Suami kalau isteri masak pujilah sikit. Baru lah isteri tu rasa macam dihargai dan hilang semua penat memasak tu.

Tips

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Balik kerja, dengan baju tak sempat tukar, kadang-kadang isteri ni terus je ke dapur untuk bersilat memasak. Tapi bila ada tak kena, suami terus kritikan masakan isteri tu. Lagi-lagi bulan puasa ni. Betul-bentul menduga dari segi masa dan tenaga isteri. Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi, Setiap kali isteri masak tu pujilah sikit. Barulah dia rasa dihargai.

“Tak nak makan sudah. Buang je makanan ni.” Isteri penat penat masak. Kalau kau kenyang, kau jangan la langsung tak sentuh apa yang dia masak. Makan la sikit. Penat tahu tak masak tu. Nak fikir apa yang nak dimasak lagi. Kalau isteri dah siapkan minum petang masa kau balik kerja dan kebetulan kau ada jamuan kat ofis, kau makan la sikit apa yang dia buat. Nanti dia tak masak baru kau tahu.

Kalau kau memang dah kenyang sangat, cakap baik-baik. Jangan direct je cakap. Jaga sikit hati isteri tu. Setiap kali isteri masak tu puji la sikit. Baru la dia rasa dihargai. Hilang penat masak tu. Kalau dia masak tak sedap sekalipun, jangan la terus komen masa tu. Nak komen mesti ada cara. Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk masak.

Bulan puasa ni, kadang-kadang buntu juga kaum isteri nak masak apa. Kalau dia tanya kau nak makan apa, kau cuba la bagi idea sikit. Dapat la membantu dia mencari idea nak masak. Kalau dia masak, tak kena dengan selera kau, nanti kau marah pula. Bila dia tanya kau cakap takde idea la, ikutlah.

Saya respect betul isteri yang bekerja. Balik tu masak pula untuk suami. Layan suami macam raja. Nak nak suami yang tak suka makan kat luar. Penat pun tetap masak untuk suami. Kalau dia bekerja, bantu lah juga dia masak. Ptng sayur dan kacau dia kat dapur pun dah buat dia happy. Jangan kau sedap duk tengok TV je. Kah!