Isteri dia dulu jual goreng pisang je tapi jalan. Depan depan suami gadis ini laki ni bagitahu yg dia pernah sentuh dan tidur dengan gadis ni dulu dulu. Bila suami gadis ni dapat tahu tak sangka ini tindakan dia.

Kisah Rumah Tangga

First of all, assalamualaikum. Aku tahu cerita aku pasti akan ada yang kritik. Tapi rasanya penjahat macam aku ni tak ada yang confess . Mostly sasaran je banyak. Aku tak tahu nak mula dari mana. Masa aku umur 16, pengaruh rakan sebaya ni memang kuat. Masa tu, rebut-rebut perempuan ni normal. Bertumbuk depan sekolah.

Perempuan tukar-tukar macam tukar baju. Diorang ni pula jenis senang termakan ayat-ayat manis. Merokok dalam sekolah. Tapi study tetap score. Haha. Masa aku umur 17, ada sistem siapa paling berkuasa. Siapa yang buat paling jahat, dialah ketua.

Aku yang bongok ni, pergi ayat perempuan. Ajak jumpa tempat tak ada orang, tapi aku tak pergi pun. Orang lain pergi, bila habis diorang bayar aku. Ya aku tahu ramai yang akan kritik aku. Disebabkan tu, aku jadi ketua. Banyak lagi perkara aku buat, tapi aku tak mention kat sini. Waktu aku habis spm, aku kenal dengan seorang perempuan kat facebook, bawah setahun dari aku. Rupanya dia satu sekolah dengan aku.

Aku rasa dia lain dari perempuan2 lain. Dari umur 14 tahun dia jual pisang goreng tolong ibu dia. Dia anak sulung, ada 6 orang adik lelaki. 1 perempuan. Cara dia berfikir memang lain, lebih matang dari usia. Lebih fikir ke depan.

Study dia pun lebih kurang macam aku. Hari-hari aku singgah kedai nak borak dengan dia. Dipendekkan cerita, kami pun bercinta. Aku belikan handphone motorola untuk dia. Senang sikit nak contact. Waktu ni aku study jauh.

Lepas dia habis spm, dia dapat offer pergi UIA. Tapi dia tolak sebab ada 7 adik-adik bergantung kat dia. Aku ok je. Aku cakap kat dia, dia takde diploma/degree pun tak apa. Aku boleh tanggung dia. Waktu ni aku masih seorang yang bongok, aku fikir, its okay untuk keluar/tidur dengan mana-mana perempuan selagi cinta aku untuk dia. Dia pun terlalu naif kerana percaya cakap aku bulat-bulat.

Bermula dari pertama kali kami bergaduh, aku start berkasar dengan dia. Aku paksa dia buat perkara dia taknak. Aku ckp, aku tinggalkan kesan biru. Sebagai peringatan untuk dia supaya jangan cabar aku. Masa ni aku tak faham kenapa dia tak boleh fikir yang aku nak kahwin dengan dia, perempuan lain tu sekadar lepas keperluan je.

Aku rasa dia narrow minded sangat masa tu. Dia ada kata nak tinggalkan aku. Tapi aku perlekehkan dia, “siapa nak perempuan murah macam kau? Aku dah rosakkan badan kau. Aku je boleh terima kau. faham tak?” Lepas graduate, aku buka 1 company kecil untuk business. Modal dari mak ayah aku. Parents aku taktahu apa aku buat belakang diorang. Aku pun selalu bawa girlfriend aku jumpa setiap 2 minggu. Girlfriend aku masa ni, makin lama makin pelik. Dari rambut panjang, dia potong pendek paras bahu. Aku dah kata aku tak suka perempuan rambut pendek. Habis dia biru haritu. Tapi dia diam, tak melawan macam selalu. Waktu ni dah 6 tahun kitorang bercinta.

Everything is going well. Aku planning wedding kami pada masa sama aku enjoy dengan kerja hram aku. Sampai satu hari, aku tak dapat call dia. Facebook dah deactivate. Aku pergi rumah dia, jiran kata mereka dah pindah. Aku try contact & jumpa kawan-kawan dia, semua taktahu mana dia pergi. Aku mengamuk. Masa ni aku fikir, kalau aku dapat dia, nahas dia aku kerjakan.

2 tahun aku cari dia. 2 tahun. Serata negeri, serata tempat. Semua yang related dengan dia aku dah pergi. Start tahun ke 3, aku stop cari. Aku give up. Aku stop kerja haram, stop minum, stop tidur dengan perempuan lain. Aku mula fokus dengan kerja.

Setiap hari aku tengok gambar dia dalam phone aku. Aku rasa menyesal, aku rasa bongok sangat sebab buat dia pergi. Aku pernah didakwa kerana buat benda tak elok. Tapi dilepaskan sebab tak cukup bukti. Tak lama lepas tu, aku ditangkap semula. Ya, sebelum girlfriend aku pergi, dia dah copy semua data kat laptop aku. Kali terakhir yang dia diam aku beduk dia, rupanya dia tangkap gambar sebagai bukti.

Aku didakwa beberapa kesalahan. Tapi peguam aku minta rayuan kurangkan waktu dalam hotel besi dan ikat jamin. Lepas aku bebas, Aku dah bertaubat, aku takkan ulang kesilapan lama. Aku cari girlfriend aku, dia dah kahwin. Dah ada anak seorang dan tengah mengandung. Mereka nampak bahagia sangat. Dia dah pun bertudung labuh dan baju longgar. Aku broken teruk. Hati aku skit yang amat sangat. Satu-satunya perempuan yang aku cinta.

Pada awalnya aku tak boleh terima, selalu aku jumpa dia minta dia maafkan aku dan terima aku semula. Aku bagitau semua kisah kami kat suami dia. Aku pernah sentuh isteri dia, tapi dia tak menunjukkan reaksi marah/kecewa. suami dia buat report polis, membuatkan aku hanya tengok girlfriend aku dari jauh. Aku tahu ada yang kenal diri aku siapa, kerana kes aku ni agak heboh satu kejiranan.

Aku cuma nak luahkan.. dari sudut seorang yang jahat. Padan muka, i deserved it. Hargailah seseorang tu sebelum dia pergi. Aku dah berhenti stalk girlfriend aku… which is, isteri orang. Cuma sampai sekarang aku masih tak jumpa orang yang sama macam dia. Kadang aku berharap anak dia tu anak kami. Aku patah hati sangat-sangat.

Sekarang aku lebih banyak habiskan masa mencari cinta ilahi dari manusia. Aku habiskan masa dengan parents aku. Aku dah penat dengan dunia. Penat nak hidup bergelumang dengan dosa, yang tak pernah sekalipun mendatangkan ketenteraman dalam jiwa. Membebankan. Akhirnya semua gambar dalam laptop dan phone terpadam. Tiada lagi aib seorang perempuan tersimpan.

Maaf seandainya kisah saya mendatangkan kemarahan para wanita, saya mengaku saya hanya seorang manusia yang khilaf, banyak melakukan dosa. Saya bukan lah orang yang sama seperti dulu, sekarang saya adalah pencinta kaum hawa. Tak mungkin lagi saya akan mengasari atau memandang kalian seperti objek. But still, saya memang patut dimarahi. Sekian, terima kasih admin. Sama-sama ambil pengajaran.

– Izzat

Artikel lain : Gadis Ini Geram Tengok Suami Orang Hensem Sangat. Selalu Datang Ke Kedai Makan Dia. Akhirnya Gadis Ini Tekad Nak Goda Suami Orang Itu. Tapi Cara Dia Sangat Mengejutkan Dan Akhirnya Ini Yang Terjadi.

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Asalamualaikum .. semasa saya berumur 24 tahun, saya jenis yang ramah dan suka bergaul, saya juga akan berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan apa yang saya mahu.. saya juga serius cantik, putih gebu, tinggi ala2 model, dan ramai lelaki yang ingin mendekati saya, dengan berbekalkan plajaran dan segulung degre yang saya ada.

saya ditawarkan bekerja sebagai pegawai kerajaan, Alhamdulillah juga, bisnes restoran saya semakin maju, saya mampu mengupah beberapa orang pekerja untuk membantu saya kerana saya juga sibuk bekerja,, Kisah bermula apabila saya bercuti kerja selama sebulan, saya mengabiskan masa yang ada untuk restoran saya, saya melayan pelangan saya, beramah mesra dengan mereka,, ada sepasang keluarga yang menjadi pelangan tetap saya, setiap malam seminggu mesti mereka datang ke sini, saya suka tengok pasangan bahagia ini, suami,isteri dan seorang anak mereka yang sangat comel dan isterinya tunggu hari untuk melahirkan anak..

Saya bawa mereka berbual2, rupanya suaminya dari negeri borneo, isterinya pula dari selatan, setiap kali mereka dtg, setiap kali kami berbual, lama2 kami seperti sahabat, masa birthday saya, mereka turut hadir kerana saya menjemput mereka.. semakin hari, hubungan kami semakin rapat, saya sering kerumah mereka dan mereka juga sering bertemu dan melepak dengan saya….

Ya saya tahu, saya dah mula jatuh cinta pada suami dia, sebab saya tengok suaminya sangat bertangungjawab, selalu hadiahkan isteri, pegang tangan isteri, tolong isteri buat kerja, jaga anak.. yang pasti lelaki ini cukup sempurna di mata saya, saya mula mengoda dia, tapi dia menolak saya..

saya lebih banyak kelebihan dari isteri dia, isteri dia tua dari saya, bertudung labuh macam nenek nenek, suri rumah pula. Sedangkan saya, seribu kali lebih baik, saya bekerjaya, saya ada kereta,ada rumah dan penampilan saya sgt menarik…

Saya minta maaf kat suami dia, saya bg tahu pdnya yang saya tidak mengodanya lagi, tapi dengan satu syarat kami mesti bersahabat macam biasa.. namun dalam hati saya bertekad, saya tetap akan dapatkan dia dengan cara apa sekalipun.. dalam diam Saya mula mendekati lebih mendalam pada isterinya, saya nak tahu apa yang suaminya suka, apa yang dia tak suka, perkara wajib bagi saya adalah berjumpa mereka..

saya juga menawarkan isterinya bekerja dengan saya. Saya bagi gaji yang cukup besar.. tapi suaminya tidak setuju isterinya bekerja..Walau apa cara sekali pun suaminya tetap setia dengan isterinya, saya sangup jadi isteri kedua, tp suaminya langsung tidak berminat pada saya, sampai satu tahap saya jumpa bomoh..

saya nak bomoh tu buat sampai dia bersjud ke pangkuan saya, bila mereka datang ke sini, saya yang layan, air yang mereka order saya yang buat.. dalam air suaminya, saya meletakkan cairan merah period saya yang telah dibuat oleh bomoh..

Alhamdulillah Lama kelamaan, suaminya mula terkejar2 saya, terbaik lah bomoh yang saya jumpa ni, sekarang dia mula2 mendekati saya, semakin mereka dtg kesini, semakin saya letakkan banda kotor saya ke dalam minumannya.. akhirnya di sujud di kaki saya, dia sendiri dtg bertemu saya, peluk cium saya, katanya dia tak boleh lupakan saya, sayang saya sangat2..

Saya beritahu kepada dia, kalau sayang saya, kawinlah dengan saya, saya terima jika menjadi isteri kedua… namun isterinya menolak, isterinya memarahi saya, katanya saya perosak rumah tangga, perampas dan perempuan murahan.

Saya tak rampas laki dia, saya cuma nak menumpang kasih, isterinya malukan saya, aibkan saya.. akhirnya saya suruh dia memilih, saya atau iserinya.. Alhamdulillah dia memilih saya… Selepas saja siap urus kes perpisahan mereka, kami terus kawin, masa tu dia tak cukup duit, demi sayang dan cinta pada dia, saya keluarha duit untuk berkahwin.. akhirnya dia jadi hak milik saya, selepas kami kawin, perempuan tu melahirkan anak, dia suruh suami melawat, tp saya menghalang suami dan suami menurut semua kata saya..

Dan akhirnya saya mengandung, Alhamdulilah, tapi kebahagiaan kami hanya sementara, suami saya di sah kan sakit tahap 4. Saya buntu tak tahu nak buat apa, dokor cakap nyawa suami hanya tingal 1 tahun, kenapa Allah beri ujian ini?

Saya tak nak kehilangan suami saya, dia hak milik saya.. selama suami sakit, saya stop beri dia makan benda kotor saya, tapi kalau saya berhentikan, suami saya akan tercari cari isterinya.. jadi saya terpaksa berikan.. perempuan tu ada dtg melawat. Tp saya tak beri dia jumpa suami saya.. dan saya terpaksa beri uabat tu pada suami walaupun dia sakit.. saya tak mahu cinta pada saya beralih arah.. saya sayngkan keluarga saya, dan saya bakal melahirkan anak. Doakan kami.. doakan agar suami saya cepat sembuh.. terima kasih..

Artikel lain : Beriya Suami Minta Nak Kahwin Lain Isteri Pertama Pula Izinkan. Suami Sengaja Tak Nak Balik Rumah Isteri Pertama Berbulan Sebab Nak Tengok Reaksi Isteri Pertama. Akhirnya Ini Yang Terjadi Buat Dia Menyesal.

Saya ada dua isteri, Ros ( isteri pertama) dan Diana ( isteri kedua). Saya dan Ros kenal tahun 2012. Kami kenal di tempat kerja , salah satu multinational corporation terbesar di Malaysia . Ros auditor , saya IT technician. Ros tua 7 tahun dr saya , dia 32 dan saya pula 25. Sejak saya join company ni, Ros memang antara staf perempuan yang popular di kalangan semua staff lelaki. Baik yang kahwin sampai la bujang, semua idamkan Ros sebab dia tinggi, putih melepak dan muka baby face.

Ros ni jenis serius and kurang bergaul sikit. Satu hari tu Ros buat audit dekat luar daerah and laptop dia rosak. So saya kne on call repair laptop dia kt site. Da dapat no Ros, saya mula ngorat sebab saya pun dah lama crush kat dia. Sebulan kami berkawan, saya jatuh hati dengan sifat keibuan Ros (lelaki baya saya banyak suka sifat ni). Lepas dua bulan, kami kahwin.

Tak sempat sgt bercinta tapi saya yang angau teruk masa tu. Tambahan pulak saya tau ramai kenalan saya berebut nak tackle Ros. Sepanjang kami kahwin tak pernah ada masalah walaupun Ros selalu travel sebab kena audit operation company kami di seluruh Malaysia. Paling lama 5 hari and saya akan jaga dua anak kami bila dia outstation.

Pertengahan 2018 saya terjebak dengan tinder. Pengaruh kawan tempat kerja. Mula2 sekadar nk chat bila Ros outstation, sampai la saya jumpa Diana..Diana muda 10 tahun dari saya. Kali kedua saya jatuh hati sebab perangai manja dan caring Diana (masa ni saya dah 32 dan lelaki baya saya banyak suka anak gadis mcm Diana). Terdesak nak kahwin dengan Diana, saya jujur dengan Ros.

Saya ingat lagi, mula2 Ros nangis tapi lepas tu dia minta maaf sebab selalu pentingkan kerja dan abaikan saya. Ros redha je benarkan saya kahwin dengan Diana. Masa ni saya rasa berbelah bagi sangat2. Tertekan sebab dh janji nak nikahi Diana dan dalam masa yang sama sedih sebab Ros seolah2 nak lepaskan saya.

Sebelum kahwin, Ros siap pesan jgn risau pasal belanja rumah dan anak2 sebab dia kerja tapi Diana tak. Jarak rumah Diana dan Ros cuma 5 minit drive. Mula2 dulu, saya jaga anak2 di rumah Ros bila dia outstation tapi lepas tu saya minta bawak balik mereka ke rumah Diana. Senang sikit bila saya kerja and Ros pun tak kisah.

Bagi Ros takpa anak2 kenal Diana tapi dia tak nak face to face berdua dengan Diana. Jadual giliran tak tetap sebab Ros travel 3-5 hari seminggu. Bila Ros outstation, saya kt rumah Diana, bila Ros tak travel saya di rumah Ros.

Namun kdg2 saya sengaja stay dekat 2-3 minggu di rumah Diana sebab nak uji perangai tak kisah Ros. Dlm 4 bulan lepas saya kahwin, Ros resign and kerja di firma akaun. Tak perlu travel dan hanya audit di office. Anak2 Ros hantar di nursery sampai dia habis kerja.

Masa ni saya mula honeymoon dengan Diana sampai 4-5 bulan tak balik ke rumah Ros. Sekalipun Ros tak bising mintak saya balik. Sepanjang ni Ros banyak spent masa bercuti dengan anak2 tanpa saya. Pergi legoland, singapore dan terbaru ke jepun. Hanya mereka 3 beranak tanpa saya.

Hanya sebab tak nak lukakan Diana, saya menolak pergi bercuti dengan mereka. Lama kelamaan saya jadi sunyi dengan Diana. Manisnya fasa honeymoon dah habis dan saya rindu nk bersama keluarga saya. Diana tak nak berbuka puasa sorang, jadi sepanjang Ramadhan saya tak pernah berbuka dengan Ros.

Baru ni saya blik ke rumah Ros, sedih sebab Ros lansung tak expect saya balik. Berbuka masa tu cuma baki makanan anak2 saya, bubur nasi dan nugget. Lepas anak2 tidur, saya tunggu Ros lama dalam bilik. Ros masuk malu2 and kami jadi kekok nak berbual bila berdua. Masa ni saya rasa macam lamanya saya dah abaikan Ros. Saya terus luahkan apa yang terpendam.

Kenapa tak hak dia sebagai isteri, kenapa izinkan saya kahwin lain, kenapa bercuti tinggalkan saya, kenapa dia chill sangat hadapi semua ni, kenapa dia redha bermadu, kenapa tak marah saya main kayu tiga dan banyak lagi kenapa. Lama Ros diam, pastu dia nangis. Rupanya Ros dah lama tahu pasal saya dan Diana. Berbulan sebelum saya mintak izin untuk nikah kali kedua. Ros makan hati dengan saya tapi dia pilih untuk berdiam diri atas rasa bersalah utamakan kerja dari keluarga.

Kata Ros, sepanjang saya kahwin dengan Diana, Ros dah persiapkan diri untuk jadi ibu tunggal seandainya dia dilepaskan. Masa ni saya rasa sedih sgt. Ros betul2 dah tawar hati dengan saya. Di saat saya abaikan dia, daripada meratap dia pilih untuk bahagiakan diri dan anak2.

Ros suruh saya cari kebahagiaan dengan Diana dan mintak saya lepaskan dia. Ros bukan sekadar isteri, tapi dia juga ibu kepada anak2 saya. Ros mintak saya jgn persiakan Diana sebab andai kata kami tiada jodoh saya masih ada Diana untuk jaga saya.

Berkali saya tanya Ros, tak sayang saya ke? Tak benci Diana ke? Ros balas dia dah takde hati untuk sayang and dah takde hati untuk benci. Saya betul2 buntu dengan Ros. Sekarang dia buat diri macam patung bila dengan saya. Tak lama nak raya and Ros siap dah atur jadual balik kampung. Hari pertama dan kedua saya beraya dengan diana di kampung diana.

Ros dan anak2 di kampung saya. Raya ketiga dan keempat saya dan diana di kampung saya, Ros dan anak2 di kampung Ros. Kat mana saya di mata dia. Masih wujud atau tak wujud. Buat para suami yang mengeluh isteri pjj atau isteri doktor, fikir lah dua kali sebelum bermain kayu tiga. pertahankan rumahtangga mereka walaupun dah terlerai. Macam saya Ros betul2 dah buang saya dekat Diana.

Hanya Kerana Tiada Ank Suami Nekad Untuk Ajak Madu Tinggal Satu Rumah. Terkedu Bila Tiba Tiba Suami Suruh Isteri Tidur Bawah. Rupa Rupanya Bila Belakang Suami Macam Ni Perangai Sebenar Isteri Kedua.

Foto sekadar hiasan. Hai. Terima kasih kalau publishkan cerita ni. Aku suri rumah sepenuh masa. Baru 3 tahun mendirikan rumahtangga. Aku kahwin masa umur 20 tahun. Suami pilihan keluarga yang di anggap pelindung yang terbaik untuk aku. Suami umur 34 tahun. Dia tak pernah tolak permintaan aku.

Aku dengan dia bahagia je. Aku masakkan untuk dia, tunggu dia balik kerja. Aku memang bahagia dengan dia. Takda sebab untuk aku menyesal dijodohkan dengan orang aku tak pernah jumpa pun sebelum disatukan. Dia lelaki yang baik min. Dia selalu hiburkan hati aku. Tapi, aku tak mampu bagi apa dia nak. Semua orang yang berkahwin mesti nak ada baby kan.

Dia selalu suruh aku check guna prenancy test, bila takda rezeki aku nampak muka dia agak kecewa. Aku kesiankan dia. Aku cuba untuk penuhkan semua yang dia nak, cuma satu tu je aku masih gagal. Tapi kita kena percaya dengan rezeki Allah. Lepas 8 bulan, suami ajak aku check dekat klinik, kot2 ada pape ke. Aku memang agak rasa di desak tapi aku faham dia memang teringin nak anak. Jadi aku ikut je cakap dia.

Bila doktor cakap aku tak subur, dia memang down min. Kalau aku mandul, aku tak tahu lah apa reaksi dia min. Aku cuba tenangkan dia, aku cuba bagi kata2 semangat kat dia yang dia masih ada peluang ada baby cuma kena usaha lebih. Tipu lah kalau aku tak sedih. Isteri mana je tak nak mengandung min. Tapi aku kena sabar dan hadap, memang tu rules hidup.

Hujung tahun 2016, suami aku jadi dingin. Takda gduh takda apa, dia tiba2 tak nak bercakap dengan aku. Aku cuba bagi dia ruang, mungkin dia tertekan dengan kerja. Aku buat macam biasa, tanya dia nak minum apa, makan apa. Urutkan dia bila dia balik kerja. Hidang air terus bila dia balik, aku cuba jaga em0si dia. Satu malam tu, dia panggil aku.

Dia cakap dia nak berbincang aku memang rasa takut masa tu sebab kelakuan dia pelik sebelum ni. Dia tanya aku, “Yang akan terima kalau abang benarkan orang lain masuk dalam keluarga kita?“ Aku agak was2 nak jawab sebab aku kurang faham. Aku tengok mata dia, aku cuba faham apa dia maksudkan. Dia jelaskan lagi min, kali ni memang jelas sangat. Dia cakap dia nak kahwin dengan perempuan yang dia dah berkenan. Aku spechless sebab aku tak tahu dia bergurau atau serious masa tu.

Aku tanya dia, kahwin dengan orang lain sebab aku tak boleh bagi zuriat ke. Aku soal dia macam2 min sebab aku dah cuba yang terbaik untuk kami berdua. Aku berusaha. Aku pergi buat treatment, pergi berurut dengan bIdan, cara tradsional modern semua tu. Aku cuba bagi dia faham, cuma perlu usaha sikit je lagi. Ada orang lain kahwin bertahun2 pun belum dapat zuriat tapi dia cakap dia tetap dengan keputusan dia. Aku cuma diam.

Tak tahu nak cakap apa. Aku naik atas, masuk bilik. Aku terus tidur min. Biar paksa mata tidur sambil nangis. Tapi aku tak nak fikir semua tu, aku harap benda tu cuma mimpi. Keesokan pagi nya, dia bagitau aku dia tak balik rumah 2 minggu. Dia nak uruskan hal kahwin. Dia memang dah nekad dan tak fikir apa aku rasa dah min.

Aku mengaku dia mampu kalau nak kahwin lebih dari sorang cuma aku takut aku tak mampu nak berkongsi kasih. Seharian aku fikir benda tu, aku kena redha kalau Allah dah tetapkan macam ni. Aku text suami aku, “Abang uruskan lah hal kahwin tu. Yang terima semua ni”. Sedih jangan cakap lah min, memang sedih. Aku rasa gagal jadi isteri yang baik untuk dia.

Tarikh perkahwinan suami aku dengan madu aku dah tiba selesai semua tu diaorang pergi honeymoon dekat luar negara aku cuba bagi dia ruang, aku cuba faham. Aku langsung tak bagitau mak ayah aku pasal ni. Aku tak nak mak ayah aku pertikaikan kenapa kena kahwin lagi sorang. Aku cuma tunggu dia balik je min. Aku duduk sorang kat rumah, sunyi je. Aku rindu suasana yang dulu.

Lepas je balik dari honeymoon, suami aku tak balik rumah. Dia duduk dekat rumah second wife dia sampai 2 bulan. 2 bulan tu langsung tak jenguk aku, tak call aku, tak text aku. Aku call dia selalu reject, aku text dia bluetick je. Bahagia betul dia dengan second wife dia sampai tak ingat kat aku. Aku cuma mampu tengok status Wasap dia je min. Rindu memang rindu tapi aku kena tabah dengan semua ni.

Aku masih ingat lagi, kali pertama dia bawa second wife dia datang rumah aku cuba tunjuk yang aku okey aku sambut kedatangan dia masa tu aku agak terkejut sebab ada 2 orang budak lelaki dengan perempuan dengan dia. Rupanya perempuan tu jnda anak dua. Mungkin suami aku suka dekat anak2 dia, pada pemikiran aku. Aku masak dan kami lunch sama2.

Lepas je makan, cuci pinggan semua, suami panggil aku. Second wife dengan anak2 dia ada sekali. Suami aku cakap kami akan duduk sebumbung. Anak perempuan dia akan bersekolah dekat sini. Anak perempuan dia umur 12 tahun, yang lelaki pulak baru je 4 tahun. Second wife dia umur 26. Aku iyakan je bila dia cakap wife dengan anak2 duduk sini.

Bila dah bawa masuk beg semua, dah tengok bilik. Second wife, kak Ida je aku panggil, dia mula merungut dekat suami cakap bilik dia kecil. Dia tak suka bilik tu, tambahan anak dia dua orang. Bilik atas cuma ada 2, kat bawah ada satu bilik tapi kecil. Bilik tu kitaorang buat letak kotak2 kosong je. Kak Ida bagitau suami, dia cakap dia nak duduk bilik besar. Bilik besar tu bilik aku dengan suami.

Aku cuma tengok muka suami. Suami suruh kak Ida sabar, buat sementara waktu ni duduk dulu bilik satu tu. Malam tu suami pesan jangan tidur dulu. Aku tunggu je suami dalam bilik. Suami masuk, dan duduk sebelah aku. Dia suruh anak2 dia duduk dalam bilik tu. Bilik ni dia suruh kak Ida duduk. Aku tanya dia, aku nak duduk bilik mana, tak kan aku nak pindah bilik. Aku kecewa betul malam tu, dia suruh aku duduk kat bilik bawah.

Depan dia jugak aku nangis, sebab aku rasa hanya di sebabkan aku tak boleh bagi dia zuriat dia buat macam ni. Berubah macam ni. Dia kisah keselesaan kak Ida dengan anak2 dia je, keselesaan aku macam mana? Aku kena buang dalam rumah sendiri ke?. Aku agak em0si dan pertikaikan semua tu. Kak Ida ketuk pintu, panggil suami. Suruh teman dia tidurkan anak2.

Malam tu jugak aku kemas barang2 aku, pindah bilik bawah. Aku sendiri kemas bilik tu sorang2. Dah pagi tu, kak Ida pindah masuk bilik tu. Nampak bahagia kat muka dia. Aku diam je, anggap ni mungkin takdir aku. Aku cuba faham dan terima hakikat bukan aku sorang je dalam hati suami aku sekarang ni. Dah 2 tahun lebih kak Ida dengan anak2 duduk dengan aku dan suami.

2 tahun lebih ni jugak lah aku dibuat macam orang gaji. Aku yang masak, aku yang kemas rumah, aku yang buat itu buat ini. Sejak kak Ida ada, suami tak pernah ajak aku keluar. Dia selalu keluar dengan kak Ida, anak2 je. Aku selalu duduk rumah sorang2, sedih sorang, merajuk kena pujuk diri sendiri. Suami tak pernah tanya aku okey ke tak.

Tiap bulan memang dia bagi nafkah, tapi kasih sayang, perhatian semua tu macam mana pulak? Kadang aku menyesal sebab tak dapat bagi dia zuriat, kalau tak mesti aku bahagia macam kak Ida. Kak Ida sekarang ni mengandung 5 bulan. Mesti seronok bila kita mengandung, suami pulak ada teman kita, manjakan kita, layan kerenah kita, serious aku teringin sangat.

Tapi apa yang kita nak, tak semestinya tertulis dalam jalan hidup kita. Suami selalu marah aku kalau aku tak buat apa kak Ida suruh. Hanya di sebabkan dia mengandung, semua benda aku kena buat walaupun kemas katil dia. Aku cuba tak ingkar apa suami cakap.

Kak Ida depan suami memang baik, bila di belakang aku je faham. Aku tak tahu sekarang ni aku ke atau kak Ida isteri pertama, sebab selalunya second wife selalu jadi sasaran tapi kali ni entah lah. Pernah sekali kak Ida mengadu kat suami rantai dia hilang. Hadiah ulang tahun perkahwinan diaorang. Suami angin jugak lah sebab sebelum ni tak pernah pulak barang hilang dalam rumah ni.

Kak Ida cakap aku ada masuk bilik waktu pagi lepas suami pergi kerja. Suami terus pandang aku, macam aku ni pulak yang ambil padahal aku ambil baju kotor je kat atas. Suami terus tengking2 tanya mana rantai tu. Berkali2 aku cakap tak tahu, aku tak ambil pun. Suami marah sangat, tangan dia hinggap kat pipi aku. Tu pertama kali dia naik tangan. Aku berdiri situ je sambil pegang pipi aku. Suami terus marah2 aku. Anak perempuan kak Ida turun panggil suami. Dia cakap dia ambil rantai tu.

Dia pinjam nak main model2. Aku terus lari masuk bilik sebab aku tak nak tengok semua ni. Boleh je cari barang tu dulu sebelum cakap ada orang ambil. Sekarang ni aku masih diperlakukan macam tu. Hanya di anggap orang gaji je. Suami tak pernah luang masa untuk aku, tak pernah sambut tarikh penting dengan aku.

Bila ulang tahun perkahwinan ke birthday ke mesti dia raikan kat luar, tapi bukan dengan aku. Aku pernah tunggu dia balik sebab nak celebrate ulang tahun perkahwinan kami, aku siap buat kek. Masak makanan favourite dia. Tapi last2 aku makan sorang. Potong kek sorang.

Takda pun dia minta maaf sebab lupa ke apa ke. Sejak hidup dalam situasi macam ni, aku tak rapat dengan suami. Dah macam mula2 kenal dulu. Bila dia rapat jadi malu sangat. Macam orang luar dah. Sekali sebulan je dia teman aku, tu pun untuk laksanakan batin.

2 bulan lepas, aku dengan suami brbalah besar. Dia marah2, tengking aku, tuduh aku buruk kan kak Ida dekat jiran2. Padahal aku langsung tak pernah cerita apa2 kat orang luar pasal hal dalam rumah. Suami tuduh aku lagi, cakap aku dengki sebab suami lebihkan kak Ida. Aku cuba pertahankan diri aku, aku cakap aku tak buat semua tu.

Suami tak endah apa aku cakap. Lepas je gdh dia terus ajak kak Ida dengan anak2 balik rumah ibu dia. Sampai seminggu lebih dia tinggalkan aku sorang. Masa aku sorang2 tu lah aku nangis. Aku rasa tertekan sangat. Aku takda tempat mengadu. Aku tak boleh biarkan diri aku di buat macam ni. Aku kena fikir yang aku berhak bahagia. Aku nekad nak tuntut fasakh dekat mahkamah.

Aku minta izin suami keluar rumah. Aku pergi sorang uruskan benda tu. Aku berterus terang yang aku tak dapat perhatian suami lepas dia kahwin lagi. Selesai semua tu, suami dengan kak Ida pun dah balik rumah, semua macam biasa. Suami sibuk dengan kak Ida dan anak2 je. Satu malam, aku panggil suami masuk bilik. Suami duduk sebelah aku sambil pandang muka aku.

Aku rindu saat tu, lama dah dia tak tengok aku macam tu. Aku pusing badan kat arah dia. Aku cakap kat dia, aku minta dia lepaskan aku. Lepaskan aku dengan cara baik. Kita settle kan benda ni elok2. Suami agak terkejut, dia tanya kenapa tiba2 nak dilepaskan. Aku cakap, “Saya kena fikir diri saya jugak. Kalau awak lepaskan saya awak tak kan rugi apa2. Awak tetap masih ada isteri dengan anak2. Awak tak kan rasa kehilangan. Keluarga bahagia awak masih ada walaupun saya dah takda lagi “.

Dia mula menangis min. Aku tak tahu lah kenapa dia sedih. Aku tepuk2 bahu dia, suruh dia berhenti nangis. Aku tak nak orang tahu hal ni. Sekarang ni pun aku dengan suami masih buat macam biasa. Aku agak takut tiba saatnya aku akan dilepaskan. Doakan aku mampu tempuhi semua ni. Sekian.

Sumber KRT.