Isteri tak sekolah cina tapi fasih berbahasa Inggeris dan Mandarin. Lepas kahwin dapat suami bukan atas dasar cinta. Akhir sekali tak sangka ini rupanya sebab suami dia berkahwin dengannya

Kisah Rumah Tangga

Salam semua..First of all aku nak cakap yang aku cuba luah apa yang aku rasa dalam hidup aku ni sebab aku rasa aku patut publish kan story macam ni .Ibu , itulah manusia yang sentiasa dekat dengan kita , marah ke , sedih ke , apa pun jadi dia tetap setia . Tapi aku bukan nak cerita pasal definisi mak ke , ibu, atau umi sekali pun. Aku cuma nak share how strong this person can be in our life, relate to my story. Kisah benar dalam hidup aku yg boleh dijadikan pengajran.

Cerita dia mula macam . Ibu aku, dia berasal dari keluarga yang agak berduit , kulit putih , rupa pun ada , cuma mungkin hidup dia murung sikit. Dibesarkan seramai 9 orang adik – beradik dan anak ke-7. Dan hidup dia agak murung pun bermula dari insan yang digelar ” IBU ” .

Okay macam ni , ibu aku dia memang tak pernah ngam dengan nenek aku , tah la kenapa jadi macam tu selalunyaa mak ni jadi yang pertama but not for her. Bermacam dugaan dan rintangan yang dialami. Sampai lah satu masa dia decide untuk keluar rumah dan cari nilai hidup dia di luar. Dia mulakan penghijrahan dia di KL dan dia bekerja.Bermula la penghijrahan hidup baru buku baru ibu masa tu time dekat KL. Ibu time dapat jawatan eksekutif jualan untuk produk kecantikan zaman tu. Rezeki ibu dipermudahkan bekerja di KL.

Well dia agak gifted because she can speak two languages very fluent ( chinese dan english ) ibu aku tak sekolah cina, tu aku cakap dia gifted. So ibu di naikkan pangkat dalam setahun bekerja sebab kebolehan dia tu. Ramai yang kagum dan teruja dgn ibu, tak sampai setahun sudah di naik kan pangkat.

Selepas beberapa puluh tahun dia berhijrah dia balik, tapi sambutan tak ada. Yes tiada sambutan. Kepulangan ibu seperti tidak disukai semua orang. Kau bayangkan , kau balik tapi ? mak kau tak de buat apa apa , ilek seems nothing happen that day . Sumpah sedih :'( , tapi ibu tak.Dia cekal, bukan sahaja mak dia tapi adik-beradik pun sama memperlekehkan ibu, yalah mulut orang kita bukan boleh tutup. Tak terhingga kritikann yang dia dapat, sampai kan adik beradik datang rumah nak solat pun dia boleh mintak mak gune surat khabar ganti sejadah. Tapi takpe. Allah ada, Allah suruh kita sabar lawan semua benda yang mnyesakkan jiwa .

Even aku sendiri pernah tanya nenek aku macam ni…Aku: Nek…., nek tak suka ibu sgt ke?Nenek diam, she had no answer for that, jadi macam mana aku nak tahu apa jadi antara mereka berdua. Ibu pernah cerita nenek aku cakap macam ni dekat dia “kalau aku takde nanti sekali pun, kau jangan balik” dia nangis.

Untuk pengetahuan korang semua, ibu aku memang tak pernah berahsia dengan aku, aku la tempat dia meluahkan perasaaan dia selama berpuluh tahun ni layanan mereka dekat dia, aku hanya mampu mendengar tapi tak berani judge. Aku hanya berdoa supaya hati ibu semakin tabah.Ibu sendiri cerita yang dia dianak tirikan sejak kecil lagi sampai dah tua . Sampailah hari kejadian nenek aku skit tenat , dan semua balik . Masa tu aku darjah 6, tapi tak lah bdoh sangat tak tahu apa jadi. Semua berkumpul dekat ruang tamu rumah nenek.

So aku ingat masa nenek dah tenat , dia tak boleh cakap apa apa , then hanya satu je yang keluar dari mulut dia iaitu ” NAMA IBU AKU “.. ” ROS”. Even hujung hujung nyawa tu dia panggil mak aku , aku syak dia rindukan mak aku.Memang nenek rindukan ibu aku!! Mungkin dia takut nak luah atau ego but the end dia menyerah. Tapi aku tak pernah tak suka nenek, aku sayang nenek even apa yg dia buat kt ibu selama ni. Fullstop untuk cerita nenek aku . Let’s move to another chapter .

Disebalik apa yang jadi tu , terselit lagi memori pahit . Which bila ibu aku kahwin dengan bapak aku . He’s a good man , tapi bukan attitude ( sorry ) .Actually , ibu aku isteri no-2 jadi yaaa . Dia kahwin dengan bapak aku dekat Siam tapi certificate kat Malaysia ada je . Ibu aku cerita yang dia kahwin dengan bapak aku bukan sebab cinta , tapi bapak aku guna-gunakan dia.

Ko rasa sebab apa nk guna guna ibu aku? Sebab mak berasal dari keluarga yg agak berada yg aku mention kt intro td. Mungkin ayah aku ni nk guna ibu sebgai perantaraan untuk ambil semua harta. Korang pon kan maksud keluarga “berada”, maksudnya kaya la tu.

Ayah pandai, bila harta tak dapat diwarisi oleh ibu, cepat2 dia atur planning lain. Planning untuk masa depan keluarga 1 lagi tu. Nnt korang tahu la apa yg ayah aku da buat..Ibu aku kahwin lewat, jadi dapat aku pun lewat. Selepas aku dilahirkan, lingkungan umur dalam 3 tahun, mak aku jatuh skit. Ye dia skit, 6 bulan dalam ICU. Sedih tak ? mak kau skit masa kau kecik lepastu kau macam kurang kasih sayang.

Siapa jaga aku? Nenek aku yang jaga, drah daging dia takkan dia nak buang. Hidup aku agak drita hidup menumpang orang, ye orang tak suka, macam macam lagi sebab kami susah. Act, masa mak aku skit dia dah berpisah dengan bapak aku, lepastu dia skit .

Punca dia skit sebab ( kena buatan ) dapat tahu selepas bapak aku berpiah dengan mak aku. Kenapa bapak aku tak jaga aku ? HAHAHA, aku kena buang, dia hanya tinggalkan RM 15.00 dengan aku kat rumah nenek aku, dan akhirnya bertahun lama dia tinggalkan aku. Sampailah , ibu recover dari sakit dia, dia ibarat lmpuh. Aku ingat lagi, dia terkedek kedek hantar aku pergi tadika, sebab tu aku cakap dia kuat. Dan hari ini dia berdiri teguh sebagai seorang manusia yang dipertahankan hak sendiri.

Alhamdullilah kehidupan kami semakin membaik, ibu ada perniagaan sendiri, aku nampak jth bangun dia nak besarkan aku. Susah senang bersama. Paling tak boleh lupa, bila ibu hanya ada 10 ringgit untuk sara hidup kami dua beranak sebulan :’) can you imagine ?Tapi dia tak pernah berhenti berdoa untuk tabah dan sabar teruskan hidup , walau kata kata negatif penuhi telinga dia tapi mukanya teguh mengukir senyuman  .

Well , bapak aku cari aku masa aku sekolah rendah . Mula – mula aku tak boleh terima , tapi lama lama aku lapangkan hati dan tenangkan jiwa. Aku belajar terima ayah aku, tapi bukan nya mudah unutk aku lupakan apa yang terjadi semasa ibu membesar kn aku tanpa ayah disisi.

Yang aku paham dan nampak sekarang, ayah cuba nak berbaik degan ibu selepas perniagaan yang ibu jalankan semakin maju. Cuma aku pesan dan beringat dekat ibu supaya berhati2. Jangan jadi pisang berbuah berpuluh puluh kali.Allah memang adil , dan aku bersyukur dikurniakan seorang insan yang tabah macam Ibu :’) . Dunia akhirat , aku sayang Ibu :)..Assalamualaikum.. Post Views:  686

Isteri aku sarat ngandung mrajuk pagi ni smbil nangis2,puas aku pujuk tp tak jalan rupa2 nya sbb aku tertidur

Ini kisah aku yg seorang rider biasa, dan juga seorang suami . Semalam isteri aku yang sarat mengandung menangis sebab aku terlelap awal dan guna bantal dia.Biasalah , orang mengandung . Kadang mereka ni tidur 2 jam sahaja sebab skit badan yang teramat sangat. Aku tak rasa , tapi aku tahu yang mengandung takda yang senang .

Subuh ni puas aku pujuk isteri aku , dia tak henti mengalirkan air mata sambil badan gerak gerak kemas rumah. Satu malam dia tak dapat tidur. Nak buat macam mana , aku letih sangat . Sampai tidur tak perasan dia struggle nak tidur . Puas aku tawarkan nak beli macam macam . Semua dia geleng. Nak suap makanan pun dia geleng. Beg , baju , kasut , semua dia taknak . Sepanjang kami kahwin , tak pernah dia mintak aku belikan barang kehendak dia . Aku buntu , aku mesej kakak aku , mak aku, tanya macam mana nak pujuk .

Akhirnya isteri aku yang penat mengemas dan tak cukup tidur tu pun rehat kat sofa. dia termenung.. aku tanya dia , sayang nak apa ? dia pun bersuara . urut , dan bantu dia tidur . aku cakap okay. dia terus tersenyum riang . bagaikan anak kecil yang baru dapat gula gula. hati aku sebak . Isteri aku suri rumah . Tapi sebelum kahwin , dia bekerja dalam bidang perubatan . Masa aku kenal dia , dia masih freehair . Tak tahu jalan arah mane nak tuju , dan sentiasa keseorangan . Takda mak ayah .

Lepas kenal , aku mintak kawan2 perempuan aku bantu dia dari segi semangat. Sampai dia bertudung dgn sendiri. Tak sampai setahun, kami kahwin . Dia pun buat keputusan jadi suri rumah . Dia selalu dengar orang sekeliling dia tanya , tak takut ke bergntung sepenuhnya kat suami?

Dia cuma senyum. Dia cakap tak. Dia yakin dgn aku. Aku ckp kat dia, kalau nak kerja atau nak sambung belajar , bagitau je. Aku izinkan. Dia cuma jawab tanggungjawab dia kat aku. Takpelah , dah itu dia nak . Tapi aku tak miss tanggungjawab aku . Aku sediakan dia tempat tinggal . Aku belikan pakaian dia. Setiap hari aku tanya dia nak makan apa . Aku akan belikan sebelum pergi kerja, taknak dia lapar kat rumah.

Aku tak kesah sangat dia masak ke tak . sebab bagi aku , kami makan bersama pun aku dah cukup bahagia. InsyaAllah cukup je rezeki kami hari hari . Dia kan amanah aku.Isteri aku rajin kemas rumah . Kadang kadang aku suruh dia rehat dia takmau . Aku taknak orang ingat kami ni hidup berprinsipkan tradisional , tapi isteri aku tetap berkeras dengan tanggungjawab dia . Kadang kadang technician atau posmen datang rumah masa aku takde , dia akan kol aku sampai dapat.

Kalau tak dapat , dia tak keluar pun ambik barang tu. Dia cakap , dia takut keluar takde izin. Lurus? Tak . Bila buat lawak , isteri akulah paling over.Dia suka baca buku inggeris , mcm encyclopedia mcm tu. Dia lagi pandai dari aku , dan lagi pandai dari kawan2 dia. sebab dia lah aku hafal nama nama constellation stars yg dia selalu kongsi. Aku cuma rider yg tak minat membaca mat..

Tapi dia tetap berkeras cakap , open minded is open minded.. tanggungjawab is tanggungjawab.. tak sama . Kalau suami tak izin keluar , kenapa nak keluar ? Dia pulak tanye aku . Takpelah.. Biarlah orang nak kata kami old fashion … atau tak bahagia .Tapi sebaliknya , rezeki itu cukup. walaupun dia tak bekerja . Dan setiap hari balik kerja , kami berkongsi cerita antara satu sama lain . Dia cerita buku dia , aku cerita pasal bos aku.

Berbalik hal pagi tadi , kenapa aku sebak ? Aku sebak sebab aku ambil hak dia sebagai isteri . Aku ambil tempat tidur dia. Dia tak mintak pun benda lain .Akhirnya urutan dan tidur jugak dia mahukan . Kadang aku tak faham kenapa lah isteri aku nak dengan rider mcm aku . Ikutkan dia boleh ada masa depan yang cerah dgn pemikiran dia yang minat belajar tu . Aku tahu kita tak boleh ramal apa akan jadi. mungkin besok bangun tidur , hati aku berubah .

Dia tak takut , tapi walaupun aku cintakan isteri aku sangat harini.. Aku tetap takut. disebabkan takut tu , aku buat akaun bank atas nama isteri aku. aku langsung takde hak kat akaun tu. Tiap bulan aku akan masukkan duit dalam bank tu.Sebagai backup . aku takut apa2 jadi kat aku .. sebab aku cuma rider yang takde epf atau socso mahupun insurans. aku pun bukan orang kaya. sekurangnya kalau apa2 jadi , aku tahu aku tak tinggalkan dia mcm tu je ..

Isteri aku takde media sosial , bukan aku suruh dia tutup ke apa . Memang dia tak minat . Dia cuma subscribe the star online supaya tak miss berita apa yang jadi. Kadang lepas dia habis kemas rumah , dia baca buku . atau search wikipedia kat laptop .Susah jugak aku nak adapt dengan bahasa kamus dia pada awalnya , tapi aku tak kesah lah. Asalkan dia tak layan page KRT . musically pun dia tak tahu apa benda . apetah lagi artis artis malaysia .

Kadang dia terbaca pasal artis kat the star , dia tanye aku tu siapa , kenapa dia masuk news . Aku acah jela aku pun tak kenal . Nak buat mcm mana , aku kenal pun sbb news feed aku dah terkeluar benda benda mcm tu.Bila aku baca suami2 yang layan isteri diorang macam sampah . aku rasa nak menangis je.. mungkin aku ade soft spots untuk para isteri ni . Lagi2 yang buat isteri mereka macam hmba , makan pula hasil pekerjaan isteri.

Alahai , isteri ni amanah untuk kita .. jagalah diorang sebaiknya . Mereka takkan melawn kalau kita bagi sepenuhnya nafkah yang patut kita bagi . Kecuali kes2 yang memang isteri tu bersalah. Aku taktahu lah .Aku rasa sedih sangat bila tengok isteri aku tiap hari jaga rumah . Tapi dia selalu tersenyum macam anak anak bila aku bukak pintu rumah . Aku sedih pasal dia , dia pulak tak rasa sedih pun .

Hai isteri , ketaatan kau memang tak terhingga . Semoga kita bahagia begini sampai ketua .. biarlah kita tak kaya pun , asal kan kita mampu untuk makan tiap hari .InsyaAllah kalau aku ade rezeki lebih , lepas ni aku akan cuba untuk dapatkan kerja yang ade epf atau socso. Demi amanah aku yang tunggu kat rumah ..

Aku plan nak bawak isteri aku jalan jalan tiap minggu . Pegi tasik je .. itupun dia dah happy macam dapat emas . Lepas ni aku taknak dah ambik tempat tidur isteri aku . Broken sangat hati tengok . Tapi penat jugak nak pujuk.. satu malam kot dia menangis. hm… aku pulak tidur mati. Adoii..

Bersabarlah wahai isteri isteri diluar sana . Kalau tak bagitau nak apa , kami suami takkan faham . aku tulis ni pun sbb aku nak luahkan je kesedihan aku . aku cari2 kerja tak dapat .. walaupun aku ade diploma . inilah hakikatnya graduan sekarang… doakan aku berjaya .. sekian.

Lpas abg dah takda,Kak Nang ambil rumah banglo tu,tak ckup lgi,abis kwsp dikorek tiap2 hari konon nk bayar hutang dengan suami yang dah pergi

Assalamualaikum semua. Salam ramadhan.. Aku nak ceritakan pasal pemergian abang ipar aku.abang ipar aku ni, aku panggil Abang Nan, berkahwin dua, ada dua anak (sepasang lelaki perempuan) dengan isteri pertama.Tapi isteri kedua tak ada anak. Kakak ipar 1st, aku bahasakan Kak Bah, yang kedua aku bahasakan Kak Nang.

Kak Bah ni jenis pendiam, introvert gla-gla (aku faham perangai dia sebab aku pun sejenis introvert juge). Dia berpisah dengan abang Nan sebelum aku kenal dengan somi aku lagi. Tapi aku dengan dia baik lepas abang ipar dijemput Ilahi. Dengan Kak Nang pun aku baik juga, tapi hmmm…. nanti kita sampai ke that part.

abang Nan pergi kerana knser. Perginya mengejut, pada tarikh yang sepatutnya perkahwinan aku dilangsungkan pada ketika itu (kami tunda ke depan tarikh kawen atas sebab-sebab tertentu masa tu).Dia tinggalkan isteri dia, bekas isteri dan anak-anak tanpa persediaan dalam soal pembahagian harta.

Sebaik sahaja abang dah tak ada, yang aku care sangat pasal dua anak dia yang still kecik comey tu. Yelah nak makan apa lepas ni? Bapak dah tak ada untuk bergntung harap. Tapi aku diam, sebab waktu tu aku belum kawen lagi dengan somi, so aku tak ada hak nak masuk campur urusan keluarga dia.

Sebaik aku kawen, soal pertama lepas majlis aku tanya laki aku pasal kebajikan dua budak kecik tu yang dah automatic jadi anak sedara aku. Bila dah kawen, kita kena ingat, kita bukan kawen dengan laki kita ja, kita kawen sekali dengan kaum kerabat.haha

Aku ni bukan baik pun, cayelah bende-bende jhat yang korang terfikir nak buat tu semua aku buat, aku cuma tak sentuh ddah, alcohol, night club dengan main laki ja. Tapi aku tahu aku menghimpun dosa di hari-hari kehidupan, so aku tak nak tambah lagi dosa dengan abaikan kebajikan anak yatim dalam keluarga aku.

Sok-sok ketaq lutut bila ALLAH tanya weh.. Aku tak nak sebelah kaki aku esok-esok dihret ke Neraka, menjauh daripada Syurga…Ya ALLAH…nangesssssssMula-mula laki aku kata soal harta Kak Nang yang uruskan, so aku pun ok je. Tapi dari bulan ke bulan, makan tahun. Sepi tak ada berita. FYI, anak-anak sedara aku dengan Kak Bah tu hidup menyewa bilik ramai-ramai di sebuah bandar dekat Selangor.

Sedangkan Kak Nang hidup di rumah semi banglo dua tingkat, hasil perkongsian dengan Abang Nan. Rumah atas dua nama. Nama dia dan Abang Nan.Time raya aku dengan laki aku bawak anak-anak sedara balik beraya (sebab kami tinggal satu negeri). Depa tak ada baju raya, mak mertua akulah yang bersusah payah cari kain baju untuk budak-budak ni masa raya.

Isk sedihhh….aku nak tolong lebih-lebih, aku sendiri pun tak berapa nak mampu… makan sendiri pun tercungap-cungap nak kasi lepas.Banyak kali aku gduh ngan laki aku pasal ni, aku nak dia fight untuk anak-anak sedara, sebab dalam hierarki family mertua, selepas abang nan, laki aku la anak lelaki dalam family tu, so now dia kena pikul tanggungjawab sebagai anak lelaki sulung dalam rumah tu. Aku balah ngan dia sebab aku tak nak pergi dalam keadaan bende ni tak setel.

Setelah beberapa kali meninggi suara (ampunkan aku suami), akhirnya dia pun paham dan mula buat group whatsapp family antara adik-beradik untuk bincang pasal hal ni. Mak mertua aku turun g bincang dengan Kak Nang pasal tuntutan harta yang kami nak buat untuk anak yatim, dia melnting.

Katanya tak adil sebab rumah tu ada nama dia. Gduh- gduh dalam call pun bermula. Tuntutan faraid dibuat. Turun naik mahkamah. Bergduh luar mahkamah (Kak Nang tudh mak mertua aku macam-macam depan hakim, kami diam ja sebab anything yang keluar daripada mulut boleh digunakan against diri sendiri balik masa dalam perbicaraan).

Bagi aku ini natijah, natijah kita sebagai Islam tidak terdidik dengan hukum Islam yang betul. Allahu. Jauhkan diriku dan keturunanku daripada sifat hasad dan tamak. Aku tak kata aku baik.Tengok duit RM10 atas lantai pun boleh goyah iman. Tapi ingatlah hukum ALLAH TAALA yang memerhatikan kita siang dan malam.

Kak Nang marah, tak puas hati sebab rumah tu nak dibahagi dua, di mana bahagian milik abang nandipecah-pecahkan mengikut faraid, yang mana anak sulung (anak lelaki) abang nan dapat bahagian paling banyak.Katanya rumah tu dibayarnya atas gaji sendiri masa abang nan sakit dan tak mampu bekerja. Banyak manalah yang dia dah bayar? Kalau dihitung himpun pun, tak boleh cover pun separuh daripada harga rumah pun.

Abnag nan ada KWSP yang mencecah ratusan ribu, semuanya diletakkan 100 percent atas nama Kak Nang (yang mana aku sangat terkejut). Walaupun penama hanya pemegang amanah, di mana pemegang amanah perlu beramanah membahagi duit tersebut kepada berhak, tapi tidak pada Kak Nang, dia beranggapan asal dah nama dia, so ratusan ribu tu hak mutlak dia la okeh…

Beberapa minggu sebelum abang nan pergi, abangnan ada buat permohonan untuk pengeluaran wang KWSP dan ia diluluskan dua hari sebelum abang nan pergi. Pada hari abang nan pergi (entah bila masa dia pegi buat) Kak Nang pegi buat transaksi pemindahan wang KWSP masuk ke akaun Maybank abang nan

And since that, dia keluarkan kira-kira RM1,500 setiap hari daripada akaun Maybank abang nan, pendek kata dia korek sampai kering kontanglah akaun tu.Katanya dia guna duit tu untuk bayarkan hutang abang nan dengan bank, tapi bila kami pergi sendiri cek dengan bank, bank kata hutang abang nandah lama dah selesai. So pegi mana duit anak-anak yatim tu semua…

Abang nanada Kereta Honda, mahkamah dah perintahkan kereta tu dijual dan dibahagikan mengikut faraid. Mak mertua aku sayanggg sangat kat kereta aabang nan anak dia. Dia kata dia nak ‘nampak’ anak dia sentiasa depan mata, so dia yang ‘beli’ kereta tu ikut harga pasaran dan bayar bahagian faraid tu kepada anak-anak abang nan dan Kak Nang. Bahagian dia pun dia sedekahkan kat anak-anak abang nan.

Kak Nang kata nama aku tak ada dalam senarai faraid (bukan orang yang menuntut) so dia nasihatkan aku supaya jangan nak campurlah urusan ni. ALLAHU…Kalau ALLAH lepaskan aku gitu je esok-esok, tak pa lah jugak, ini dengan aku sekali diheret sama. Isk…

So nasihat aku…Tolonglah wanita-wanita-wanita-wanita-dan lelaki… tolong sedar kedudukan awak-awak semua, kalau awak isteri kedua, jangan makan duit anak yatim. Ada atau tak ada anak sendiri, bahagi ikut faraid, yang mana anak lagi berhak ke atas harta si bapa.

Yang lelaki, jangan dibutkan dengan cinta sangat. Buat pertimbangan wajar. Anda nak tenang-tenang bersoal jawab dengan malaikat di alam sebelah sana kan? So please be wise.Memang ajl tak kenal waktu, di kala jari menaip ni pun aku boleh dijemput Ilahi, tapi sementara kita masih berkesempatan bernafas ni, now is the time to make things right. (Ive done my part dalam soal harta siap-siap.huhu)

Sekarang, kami masih naik turun mahkamah. Sanggup tak sanggup, tengah bawak perut memboyot pun kene jugak pegi drive jauh-jauh demi anak-anak sedara tersayang. Untuk anak-anak sedara aku, aku sayang sangat kat korang tau.Along rindu sangat kat korang yang sekarang dah duduk jauh dari aku. Pujuklah ibu (Kak Bah) balik sini semula, jangan pinggirkan kami. Jangan putuskan hubungan kita sebagai keluarga hanya sebab orang lain.