Ini luahan hati isteri pertama pelawak Rahim selepas ada yang cuba untuk mengacau rumah tangga nya. Tak sangka ini yang berlaku.

Rahim atau nama penuhnya Rahim Mat Ali, 49, mempunyai dua isteri iaitu Norazlin Abdullah (Kolin) dan Lily Khay yang berasal dari Simpang Renggam, Johor. Pelawak itu dikatakan berkahwin dengan isteri keduanya pada tahun 2015 atas persetujuan isteri pertama. Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, rahim dikurniakan empat orang anak iaitu Shafiariza Amira, 24, Aidil Aiman, 20, Airina Shazlein dan Harith Haikal, 16.

Kolin atau nama sebenarnya Norazlin Abdullah, 43, berkata, dia sudah mengenali Rahim sebelum suaminya itu bergelar selebriti. Kolin berkongsi mengenai luahan hatinya itu menerusi sebuah posting yang dimuatnaik ke laman Instagram miliknya pada Ahad.

“Saya dah lama kenal Rahim sebelum dia bergelar artis lagi, sebelum anda semua mengenali dia. Sayakenal dia dari orang tak pandang dia sampai orang kenal dia walau kemana saja dia pergi. Orang yang dulu tak mengaku kawan sekarang tiba-tiba mengaku brotherhood.

“Apa yang saya nak cakapkan dekat sini, jangan cabar atau provok saya. Jangan berani untuk buka ruang ke arah itu. Jangan cuit laki atau anak-anak saya. Sebelum korang nak mengata laki saya, tolong tengok laki sendiri dan tanya, layakkan korang untuk mengata fasal suami orang lain?

“Cermin diri sendiri sebelum bercakap. Sekali saya buka mulut, percayalah, lebih banyak untuk saya cakap lepas ni,” demikianlah tutur isteri pertama kepada pelawak Rahim Sepahtu, Kolin memberi amaran kepada beberapa individu agar tidak mencampuri urusan rumah tangga dengan menyebarkan maklumat palsu mengenai keluarganya.

Selain itu, Kolin berkata, dia berasa terkilan terhadap beberapa individu dipercayai cuba merosakkan hubungan dia dan suaminya dengan melaga-lagakan mereka di media sosial. Kolin turut menafikan tuduhan kononnya Rahim seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan berkelakuan buruk terhadapnya.

Kata Kolin, pelawak itu sebaliknya merupakan seorang suami yang penyayang malah sanggup berk0rban apa sahaja untuk membahagiakan keluarga: “Saya bukan jenis yang nak canang satu dunia apa yang dia beri pada saya. Saya tak perlu bagitahu yang laki saya bagi dua biji rumah, dua biji kereta yang saya tak pernah bayar sesen pun, bagi saya pembantu rumah sebab tak nak saya buat kerja, tahi kucing pun saya tak pernah buang.

“Bayar insurance saya setiap tahun sebab dia nak saya jaga diri saya, jaga rumah, anak-anak dan mak untuk dia. Walhal dia lelah kerja siang malam cari nafkah untuk saya dan keluarga saya untuk senangkan dan bahagiakan saya, untuk buat saya tersenyum setiap kali saya nampak dia.

“Alhamdulillah, Allah sentiasa ada untuk kuatkan semangat dia demi keluarga tercinta. Hanya Allah tahu apa yang dia lalui jadi nikmat apa yang saya nak nafikan lagi? Saya tak perlu buktikan dekat korang apa yang dia buat dekat saya untuk orang pandang mulia dekat dia.

“Tapi percayalah, itu sebahagian saja. Banyak lagi benda lain tapi saya tak rasa nak beritahu. Even apa saya buat untuk hidup, bukan untuk kau dan bukan untuk orang lain… itu prinsip hidup saya. Sekali lagi benda sama jadi, saya akan bercakap sampai mata awak berair. Ya Allah, rasa teruk cakap macam ni tapi korang yang buat saya, korang yang sakitkan saya,” tulisnya.

Sumber : MonyetHijau

About ApamPink 104 Articles
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah-ertikan, kami tidak akan bertanggungjawab. JIKA ANDA SUKAKAN SALAH SATU ARTIKEL, JANGAN LUPA SHARE...