Isteri suka sangat layan Korea sampai terabai suami. Sampai satu hari suami nekad halau isteri dan ini respon mengejut dari ibu lepas dia mengadu kat ibu sendiri

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku pinjam FB kawan aku. Tak tahu nak cerita dengan siapa. Segan memang segan, tapi tak apalah. Aku percaya dengan kawan aku ni. Macam ni min. Aku baru kena halau dengan suami aku. Suami aku ni memang baik dan rajin pula tu.Aku dah kahwin enam tahun dan dikurniakan anak seorang. Aku ni memang penggemar tegar drama Korea. Dua hari lepas laki aku yang tak pernah-pernah marah, siap bling remote tv kat aku. Nasib baik aku mengelak, selamat.

Dia marah, cakap aku abaikan dia. Selalu sangat tengok drama Korea sampai jam 2-3 pagi dan dia cakap aku pemalas. Dah tu, aku selepas balik kerja, drama Korea itulah hiburan aku pun. Rumah semua suami aku yang tolong kemas dan settlekan.Bukan aku tak tolong langsung. Kadang-kadang dia nak mi maggi, aku buatkan. Dia nak air, aku ambilkan. Cuma kalau aku nak tengok drama Korea, memang mood aku kena layan betul-betul sebab itu dah memang kesukaan aku.

Sekarang ni suami aku bagi masa suruh balik rumah mak aku dan pilih antara dia atau drama Korea. Aku cerita hal ini kat mak aku. Mak l3mpng aku sekuat-kuat hati. Mestilah aku nakkan suami aku. Suami aku baik.
Minta nasihat bawang rangers, apa aku nak buat dan dalam pada masa yang sama, aku tak boleh tinggalkan drama Korea.Sumber: Kisah Rumah Tangga

Bini Tengah Tahan Sakit Suami Selamba Je Boleh Makan Luar. Akhirnya Isteri Nekad Untuk Paksa Suami Svmpah Atas Nama Ank Smbil Pegang Perut. Tak Sangka Pagi Esok Tu Kebenaran Memang Menyakitkan.

Assalamualaikum semua Tolong hide nama saya. Saya hanya ingin meluah dan berkongsi. Saya ingin isteri isteri diluar sana untuk beringat dan amiklah pengajaran dari kisah saya. Saya dan suami kenal sejak dari zaman persekolahan lagi.Kami bercinta hampir 8 tahun. Kemudian kami bernikah. Siapa yang tak bahagia kan jika jodoh perkenalan kekal hingga ke jinjang pelamin. Dikurniakan rezeki awal, saya bnting pelamin. Makin bertambahlah seri bahagia kami.

Pada usia kandungan 5 bulan, Allah turunkan dugaan. Saya menghidapi appendicitis dan perlu jalani operasi. Suami menemani saya selepas operasi. Semasa cuti sakit, saya sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami saya. Cepat marah, kurang sabar, ambil tak endah tentang saya. Suami dulunya saya seorang yang baik sebenarnya. Solat tak tinggal, imamkan saya, beri tazkirah selepas solat, alhamdulillah.

Tapi dia lupa, Allah itu ada. Tak disangka sangka, Allah tunjuk petanda. Di FB suami, ada wanita yang tidak saya kenali. Saya stalk FB wanita tersebut. Terkejutnya saya, status nya semua mengenai rindu dendam pada suami saya. Hati isteri mana yang tak hancur luluh.

Suami menafikan semua dan kata ada orang ingin hncurkan kebahagiaan rumahtangga kami. Dia kata mungkin salah seorang bekas kekasihnya. Sebagai isteri, saya percaya kata katanya. Tapi dia lupa, Allah itu ada. Ketika itu kandungan saya 7 bulan, lebih mengharukan suami saya sampai bersmpah itu ini. Dan secara tiba tiba dia kembali romantik seperti dulu.

Tapi dia lupa, Allah itu ada. Satu malam, saya terbuka hati untuk check hp suami. Inbox-clear. Sent item-clear. Draft – ……1 msg untuk seseorang. Yang membuktikan mereka ada hubungan. Lagi sekali, hancur luluh hati saya. Saat itu jugak saya tanya suami. Dia diam dan ingin mula solat. Saya paksa dia mengaku. Pada mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya. Dan pernah keluar bersama.

Ya Allah. Terduduk saya semasa mendengar pengakuan. Menangis, mengongoi, macam org tak betul. Ya, macam org tak betul.. Tapi dia lupa, Allah itu ada. Dia ingat saya keluar untuk pergi kerja pada malam itu. Tapi tidak, saya terus ke rumah rakan.

Tanpa ditahan hati saya meluah segalanya. Saya rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua. Dan kami kembali ke rumah saya untuk ambil pakaian. Sampai disana, kereta suami tiada. Tahulah saya dia keluar berjumpa perempuan tersebut. Malam itu juga saya balik ke rumah mertua. Saya cerita kan semuanya. (suami belum pulang ketika itu tapi tahu saya di rumah mertua).

Suami call saya dan cakap dia jumpa perempuan tu sebab nak settlekan hal mereka. Saya dah tak ambil pusing. Mertua pula pujuk saya supaya tak cerita pada ibu bapa saya. saya akur. Suami pulang pada hampir jam 11 malam.Saya dan rakan tunggu di dalam kereta. Suami sampai je terus masuk kereta saya dan terangkan bahawa perempuan tu yang sukakan dia. Dia mengaku berkawan dengan perempuan tu, keluar karaoke, dan mula mengaku bahawa perempuan tu bukan lah bekas kekasihnya. Tapi janda anak 4!

Ya Allah, kami baru saja 25 tahun!! Dan katanya, hubungan mereka hanya sekadar kawan. Katanya, dia cuba tinggalkan perempuan tu, tapi tak boleh sebab perempuan tu akan uggut dia untuk beritahu saya rahsia mereka. Bila saya tanya kenapa tak terus terang, dia bagi alasan sebab takut saya marah. Ya Allah, macamlah saya tak marah ketika ini.. Saya tak puas ati, saya suruh dia bersumpah sambil pegang perut saya atas nama anak.

Suami pada mulanya tak setuju. Tapi tetap buat dalam keadaan terpaksa. Kemudian, kami pulang dan saya mendiamkan diri. Saya masih terasa ada sesuatu yang suami sembunyikan. Betul, suami saya lupa.. Allah itu ada. Pada subuh hari, saya kejut suami. Saya tanya elok elok. Saya suruh dia terus terang dan ceritakan segala galanyanya pada saya supaya perempuan itu tak tambah cerita, tak buat fttnah, tak uggut dia lagi.

Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. Mereka sudah terlnjur. Bila ditanya berapa kali, sudah 3 kali. Allah, berat sungguh dugaanMu. Bayangkanlah, saya sedang mengandungkn anaknya 7 bulan! Ketika itu, saya diam. Setitik air mata pon tiada. Saya pandang kosong suami saya. Saya rasa cinta saya yang 8 tahun itu telah tiada. Saya diam sejenak. Suami pula menanti jawapan. Dia menangis, saya biarkan.

Baru menyesal mungkin? saya pelok suami saya, saya bisik di telinganya. “Abang bertaubatlah, solat taubat banyak banyak. Saya maafkan abang. Dan saya tiada dndam dalam hati”. Suami pandang saya sambil menangis teresak esak dan bertanya adakah saya masih terima dia lagi. Dan saya hanya mengangguk.

Dia menangis sambil memelok saya, ciom saya. Saya terus bangun dan berwuduk. Ketika solat lah baru air mata saya jatuh. Pada Allah saya mengadu betapa hancur berkecainya hati saya ketika mendengar pengakuan itu.

Hati saya tak tenang. Saya baca surah Ar Rahman. Tersedu sedu, sebak yang tak tahu nak dicakapkan. Suami yang melihat turut menangis. Dia tak sanggup tengok keadaan saya. Dia call ibunya dan berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta untuk bercakap dan saya.

Saya tak mampu untuk berkata kata ketika itu. Saya hanya menangis dan menangis. Suami cerita, dia tak tahu kenapa dia boleh berubah sebegitu sekali. Saya tanya apa yang kurang pada saya, dia kata tiada apa yang kurang. Saya ada rupa, 1000 kali lebih cantik pada janda tersebut. Saya solat, saya taat pada suami. Saya bekerja, saya dah bagi dia anak. Saya tutup aurat. Ape lagi??

Suami kata dia macam lupa diri. Dia tak tahu kenapa dia bdoh macam tu. Dia menyesal dan ingin lari dari perempuan itu tapi perempuan itu uggut untuk beritahu dosa mereka pada saya. Sebab tu dia terpaksa stay berhubung untuk tutup mulut perempuan tersebut.

Memang sakitnya ya Allahhh. Dia saja yang tahu. Saya hanya bertahan untuk sekejap. Kemudian saya tak boleh lupa dan mula rasa ingin marah. Saya minta untuk berisah pada suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.

Tapi suami tak nak. Dia kata pergi hidup balik pun dia tetap tak kan lepaskan saya. Pada saat itu saya kerap menangis. Tambahan pula perempuan tu mengamok ngamok pada suami dan saya. Habis dia cerita semua yang saya tak tahu. Yang amat menyakitkan.

Perempuan tu hantar msg pada saya dan menyuruh suami saya hubungi dia. (Suami dah patahkan simcard). Saya balas msg dia dan nyatakan tiada apa yang belum selesai. Saya dan suami saya baik baik saja. Pastu, dia balas dan kata tahniah kepada saya kerana bersuamikan dia. Perempuan tu kata lagi, pastikan suami saya tak cari dia seperti mana suami saya mencari dia ketika saya melakukan operasi dulu.

Ya tuhan, ketika aku bertarung nywa penykit, suamiku menduakan. Sedih dan pilu hati ni taktahu nak khabarkan macam mana. Tapi Allah kan ada. Siapa la yang tak marah. Memang saya marah. Tapi saya belajar untuk memaafkan dan melupakan.

Saya minta suami untuk menghargai pengorbanan saya. Saya minta untuk dia tak lupa Allah tu ada. Macam macam suami tipu, tapi Allah bantu saya beri petunjuk. Alhamdulillah, kami kekal sampai sekarang. Anak saya pun telah selamat lahir.

Kami cuba untuk lupakan segalanya. Kami buka buku baru. Suami pun dah berubah. Sebab dia tahu, tiada lagi peluang jika sejarah berulang. jika berulang lagi, sememangnya tiada maaf bagimu. Saya ada gaji sendiri, saya ada rupa, saya ada anak dah dan saya ada Allah. apa ade hal?

Mungkin ramai yang kata saya bdoh sebab saya bagi peluang. Tapi bagi saya, lagi bdoh jika saya meruntuhkan masjid sendiri. Saya yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah kenapa saya diduga sebegitu rupa, mungkin isteri isteri di luar sana akan ambil jalan pisah. Mungkin, ada yang balas dndam. Sabar sahabat sahabatku, Allah itu ada. Kita kena percaya qada dan qadar. Kuat lah, bangkitlah, tunjuk pada dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia. Yakinlah ALLAH ITU ADA.SUMBer – keluargabahagia

Wanita Ini Selalu Terasa Hati Dengan Mertua Hanya Kerana Segala Gerak Geri Diperhatikan Oleh Mertua. Mengejutkan Apa Yang Dia Balas Pada Suami Memang Buat Suami Terduduk.

Isteri selalu makan hati dengan mertua gara gara apa yang isteri buat semua salah di mata mertua. Tak sangka apa yang isteri balas pada suami memang mengejutkan.Sempurna… Itu yang aku nampak pada isteri aku. Tipu kalau aku kata tiada kurang nya dia tapi itu tak perlu aku ceritakan. Aku MFJ. Sejujurnya aku tak tahu dari mana aku nak kongsikan tapi ini adalah penghargaan aku buat isteri aku Nana.

Nana, anak bongsu dari 6 adik beradik. 2 lelaki dan 4 perempuan. Anak kesayangan ayah dan mak nya pada pandangan aku. Seorang yang tak pernah mengeluh susah, sentiasa ceria dan yang paling aku suka, kelakar. Garang dengan anak anak tapi dalam harimaunya dia, hatinya selembut sutera.

Anak anak memang takut kan dia lebih dari takut kan hantu tapi bonda nya itu lah yang paling diorang sayang. Tak pernah sekali pun Nana tinggalkan anak kecuali semasa tidur di wad sebab gastrik teruk dulu. Sebab itu anak anak aku semua manja dan mendengar kata bonda mereka.

Hasil dari harimaunya Nana anak anak aku semua pandai berdikari, bercakap lemah lembut dan sangat hormat orang tua. Tak pernah sekali pun anak aku tanttrum nak kan mainan, lompat atas sofa rumah orang atau bergduh berebut mainan dengan sepupu sepapat nya.

Itu semua kredit untuk Nana sebab anak anak aku memang 24 jam dengan dia memandangkan aku bekerja. Aku pula, memandangkan aku anak tunggal (abang aku pergi menghadap illahi kerana kejadian 7 tahun yang lepas) semua urusan ibu bapa aku di kampung adalah di bahu aku.

Setiap Sabtu dan Ahad aku akan balik ke kampung untuk menjenguk kedua orang tua aku. Sejak dari awal kahwin sampai sekarang itu lah rutin kami setiap hujung minggu. Sekali pun aku tak pernah dengar Nana mengeluh. Bila aku tanyakan pada Nana jawapan dia cuma “ok je. Rumah mak saya dekat bila bila boleh balik.”

Rumah mertua aku 30 minit perjalanan. Alhamdulillah, mertua dan ipar duai aku semua baik baik dan jenis rapat. Tak pernah lagi semenjak kahwin aku nampak keluarga Nana ni bergduh atau bermasam muka. Semua bermuafakat membuatkan aku sangat selesa dengan keluarga Nana.

Aku tahu, Nana banyak makan hati dengan mak aku. Apa yang Nana buat selalunya salah di mata mak aku tapi Nana seorang yang sangat tenang. Selalu jugak dia mengadu dengan aku tentang mak tapi lepas mengadu dia akan cakap, “saya nak cerita je. Tak makan hati pun dengan mak. Kalau mak saya pun mungkin akan cakap yang sama”.

Sungguh! Aku berbangga dengan separuh jiwaku ini. Pandai memasak, lucu, penyayang, hormat orang tua dan pandai ambil hati. Terima mak mertua dan ayah mertua ku kerana mendidik dia hingga menjadi insan yang sangat sempurna!

Setiap kali aidilfitri pertama aku akan balik ke kampung aku. Bahkan 3 hari sebelum aidilfitri kami dah sampai di kampung. Selepas raya ketiga baru kami akan beraya belah keluarga Nana.Aku pernah bincangkan hal ini dengan Nana tapi dia sendiri bersetuju untuk raya dahulu di kampung aku. Katanya kesian mak sorang kat kampung dengan ayah yang dah tak sihat. (Ayah aku sudah berumur dan strk sebelah badan).

Setiap kali aidilfitri isteri aku lah yang akan menjadi chef, seboleh mungkin dia tak kan benarkan mak ke dapur sebab takut mak penat. Jadi setiap tahun mak aku akan sebut je apa menu yang nak di masak dan Nana akan masak tanpa gagal. Family mertua aku juga akan datang bertandang setiap kali aidilfitri dan sangat ramah dengan mak dan saudara mara aku.

Baru-baru ini oleh kerana PKP aku diberhentikan kerja. Mujur ada sedikit simpanan lepas lah survive untuk tiga bulan. Aku tersangat lah risau tapi Nana sangat tenang. Nana ajak aku pergi singgah dari warung ke warung dan tanya seandainya boleh tumpangkan kuih muih dan alhamdulillah urusan kami dipermudahkan.

Kadang kadang aku sendiri pelik dengan isteri aku. Dia ni tak pernah ke risau sebab aku sejujurnya tak pernah nampak die kecewa. Selalu ceria je. Bila aku korek cerita dengan ahli keluarga dia baru aku tahu yang dari zaman kolej dulu pun memang dia sangat berdikari.

Kalau tak ada duit belanja tak pernah cakap dengan abang dan kakak dia jadi akak dia yang akan bankin setiap minggu sebab takut dia tak makan. Tenang nya dia buatkan aku pun rasa tenang. Walaupun dah tak ada kerja tetap alhamdulillah rezeki kami masih cukup untuk kegunaan harian, cukup untuk makan pakai dan tempat tinggal kami.

Boleh kata hari hari kuih yang kami letakkan di warung habis dijual dan ada juga tempahan makanan makanan lain. Nana jarang sekali nak makan diluar dan kalau nak makan diluar pun selalunya makanan yang diminta mudah di dapat. Jadi seboleh mungkin aku akan tunaikan setiap permintaan dia.

Dan selama kami kahwin dia tak pernah mintak aku barang kemas. Kata nya tak selesa pakai barang kemas. Yang dia pakai hanya cincin nikah kami saja. Gelang dan perhiasan lain yang aku hadiahkan semua disimpan. Sungguh, isteri aku adalah isteri paling sempurna untuk aku. Sungguh aku bersyukur kerana dikurniakan isteri yang sangat menyenangkan dan menenangkan. Sungguh dia lah anugerah terindah dalam hidup aku.

Untuk isteriku, terima kasih atas pengorbananmu, atas kasih sayang mu, atas segala usaha yang kau lakukan untuk keluarga kecil kita. Saya tahu saya bukan suami yang baik tapi dengan adanya awak saya rasa sempurna. Terima kasih. Ailebiu.

Komen warganet.

Untungnya, jaga lah dgn baik, jgn buat dia kecewa dgn ketidakmatangan suami dlm berfikir Dan bertindak. Tp kamu seorg yg tahu menghargai Dan menilai kebaikan isteri. Alhamdulillah.. ini sebenarnya analogi syurga isteri itu di bawah telapak kaki suami..

isteri sentiasa tenang dan senang bersama suami.. bukan maksud khasnya syurga itu betul2 bawah telapak kaki suami untuk kau tunduk walau suami dari nerka.. keep it up bro.. isteri seperti nana bukan senang nak carik.. jaga elok2.

Isteri yg baik utk suami yg baik..sme2 slg berkasih syg krn Allah..boleh follow ustaz ebit lew,sgt mnyenangkn hti,sntiasa mghrgai istri..plg ske bila dia sntiasa igtkn kte tntang khidmat suami n istri. Alhamdulillah …hargailah ia dgn kasih syg perempuan ni x mintk bnyk ..asal sj x di sia2 kan….tahniah. Nice bro..aku doakn hubungan korg kekal ke jannah..dan teruskn menghargai wife ko smpi ke hujung nywa.– MFJ (Bukan nama sebenar) via IIUM.