Ikuti 4 cara ini bagaimana mahu jauhkan diri daripada lelaki yang tidak fokus dalam soal perhubungan.

Bercinta adalah perkara biasa, muda-mudi dan remaja kita sudah biasa dengan terma cinta. Namun demikian, bagi anak anak gadis yang mendambakan cinta yang berkekalan, perkahwinan adalah salah satu langkah dalam pembuktian cinta. Namun demikian, tidak semua lelaki serius dalam perhubungan mereka.

Golongan ini hanya inginkan keseronokan bercinta dan mengabaikan perhubungan yang membawa ke syurga. Bagi anak anak gadis di luar sana yang masih mencari calon lelaki yang lebih serius, berikut ini adalah 4 cara-cara untuk memutuskan hubungan daripada lelaki yang tidak serius.

1. Ayah Emak, Kahwinkan Aku. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa, apabila anak perempuan mereka mencapai satu peringkat usia yang sesuai untuk berkahwin, maka wajar dikahwinkan. Itulah gunanya usia manusia, bukan sekadar untuk meningkat matang semata-mata. Usia,

datangnya haid dan sebagainya yang Allah ciptakan adalah bertujuan untuk membantu ibu bapa membuat kira-kira bila perlunya anak mereka untuk dikahwinkan. Telefon ibu bapa kau, minta mereka menelefon teman lelaki kau bertanyakan tarikh perkahwinan

dan perancangan perkahwinan kerana kau sudah mencapai usia layak berkahwin. Jika teman lelaki kau masih tiada perancangan, dia akan mengundurkan diri dengan sukarela. InsyaAllah. 2. Khabarkan Kepada Dunia. Jika kau jenis yang tidak segan untuk memberitakan kisah hidup kau kepada sesiapa saja, ala-ala lapar pun kau hebohkan di Facebook,

mungkin kau boleh gunakan medium sama untuk memutuskan hubungan kau dengan teman lelaki kau. Umumkan kepada kawan-kawan, saudara-mara dan kenalan kau dan teman lelaki kau akan hasrat kau ingin berkahwin. Teman lelaki kau yang tidak serius akan segera bertindak untuk menamatkan hubungan dengan kau bagi mengelakkan tekanan orang ramai kerana tidak pernah mengajak kau untuk berkahwin.

3. Eh.. Eh.. Ustazlah. Ambil satu masa yang sesuai untuk memerangkap teman lelaki kau agar berhadapan dengan ustaz/ tok imam/ ibu bapa kau / ibu bapa teman lelaki kau. Ketika itu, nyatakan keinginan kau untuk berkahwin dan tanyakan nasihat ustaz bagi perhubungan kau berdua yang masih belum berkahwin.

Jika teman lelaki kau serius, dia pastinya akan menerima pandangan orang yang kau berdua hormati. Jika tidak, dia akan mengundurkan diri secara sukarela. InsyaAllah. 4. Selamat Tinggal Sayang, Aku Mengundur Diri. Cara terbaik untuk meminta sesebuah perpisahan adalah dengan bersemuka dengan teman lelaki kau, tanyakan kepadanya adakah dia sudah bersedia untuk berumahtangga dengan kau.

Nyatakan mengapa kau ingin segera berumahtangga, dan nyatakan tanpa berselindung apa-apa. Nyatakan juga kau besedia untuk memutuskan hubungan kerana perlunya kau untuk berkahwin. Jangan buat kesilapan dengan memberi alasan mengapa kau ingin berpisah kerana ia hanya akan memberi harapan palsu bahawa kau akan menerima dia jika dia berubah.

Fokuskan kepada mengapa kau  ingin berkahwin agar ia tampak jelas untuk teman lelaki kau. Jika dia memang tiada perancangan untuk menghawini kau, dia pasti akan bersetuju dengan keputusan kau untuk berpisah.

Kesimpulan. Sebenarnya, ada banyak cara lagi untuk memutuskan hubungan dengan teman lelaki seperti tidak melayan panggilan, mengubah sikap kau menjadi buruk untuk sementara, menipu bahawa kau ada calon lain dan sebagainya. Namun, teknik sedemikian boleh mengundang padah dan membawa kepada keputusan yang tragis.

Cara terbaik yang ada adalah dengan membuatkan teman lelaki kau secara sukarela, menerima dengan rasionalnya keputusan kau untuk hubungan kau berdua putus. Melalui tindakan ini, kau bebas untuk mendapatkan teman lelaki baru yang lebih serius akan perhubungan dengan kau dan teman lelaki kau sekarang sedar bahawa hubungan kau berdua gagal kerana dia yang tidak ingin memberi komitmen bersama kau, dan bukannya atas apa-apa kekurangan atau kesalahan kau.

sumber: saudari

About ApamPink 103 Articles
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah-ertikan, kami tidak akan bertanggungjawab. JIKA ANDA SUKAKAN SALAH SATU ARTIKEL, JANGAN LUPA SHARE...