Isteri langsung tak balik rumah mak sendiri walaupun raya sebab duduk dengan mertua . Lepas 18 tahun mak kepada isteri terus buat luahan yang tak terjangka kat WhatsApp

Berita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Gambar di atas sekadar hiasan semata mata.Maaf kalau kisah yang aku nak cerita ini akan melukakan mana mana pihak. Kisah ini terjadi dalam keluarga aku sendiri,terjadi pada kakak sulung. Kakak aku dah mendirikam rumahtangga selama 18 tahun.

Dia sekarang tinggal di rumah keluarga mertuanya sejak dia berkahwin. Sampai sekarang,dia tak pernah beraya bersama kami sama ada raya puasa mahupun raya haji. Mak dan ayah sudah terlalu lama memendam rasa. Sebelum ni mak masih mampu bersabar sekian lama.

Katanya tak mahu bising sebab tak mahu kakak dan suaminya berbalah. Tetapi Allah sedang menduga mak kali ni. Setelah memendam rasa kecewa dan kesabaran sudah tiba di penghujungnya,mak luahkan perasaannya pada kakak melalui WhatsApp.

Kakak hanya membaca mesej tersebut tetapi tidak memberikan sebarang jawapan balas. Aku tahu mak tidak mampu lagi menahan kekecewaan dan mak sudah kehabisan kata-kata apabila soalan yang sama sering diaju pada mak setiap kali tibanya hari raya.

Orang di sekeliling akan bertanya, kenapa dan mengapa begitu, kenapa kakak tak balik, ada selisih faham ke? Kalau orang tidak tahu, mereka akan menganggap mak yang buat masalah sehingga membuatkan kakak tak nak balik beraya langsung. Hakikatnya tidak.

Setiap kali kakak bersalin, mak akan pergi melawatnya. Kakak kata nak buat perniagaan, aku dan mak belikan barang permulaan perniagaan untuk dia. Semua kami lakukan sebab kami sayang pada kakak. Kakak memang tinggal bersama mertuanya.

Adik beradik suaminya memang kerap balik ke kampung. Seminggu sekali mereka akan balik ke kampung mereka. Tetapi apabila kakak balik ke Kuala Lumpur, dia akan terus ke rumah ipar-iparnya walaupun mereka selalu berjumpa.

Kakak hanya akan datang ke rumah mak pada sebelah malam dan balik pada awal pagi atau tengah hari. Bila hari raya, kakak akan pulang pada tengah raya atau hujung raya. Itu pun hanya semalam sahaja. Datang dalam jam 10 malam, siang jam 10 pagi atau 2 petang dah balik.

“Kakak balik tengok mak, seperti orang makan kenduri atau melawat kawan saja. Tiap kali nak balik rumah mak, kakak akan bagi alasan duit tak ada, suami sibuk. Tetapi bila ke rumah ipar-iparnya, tak ada masalah pula,” luah mak. Bukannya kami tak tahu kakak selalu ke rumah ipar-iparnya.

Tetapi kakak tidak pernah singgah rumah mak walaupun jarak rumah ipar-ipar ke rumah mak sangatlah dekat. Mak tahu semuanya tetapi mak pendamkan rasa kecewanya sebab tak nak kakak berbalah dengan suaminya. Teringat peristiwa tahun lalu bila kakak semasa mak kata nak datang ke rumah.

Allah, semangat terus mak start enjin kereta beli barang masak. Mak masak banyak lauk pauk, gembiranya seorang ibu bila anaknya mahu balik.Tetapi tiba-tiba kakak beritahu yang dia tak jadi datang. Mak menangis dan tak bercakap dua hari. Sedih sangat-sangat tengok mak pada masa itu.

Tetapi mak masih bersabar. Tetapi raya kali ini, mak mungkin tewas dengan kesabarannya sendiri. Mak kecewa bila mendapat tahu kakak balik ke sini tetapi terus ke rumah ipar-iparnya. Itu pun aku yang ternampak di Instagram iparnya yang kakak ada di sini.

Bila aku tanya kakak sama ada dia ada di sini atau sebaliknya, baru dia kata dia ada di sini. Aku rasa, kalau tak ditanya, mungkin kakak akan terus balik ke rumah dia seperti kebiasaannya. Masa ini Allah menguji mak. Mak sudah terusik sangat-sangat lalu menghantar mesej melalui WhatsApp pada kakak.

Mak luahkan kekecewaannya pada kakak. Namun kakak tetap tidak membalasnya. Keesokannya kakak mesej kata nak jumpa mak tetapi mak tak balas dan terus padamkan telefon bimbit. Kemudian mak call aku dan minta aku sampaikan pada kakak.

“Beritahu kakak, anggap saja mak sudah tiada, tak perlu datang tengok mak kalau hanya sekadar datang makan kenduri,” katanya sambil menangis sebelum menamatkan panggilan. Aku menangis, aku tahu mak kecewa kerana sudah 18 tahun lamanya dia memendam.

Aku tahu mak mampu bersabar lagi tetapi tekanan dari orang sekeliling yang selalu bertanya tentang kakak. Kini aku sedang cuba mendamaikan mak dengan kakak tetapi aku tidak tahu nak mulakan dari mana. Aku akan cuba juga. Tetapi di satu sudut lain, mak mungkin berjaya mendidik kakak

menjadi seorang isteri yang taat pada suami walaupun aku tahu jauh di hati kakak, dia pun kecewa dengan keadaan yang berlaku tetapi dia tidak mampu bersuara. Aku harap, kisah kakak aku ini dapat dijadikan sebagai pengajaran untuk semua anak dan menantu.

Kepada para suami, jika kamu benar-benar menganggap mertua itu seperti ibu kamu, kamu tidak akan sanggup membuat mertua kamu seperti ini. Jangan jadikan alasan syurga isteri di kaki kamu sehingga sanggup memperlakukan isteri seperti itu.

Jangan jadi suami yang hanya mementingkan diri. Anggaplah mertua itu seperti ibumu, nescaya kamu tidak akan sanggup berbuat seperti itu kepada mertuamu. Cuba letakkan diri kita di tempat mertua, apa yang kita akan rasa jika anak-anak kita pula buat perkara yang sama pada kita bila mereka sudah berkahwin kelak?

Ingat kifarah dari Allah.Kepada para isteri pula, jika kalian melalui situasi yang sama, aku harap kalian bersuaralah. Memang syurga pada suamimu dan harus taat padanya. Tetapi ingatlah jasa seorang ibu. Tidak salah kamu beranikan diri meluahkan apa yang kamu rasa pada suami.

Bukan dengan niat nak menntang suami tetapi dengan niat mahu suami tahu apa yang kita rasa. Jika kamu hanya berdiam diri, suami akan menganggup kamu bersetuju dengan apa yang berlaku. Meluahkan bukan bermakna kita mahu bersikap kurang ajar.

Luahkan isi hati kita dengan cara yang paling lembut pada suami. Sentiasa berdoa pada Allah agar suami kita memahami perasaan kita. Jikalau kamu sudah puas meluahkan, tetapi suami masih bersikap begitu, jangan berhenti berdoa pada Allah,

solat tahajud dan solat hajat pada Allah agar melembutkan hati suami kita.Kepada para mertua yang mengalami nasib yang sama, aku doakan agar acik semua bersabarlah dengan dugaan Allah ini. Aku yakin, seorang anak tidak akan pernah melupakan ibunya.

Cuma mungkin mereka juga tersepit dengan keadaan. Sentiasa doakan mereka, Walaupun anak kita sudah tua, seorang ibu tetap meliaht anak itu seperti kanak-kanak. Aku tahu naluri seorang ibu yang sangat rindukan anak dan cucunya.

Kalau boleh, seorang ibu mahu meluangkan sepenuh masanya bersama anak dan cucu. Berdoalah kerana doa seorang ibu tiada hijabnya. Doakan aku berjaya menyatukan kembali mak dan kakak. Rajuk seorang ibu tidak akan lama. InshaAllah.

Beriya Suami Suruh Isteri Buat Loan Sampai 100 Ribu. Rupanya Dalam Diam Dia Dah Buat Sesuatu Belakang Isteri Sampai Perempuan Tu Nekad Wasap Isteri. Akhirnya Isteri Nekad Untuk Buat Ini Pada Suami.

Salam admin. Sorry aku sebenarnya tak reti nak buat karangan sangat dengan fikiran bercelaru ni. Aku marah betul dekat laki aku min. Dia kantoi nak kawen lain. Yang buat aku marah beberapa bulan lepas dia minta aku buat personal loan 100k untuk nak set up business.

Oh ya laki aku baru kene buang keje. Konon nak menjana pendapatan family dengan buat business. Hari hari dia duk merayu nak pinjam duit dari aku untuk buat biz. Aku keje kerajaan. So dia pon bagi lah proposal nak biz itu ini. Dengan penuh keyakinan, memujuk dan menjanjikan pada aku kalau biz dia jadi dia akan bayar loan tiap hari pada aku nanti.

Aku ni blur sikit pasal biz. Jadi aku tak berminat. Aku takde masalah duit sangat, gaji dalam RM 6k ++ dah. Kalau laki tak kerja pon aku masih bole tanggung family. Tapi aku pergi jugak lah isi borang loan tu. Dalam masa beberapa hari, rupanya loan approve. Tapi aku tak bagitau laki aku lagi. Aku simpan dulu duit RM 100k tu.

Beberapa hari kemudian, ada sorang pompuan muda contact aku kat wasap. Dia cakap nak kawen dengan laki aku. Dah terlnjur dan mengandung pula ni. Jadi dia minta laki aku bertanggungjawablah dan nak nikah ASAP! Siap tunjuk bukti macam macam lagi. Ok aku percaya.

OMG, luruh betol jantung aku masa tu. Menggigil satu badan aku ni. Masa tu laki aku kat luar rumah, pergi lepak. Pening betol kepala aku masa tu. Aku rase dikhianti sangat sangat. Petang tu laki aku balik tergesa gesa. Tapi aku buat macam biasa. Dia cepat cepat tanye loan dah approve ke belum. Aku cakap dah, pastu blah masuk bilik. Dia dah macam serba salah nak tanya lagi.

Malam tu aku kunci pintu dalam bilik. Menangis dikhianti. Tapi aku rase selamat sebab tak bagi dia duit loan tu. Mungkin nak buat kawen agaknya. Aku menarik nafas lega. Laki aku tido bilik lain malam tu. Malam tu otak aku ligat berfikir. Aku tak mahu bagi dia duit loan RM 100k tu. Aku pikir nak berpisah dengan laki aku tu. Baik aku enjoy duit tu dengan anak anak dan cari laki lain kan. Ape pendapat uols? Aku dndam la dengan laki aku ni. Esok tu aku confess pasal ni. Aku teros halau dia keluar rumah. Tapi dia still minta duit loan tu.

Reaksi warganet

Nur Hidayah Azizan – JANGAN ENJOY DUIT TU. PULANGKAN BALIK PADA BANK. CANCL LOAN. Ni bukan masa untuk berhutang tapi berjimat cermat. berpisah dan bawak anak anak sekali. Awak pun ada kerjaya yang baik sampai boleh buat loan 100k. Jadi tentulah awak boleh hidup berdikari tanpa suami pun tak apa. Jangan lembut hati pulak dengan pujuk rayu laki

Ina Roti – Nasib baik Allah sayangkan sis. Bagi petunjuk awal sebelum terjerat. Macam pengalaman saya, sampai sekarang mflis sebab ex guna duit loan atas nama saya. Bila suruh bayar, pandai cakap bukan nama dia buat loan. Huh!! Senang betul hidop. Orang orang macam ni elok ajar dengan snapang gajah. Pasal duit 100k tu baik return balik je. Kita tak tau nasib akan datang. Hidup la dengan bebas hutang.

An Ibrahim – Jangan bagi dia duit loan tu. Baik ko yang invest atau enjoy dengan anak anak. Sedap la dia! Tak keje, ade skandl sampai terlnjur, siap membnting pula tu. Duit takde, tapi harapkan duit loan bini ratus ribu. Harapnye ko tetap pendirian lah kak. Jangan bagi diri ditinds terjert dengan loan semata mata menyedap ke depa.

Geram pulak aku membacanye. Oh ya, nanti jangan lupa tuntut nafkah mutaah dan anak anak. Tanggungjawab dia, even ko mampu pun hukum tetap hukum. Tanggungjawab tetap dia kena laksanakan. Jangan dibior lepas bebas gembira dengan pompuan tu. Hmmm done hasut.

Aika Zulkiflie – Kejadahnya dia nak duit loan tu! Boleh gi mt! Baik akak reinvest balik duit 100k tu dalam unit trust ke tabung haji ke Asb ke lagi bagus daripada bagi dekat dia. Nasiblah Allah maha kuasa nak tunjuk kak oii. Buatnya dapat tau lambat, perghhhh masak 100k hilang. Tiap tiap bulan kena bayar bank pulak tu. Hati pun remuk. Dudok tepi bucu katil nangis pun tak guna dah kalau macam tu.

Rose Eusoff – Hahah dah kena halau pun tanya duit loan. Memang tak malu punya laki. Dah menduakan pastu takde keje ada hati lagi nak pinjam duit. Takpayah lagi bagi sis duit tu. Cari nahas namanya. Biarla pompuan tu pulak tolong dia. Sendiri cari penyakit sendiri tanggung lah.

Sis move on je la , live you life ! Bersama anak anak. Tak selama laki ni bole bahgia kan kita sebab diaorang selalu je buat pilihan salah. Dan isteri akan jadi sasaran yang dianiya. Lelaki dan suami yang baik takan buat isterinya macam ni. Harap sis tabah

Harith Hakim – Jika bersedia jadi ibu tunggal, bayar balik loan RM 100k tu. Ignore permintaan suami, buat tuntutan fasakh. Alasan dah kukuh tu. Duit gaji dah lebih dari cukup untuk hidup dengan anak anak. Tuntut terus nafkah anak semasa buat fasakh. Selepas dapat surat untuk berpisah terus dapatkan hak penjagaan pula. Jangan bebankn diri dengan hutang yang bukan untuk kepentingan TT dan anak anak. Nanti susah hidup kemudian hari.Sumber : Kisah Rumah Tangga Fans

Nenek Masih Hidup Lagi Ank Ank Dah Sibuk Nak Berebut Harta Tapi Semua Tak Nak Jaga Nenek. Terkedu Bila Mak Dah Jaga Nenek Tiba Tiba Abg Sulung Pula Datang Untuk Tuntut Ini.

Assalamualaikum W.B.T kepada semua pembaca tegar. Terima kasih diucapkan kepada pihak admin seandainya luahan hati aku ni dapat dipamerkan untuk bacaan orang ramai. Acap kali juga aku berfikir, betulkah tindakan aku dengan menghantar luahan ini untuk bacaan khalayak awam sedangkan ini bersangkutan aib keluarga aku sendiri.

Tapi akhirnya aku ambil keputusan dan mengambil masa untuk meluahkan isi hati yang terbuku selama ini. Semoga cerita ini dapat membuka mata-mata kalian di luar sana. Segala yang baik, jadikan tauladan. Yang buruk dijadikan sempandan.

Bismillah. Sedikit latar belakang, kisah ini bukanlah kisah aku. Ini kisah mak aku, dan aku sebagai anak saban hari semakin menipis kesabarannya. Aku tak mampu lakukan apa-apa untuk melindungi mak aku. Mak aku adalah anak perempuan ke-dua tertua dalam adik-beradiknya yang seramai sebelas orang. Ya, Sebelas orang.

Tiga lelaki dan selebihnya perempuan. Benarlah orang kata, kerana harta mampu membtakan mata sesiapa. Memutuskan tali persaudaraan walaupun dari drh daging yang sama. Nenek dan atuk memang orang berharta. Atuk dah bertahun bertemu Penciptanya. Tinggallah nenek yang kini uzvr, sudah tak mampu berjalan dan lemah. Cuma, mulut dia masih berbisa seperti tak ingat tnah prsemadian.

Sewaktu hayat nenek, tiada satu pun kenangan indah yang aku boleh ingatkan kepada dia. Yang aku ingat hanyalah seorang nenek yang acuh tak acuh pada cucu, sukakan harta dunia dan bermulut jahat. Aku memang tak sukakan nenek aku, masa kecil pun dia mana suka aku. Sikap dia yang pilih kasih tu buat aku rasa neutral je pasal dia. Nak kata sayang pun tidak, nak kata benci pun tidak.

Mak ada seorang adik perempuan aku berikan nama cik Peah. Dulu hubungan kami sekeluarga sangat rapat. Mak dan Cik Peah aku tu boleh dikatakan ‘bestfriend’ walaupun ‘sisters’. Semua benda buat bersama. Tapi tak taulah di mana salahnya, hubungan itu merenggang sehingga membuatkan permushan antara mak dan si Peah tadi.

Tak cukup itu, si Peah siap menjaja cerita bukan-bukan kepada adik beradik lain konon-kononnya mak suka harta. Sumph, wallahi, Mak aku bukan macam tu. Rumah sewa nenek memang banyak. Sebelum ni adik bongsu mak, aku namakan Kiah yang kutip duit sewa sebab dia yang jaga nenek. Mereka pun dah bersetuju siapa jaga nenek, duit itu milik mereka sebab itulah duit nak digunakan buat perbelanjaan nenek.

Lagipun nenek walaupun sakit, dia masih minta duit. Dia akan mengmuk kalau dia tak dapat pegang duit. Tapi Peah macam gelap mata pasal duit, dia tak kasi Kiah kutip lagi. Kemuncak semua ni, apabila Kiah tengah mengandung, si Peah dan adik-beradik yang dah termakan hasutan halau Kiah dari rumah pusaka (Yang diwariskan kepada KIAH ye kawan-kawan).

Kiah mengadu pada mak dan mak cadangkan si Kiah duduk di rumah sendiri yang dia sewakan pada orang lain sebelum ni. Maka usailah masalah. Nenek? Si peah hulur kat adik beradik lain yang jaga dan dia kutip duit sewa. Dia Cuma bagi RM300 kepada pak sedara aku sedangkan pak sedara aku tu bukannya orang senang.

Lampin pakai buang orang tua mahal ye kawan-kawan. Kesian Pak sedara aku. Rupanya orang yang disokong adalah dvri dalam daging. Peah juga beli tanah pusaka yang diwariskan buat pakcik dengan harga yang rendah. Pakcik memang orang susah, kerana nak sebuah rumah, pakcik ambil juga dan bina rumah guna duit tadi.

Kalau korang ingat masalah dah selesai, ternyata belum. Akhirnya tiada satu pun yang mampu tahan menjaga nenek. Nenek kan dah seperti kanak-kanak pemikirannya. Asyik mengmuk, mulutnya tak sakit pulak, itu yang aku pelik tu. Akhirnya nenek diserahkan semula pada Mak. Mak pun jagalah nenek, tapi kali ni perjanjiannya dah lain.

Duit sewa rumah tu dibagi-bagi ikut rumah sewa di atas tanah masing-masing. (ikut perjanjian, selagi nenek hidup selagi tu semua tanah dan rumah sewa adalah milik nenek. Tapi tuhlah, masing-masing dah kelabu mata dengan $$). Dengan duit sewa rumah kat tanah mak, mak hantar nenek ke rumah penjagaan daily care.

Petang je mak ambil. Makan pakai nenek pun guna duit tu. Malas dah nak bergduh antara adik beradik. Dia buat hal dia je. Mak aku tak kerja. Ayah pun tak kerja, hanya sewakan bot pada orang lain. Kami duduk berjauhan, kadang-kadang ayah balik kampung untuk lawat mak. Ayah pun dah redhakan mak jaga nenek nun di utara sedangkan kami di selatan.

Tadi, aku terbaca status whatsapp kakak aku. Ada lagi yang datang mengganggu kami. Kali ni abang sulung mak pula. Rasa kecewa pun ada. Selama ni mana Pak Long untuk jaga nenek? Merajuk sebab harta tak diberikan mengikut faraid. Tetapi kenapa tanggungjawab tak nak pulak ikut Islam?

Sedangkan syurga mak aku di sisi ayah aku, tapi mak aku yang jaga nenek. Pak long lelaki kan? Syurga paklong adalah Nenek. Kenapa pak long tak jaga nenek barang sehari? Selama ni pak long diamkan diri je. Duduk dalam negeri yang sama pun jarang-jarang nak melawat nenek. Aku tak taulah korang puas ke baca cerita yang macam tak berapa nak sampai ni. Sebenarnya banyak lagi kejadian yang aku tak sebut. Sebab aku terlalu malu dengan apa yang menimpa keluarga aku. Tapi ada beberapa perkara yang aku nak highlight kat sini.

Mak ayah, silalah hibahkan harta sebelum pergi menghadap illahi. Kerana harta, anak-anak bergaduh. Institusi kekeluargaan pecah. Nenek aku pernah ckp “Selagi aku hidup, korang tak payah sibuk-sibuk pasal harta aku”. Tengok apa dah jadi? Takdir Tuhan, Allah dah tarik nikmat akal rasional untuk berfikir. Akhirnya diri dijadikan bola oleh anak-anak. Semua berkira untuk menjaga ibu seorang sebab rasa diri tak mendapat keuntungan.

Sepanjang hayat kita, jangan hambakan diri pada harta. Aku rasa ini kifarah untuk nenek aku. Sepanjang dia hidup, dia bertuankan duit. Sampai umur dah senja pun masih fikir duit. Itu aja meniti di mulut walaupun dah sakit. Anak-anak jangan pernah lupa tanggungjawab terhadap ibu. Terutamanya bagi anak lelaki. Mereka kunci ke syurga kalian. Benarlah kata orang, sepuluh anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.

Ibu jangan pernah bersikap pilih kasih dengan anak-anak. Nenek aku, memang ada anak favourite. Aku rasa si Peah tu makan hati sepanjang membesar. (sebenarnya mak pun sama. Mak ckp perkara yg sampai sekarang buat dia terkilan adalah bila nenek taknak support dia masuk UM tapi nenek tak kesah keluar duit untuk anak-anak lelaki). Tapi akhirnya anak favourite tu tak menjaga dia pun.

Kepada lelaki bergelar suami, InshaAllah ada pahala menanti kalian sekiranya kalian redha jika isteri kalian ingin menjaga ibu dan bapanya, Terima kasih ayah, ayah permudahkan urusan mak. Aku harap perkongsian aku ni tak terlalu membosankan para pembaca.

Doakan mak aku dapat syurga yang indah atas setiap kebaikan dia lakukan sebagai anak. Dan doakan aku adik beradik tak bergduh kerana harta. Doakan kami sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain, Dan juga, doakan aku jadi anak yang berbakti. Amin.