Ini respon padu pelakon Noralbaniah selepas gambar Albaniah memakai seragam tukang cuci jadi bualan warganet.

Pelakon Noralbaniah mendedahkan fotonya yang memakai baju seragam seorang tukang cuci telah menjadi kecoh dikalangan kenalannya. Menurut pelakon era 90-an itu, rata-rata menyangka ia merupakan pekerjaan sebenarnya sehingga ada yang bertanya kesahihan perkara terbabit.

Kata Albaniah, tidak salah jika benar itu pekerjaan sebenarnya kerana ia juga merupakan salah satu sumber untuk mencari rezeki. “Kecoh pasal post gambar pakai baju cleaner semalam. Ada yang call tanya… Betul ke? “Sebenarnya bagi saya, apa salahnya. Sesiapa pun boleh post apa-apa pun. Kalau saya cleaner, itu satu pekerjaan yang baik. Halal, kalau tak kerja, you all nak bagi duit ke? Susah, orang lagi kritik.

“Takkan nak tunjuk yang hebat-hebat dan mewah sahaja dalam Instagram. Not me…. I’m not hipocrite. “Please, sekarang saya bagi post yang paling ceria. Tak kisahlah kerja apa pun… puas tak…!! Tiada cleaner, toilet tak bersih pun orang complain kan!?” tulisnya.

Albaniah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya. Terdahulu, pelakon itu memuat naik entri tentang pekerjaan sebagai seorang pencuci. “Ada lagi ke orang nak pandang kalau ini pengakhiran untuk diri ini.. Peringatan untuk diri sendiri..

“Apa yang kita ada bila-bila masa Allah boleh tarik balik. Tak kiralah pekerjaan, ataupun orang terdekat.. Selalulah hargai semuanya sebelum terlambat,” katanya. Albanih memulakan kerjaya lakonan pada 1989. Ketika berusia 19 tahun, dia ditawarkan oleh Ahmad Fauzee untuk menjayakan watak Tengku Noraini dalam filem Kolej 56 yang turut dibintangi oleh Raja Rezza Shah, Arif Shamsuddin dan Salwa Abdul Rahman.

Sumber : Gempak

Pelakon berusia ada tarikh luput

Pelakon, Nor Albaniah, 50, menyifatkan nasib pelakon berusia sepertinya di negara ini mempunyai tarikh luput. Katanya, tarikh luput dimaksudkan apabila mendapati segelintir pelakon yang melewati usia 30-an, sudah mula dipinggirkan dengan watak selain diberi peranan sebagai ibu bapa.

“Sebenarnya, saya faham permintaan peminat dan penonton masa kini semestinya tertumpu pada kelompok pelakon muda yang memiliki ramai pengikut di media sosial. “Namun, janganlah terus melupakan atau meminggirkan bakat pelakon dewasa yang berusia dengan meletakkan had umur tertentu.

“Boleh jika nak meletakkan had umur itu, tetapi tidak perlu tergesa-gesa kerana dalam lakonan pengalaman pelakon juga penting,” katanya. Nor Albaniah berkata, menjadi harapannya semoga pelakon lama yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri terus dihargai.

“Saya harap sangat sama ada peminat, penerbit mahu pun pihak stesen televisyen, hargailah orang lama yang memiliki pengalaman lebih 20 tahun ini. “Sebabnya, yakinlah bahawa kelompok seperti kami masih mampu menaikkan industri kerana kualiti dan bukan mengejar popular,” katanya.

Pemilik nama sebenar Nor Albaniah Raffie itu berkata, dia faham pelakon berusia sepertinya di luar negara masih layak melakonkan watak utama. “Namun, di negara ini kebanyakan pelakon berusia 40-an memang kena sedia untuk melakonkan watak mak dan ayah sahaja.

“Paling tidak pun dipinggirkan. Keadaan ini memang berlaku dan saya tengok apa yang berlaku kepada beberapa rakan seusia. “Bila ditanya, kenapa tak berlakon dah beberapa bulan? Jawapan selalu diberi mereka, tak ada tawaran untuk watak mak,” katanya.

Katanya, situasi sebegitu didapati berlaku apabila terdapat segelintir penulis skrip yang lebih gemar menulis watak untuk orang muda. “Mereka (penulis skrip) kurang beri perhatian untuk watak yang akan dilakonkan golongan pelakon sudah berusia 40 ke 50 tahun.

“Ke mana hala tuju industri, apabila pelakon berusia dipinggirkan dengan mudah jika sepatutnya mereka yang berpengalaman itu harus dikekalkan. “Bukannya dibuang atau dipinggirkan,” katanya mengakui permintaan industri masa kini bergantung pada pengaruh media sosial seperti jumlah pengikut Instagram (IG).

Nor Albaniah yang menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selama 23 tahun pernah mendirikan rumah tangga bersama Sudarman Daud pada 1993. Namun, suaminya meninggal dunia dalam kemalangan pada 1996 yang turut mengakibatkan Nor Albaniah mengalami kecederaan dalam tragedi itu.

Hasil perkongsian hidup bersama Sudarman, Nor Albaniah yang dikenali menerusi filem Adik pada 1990 dan Jeritan Batinku (1994) itu dianugerahkan seorang anak perempuan dikenali Syarra, kini berusia 24 tahun.

Sumber : myMetro

About ApamPink 104 Articles
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah-ertikan, kami tidak akan bertanggungjawab. JIKA ANDA SUKAKAN SALAH SATU ARTIKEL, JANGAN LUPA SHARE...