Intan Ladyana dan Harris Alif akan dinikahkan jumaat ini. Terkedu bila tiba tiba Intan Ladyana dedahkan sesuatu pasal benda ni.

Artis

Umum mengetahui hubungan cinta yang terjalin antara pelakon cantik, Intan Ladyana dan pasangannya Harris Alif sejak beberapa bulan lalu. Setelah hampir setahun menjalin cinta, Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya bakal melangsungkan majlis pernikahannya pada Jumaat ini.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon drama Bougainvillea itu mengakui berdebar untuk bergelar pasangan suami isteri. Majlis pernikahan bakal dilangsungkan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur yang hanya membabitkan ahli keluarga terdekat sahaja.

“Alhamdulillah persiapan kebanyakannya sudah siap, cuma dalam keadaan sekarang dengan kes Covid-19 makin meningkat agak susah untuk membuat perancangan…” “…dan meletakkan satu tarikh untuk majlis. Harapnya tiada sebarang perubahan dan berjalan dengan lancar,” katanya.

Perkara tersebut dikongsi ketika menghulurkan sumbangan buat komuniti ibu tunggal yang dianjurkan oleh sebuah produk kesihatan dan kecantikan yang menampilkan Intan sendiri sebagai duta produk tersebut. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)

Sumber : https://www.rimbabara.my/

Kisah Percintaan Jadi Buah Mulut Ramai Gara Gara Perbezaan Umur. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Intan Ladyana Tampil Bersuara Bongkarkan Kenapa Dia Pilih Harris Alif.

Menyelak helaian kisah cinta pelakon, Intan Ladyana, 38, bukan tiada lelaki sebaya yang pernah menjadi penghuni hatinya. Namun sebagai manusia, apalah dayanya untuk melawan ketentuan takdir. Bagaimanapun, cinta yang pernah mekar layu di tengah jalan.

Justeru, apabila kembali berpacaran dan memilih penyanyi dan pengacara, Harris Alif yang muda 17 tahun daripadanya untuk dijadikan teman hidup, Intan mengharapkan keputusannya tidak dipersoalkan. Baginya, bukan usia menjadi ukuran dalam satu perhubungan. Sebaliknya, apa yang dilihat, sifat matang yang ada pada lelaki pilihan hatinya itu.

“Lelaki tua atau muda bukan satu masalah. Jika sudah ditetapkan itulah adalah jodoh, siapalah saya untuk menolak kehendak takdir. Lagipun, pandangan saya lebih kepada kematangan seseorang. “Jika usia 40 tahun, tetapi tak matang, tak guna juga. Macam mana nak kahwin? Tak kisahlah lebih muda kerana usia bukan ukuran kematangan seseorang.

“Bagi saya, Harris seorang yang matang berdasarkan cara berkomunikasi. Setakat ini, Harris memahami apa yang saya sampaikan,” katanya kepada BH Online. Diusik pertanyaan tidakkah risau bersuamikan lelaki muda dan kebarangkalian bakal menarik perhatian wanita lain cukup tinggi, pelakon filem Jangan Pandang Belakang itu percaya, jalan cerita setiap pasangan yang sudah berumah tangga adalah berbeza.

“Kisah hidup seseorang berbeza. Tak bolehlah nak pukul rata mengatakan kalau bersuami muda, orang akan ganggu rumah tangga. Mungkin itu pengalaman orang lain dan tak semestinya saya mengalami nasib yang sama. “Bagaimanapun, dalam hal ini, terserah pada lelaki itu sendiri. Jika tak layan, takkan akan menjadi juga,” ujarnya pada sidang media pengumuman majlis perkahwinan yang diadakan secara virtual, baru-baru ini.

Bercerita mengenai persiapan hari bersejarah, Intan berkata, persediaan sudah mula dilakukan selepas majlis merisik pada Julai, tahun lalu. “Persiapan sudah dibuat sebanyak 95 peratus selepas majlis merisik. Cuma, apa yang merisaukan, situasi semasa memandangkan masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kami bimbang sekiranya berlaku perubahan dari segi prosedur operasi standard (SOP), macam-macam boleh berlaku.

“Kami hanya mampu berserah sahaja. Apapun, semua majlis kami diadakan dalam mematuhi SOP yang ditetapkan dengan mengehadkan bilangan tetamu, pemeriksaan suhu, penjarakan fizikal di meja makan dan langkah keselamatan lain,” katanya.

Selepas hampir setahun menyulam cinta, pasangan itu sepakat untuk memilih tarikh 6 Februari ini untuk diijabkabulkan. Walaupun usianya baru mencecah 21 tahun dan ramai menyifatkan usia terlalu awal untuknya menamatkan zaman bujang, namun Harris mempunyai pandangan berbeza.

“Jika nak cakap soal jodoh, kita sendiri tak tahu urusan Tuhan. Tetapi, jika nak mempersoalkan kahwin muda, bukan kali pertama lelaki berusia 21 tahun berkahwin. Budak sekolah pun ada yang sudah berkahwin. “Sebagai lelaki, saya sudah mempersiapkan diri untuk menjadi ketua keluarga dan membuat persediaan ke arah itu. Saya banyak bercampur dengan golongan dewasa. Bila keluar dengan mereka, saya lebih banyak memerhati bagaimana mereka melayan kerenah anak-anak.

“Dari situ, saya belajar bagaimana mahu mengemudi rumah tangga,” kata Harris yang juga pengacara program Generasi Z di TV3. Mengulas hari bahagia, Harris berkata, ada empat majlis yang dibuat secara berasingan. “Kami buat majlis berinai, sehari sebelum akad nikah. Selepas acara akad nikah yang bakal berlangsung di sebuah masjid di ibu kota, sebelah malamnya pula kami akan mengadakan resepsi. Majlis bertandang pula akan diadakan pada 13 Mac depan,” katanya.

Ditanya apakah majlis perkahwinan bakal disiarkan di stesen televisyen (TV), Harris atau nama sebenarnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi berkata, perkara itu masih dalam perbincangan. “Mengikut pihak pengurusan, perkara ini masih dalam perbincangan dan apa yang boleh saya katakan, masih lagi 50-50. Jika sudah ada kata sepakat, kami akan umumkan nanti,” katanya.

Intan dan Harris mula rapat selepas berkenalan dalam laman Instagram (IG), Mei lalu. Harris secara terbuka mengakui, bahagia menjalin hubungan cinta bersama Intan, biarpun jarak usia berbeza. Sempena majlis perkahwinan, Intan dan Harris mendapat tajaan barangan kemas bernilai RM13.5 juta dan pelbagai kelengkapan perkahwinan lain. Lebih istimewa, Harris turut menjadikan single terbaharu berjudul Anugerah yang dilancarkan, bulan lalu sebagai lagu tema perkahwinan.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Tunggu Hari Sebelum Majlis. Kisah Cinta Jadi Perhatian Ramai Terkejut Bila Tengok Intan Ladyana Dan Harris Alif Buat Benda Ni.

Umum kini sudah mengetahui bahawa pelakon Intan Ladyana dan penyanyi Harris Alif bakal mendirikan rumah tangga pada 6 Februari akan datang. Kisah cinta mereka ini menjadi perhatian ramai disebabkan perbezaan usia yang sangat jauh iaitu 17 tahun.

Namun itu tidak membuatkan pasangan ini putus asa dalam bercinta, malah memandang hubungan mereka ini perlu ke peringkat yang seterusnya. Dalam meniti hari ke majlis pernikahan, Harris telah memuat naik satu video ringkas menunjukkan mereka berdua saling ‘membocorkan’ rahsia masing-masing di laman YouTube berdurasi selama 6 minit.

Video tersebut diberi tajuk ‘The Wedding Shoe Game‘ yang mana mereka diberi beberapa soalan dan perlu menjawabnya dengan menunjukkan kasut sendiri atau pasangan. Nampaknya di dalam video tersebut kita dapat ketahui bahawa Harris merupakan seorang jejaka yang sangat matang walaupun baru berusia 22 tahun.

Antara soalan yang menunjukkan kematangan dalam dirinya ialah Harris merupakan orang pertama yang memulakan langkah dalam hubungan mereka, beliau juga yang mengucapkan kata-kata cinta dan menunjukkan sikap romantik!

Siapa cakap lelaki muda ni tak matang, Harris ini antara lelaki muda yang matang sebelum usianya tau. Apa pun, tahniah kepada Intan dan Harris, semoga urusan mereka berdua dipermudahkan! Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HOT.FM

Lama Menyepi Akhirnya Terjawab Teka Teki Tentang Hubungan Harris Alif Dan Intan Ladyana. Rupa Rupanya Ini Tarikh Nikah Yang Mereka Umumkan.

HAMPIR setahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif bakal disatukan sebagai suami isteri pada 6 Februari depan. Meskipun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Harris, 21, berkata itu bukan penghalang untuk mereka meneruskan niat mendirikan rumah tangga.

“Hari ini cukup istimewa kerana bersaksikan semua kami ingin mengumumkan tarikh perkahwinan kami berdua. “Tarikh perkahwinan kami ialah 6 Februari ini… kita nak ambil tarikh lain tapi ada orang dah ambil jadi kami berbincang pilih tarikh ini, ia akan jadi tarikh cukup bermakna buat kami berdua.

“Majlis nanti tetap akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan memandangkan kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya. Pasangan ini akan bernikah pada Februari depan.

Harris dan Intan mengumumkan berita itu menerusi sidang media istimewa yang diadakan secara atas talian pada Selasa. Pasangan ini akan bernikah di sebuah masjid di Kuala Lumpur diikuti majlis resepsi di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.

Turut diadakan malam berinai dan majlis bertandang. Pada 5 Disember tahun lalu, foto Harris Alif menunjukkan cincin kepada seorang wanita dipercayai kekasihnya iaitu Intan Ladyana mengundang pertanyaan peminat di laman Instagram.

Peminat teruja apabila mengetahui pasangan ini menjalinkan hubungan cinta pada Mei tahun lalu. Rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan membuat spekulasi pasangan itu sudah mengikat tali pertunangan dan bakal ke fasa seterusnya dalam hubungan itu.

Harris bagaimanapun menjelaskan foto romantis bersama aktres itu merupakan satu babak dalam muzik video lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Anugerah. Menerusi laporan mStar pada 27 Mei tahun lalu, Harris mengakui sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berusia 38 tahun itu.

Pengacara program Generasi Z itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : mStar

Tular Tengang Foto Harris Aliff Lamar Intan Ladyana. Mengejutkan Rupa Rupanya Itu Hanya Gimik Lancar Lagu. Harris Aliff Tampil Bongkarkan Cerita Sebenar

FOTO tayang cincin yang mencetuskan spekulasi pengacara dan penyanyi Harris Alif sudah melamar kekasihnya Intan Ladyana rupa-rupanya hanya gimik untuk lagu baharu berjudul Anugerah. Pemilik nama sebenar, Harris Alif Nor Rashidi, 21, menjelaskan foto aksi romantis bersama aktres itu merupakan satu babak dalam muzik video lagu berkenaan yang dilancarkan pada Jumaat.

“Bagi saya biasalah kalau penyanyi nak berkongsi gambar babak-babak dalam muzik video lagu mereka. Bila kita nak keluarkan satu-satu lagu atau projek baharu, kita kena bagi sesuatu untuk buat orang tertunggu-tunggu, jadi saya boleh katakan ia sebagai gimik juga.

“Setakat ini, penerimaan peminat terhadap lagu ini sangat memberansangkan. Single ini juga saya tujukan buat Intan kerana ia merupakan lagu romantis yang boleh dikaitkan dengan kisah cinta sesiapa jua di luar sana,” katanya kepada mStar.

Anugerah merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Archie Nasution dan diedarkan oleh Sony Music Malaysia. Sementara itu, mengulas tentang hubungan cinta mereka, Harris berkata, dia dan Intan dalam perancangan untuk ke fasa seterusnya.

Katanya, mereka juga mahu terus melangsungkan pernikahan tanpa mengadakan majlis pertunangan. “Memang dari awal perkenalan dengan Intan, kami ada berbual mengenai masa depan dan ikatan perkahwinan. Kami mungkin akan terus melangsungkan majlis pernikahan tanpa bertunang.

“InsyaAllah, saya akan beritahu kepada pihak media bila tiba masanya nanti. “Kita tunggu sahaja majlisnya nanti, buat masa sekarang memang saya tidak boleh komen apa-apa mengenai hal itu,” katanya. Menerusi laporan mStar pada 27 Mei lalu, Harris mengakui kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berusia 38 tahun itu. Pengacara program Generasi Z itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut.

Bukannya Menghilangkan Diri Tapi Ada Sebab Lain. Setelah Sekian Lama Menyepi Dalam Industri Lakonan. Kini Intan Ladyana Tampil Beri Penjelasan Kepada Semua.

PELAKON Intan Ladyana mengakui dia tidak pernah menghilangkan diri dari industri seni namun hanya kurang aktif dalam dunia lakonan kerana kini lebih memilih watak. Menurut Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 38, dia enggan membawa watak yang sama memandangkan sudah lebih 10 tahun dalam bidang tersebut.

“Saya tidak menghilang… ada saja. Cuma tidak aktif seperti dahulu yang selepas satu drama, ada lagi drama lain. Saya ada saja terima tawaran tapi agak memilih juga. “Sebabkan saya dah lama berlakon dan bawa pelbagai watak. Jadi, saya mahukan kelainan sebab itu agak memilihlah,” kata Intan kepada mStar.

Intan menceburi bidang seni pada usia 23 tahun dengan menyertai pertandingan Dewi Remaja 2005/06 anjuran majalah Remaja. Dia membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Tipah Tertipu The Movie (2006) arahan pelakon dan pengarah Ahmad Idham.

Ada saja watak sampingan yang memberi impak yang lebih baik kepada penonton. Dalam pada itu, pelakon filem Town Mall ini memberitahu dia tidak berasa tergugat dengan kehadiran bintang-bintang baharu yang lebih muda daripadanya.

Kata Intan, dia percaya masing-masing mempunyai rezeki dan watak yang ditawarkan sudah tentu bersesuaian dengan usia mereka. “Rezeki masing-masing dan setiap drama ada watak yang berbeza. Pelakon baharu yang muda mungkin tak boleh pegang watak yang sesuai dengan kita.

Intan tidak pernah berasa tergugat dengan kehadiran bakat baharu. “Saya pun tak kan nak bawa watak budak sekolah lagi… dah tak sesuai. Mereka pun, tak mungkin boleh bawa watak seorang ibu anak tiga. “Bagi saya, watak kami tidak sama. Orang berusia macam saya, diberikan watak yang lebih matang. Saya terbuka nak ditawarkan watak yang sesuai dengan usia saya.

“Tak semestinya kalau kita bukan bawa watak heroin, kita tak akan dikenali. Ada saja watak sampingan yang memberi impak yang lebih baik kepada penonton. Sebab itu wujudnya anugerah pelakon pembantu terbaik,” ujarnya.-MSTAR

Nafikan bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan. Akhirnya Intan Ladyana tampil bersuara bongkarkan sesuatu tentang hubungannya dengan Harris Alif. Rupa rupanya ini yang terjadi.

Pelakon Intan Ladyana, 38, menafikan bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Harris Alif, 21, pada awal tahun hadapan seperti yang didakwa warganet. Intan ketika ditemui Gempak berkata, sekiranya dia dan Harris merancang untuk berkahwin, berita gembira tersebut pasti dikongsi kepada para peminat.

“Saya pun baru dengar cerita ni. Kalau berita tersebut benar, takkanlah saya tak beritahu kepada semua,” katanya. Sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan pelakon cantik ini merancang menamatkan zaman solonya pada Mac 2021.

Intan kemudian mengatakan dia lebih selesa kisah peribadinya tidak menjadi perhatian umum. “Orang yang mengenali saya pasti tahu, sejak dulu pun saya tidak suka sangat berkongsi kisah peribadi. “Saya lebih selesa privasikan kisah peribadi apa lagi perihal cinta kerana kalau tidak menjadi, malu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran dan pelantikan duta produk kecantikan AG Beauty di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai hubungan cintanya dengan lelaki yang lebih muda, Intan berkata ia tidak menjadi masalah kerana Harris seorang lelaki yang matang berbanding usianya. “Harris tak macam lelaki seusianya yang lain. Ada sesetengah perkara dia lebih matang daripada saya, tapi terlalu awal untuk saya menceritakan tentang ini kerana kami baru menjalinkan hubungan.

“Setakat ni semuanya okay. Normal untuk kita belajar perkara baru ketika dalam fasa mengenali hati budi seseorang,” katanya. Kisah percintaan Intan menjadi perhatian selepas Harris terbuka berkongsi mengenainya. Harris yang juga juara pertandingan Idola Kecil musim ketiga buat kali pertama berkongsi gambar berdua menerusi laman Instagram (IG) pada 6 Mei lalu.

Harris enggan berahsia

SIAPA sangka, perbezaan usia 17 tahun bukan satu halangan buat pelakon dan pengacara, Harris Alif, 21, menakluki hati aktres Intan Ladyana, 38, pada awal tahun ini. Mengakui pelakon filem Adnan Sempit dan Jangan Pandang Belakang itu memiliki personaliti unik serta matang dalam segala hal membuatkan dirinya terpikat untuk mengenali hati budi wanita itu.

Harris atau nama sebenarnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi berkata, Intan seorang wanita yang berterus terang dan tidak banyak ‘drama’. “Saya terpikat dengannya bukan sebab dia pelakon dikenali. Tapi, dia seorang yang matang dan tidak terlalu rumit untuk saya rapat dan kenal.

“Dia juga sangat berterus terang dan tidak banyak ‘drama’. Hubungan kami berjalan dengan mudah setakat ini. Dia tahu apa yang dia mahu capai dalam hidup sekali gus membuatkan saya selesa berkawan. “Ada mempertikaikan kenapa saya memilih wanita berusia sedangkan ramai gadis muda. Bukan soal usia menjadi ukuran, ia lebih kepada keselesaan apabila saya bersama seseorang,” katanya.

Dilihat bersikap terbuka dalam berkongsi kisah cinta di media sosial, Harris mengakui enggan terlalu berahsia mengenai hubungannya dengan Intan. Harris berkata, dia mengambil pendekatan itu kerana percaya lambat atau cepat kemesraan cinta mereka akan dihidu peminat.

“Saya bukan bersikap terlalu terbuka sebaliknya tiada apa yang perlu dirahsiakan ketika ini kerana ramai sudah mengetahui kisah cinta kami. “Bagi saya, tidak menjadi satu masalah kalau berkongsi, sebab kami bukan buat benda jahat pun.

“Lagi pula, saya tidak dedahkan semua perkara mengenai hubungan kami di media sosial. Masih ada privasi dan cerita yang kami simpan berdua,” katanya. Menurut Harris, dia juga tidak menyangka foto bersama yang dimuat naik di Instagram sewaktu Aidilfitri lalu menjadi kecoh sekali gus mendapat perhatian yang meluas.

“Saya tak jangka kisah saya akan menjadi tular sehingga hampir semua orang tahu. Jika, diikutkan ramai sahaja yang ambil gambar raya berdua tapi gambar kami juga yang menjadi perhatian. “Namun, saya okey saja kerana apa yang dikongsikan itu adalah perkara baik. Mungkin cerita ini sedikit sebanyak dapat membantu karier seni saya,” katanya.

Sebelum ini, kisah cinta Harris yang juga juara pertandingan Idola Kecil musim ketiga hangat diperkatakan apabila berkongsi gambar bersama Intan di laman Instagram pada 6 Mei lalu. Seterusnya, pada Syawal kedua, pasangan berkenaan memuat naik gambar mengenakan baju rona sedondon.

Harris sekali lagi memuat naik gambar berdua ketika meraikan ulang tahun Intan ke-38 pada malam 2 Jun lalu. Pada majlis ulang tahun Intan, Harris meraikan kekasihnya dalam majlis makan malam berdua. Dia turut menghadiahkan Intan kucing baka British Short Hair (BSH).

Ubah

Mengakui perkongsian mengenai hubungan cinta dengan Intan memberi seribu satu makna tersendiri. Harris berkata, sejak berkongsi berita perhubungan mereka, dia dapat mengubah mentaliti sesetengah orang yang menganggap dirinya masih selebriti remaja dan ‘budak sekolah’.

“Mungkin hubungan ini ada hikmah tersendiri. Jujur, selepas saya berkongsi fasal hubungan ini ramai yang kata saya bukan lagi pelakon budak-budak sekolah. “Selama ini saya akui bukan mudah nak ubah pemikiran orang yang masih anggap saya selebriti kanak-kanak memandangkan saya bermula aktif dalam industri sejak di bangku sekolah rendah.

“Sedangkan sudah lama saya sudah tidak melakonkan watak kanak-kanak atau remaja kerana lebih aktif dalam bidang pengacaraan. Tapi kali ini orang melihat sisi berbeza saya,” katanya. Enggan terburu-buru menyentuh perihal fasa seterusnya memandangkan hubungan yang berputik masih baru, namun Harris mempunyai perancangan tersendiri.

“Doakan saja yang baik-baik. Nak kata ada sebarang perancangan untuk fasa seterusnya, memang tiada kerana masing-masing fokus dengan karier seni,” katanya ringkas. Menyentuh mengenai kerjaya seni, pengacara program Mpop! itu bersyukur apabila diberi peluang mengacarakan program infotainment itu sejak awal Januari lalu.

“Alhamdulillah, satu peluang yang menyeronokkan kerana program ini mempunyai cabarannya yang tersendiri. Meski bersiaran selama lima minit tapi, saya perlu pastikan topik yang dikongsikan itu sampai kepada penonton.

“Malah sebagai pengacara saya perlu memahami segala cerita yang disampaikan. Jadi, perlu ambil tahu mengenai perkembangan dunia seni supaya tidak ketinggalan,” katanya. Program Mpop bersiaran setiap hari Isnin hingga Rabu di TV3, jam 12.55 tengah hari dan TV9, jam 8.30 malam selama lima minit. Selain Harris, program terbabit turut dihoskan oleh Hani Fadzil dan Nina Nadira secara bergilir-gilir.

Intan Ladyana buka cerita tentang Harris Alif, kongsi sebab tertarik dengan lelaki muda – “Dia tak macam lelaki yang sebaya dengannya”

KISAH hubungan cinta Intan Ladyana dengan pelakon muda Harris Alif menerima pelbagai reaksi, namun aktres itu tetap positif dengan pilihan hatinya. Bagaimanapun menurut Intan, 38, buat masa ini dia tidak selesa untuk berkongsi secara terperinci mengenai hubungan mereka secara terbuka.

Pemilik nama Intan Nurladyana Mohamat Yahaya ini berkata dia tidak mahu terlalu berkongsi kisah peribadinya kepada umum kerana bimbang hubungan tersebut tidak berakhir seperti yang diinginkan. Intan selesa menjalinkan hubungan dengan Harris walaupun berbeza usia. “Kenal dah lama tapi mula rapat awal tahun ini. Baru beberapa bulan lalu kami bercinta. Kalau ada (bakal berkahwin), mesti akan beritahu. Tak mungkin saya tak nak beritahu.

“Sejak daripada dulu saya suka keep in private. Tiba-tiba kalau tak jadi nanti malu. Lebih baik diam. Tak selesa cerita fasal peribadi. “Bercinta dengan lelaki berbeza umur ni tak salah. Sebab itu saya ambil pendekatan untuk tidak bercerita sangat. Takut orang lain pun bercakap benda itu dan saya tak suka, ” kata Intan kepada mStar.

Intan ditemui ketika sidang media pelancaran dan pelantikannya sebagai duta produk AG Beauty di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Isnin. Menerusi laporan mStar pada 27 Mei lalu, Harris atau nama sebenar Nor Harris Alif Nor Rashidi, 21, mengakui kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan aktres berusia 38 tahun itu.

Intan memilih untuk tidak terlalu terbuka bercerita tentang kisah peribadi. Pengacara program M-Pop itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut. Dalam pada itu, meskipun Harris lebih muda namun Intan menganggap teman lelakinya itu seorang yang matang dan mereka juga mudah berkomunikasi antara satu sama lain.

“Dia lebih matang daripada usianya dan senang nak berkomunikasi. Dia faham apa yang kita nak sampaikan. Selalunya perbezaan umur ini susah nak berkomunikasi… tapi dengan dia tidak. “Dia tak macam lelaki yang sebaya dengannya.

Saya pun baru mengenali dia, jadi tak tahu sangat lebih mendalami mengenai dia. Kita pun belajar benda baru daripada orang lain. “Memang tak ada masalah, kalau dah itu jodoh… lebih tua ke atau muda, nak buat macam mana. Tapi kalau dah memang ada keserasian dengan orang lebih berusia atau muda, saya okay saja, ” ujarnya.-Mstar

Cerita peribadi hanya untuk saya – Intan Ladyana

PELAKON Intan Ladyana tetap berpegang dengan pendirian untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai hal peribadi. Kata Intan, sama ada dia kini sedang menjalin hubungan dengan seseorang atau masih solo, biarlah dia saja yang tahu.

“Ada atau tiada, saya tidak mahu komen apa-apa. Saya akan rahsiakan sampai tiba masa sesuai untuk dikongsikan. Bagaimanapun, buat masa ini tidak ada apa-apa yang perlu saya katakan. “Memang dari dulu lagi pun saya kurang gemar berkongsi hal peribadi. Bagi saya, cerita peribadi itu adalah hanya untuk saya,” katanya yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Media Prima di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, hari ini.

Bakal muncul dengan telefilem Antara Dua Deru, Intan menegaskan dia masih berlakon namun lebih memilih karya dan watak yang belum pernah dilakonkan sebelum ini. “Walaupun jarang muncul di kaca televisyen tetapi saya masih berlakon. Sebelum Ramadan lalu saya menjalani penggambaran untuk telefilem Antara Dua Deru. “Mungkin peminat nampak saya kurang berlakon tetapi saya agak kerap juga buat penampilan khas dalam mana-mana majlis. Kehidupan saya pun okey saja walaupun tak banyak berlakon,” katanya.