Nekad nak hidup susah senang bersama. Isteri tak pernah malu ikut suami bantu hantar barang pos laju.

Viral

Ketika menjalin hubungan cinta, pelbagai perkara dijanji antara dua insan dimana alam perkahwinan menjadi penentu sama ada mereka berpegang atau memungkiri janji masing-masing. Bagi seorang wanita yang dikenali sebagai Kieda, dia bersyukur apabila masih berpegang kepada janji untuk susah senang dalam menjalani kehidupan bersama suaminya Hilmi Zaki.

Menerusi platform TikTok, wanita berusia 24 tahun itu memuat naik sebuah video yang teruja dapat meringankan beban suaminya yang berkhidmat sebagai pekerja kurier van PosLaju. Video berdurasi 52 saat tersebut memaparkan ibu kepada dua cahaya mata itu membantu mengangkat kotak barangan masuk ke dalam van sebelum menghantar parcel dari rumah ke rumah pelanggan.

“Jangan malu dengan apa pun pekerjaan suamimu. Tapi ringankanlah beban mereka, bantu apa yang kita mampu sebagai isteri. “Tunaikanlah janji kita macam awal perkahwinan dahulu, sanggup susah senang bersama. Ya Allah murahkanlah rezeki suamiku,” tulis Kieda.

Menerusi posting berbeza, dia yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga turut berkongsi sebuah lagi video kompilasi foto sepanjang menemani suaminya memikul tanggungjawab.“Jangan malu bila pasangan susah, jika dia berusaha bersamamu untuk senang. Namun malulah kalau pasangan senang dengan usahanya, tapi kau cuma menumpang senang,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai kagum dengan semangat Kieda dalam menyokong suaminya yang mencari rezeki untuk keluarga tersayang. Malah, ada juga segelintir warganet menganggap tidak perlu malu dengan pekerjaan tersebut kerana sekurang-kurangnya masih mempunyai pendapatan ketika pandemik Covid-19 ini.

Bagusnya teman suami kerja! Semangat

Macam ni baru la pasangan sejati! Saling membantu & melengkapi, bukannya pentingkan diri. Moga kedua-duanya kekal bahagia dan dimurahkan rezeki.

Sumber: TikTok @kiedamy_