Isteri asal orang Pantai Timur. Mertua terus terang cakap tak suka tapi terima juga sebab pilihan anaknya. Akhirnya terbongkar perangai sebenar mertua walaupun menetap di Madinah

categorized

Hanya Kerana Asal Dari Pantai Timur Wanita Ini Dibenci Oleh Keluarga Mertua Sampai Dijadikan Macam Orang Gaji. Rupa Rupanya Ini Perangai Sebenar Mertua Padahal Duduk Di Madinah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kisah aku bermula bila aku kahwin time belajar last semester. Husband aku pegawai bank kat Selangor. HUsband aku anak nombor 2 dan anak kesayangan mak mertua aku. Sebelum kami kahwin,laki aku ada cakap yang mak dia tak suka orang pantai timur. Bagi dia,orang pantai timur ni cakap ntah apa apa,tak pandai jaga diri dan selekeh. Nak dijadikan cerita,aku ni orang Terengganu.

So benda pertama yang aku nak cerita,dia memang tak suka aku la, sebab aku orang pantai timur. Masa datang merisik pun dia terus terang je cakap,susah kalau kahwin dengan orang Pantai timur ni,jauh dan penat nak drive. Tapi disebabkan anak dia yang berkenan,dia ikutkan juga walaupun jauh. Pertama kali aku diamkan je la sebab nak jaga hati bakal mertua. Famili mertua aku ni menetap kat Arab Saudi.

Abang ipar aku ni kahwin dengan menantu pilihan hati mak mertua aku la, orang perak. Masa mula2 kawin dulu, aku balik kadang2 la umah maktua aku sebb aku masih lagi belajar. Masa tu mak mentua and 2 org lagi ank dia da fly to Saudi. Aku ni pulak, jenis yg buat keje banyak2 terus, contohnya, iron baju banyak2, basuh bju banyak2 n masak banyak2 la. Orang pntai timor ni kn mmg pandai masak n sedap plak tu.

Nak dijadikan cerita, sebulan kawin aku dah disahkan mengandung. Alhamdulillah, rezeki. Aku kene hadap morning sickness yang sangat2 teruk sampai aku nk jalan pon tak larat. Masa cuti semester tu, husband aku bawak la aku duk umah mertua aku yg masa tu abang ipar n bini dia ngah duduk jugak. Dia tak nk la tinggalkn aku kat umah mak aku kat terengganu sorang2 sebb aku alahan terok, sush dia nk datang n jaga aku time tu.

Rumah kami ngah renovate mase tu nk besarkan dapor. So aku setuju. Aku duduk la sana, tetapi bini abang ipar aku ni mcm tak suka aku dudk kat sane jugak. Aku memang tak leh nk masak atau buat apa2 time tu. Bau minyak n bawang goreng pon tak boleh. Bau ubat gigi pon tak boleh. Sampai aku gune ubat gigi budak2 yg kodomo lion tu je utk berus gigi aku. Masuk mkanan je terus muntahkn balik.

Masa tu check in check out hospital je keje aku. So mmg aku tak de energy dan mmg tak larat la nk kemas2 umah ke masak ke. Tapi, aku siap2 da anta dobi baju kerja laki aku, siap gosok dah untuk 2 minggu. So keje aku time tu baring jela. Disebabkan aku ni baring je, bini abg ipar aku ni mengadu kat mak mertua aku ni. Cakap aku ni duk sini macam raja, and buat dia macm hamba. dia cakap aku ni tak iron pon baju laki aku, laki aku pakai je baju yang berkedut seribu pegi kerja.

Demi Allah, aku tak de pon nk suruh dia masakkn ke apa ke untuk aku, sebb aku memang tak leh makan apa2 pon. Mak mentua aku ni wasap aku pg2, dlm kol 3 pagi mcm tu, marah aku cakap aku manje la, mengade la. Dia ckp la dulu dia pon mengandung jugak boleh je buat keje umah. Masak tak de pon nk harapkan orang masakkan untuk dia.

Aku nangis la bile dia cakp mcm2 kat aku dlm wassap tu. Mungkin sebb tgh mengandung kot, emosi lebih. Laki aku time tu terkejut la sebb aku nangis sedu sedan, aku bg la dia bace wassap mak dia tu. Laki aku macam bngang la, sebb mcm mane dia boleh tau sedangkn dia tak de kat sini pon. Esoknya, dia la tanye abang dia , abang dia ckp tak tau apa2. So sah2 la bini dia punyer keje. Kami try la tanya secara baik, dia tak mengaku.

Last2 laki dia cek wassap dia, mmg dia yg jadi batu ap1 cerita macam2 kat mak mertua kat sana. Aku and husband aku start hari tu, memang da tak cakap apa2 pun dgn biras aku. Masa nk raya, diorg balik malaysia. Ayah mertua aku harap sgt la boleh duduk ramai2 berkumpul ramai2. Aku ikotkn la jugak walaupon macam malas la. Masa tu aku da ok sikit la, boleh la masak sikit.

Masa tu plak, diorang ni ambik kesempatan, suruh aku masak macam2. aku dengan perot boyot nye, masak la sorang2 kat dapor sambil menangis. Macam2 aku masak, nk sgt ambik hati ayah mertua aku. Dah la msak sorang2, bile makanan da hidang, mak mertua aku ni tak ajak pon aku makan sekali. Sedih sangt time tu. Rasa nk balik je nk mengadu kat mak aku.

Laki aku ni serba salah, last2 dia ajak aku makan dengan dia je nanti. Dah la aku masak, aku hidang, diorg mkn2 pastu tinggal je pinggan mangkok tu atas meja pastu keluar nk g jalan2 . Siap pesan lagi kat aku, cuci bersih2 dan keringkan betol2 sebb pinggan tu mahal. Cuba korang pikir hati aku time tu? Aku ni menantu ke maid diorang? Bukan aku sorang je menantu, dia ada lagi 1 menantu dan 1 ank perempuan. Tapi semua tu aku sorang yang buat.

Berpeloh aku duduk kat dapur sorang2, bila da masak makan nye ramai. Mak mentua aku mase aku bersalin tak datang tengok tak kol pon tanye aku n cucu dia ok ke tak. Alasan dia jauh. Tup2 aku dpt tau menantu kesayangn dia terseliuh kaki. Boleh plak drive ke ipoh semata2 nk tengok. Time tu aku memang da terasa hati sgt2. Dia balik dari bercuti kat Istanbul beli mcm2 kat menantu dia sorang lagi. Tudung abaya, tshirt, set pinggn mangkok la.

Bahagian aku, dia beli tudung 1 helai je, tak beli kn aku baju ke apa ke sebb alasan dia tak tau size. Padahal aku ni size standard je kalo nk banding ngan menantu dia sorng lagi yang agak gempal tu. Semua yang aku buat, ada je yang tak kena kat mata dia. Hari tu dia kol laki aku dari madinah, tanya kenapa belikan minyak wangi dan jam mhal utk aku? Membazir je dia ckp. Baik belikan kt dia. Aku diam je tak ckp apa2.

Ntahla, now aku dah keje, ank aku da 8 bulan dan dah duduk umah laki aku. Aku dah jadi tak keruan sebb diorg dah nk balik sebb nk beraya. Tahun ni turn raye umah mak aku kat terengganu. Kadang2 aku pikir jugak, teruk sgt ke orang pantai timor ni dimata orang Johor?? Mulia sgt ke diorang yg kaya raya ni berbanding peneroka felda ? Kadang2 aku terpikir jugak, kenapa ek orang yg pakai jubah labuh, tudung besa dan diorg dah duduk kat madinah, kat tanah suci, tapi kenapa still ad sikap negatif mcam tu?

Aku tanya jugak laki aku kenapa tapi laki aku hanya suruh bersabar sebb dia ckp ada balasan dan bahagian utk orang2 yang sabar ni. Aku hmmmm, ntah la tak tau la setakat mana leh sabar. Doakan aku supya diberikan kesabaran yang tinggi. – Eiya

Mengejutkan Bila 4 Pg Wanita Ini Ketuk Rumah Pengasuh Untuk Hntar Ank Dia. Bila Ckp Dah Tak Nak Jga Selamba Je Dia Tinggalkan Anknya Depan Pgar Rmah Pastu Terus Pecut Lari.

Foto sekadar hiasan. Saya seorg pengasuh. Saya jaga anak-anak kecik di rumah dan bekerja hampir dari pkul 4 pagi hingga 9 malam. Jadi sekiranya yang kerja di luar sana yang kata kerja waktu pejabat itu memenatkan, bayangkan kerja saya dengan menguruskan anak-anak sendiri dan anak-anak orang ni macamana penatnya.

Terima kasih Min sebab siarkan. Saya sudahpun berkahwin dan anak 3 orang anak lelaki yang semuanya sekolah. Cuma nak keluh sebab penat layan kerenah mak bapa yang hantar anak mereka ni. Saya tak kisah sekiranya bayaran dibayar pada masa sebab tujuan saya bekerja pun memang perlu duit, tapi kebanyakan mereka ini,da la bayar 2 bulan sekali, tu pun buat2 lupa yang bulan lepas tak bayar.

Memekik macam saya berkira duit. Tp pkul 4 pagi dah ketuk pagar rumah macam nak bagi runtuh alasan kena masuk ofis awal dan takut tersangkut jem. Tapi amik anak boleh terlupa sampai pkul 9 malam baru nak amik. Setiap hari pula tu.

Ingat saya tak ada suami ke? Tak ada anak ke? Pastu buat2 muka b0doh bila minta duit OT. Bila tegur, kata tunggu akhir bulan. Tapi bila minta pun tak nak bayar juga. Bila kata saya da tak nak jaga anak dia, boleh pulak pkul 7 pagi tinggal je anak dia di masa saya tgh sibuk layan budak2 makan pagi, di depan pagar rumah saya dan memecut kereta lari. Saya pun bukan jahat nak suh budak tu dok luar.

Tu belum lagi yang langsung xde bekal susu dan pampers anak. Dalam beg anak ada baju salinan je. Bila kol, selamba je suruh saya amik susu anak orang dan pampers anak orang. Saya sampai pakai pampers anak dan susu anak saya kot.

Tak kan saya nak amik hak orang lain. Bukan sekali dua buat, kadang-kadang sampai tiap-tiap hari lupa nak bekal susu dan pampers anak. Ni apa nama mak bapak mcm ni? Ni da nama bukan terlupa. Ni da nama ambik kesempatan macam rumah saya rumah kebajikan.

Belum lagi kes yang amik anak pkul 9-10 malam. Saya siap suap makan malam kami anak beranak kat anak dia sebab mak bapak dia selamba dating makan malam berdua lepas balik kerja siap-siap, baru datang buat muka bodh ambik anak yang menunggu berjam-jam yang da tidur. Pastu hantar anak pagi buta pkul 4 pagi dengan baju yang sama saya pakaikan malam semalam dengan pampers bocor.

Tahu tak tekanan para pengasuh ni macamana? Ni baru kt rumah sendiri. Klo di taska, lebih teruk rasanya. Saya nak kena jaga 11 budak yang perangai macam-macam dengan perangai mak bapak macam ni. Dengan anak-anak saya pun da jd macam pengasuh da sebab ada juga mak bapak drop anak pagi buta hari sabtu ahad sedangkan saya da bagitau awal-awal saya cuti sabtu ahad minggu ke dua dan ke empat. Saya tak kisah jika ber bayar, tapi meleleh airmata bila nak minta duit pun dah rasa diri macam pengemis.

Jgn kata awak yang keje ofis penat jaga anak yang 2-3 orang, sedangkan awak keje office kot. Sempat ada masa nak bersendiri. Dalam kereta. Dalam pejabat. Waktu lunch dengan kawan ofis. Saya yang setiap saat setiap minit dengan budak sampai nak masuk bilik air, berak tak abis sebab takut ada budak cederra kat luar tu macamana rasanya?

Kalau awak boleh kemurungan, jangan kata para pengasuh tak boleh murung. Kami manusia kot. Ada masa kami terpaksa naik suara juga. Berpada la. Fikir penat sendiri je tapi buat kami macam robot yang nak anak awak sentiasa dibuai dan dibelai. Anak saya pun saya tak sempat nak belai.

Saya bukan minta banyak. Saya minta di layan seperti manusia. Bukan sebab saya tak da pilihan sampai jadi pengasuh. Semuanya bermula sebab nak bantu rakan. Tapi pengasuh ni manusia. Nak ada kehidupan sendiri. Jika awak yang hanya ada 48 jam bersama dengan anak awak pun awak boleh jadi singa, apatah lg kami. Cuma xpernah nak naik tangan sebab anak sendiri pun kami tak pkul. Dan tahu rasanya jika orang pkul anak kita tanpa sebab.

Jgn kata “siapa suruh jadi pengasuh hanya kerana saya kata saya penat”. Apa pula perasaan jika orang kata kat awak “lenakali berhenti jadi mak budak” hanya kerana awak ngadu kata penat jaga anak? Sama je kan? Saya cuma minta difahami yang saya nak sedikit ruang untuk suami dan anak sendiri.

Sebab saya tak boleh suka-suka nak minta MC atau buat-buat sakit atau apply emergency leave mcm ibu kerjaya boleh buat diluar sana hanya nak waktu rehat. Kalo cuti rehat bekerja pun memang tak dapat, apatah lagi kata nak berhenti. Memang jauh panggang dari api la.

Jadi, tolong la. TOLONG. Masalah rumahtangga saya adalah saya tiada waktu da untuk diri sendiri, layan suami dan layan anak kerana mak bapak budak kat luar sana tak reti nak faham yang pengasuh yang bekerja 18 jam sehari ni pun manusia.

Luahan pengasuh ini ternyata mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka. Marsha Amin Hamid –Kini saya fahm knpa ada je kes anak kena ckik mti oleh pengasuh.. Salmiza Che Mansor –rsnya lebih bagus sis buat wassap group..

dan apa2 info berkaitan anak asuhan @ ibu bapa masukkan dalam group.. mention nama parent yang x bagi susu n pampers @ lambat ambik anak.. list kan jg nm2 orang yang lambat bayar upah bulanan.. lekatkan jadual pembayaran di depan pintu.. boleh tick siapa yang byr @ x bayar.. semoga allah murahkan rezeki kpd sis atas ihsan kpd anak2 yang terabai

Miza Sanusi –Ambil budak tu, bawa ke balai, bgtau polis mak ayah tinggal depan rumah, tunjuk bukti Wasap cakap dh tanak jaga, tapi parents tetap hantar, semua benda kena hitam putih sekarang ni, jgn la baik sgt, ni kadang tgk ada pengasuh letak harga seikhlas hati, memang kena ambil kesempatan la.

Buat hitam putih semua kena bayar on time, kalau OT kena bayar, jangan ganggu sabtu ahad, suruh la suami yang cakap dengan parents tu, biar diorang takut sikit, sebab tu orang cakap baik berpada2, berbaloi ke nak bertahan sampai rumah tangga tunggang langgang..

Afiza Yahaya –Mak saya pun mengasuh budak jgk, macam2 ragam doq ada, ada jenih yang antar anak x reti bagi mandi walau jam dah tghari!! Ada yang antaq anak umur dah 5@6 tahun sedikit bekalan makan untuk anak pun x di sediakan, dah laa bayar gaji 250/budak kalau nak di kira mkn lg brapa pengasuh nak dpt!!

Faiza Sharmira –Kesiannya.. Sebab tu saya tak nak jadi pengasuh.. Rsiko tinggi.. Kak benti ja keje ni.. Stress tu bhya.. Jaga family sendiri dulu.. Buat bisnes lain.. Insayaaallah rezeki Allah luas.. Biar bgi pengajaran sikit Pd mak bapak yang x hargai anak lgsung tu.. Macam2 ragammm doq ada!! Tp ada yang bagus memang bagus bab makan anak selalu di bekalkan kdg anak x mkn pun, segelintir laa mak pak jenih cemehhh tu memang akan buat halai balai jaaa.

Dayangsitihasmah –Buat group BS dengan mak bapa yang hantar anak. Sebelum nak buat group tu. Sis buat karangan siap2. Siapa xbawa perpers n susu anak akan di denda 1 pempers rm2. Makin besar saiz pempers makin besar lain harga dia. Xbawa susu anak akan di denda juga.

Bayar lambat saya akan bagi denda 1 hari rm5 mak bapa kira lah ye berapa kali lambat bayar. Saya nak mak bapa xbawa susu pempers anak tu. Bayar pada hari itu juga. Jika tak bayar pada hari itu juga. Sila ambil anak anda di balai.

Misal ye. Tak ada perubahan kepada mak bapa ni.. Jika sis tahu mane mak bapa budak ni kerja. Ni hati kena keras. Hantar ke tpt krj dia. Kepada mak bapa yang buat2 lupa anak ni. Jangan lupa nye. Saya caj duit makan malam rm20 1 kepala. Saya akan up muka2 mak bapa ni dekat fb nanti. Biar kena tular.

Sumber : Kisah Rumah Tangga Fans