Isteri selalu makan hati dengan mertua gara gara semua perbuatannya salah di mata mak mertua. Tak sangka ini yang isteri dia balas walaupun dapat mak mertua macam tu

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Aku teruskan dengan cerita aku. Sempurna… Itu yang aku nampak pada isteri aku. Bohong lah kalau aku kata tiada kurang nya dia tapi itu tak perlu aku ceritakan. Aku MFJ. Sejujurnya aku tak tahu dari mana aku nak kongsikan tapi ini adalah penghargaan aku buat isteri aku Nana.

Nana, anak bongsu dari 6 adik beradik. 2 lelaki dan 4 perempuan. Anak kesayangan ayah dan mak nya pada pandangan aku. Seorang yang tak pernah mengeluh susah, sentiasa ceria dan yang paling aku suka, kelakar. Garang dengan anak anak tapi dalam harimaunya dia, hatinya selembut sutera.

Anak anak memang takut kan dia lebih dari takut kan hantu tapi bonda nya itu lah yang paling diorang sayang. Tak pernah sekali pun Nana tinggalkan anak kecuali semasa tidur di wad sebab gastrik teruk dulu. Sebab itu anak anak aku semua manja dan mendengar kata bonda mereka.

Hasil dari harimaunya Nana anak anak aku semua pandai berdikari, bercakap lemah lembut dan sangat hormat orang tua. Tak pernah sekali pun anak aku tanttrum nak kan mainan, lompat atas sofa rumah orang atau bergduh berebut mainan dengan sepupu sepapat nya.

Itu semua kredit untuk Nana sebab anak anak aku memang 24 jam dengan dia memandangkan aku bekerja. Aku pula, memandangkan aku anak tunggal (abang aku pergi menghadap illahi kerana kejadian 7 tahun yang lepas) semua urusan ibu bapa aku di kampung adalah di bahu aku.

Setiap Sabtu dan Ahad aku akan balik ke kampung untuk menjenguk kedua orang tua aku. Sejak dari awal kahwin sampai sekarang itu lah rutin kami setiap hujung minggu. Sekali pun aku tak pernah dengar Nana mengeluh. Bila aku tanyakan pada Nana jawapan dia cuma “ok je. Rumah mak saya dekat bila bila boleh balik.”

Rumah mertua aku 30 minit perjalanan. Alhamdulillah, mertua dan ipar duai aku semua baik baik dan jenis rapat. Tak pernah lagi semenjak kahwin aku nampak keluarga Nana ni berbalah atau bermasam muka. Semua bermuafakat membuatkan aku sangat selesa dengan keluarga Nana.

Aku tahu, Nana banyak makan hati dengan mak aku. Apa yang Nana buat selalunya salah di mata mak aku tapi Nana seorang yang sangat tenang. Selalu jugak dia mengadu dengan aku tentang mak tapi lepas mengadu dia akan cakap, “saya nak cerita je. Tak makan hati pun dengan mak. Kalau mak saya pun mungkin akan cakap yang sama”.

Sungguh! Aku berbangga dengan separuh jiwaku ini. Pandai memasak, lucu, penyayang, hormat orang tua dan pandai ambil hati. Terima mak mertua dan ayah mertua ku kerana mendidik dia hingga menjadi insan yang sangat sempurna!

Setiap kali aidilfitri pertama aku akan balik ke kampung aku. Bahkan 3 hari sebelum aidilfitri kami dah sampai di kampung. Selepas raya ketiga baru kami akan beraya belah keluarga Nana.Aku pernah bincangkan hal ini dengan Nana tapi dia sendiri bersetuju untuk raya dahulu di kampung aku. Katanya kesian mak sorang kat kampung dengan ayah yang dah tak sihat. (Ayah aku sudah berumur dan strk sebelah badan).

Setiap kali aidilfitri isteri aku lah yang akan menjadi chef, seboleh mungkin dia tak kan benarkan mak ke dapur sebab takut mak penat. Jadi setiap tahun mak aku akan sebut je apa menu yang nak di masak dan Nana akan masak tanpa gagal. Family mertua aku juga akan datang bertandang setiap kali aidilfitri dan sangat ramah dengan mak dan saudara mara aku.

Baru-baru ini oleh kerana PKP aku diberhentikan kerja. Mujur ada sedikit simpanan lepas lah survive untuk tiga bulan. Aku tersangat lah risau tapi Nana sangat tenang. Nana ajak aku pergi singgah dari warung ke warung dan tanya seandainya boleh tumpangkan kuih muih dan alhamdulillah urusan kami dipermudahkan.

Kadang kadang aku sendiri pelik dengan isteri aku. Dia ni tak pernah ke risau sebab aku sejujurnya tak pernah nampak die kecewa. Selalu ceria je. Bila aku korek cerita dengan ahli keluarga dia baru aku tahu yang dari zaman kolej dulu pun memang dia sangat berdikari.

Kalau tak ada duit belanja tak pernah cakap dengan abang dan kakak dia jadi akak dia yang akan bankin setiap minggu sebab takut dia tak makan. Tenang nya dia buatkan aku pun rasa tenang. Walaupun dah tak ada kerja tetap alhamdulillah rezeki kami masih cukup untuk kegunaan harian, cukup untuk makan pakai dan tempat tinggal kami.

Boleh kata hari hari kuih yang kami letakkan di warung habis dijual dan ada juga tempahan makanan makanan lain. Nana jarang sekali nak makan diluar dan kalau nak makan diluar pun selalunya makanan yang diminta mudah di dapat. Jadi seboleh mungkin aku akan tunaikan setiap permintaan dia.

Dan selama kami kahwin dia tak pernah mintak aku barang kemas. Kata nya tak selesa pakai barang kemas. Yang dia pakai hanya cincin nikah kami saja. Gelang dan perhiasan lain yang aku hadiahkan semua disimpan. Sungguh, isteri aku adalah isteri paling sempurna untuk aku. Sungguh aku bersyukur kerana dikurniakan isteri yang sangat menyenangkan dan menenangkan. Sungguh dia lah anugerah terindah dalam hidup aku.

Untuk isteriku, terima kasih atas pengrbananmu, atas kasih sayang mu, atas segala usaha yang kau lakukan untuk keluarga kecil kita. Saya tahu saya bukan suami yang baik tapi dengan adanya awak saya rasa sempurna. Terima kasih. Ailebiu.

Komen warganet.

Untungnya, jaga lah dgn baik, jgn buat dia kecewa dgn ketidakmatangan suami dlm berfikir Dan bertindak. Tp kamu seorg yg tahu menghargai Dan menilai kebaikan isteri. Alhamdulillah.. ini sebenarnya analogi syurga isteri itu di bawah telapak kaki suami..

isteri sentiasa tenang dan senang bersama suami.. bukan maksud khasnya syurga itu betul2 bawah telapak kaki suami untuk kau tunduk walau suami dari nerka.. keep it up bro.. isteri seperti nana bukan senang nak carik.. jaga elok2.

Isteri yg baik utk suami yg baik..sme2 slg berkasih syg krn Allah..boleh follow ustaz ebit lew,sgt mnyenangkn hti,sntiasa mghrgai istri..plg ske bila dia sntiasa igtkn kte tntang khidmat suami n istri. Alhamdulillah …hargailah ia dgn kasih syg perempuan ni x mintk bnyk ..asal sj x di sia2 kan….tahniah. Nice bro..aku doakn hubungan korg kekal ke jannah..dan teruskn menghargai wife ko smpi ke hujung nywa.

– MFJ (Bukan nama sebenar) via IIUM.

Adik Ipar Cun Habis Tapi Terkedu Isteri Terjumpa Sesuatu Dalam Bilik Dia. Rupa Rupanya Bila Ibu Datang Pun Adik Ipar Buat Ibu Macam Tu.

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Lpas grad, adik ipar dduk skali walaupun berat hati aku nak bagi. Dah lama dduk sini, aku pelik dah sebulan dia tak basuh baju. Kebetulan haritu adik ipar aku keluar dengan boyfriend dia. Okay. Aku bukak pintu bilik dia. Astaghfirullahalazim. Tak percaya apa yg aku nmpak.

Aku Hana. Awal 30-an. Dan dah berkahwin. Aku tahu akan ramai yang triggered apa yang aku akan tulis ni. Aku tak tujukan dekat semua anak dara perempuan. Kalau kau terasa. Maknanya kau buat lah tu. Yang rajin takpa. Kau duduk diam-diam. Kot yang pemalas kerja nak cantik 24 jam tu.

Meh sini baca. Akak nak sekolahkan kau sikit. Buat suami aku, aku minta maaf bukan niat nak burukkan adik ipar sendiri. Tapi aku dah lama tahan. Kalau adik ipar aku baca atau terasa. Dik, akak cuma nak nasihatkan kau. Berubahlah. Sebab nanti kau yang menyesal di kemudian hari.

Macam ni, aku lepas kahwin duduk rumah sendiri lah dengan suami aku. Then, elok kami hidup berdua. Start tahun lepas betul-betul lepas adik ipar aku graduated. Dia dapat kerja. Dia kerja, kerja punya kerja. Dia berhenti. Alasan gaji 2500 kerja sampai jam 11 malam.

Aku malas nak mention nama company dia kerja. Tiap hari suami aku cerita kesianlah dekat adik dia penat kerja. Aku pun kesian jugak dekat adik ipar aku masa ni. Yelah dengan keselamatan lagi kan seorang perempuan balik tengah malam.

Untuk pengetahuan korang, laki aku ni dua beradik je dengan adik dia ni. Jadi kau fahamlah kasih sayang tu macam mana. And family mertua aku pulak stay dekat area pinggir bandar. Adik ipar aku ni ulang alik pergi kerja naik kereta. By the way, aku pun kerja.

Macam kebanyakan orang lain 8-5 petang. Okay aku faham setiap kerja ada susah dan senang masing-masing. Its up to yourself untuk kau handle macam mana nak kerja dengan baik. Lagilah zaman sekarang ni nak cari kerja bukan senang.

Nak jadi cerita bulan 12 tahun lepas, suami aku bagitahu. Adik dia nak tumpang duduk rumah sementara nak cari kerja. Aku mula-mula berat hati nak setuju. Sebab aku rasa tak ada kekangan pun untuk adik dia cari kerja walaupun dia duduk rumah mertua.

Seminggu jugak lah aku fikir banyak kali nak bagi ke tidak. End up aku setuju. Jadi bermulalah kehidupan aku bersama adik ipar yang cantik tapi ‘rajin’ ni. Bulan pertama so far so good. Dia tolong basuh pinggan. Kalau aku dengan suami aku pergi kerja dia kemaskan rumah. Aku bahagia betul.

Jadi aku balik just terus masak makan malam je untuk kitorang. Tapi aku ada satu benda yang pelik. Adik ipar aku ni tak pernah nampak dia basuh baju dia. Aku pun tak dan nak check bilik yang dia tidur (dia tumpang salah satu bilik rumah kami).

Dan rezeki aku pulak pregnant 3 bulan. Aku adalah mc 2 hari sebab tak larat sangat masa tu. Kebetulan haritu adik ipar aku keluar dengan boyfriend dia. Okay. Aku bukak pintu bilik dia. Astaghfirullahalazim. Aku terus l0ya. Nak termuntah.

Bilik dia kain baju bertimbun (aku syak dah sebulan dia duduk itulah agaknya baju dia). Aku tak tahu dah mana satu baju bersih, mana satu baju k0tor. Plastik mc donald penuh bersepah sampai dah terkeluar dari plastik. Bau bilik ? Kau faham sendiri.

Aku pun angkutlah satu-satu baju masuk bakul dan basuh. Dia balik rumah. Kau tahu dia cakap apa ? Thank you kak tolong basuhkan baju. Sejak dari itu, kemenjadian menjadi anak raja tu terserap dalam diri dia. Dia akan letak je baju kotor dia dalam bakul baju kotor. Then blah.

Dia sekarang pandai dah, pinggan tak basuh lepas makan. Nak harapkan hidang makanan? Kirim salam. Dia hanya terperap dekat bilik. Lepas aku dah siap masak. Laki aku macam butler ketuk pintu bilik panggil dia turun makan. Sekarang kalau aku balik rumah pun.

Tak macam dulu dah. Kalau aku pagi tak sempat kemas rumah. Petang aku balik macam tu jugak lah keadaan rumah aku tu. Kadang-kadang baju dalam bakul aku tak sempat sidai. Sampai ke waktu petang lah baju tu berkepam dalam bakul sampai hilang dah bau wangi.

Ada satu masa, mak mertua aku datang rumah. Mak mertua aku yang sidaikan baju adik ipar aku. Jadi kau faham tak maksud dia apa? Aku stres. Aku marah. Aku geram. Dengan aku yang mengandung ni lah gilir-gilir dengan laki aku buat kerja rumah sekarang ni.

Adik ipar aku? Layan instgram, kononnya cari kerja. Layan youtube. Tidur, keluar makan dengan boyfriend. Begitulah rutin dia tiap hari. Aku suarakan benda ni dekat suami aku. Dia kata nanti dia tegur. Nanti? Sampai bila? Sampai aku dah beranak ke? Kenapa aku tulis ni hari ni?

Sebab aku dapat tahu suami aku kata adik ipar aku suarakan hasrat untuk berkahwin. Oh tidak. No no no. Kau nak cakap aku jealous? Tidak sama sekali. Aku cuma nak pesan terutamanya adik ipar aku dan juga anak-anak perempuan lain kat luar sana.

Kau nak cantik ? Boleh. Asalkan jangan pemalas dan jangan jadi peng0tor. Bersiap bukan main lawa kalau keluar dengan kawan. Depan orang bolehlah fakke konon pembersih. Kau tak perlukan pun sampai jadi OCD untuk jadi pembersih. Kau ingat dengan muka cantik suami kau kenyang.

Jangan sampai suami kau pegang title ‘makan luar’tiap hari. Rajinkanlah bangun pagi. Belajar masak. Belajar uruskan rumah. Aku seriau tengok golongan yang konon jadi pujaan orang ramai ni cantik kat luar padahal silap-silap seluar dalam dengan bra pun kau tak basuh.

Belajar-belajarlah kemas bilik sendiri. Macam mana kau nak kahwin kalau hal diri sendiri pun tak endah? Belajar tinggi-tinggi, muka cantik tapi pmalas. Kalau kau cakap lepas kahwin nanti belajar lah semua tu. Kau yakin? Belajarlah jadi rajin anak perempuan zaman sekarang.

Ya. Aku pun cakap dekat diri sendiri juga ni. Sebagaimana aku tak suka orang pemalas dan peng0tor. Aku pun kena buat benda yang aku cakapkan. Tolonglah. Cakap pandai. Buat nya tak. Sekian… Dah baca habis? Jom like page