16 Sep hari jadi Sandra. Ibu terkilan Sandra tak tahu hal sebenar. Semuanya dah terlambat. Mengejutkan Ibu Sandra tiba tiba tampil bongkarkan sesuatu yg membuatkan warganet tergamam.

Artis

TANGGAL 16 September sepatutnya menjadi hari ulang tahun kelahiran ke-26 Sandra Dianne yang pergi menghadap illahi pada 11 September lalu. Namun apakan daya apabila tarikh itu menjadi hari paling sayu buat ibunya, Nur Syakinah Abdullah yang masih bersedih dengan pemergian anaknya.

Syakinah mengakui perit melalui hari tersebut dengan kerinduan yang sukar untuk digambarkan. Malah, dia turut menyifatkan sepanjang hayat Sandra seorang anak yang baik dan sentiasa mendahulukan perasaannya. Tambahnya lagi, penyanyi lagu Hey Kau itu juga seorang yang pemurah dan tidak boleh melihat kesusahan yang dilalui orang lain.

“Tiada kata-kata yang dapat mama gambarkan, perasaan kehilangan mama pada hari ulang tahun kelahiran kakak. Sakitnya meratapi kehilangan, peritnya menahan sebak di dada teringatkan kakak, pedihnya kerinduan ini.

“Kakak anak mama yang taat, sering mendahulukan perasaan mama. Kakak takut jika melukakan perasaan mama meskipun kakak tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kakak seorang yang pemurah dan sering luluh hati melihat orang lain susah. Kalau jumpa orang jual keropok kering kakak akan berhenti untuk beli sekalipun kakak tak perlu… alasan sebab kasihan. Mungkin hari tu belum ada orang yang beli jualannya… setelah kakak beli, kakak akan sedekahkan pula pada orang lain,” ujarnya.

Sandra terlibat dalam kejadian yang tak diigini pada 5 September lalu. Syakinah menulis coretan di Facebook sempena ulang tahun Sandra yang ke-26 pada Rabu, 16 September. Katanya, pihak keluarga sempat mengadakan majlis tahlil untuk di kediamannya pada Rabu.

Alangkah bahagianya sekiranya kakak sempat melihat semua ini sebelum kakak pergi. Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria pergi menghadap illahi pada 11 September lalu selepas enam hari menahan sakit di Unit Rawatan Rapi, Hospital Putrajaya.

Sandra mengalami kegagalan fungsi otak akibat kejadian yang tak diigini dia jalan raya pada 5 September lalu. Sandra ketika itu dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk latihan rancangan Big Stage 2020 terbitan Astro.

Sandra dibawa pulang dan diuruskan di kampung halamannya di Kampung Kaulan, Tuaran Sabah. Keluarga Sandra mengadakan majlis tahlil pada Rabu. Sementara itu, Syakinah gembira ramai peminat dan rakan-rakan Sandra yang menunjukkan rasa kasih sayang terhadap Sandra.

“Sungguh pun kakak sudah tiada hari ini, kasih sayang mereka (peminat dan rakan-rakan) buat kakak semakin hari semakin subur. Alangkah bahagianya sekiranya kakak sempat melihat semua ini sebelum kakak pergi. Betapa ramai yang menyayangi kakak, kerana selama hidup kakak, kakak sering merasakan diri kakak tidak disayangi, “Mama sedih dan kesal kerana semuanya sudah terlambat, namun mama tetap bersyukur sekurang-kurangnya mama tahu anak mama di sayangi dan ramai juga yang mendoakan kakak” ujarnya

Ibu Sandra Dianne dedah apa sebenarnya berlaku pada anaknya di unit rawatan rapi selepas kejadian itu.

Ibu penyanyi Sandra Dianne, Nur Syakinah Abdullah, 46, mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku kepada anaknya ketika ditempatkan di unit rawatan rapi, Hospital Putrajaya, sebelum menghadap illahi, pagi semalam. Menurut Nur Syakinah, dia melihat Sandra menggerakkan kedua-dua tangan seperti sedang cuba untuk bangkit daripada tak sedarkan diri.

“Pada dua kejadian iaitu Ahad dan Selasa lalu, Sandra dilihat menggerakkan kedua-dua tangan seolah-olah berusaha untuk sedar daripada tidak sedarkan diri. Namun, selepas dua kejadian ini, tidak ada maklum balas diberi Sandra,” katanya kepada portal BH Online.

Menceritakan kisah sewaktu hari kejadian yang tak diigini itu berlaku, Nur Syakinah berkata, Sandra kelihatan bersemangat ketika melangkah keluar dari rumah bersama sepupunya, Jessica R James Majanah, 21, yang juga bertindak sebagai pembantunya di Big Stage 2020.

Malah Nur Syakinah sempat menerima ciuman terakhir daripada anaknya itu. “Selepas mandi dan bersiap, Sandra meluangkan masa bermain dengan adik tirinya. Setiap kali sebelum keluar dari rumah, Sandra mencium tangan saya. Namun, saya tidak sangka, itu adalah ciuman terakhir daripada anak saya,” katanya.

Menyedari Sandra kelihatan murung selepas kegagalan persembahan konsert lalu, Nur Syakinah bagaimanapun memberitahu, Sandra dilimpahi kata-kata semangat daripada pihak keluarga termasuk rakan-rakannya. “Sandra sepatutnya memakai baju panjang berwarna kelabu yang saya simpan sejak tahun lalu ketika mendendangkan lagu Nuri nyanyian Ella pada pertandingan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Syakinah berharap agar telefon bimbit Sandra yang hilang dapat dikembalikan semula oleh mana-mana pihak yang menjumpainya. Menurutnya, gajet itu terkandung banyak gambar kenangan untuk disimpan. Pemilik nama penuh Alessandra Dianne Ampuria, 26, selamat diuruskan di Tanah Persemadian Islam Kampung Kauluan, Tuaran, jam 5.45 petang tadi.

Pesakit Di Wad Bongkarkan Apa Yg Ibu Sandra Buat Semasa Jaga Sandra Buat Kali Terakhir. Mengejutkan Rupa Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Ibu Sandra Lakukan Pada Anknya.

Selepas seminggu pemergian Sandra Dianne tercetus pelbagai spekvlasi mengenai pemergiannya. Ada dakwaan yang mengatakan ibu kepada penyanyi itu iaitu Nur Sakinah sengaja menc4but bantuan pen4fasan anak sendiri. Bagaimanapun, dakwaan tersebut telahpun dijawab oleh ibu Sandra.

Terbaru, seorang pengguna Facebook Amni Fatnin juga merupakan salah seorang pes4kit ditempatkan di wad yang sama dengan Sandra kongsi detik di ruang tersebut sebelum Sandra menghembuskan nafas.

Ada seorang wanita setia menemaninya

Pesakit di wad tersebut menceritakan kejadian sebenar sewaktu Sandra dimasukkan ke wad berkenaan dari unit rawatan rapi dan berada di katil sebelahnya. Dia turut menceritakan keluarga yang berada di wad tersebut sering membaca surah Yassin kepada Sandra.

Rasa terpanggil untuk cerita apa sebenarnya yang berlaku di depan mata. Hari Khamis (10.9.2020), seorang pesak1it dari wad unit rawatan rapi masuk bilik yang sama dengan saya, katilnya di sebelah depan saya. Wajahnya tenang, bersih, cantik. Dia macam tidur. Sesekali nurse datang, doktor datang panggil namanya, ‘Alesandra, Alesandra’. Ada seorang perempuan yang setia menjaga di sisi, pakai mask, susuk badan macam orang muda, jadi pada perkiraan saya itu kakaknya, hakikatnya itu ialah ibu yang sangat sayangkan anak perempuannya.

Doa dan doa, bacaan Yasin terus dibacakan. Ada juga sesekali si ibu pasangkan voice note kata semangat, (mungkin dari saudara atau sahabat dekat) di telinga pesak1it. Tiada respon dari pesakit kecuali air mata. Nampak ibunya lap air mata si anak. Bila si ibu turun, naik pula seorang lelaki, bacakan Yasin, azankan di telinga pesak1it, baca syahadah di telinga pesak1it. Pesaki1t tetap tenang, macam tidur. Kemudian saya tidur tak sedarkan diri (kesan bi1us operation di badan masih ada).

Jam 11.00 malam, nurse kejut untuk makan ub4t. Dari sudut langsir yang sedikit terselak, nampak pesak1it yang tenang tadi, mula teruk. Doktor, nurse berkumpul, dengan sangat bersungguh cuba selamatkan pesak1it. Dengar tumit kasut si ibu berlari masuk bilik sambil menangis, mintak ditemani, mintak kekuatan. Lepas saya makan ub4at, munt5h, cucvk jarum dan masuk ub4t, saya tidur lagi tak sedarkan diri.

Dengar suara lelaki cuba pujuk isterinya

Pesakit di wad berkenaan juga terdengar tangisan dari suara seorang ibu yang cuba mengejutkan anaknya. Dia juga ternampak sebujur jasad yang sedang tidur berada di atas katil yang disebelahnya. Jam 2.00 pagi Jumaat (11.9.2020) saya terjaga sekali lagi. Kali ini kerana esakan si ibu. ‘Anakku, anakku, oh tuhan, anakku’. Dengar suara lelaki cuba pujuk isterinya, ‘Ikhlas, ikhlas, lepaskan’. Mesin pun dah tak bunyi. Saya panggil nurse untuk papah saya ke toilet. Dari toilet saya nampak jelas wajahnya. Entah kenapa. Tenang sangat. Macam tidur. Wajahnya putih bersih, macam kapas. Tak ada 1 calar pun di muka, Subhanallah, langsung tak macam terlibat dlm kejadian yg tak diigini. Kemudian saya tidur lagi tak sedarkan diri, kesan bius belum habis.

Bila saya bangun keesokan pagi, katilnya dah kosong. Sandra dah dibawa turun. Dan bila saya bertanyakan nurse, baru saya tahu dia itu seorang artis, Sandra Dianne. Semoga awak husnul khotimah, Sandra. Sungguh, permergian disebut, dicemburui. Ramai yang doakan kamu.

Jadi, dimanakah kemanusian kamu bila kata dia mcm tu mcm ni, ‘ibu Sandra sengaja memilih untuk cabvt oxygen dihari jumaat ‘. Ibu dia lah yang paling terkesan, sedih dan tak bersedia untuk kehilangan anaknya, tak mungkin si ibu yang memilih hari untuk nyawa anaknya dicabut. Dan sebenarnya tak ada pun bantuan oxygen pada Sadra. Yang ada cuma tiub. Saya cuma cerita apa yang saya nampak, dalam keadaan separa sedar.

Sumber: Amni Fatnin

Sumber : OHBULAN

Qody Tampil Bongkarkan Apa Yang Dia Nampak Masa Di Hospital Waktu Masuk Bilik Sandra Pukul 3 Pagi. Mengejutkan Rupa Rupanya Mcm Ni Keadaan Sandra Waktu Itu.

Pemergian Sandra Dianneternyata memberi kesan buat rakan-rakan seperjuangan di dalam Big Stage 2020. Sempat Bacakan Yasin  Perkara itu didedahkan sendiri oleh salah seorang daripada mereka Qody Ranyyang mana sehingga ke hari ini masih terkejut dan seakan tak percaya dengan khabar berita tersebut.

Menganggap Sandra sebagai  rakan yang cukup periang, akui Qody tersimpan pelbagai kenangan bersama. Qody ketika ditemui Murai.my berkata dia dan rakan-rakan yang lain bergegas ke hospital pada awal pagi Jumaat bagi menatap wajah rakan mereka dan memberi penghormatan yang terakhir. Malah mereka juga berkesempatan untuk membaca yasin ketika berada di sana.

“Pada mulanya saya ingatkan tak dapat masuk bilik tu.Rupa-rupanya ketika itu keluarga Sandra sudah sedia ada disitu dan memberi keizinan saya masuk. Kawan-kawan dia pun ada cakap dan berterima kasih dekat saya ‘Qody terima kasih sebab jadi kawan yang baik untuk Sandra’. Saya pun macam terkejut dan bertanyakan ‘kenapa?’ Rupa-rupanya Sandra ada berkongsi pada kawan-kawan yang lain bahawa dia selesa dan gembira berkawan dengan saya. Itulah antara moment yang saya tidak akan lupa”

“Masa dapat perkhabaran terjadi kejadian yang tak diigini pada dia, saya masih tak percaya. Betul ke dia dlm kejadian tu? Saya minta gambar baru saya percaya. Saya buka pintu bilik Sandra, baru saya tersedar Sandra dah tak ada. Bila masuk ke situ, saya lihat muka dia kelihatan begitu bersih dan dalam hati saya doakan ‘Sandra aku doakan hang moga ditempatkan bersama orang yang beriman dan ditempatkan di syurga Insyallah’. Lepas daripada itu, saya memang tak tahan dah dan ajak Fahd untuk keluar dan menangis di luar.

“Kali kedua itu, ada yang bertanyakan kepada kami sekiranya ingin masuk semula bacakan yasin. Saya terus ajak Fahd, isteri dan pengurus saya untuk sekali lagi masuk ke dalam kira-kira jam 3 pagi. Itulah kali terakhir saya tatap wajahnya sebelum pulang pada jam 5 pagi” katanya

Gagal Menahan Perasaan Sebak

Ketika ditanya apakah faktor yang membuatkan dia begitu sebak ketika ditemubual oleh hos program itu, Alif Satardan Sherry Al-Hadad,Qody berkata dia gagal menahan perasaan sebut kerana masih terkesan dengan pemergian sahabat baiknya dan tidak malu untuk menunjukkan reaksi tersebut yang telah menjadi tontonan umum.

Dalam pada itu, Qody turut meluahkan rasa syukur kerana urusan penghantaran pulang Sandra ke kampung halamannya di Sabah dipermudahkan. “Saya cuba tahan. Saya ingatkan hanya sebak pada awal bercakap tetapi saya sendiri pun tak tahan. Tak apalah malu pun malulah saya tidak kisah dah”

“kami tahu flight penghantaran pulang Sandra adalah pada jam 3 petang namun Alhamdulillah ianya dipermudahkan kerana pukul 11 macam itu dia sudah berada dalam flight” dedahnya lagi

Selain Qody, hampir kesemua peserta Big Stage 2020 turut membuat persembahan di dalam malam tribute #SandraDalamKenangan. Malah juri tetap, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir serta beberapa rakan seperjuangan Sandra seperti Wani Kayrie, Neeta dan Sufie Rashid juga diundang mendendangkan lagu ‘tribute’ buat Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 11 September 2020.

Mengejutkan Ini Rakaman Terakhir Sandra Dianne Sebelum Dia Pergi Menghadap Illahi. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi. Warganet Tergamam Dengan Rakaman Itu.

Siapa Sandra Dianne? Alessandra Dianne Ampuria atau nama popularnya, Sandra Dianne merupakan antara peserta yang berjaya menjejakkan kaki ke pentas persaingan rancangan realiti nyanyian, Big Stage 2020. Penyanyi BBNU (Budak Baru Nak Up) yang terlibat sama di penganjuran musim ketiga ini termasuk Azzam Sham, Usop (Mentor), Amir Hasan, Hanie Soraya, Qody Rany, Hafiz Zainal, Yamani Abdillah, Farisha Iris, Dinie Rashid, Nana Sheme dan Fadh Majid.

SELAIN aktif bergelar anak seni, Sandra juga menjalankan perniagaan ikan kering di kampung halamannya di sabah. Ayuh saksikan rakaman temubual terakhir bersama mStar yang masih belum disiarkan ini. Biodata Dan Latar Belakang

Nama sebenarnya, Alessandra Dianne Ampuria. Menggunakan nama pentas, Sandra Dianne. Berumur 26 tahun (2020). Berasal dari Sabah. Lahir pada 16 September 1994. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin Tuaran, Sabah.

Berkelulusan dalam bidang Architectural Drafting. Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi yang bernaung di bawah label Sony Music. Popular menerusi lagu ‘Hey Kau’ ciptaan Tam Spider dan senikata oleh Iman Imran yang sehingga kini mencatatkan lebih 7 juta tontonan di laman Youtube.

Lain-lain lagu dipopularkannya termasuk Ku Tak Mahu Cinta, Tulus, Aku Dan Kekasih, Salimah (duet bersama Ryan Deedat) dan Terkemuka (bersama Zizi Kirana dan Benzooloo). Laman sosial Instagramnya atas nama @sandradianneofficial sehingga kini memperoleh lebih 45,000 pengikut.

Sumber : Mstar/ Kasi Viral Press

Ibu Sandra Bongkarkan Keadaan Terakhir Sandra Sebelum Dia Pergi Menghadap Illahi. Rupa Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Keadaan Terakhir Sandra.

Putrajaya: “Ibu Sandra cakap, sebelum disahkan pergi menghadap illahi, Sandra menitiskan air mata,” kongsi penyanyi, Zizi Kirana yang sempat memberikan penghormatan terakhir kepada Sandra Dianne di Hospital Putrajaya, awal pagi, hari ini.

Zizi berkata, dia bergegas ke hospital selepas dimaklumkan perkara itu oleh pengurusnya yang dikenali sebagai, Bob yang berada di sana. Menurut Zizi, dia juga dimaklumkan Sandra sudah dipindahkan ke Unit Raw4tan Koronari pada pagi semalam sebelum dilaporkan makin teruk pada jam 11 malam.

“Sehari sebelum kejadian, Sandra ada masuk di sesi siaran langsung Instagram saya. Saya ucapkan tahniah dan beri dia kata semangat dan berjanji mahu datang memberi sokongan di Big Stage. Tapi, tidak kesampaian dan akhirnya pertemuan kami di hospital.

“Hampir setiap hari saya dikemaskini mengenai perkembangan Sandra termasuklah Sandra dipindahkan ke unit rawatan rapi. Cuma, semalam seharian saya berasa tak sedap hati. Berkali-kali saya tanya pada Bob mengenai keadaan Sandra.

“Pada jam 11 malam tadi, Bob mesej saya yang Sandra dalam keadaan teruk dan pada jam 1 dia sudah tiada. Kebetulan sesi rakaman saya sudah habis, jadi terus ke hospital,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Zizi, dia juga berada di hospital pada hari pertama Sandra dimasukkan ke unit kecemasan.

Zizi berkata, walaupun dia baru dua tahun berkawan dengan Sandra selepas bekerjasama menerusi lagu Terkemuka, Zizi menyifatkan Sandra seorang yang sangat baik. “Kali pertama jumpa masa nak bekerjasama lagu Terkemuka. Dari situ kami terus berkawan. Dia seorang yang lucu dan lurus bendul. Tapi, sangat ‘best’ berkawan dengannya.

“Hari pertama dia dimasukkan ke hospital saya tunggu sampai tengah malam untuk pastikan dia sedar. Tapi, selepas lebih empat jam masih tak sedar, doktor terus masukkan ke unit rawatan rapi. Lebih menyedihkan, minggu depan iaitu 16 September hari jadi Sandra. Padahal saya ada cakap pada pengurus yang mana nak belikan kek dan berharap dia sedar ketika itu,” katanya.

Terdahulu, Sandra yang juga bintang Big Stage musim ketiga, mengalami kejadian yang tidak diigini di jalan raya pada Sabtu lalu dan sebelum ditempatkan di unit rawatan rapi hospital itu. Sandra akan disempurna dan diuruskan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran, Sabah.

Sumber : HM

Terkejut Dengan Pemergian Sandra Tiba Tiba Neeta Muatnaik Sesuatu Di Ig Nya Mengejutkan Orang Ramai. Rupa Rupanya Sampai Macam Tu Sekali Yang Jadi.

Penyanyi Neeta Manisha sedih kehiIlangan sahabatnya, Sandra Dianne yang pergi menghadap illahi pada awal pagi tadi selepas berada di  Unit Rawatan Rapi Hospital Putrajaya dan dilaporkan berada dalam keadaan yang teruk sejak Sabtu.

Neeta berkata banyak lagi perkara yang mahu dilakukan bersama Sandra yang juga peserta Big Stage 2020, namun ia sudah terlambat. “San (Sandra), apakah saya buat menulis ini? Kamu sepatutnya berada di perkahwinan saya dan menari, kamu sepatutnya belanja saya bila kamu masuk peringkat akhir Big Stage. Kamu sudah lalui pelbagai perkara yang hebat dalam hidup mu tetapi sekarang kamu berada di tempat yang terbaik.

“Sentiasa gembira San, sentiasa gembira berada di syurga. Doakan kawan kamu di sini baik-baik, beri kami kekuatan dan kasih sayang,” katanya . Neeta meluahkan perasaannya itu di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto hitam putih di hospital yang difahamkan melawat Sandra.

Menurut Neeta, Sandra merupakan sahabat yang baik dan ia satu kehilangan besar buatnya. “Kita lepak hampir setiap masa tapi tidak pernah sekali ambil gambar bersama. Dia seorang yang sangat ‘chill’ dengan saya, tak perlu post apa untuk buktikan kami kawan.

“Kamu terbaik San, sumpah aku bengang sebab kau tinggalkan aku awal, aku akan rindu kau San, but please greet me when it’s my turn. Saya rinduukan kamu San, Saya akan rindu kita punya sesi lepak bersama. Saya rindukan keyakinan kamu bila menyanyi di hadapan kawan kamu.

“Saya rindukan perangai kasar kamu sebabab saya pun bukan girlish sangat, adanya kamu sebagai kawan satu penghargaan untuk saya. Saya akan merindui kamu. Saya dan kita semua sayang kami. Dan jangan lupa lepak dalam mimpi saya,” katanya lagi.

Pada Sabtu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kejadian yang tak diingini kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal. Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang berada di depannya berhenti secara mengejut. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Sumber: GEMPAK @Teh Tarik Kaw

Wanie Kayrie Bongkarkan Siapa Sandra Dianne Yg Sebenar. Dia Jadi Saksi Kali Terakhir Sandra Buat Benda Ni. Warganet Tergamam Dengan Apa Yang Dibongkarkan.

Penyanyi Wani Kayrie mengenang pemergian rakan industri, Sandra Dianne yang telah pun pergi mengadap Illahi pada awal pagi Jumaat. Tulisnya menerusi satu posting terkini di Instagram, dia menghargai momen terakhir saat mengisi masa bersama Sandra.

Keduanya terdahulu sama-sama menongkah arus dalam industri seni kira-kira lima tahun lalu. “Terima kasih ya Allah engkau beri peluang buatku untuk borak panjang bersama @sandradianneofficial buat kali terakhir pada 29/8/2020 hari rehearsal minggu duet #bigstage2020.

“Sandra Dianne, rakan seperjuangan yang sama batch 2015 dengan Wani masa baru menapak dalam industri, banyak perform sama2 sebab nama kitaorang baru nak naik dimana orang tak kenal pun nama kami tapi kenal lagu je.. but we still hustling until now.

“Rezeki dia, bila Wani tahu dia masuk BS3 Wani dah target Sandra boleh be one of Big Stage 3 finalists because I trust her capabilities and talent. Minggu duet tu, turn Sandra banyak sebelum performance Wani. Every time dekat backstge, Wani perhati Sandra sangat2 nervous nak perform and sangat risau.. and that week, semua orang risau bila dia masuk bottom3.

“But she seems so calm that night when she knew she has given her best last performance,” tulisnya. Wani pada masa sama turut menyatakan mereka sempat berkongsi cerita mengenai perkembangan kerjaya masing-masing.

“Walaupun dah lama tak berjumpa, dapat juga berkongsi cerita tentang awal2 karier kami dan PICC menjadi saksi kali terakhir kami berborak dan gelak sama2 sebelum beliau pergi buat selamanya. Tenanglah kau di sana @sandradianneofficial. You’re a great person. Tiada pengganti bernama Sandra dalam industri.

“Salam Takziah buat keluarga Sandra. Moga Sandra ditempakan dikalangan orang beriman,” titipnya lagi. Luahan sama turut dikongsikan bintang asal Sabah ini menerusi Insta Stories. Terdahulu, Sandra, 26, yang juga peserta Big Stage musim ketiga, dilapor pergi menghadap illahi di Hospital Putrajaya, awal pagi, hari ini. Sandra yang mengalami kejadiaan yang tak diingini di jalan raya pada Sabtu lalu dilaporkan tidak sedarkan diri dan ditempatkan di unit raw4tan rapi hospital berkenaan.

Foto: Instagram Wani Kayrie

Sumber : MH

Tergamam Penyanyi Sandra Pergi Menghadap Illahi Pagi Tadi. Mengejutkan Ini Kata Kata Usop. Warganet Terkedu Sampai Macam Tu Sekali Usop Muatnaik Status.

SELEPAS kira-kira enam hari bert4rung ny4wa dalam wad Unit Raw4tan Rapi, Hospital Putrajaya, penyanyi Sandra Dianne akhirnya pergi menghadap illahi pada awal pagi Jumaat. Wakil syarikat rakaman Sony Music Entertainment, Veea Norman dalam satu kenyataan memberitahu, peserta Big Stage musim ketiga itu, menghembvskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 pagi.

Berita pemergian peserta Big Stage itu turut dikongsi oleh rakan-rakan artis dan penggiat seni. “Saya ingin mengesahkan Sandra Dieanne pergi menghadap illahi pada pukul di Hospital Putrajaya pukul 1 pagi Jumaat. Pihak keluarga memohon semua mendoakan agar segala urusan di tempat persemadian dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihak Sandra jika ada salah silap,” ujar Veea Norman.

Sandra mengalami kejadian yang tak diigini di jalan raya pada Sabtu lalu.

Sandra akan dibawa pulang dan akan diuruskan di kampung halamannya di Kampung Kauluan, Tuaran Sabah. Sandra atau nama sebenarnya Alessadra Dianne Ampuria, 26, yang dikenali dengan lagu Hey Kau dikatakan mengalami kegagalan fungsi otak akibat kejadian yang tak diigini di jalan raya.

Dalam kejadian pada 5 September lalu itu, kereta dipandu Sandra yang turut ditemani pengurusnya dikatakan hilang kawalan ketika dalam perjalanan mengadakan latihan sempena program Big Stage siaran Astro di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Akibat kejadian tersebut Sandra ditempatkan di unit rawatan rapi dan keadaannya teruk sehinggalah dia pergi menghadap illahi pada Jumaat sementara individu bersamanya dalam kereta diraw4t di wad biasa hospital itu. Berita mengenai pemergian bintang berusia 26 tahun itu dimaklumkan penyanyi Usop yang juga salah seorang peserta program realiti berkenaan pada pagi Jumaat menerusi Instagram.

Kata2 Usop

“Asalammualiakum semua…tolong sedekahkan al fatihah untuk sahabat seperju4ngan saya. Kini telah pulang keramatullah. Sandra rehat k. AlFatihah,” tulisnya. Meninjau ke ruangan komen pada posting berkenaan, para peminat serta rakan selebriti yang masih lagi terkejut dengan berita berkenaan menitipkan ucapan takziah serta sedekahkan bacaan al-Fatihah buat Sandra.

Sumber : Mstar

Sandra Dianne Dikatakan Mengalami Luka Di Kepala Dan Masih Tidak Sedarkan Diri. Superintendan Azman Dedahkan Kesan Daripada Kejadian Tersebut

KERETA yang dinaiki Sandra Dianne bersama seorang rakannya brek mengejut secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan dan terbalik.Kuala Lumpur: Kereta yang dinaiki penyanyi dan peserta program realiti Big Stage 3, Sandra Dianne, 26, bersama seorang rakannya brek mengejut secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan dan terbalik.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang semalam di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), berhampiran Subang Jaya itu, kereta jenis Great Wall itu kemudian melnggar sisi kiri sebuah kereta jenis Nissan Almera yang berada di hadapannya akibat hilang kawalan.

“Mereka memandu di lorong paling kanan sebelum tiba-tiba brek secara mengejut. Ia turut melnggar dua lagi kenderaan yang berada di lorong yang sama,” katanya. Azman berkata, selepas mermpuh tiga kenderaan lain, kereta itu terbalik.

Akibat kejadian itu, Sandra dikatakan mengalami luka di kepala dan kini dalam keadaan tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, manakala rakannya menerima rawatan pesakit luar.

Ketika kejadian, penyanyi berasal dari Sabah itu dikatakan dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya untuk latihan penuh konsert Big Stage 3 minggu keempat yang berlangsung semalam-mymetro

Masih Tidak Sedarkan Diri. Bella Perjelaskan Keadaan Dan Punca Berlakunya Kejadian Yang Tidak Diingini Sehinggakam Sandra Dianne Dikejarkan Ke Wad

Sama-sama mendoakan keadaan Sandra yang masih tidak sedarkan diri. HINGGA kini penyanyi dan peserta program Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne yang terlibat dalam kejadian yang tidak diingini pada Sabtu masih dalam keadaan kr1t1kal dan tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun maklumat terperinci mengenai situasi Sandra masih tidak dapat dipastikan oleh wakil syarikat rakaman Sony Music iaitu Bella. Katanya buat masa ini hanya ibu penyanyi itu sahaja dibenarkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

“Keadaan Sandra masih kr1t1kal dan tidak sedarkan diri. Dia masih dirawat di ICU sejak semalam (Sabtu). Sehingga kini, kami belum dapat maklumat sepenuhnya daripada doktor. Keadaan di bahagian hadapan kereta yang dipandu Sandra.

“Sebab hanya ibu Sandra sahaja dibenarkan masuk ke bilik ICU. Pihak kami nak cakap lebih lanjut pun tak berani sebab takut salah beri info. Harap semua orang dapat doakan Sandra,” katanya kepada mStar.Menerusi laporan mStar pada Sabtu, Sandra dikejarkan ke wad kecemasn di Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kejadian tersebut ketika dalam perjalanan ke Putrajaya.

Difahamkan ketika itu Sandra yang ditemani sepupunya dalam perjalanan ke sesi latihan konsert mingguan Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Dalam pada itu, Bella memberitahu sepupu Sandra yang turut terlibat dalam kejadian itu mengalami kecederaaan di tangan dan masih dirawat di hospital yang sama.Tiada maklumat lanjut mengenai keadaan Sandra sehingga kini.

“Ketika kejadian itu berlaku, Sandra bersama sepupunya nak ke sesi latihan konsert mingguan Big Stage. Sandra yang memandu kereta ditemani sepupunya.”Sepupu Sandra hanya mengalami keceederaan di tangan dan masih dirawat di hospital yang sama,” ujarnya.

Sandra antara salah seorang peserta yang akan membuat persembahan di pentas Big Stage 2020 minggu keempat yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.Selain Sandra, peserta lain yang turut layak ke minggu seterusnya ialah Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Yamani Abdillah, Qody Rani, Fadh Majid dan Nana Sheme. Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal berkata pihak produksi bersepakat untuk mengecualikan penyertaan Sandra untuk minggu ini.-mstar

Nakaaal, riuh Aidilfitri Eleena, Sandra

Berbeza pengalaman raya bagi dua penyanyi muda, Eleena Harris dan Sandra, namun tidak membataskan komunikasi serta kemesraan di antara mereka dalam satu sesi fotografi yang disusun khas Kosmo! bersempena dengan Aidilfitri tahun ini.

Cukup dikenali menerusi lagu Terlalu Rindu, Eleena atau nama lengkapnya, Wan Eleena Wan Harris, 21, sangat teruja apabila datangnya Syawal yang disifatkan sebagai bulan untuk merapatkan ukhwah sesama manusia terutama dalam kalangan sanak saudara.

“Apabila Syawal, saya sangat teruja untuk berjumpa dengan rakan-rakan serta sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu disebabkan perubahan dan komitmen hidup. Paling menarik, disebabkan saya masih bergelar pelajar bertubuh genit, saya masih berpeluang untuk diberi duit raya,” katanya yang merupakan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang perakaunan.

Sementara itu, bagi penyanyi yang terbang jauh ke Sabah untuk bersama dengan keluarga tersayang sempena Aidilfitri, Sandra, 22, selain mengeratkan hubungan sesama Muslim, perkara lain yang sangat digemari pelantun lagu Hey Kau! itu adalah pilihan makanan yang pelbagai.

“Saya membesar di kawasan kampung. Banyak perkara lucu yang ingin saya ceritakan. Sudah tentu apabila Syawal menjelang, kita akan bertemu dengan sanak saudara yang kita sendiri tidak begitu kenal. Akhirnya, ia akan mengeratkan lagi silaturahim. Selain itu, saya akan ‘kejar’ makanan. Saya memang suka makan walaupun badan saya kecil,” ujar pemilik nama sebenar Alessandra Dianne Ampuria itu.

Pertama kali digabungkan bersama dalam sesi fotografi, dua belia tersebut mempunyai cerita yang bertentangan tentang Aidilfitri.Bibir Eleena kena bunga api.Walaupun tidak pernah merasai pengalaman beraya di kampung, Eleena memberitahu, suasana raya keluarganya masih meriah dan riuh.

“Ibu saya berdarh Inggeris, manakala ayah orang Melayu. Sejak kecil sehingga hari ini, saya tidak pernah merasai pengalaman beraya di kampung. Kalau dulu waktu nenek masih ada, saya dan keluarga akan beraya di kediamannya iaitu di Taman Tun Dr. Ismail.

“Jadi, kalau orang bertanya sama ada saya pernah merasai pengalaman malam raya misalnya, jawapan saya adalah tidak. Memang teringin untuk beraya di kampung tapi bagi saya beraya di mana-mana pun sama sahaja, apa yang penting adalah keberadaan bersama keluarga tersayang,” ujarnya yang merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik.

Diajak bercerita tentang pengalaman raya, Eleena tidak boleh melupakan kenangan beraya sewaktu di bangku sekolah rendah apabila dia mendapat kecederaaan disebabkan kenalannya.“Kejadian berlaku ketika saya berusia tujuh tahun. Biasalah, walaupun ditegur oleh ibu bapa untuk tidak berlari-lari di kawasan rumah, saya tidak mengendahkan nasihat mereka. Akibatnya, sedang asyik berlari-lari sambil memegang bunga api, kaki saya tersaduung dan saya terjtuh.

“Bunga api yang saya pegang terkena pada bahagian bibir. Sehingga hari ini ia masih berbekas. Nasib baik ia (bunga api) tidak mencedeerakan bahagian lain seperti mata, kalau tidak habislah saya,” kata Eleena bersahaja.Sandra si tomboi kampung

Berbeza kisah dengan Eleena, anak gadis kelahiran bandar Tuaran, Sabah iaitu Sandra mengecapi pengalaman raya sama seperti kanak-kanak tipikal lain yang membesar di kampung.Katanya, sewaktu kecil, Syawal adalah bulan yang paling ditunggu olehnya kerana dapat beraya tidak ingat dunia bersama rakan-rakannya yang kebanyakan adalah lelaki.

“Waktu kecil saya memang suka bergaul dengan golongan lelaki. Jadi, saya memang tidak malu untuk pergi rumah orang beraya walaupun saya tidak kenal tuan rumah.“Apa yang penting adalah dapat duit raya. Saya dan rakan-rakan akan meruungut kalau dapat duit raya sedikit. Masakan tidak, rumah mewah dan besar, duit raya bagi sedikit sahaja. Tidak berbaloi,” ceritanya sambil membuahkan tawa.

Sambungnya lagi, dia mempunyai satu perangai iaitu suka memberikan duit raya terkumpul kepada orang lain terutama adik-beradik dan sepupu.“Walaupun saya disifatkan sebagai kaasar oleh rakan-rakan, saya suka ‘menderma’ duit raya kerana duit raya yang terkumpul pun saya tidak banyak gunakan selain untuk tujuan membeli alat permainan seperti piistol dan boneka adi wira,” ujarnya menutup bicara.