Heboh tentang TokTi hamil lagi ank kedua. Setelah sekian lama berteka teki akhirnya TokTi tampil bongkarkan sesuatu buat warganet terkedu. Rupa rupanya ini yang TokTi bongkarkan.

Artis

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 41, meminta peminat mendoakan semoga impiannya menimang cahaya mata kedua menjadi kenyataan. Mengulas spekulasi mendakwa sudah berbadan dua, Siti, 41, berkata dia tidak akan menyembunyikan berita gembira apabila tiba masanya nanti.

“Doakan semoga hasrat saya untuk kembali hamil menjadi kenyataan. Insya-Allah, apabila betul-betul berlaku, saya akan berkongsi berita gembira dengan peminat,” katanya secara eksklusif kepada BH Online. Mengulas kelibatnya yang jarang kelihatan dalam pelbagai acara berbanding sebelum ini, penyanyi yang sedang meledak menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu menegaskan jadual hariannya masih sama.

“Ada ketika, saya buat kerja dari rumah sambil melayan Siti Aafiyah. Jika ada tugasan yang memerlukan saya berada di pejabat atau lokasi lain, saya tetap keluar. “Saya ada dan tak hilang ke mana pun,” ujarnya. Spekulasi mengenai kehamilan penyandang trofi Anugerah Seri Perak,

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 itu mula diperkatakan berdasarkan reaksi spontan anaknya yang menyebut ayat ‘Aafiyah nak baby ni’ menerusi sesi siaran langsung menerusi Instagram (IG) penyanyi bersuara lunak merdu itu, baru-baru ini.

Tindakan Siti Aafiyah mencium perut Siti berulang kali juga seakan memberi bayangan yang ibunya kini berbadan dua. Pada Julai lalu, BH pernah melaporkan yang isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu tidak berhasrat menangguhkan keinginan memiliki cahaya mata kedua biarpun kerjaya seninya kembali rancak dengan kemunculan album terbaharu berjudul ManifestaSITI2020.

Pada Februari lalu, Siti menjalani operasi kecil di sebuah pusat perubatan swasta sebagai persediaan untuk mengandung. Prosedur itu perlu dilakukan bagi menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya ketika mengandungkan Siti Aafiyah, tiga tahun lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media

Sumber : Berita Harian

Siti tak rela tangguh impian untuk dapat anak kedua

IMPIAN penyanyi ternama Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menimang cahaya mata kedua tetap diteruskan walaupun kerjaya seninya kembali aktif dengan pelancaran album solo studio ke-18 berjudul ManifestaSITI2020.

Siti berkata, dia tidak berhasrat untuk menangguhkan impian berkenaan memandangkan sudah cukup bersedia ke arah itu. “Usaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua akan tetap diteruskan seperti apa yang pernah saya kongsikan sebelum ini.

“Sama ada menerusi kaedah rawatan ataupun secara normal, hasrat ini tetap ada kerana saya sudah lama bersedia. “Bagi saya, kerja tetap perlu berjalan dan hal keluarga pun mesti diteruskan. Lagipun, saya bukan semakin muda. Buat apa nak tangguh-tangguh,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album ManifestaSITI2020, baru-baru ini.

Pada Februari lalu, Siti menjalani operasi kecil di sebuah pusat perubatan swasta sebagai persediaan untuk dirinya hamil lagi. Prosedur itu perlu dilakukan kerana Siti mengguna kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya ketika mengandungkan Siti Aafiyah, tiga tahun lalu.

Sebelum ini, Siti juga menyatakan hasratnya untuk menimang anak lelaki pula. “Kalau boleh nak sepasang iaitu lelaki pula lepas ini. Lagi pun, dah ada perempuan. Tapi, saya tetap berserah kepada Allah. “Apa pun yang Allah berikan, saya bersyukur. Asalkan Allah izin saya hamil, saya terima saja sama ada anak lelaki atau perempuan,” katanya.

Mengejutkan timbul kembali spekulasi warganet tentang kehamilan Datuk Siti Nurhaliza bila ternampak petunjuk melalui perbuatan anaknya Aafiyah. Rupanya ini yang Aafiyah buat sampai warganet buat andaian mereka.

Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza ada memuat naik satu rakaman video ketika sedang membuat promosi produk makanan kesihatan milikya, baru-baru ini. Menerusi rakaman tersebut, gelagat comel anaknya, Siti Aafiyah yang kelihatan beberapa kali cuba mencium perut Ibunya mendapat perhatian wargamaya. “BEAUSITI KONGSI KAYA 2.0 DM @beausitiofficial untuk join telegram BEAUSITI KONGSI KAYA 2.0 SUPPORT GROUP & dapatkan link anda dengan hanya mengikuti langkah2 yg telah diberikan dalam telegram! Jom JANA PENDAPATAN TANPA MODAL hanya dengan BEAUSITI,” tulisnya pada ruangan komen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat secara tak langsung cuba meneka dan membuat spekulasi bahawa bintang kesayangan ramai kini sedang hamil anak kedua. Sekadar informasi, Tok Ti selamat bergelar ibu kepada Aafiyah pada 19 Mac 2018 selepas mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006. Sebelum ini, Siti ada menyatakan kesediaannya untuk hamil sekali lagi sementelah puteri sulungnya itu sudah mencecah usia lebih 2 tahun.

Sumber: Media Hiburan

Terkejut betul dengan spekulasi warganet tentang sesuatu ini. Kini Datuk Siti Nurhaliza tampil beri penjelasan mengenai sangkaan warganet itu. Rupa rupanya ini perkara sebenar.

Apa sahaja yang dilakukan oleh penyanyi nombor satu negara Datuk Sri Siti Nurhaliza sudah pasti menjadi buah mulut wargamaya.  Daripada lagu-lagu popular, keluarga tercinta, aktiviti berbasikal serta penampilan terbarunya, boleh dikatakan mata-mata peminat begitu tertarik.  Terkini, warganet mendakwa pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu ini hamil anak kedua semakin menjadi-jadi di laman sosial. 

Selepas melancarkan album terbarunya ManifestaSITI 2020 dan menyiapkan beberapa buah video muzik, Tokti memaklumkan dirinya mahu berehat untuk memberi tumpuan kepada perancangan mendapat anak kedua. Menerusi satu temubual ketika membuat penampilan istimewa di sebuah klinik kecantikan, Tokti menyatakan usaha untuk mendapatkan anak kedua tidak akan berhenti selagi dikurniakan rezeki itu. 

Untuk fokus pada kehamilan, sesorang itu perlu tenang, relaks, tidak memikirkan perkara-perkara yang mendatangkan serabut kepala. Bukan sahaja aktiviti seni, Tokti juga dilihat kurang aktif melakukan aktiviti berbasikal seperti kebiasaannya. Tetapi apa yang peminat perlu faham, Tokti bukannya menghilang. Dia cumae mengurangkan tumpuan pada aktivitvi seni dan menghabiskan masanya untuk diri sendiri. Apa yang diperlukan sekarang Tokti adalah ruang untuk dia berehat dan menjalani rawatan yang sepatutnya. 

Bagaimana warganet dengan mudah membuat spekulasi hanya berdasarkan sebuah gambar yang tular di laman sosial berbanding memberikan penyanyi kesayangan negara ini masa dan ruang yang diinginkan.  Mendoakan rezeki dirinya hamil anak kedua dan diberikan kesihatan di tahap yang terbaik adalah apa yang Tokti perlukan daripada semua. Kami pasti jika kehamilan kedua itu berhasil, Tokti akan berkongsi sendiri berita baik itu bersama dengan para peminat tetapi buat masa sekarang, hentikan sebarang spekulasi yang boleh menyebabkan salah faham. 

Tokti sebelum ini pernah mengalami kegug0r4n pada November 2015.  Pada tahun 2017, Tokti, 41, membuat pengumuman tentang kehamilan dirinya setelah 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, 61.  ‘Sweet couple’ ini bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.- GEMPAK

Konsert ‘virtual’: Siti Nurhaliza dapat rasa keistimewaannya

IMPAK pandemik Covid-19 memberi kesan besar terhadap industri muzik. Pada peringkat awal, ia seperti ‘melumpuhkan’ industri muzik apabila sebarang konsert dan persembahan membabitkan ramai penonton tidak dibenarkan.

Namun, amalan norma baharu membuatkan industri muzik kembali bernafas apabila penyanyi kembali berpeluang mengadakan konsert walaupun ia secara maya atau ‘virtual’. Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza menganggap konsert secara maya adalah satu langkah terbaik buat masa sekarang dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Siti yang baru-baru ini muncul menerusi konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool dan sebelum itu pernah mengadakan persembahan bagi mengutip sumbangan untuk Dana PKP Siti Nurhaliza berkata, konsep norma baharu itu sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang bekerja dalam industri muzik.

“Bagi saya, konsert maya ada keistimewaannya juga kerana golongan artis atau penyanyi masih dapat membuat persembahan serta menghiburkan peminat walaupun tidak secara berdepan. “Persembahan dalam norma baharu ini adalah satu usaha bagi menyemarakkan lagi industri muzik kerana baik penyanyi, pemuzik, penyanyi latar, penerbit ataupun karyawan belakang tabir dapat meneruskan pekerjaan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini, perasaan janggal membuat persembahan di depan penonton secara maya hanya muncul di peringkat awal. “Pada peringkat awal saja kita berasa sedikit janggal, tetapi apabila sudah mula menyanyi dan melihat reaksi dan sambutan penonton di skrin (aplikasi Zoom), semuanya berlangsung seperti biasa.

“Menyanyi tanpa penonton di hadapan secara langsung tetapi ditonton menerusi YouTube atau Zoom serta dapat berinteraksi menerusi panggilan video, perbualan ‘online’ dan sebagainya membuatkan saya harus lebih peka, kreatif serta berusaha lebih supaya setiap penonton tetap berpuas hati dan terhibur. “Sewaktu menjayakan persembahan, saya merasakan peminat atau penonton seolah-olah ada di hadapan dan mereka bertepuk tangan, bersorak serta memberi respon kepada pertanyaan saya,” katanya.

Tak perlu basikal mewah

PENGHIBUR terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 41, dengan aktiviti sukan berbasikal bukanlah perkara baharu. Sejak beberapa tahun lalu, Siti sudah mula aktif. Namun, pada tahun lalu pembabitan penyanyi lagu Cindai dan Nirmala ini makin mendapat perhatian apabila beliau didapati sering menyertai pertandingan dan program berkaitan acara berbasikal.

Bahkan, apa yang pernah menjadi tumpuan warganet di media sosial ialah harga basikal milik Siti yang didakwa berjumlah puluhan ribu ringgit dan turut disamakan dengan harga sebuah kereta. Mengulas aktiviti sukan diceburi itu bertaraf mewah, Siti berkata sebenarnya tidak perlu membeli basikal yang berharga mahal pada awal pembabitan. Katanya, beliau pun bermula dengan basikal yang ‘basic’.

“Saya pun ada basikal ‘basic’ di rumah. Cuma, apabila semakin mahir dan seronok menunggang maka teringin pula nak beli yang baharu. Apatah lagi, saya pula suka menyertai acara berbasikal. “Rasa seronok dibuatnya apabila dapat mencabar diri menunggang basikal mendaki bukit. Malah, ditemani pula suami dan anggota keluarga lain,” katanya.

Menurut Siti, jika betul-betul meminati aktiviti berbasikal tak perlu mengikut cara orang lain terutama harus memiliki basikal mahal. “Paling utama untuk aktiviti berbasikal ini, kena pastikan stamina fizikal mesti kuat. Begitu juga dengan mental. Tak guna basikal dah mahal, tapi stamina kaki mengayuh masih kurang.

“Tidak terkecuali, kita harus betul-betul minat nak berbasikal dan bukan terikut-ikut orang lain. Barulah diri gembira dan seronok melakukannya,” ujarnya. Siti berkata beliau bertuah kerana suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa juga sangat meminati aktiviti berbasikal itu dan mereka saling menyokong.

Ujarnya, suami juga banyak membantunya menimba ilmu dan berkongsi pelbagai maklumat terkini yang menarik mengenai basikal. Justeru, sempena sambutan ulang tahun perkahwinan yang ke-14 Siti dan suami pada 12 Ogos ini yang diraikan mereka agak awal, diadakan acara CTDK Fraser Hill Ride, semalam.

Mengakui apa yang sangat membahagiakannya adalah mempunyai banyak masa bersama suami di sisi, Siti berkata acara berbasikal itu turut disertai pasukan Kelab Berbasikal CTDK. Menurut Siti lagi, hingga kini kelab berkenaan sudah mempunyai lebih 30 ahli pada kalangan peminatnya dan mereka yang menggemari aktiviti sukan berbasikal. Sehubungan itu, Siti dan suami bertemu jodoh pada 2006 dan selepas 11 tahun hidup bersama mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah, kini berusia dua tahun.

Faktor nama kekal harum

WALAUPUN kini negara dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat Covid-19, kita masih belum menang. Malah, kes baharu dicatat setiap hari ada turun dan naiknya hingga angka dua digit. Ternyata, sukar membuat ramalan bila ancaman Covid-19 berakhir.

Seiring penularan pandemik yang belum berpenghujung, industri hiburan tanah air juga tak kurang hebat muncul dengan pelbagai cerita. Sebagai pengamal media arus perdana, setiap berita ditulis berkaitan penggiat seni sama ada pelakon, penyanyi, pengarah, penerbit dan sebagainya tetap berlandas fakta.

Cuma apa yang diutamakan pada perkongsian berita hiburan itu lebih kepada kisah peribadi, gosip, sensasi semasa dan kerjaya. Apapun, selama terbabit dalam penulisan berita hiburan ini diakui kebanyakan pengamal media sangat menghormati penghibur ternama tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siti yang sudah 25 tahun membina nama dalam kerjaya seni, tidak pernah melatah apatah lagi melenting apabila kisah peribadinya lebih menjadi perhatian. Dari awal pembabitan beliau sebagai penyanyi pada 1995, kemudian ketika di alam percintaan dan berumah tangga hingga kini baharu memiliki cahaya mata selepas 11 tahun menunggu, Siti tidak pernah mempersoalkan penulisan media.

Walaupun suatu ketika dahulu ada sahaja berita mengenainya yang ditulis lebih kepada gosip dan cerita sensasi berbanding perkembangan karier, beliau sentiasa positif. Ini kerana sebagai figura yang menjadi perhatian ramai, Siti memahami betapa cerita peribadi mengenai dirinya yang ingin diketahui peminat selain kerjaya.

Malah, belum pernah Siti membuat perkongsian di media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter bertanya kenapa kisah peribadinya yang lebih ditulis selama ini. Padahal, ada pelbagai program hiburan dihadiri beliau termasuk sesi fotografi dijayakan namun kisah ditulis tetap pada sisi peribadinya.

Tahap profesional yang tinggi pada diri Siti membuatkan beliau disenangi. Justeru, tidak hairan apabila nama dan bakatnya mampu bertahan lama dan kekal jadi perhatian. Justeru, dalam soal ini berita hiburan walaupun berkaitan kisah peribadi yang lebih banyak ditulis, ia tetap satu publisiti buat selebriti.

Apapun, semoga Siti terus maju jaya dalam kerjaya seninya termasuk sentiasa bahagia serta gembira selalu di sisi keluarga tersayang. Selamat ulang tahun perkahwinan ke-14 pada hari ini. Selain itu, baru-baru ini juga industri hiburan dikejutkan dengan aktiviti plagiat beberapa filem tempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Filem seperti Town Mall, Ada Apa Dengan Dosa (AADD) dan Keluarga Iskandar The Movie yang ditayang Astro First menjadi mangsa cetak rompak. Sangat menyedihkan apabila kos untuk pembikinan filem yang menelan belanja mencecah ratusan ribu hingga jutaan ringgit oleh penerbit, akhirnya karya itu dijual pada harga serendah RM1.

Malah, perkhidmatan jualan kepada pelanggan pula dibuat pihak tidak bertanggungjawab itu menerusi platform e-dagang terkenal. Situasi yang berlaku ini membuatkan penerbit filem terbabit berang dan salah seorangnya ialah Datuk Ayu Puteh yang menerbitkan filem AADD.

Ayu yang juga pemilik produksi Pencil Pictures & Records Sdn Bhd mendedahkan pihaknya bakal menyaman platform e-dagang terkenal itu sebanyak RM50 juta. Sehubungan itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pula memaklumkan siasatan dibuat berhubung filem tempatan dicetak rompak secara dalam talian. Semoga isu ini dapat diselesaikan segera, berikutan hal membabitkan cetak rompak sudah lama berlaku dalam industri dan hingga kini belum berupaya diselesaikan.