Farizuan banyak kerja dari rumah. Jadi dia selalu masak sendirian. Habis masak dia akan post dalam grup untuk ingatkan kami supaya jangan lupa makan. Sebelum ni pun kami selalu masak sama-sama kalau berkelapangan. Kami juga akan bantu mengemas,” katanya kepada mStar.

Antara masakan yang dihasilkan pemuda dari Kelantan itu.

Mesra disapa Syahmie, dia mendedahkan rakannya yang sebaya itu sememangnya berkebolehan dalam bidang masakan sejak dulu lagi. Malah, Farizuan bukan sahaja berkebolehan membuat juadah tempatan, sebaliknya turut menguasai resepi masakan barat.

Sebenarnya rakan serumah yang baik bermula dengan diri kita sendiri. Kalau kita nak kawan yang baik, kita sendiri kena baik.

“Dia orang Kelantan, memang rajin masak. Dulu kat universiti, saya dengan dia pernah masuk pertandingan memasak. Kami jadi juara. Saya pun boleh masak tapi tak sehebat dia. Minta masakan apa pun mesti dia boleh buat. Memang hobi dia. Dia nak masak apa-apa, kadang-kadang tak perlu tengok resepi. Rasa bertuah sangat, apa yang kita nak makan, mesti dia boleh masak. Dia belajar dengan mak dia. Antara yang paling saya suka, ayam percik Kelantan dengan spaghetti carbonara,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Syahmi berkata dia sama sekali tidak menyangka posting mengenai sahabatnya itu akan tular sehingga menerima lebih 20,000 ulang kicau (Retweet). Selain komen pujian, ramai warganet turut berkongsi kisah suka duka bersama rakan serumah masing-masing.

Paparan perbualan WhatsApp antara Farizuan serta rakan serumah yang lain tular di Twitter.

“Saya pun terkejut bila ia viral. Saya cerita pada Farizuan, ada orang di Twitter minta resepi dan sebagainya. Dia seorang yang pemalu, Twitter pun dia tak ada. Hanya ada Facebook. Ramai juga yang komen cerita perangai housemate masing-masing. Semua cerita yang dikongsi tu saya anggap sebagai satu pengalaman baharu bagi saya,” ujarnya lagi.

Malah, Syahmie juga sempat menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana agar dapat hidup harmoni bersama rakan-rakan serumah. “Sebenarnya rakan serumah yang baik bermula dengan diri kita sendiri. Kalau kita nak kawan yang baik, kita sendiri kena baik. Semua berbalik pada diri kita sendiri. Kalau kita prihatin, InsyaAllah mereka juga akan prihatin dengan kita,” ujarnya lagi.

Persis Seorang Remaja Biarpun Usia Sebenarnya Menghampiri Angka 30. Jejaka Awet Muda Ini Dedah Rahsia Dia Rajin Ke Dapur

AKSI bersahaja jejaka ini memasak sambil tersenyum ternyata mengundang perhatian ramai.Selain Facebook dan Instagram, Mohd Shafiq Zulkarnain, 28, turut berkongsi video-video masakan ringkas menerusi aplikasi TikTok.

Bercakap kepada mStar, penjawat awam yang bertugas di ibu negara itu mengakui sudah meminati bidang masakan sejak di bangku sekolah rendah lagi.”Saya bukan tukang masak, ia sekadar hobi. Saya suka kongsi dengan orang cara memasak yang mudah, khususnya untuk orang bujang.

“Apa yang saya tunjukkan biasanya masakan yang boleh dibuat dengan bahan-bahan yang ada di rumah. Cmpak-cmpak je.Shafiq mula belajar memasak sejak kecil lagi.“Memang dari kecil diajar memasak dan berdikari. Sewaktu saya usia 10 tahun, ayah jatuh sakit. Mak pula keluar bekerja, jadi saya kena masak sendiri. Mak ajar saya memasak,” ujarnya.

Dengan ilmu itu, dia dengan sendiri meneroka bakat yang ada sehingga mampu menghasilkan pelbagai resepi.Ujar Shafiq, sambal garing hasil air tangannya cukup digemari rakan-rakan sehingga ada yang meminta untuk membelinya.

“Paling disukai sambal garing saya. Saya buat dan bagi pada kawan-kawan pejabat, ada pula yang minta supaya dijual.”Walaupun jual, saya tetap tak lokek kongsi resipi sambal tu dengan mereka. Saya banyak hasilkan lauk-pauk kampung.”Antaranya asam pedas. Kek buah dan biskut pun saya buat. Masa raya hari tu, saya buat dalam 20 jenis biskut,” ujarnya yang bekerja sebagai Pegawai Sains DNA Forensik.

Selain aneka juadah yang mudah, video yang dikongsi jejaka berasal dari Melaka itu turut meraih tumpuan ramai kerana paras rupanya.Ada segelintir pelayar media sosial turut mengusik mengenai rupa paras dan status dirinya.Kata Shafiq, dia tidak terlepas menerima usikan manja yang bertanyakan mengenai status dirinya.

“Ada yang puji paras rupa, kata saya ada pakej lengkap sebab boleh memasak.”Saya juga terima mesej-mesej yang nak kenalkan saya dengan anak mereka, kakak mereka dan sebagainya.”Saya juga tak terlepas menerima kritikan. Ada yang tegur sebab memasak pakai seluar pendek. Ada pula yang tegur sebab saya tak pakai sarung tangan.

“Tapi saya ambil kritikan dari sudut positif, saya tak ambil hati,” ujarnya yang masih bujang.Dalam pada itu, Shafiq juga sering ditanya mengenai petua awet muda memandangkan wajahnya kelihatan persis seorang remaja biarpun usia sebenarnya menghampiri angka 30.”Tak ada rahsia. Saya jalani kehidupan dengan gembira dan ceria. Saya suka senyum. Itu sahaja amalan saya.”Sewaktu masak pun saya suka senyum sambil pandang kamera,” ujarnya lagi.