Isteri sakit tapi suami anggap isteri beri alasan tak nak masak. Sampaikan suami terlepas kata suruh isteri pergi buat selamanya dan ini yang berlaku sejurus selepas itu

Kisah Rumah Tangga

Pada awal Febuari 2018, salah seorang teman baik saya telah dijemput Ilahi kerana sakit raahim tahap empat. Alhamdulillah dia menderi+a tidak lama. Tiga bulan terlantar skit sebelum subuh dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dan tinggalkan seorang putera yang masih kecil bersama dua orang puteri yang masih bersekolah dengan si suami.

Sebulan selepas pemergiannya, si suami telah datang kerumah saya bersama sekotak pakaian isteri. Sebelum dia pergi dia sempat berpesan kepada si suami supaya sedekahkan segala pakaian miliknya yang masih elok kepada sesiapa yang memerlukan.

Si suami tidak tahu kemana arah untuk disalurkan pakaian milik si isteri mungkin masih baru dan tidak dapat berfikir dengan jelas maka diamanahkan kepada saya. Sewaktu saya membuka kotak itu untuk memilih pakaian yang sesuai untuk di sedekahkan seperti yang di amanahkan, tiba-tiba si suami bersuara.

“Itu jer yg dia ada…” Saya merenung si suami kerana cuba untuk fahami apa maksud kata kata si suami itu tadi. “Semalam saya membuka almari dia dan hanya ini sahaja yang dia ada.15 tahun saya bersama dia, lansung saya tidak pernah ambil tahu setiap kehendak isteri. Saya abaikan dia sehinggakan dia skit pun saya tidak tahu,” katanya.

Ada kekesalan di situ. Namun saya masih tidak dapat mentafsir apa yang tersirat di sebalik keluhan si suami. Suami saya meletakkan handphone di meja mula berminat dengan cerita suami kawan saya ini. Setiap kali dia mengeluh skit, kurang sihat, tidak bermaya dan mengajak saya pergi ke hospital saya hanya menganggap ianya pekara remeh.

Saya mengejek-ejek dia dengan mengatakan dia dah tua. Saya merendah-rendahkan dia yang dia kurang bersenam dan hanya tahu makan jer sedangkan saya aktif bersukan dan tak salah kiranya saya mengajak dia bersukan bersama sepertimana saya menggalakkan kawan kawan saya bersukan”.

“Saya juga selalu bersangka buruk bila dia skit ianya semata mata alasan untuk makan luar kerana malas masak. Lalu bangun juga dia untuk masak dan mengemas kerana tidak sanggup dengar saya membebel dan kadang-kala sampai naik tangan saya ke kepala dia. Jahatnya saya.

Saya berniaga sendiri punyai banyak masa terluang namun saya terlalu berkira untuk membawa dia ke hospital kerana saya takut akan membuang masa menunggu segala urusan pemeriksaan kesihatan. Jahatnya saya pada dia. “Saya fikir bila dia sudah jadi isteri saya,saya tidak perlu lagi untuk mengambil hati dia seperti masa bercinta dulu. Namun saya lupa dia hanyalah pinjaman sementara bila-bila masa sahaja akan di ambil semula olehNya,” ujarnya panjang”.

“Benda yang lepas jangan di kenang, nanti kau sengsara dia dah pergi, redha kan. Kesian anak-anak kau,” suami saya bersuara. “Bila saya pandang anak-anak makin bertambah kekesalan saya bang. Masa dia ada boleh saya kira berapa kali saya bawa dia dan anak anak berjalan-jalan. Sedangkan saya pantang diajak kawan-kawan, ke langit biru saya boleh terbang.

Bila saya buka handphone dia, boleh kira berapa sangat gambar yang diambil bersama saya. Semuanya gambar dia dengan anak anak. Sedangkan gambar saya bersama kawan-kawan penuh dalam telefon saya. Gambar dia bersama saya lansung tiada. Bila pandang anak yang kecil yang masih menyusu tu bang, sayu jiwa saya. Siapa antara kawan kawan saya yang telah saya banyak habiskan masa bersama boleh membuatkan anak saya tu susu pada malam malam hari”.

Siapa yang boleh tolong uruskan anak anak saya ke sekolah seperti dia uruskan. Siapa yang boleh temankan si kecil saya bermain sehingga jam 3 ke 4 pagi kalau dia tidak mahu tidur. “Pagi ni anak saya yang pertama meminta RM50 untuk membeli barang barang kajian sekolah.

Wajib beli kerana jika tidak buat kajian tu, markah untuk peperiksaan mata pelajaran tu akan ditolak. Selama ini saya bising-bising duit belanja rumah sering tidak cukup, saya kata isteri ni boros belanja macam air dan tidak tahu berjimat.

Baru saya tahu kemana arah duit itu di salurkan. “Hari ini genap sebulan dia pergi dan saya kira-kira hampir RM500 ke RM700 belanja sekolah anak-anak dan makan sahaja. Bila tiap kali dia minta beli pakaian baru atau barang make up, saya melarangnya kerana saya rasa macam membazir.

Bila dia meminta lagi saya akan mula mengungkit pemberian belanja yang saya bagi. Barulah saya tahu ianya tidak mencukupi. Baiknya dia kerana dia patuh. “Saya sering tegur dia kerana selekeh jer lansung tidak bergaya seperti isteri kawan-kawan saya tetapi saya lupa yang saya tidak pernah bertanya padanya tentang belanja yang saya bagi selama ini cukup atau tidak untuk membeli pakaian dan alat-alat solek. Saya gagal menjadi suami yang baik,” katanya.

Saya diam tidak dapat berkata-kata lagi. Marah, sedih dan sebagainya berlegar-legar dalam fikiran saya. Setahu saya dia ni masa zaman bujang-bujang dulu memang cantik, bergaya dan pandai menghiaskan diri. Patutlah semenjak dia berkahwin, hilang semuanya dan bila saya mengusik dia hanya menjawab, “Malaslah nak makeup-makeup ni, tak ada masa dengan anak-anak lagi. Alaaa yang penting suami sayang…”

“Semalam saya buka almari dia, hanya ada beberapa helai sahaja pakaian yang baru, itu pun seingat saya dibeli masa nak raya tahun lepas. Lain-lain semua dah lusuh. Ada beberapa batang lipstic yang dah patah. Dahulu masa sebelum kawin saya pernah terlihat di dalam beg kecil dia ada pelbagai jenis lipstik, pelbagai jenis bedak muka dan macam-macam lagi makeup yang dia ada.

Tetapi bila dah jadi isteri saya, semuanya habis tidak berganti. 15 tahun bersama sepatutnya bukan makin berkurang namun makin bertambah. “Masa kali pertama dia menjejak kaki ke rumah saya, dia bawa tiga beg besar pakaian semuanya cantik-cantik dan hari ini hanya sekotak sahaja yang dia ada. Sedangkan keperluan anak anak dan saya mencukupi,” si suami mula menangis.

“Dia nak bekerja, saya marah. Saya tanya dia tidak cukup ke apa yang saya bagi dan saya kata saya mampu tanggung dia lagi. Saya ego dan dia pula demi menjaga ego saya daripada tercalar, dia mengambil keputusan untuk diam sahaja. Dia amanah saya sepatutnya dia dijaga, dibelai, dimanja tetapi saya abaikan kerana saya fikir sekarang bukan masa untuk semua itu.

Tiap kali dia mengeluh skit-skit badan saya suruh dia tidur dan makan ubat. Saya suruh anak-anak yang picitkan tetapi saya lupa itu adalah kewajipan saya. Saya lupa dia hanya pinjaman sementara. Sekarang dia dah tiada. Saya rindu dengan dia.

Rindu sangat -sangat. Andainya dipulangkan dia kembali saya nak habiskan masa saya bersama dia seperti masa saya bercinta dulu. Saya nak kotakan janji saya pada dia bahawa dia akan menjadi wanita paling bahagia bila menjadi isteri saya”.

“Saya tahu bukan harta dan kekayaan yang arrwah inginkan tetapi perhatian dan kasih sayang saya. Saya kesal kerana selama ini dia menjadi tempat saya melepaskan penat dan amarah saya. Saya kesal kerana selama ini menjadi suami yang terlalu berkira dengan isteri sedangkan isteri adalah punca rezeki suami. Masa saya tahu dia skit masa itu sudah terlambat.

Pagi tu dia mengadu perut dia skit sangat. Saya marahkan dia kerana tidak menjaga makan. Tetapi bila saya lihat dia tidak bermaya dan bila saya periksa nadi dia semakin menurun, saya terus bawa dia ke hospital. “Masa dalam kereta mulut saya tak henti-henti menyumpah dia dan mengatakan dia menyusahkan saya, nak diet sampai tak makan dan ambil supplement yang bukan-bukan sampai skit macam ni. Masa tu saya sangat marah pada dia sampai saya terlepas kata”.

“Asyik skit jer tapi tak pergi pergi jugak.” “Bila nurse bagitahu dia kena tahan ward saya lagi berangin dan menunjal-nunjal kepala dia, saya terpaksa batalkan aktiviti badminton saya pada petang itu kerana terpaksa menjaga anak-anak di rumah.

“Tiga hari dia warded. Jarang sekali saya menjenguk dia. Hanya waktu melawat tengah hari sahaja bawa anak-anak datang melepas rindu. Baru saya tahu susahnya bangun malam buatkan susu, mandi dan tidur kan anak, sediakan anak anak ke sekolah. Bila doktor mengesahkan isteri saya mengidap sakit raahim tahap 4, semuanya dah terlambat kerana ianya telah merebak sepenuhnya,” katanya.

Si suami berhenti seketika untuk menyapu air mata yang mula membasahi pipi. Secawan teh yang dihidangkan langsung tidak berusik. Suami saya merenung tajam ke arah muka suami kawan saya. Mungkin menanti apa lagi cerita yang bakal akan keluar dari mulut suami kawan saya.

“Sewaktu dia skit, saya cuba menjadi suami yang baik. Ajak dia pergi jalan-jalan. Tetapi dia menolak. Dia tidak mahu susahkan saya menolak kerusi roda. Saya ajak dia makan makanan kegemaran dia. Dia makan namun tidak mampu untuk menelan dengan riangnya.

Saya ajak bergurau bermesra seperti dulu-dulu dia lesu tak bermaya. Runtun hati saya melihat wanita yang saya sayang, saya cintai menderita. “Tiap kali dia skit, saya ajak pergi hospital dia menolak, dia kata dia dah tahu dia skit apa, tak perlu buang masa dan duit lagi. Saya ajak dia pergi berubat kampung jika tidak mahu ke hospital. Dia menolak kerana itu akan menangguh masa untuk dia pergi buat selamanya.

Allahu, rupanya dia terasa dengan kata-kata saya. Saya melutut depan dia, mohon maaf, mohon ampun dan dia kata dah lama memaafkan kesilapan saya namun itu tidak mampu membasuh dosa saya pada dia. “Saya mula memeluk dia sewaktu tidur, saya tahu saya akan kehilangan dia dan waktu itu makin hampir.

Sumpah demi Tuhan saya sayangkan dia cuma saya lupa dia hanya pinjaman lalu saya abaikan dia. Saya tidak hargai kehadiran dia dalam hidup saya. “Sekarang satu-satunya wanita yang amat saya kasihi dah tiada. Dia dah tinggalkan saya bersama jutaan kenangan dan kisah suka duka kami sepanjang percintaan di bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin.” katanya.

Saya merenung muka suami kawan saya itu, terpancar kekesalan di situ. Dia menceritakan pada saya bukanlah untuk membuka pekung di dada, tetapi dia ingin kongsi bersama kisah dia dan isteri ‘pinjaman’ sementaranya supaya menjadi satu tauladan kepada para suami di luar sana. Sesungguhnya apa yang kita ada bukan milik kita. Semuanya hanya pinjaman. Hargailah

Isteri Mengandung Tinggal Tunggu Hari Je Nak Bersalin. Dalam Diam Suami Kahwin Lain Dengan Pilihan Keluarga. Ini Isteri Dia Buat Lepas Suami Dia Pulang

Foto sekadar hiasan. Tergamak seorang suami lepaskan isteri disaat isteri sedang mengndungkan zuriat sendiri. Inilah yang dikatakan habis madu sepah dibuang. SegaIa pengrbanan selama ni sekelip mata dilupakan setelah kehadiran orang ketiga. Sudahlah berkahwin senyap-senyap dan menghilangkan diri, malah isteri pertama dilepaskan hanya kerana mencari suami untuk menuntut nafkah anak-anak.

Nasib malang menimpa puan ini setelah suami berkahwin lain dengan pilihan keluarga. Anak didalam rahim juga tidak diendahkan. Aku seorang isteri yang mempunyai seorang anak berusia 6 bulan dan sedang hamiI. Kehidupan aku sebagai isteri bahagia sehingga hari raya tahun lepas aku mendapat tahu suami bernikah dengan orang lain yang ternyata pilihan keluarganya. Walaupun aku bukan pilihan keluarga tapi kedua belah keluarga merestui.

Pada raya kedua suami beritahu pada aku dia harus pulang ke kampung untuk menguruskan urusan harta dan tidak mmbenarkan aku ikut kerana aku 7 bulan mengndung. Kampungnya di seberang jadi doktor pun menasihati untuk tidak menaiki kapal terbang. Dua minggu suami di sana. Satu hari kawan aku pm (private message) memberitahu melihat gambar suami aku sedang bernikah. Bila aku melihat sendiri gambar itu, betapa sedihnya hati aku melihat suami aku dengan isteri barunya bersama mak mertua, kakak dan adik ipar aku.

Setelah suami pulang aku minta suami untuk menerangkan segalanya dan suami minta maaf dan berjanji untuk menjadi suami yang lebih adil dengan syarat aku merahsiakan perkahwinan aku dengan suami daripada isteri barunya. Aku maafkan dan terima kerana anak yang sedang aku kndungan dan jugak dia terpaksa akur kata-kata ibunya yang sakit.

Sepanjang dua bulan selepas suami aku menikah, dia jarang pulang kerana untuk menjaga rahsia itu. Walaupun begitu suami aku adil sehinggalah perangai suami mulai berubah. Suami menjadi mrah dengan kerap dan aku mendapati suami aku menpu. Kadang kala aku dan suami berbalah hanya kerana aku minta berjumpa dia. Aku sedih kenapa dia berubah.

Sampai satu saat dia hilang selama dua minggu lalu aku mencari dia dan kerana itu aku dilepaskan secara tergntung. Hanya kerana aku mencari dan menghubungi lantas dia tinggalkan aku. Sekarang sudah tiga bulan suami tinggalkan aku tanpa sebarang nafkah. Dan ternyata isteri baru juga sedang hamiI dan sudah tahu mengenai aku. Aku kritik semua. Aku sebatang kara dan suami tinggalkan aku tergntung

Sekarang kndungan aku mengalami msalah dan doktor mencadangkan untuk ggurkan demi nywa aku. Aku cuma mahu jumpa suami dan mengubah dia kembali kerana masa kami kenal sehingga berkawin dia tak macam sekarang. Aku yakin dia berubah kerana perempuan itu. Geram dengan perangai lelaki yang macam ni. Anak didalam kndungan tu zuriat sendiri kenapa sanggup abaikan. Anak adalah refleksi kepada sikap kita, jangan terkejut bila dah tua anak tak mengaku sebagai bapa pula.

Reaksi warganet. Perkongsian dari ibu hamil ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Sri Mewangi –Begitulah nasib wanita. Pandai2lah bawa diri jika kena pisah. Kalau masih ada keluarga haraplah keluarga beri sokongan moral. Siti Mariam Abdul Kadir –Suami tak guna. Kalau dia sanggup nikah lain disaat kau mengandungkan anak dia. You better let him go. He is not worth your tears.

Sharifah Nor Al Baity –Teringat kawan saya. Suaminya nikah lain di saat2 dia sedang menanti hari. Cuma bezanya suami berterus terang dia nak nikah lain tapi kawan tak bole nk buat apa sebab sglanya tlh di atur. Hncur lebur perasaan kawan saya ni.

Seminggu lepas suami dia nikah, dia sakit nk bersalin. Tapi malangnya dia macam takde semangat lansung. Dia tak nak teran dalam labour room. Nyawa dia masa tu. Trpksa operasi. Sekarang suami dia dah lepaskan istri kedua atas sebab apa saya tak pst.

Rohana Ayong –Hari2 duk lalu kesah laki org kawin baru alahai. Takut nya dengan dunia pligami yang kunun depa ikot sunnah nabi hat tue ikot la 100% hat lain ikot dak??haish Sumber : Sehinggit via malaysiaunited.my Kami doakan moga wanita ini dipermudahkan segala urusannya. Apa pula kata anda.

Dapat Kahwin Dengan Duda 2 Orang Anak Dan Suami Langsung Tak Suka Isteri Call Keluarga. Akhirnya Isteri Baru Tahu Punca Suami Berpisah Dengan Isteri Pertama

Foto sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Bismillah asalamualaikum. Terima kasih jika cerita ni dapat disiarkan untuk bacaan umum kerana aku sendiri tidak tahu kemana lagi untuk aku luahkan segala yang tersimpan di hati ini. Maaf jika panjang kerana aku tidak mahir untuk memendekkan cerita.

Aku mulakan dengan namaku Yasmin (bukan nama sebenar). Berusia 28 tahun dan seorang isteri dengan usia perkahwinan hampir 2 tahun. Ceritaku ini adalah mengisahkan peritnya mempunyai suami yang pnas baran. Ya, pnas baran yang teramat.

Suamiku seorang duda beranak dua. Kedua anaknya masih bersekolah rendah. Beliau berusia 37 tahun pada tahun ini. Diawal perkenalan aku tidak tahu sikap pans baran nya, namun segalanya berubah apabila aku sudah sah bergelar sebagai isterinya.

Sikap panas barnnya terserlah ketika aku menemaninya ke sebuah kopitiam untuk bersarapan. Kebetulan pelayan kopitiam tersebut seorang warga Bangladesh yang pada pendapat aku mungkin dia kurang faham bahasa melayu kita.

Order yang dipesan suamiku tersalah catat pelayan tersebut dan sejurus makanan sampai, suamiku terus menngking pelayan tersebut. Hanya Allah saja yang tahu betapa malunya aku pada saat itu. Itu baru permulaan, pernah juga beliau menngking dan mencrut kepada staff nya di handphone akibat perubahan tempat bermesyuarat. Disebabkan itu sahaja, semua perkataan tak elok keluar. Kecik hati budak tu, berkali kali aku minta maaf padanya bagi pihak suamiku.

Kalau dirumah, beliau seorang pemalas. Semua benda dari A to Z aku yang harus laksanakan dan beliau hanya ingin beristirehat seperti seorang raja. Pernah aku mempelawa nya untuk menolongku menjemur kain aku ditengking bagai singa tengah kelaparan.

Sejak dari haritu, aku tidak lagi mempelawa nya. Walaupun rumah dah siap dikemas, makanan sudah dimasak, suamiku memang tidak suka melihat aku duduk berehat. Pasti ada saja yang akan dia suruh ku buat sambil membebel panjang. Pernah juga aku sorok sorok duduk didalam toilet kerana aku terlalu penat dan kaki ku sudah ‘cramp’.

Aku jarang sekali dapat pegang handphone ketika dirumah kerana dia akan marah dan cakap akan menghancurkan handphone ini. Nak call parents dikampung pun dia tak suka, tak tahu apa masalah pada dia. Aku juga pernah dilukai dan ditmbuk. Hanya kerana aku ingin pulang dengan segera untuk menyiapkan kertas kerjaku.

Berkali kali aku ditmbuk didalam kereta seolah olah beliau betul betul mahu ku pergi menghadap illahi pada malam itu. Kesan birunya sangat jelas kelihatan pada keesokan paginya tapi sudah pasti beliau akan buat tidak nampak.

Mau minta maaf? Jauh sekali. Kerana apa? Kerana aku isteri dan dia suami, dan dia layak selayaknya melakukan apa saja padaku. Anak anak suamiku tinggal bersama bekas isterinya dan akan pulang kerumah kami pada waktu yang ditetapkan. Pada awalnya anak anaknya ok dengan ku tapi makin lama, makin kurang ajar.

Walaupun aku ibu tirinya, tak bermaksud mereka boleh berkurang ajar padaku. Apakah salah jika aku suruh mereka mencuci muka dan memberus gigi jika belum mahu mandi sebelum bersarapan? Apakah salah jika aku menyuruh mereka untuk tidak menyepahkan ruang dan tidak membuang sampah merata didalam rumah? Masing masing berumur 11-12 tahun sudah pasti boleh memahami dengan baik.

Namun gagal dilaksana kerana apa? Kerana aku ada dan aku boleh kemaskan dan cucikan. Sedangkan benda yang baik yang ditegur pun gagal dibuat, apatah lagi nak hormati aku sebagai orang yang lebih tua. Kata suami ku,

“Biarlah….. nanti mereka akan faham dan buat”. TAPI SAMPAI BILA? umur sudah belasan bukan kanak kanak tadika lagi. Apa saja yang aku ajukan padanya, mesti akan ku dimarahi semula. Kerana apa? Kerana beliau lebih lama hidup dariku dan lebih banyak pengalaman.

Bab nafkah juga suamiku seorang yang sangat bakhil. Segala perbelanjaan, aku sendiri yang tanggung kerana katanya ‘aku sudah berkerja dan ada gaji dan lebih mampu darinya…’ Sudahlah nafkah tak dapat, belanja rumah, bill bill aku juga yang tanggung.

Pernah juga aku meminta RM200 sebulan at least lepas bahagian bill elektrik dan jawapannya disudahi dengan amukkan dan makian. Dia hanya keluar duit RM400 sebulan untuk anak anaknya. Aku? Nak makeup ke, nak baju baru ke, sendiri beli ye. Bukan dirinya tak mampu, tapi dia lebih utamakan untuk dirinya sahaja. Setiap minggu ada sahaja baju atau kasut baru dibeli nya.

Suamiku dijatuhi bankcruptcy bertahun lamanya. Kereta yang digunanya kini adalah milik bekas isterinya namun beliau menggunakan tanpa rasa bersalah. Banyak kali diminta untuk ditukar nama, mana mahunya dia. Kerana apa? Kerana dia akan buat sesuka hati dia nak menyusahkan kehidupan orang lain. Sungguh aku merasa kesian pada bekas isterinya kerana sehingga kini namanya masih berhutang dengan bank.

Aku juga hampir terkena akan tetapi aku gagalkan hasratnya kerana tidak mahu nama ku juga termasuk dalam senarai CTOS. Aku juga seringkali dimalukan di khalayak ramai oleh suamiku. Aku pernah diludahnya ketika di kedai mamak kerana tidak mahu makan kerana aku sudah terlalu kenyang kerana makan di jamuan di office.

Semua mata melihat ke arah kami, mamak mamak kat situ pun tengok aku. Mereka mau tolong aku, tapi takut. Aku hanya mampu diam dan menunduk layu. Dihati berdoa agar tiada sesiapa yang merecord kejadian tadi. Risau takut tersebar malu la aku.

Pernah juga aku ditngking ketika makan di Seoul Garden. Hanya kerana aku bertanya tidak apa ke kita amik banyak banyak kerana ada tertulis akan dikenakan denda jika ada makanan lebihan. Suamiku jenis tidak takut dan tiada perasaan malu mungkin. Di pasar malam dia marah akak tu kerana bubuh lauk sikit, di restoran pula jika harga naik dia marah terus pada pelayan.

Bukan kah pelayan itu hanyalah pelayan dan tiada kena mengena dengan kenaikan harga? Makan nak have have selari dengan penampilan tapi mengamuk dekat cashier. Aku malu, sungguh aku malu. Dia pernah suruh tukang tukang kemas rumah kami suatu ketika dahulu. Hanya kerana pembantu tersebut meletakkan harga RM70 sehari dari jam 9 pagi hingga ke 5 petang. Tetapi dibayarnya RM50.

Pembantu tersebut ada hak untuk complain, dan of course dia complaint kerana dia kemas non stop. Dan pada esoknya, dia ke rumah pembantu tersebut dan mencampak basikal milik pembantu tersebut kedalam parit. Sungguh aku kesian padanya, lalu aku datang semula pada hari seterusnya. Aku gantikan basikal yang baru dan sedikit wang tambahan. Aku malu dan aku sedih mempunyai suami seperti itu. Kalau boleh semua orang dalam dunia ni dia akan marah.

Dan pada ketika saat ini, baru aku sedar yang suamiku betul betul seorang panas baran yang tiada ubatnya. Dengan adik beradik sendiri pun brbalah macam dah tak ada hari esok. Dan punca beliau berpisah dengan isteri terdahulu juga adalah kerana sikap barannya. Banyak kali beliau bercerita bagaimana dia memarahi isterinya setiap kali berlaku kesilapan. Dan bagiku, kesilapan bekas isterinya adalah sekecil kuman.

Kini, perasaan ku terhadapnya semakin hilang dek kerana terlalu banyak makan hati atas perlakuannya. Suamiku juga seorang yang tidak solat dan jarang perpuasa. Apabila aku menegur, disalahkan aku kerana asik buat perangai menjadikan beliau tidak mahu solat.

Logik ke alasan tu? Solat dan puasa tu suruhan agama dan semua nya bergntung dengan diri sendiri bukan orang lain. Buat perangai pula apabila aku seringkali menangis kerana terlalu berkecil hati. Pernah juga aku cuba untuk slow talk dan menegur dengan lembut agar dia dapat kurangkan amarah dan baran akan tetapi sekali lagi aku akan dipersalahkan dan ditengking bagai tiada hari esok.

Sudahnya, aku dimalukan dihadapan kawan kawan nya kerana beliau suka mengadu dan memutar belit cerita pada orang lain. Dia lebih suka orang membenci ku dan memberi pandangan buruk padaku. Kerana apa? Kerana dia sentiasa betul dan aku sentiasa salah dalam segala perkara. Walaupun slingkuh dengan mak janda beberapa kali kantoi, tetap sahaja beliau betul dan aku tiada hak untuk marah. Langsung tiada hak, hak bersuara apatah lagi marah.

Sekarang aku sendiri tidak pasti apa yang akan aku lalui di hari yang mendatang. Sama ada aku masih kuat bertahan ataupun aku berhenti sekerat jalan dan menjalani hidupku sendiri. Banyak lagi yang hendak aku ceritakan tapi risau confession ini jadi terlalu panjang dan pembaca akan kurang minat untuk membaca.

Aku akhiri confession kali ini dengan ucapan terima kasih kerana sudi membaca. Mohon berilah pandangan yang sewajarnya agar aku tidak lemas dalam air mata. Doakan aku sentiasa kuat dan dimurahi rezeki agar dapat ku bahagiakan mak ayah dikampung.

Yang benar…

Reaksi warganet

Irma Hazwanis – Yasmin, kite dalam situasi yang sama. Saya dulu pun tak tau suami baran, masuk tahun kedua perkahwinan baru nampak segala perangai sebenar dia terutamanya baran. Awak kalau dikasari terus buat report polis. Segala resit awak bayar semua simpan sebagai bahan bukti. Nanti boleh tuntut fasakh. Please keluar dari perkahwinan t0ksik ni. Saya dah ade anak, sekarang suami bawa lari anak sebab nak sakitkan hati saya.

Amizah Wahid – Dah lalui semua tu dulu. Bersyukur sangat kerana dapat keluar dari kehidupan yang tiada indahnya. Alhamdulillah sinar bahagia menerangi hidup saya sekarang. Tak perlu takut untuk hidup sebagai janda, doa mohon Allah permudahkan urusan.

Yaya Anam – Rasanya cukuplah tu dik. Sabar pun ada hadnya. Tak nampak kat mana alasannya untuk adik teruskan perkahwinan ini. Sementara belum ada anak. Bertambah tak baik jika ada anak nanti. Anak membesar dlm situasi bgini mmg tak bagus..

Sayangi diri sendiri dulu dik. Kamu berhak untuk bahagia. Tak berdosa dik jadi JANDA. Jangan tipu diri sendiri. Sbelum keadaan menjdi lebih teruk lgi. Nekadkn hati. Jangan toleh lagi kebelakang. Lebih baik berbakti pada ibu ayah yang masih ada dik…

Puan Zuera – Sering di malukan di khalayak ramai, sampai tahap diludah pun masih nak bersama. Tak terasa ke mntal dan emosi puan dikacau oleh suami sendiri. Tak boleh tengok puan berehat kat rumah, suami jenis apa tu. Kita nikah ni nak enjoy, nak berkasih sayang, kongsi masalah dan nak bahagia. Bukan nak mendrita..

Nafkah pun tak dibagi, baik la bujang, dah tentu tentu tak ada yang nak bagi nafkah ke kita kan. Keluar je la dari rumah tu. Buat report dulu. Kalau ada rakaman yang dia buat mcm mcm kt puan lagi bagus. Tak guna bertahan kalau puan menderita. Semoga kuat untuk bangkit dan semoga dipermudahkan urusan.

Siti Fatimah – Saya nasihatkan puan supaya keluar dari perkahwinan ini. Daripada cerita ini, nampaknya suami puan hanya memberi kemudharatan kepada puan. Dah la nafkah tak bagi, kasari isteri pastu malukan isteri pula tu. Apa gunanya simpan suami begini. Puan masih muda ada banyak peluang untuk capai kebahagiaan. Jangan korbankan diri dan masa muda puan dengan hidup bersama suami yang tak layak pun bergelar suami.

Huzainun Abu – Tandanya puan masih sayang kat suami tu.
Jika tidak mesti dah pergi report polis esoknya. Lepas kena mcm mcm bagai nak hilang nyawa dalam kereta tu kan. Masih bertahan hampir 2 tahun. Mybe mntal tak kuat lagi nak keluar dari perkahwinan ni dan masih menaruh harapan pada si suami untuk berubah. Hati manusia nie kan dipegang oleh Allah. Dia berkuasa boleh dibolak balik hati si suami tu.
doalah padaNYA.

Amalan simple tapi berkesan, rajin rajin la sedekah bacaan fatihah kat suami dan diri sendiri. Satu hari nantui dia berubah dah mula solat baru lah ada anak dengan dia. Bimbang juga dengor tangisan anak kang dibaling pulok anak tu ke dinding.

Itu jika nak bertahan lagi lah. Kalau dah tak mampu bertahan, cari lah peguam syariah untuk mintak nasihat. Sumber – Yasmin (Bukan nama sebenar) via IIUMC. Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di komen. Terima kasih sekali lagi kerana membaca..