Lepas kecoh tentang Neelofa kali ni Intan Ladyana pula dikatakan honeymoon di Langkawi. Sekali ini respon Intan buat warganet terkedu.

Artis

Nama pengantin Lofa dan Harris baru masih lagi meniti di bibir peminat2 dan juga warganet lebih-lebih lagi selepas beberapa keping foto tiba di Langkawi tersebar. Hal ini menimbulkan rasa kurang senang orang awam yang mempertikaikan kunjungan pasangan itu ke sana. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tampil mengesahkan permohonan mereka ke Langkawi atas urusan kerja.

Terbaru, pelakon Intan Ladyana turut terkena tempias apabila seorang pengguna Twitter mendakwa dia dan suami berbulan madu di pulau yang sama. Menerusi satu tweet, pengguna Twitter tersebut dilihat memuatnaik foto Intan Ladyana bersama suami dengan kapsyen ‘ooo honeymoon’.

bengang dgn ciapan yg mendakwa dirinya dan suami berbulan madu, Intan Ladyana menyelar ciapan tersebut dgn menerangkan keadaan sebenar.

Sementara itu, pengguna Twitter yang lain turut membalas kenyataan dengan bukti video menunjukkan Intan Ladyana sedang penggambaran.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru Je Beberapa Hari Nikah Intan Ladyana Dah Mula Luahkan Perkara Ni Pada Harris. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Intan Luahkan.

Selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur. Pelakon Harris Alif bersyukur majlis pernikahannya dengan Intan Ladyana berjalan lancar.

Menurut Harris lagi, dia meluahkan rasa lega majlis nikahnya sudah pun selesai walaupun terpaksa menginjak tarikh pernikahan sehari awal daripada tarikh yang dirancang. “Alhamdulillah saya rasa sangat bersyukur kerana dah selesai nikah walaupun umum kita tahu sekarang ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0) susah nak buat majlis,” katanya.

Akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pasangan itu terpaksa menangguhkan percutian dan berbulan madu di rumah sahaja. “Perasaan tentunya terasa sikit namun kena biasakan dengan norma baharu.

Bila keadaan kembali seperti sedia kala barulah rancang untuk pergi, jadi buat masa ini duduk sahajalah di rumah,” katanya. Mengikut perancangan awal, Intan dan Harris mendapat tajaan lebih RM13.5 juta untuk beberapa majlis termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi dan majlis bertandang.

Terdahulu, acara akad nikah pasangan itu disempurnakan Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum selaku jurunikah dan juga wakil wali. Pada majlis serba ringkas itu, Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.

Manakala barangan hantaran sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan bebalas tujuh dulang daripada pihak lelaki. Meluahkan rasa syukur dan lega majlis pernikahan berjalan dengan lancar, Harris berkata tanggungjawabnya kini sudah berubah apabila bergelar suami dan di masa akan datang akan bergelar bapa.

“Alhamdulillah.. kini kami sah sebagai suami isteri. Walaupun pada mulanya saya berasa agak gugup sebelum majlis, selepas akad nikah saya berasa lega sangat. “Menjadi suami adalah tanggungjawab baharu saya. Dahulu hidup bujang, sekarang sudah berdua.

Mungkin selepas ini bertiga, berempat (anak). “Kami pun tidak merancang soal anak. Bila-bila saja kami bersedia untuk ada anak. Insya Allah,” katanya. Dalam pada itu, Intan berkata dia sudah bersedia bergelar ibu meskipun banyak urusan yang tertangguh perlu diselesaikan. “Insya Allah, tiba masanya nanti, saya akan fokus dan selesaikan kerja-kerja yang tertangguh, kemudian bila dah tak larat, saya akan berhenti penggambaran,” katanya.

Baru Semalam Sah Bergelar Suami Dan Isteri. Kali Ni Harris Alif Bongkaarkan Tempat Pilan Mereka Bakal Berbulan Madu Buat Ramai Yang Tergamam.

Selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur sekitar pagi tadi, pelakon Harris Alif bersyukur majlis pernikahannya dengan Intan Ladyana berjalan lancar. Menurut Harris lagi, dia meluahkan rasa lega majlis nikahnya sudah pun selesai walaupun terpaksa menginjak tarikh pernikahan sehari awal daripada tarikh yang dirancang.

“Alhamdulillah saya rasa sangat bersyukur kerana dah selesai nikah walaupun umum kita tahu sekarang ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0) susah nak buat majlis,” katanya. Akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pasangan itu terpaksa menangguhkan percutian dan berbulan madu di rumah sahaja.

“Perasaan tentunya terasa sikit namun kena biasakan dengan norma baharu. Bila keadaan kembali seperti sedia kala barulah rancang untuk pergi, jadi buat masa ini duduk sahajalah di rumah,” katanya. Mengikut perancangan awal, Intan dan Harris mendapat tajaan lebih RM13.5 juta untuk beberapa majlis termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi dan majlis bertandang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: ROTIKAYA

Akhirnya Pasangan Harris Dan Intan Kini Sah Bergelar Suami Isteri. Rupa Rupanya Ini Sebab Majlis Terpaksa Di Awalkan Sehari Buat Warganet Terkedu.

PASANGAN selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 10 pagi, Jumaat. Acara akad nikah Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya dan suaminya disempurnakan Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum selaku jurunikah dan juga wakil wali.

Menurut Harris, mereka sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Sabtu namun terpaksa diawalkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun Harris dan Intan meluahkan rasa lega serta bersyukur apabila acara pernikahan mereka berjalan dengan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Intan dan Harris dinikahkan di pejabat Jawi. “Alhamdulillah… saya sangat bersyukur selepas selesai acara akad nikah. Memang agak susah juga nak buat majlis waktu PKP ini. Sepatutnya kami nikah pada 6 Februari tapi diawalkan bagi mengikut jadual pihak Jawi.

“Acara nikah kami mengikut SOP dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum akad nikah itu, saya rasa tenang saja tapi bila dah duduk nak lafaz akad tu mula rasa gementar,” kata Harris kepada mStar. Bagaimanapun, pasangan tersebut masih mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis resepsi mereka.

Acara tersebut turut hadir dan menyaksikan penyatuan Harris dan Intan adalah Pendaftar Nikah, Cerai, Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Nasir Abdullah. Alhamdulillah… saya sangat bersyukur selepas selesai acara akad nikah.

Pada majlis itu, Harris, 22, menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian. Manakala barangan hantaran iaitu sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki tidak dibawa bersama sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pada majlis terbabit, kedua pasangan mempelai ini nyata berseri-seri menyarung busana daripada Hatta Dolmat dan Epul Senitravision. Menerusi sidang media itu juga, Harris mendedahkan majlis merisik sudah dilakukan pada Julai tahun lalu, sebulan selepas ulang tahun kelahiran Intan.

Pasangan ini mengadakan sesi sidang media selepas acara akad nikah. Sementara itu, Intan berkongsi perjalanan hubungan mereka dipermudahkan dari awal perkenalan dan paling penting, keluarga kedua-dua belah pihak sangat positif serta merestui hubungan mereka.

Menerusi laporan mStar pada 27 Mei tahun lalu, Harris mengakui sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berusia 38 tahun itu. Pengacara program Generasi Z itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut. Rata-rata warganet dan peminat mengucapkan pengantin baru kepada kedua-dua mempelai dan kekal bahagia hingga ke syurga

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://trendingsangat.pw/harris-dan-intan-kini-sah-bergelar-suami-isteri-ini-sebab-majlis-terpaksa-di-awalkan-sehari/

Intan Ladyana Dan Harris Alif Akan Dinikahkan Jumaat Ini. Terkedu Bila Tiba Tiba Intan Ladyana Dedahkan Sesuatu Pasal Benda Ni.

Umum mengetahui hubungan cinta yang terjalin antara pelakon cantik, Intan Ladyana dan pasangannya Harris Alif sejak beberapa bulan lalu. Setelah hampir setahun menjalin cinta, Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya bakal melangsungkan majlis pernikahannya pada Jumaat ini.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon drama Bougainvillea itu mengakui berdebar untuk bergelar pasangan suami isteri. Majlis pernikahan bakal dilangsungkan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur yang hanya membabitkan ahli keluarga terdekat sahaja.

“Alhamdulillah persiapan kebanyakannya sudah siap, cuma dalam keadaan sekarang dengan kes Covid-19 makin meningkat agak susah untuk membuat perancangan…” “…dan meletakkan satu tarikh untuk majlis. Harapnya tiada sebarang perubahan dan berjalan dengan lancar,” katanya.

Perkara tersebut dikongsi ketika menghulurkan sumbangan buat komuniti ibu tunggal yang dianjurkan oleh sebuah produk kesihatan dan kecantikan yang menampilkan Intan sendiri sebagai duta produk tersebut. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)

Sumber : https://www.rimbabara.my/

Kisah Percintaan Jadi Buah Mulut Ramai Gara Gara Perbezaan Umur. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Intan Ladyana Tampil Bersuara Bongkarkan Kenapa Dia Pilih Harris Alif.

Menyelak helaian kisah cinta pelakon, Intan Ladyana, 38, bukan tiada lelaki sebaya yang pernah menjadi penghuni hatinya. Namun sebagai manusia, apalah dayanya untuk melawan ketentuan takdir. Bagaimanapun, cinta yang pernah mekar layu di tengah jalan.

Justeru, apabila kembali berpacaran dan memilih penyanyi dan pengacara, Harris Alif yang muda 17 tahun daripadanya untuk dijadikan teman hidup, Intan mengharapkan keputusannya tidak dipersoalkan. Baginya, bukan usia menjadi ukuran dalam satu perhubungan. Sebaliknya, apa yang dilihat, sifat matang yang ada pada lelaki pilihan hatinya itu.

“Lelaki tua atau muda bukan satu masalah. Jika sudah ditetapkan itulah adalah jodoh, siapalah saya untuk menolak kehendak takdir. Lagipun, pandangan saya lebih kepada kematangan seseorang. “Jika usia 40 tahun, tetapi tak matang, tak guna juga. Macam mana nak kahwin? Tak kisahlah lebih muda kerana usia bukan ukuran kematangan seseorang.

“Bagi saya, Harris seorang yang matang berdasarkan cara berkomunikasi. Setakat ini, Harris memahami apa yang saya sampaikan,” katanya kepada BH Online. Diusik pertanyaan tidakkah risau bersuamikan lelaki muda dan kebarangkalian bakal menarik perhatian wanita lain cukup tinggi, pelakon filem Jangan Pandang Belakang itu percaya, jalan cerita setiap pasangan yang sudah berumah tangga adalah berbeza.

“Kisah hidup seseorang berbeza. Tak bolehlah nak pukul rata mengatakan kalau bersuami muda, orang akan ganggu rumah tangga. Mungkin itu pengalaman orang lain dan tak semestinya saya mengalami nasib yang sama. “Bagaimanapun, dalam hal ini, terserah pada lelaki itu sendiri. Jika tak layan, takkan akan menjadi juga,” ujarnya pada sidang media pengumuman majlis perkahwinan yang diadakan secara virtual, baru-baru ini.

Bercerita mengenai persiapan hari bersejarah, Intan berkata, persediaan sudah mula dilakukan selepas majlis merisik pada Julai, tahun lalu. “Persiapan sudah dibuat sebanyak 95 peratus selepas majlis merisik. Cuma, apa yang merisaukan, situasi semasa memandangkan masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kami bimbang sekiranya berlaku perubahan dari segi prosedur operasi standard (SOP), macam-macam boleh berlaku.

“Kami hanya mampu berserah sahaja. Apapun, semua majlis kami diadakan dalam mematuhi SOP yang ditetapkan dengan mengehadkan bilangan tetamu, pemeriksaan suhu, penjarakan fizikal di meja makan dan langkah keselamatan lain,” katanya.

Selepas hampir setahun menyulam cinta, pasangan itu sepakat untuk memilih tarikh 6 Februari ini untuk diijabkabulkan. Walaupun usianya baru mencecah 21 tahun dan ramai menyifatkan usia terlalu awal untuknya menamatkan zaman bujang, namun Harris mempunyai pandangan berbeza.

“Jika nak cakap soal jodoh, kita sendiri tak tahu urusan Tuhan. Tetapi, jika nak mempersoalkan kahwin muda, bukan kali pertama lelaki berusia 21 tahun berkahwin. Budak sekolah pun ada yang sudah berkahwin. “Sebagai lelaki, saya sudah mempersiapkan diri untuk menjadi ketua keluarga dan membuat persediaan ke arah itu. Saya banyak bercampur dengan golongan dewasa. Bila keluar dengan mereka, saya lebih banyak memerhati bagaimana mereka melayan kerenah anak-anak.

“Dari situ, saya belajar bagaimana mahu mengemudi rumah tangga,” kata Harris yang juga pengacara program Generasi Z di TV3. Mengulas hari bahagia, Harris berkata, ada empat majlis yang dibuat secara berasingan. “Kami buat majlis berinai, sehari sebelum akad nikah. Selepas acara akad nikah yang bakal berlangsung di sebuah masjid di ibu kota, sebelah malamnya pula kami akan mengadakan resepsi. Majlis bertandang pula akan diadakan pada 13 Mac depan,” katanya.

Ditanya apakah majlis perkahwinan bakal disiarkan di stesen televisyen (TV), Harris atau nama sebenarnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi berkata, perkara itu masih dalam perbincangan. “Mengikut pihak pengurusan, perkara ini masih dalam perbincangan dan apa yang boleh saya katakan, masih lagi 50-50. Jika sudah ada kata sepakat, kami akan umumkan nanti,” katanya.

Intan dan Harris mula rapat selepas berkenalan dalam laman Instagram (IG), Mei lalu. Harris secara terbuka mengakui, bahagia menjalin hubungan cinta bersama Intan, biarpun jarak usia berbeza. Sempena majlis perkahwinan, Intan dan Harris mendapat tajaan barangan kemas bernilai RM13.5 juta dan pelbagai kelengkapan perkahwinan lain. Lebih istimewa, Harris turut menjadikan single terbaharu berjudul Anugerah yang dilancarkan, bulan lalu sebagai lagu tema perkahwinan.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Tunggu Hari Sebelum Majlis. Kisah Cinta Jadi Perhatian Ramai Terkejut Bila Tengok Intan Ladyana Dan Harris Alif Buat Benda Ni.

Umum kini sudah mengetahui bahawa pelakon Intan Ladyana dan penyanyi Harris Alif bakal mendirikan rumah tangga pada 6 Februari akan datang. Kisah cinta mereka ini menjadi perhatian ramai disebabkan perbezaan usia yang sangat jauh iaitu 17 tahun.

Namun itu tidak membuatkan pasangan ini putus asa dalam bercinta, malah memandang hubungan mereka ini perlu ke peringkat yang seterusnya. Dalam meniti hari ke majlis pernikahan, Harris telah memuat naik satu video ringkas menunjukkan mereka berdua saling ‘membocorkan’ rahsia masing-masing di laman YouTube berdurasi selama 6 minit.

Video tersebut diberi tajuk ‘The Wedding Shoe Game‘ yang mana mereka diberi beberapa soalan dan perlu menjawabnya dengan menunjukkan kasut sendiri atau pasangan. Nampaknya di dalam video tersebut kita dapat ketahui bahawa Harris merupakan seorang jejaka yang sangat matang walaupun baru berusia 22 tahun.

Antara soalan yang menunjukkan kematangan dalam dirinya ialah Harris merupakan orang pertama yang memulakan langkah dalam hubungan mereka, beliau juga yang mengucapkan kata-kata cinta dan menunjukkan sikap romantik!

Siapa cakap lelaki muda ni tak matang, Harris ini antara lelaki muda yang matang sebelum usianya tau. Apa pun, tahniah kepada Intan dan Harris, semoga urusan mereka berdua dipermudahkan! Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HOT.FM

Lama Menyepi Akhirnya Terjawab Teka Teki Tentang Hubungan Harris Alif Dan Intan Ladyana. Rupa Rupanya Ini Tarikh Nikah Yang Mereka Umumkan.

HAMPIR setahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif bakal disatukan sebagai suami isteri pada 6 Februari depan. Meskipun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Harris, 21, berkata itu bukan penghalang untuk mereka meneruskan niat mendirikan rumah tangga.

“Hari ini cukup istimewa kerana bersaksikan semua kami ingin mengumumkan tarikh perkahwinan kami berdua. “Tarikh perkahwinan kami ialah 6 Februari ini… kita nak ambil tarikh lain tapi ada orang dah ambil jadi kami berbincang pilih tarikh ini, ia akan jadi tarikh cukup bermakna buat kami berdua.

“Majlis nanti tetap akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan memandangkan kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya. Pasangan ini akan bernikah pada Februari depan.

Harris dan Intan mengumumkan berita itu menerusi sidang media istimewa yang diadakan secara atas talian pada Selasa. Pasangan ini akan bernikah di sebuah masjid di Kuala Lumpur diikuti majlis resepsi di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.

Turut diadakan malam berinai dan majlis bertandang. Pada 5 Disember tahun lalu, foto Harris Alif menunjukkan cincin kepada seorang wanita dipercayai kekasihnya iaitu Intan Ladyana mengundang pertanyaan peminat di laman Instagram.

Peminat teruja apabila mengetahui pasangan ini menjalinkan hubungan cinta pada Mei tahun lalu. Rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan membuat spekulasi pasangan itu sudah mengikat tali pertunangan dan bakal ke fasa seterusnya dalam hubungan itu.

Harris bagaimanapun menjelaskan foto romantis bersama aktres itu merupakan satu babak dalam muzik video lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Anugerah. Menerusi laporan mStar pada 27 Mei tahun lalu, Harris mengakui sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berusia 38 tahun itu.

Pengacara program Generasi Z itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : mStar