Separuh badan tak rasa. Isteri Atu dedahkan keadaan suaminya dan cerita sepanjang kejadian itu berlaku

Artis

Baru baru ini dikhabarkan Atu yang merupakan pelakon dan pelawak dimasukkan ke hospital malam tadi selepas tiba tiba sahaja r3bah di kediamannya di Shah Alam. Shafeeqa yang merupakan isterinya menjelaskan detik yang mencemskan itu berlaku semasa mereka sedang menunaikan solat Isyak di rumah.

“Masa tu saya p.anik dan sangat risau. Atu tiba-tiba rebh, dia p1tam. Apa yang buat saya lebih c3mas apabila dia cakap separuh badan tak rasa.“Saya terus bawa ke hospital dan doktor kata Atu dehyd.rated akibat 5trok haba,” katanya.

Kata Shafeeqa lagi Atu mungkin akan dithan di wad sehingga keadaannya betul-betul pulih dan stabil.“Sedih juga kerana saya tidak dapat menemani Atu ketika ini. Saya berharap suami saya sembuh seperti sedia kala.“Dia tidak pernah s.akit apatah lagi masuk hospital. Keadaan Atu sekarang (malam tadi) sangat lemah dan dia bimbang kalau-kalau tidak dapat bekerja.

“Muzikal Lawak Superstar (MLS) pula akan kembali bersiaran pada Jumaat ini selepas dihentikan seketika kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.“Atu memang seorang yang kuat bekerja…Kata dia kalau tak bekerja, tak berasaplah dapur…Dalam keadaan lemah pun masih nak bercakap fasal kerja dan betul-betul risau,” katanya.

Shafeeqa berkata, sebelum dimasukkan ke wad Atu telah menjalani ujian c4lit C.ovid-19 dan keputusannya negatif.“Alhamdulillah, keputusan swab negatif. Apa pun saya berharap agar semua berhati-hati dan menjaga kesihatan terutama ketika cuaca panas sekarang ini.

“5trok haba bukan benda main-main. Minumlah air secukupnya walau sesibuk mana pun kita seharian,” katanya.Tengah malam tadi Shafeeqa turut berkongsi mengenai perkara tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya.

Kiriman Mesej Menerusi WhatsApp Dan Telegram Juga Tidak Dibalas. Wanita Ini Tampil Buat Pendedahan Berkenaan Pelawak Tersebut

Baru baru ini, Pengurus Besar Kumpulan, Audiens & Pemasaran,Ripple,ANida Mohd Tahrim memaklumkan penyampai radio Hot FM dan pelawak,Shuk Sahar berhdapan penggntungn sementara perkhidmatannya di stesen kerana masalah peribadi. Dahulu,hari ini pihak pengurusan Hot FM mengeluarkan kenyataan mengesahkan penggntungan sementara perkhidmatan Shuk yang mengendalikan segmen Geng Pagi Hot berkuat kuasa serta merta.

Anida yang dihubungi berkata Shuk sudah dimaklumkan mengenai penggntungn sementara perkhidmatannya itu yang berkuat kuasa serta merta sejak semalam.” Sehingga bila tempohh penggntungn perkhidmatan sementara Shuk itu dapat dipastikan kerana buat masa siasatan dalaman masih dibuat oleh pihak pengurusan berkait isu tular membabitkannya.

“Apa yang boleh dikata, ia berkaitan isu peribadi Shuk. Bagaimanapun, untuk perkembangan terkini berhubung penggantungan perkhidmatan sementara itu akan dimaklumkan sebaik siasatan dalaman selesai,” katanya kepada Harian Meteo.

KENYATAAN Media dari pihak pengurusan Hot FM.Sementara itu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar yang cuba dihubungi Harian Metro tidak menjawab panggilan, manakala kiriman mesej menerusi WhatsApp dan Telegram juga tidak dibalas.

Menerusi Instagram Shuk, kali terakhir dia kemaskini hantaran sekitar empat hari lalu mengenai rakaman video yang dibuat di rumah baharu, namun yang kedengaran suara wanita menangis.Menurut Shuk dalam kapsyen di tulis, kediaman itu baharu didudukinya bersama isteri, Rossalennah Natassiah Asshaferah dan keluarga, malah mereka belum berkesempatan membuat kenduri doa selamat.

Menerusi ruangan komen ditulis, rata-rata ia menjadi medium ‘didatangi’ segelintir warganet kepada Syuk berikutan isu tular membabitkan kisah pergolakan rumah tangganya yang berlaku ketika ini.Terdahulu, tular di media sosial mengenai kemelut rumah tangga Shuk apabila isterinya, Rossalennah yang membuat pendedahan berani mengenai kecurangan dilakukan pelawak itu.

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik Rossalennah menerusi Instagram, mendedahkan Shuk masih lagi curang bersama wanita lain di belakangnya.Rossalennah juga mendakwa suaminya itu masih lagi menjalin hubungan dengan wanita sama yang pernah dikaitkan dengan Shuk sebelum ini.

Makin Teruk Dikritik Oleh Warganet Dan Banyak Hal Yang Berlaku Ke Atas Dirinya. Fara Salleh Akhirnya Buka Cerita Sebenar Ketika Di Balai Polis

Gara gara takut dengan pelbagai mesej daripada individu yang tidak dikenali,Fara Salleh yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan penyampai radio,Shuk Sahar tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan keselamatan. Kata Fara Salleh,28., dia kesal dengan isteri kepada Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah bertindak sebarkan maklumat peribadinya termasuk alamat rumah dan nombor telefon bimbit

“Saya terima bermacam-macam ugvtan menerusi WhatsApp, call termasuk ada yang nak bahayakan diri saya… sebab tu saya terpaksa buat laporan polis.Ia berlaku selepas video saya dimuat naik di media sosial,” katanya kepada mStar pada Ahad malam.Antara mesej yang diterima Fara menerusi WhatsApp daripada individu tidak dikenali.

Dia temui selepas membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara di Petaling Jaya selepas ‘didatangi’ isteri Shuk dalam kejadian awal pagi Sabtu di kediamannya.Menurut Fara kira-kira pukul 2 pagi Sabtu lalu, Rossalennah hadir ke rumahnya dan mendakwa dia menyembunyikan Shuk di dalam rumah.Bagaimanapun Fara enggan membenarkan Rossalennah masuk ke rumahnya atas faktor keselamatan.

“Saya diserng dan dipaksa buka pintu, tapi saya minta dia hubungi Jabatan Agama Islam Selangor dan polis… biar pihak berkuasa yang periksa rumah saya.Selain itu saya bagi pilihan lain iaitu dengan mengajak dia melakukan panggilan video dan saya akan buat home tour… dia boleh tengok ada atau pun tidak,” katanya.

Bila ditanya sama ada dia masih menjalinkan hubungan dengan Shuk seperti yang didakwa, dia mengakui segalanya sudah berakhir.“Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia!” katanya ringkas.Untuk rekod Fara adalah individu yang sama dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Shuk sekitar Julai 2020.Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.Kredit:MstarOnline

Episod Rumahtangga Mereka Masih Jadi Perhatian. Terkini Fara Salleh Dedahkan Dia Menerima Mesej Berunsur Kritikan Selepas Nombornya Tersebar

Heboh tentang nombor telefon Fara Salleh mula tersebar di media sosial baru baru ini. Episod masalah rumah tangga melibatkan antara pengacara,pelawak dan penyampai radio iaitu Shuk Sahar serta isterinya,Rossalennah Natassyiah dan Fara Salleh. Baru baru lagi, Fara memuat naik sebuah entri yng mendedahkan kiriman mesej yang diterima daripada warganet serta di aplikasi ws

Antara kandungannya adalah kritikan dan makian daripada warganet yang tidak berpuas hati dengan tindakannya selepas didakwa masih berhubung dengan Shuk.Tidak cukup dengan itu, ada juga mesej yang berbaur luc4 h dan menga1bkan.Malah, Fara bertindak memaparkan wajah-wajah segelintir individu yang menghubunginya.

Nombor telefon Fara terkantoi tersebar selepas Rossalennah memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan perbualannya bersama Shuk.Pada Sabtu lalu, kecoh apabila Rossalennah mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan Fara.Jelas Rossalennah lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah wanita tersebut untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun terpaksa beredar dengan hampa. gempak

Episod Rumahtangga Pelawak Ini Masih Berlarutan. Terkini IG Hotfm Juga Tidak Terlepas Dari Komen Dari Warganet

Episod rumahtangga Shuk dan orang serta Fara Salleh masih berlarutan sehingga ke hari ini. Terkini warganet bukan sahaja datang komen di IG Shuk,malahan di IG Hotfm pun kena. Manakala berdasarkan semakan di IG Shuk,pelawak dan pengacara berasal dari Pulau Pinang itu dilihat belum memuatnaik apa apa kenyataan balas berhubung pendedahan isterinya

Namun itu tidak menghalang warganet datang tinggalkan komen dengan mengkritik Shuk atas perbuatannya.Namun lebih teruk, bukan sahaja IG peribadi Shuk yangdidatangi warganet, ‘tentera bawang’ dilihat turut tinggalkan komen IG rasmi stesen radio Hotfm.Meskipun Shuk cumalah penyampai radio di Hotfm, namun kebanyakan ruangan komen ditinggalkan warganet menyentuh isu membabitkan Shuk walaupun entri ditulis tiada kena mengena.

Rata-rata meminta pihak Hotfm mengambil tndakan ke atas Shuk, malah ada yang meminta supaya Hotfm dibo1kot.” Saja nk bgtau, nnti buang jela shuk tu, berlambak lagi org boleh gantikan tempat dia kt hotfm tuh. Sekiann.” tulis Ida” Hotfm better bu4ng shuk. Drpd radio korang kena bo1kot. Kami pun xselera dgr suara syuk. Please hotfm,” tulis Jep

Isteri Shuk Terduduk Depan Pintu Sambil Merayu Suruh Suami Dia Keluar. Fara Salleh Tanpa Ragu Terus Bongkar Hal Sebenar Lepas Dikrtik Teruk Oleh Warganet

Heboh betul di media sosial berkaitan pendedahan Rossalennah Natassyiah Asshafera yang menyatakan suaminya,Shuk yang merupakan penyampai radio HotFm dan pelawak berlaku menduakan si isterinya. Melalui entri di IG,Rossalennah mendedahkan suaminya itu masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama iaitu Fara Salleh.

” Aku dah terduduk depan pintu merayu rayu suru suami aku keluar dan balik..” Selama ni aku diam dah sabar dan bertahan. Diam demi menjaga a1b suami.” Tapi semakin lama diam diorang semakin menyakitkan hati. Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang,” katanya.

Tambah Rossalennah lagi, dia juga bertindak menrjah ke rumah Fara untuk meminta suaminya pulang ke rumah, namun terpaksa beredar dengan hampa.” Allah tu maha adil naluri isteri tak pernah salah.” Seraa ada saksi pergi sini dengan PA Shuk.. dia kol faara suruh Shuk keluar..shuk bercakap melalui fon fara kta xnak kluar.. selagi ak ada.. apa jdi dia xkan kluar..

” Bayangkan la apa perasaan aku .. aku tak pernah sesed1h ini.. sesak1t ini, aku dah cukup pendam macam2..” Allahukabar.. bila Allah menghendaki akan sesuatu tiada siapa dpt halang.. aku dah merayu mnangis depan pintu minta belas kasihan dgn kau farah.” Kau campk kasut Shuk depan aku suruh bawa balik. Apa do-sa aku sampai aku kamu buat macam ni. Aku ada anak-anak perlu jaga. Terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak.

” Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala ce-Ia yang bvruk demi masa depan anak-anak. Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak.” Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku dimana,” katanya.Sementara itu, menerusi entri terbaru dimuatnaik sebentar tadi, Rossalennah memuatnaik paparan skrin status yang ditulis Fara berhubung Rossalennah.

Berikut adalah respon balas ditulis Fara yang didedahkan oleh Rossalennah;Fara antara lain berkata, dia tidak pernah menghalau Rossalennah, sebaliknya hanya menutup pintu dan Rossalennah telah pulang sendiri.Selain itu, Fara mendkwa dia tidak sembunyikan ‘manusia’ (Shuk) di dalam rumahnya.

” Semalam kau kata nak call JAIS kalau aku tak bagi kau masuk, aku persilakan kau call JAIS.” Aku siap bagitau call polis sekali sebab kalau kau je maaflah ya, memang aku takkan bagi masuk, sebab rumah aku.” Aku offer video call untuk tourtour rumah segala pelusuk aku boleh tunjuk kalau betul aku sembunyikan manusia dalam rumah, tapi kau taknak! Kenapa??

” Aku ada soalan;” 1- Bila masa aku h4Iau kau? Kau yang taknak balik dan nak tunggu depan rumah sampailah manusia kau cari tu keluar so then aku pun tutuplah pintu sambung tidur.” 2- Bila masa aku dirayu sambil kau menangis? Kau berikan aku arahan sis, bukan merayu kat aku, dan ugut untuk pec4hkan pintu rumah.” 3- Bila masa aku campak kasut kat kau? Aku bagi dua-dua belah tu melalui jeriji besi.” tulis Fara.

Reaksi warganet.Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet membela Rossalennah dengan mendkwa Fara masih mahu menegakkan benang yang basah.Apatah lagi Fara sendiri mengakui tentang kasut Shuk yang berada di dalam rumahnya.” Dia bagi kasut shuk. Cemana pulak kasut si shuk tu ada kt rumah dia. Hahahahaha” tulis Ain.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Baru Je Pindah Rumah Di Kawasan Baru. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Ada Suara Wanita Menangis Dalam Live Ig Shuk Sahar. Sekali Shuk Sahar Dedahkan Cerita Sebenar Buat Warganet Terkejut.

PELAWAK Shuk Sahar terkejut apabila dimaklumkan oleh pengikut mengenai kehadiran bunyi misteri seakan-akan wanita menangis semasa dia sedang bersiaran langsung di laman Instagram. Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, berkata semasa kejadian dia tidak menyedari sebarang bunyi misteri kerana terlalu fokus melayan pengikut.

“Saya betul-betul tak perasan dengan suara yang masuk dalam live saya… saya memang tak dengar apa pun waktu live tu. “Mula-mula saya live biasa je… lepastu kami main teka-teka umur dan nama… siapa menang dia dapat duit RM150.

“Kemudian saya tengok kat ruangan komen semua kata ada suara orang menangis, padahal saya tak dengar apa pun!” katanya. Bunyi wanita menangis dikesan semasa Shuk Sahar buat siaran langsung di Instagram. Penyampai radio Hot FM ini berkongsi mengenai kejadian misteri itu menerusi Instagram miliknya pada malam Khamis.

Dia turut memuat naik rakaman berdurasi 12 saat memperlihatkan dirinya bersama seorang teman yang turut berada dalam video tersebut. Saya cuba panggil ustaz untuk tengok benda apa sebenarnya!Lebih menakutkan apabila ada pengikut yang sempat merakam bunyi misteri itu dan menghantar kepadanya sejurus selesai bersiaran langsung.

“Bila orang hantar screen recorder dekat saya, baru saya perasan memang ada bunyi orang menangis, ” ujarnya. Shuk dan keluarga baru mendiami kawasan tersebut. Sementara itu, Shuk berkata pada malam itu dia bersiaran langsung di rumahnya yang baru sahaja didiami.

“Jujur saya cakap rumah saya ni baru duduk dan belum sempat buat doa selamat lagi.“Tak apa esok saya cuba panggil ustaz untuk tengok benda apa sebenarnya,” katanya. Dalam pada itu, rata-rata pengikut yang turut menyertai siaran langsung itu mengesahkan kehadiran suara misteri itu.

“Dari awal live lagi saya dengar tapi buat tak endah saja, mula-mula masa teka beg tu, masa tu dah dengar bunyi menangis tapi buat tak tahu je… seram!“Seriuslah! Tadi saya ingat ada orang main-main sebab Abang Shuk buat macam tak kisah je. “Saya dengar tadi masa Shuk nak video call pemenang tiba-tiba dengar suara perempuan menangis… dengar benda yang sama, lepas itu semua cakap benda sama,” antara komen pengikut.

Kali Ni Giliran Shuk Sahar Pula Ke Pejabat SPRM. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca Dia Ke Pejabat Tersebut Buat Ramai Terkedu.

Kebelakangan ini kita digemparkan dengan kes ‘Macu Scm’ yang melibatkan golongan selebriti bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram. Menurut laporan Berita Harian, ramai lagi rakan selebriti yang akan dipanggil kerana mereka diperlukan untuk membantu siasatan berhubung kes penggubahan wang yang dikaitkan dengan sindiket Mcu Skemm dan jdi dalam talian.

Terbaharu, Shuk pula dipanggil ke pejabat (SPRM) TETAPI bukan kerana kes pengubahan wang harm, sebaliknya untuk merakamkan muzik video mengenai pencegahan rsuah. Haa terkejut bukan? Memandangkan kes rsuah di Malaysia semakin berleluasa, pihak SPRM terpanggil untuk membuat satu muzik video untuk memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia tentang bah4ayanya benda ini.

Untuk anda yang tidak tahu apa itu rsuah, ia adalah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan kepada seseorang individu, yang melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan, yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah ataupun diskaun.

Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan. Muzik video ini juga menampilkan Fizie dari Geng Pagi Hot sebagai penyanyi utama selain Shuk. Jom tonton!

Jadi untuk semua masyarakat di luar sana, anda tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rsuah. SPRM sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat yang diberikan dan pemberi maklumat akan dilindungi serta tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HOT.FM

Lama Menyepi Tiba Tiba Isteri Shuk Sahar Dedahkan Rumahtangga Masih Diganggu Orang Ketiga. Tergamam Ini Tindakan Isteri Shuk Bila Perempuan Tu Masih Ganggu Lagi Rumahtangga.

Isteri kepada penyampai radio Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah meluahkan rasa marah terhadap individu yang difahamkan Fara Salleh yang sebelum ini pernah didakwa bermain kayu tiga dengan suaminya.

Menurut Rossalennah, terdahulu dia pernah berjumpa dengan Fara namun wanita itu masih tetap menganggu keluarganya. “Aku dah penah jumpa kau elok-elok. Aku bercakap dengan kau elok-elok.  “Tapi lama-lama kau marah dengan aku. Kau sakitkan aku balik. Kau screenshot macam-macam.

“Kau sakitkan aku masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kau sedar tak Fara. Kau dah sakitkan aku lama sangat-sangat.  “Aku tak pernah minta kau hadir dalam rumah tangga kami ni. Kau yang hadir dan kacau keluarga ni, kau kacau aku, maki aku dengan anak-anak aku. “Mana akal kau Fara? Antara kau dengan laki aku itu hal kamu,” dakwanya.

Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah entri yang disertakan dengan screenshot kiriman mesej yang dihantar Rossalennah di Instagram (IG) miliknya. Tegas Rossalennah, dia tidak akan berpisah demi kebahagiaan Fara.

Malah, Rossalennah berharap agar Fara meneruskan hidup tanpa suaminya. “Minta maaf, jangan block unblock apa yang kau hantar semua tu. Aku tetap tak akan berpisah. “Minta maaf sangat-sangat. Aku harap kau move on juga. Doa la banyak-banyak Fara semoga Allah terima taubat. Aku maafkan dosa-dosa kau dengan Shuk,” dakwanya lagi.

Walaubagaimanapun, posting itu telah dipadam selepas dikongsikan. Gempak juga sudah menghubungi Syuk dan Rossalennah melalui kiriman mesej di WhatsApp, namun masih menanti jawapan dan pencerahan. Selain Shuk, Fara juga didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Shah Jaszle dan Kecik Ogie sebelum ini.Pada bulan Julai lalu, beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakwaan mengenai sikap buruk Shuk yang dituduh bermain kayu tiga. Shuk mengakui pernah mengenali wanita yang dikaitkan dengan dirinya namun enggan mengungkit lagi kisah terbabit.