Isteri tak boleh tahan sebab suami punya layanan tak memuaskan. Mengejutkan 1 hari tu tiba tiba suami bagi layannan luar biasa. Terkedu isteri bila suami bagi layanan macam tu.

Kisah Rumah Tangga

Aku ingin cerita kisah hidup ini biar jadi pedoman buat semua dari aku jahil time bujang sehingga lah ke alam perkahwinan.Korang baca lah sampai semoga ini menjadi pedoman buat semua. Memang dulu aku jahil tentang solat. Sebab dari kecil mak bapak aku tak tekankan tentang solat. Aku belajar tentang solat sewaktu di sekolah.

Aku pernah tegur bapak aku, kenapa bapak tak solat? Bapak aku marah aku balik, dia suruh aku pergi solat dulu sebelum mempersoalkan diri dia. Sedihkan? Tapi itu cerita dulu, sekarang bapak dah pulang ke jalan yang benar. Usia yang makin tua mungkin.

Dan aku tak menyimpan rasa marah pada mak bapak aku sebab mereka hanya manusia yang tak sempurna dan mereka dah mengasihani aku, membesarkan aku dari kecil hingga aku besar begini menulis confession. Dan aku melalui rona kehidupan yang tak mudah sejak kecil. Biasalah kehidupan seperti dilambung ombak..lebih-lebih lagi bila tak solat langsung. Solat on off. Solat sebab kawan di opis solat, dah tu pulak solat dihujung waktu Zuhur sebab taknak bersusah payah nak ambil wudhu sampai 2 kali.

Jadi alang-alang dah solat Zuhur dihujung waktu, beberapa minit kemudian masuk waktu Asar. Rasanya rutin sebegini pemandangan biasa di surau-surau di kawasan pejabat. Mudahkan? Aah mudah untuk aku tapi betapa berat sebenarnya hati untuk solat bila dilambat-lambatkan waktu.

Itu lah aku si pendosa. Jahil. Solat sebab taknak jadi orang asing dikalangan Islam. Solat sebab sedang kesusahan. Jahilnya aku..sedih! Tapi, sejak berlaku satu perkara paling ulung dan tak boleh aku lupakan..aku mula sedar yang Allah bila-bila boleh menjemputku dan aku taknak tinggalkan dunia ini begitu sahaja tanpa apa-apa bekalan. Betapa hebatnya kasih sayang Allah memberi aku peluang kedua untuk membaiki diri.

Aku menangis sewaktu pertama kali menunaikan solatku dengan ikhlas. Aku menangis sebab betapa jahilnya aku dulu..aku yang lupa pada Dia. Selama beberapa hari aku berkeadaan begitu bila aku teringat betapa besarnya kuasa Dia aku akan menangis sedih sangat.

Sejak itu memang aku jaga solatku. Masa mula- mula aku istiqamah untuk solat penuh 5 waktu sehari semalam, aku melambatkan waktu solat. Tapi selepas beberapa hari, bila aku merasakan ringannya hati aku untuk solat, aku mula menantikan masuk waktu, dan aku akan solat di awal waktu.

Lama kelamaan, ianya jadi habit, dan betapa nikmat dan manisnya bila solat diawal waktu. Terasa masa seperti panjang dan seolah-olah dah melunaskan tugas yang paling besar dan susah sebelum melunaskan tugas-tugas yang kecil. Pelik, tapi itu lah yang aku rasa.

Dan dalam masa yang sama, aku rasa bersyukur sebab inilah rezeki yang paling nikmat aku pernah terima. Mungkin berkat Al Waqiah yang aku selalu dengar setiap malam sebelum tidur. Mungkin juga sebab sewaktu aku solat on off dulu.

Aku sering berdoa semoga diberi petunjuk oleh Allah, supaya aku dapat menjadi anak yang soleh yang dapat mendoakan kedua mak bapak aku bila mereka diakhirat kelak, surah Al Fatihah dan selawat ke atas Rasullullah dan semua umat Islam pun aku tak pernah lupa baca.

Sebab aku ingat lagi aku pernah baca, selepas solat berdoalah mintak lah apa kepadaNya, jangan sombong. Dan aku mintak, dan andainya memang benar Allah kurniakan aku petunjuk, aku berbesar hati menerimanya dan akan terus istiqamah.

Dan Alhamdullilah aku berkahwin last year, dengan seorang perempuan yg boleh dikatakan perfect la. Cantik dan lemah lembut. Suruh buat apapun, pasti isteri aku akan buat, tak pernah membantah. Semasa awal perkahwinan, aku belum berkerja, isteri aku dah kerja, dia yang support segala perbelanjaan kami berdua, duit gajinya tak cukup, dikeluarkan duit tabung haji dan ASB, keadaan awal perkahwinan agak susah, tetapi Alhamdulillah, selepas aku mula bekerja, kehidupan kami berdua bertambah baik.

Aku ada satu tabiat buruk, iaitu aku selalu dengan phone. Suka scroll2 instagram, facebook, group whatsapps. Lepas kahwin pun, aku bawak tabiat buruk ni ke dalam perkahwinan. Keluar makan main phone, dalam bilik kat rumah main phone, balik kampung main phone. Masa untuk bersembang dengan isteri aku agak terbatas sebab aku selalu dengan phone. Dia asyik termenung tengok aku main phone.

Semua tahu, wanita ni perlukan perhatian. Seorang isteri sangat perlukan perhatian daripada suaminya. Akibat sikap aku yang selalu dengan phone. Lama kelamaan, isteri aku berubah menjadi seorang yang dingin dengan aku. Namun, apa sahaja aku suruh, dia still buat, tapi boleh nampak la dia dingin dengan aku.

Sampailah pada suatu malam, isteri aku meletup, isteri aku meluahkan yang dia tak tahan dengan sikap aku yang selalu main phone, kurang peduli pasal dia. Dia kata dia dah penat-penat buat kerja rumah, at least aku appreciate dia, spend masa dengan dia, bukannya dengan phone, dia kata dia stress, dia perlukan perhatian. Dia kata aku takpela ada ramai kawan kat group whatsapps, dia takde kawan sangat, aku satu-satunya kawan rapat dia selepas kahwin.

Selepas luahan tersebut, isteri aku menangis minta maaf. Dia kata dia dah lama tahan, tapi tak boleh tahan dah dengan sikap aku yang lebihkan phone daripada dia. Terkejut juga aku dengan luahan isteri aku. Tak sangka sikap aku yang main phone ni boleh menyebabkan seorang yang lemah lembut seperti isteri aku meletup.

Selepas luahan isteri aku tu, aku mula berubah. Semasa dengan isteri aku, aku tak main phone dah, kami borak-borak, share kisah di tempat kerja, share mengenai isu semasa dan sebagainya. Alhamdulillah, hubungan kami suami bertambah baik. Apabila aku tengok pasangan lain terutamanya di restoran, seorang suami main phone, isteri juga main phone, macam orang asing. Aku rasa bersyukur isteri aku tegur sikap buruk aku. Alhamdulillah..

Oleh itu, kurangkan atau jangan main phone langsung depan pasangan anda. Hargai dan berilah perhatian kepada mereka. Ramai yang berpisah kerana handphone, berhati-hatilah menggunakannya.Semoga yang terbaik untuk kamu semua. Sebagai kesimpulan,solat perlulah jaga dan awas jika kita menjdi fanatik pada pengunaan handphone.Harap kisah hidup saya dapat dijadikan pengajran kepada semua.

Bini Terkejut Terjumpa Telefon Lain Dlm Boonet Kereta Suami. Bini Cuba Hantar Emoji Sweet Sweet Kt Chat Paling Atas. Tergamam Bini Org Tu Balas Tak Puas Lagi Ke Tadi.

Saya sudah tiga tahun berkawin tiada masalah. Tiba-tiba semalam semasa saya cari barang dalam bonet kereta suami, terjumpa sebijik iPhone. Apabila saya klik iPhone tersebut, ada gambar seorang gadis, saya bawa iPhone tersebut dan tanya suami saya siapa punya ini. Dia kata dia terjumpa dekat bawah kereta semasa dia pergi pulau pinang.

Dia terus ambil dan simpan telefon tersebut, saya jadi runsing, ye la susah nak percaya sebab dalam tu ada satu je nombor telefon. Saya cua telefon nombor tersebut tapi tiadak diangkat. Apabila saya buka galeri ada gambar suami. Yang ini dia kata kawan dia tolong ambilkan. Apa yang saya pelik, bukan ke kalau iPhone hilang tuan punya asal boleh kesan kedudukan iPhone dia.

Sangat keliru apabila nombor yang saya simpan tu ada whatsapp, saya cuba hantar emoji kiss, boleh perempuan tu balas “wah, tak puas lagi ke tadi?’ Terus saya tanya suami saya, suami ambil telefon dan terus keluar tanpa hiraukan saya. Sehingga sekarang suami dah tak balik empat hari. Bila di tanya, dia kata tinggal di rumah mak dia dan saya tanya kenapa buat macam ini, dia kata tak mahu gduh.

Saya kuatkan diri demi anak berusia lima bulan. Doakan saya kuat ya. Saya terkedu dan rasa sedih, macam-macam jamu saya dah makan, tak menyusahkan suami tapi saya macam tidak dihargai. Rujukan kisah rumah tangga

Sementara itu,lain pula kisahnya bilamana Wanita Ini Kongsikan Kisah Dia ‘bercinta’ Bersama Tunang Orang Kerana Geram Suaminya ‘main kayu tiga’ Dengan Isteri Orang?

Salam admin, terima kasih approve dan mohon hide profile saya. Saya bercerita disini untuk minta pandangan kalian. Mungkin penulisan ini sedikit panjang dan harapnya saya dapat jawapan untuk menguraikan kekusutan saya. Saya dan suami berkenalan dari zaman belajar pada tahun 2006.

Saya berumur 19 dan suami 20 ketika itu. Kami berkenalan, bercinta hingga tamat belajar, bekerja dan segala galanya berjalan dengan lancar. Tahun ke 4 kami bercinta, saya dikejutkan dengan satu surat cinta dalam poket seluar suami ketika dia tidur. Saya bertanyakan daripada siapa dan kenapa saya diduakan? Wanita itu satu tempat kerja dan berstatus isteri orang juga ibu kepada dua orang cahayamata.

Alasan yang saya terima, wanita itu cuma tempat meluahkan perasaan dan selalu tolong ketika bekerja. Dan saya dapati wanita itu juga mengalami masalah rumahtangga dengan suaminya. Sungguh saya terduduk, keliru, marah, buntu dan kecewa dan waktu itu saya berfikir saya harus mempertahankan hubungan kami.

Suami dan wanita itu memohon maaf dan saya memaafkan mereka. Mereka berjanji memutuskan hubungan dan berjanji tidak berhubung dan menyakiti hati saya lagi. Tahun 2013 saya dan suami berkahwin. Suami menjaga nafkah zahir dan batin cukup sempurna. Kami bina kehidupan yang serba melengkapi antara satu sama lain.

Selang setahun saya mengandung tapi takdir Allah saya mengandung luar rahim. Ketika saya berehat usai operasi dan suami temankan saya, suami terima mesej dari wanita itu mengucapkan takziah. Saya bertanya berhubung kembalikah dengan wanita itu? Dia menidakkan dan berkata dia tidak tahu apa apa.

Saya cuma berkata saya s@kit ini kerana anak awak, awak fikirlah sendiri. Hal itu saya biarkan berlalu walau s@kit hati. Dua tahun berlalu, Oktober 2015 saya diarahkan pindah tempat kerja baru yang jaraknya lebih kurang 45minit dari rumah kami. Hari pertama sepatutnya saya gembira di tempat baru tetapi saya dikejutkan sekali lagi dengan satu misscall tertera wajah wanita itu di handphone suami.

Maka berbalah besarlah hari itu sehingga suami terlafaz perpisahan. Terjatuhlah talak satu setelah disahkan oleh mahkamah. Kami buntu dan keliru, keesokkan harinya kami rujuk kembali atas dasar mahu tutup aib keluarga walhal kami wajar beri ruang untuk diri sendiri dan redakan keadaan dulu.

Allah peritnya bila diingat kembali. Hari ke hari walaupun kami sudah sah sebagai suami isteri kembali tetapi hati kami masih bergolak dengan perasaan. Hubungan terasa hambar. Saya seolah tidak mampu menerima kejadian yang berlaku, suami juga mungkin belum mampu melupakan wanita itu.

Akhirnya, saya memilih membuka mulut dengan keluarga terutama mak (tetapi sehigga hari ini mak tidak tahu kami pernah berpisah). Mak terlalu marah, saya ambil keputusan untuk menjarakkan diri seketika dengan suami. Saya duduk sementara di rumah mak untuk beri ruang bertenang.

Dalam masa yang sama kami juga sepakat untuk berpisah kali kedua tetapi secara baik. Suami terpaksa setuju. Dokumen telah disiapkan hanya menunggu waktu ke mahkamah. Hingga suatu hari saya berkenalan dengan seorang lelaki saya namakan A.

A lelaki tunangan orang. Boleh dikatakan lebih standard daripada suami. Mampu serba serbi. Tetapi bukan itu yang saya pandang. Dia hadir ketika saya cuba merawat hati. Memberikan senyuman, ketawa dan kata kata semangat hingga dia sanggup menunggu saya berpisah dengan suami. Hingga akhirnya kami juga terkulai layu.

Besarnya dosa saya sedangkan saya masih isteri orang. Satu ketika saya dikhabarkan oleh seseorang, suami bawa wanita itu pulang ke rumah ketika saya tiada dirumah. Saya kuatkan semangat untuk bertanya suami sendiri. Akhirnya suami mengaku mereka sudah terlanjur 2x dirumah kami sewaktu kami cuba memberi ruang antara satu sama lain untuk meredakan keadaan tetapi sebaliknya yang terjadi.

Allah hancurnya hati, pedihnya tak terkata tetapi saya cuba bertenang. Ini ujian maha hebat yang harus saya lalui. Dalam masa yang sama, hubungan saya dengan A juga dapat dihidu oleh suami.Malam itu kami sama sama menangis mengenangkan hubungan kami yang terlalu meruncing ibarat telur dihujung tanduk.

Suami memohon maaf merayu untuk saya kembali tetapi hati sudah terlalu lebur dengan maaf mereka. Bukan kerana A, tetapi terlalu muak dengan janji palsu mereka. Saya cekalkan hati menerima suami kembali walau hakikatnya saya sudah tiada rasa apa apa. Hari berganti hari, kami cuba harmonikan rumahtangga kami.

Saya cuba memberikan kepercayaan kepada suami walaupun saya tahu saya hanya menipu diri sendiri. A masih wujud dalam hidup saya tetapi sedaya upaya saya melarikan diri darinya kerana sedar saya masih isteri orang dan dia tunangan orang. A masih tidak mahu melepaskan saya hingga ke hari ini.

Disember 2016, Allah tunjukkan lagi sekali bahawa suami tidak mengotakan janjinya. Masih berhubung dengan wanita itu. Dan berita baiknya adalah wanita itu sah berpisah dengan suaminya. Syukur, itu yang memang saya nantikan. Saya berbincang dengan suami, saya izinkan mereka berkahwin dengan syarat lepaskan saya secara baik.

Saya sudah tidak mahu terlibat dengan semua ini. Terlalu lelah untuk melihat drama mereka. Suami berhabis habisan tidak mahu sehingga saya katakan sampai bilakah kamu harus menduakan dibelakangku sedangkan aku sudah izinkan kamu pergi? Suami hanya berkata aku masih sayangkan kamu seperti dulu dan aku tidak akan melepaskan kamu pergi kecuali aku pergi buat selamanya.

Baru baru ini saya dapatkan khidmat nasihat oleh pejabat agama tentang gangguan orang ketiga dalam rumahtangga. Bukti bukti yang saya ada belum cukup untuk mend@kwa wanita itu kemuka pengadilan dan saya dinasihatkan untuk menjalani sesi kaunseling dahulu.

Jika masih berlarutan, mereka akan buka kes dan dalam masa yang sama mereka minta saya dapatkan bukti bukti lain agar saya dapat d@kwa wanita itu dengan akta kesalahan syariah. Hari ini saya dan suami cuba menjalani kehidupan seperti biasa. Walau saya tahu mungkin suami akan berhubung dengan wanita itu ketika waktu kerja.

Hingga saat ini juga, kadang kadang ada saya suarakan dengan memujuk suami untuk melepaskan saya tetapi jawapannya tetap tidak. Saya keliru wajarkah saya melangkah keluar dari rumah kami? Saya tidak mahu disabitkan isteri nusyuz. Jika saya submit permohonan perpisahan, saya yakin suami tidak akan lepaskan saya sedangkan saya mahu gunakan cara fast track iaitu berpisah secara baik tanpa saya ded@hkan sebarang aib.

Saya tidak mahu melalui proses mahkamah yang terlalu panjang jika suami tidak mahu memberikan kerjasama yang baik. Saya tidak nafikan ada kebaikan suami yang menjaga nafkahnya dengan sempurna, sama sama menjaga kehidupan berumahtangga cuma saya terlalu penat untuk melihat sandiwara mereka.

Apa yang saya boleh rumuskan di sini ialah suami kekeliruan antara saya dan wanita itu. Mungkin suami tidak mampu melupakan wanita itu dan dalam masa yang sama tidak mahu kehilangan saya yang menjadi tunjang hidupnya selama ini. Oh buat pengetahuan kalian juga, kami sedang menjalani proses dalam usaha mendapatkan zuriat di h0spital.

Suami memang memberikan 100% komitmen sepenuhnya dalam usaha itu. Saya sudah lakukan yang terbaik sepanjang 10tahun kami bersama tetapi hari ini saya meredhakan segala galanya jika ianya berakhir. Saya cuma mahu meleraikan ikatan ini tanpa bermusuhan dengan suami. Apa yang saya harus lakukan kalian? Maaf jika coretan ini terlalu panjang. Mohon kalian berikan pandangan yang sewajarnya dan saya sangat mahukan mencari jalan penyelesaian.

sumber kisahdunia via iformasi

Bini Tergamam Tgk Wassap Suami Dgn Adk Kandung Bini Sendiri. Terkejut Bini Suami Sanggup Check In Hotel Dgn Adk Kandung Bini Sendiri Masa Bini Tengah Sakit. Akhirnya Ini Yg Terjadi.

Hide profile saya min. Saya isteri berumur 44 tahun, ada tiga orang anak. Bulan Ogos 2018, saya disahkan menghidap sakit payudara tahap empat. Hidup saya sejak itu keluar masuk hospital saja. Payudara sebelah kanan sudah dibuang. Chemo dah 16 kitaran.

Saya baru saja keluar dari hospital. Sekarang sakit saya dah merebak sampai paru-paru. Doktor bagi balik dengan oksigen dan ubat tahan sakit.  Saya tahu masa saya dah tak lama. Sepanjang duduk di dalam wad, saya dah nampak dah biasanya kanser tahap saya ini paling lama boleh tahan sampai raya ni je. Saya dan keluarga pun dah tandatangan perjanjian dengan doktor hospital untuk tidak selamatkan saya (tak buat CPR atau masuk tibu dalam mulut saya) jika keadaan saya semakin teruk.

Sejak keluar dari hospital, saya perasan suami selalu hilang pada waktu malam. Saya tak tahu berapa lama dah dia jadi begini. Mungkin semenjak dari saya duduk di hospital lagi sebab waktu itu yang jaga saya adalah anak perempuan kami. 

Selepas dua minggu di rumah dan perhatikan perangai dia, saya cakap dengan dia kalau dia nak kahwin dengan perempuan lain, saya benarkan. Cuma jangan kahwin sewaktu saya masih hidup saja dan saya nak tahu juga perempuan mana yang dia kacau itu. 

Dia tidak marah dan tidak juga menafikan. Mungkin dia nampak keadaan saya yang dah uzur. Mungkin dia berasa kasihan untuk bergaduh dengan saya.  Dua hari lepas, saya dapat amek sekejap telefon dia sewaktu dia masuk tandas. Betapa hancurnya hati saya terjumpa mesej ini. Saya cuba menghubungi nombor itu tetapi tidak dijawab. Saya gunakan kad sim anak saya call, barulah berjawab.

Terkejut saya apabila mendengar suara yang menjawab itu adalah suara adik perempuan saya sendiri. Yang lebih menyakinkan dia adalah adik saya apabila saya terdengar suara di belakangnya adalah suara mak saya yang berleter.  Saya terus tamatkan panggilan. Saya terkedu dan tak boleh cakap apa-apa. Adik saya janda muda, baru berumur 28 tahun, model tudung lagi. Mestilah orang berkenan. Tetapi kenapa yang berkenan itu mesti suami saya? 

Kalau saya serbu suami dengan adik, maruah keluarga saya hancur, maruah suami saya depan anak-anak pun habis hancur. Saya mungkin dah tak lama di atas dunia ini. Kalau saya diam, semua orang selamat. Anak saya takkan tahu perangai ayah mereka macam mana. Saya rasa macam nak minta kat Tuhan untuk cabut nyawa saya sekarang! Saya tak mahu susahkan sesiapa dan sudah bersedia untuk pergi. 

Saya nak tanya, kalau tuan puan duduk di tempat saya, tuan puan buat macam mana?

Pelik Lepas Nikah Isteri Berkurung Je Dalam Bilik. Suami Intai Senyap Senyap. Terkejut Suami Tengok Apa Yg Isteri Buat Tiap Malam Atas Kerusi Sendiri.

Tetap hidup berkurung dalam bilik, makan maggie, menganggur pula sampai berbulan-bulan lamanya. Mak pun dah mula bising. Selepas itu, aku nekad mahu berubah, tinggalkan duniawi (game je pun haha!) cari kerja, ubah life style, tak berkurung sangat dan berdoa juga agar mendapat isteri kaki gamer (kononnya!). Aku suruh mak berdoa juga. Haha!

Dapat kerja, aku bagi duit sikit pada mak, ayah dan adik beradik dan buatlah apa yang patut kan. Walaupun ia mengambil masa dalam dua tahun untuk berubah. Dipendekkan cerita, mak berkenan dengan seorang perempuan ini. Aku pun berkenalan dalam WhatsApp dan Facebook saja.

Comel dan lawalah juga orangnya. Dia nampak normal, tetapi bagi aku, macam jenis bosan sikit, tak banyak bercakap, cakap pun sepi-sepi. Entah apa kena dengan perempuan ini. Dipendekkan lagi cerita, kami pun berkahwin sebab masing-masing sudah boleh menerima diri masing-masing. (Menipu sangat!)

Selepas berkahwin, hish! Seganlah. Dia lagi segan kot? Asyik lari masuk bilik dia saja. Lepas itu, malam-malam, masing-masing buat kerja dalam bilik. Aku tak tahu dia buat apa tetapi aku dok berdota dalam bilik. Bosan kot kalau dah isteri pun mengurung dirinya dalam bilik?

Aku pula jenis bengap tak reti berkata-kata, sampailah satu ketika ada masa aku main Dota di depan TV. “Eh? Abang main Dota ke? Nickname abang ####$$$ ek?” tegurnya. Aku terkejut! Dia kata dia main game Dota juga. Rupanya malam kelmarin kami satu party kot main sama. Hahaha!

Tak pernah aku sangka orang rumah aku main Dota gak, satu party pula tu. Rupa-rupanya dia mengurung diri dalam bilik main game juga rupanya. Ceh! Aku ingatkan dia segan dengan aku bagai. Patutlah kadang-kadang terdengar ada jeritan “Noob!!!” di rumah.

Apa-apa pun selepas itu, kami sangat kamcing. Dia pun gamer juga rupanya dan kami pun mula rapat dan banyak topik nak dibualkan. Serius rasa heaven. Hahaha! Saya pun apa lagi, try la nak dapat rampage setiap game, dia punya happy perghh!

“Abang ni Pro la…” She is the best supporter. Haha! Apa-apa pun terima kasihlah pada mak yang mendoakan saya. Doa saya yang bertahun-tahun lepas itu pun Allah makbulkan. Ubah diri kita dulu, barulah perkara yang kita nak itu, datang dok? Haha” – Abang Gamer

SEPERTI KISAH DOTA 2 PELAMIN CINTAKU INI..

Siapa sangka, bermula daripada pertemuan di laman sosial tiga tahun lalu, dua insan yang juga ‘kaki game’ kini bergelar suami isteri. Bermula dengan sapaan ‘Hai, siapa di sini boleh ajar saya main Dota 2?’ membuatkan kehidupan Nurul Zayani Zulkiffli, 24, berubah selepas bertemu cinta hati, Muhammad Faeez Azmi, 29.

Menceritakan saat awal perkenalan, Zayani berkata, dia ingin mencuba bermain Dota 2 kerana tertarik dengan popularitinya. Namun, dia tidak menyangka terdapat begitu banyak maklum balas diterima di laman sosial itu.“Pada mulanya, ramai yang memberi respons tapi saya tertarik dengan jawapan daripada Faeez kerana dia bersungguh-sungguh menerangkan apa itu Dota 2.

Boleh dikatakan saya tak tahu langsung bagaimana permainan ini dimainkan dan hero di dalamnya. “Walaupun saya tanya dia (Faeez) macam-macam soalan, dia tetap sabar melayan kerenah saya. Dari situ kami bertukar nombor telefon dan berjumpa tiga minggu selepas itu,” katanya.

Mula rapat

Menurut Zayani, hubungannya bertambah rapat dengan Faeez selepas mula bermain ‘game’ itu. Bermula dengan hanya sekadar suka-suka, dia mula tertarik dengan permainan itu kerana selalu dibimbing dan mendapat tunjuk ajar daripada suaminya.

“Saya penulis blog. Jadi banyak masa dihabiskan di rumah saja. Saya terfikir daripada tak ada apa nak dibuat, lebih baik main Dota. Main punya main, tak sangka jadi ketagh dan saya tak sabar nak cuba main semua hero terutama ‘support’,” katanya.

Melihat kesungguhan Zayani mendalami hobi barunya itu, Faeez berkata, bibit percintaan bermula apabila dia mula mengajak isterinya ke kafe siber dua tiga kali seminggu. “Saya bekerja syif malam, jadi balik dari rumah terus ajak dia ke kafe siber berdekatan. Di situ saya mengajarnya bermain Dota 2.

Dari ‘ganking’ sampailah ‘positioning’, banyak yang dia belajar dan sentiasa sabar walaupun ramai yang memberi komen sinis. “Bagaimanapun, selepas berkahwin, kami kurang ke kafe siber dan banyak menghabiskan masa bermain Dota 2 di rumah,” katanya.

Ditanya mengenai perkahwinan, Faeez berkata, perkenalan itu tidak lama kerana selepas setahun mengenal hati budi, dia terus melahirkan hasrat menjadikan Zayani sebagai isteri pada Julai 2015. “Apabila kenang kembali, memang kelakar kerana daripada satu post, saya berjaya pikat hati perempuan yang kini tak pernah henti memberi semangat kepada saya.

Dari sudut lain, saya banyak diam dan dia seorang yang suka bercakap, jadi kami melengkapi antara satu sama lain. “Perkahwinan kami juga lain sedikit kerana barang hantaran bukan seperti yang biasa orang buat. Saya membelikannya tetikus, fon kepala dan ‘graphic card’ kerana tahu dia memang minat main ‘game’ serta komputer,” katanya.

Bertolak ansur

Mengenai kerja rumah, kata Zayani, ia tidak menjadi masalah kerana mereka boleh bertolak ansur, tidak seperti yang dikatakan oleh orang sekeliling dan ‘haters’ di laman sosial. “Saya faham dia penat kerja syif malam jadi kerja rumah memang menjadi tanggungjawab saya. Kalau saya masak, dia pula akan basuh pinggan. Kalau saya basuh dan jemur baju, dia angkat. Selepas siap, barulah kami akan main ‘game.

“Ada juga komen sinis di laman sosial mengatakan ‘suami balik rumah buka tudung saji ada CD game’ tapi saya tak pedulikan semua itu. Yang penting, hanya kami faham bagaimana menguruskan hal rumah tangga dan mereka (warganet) hanya buruk sangka semata-mata,” katanya.

Lebih menarik mengenai pasangan ini, mereka juga mempunyai bilik khas yang didekasikan untuk aktiviti ‘gaming’ dan dari situ hubungan mereka menjadi lebih akrab. “Kalau nak diikutkan, suami kerap mengajak saya bermain bersama kawan. Mula-mula saya hanya bermain perlwnn biasa (normal match) tapi lama-lama ingin cabar diri bermain ‘ranked’.

Berkat tunjuk ajar dia, saya dah boleh main tanpanya dan guna hero yang digemari. “Oleh itu, kami ada satu bilik khas untuk main ‘game’ dan memudahkan komunikasi antara kami. Kalau masing-masing tak sibuk, kami ‘membru’ makanan lazat di ibu kota dan isi masa lapang dengan berekreasi dan melancong,” katanya.

Sokongan ibu bapa, teman rapat

Menurutnya, walaupun ada yang tidak bersetuju dengan pilihannya bermain ‘game’, tidak kurang juga yang memberi sokongan kerana memahami minatnya. “Jujur saya katakan, walaupun terdapat banyak komen negatif, ada juga yang memberi sokongan. Ibu, ayah dan kawan rapat tak pernah halang minat saya kerana mereka tahu ia hanya sekadar hobi.

“Lagipun, alhamdulillah dengan kerjaya sekarang sebagai penulis blog, saya boleh buat duit untuk tampung keperluan lain walaupun suami sendiri boleh menampung sepenuhnya,” katanya. Menurutnya, dia dan suami banyak mendapat jemputan ke acara Dota termasuk ke ESL One Genting 2017, baru-baru ini.

“Saya dan suami sangat ‘low profile’ dan banyak menyembunyikan aktiviti harian (main Dota) daripada orang ramai. Tapi sejak tular di laman sosial tahun lalu, kami banyak mendapat jemputan ke acara Dota. “Kami berdua sekarang memang sukakan permainan ini jadi sudah tentunya peluang itu bagai bulan jatuh ke riba. Menonton prlwnan Dota 2 depan mata adalah impian semua peminat permainan ini,” katanya.

Sumber : HMetro & IIUMC