Isteri menangis lepas biras perli dia masih tak dapat zuriat. Satu hari anak kepada biras ni sakit dan ini yang ustaz tu beritahu

Kisah Rumah Tangga

Gambar sekadar hiasah. Assalammualaikum dan selamat sejahtera.. Terima kasih jika admin sudi siarkan.. Tiada apa yang terlalu menarik untuk aku kongsikan tapi aku harap semua boleh ambil ikhtibar serba sedikit dari cerita aku. Aku sudah berkahwin dan tinggal bersama keluarga aku di Negeri Sembilan.

Isteri aku orang Johor. Kami masih belum di kurniakan zuriat. Aku nak cerita mengenai isteri aku. Hari- hari yang aku lalui dengan isteri aku memang agak sukar dan menyebabkan dia tertekan dalam diam. Punca nya aku tak mampu nak sediakan rumah untuk dia jalani hari dia dengan tenang.

Tu silap aku. Tapi betapa sabar nya isteri aku menghadap keluarga aku, biras- biras dia lagi. Dah lah biras- biras semua perempuan. Walau dia tahu isteri adik aku tak suka kan dia dan selalu mengata dia dekat status whatsapp, tapi dia tenang je, buat tak tahu je.

Sampai lah satu hari ni, adik aku dan isterinya bergurau kasar dengan isteri aku. Adik aku cakap isteri aku tak boleh melahirkan anak. Punya lah isteri aku menangis satu malam. Aku sedih, geram, mrah semua ada. Aku nak je cili mulut adik aku tu tapi isteri masih tahan.

Dia cakap biar biar biar.. Dan dalam tak sedar dia memang dah terluka sangat dah. Esok nya dia mula update status dekat fb. Ayat dia aku tengok tak ada pun maki, tak ada yang kasar. Tahu je lah ayat budak belajar kaunseling ni macam mana. Pendek- pendek je ayat tapi deep.

Dan disebabkan status tu, isteri adik aku pun meroyan dekat status whatsapp nya sendiri. Dia perli dan sindir, dia cakap bila dia tulis status, ibu abah aku mesti tahu. Tapi bila isteri aku tulis status, tak ada siapa nak bagi tahu mak ayah saya. Ok, ni penting.

Aku tahu mungkin perbuatan aku bagi tahu status- status dekat ibu abah tu salah, tapi cuba bayang kan anak mana yang boleh tahan kalau ada orang mengata ibu abah kita sendiri? Kadang- kadang adik aku, abg aku, kakak ipar aku bercerita juga pasal status dia tu.

Tapi dia tak tahu, yang dia tahu aku je yang selalu bagi tahu ibu abah. Berbalik kepada isteri aku, dia dah geram dan tak boleh tahan dah dengan adik ipar aku tu. Dia whatsapp personal, dia langsung tak bagi aku baca. Tapi aku sempat baca waktu isteri aku tidur.

Betapa terkejut nya bila isteri aku psyc0 adik ipar aku sampai adik ipar aku tak tahu nak jawab apa dan mula putar belit cerita. Adik ipar aku siap cakap yang selama ni dia mengata ibu abah aku, mrh  mrh ibu aku dekat status tu cuma untuk seronok- seronok je.

But aku tak sangka isteri aku masih boleh balas baik- baik walaupun setiap balasan adik ipar aku semua tak masuk akal dan mungkin juga sebab dah kntoi jadi nya putar belit makin merapu. Last sekali isteri aku pula yang siap minta maaf dulu. Tabik betul dengan kesabaran isteri.

Aku ingat dah habis lah cerita kat situ. Tapi beberapa minggu lepas tu anak buah aku sakit kulit teruk (anak adik aku yang mulut macam apa tu) berubat merata tak baik-baik juga. Jumpa ustz, jumpa DR pakar, buat air tawar, ambil air kolah masjid berubat, tak juga sembuh.

Malah makin teruk. Satu hari, ibu abah dan adik aku pergi bawa anak buah aku berubat dekat seorang lagi ustz. Benda pertama yang ustz tanya, ‘ada tak sakit kan hati sesiapa’ ustz pesan kalau ada, minta maaf dengan ikhlas. Adik aku ni pun merata cari kawan- kawan untuk minta maaf, adik ipar pun pergi jumpa kawan- kawan, sedara mara untuk minta maaf.

Tapi anak sedara aku masih tak sembuh. Jumpa lagi ustz tu, ustz tu tak boleh nak buat apa. Dia suruh berdoa dan cuba ingat lagi ada sesiapa lagi yang belum minta maaf. Kami satu keluarga berusaha fikir, satu keluarga merata minta maaf. Tapi keadaan masih sama.

Berlarutan juga dalam seminggu. Satu malam tu aku tengah tidur, aku terjaga sebab macam dengar orang menangis. Isteri aku buat tahajjud rupanya. Aku pelik lah kenapa dia menangis beria. Aku pun sorok sorok dengar apalah yang dia doakan.

Dia doakan anak sedara aku supaya sembuh. Aku macam dah nak terduduk bila dengar apa yang dia doa. Dia cakap, memang dia terluka, kecewa dengan adik ipar aku, tapi dia minta Allah sembuh kan anak sedara aku. Dia doa lagi, dia tak minta pun balasan macam ni, dia hanya nak hidup tenang je dengan aku.

Aku pun termenangis sekali dengar dia doa. Jadi nya aku sedar lah apa yang jadi ni punca dari sikap dan mulut adik dan adik ipar aku sendiri. Kadang- kadang kita tak doa yang tak baik, tapi bila Allah tahu orang teraniaya Allah terus uji. Dan aku sedar lah yang selama ni adik dan adik ipar aku tak minta maaf dengan ikhlas pun dekat isteri aku.

Esoknya aku cerita dekat ibu abah. Ibu dah sampai kan dekat adik aku. Dan adik aku pun dah minta maaf dekat isteri aku. Tapi ego adik ipar aku tak boleh di turun kan. Dia masih tak buat apa- apa. Dan bagi aku sekeluarga, kami dah buat yang terbaik untuk anak sedara aku.

Jadi terpulang lah kepada adik ipar aku. Walaupun isteri aku dah ikhlas maaf kan semua, tapi kuasa Allah lebih dari segala- galanya. Ego lah pemusnah jua. Dan bertambah lah s@kit hatinya. Dia terus menerus salah kan isteri aku sebab buat anak dia.

Padahal isteri aku tak buat apa, siap doa kan anak dia lagi. Sayang orang macam tu, ego tinggi, tapi tak nampak, tak boleh terima kesalahan diri sendiri, asyik nak salahkan orang lain je. Jadi ambil lah pengajaran. Jangan cakap sembarangan walaupun ianya hanya gurauan.

Kita tak tahu apa orang lain rasa dan sebab Allah dengar setiap apa yang kita perkatakan. Kalau sasaran nya bukan kita, mungkin anak- anak kita. Terima kasih sudi membaca, doakan aku dan isteri dilimpahkan rezeki zuriat dan rumah sendiri. Terima kasih admin, semoga Allah merahm@ti.– Suami Puan kaunselor.

Suami Beranikan Diri Minta Isteri Pertama Untuk Kahwin Lagi Satu. Isteri Pertama Benarkan Tapi Dengan Syarat Bakal Madunya Berjumpa Dengannya Tapi Ini Pula Yang Terjadi Lepas Suami Dia Beritahu Bakal Madu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca. Malam tu , malam yang paling sukar. “Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur.

Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri.

Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar benar membuatkan dirinya lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. “Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,”. Masih terngiang ngiang bicara lunak Qis.

Panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi pagi, selesai solat subuh, cepat cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar benar menjrat hatinya.

“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu terlebih dahulu”. Lembut dan tenang sayup sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang pnas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” Pelik benar permintaan isterinya. Hendak dibuat apakah pada buah hatinya itu?. Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.

Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya prang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu dulu. Zaman sekarang ni, isteri isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.

Kecctan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah. “Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. “Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis. “Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?” “Takutlah Qis, silap haribulan dia bnuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.

“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham,” Qistina mengalih pandangannya. Mahu buat apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu.

Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.

Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.

Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. “Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang”. Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang… Asraf Mukmin dibru kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

Pertama : Dengan ukuran badan ala ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke nrk kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abang nak menggalas dosa orang lain. Aliyah sayangkan Abang…

Kedua. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak anak kita. Aliyah sayangkan Abang…

Ketiga. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abang…

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abang…

Tetapi jika Abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang. Tetapi, jika Abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg. Tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah. Salam sayang, Aliyah Najihah. Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!Kredit : Fenomena Malaya