Individu ini berani tampil tinggalkan komen di FB Dr Noorhisham. KKM akhirnya ulas lebih lanjut berkenaan isu tersebut yang mula meraih perhatian ramai

Berita

Hanya disebabkan katil hospital semakin penuh,ada pesakit yang baru disahkan positif covid19 terpaksa menunggu giliran untuk dimasukkan ke hospital bagi mendapat rawatan dan pemantauan. Pesakit pesakit yang bercakap kepada Malaysiakini memaklumkan yang mereka harus menunggu sehingga beberapa hari untuk mendapat keputusan ujian saringan swab dan setelah itu terpaksa pula menunggu beberapa hari lagi untuk dibawa ke hospital atau pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah.

Menurut Zainuddin Abdul Khalic dari Kinarut, Sabah menunggu lima hari untuk mendapatkan keputusan ujiannya, dan dua hari lagi sebelum dia dan isterinya dibawa ke pusat kuarntin dan rawtan berisiko rendah.Kes Zainuddin mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) Dr Noor Hisham Abdullah, selepas dia tinggalkan komen di laman Facebook Noor Hisham bagi meminta bantuan selepas mengalami kesukaran bernafas.

“Tan Sri, saya dan isteri baru saja diberitahu positif C0vid-19 setelah lima hari ujian swab. Tapi sekarang kami masih di rumah saja.“Tiada (dari KKM) yang datang ambil. Sekarang saya ada rasa sedikit shortness of breath (kesukaran bernafas). Call (hubungi) nombor yang mereka bagi satu pun tak angkat,” tulisnya.

Ekoran komennya itu di laman Facebook Noor Hisham, kata Zainuddin, pegawai KPK telah meminta maklumat kesnya daripada jabatan kesihatan tempatan.Hasilnya, pagi ini, dia dan isteri telah dibawa ke Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi, yang diubah suai menjadi pusat kuarantin dan r@watan berisiko rendah.Zainuddin mengucapkan rasa terima kasih atas tindak balas pantas oleh Noor Hisham dan pasukannya.

“Mungkin pada awal itu para petugas agak tak menang tangan dengan kes-kes mendadak, sekarang (mungkin) dah dapat rentak balik,” katanya kepada Malaysiakini.Tambahnya, anak-anaknya turut melakukan ujian swab hari ini dengan bantuan petugas KKM dan kini berada di bawah jagaan sukarelawan ketika dia dan isterinya menjalani rawtan.

‘Telefon 999 jika ada kesukaran bernafas’Sementara itu, seorang penduduk di Kota Kinabalu, Sabah berkata, keluarganya terpksa menunggu lima hari untuk mendapatkan ujian mereka dan tiga hari lagi sebelum mereka dibawa untuk mendapatkan rawtan dan pemantauan pada awal bulan ini.

Dia yang tak mahu dinamakan, memberitahu Malaysiakini, bahawa dia sekeluarga menjalani ujian saringan di kemudahan swasta selepas ibunya disahkan positif Cvid-19 di sebuah h0spital swasta sebelum menjalani satu prosedur kesihatan.Meskipun begitu, katanya, mereka terpaksa menunggu lima hari untuk mendapat keputusan, dan sepanjang masa itu, mereka melakukan kuarntin kendiri.

Tambahnya, sehari selepas memperoleh keputusan positif itu, Kementerian Kesihatan ada menghubungi mereka bagi mendapatkan perincian mengenai lokasi mereka bagi pengesanan kontak.“Saya tanya pegawai itu bila kami akan dibawa ke h0spital atau pusat kuarntin, tapi dia bagitahu, katil penuh dan tak ada tempat kosong buat masa itu …

“Kami dimaklumkan untuk telefon 999 kalau mengalami kesukaran bernafas, dan mereka pasti akan hantar ambulans dalam kes sebegini,” tambahnya.Katanya, dua hari kemudian, sebahagian ahli keluarganya dihantar ke pusat kuarntin di Kompleks Sukan Likas, manakala seorang daripada mereka dikelaskan sebagai “berisiko tinggi” dan dimasukkan ke h0spital.

“Saya rasa mereka utamakan orang yang ada gejala yang teruk untuk diberikan rawtan (terlebih dahulu), peringkat ketiga dan ke atas, dan saya pun faham akan hal itu,” katanya.Tambahnya, semasa dibawa ke pusat kuarntin, terdapat kira-kira lima peratus katil kosong memandangkan sesetengah pes@kit sudah dibenarkan pulang.

Menurutnya, ibunya yang masih mengalami batuk-batuk, telah pun dibenarkan keluar h0spital.Warga emas 80 tahun tunggu dua mingguKejadian sebegini turut disuarakan oleh beberapa pengguna lain di media sosial, yang berkongsi rasa cemas mereka ketika menunggu untuk menerima rawtan.

Di Tawau, seorang warga emas terpksa menunggu 16 hari sebelum dibawa ke h0spital.“Nenek (saya) berusia 80 tahun dan mengambil ubat darh tinggi. Semalam, kementerian cakap cuma ada satu van saja untuk ambil peskit Cvid-19 jadi kami hanya perlu tunggu dan bersabar,” kata cucu perempuan kepada warga emas itu di media sosial.

Katanya, neneknya disahkan positif menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK) pada 3 Okt dan diuji sekali lagi menggunakan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) yang lebih sensitif pada 6 Okt.Keputusannya hanya diketahui 10 hari kemudian.

“Saya hanya berkongsi situasi semasa di Tawau. Saya tahu yang (KKM) sedang berusaha sehabis baik setiap hari.“Petugas yang datang buat ujian swab, yang memakaikan gelang merah jambu, yang membuat pemantauan dan yang datang membuat ujian kedua semuanya peramah, tapi mereka nampak sangat letih,” katanya lagi.

Cucu tersebut tidak mahu dinamakan.Sabah mencatatkan tiga digit peningkatan kes setiap hari untuk dua minggu kebelakangan ini, dan situasi itu memberikan tekanan terhadap sistem kesihatan.Pakar berpendapat sekiranya lebih banyak sokongan tidak diberikan, sistem kesihatan mungkin boleh rntuh dalam masa hanya beberapa minggu sahaja.

KKM berkata ia sedang menangani situasi berkenaan dengan menghantar lebih ramai petugas ke kawasan panas, menambah katil h0spital, membuka lebih banyak pusat kuarntin dan rawtan brisiko rendah, dan menggunakan sumber ketenteraan untuk rawtan dan pengangkutan bahan ujian ke semenanjung untuk diuji.

Setakat semalam, Sabah mencatatkan 38 pemergian akibat Cvid-19 dalam tempoh 10 hari.Dalam tempoh waktu sama, hanya satu pemergian dicatatkan di luar Sabah.Pada Jumaat, KKM berkata 70 peratus daripada katil 1CU telah penuh di Sabah, sementara untuk katil biasa pula, angkanya mencecah 76 peratusApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! sumber : malaysiakini

Sempat Luah Hasrat Buat Sesuatu Ini Buat Tan Sri Dr Noor Hisham. Mengejutkan Berita Pemergian Pemilik Restoran Sate Yang Belum Sempat Tunaikan Janjinya

Bagi mereka yang tinggal di Muar, kebanyakan dari korang mesti tahu restoran sate terkenal kat sana yang bernama R&H Sate Cafe Taman Sri Temenggong ni kan.Ownernya, Hariyati Pungot atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Yati ni sangat mesra dengan pelanggan dan antara mereka yang pernah datang ke kedainya ialah Tengku Temenggong Johor, YAM Tunku Idris dan bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik.

Namun hari ini, kita dikejutkan dengan pemergian Kak Yati semalam dan hal ini telah dikongsikan oleh Dr Maszlee sendiri di laman Facebooknya. Simpan hasrat untuk sediakan ‘breakfast Muo’ kepada Tan Sri Dr Noor Hisham 

Apa yang lebih menyedihkan, dalam postingnya semalam, beliau sempat menyatakan hasrat untuk menyediakan breakfast gaya Muar kepada Tan Sri Dr Noor Hisham yang baru saja diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini. Allah sedihnya… 

“Muar will never be the same” – Tunku Idris .Pemergian Hariyati juga mendapat perhatian Tunku Idris sendiri apabila beliau memuat naik posting sedih di Instagram akan pemergian pemilik restoran sate terkenal di daerah Muar tersebut. 

Menurut baginda, restoran Hariyati selalu menjadi tempat yang dikunjungi baginda sekeluarga jikalau mereka turun ke Muar. Malah mereka juga sempat menyambut birthday Hariyati bersama tak lama dulu. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Hariyati Pungot. Semoga keluarganya tabah hadapi dugaan ini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MstarkiniSumber:Lobak merah

Sungguh Mengagumkan. Datuk Noor Hisham Kongsi Satu Cara Ibnu Sina Tangani Wabak Pandemik. Ternyata Perkongsian Ini Meraih Perhatian Ramai

Langkah Kementerian Kesihatan (KKM) membasmi COVID-19 dengan mesej kesihatan seperti mengamalkan penjarakkan sosial dan menjaga kebersihan menepati saranan Ibnu Sina. Menerusi satu perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook miliknya, beliau berkongsi pot0ngan sebuah filem mengenai cara Ibnu Sina mengatasi pandemik.

Dalam filem itu, jelas mesej disarankan tokoh perubatan Islam itu supaya orang ramai mengamalkan penjarakkan sosial, menjaga kebersihan dan membersihkan peralatan mereka secara berkala. Malah, beliau berpesan untuk menutupi tempat-tempat awam seperti masjid dan pasar buat sementara waktu serta mengingatkan orang ramai membersihkan syiling mereka menggunakan cuka.Hal ini selari dengan amalan yang disarankan KKM iaitu mengamalkan penjarakkan sekurang-kurangnya satu meter, memakai penutup muka dan sering menggunakan pembasmi kuman.

“Meskipun kita hidup dalam era berbeza, tetapi prinsip Kesihatan Awam kita tidak berubah. Matlamat utama kita ialah meningkatkan kesihatan orang ramai dengan langkah berjaga-jaga yang diperlukan.“Langkah pencegahan kesihatan awam yang dilaksanakan oleh KKM menepati langkah yang sama dengan yang dambil oleh Ibnu Sina. Filem ini dibuat pada tahun 1968.-rencah. Artikel berkaitan di bawah:

Komen Datuk Dr Noor Hisham Lepas Dapat Pengiktirafan Media China

Semalam Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diangkat sebagai antara tiga ‘doktor terbaik’ di dunia oleh media China atas usaha cemerlang membendung penularan wabak COVID-19. Dua lagi tokoh yang dijulang oleh China Global TV Network (CGTN) adalah Dr Anthony Fauci (Amerika Syarikat) dan Dr Ashley Bloomfield (New Zealand).

Menurut CGTN, ketiga-tiga tokoh ini dipuji kerana menjadi sumber maklumat yang bersikap ‘tenang, jelas dan boleh dipercayai’ untuk rakyat ketika pandemik datang menguasai negara masing-masing. “Mereka bukan menteri kabinet tetapi ketiga-tiga mereka menjadi muka depan negara mereka dalam respons terhadap COVID-19. “Kadang kala kerajaan boleh jadi lambat memberi reaksi dan memberi maklumat bercnggah dari fakta ketika wabak pandemik global melanda negara. Tetapi Dr Fauci, DrBllomfield dan Dr Hisham menjadi suara fakta yang tenang dan meyakinkan.”

Dr Hisham, 57, telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah KKM sejak 2013 dan telah mendapat pujian daripada majoriti rakyat Malaysia kerana kemaskini maklumat yang konsisten dan berkredibiliti di media sosial. Beliau juga tidak berselindung untuk menegakkan fakta dan memperbetulkan mitos, walaupun dari bosnya sendiri. Malah beliau juga dikesan sering mengemaskini maklumat di media sosial sehingga lewat malam.

Komen Dr Hisham terhadap pujian media China

Dalam sidang media harian KKM, seorang wartawan bertanya soalan: “Apa signifikan kepada Datuk dan KKM atas pengiktirafan sebagai salah seorang daripada tiga pengarah kesihatan terbaik dunia?”

Dr Hisham menjawab:“Sebenarnya pengiktirafan ini bukan untuk saya, tetapi lebih kepada negara. Kami di KKM bergerak sebagai satu pasukan.“Dan kami di KKM hanyalah memberikan nasihat sahaja, tetapi yang membuat keputusan dan melaksanakan adalah YAB Perdana Menteri Malaysia.Beliau langsung tidak mengambil kredit. Malah beliau turut memuji barisan keselamatan merangkumi polis dan tentera, semua pegawai kesihatan, barisan kementerian dan rakyat Malaysia yang memberikan kerjasama.-rencah

Berbulan Barisan Hadapan Bekerja. Dr Noor Hisham Dedahkan Tempoh Berapa Bulan Lagi Barisan Hadapan Perlu Kerja Keras Dan Harap Semua Rakyat Patuh Dengan Arahan

Sebutlah mana sahaja lebuhraya yang tidak dibnjiri dengan kenderaan sejak kelmarin hingga hari ini. Semuanya kerana gara-gara keterujaan masyarakat kita untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Hinggakan ada yang terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan juga lorong kecemasan untuk menunaikan solat dek kerana kesesakan teruk. Terutamanya lebuhraya menghala ke pantai timur.

Ya, siapalah yang tidak seronok balik kampung sambut raya kan? Tetapi dalam pada gembira meraikannya janganlah alpa, lalai dan leka dengan SOP yang ditetapkan sepanjang musim perayaan Aidiladha kali ini. Maklum sajalah, beraya dalam suasana norma baharu seperti Aidilfitri lalu ada beberapa kekangan dan sekatan untuk tidak meraikan sambutan raya seperti kebiasannya. Antaranya seperti berikut.

Sambutan hanya dalam kalangan unit keluarga yang berada di dalam rumah. Jumlah tidak boleh melebihi 20 orang bagi setiap masa.Setiap ketua keluarga / individu hendaklah;Memastikan penjarakkan sosial sekurang-kurangnya 1 meter Mengelakkan daripada 3C iaitu bersesak (crowded area), ruang rapat/tertutup (confined area) dan juga perbualan dalam jarak yang dekat (close conversation)Setiap individu hendaklah memakai pelitup muka sekiranya berada dalam keadaan tiada penjarakkan sosial.

Setiap individu hendaklah;Sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer.Memastikan semua ahli keluarga / tetamu mengutamakan kebersihan diri dan peralatan.Aktiviti/Ibadah sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha hendaklah mematuhi sepenuhnya SOP Sektor Sosial berkenaan Aktiviti Masjid dan Surau yang telah dikeluarkan.Terus bersurai dan pulang selepas selesai ibadah sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha.

Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan:Rumah Terbuka/Kenduri Hari Raya,Bersalaman dan bersentuhan,Sajian makanan secara buffet layan diri,Ziarah Tempat Persemadian,Takbir dari rumah ke rumah.Arahan Tetap.Sebarang aktiviti tidak dibenarkan sekiranya:Sukar mengawal jumlah orang pada satu-satu masa, Kemungkinan terdedah kepada droplets,Sukar mengawal perilaku,Berada dalam kawasan yang sama atau ruang rapat dan tertutup dalam masa yang panjang.

Sumber: MKN

Berkat Usaha Dalam Menangani COVID19. Mengagumkan Dr Hisham Sekali Lagi Dianugerahkan Pengiktirafan Tertinggi Dari Satu Satu Kelab Ini Sekaligus Mengharumkan Nama Negara

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah malam ini diberi satu lagi pengiktirafan atas sumbangan besar beliau dalam memerangi COVID-19.Dr Noor Hisham dipilih sebagai penerima anugerah Paul Harris Fellow, pengiktirafan tertinggi diberikan oleh Kelab Rotary kepada individu yang banyak menyumbang jasa untuk tujuan baik.

Anugerah itu disampaikan kepada beliau pada majlis Pemasyhuran Presiden dan Gala Kutipan Dana Tahunan Ke-93 Kelab Rotary Kuala Lumpur Diraja (RCKL) di sini, malam ini oleh presiden kelab itu yang baru dimasyhurkan Prabagaran Vythilingam.

“Anugerah ini sebagai tanda penghargaan, jasa dan komitmen ditunjukkan oleh petugas barisan hadapan dalam mendepani pandemik global yang tidak pernah berlaku sebelum ini, mereka telah memenangi hati dan minda negara,” kata Dr Noor Hisham dalam ucapannya semasa menerima anugerah itu.

Antara tokoh terkemuka yang telah dipilih sebagai penerima anugerah Paul Harris Fellow ialah Presiden Amerika Syarikat Ke-39 Jimmy Carter (James Earl Carter, Jr.), angkasawan James Lovell, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Javier Perez de Cuellar dan pencipta vaksin polio Jonas Salk.

Diwujudkan pada 1957, anugerah itu bagi mengiktiraf individu yang telah memberi sumbangan besar dan menyokong usaha dermawan seperti imunisasi kanak-kanak daripada polio dan menyediakan air bersih ke kawasan miskin di seluruh dunia.

Kementerian Kesihatan turut diberi pengiktirafan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Rotary manakala RCKL Diraja dipilih sebagai penerima anugerah The Brand Laureate International Premier Award 2020 bagi kepimpinan dalam perkhidmatan kemasyarakatan.Sumber: BERNAMA

Sempena Hari Keputeraan Rasmi YDPA. Dr Hisham Antara Penerima Anugerah PSM Dan Akhirnya Dia Menerima Satu Gelaran Ini

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Arshad Ayub mendahului senarai 829 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020, hari ini. Tengku Maimun dan Dr Arshad merupakan tokoh utama dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’.

Gelaran tersebut dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Mereka antara 31 individu yang akan menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.

Empat lagi tokoh utama menerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’. Tokoh berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Seramai 12 lagi menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran ‘Tan Sri’, manakala 29 orang menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) dan lima penerima Darjah Panglima Setia Diraja (PSD), masing-masing membawa gelaran Datuk.

Penerima PSM ialah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad, bekas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Turut menerima PSM ialah Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) Datuk Ahmad Nizam Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif The Lotus Corporation Berhad Datuk R. Doraisingam, Presiden Sunway Group Berhad Datuk Chew Chee Kin, Pengarah Urusan Platinum Victory Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Gan Yu Chai, Pengasas dan Pengarah Urusan SENA Group of Companies yang juga Pengasas dan Pengarah Optimax Holding Berhad Datuk Tan Boon Hock.

Penerima PJN antaranya ialah Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong dan Hakim Mahkamah Rayuan Ravinthran N. Paramaguru.

Turut dianugerahkan PJN ialah Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd Rabin Basir, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lokman Hakim Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Datuk Dr Mohd Gazali Abas.

Penerima lain PJN ialah Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah, Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki, Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Nazir Mami dan Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) Laksamana Madya Datuk N. Ganesh.

Di samping itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Leftenan Jeneral Datuk Dr Md Amin Muslan, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah dan Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan juga menerima PJN.

Turut dianugerahkan PJN adalah Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Mohamed Farid Abu Hassan, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abd Rahim Jaafar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed dan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Datuk Zamri Yahya.

Antara penerima PJN yang lain ialah Naib Pengerusi CRSC Holdings Berhad Datuk Mohamed Salleh Bajuri, Ahli Lembaga Amanah Tekun Nasional Wan Mohd Shaharir Wan Abd Jalil, Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Prof Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Low Yat Group Low Gee Teong.

Penerima PSD pula ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri Mohammad Ismail, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri Roziah Abudin, Ketua Unit Endokrin Hospital Putrajaya Dr Zanariah Hussein, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur Dr Mahathar Abd Wahab dan Pengarah Cawangan Tenaga Kerja ATM Briged Jeneral S. Suriakala.

Selain itu, seramai 27 individu dikurniakan Johan Mangku Negara (JMN) antaranya Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Zulkifli Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Mohamed Zaini Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia Azlikamil Napiah.

Sementara itu, antara  ‘orang kuat’ barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Dr Norhayati Rusli dikurniakan Johan Setia Mahkota (JSM) bersama 37 individu lain.

Antara tersenarai dalam 147 penerima Kesatria Mangku Negara (KMN) ialah Pengarah Bahagian Program TV Radio Televisyen Malaysia (RTM), Lokman Muda manakala penyampai berita dan wartawan penyiaran Media Prima Pang Chinn Fei serta personaliti TV Terrence Joseph Dass masing-masing tersenarai dalam 182 penerima Ahli Mangku Negara (AMN).

Tahun ini juga menyaksikan seramai 11 individu dianugerahkan Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD),  328 Pingat Pangkuan Negara (PPN) dan 44 Pingat Bentara Setia Diraja (BSD).

Sumber: BERNAMA, RTM