Isteri tengah bersalin deekat hospital suami selamba je pergi makan angin dengan awek siap tidur sekatil lagi. Lepas bersalin je isteri terus meraung dan bisik dekat doktor dia dah jadi jandaa. Terkedu rupa rupanya ini punca laki lepaskan isteri.

Kisah Rumah Tangga

Salam kepada semua pembaca..

Saya mohon baca confession ni dengan penuh kesabaran sebab cerita ni panjang sangat sebenarnya tapi saya ringkaskan (walau sebenarnya panjang jugak) Saya berkahwin pada tahun 2014. Suami saya yatim piatu. Last year saya disahkan mengandung masa tu saya baru kerja kat public listed company.

Diawal kehamilan suami selalu usap perut saya dan pesan kat baby, “make sure papa ada, baru keluar taw”. Pendekkan cite, saya turun cairan merah n doktor nasihatkan untuk bedrest sebab takut keguguran. Setelah berbincang dengan suami, saya berhenti kerja demi anak kami, suami suruh saya balik kampung sebab dia tak sempat nk hantar lunch everyday (doktor xbagi drive,masak). Masa tu kandungan 4bulan.

Dipendekkan cite masa kandungan 6 bulan saya ke KL ingat nak stay dengan suami smpai beranak tapi suami suruh saya balik sebab dia outstation. Instinct isteri tak pernah salah. Saya dapat rasa ada something wrong.

One day, saya jumpa bukti dia memang ada perempuan lain. Dia contact dengan perempuan tu melalui emel masa saya kat KL dengan kandungan 6 bulan. So dalam email tu sume tarikh yang dia pegi outstation sebenarnya dia pegi holiday dengan perempuan tu. Siap dengan panggilan future wife. Excited rindu nk jumpa.

Bayangkan perasaan saya masa tu mengandung 7 bulan and baca sendiri suami bermesra siap bawa pegi holiday. Sedangkan saya isterinya 3 tahun, susah senang bersama, tak pernah dia bawa kemana-mana sebab sebelum ni gaji saya lagi tinggi dari dia, saya yang bayarkan kereta dia, belikan motor untuk dia, bayarkan deposit rumah sewa semua. Betul sesetengah orang cakap, bila dah berkahwin, perempuan boleh redha dengan any situation, tapi bila melibatkan perempuan lain, hancur hati tu Allah je tahu.

Dah kantoi tu, saya emel perempuan tu cakap benda sebenar. Betina tu cakap dia xtahu tu suami orang, kalau dia tahu, dia sendiri angkat kaki. Dah kantoi tu, suami saya balik jumpa saya minta maaf and dia ckp, ‘Kalau saya keluar dengan H lagi, jatuh talak awak’.

Masa ni kandungan 8 bulan.Every weekend suami cakap nak pulang ke kelantan, saya tunggu tp tak pernah sampai. Ada je alasan kereta problem, hujan lebat sangat, demam, dan lain-lain. Everyweek ada je alasan tak de duit, so everyweek saya bank in tapi end up tak balik pun.

Duit yang sepatutnya saya guna untuk anak saya, saya korbankan asalkan saya dapat jumpa suami saya. Malangnya duit tu suami gunakan untuk betina tu. Masa berlalu dan due date saya tinggal lagi seminggu, banyak benda pelik yang jadi tapi saya cuba tutup mata dan anggap tu perasaan saya sebab hamil.

Tp اَللّهُ tak zalim. Ikhlas saya cakap, saya tak makan, tak tido dan hanya minum segelas susu je sehari sebab terlalu banyak makan hati menunggu suami. Saat orang lain mengandung, dibelai macam puteri, tapi saya, usahkan nak makan benda mengidam, nak tengok suami yang dirindui, nak dengar suara suami pn tinggal impian. Masa tu saya mintak dengan اَللّهُ satu je, izinkan saya peluk suami sebelum saya bersalin.

Saya tak contact family dia sebab suami cakap family dia tak suka saya dan banyak burukkan saya (sebenarnya dia dah plan sume ni sebab tak nak bagi kantoi). Tapi takdir Allah, 3 hari sebelum saya bersalin, kantoi segalanya. اَللّهُ buka pintu hati saya contact anak saudara belah dia. Maka terbongkarlah segalanya, seminggu lepas dia bertaklik yang akan jatuh talak sekiranya dia jumpa dgn betina tu, suami bawa betina tu balik kelantan jumpa family dia.

Dia cakap nak kawin. Dia cakap saya hamil anak orang lain,kuat main laki sebab tu dia nak kawin lain tapi at the same time suami duk contact saya macam takde pape yang jadi. Kalau dia senyap 3-4 jam, alasan dia g surau/masjid sebab dah insaf dengan ape jadi yang kantoi haritu, so, nk dekatkan diri dengan اَللّهُ.

Takdir اَللّهُ, lepas saya sekeluarga berjumpa family suami, n dengar segala fitnah dia taburkan dekat saya, malam tu suami balik kelantan, dia cakap kat family dia, dia balik nak rujuk dengan saya. Ktorg jumpa kat kedai makan masa tu.

Tu last dia suapkan sy, And Thank you اَللّهُ sbb saya boleh peluk dia sebagaimna yang saya minta. Sy tahu hati dia dah tak sayang saya. Cara pandang saya pun saya tahu,dia bukan suami saya yang saya kenal selama 3 tahun. Dia tak lafazkan pun nak rujuk.

Terlalu sakit hati, balik tu saya tidur dgn air mata tapi saya senyum sebab finally, lepas 2 bulan sy boleh tgk suami saya depan saya, saya boleh peluk dia,tq اَللّهُ. Pagi keesokkan nya saya keluar cairan merah tanda dah nak beranak. Ya اَللّهُ, anak saya dengar pesanan ayah dia. Dia tunggu ayah dia untuk keluar.

Family bawa saya ke hospital, saya masuk labour room suami datang, saya pujuk untuk rujuk time tu jugak. Dia cakap tak payah fikir, beranak dulu. Allahu, dalam hati kepala sy masa tu bukanlah anak tapi bertukarnya status dari isteri kepada janda.

Benda tu lagi sakit dari sakit bersalin. Suami duk main fon je masa dalam labour room. Alhamdulillah anak saya dilahirkan dengan mudah, kejap je dalam labouroom,”Doktor, saya dah janda” tu perkataan first yang keluar dari mulut saya berserta air mata. Esok nya terus discharge.

Tapi lepas 5 hari kat rumah, ada daging keluar rupanya uri tak habis and saya kena admit balik. Saya call nak inform saya kena masuk wad,tapi dia tak angkat tapi family dia call dia cakap, dia dengan perempuan tu. Suami contact saya macam biasa, panggil saya sayang tapi dia tak balik pun tengok saya. Yes saya tahu cara dia mmg tak sayangkan saya. Lepas beranak, saya pernah tak layan dia, dia ugut nk bahayakan diri.

Lps tu hari cukur jambul anak. Dia balik,dia datang dan sebelum balik tu dia dah promise dengan ayah saya nk rujuk nak duduk elok-elok n janji nak jaga saya macam dulu. Dan dia bersumpah demi Allah dah takde betina tu. Saya ingat dia betul-betul berubah,tapi bila sy check bag dia, saya jumpa dia ada fon lain yang still contact dgn betina tu n pada hari majlis anak tu, dia cakap kt betina tu yang dia dh lama lepaskan saya and takde pape dgn saya. Ya اَللّهُ, ape kau nak sebenarnya? Kau pujuk rayu tapi sebenarnya kau still ada setan tu.

Saya contact betina tu dia jwb simple “Padan muka xpndai jaga suami.” Sy halau suami masa tu jgk, and lepas tu sy contact sume orang yang rapat dengan suami masa tu. Astagfirullahalazim, ada orang emelkan video suami dengan betina tu duduk berasmara, siap gmbar tak berbaju. Masa tu saya dalam pantang 22 hari, saya terus g court. اَللّهُ je tahu perasaan masa tu. Tarikh masa tu bulan 5.

Sebelum ni, failkan atas sebab taklik lisan so susah nak menang. Now saya tuntut fasakh dia tak pedulikan saya dan anak. Dia berlakon tak habis2 konon dah takde hubungn tapi dia tak pedulikan pun saya dan anak. Nafkah dia bagi Rm100 je tu pn kadang2. Dia tak datang court tapi everyday contact saya walaupn saya block, dia akan email saya berlakon like nothing happen. Ape dia nak sbnrnya?

Doakan urusan court saya cepat selesai dan terus kuat. اَللّهُ je thu perasaan besarkan anak sorang-sorang, naik turun court dari mengandung sampai sekarang anak dah 5 bulan. Sebenarnya saya sangat heran ape dia nak sebab cara dia macam taknak tapi dia keep contact sy everyday duk panggil syg2 macam takde ape yang jadi sedangkan saya tahu semua yang dia buat belakang saya, until today. N yes dia tak datang court. Dia tak kawin pun dgn betina tu. Tapi dia still berhubung siap buat suprise lagi masa birthday betina tu. Anak kat kampung tak peduli.

Jujur saya cakap, saya sayang suami saya dan mengharapkan dia berubah walau ape yang dia dah buat adalah sangat-sangat melampau. Tapi, yes, mulut dia cakap dia dah berubah dan takde dah perempuan tu. But yup, action speak louder than word.

And kita pernah sebantal untuk 3 tahun dah cukup lama untuk saya cakap, saya kenal awak yang sayang sy macam mana. Dulu kita tak pernah gaduh teruk, sumua benda kita bincang elok, tapi lepas kenal betina ni,awak berubah. Dalam sekelip mata disebabkan perempuan yang awk knl melalui tinder,(Jan 2017) awak sanggup abaikan isteri dan anak yang awak excited dulu.

Saya doakan awak cepat kawin, hentikan benda tak senonoh. Its ok, saya terima, saya dan anak tak mampu bahagiakan awak. Tapi awak berbahagialah dengan cara yang halal dan berhentilah menyeksa hidup saya, tolong datang court lepaskan saya dengan elok. Awak mintak saya dengan family saya cara elok, so lepaskan saya dengan cara elok.

Dear H, Thanks for everything you’ve done to me and my baby!!! Now I am husbandless and my baby is fatherless. May Allah give you the best rewards for what you’ve done!Anak saya tak sempat kenal ayah dia sebab awak. TQ taw

Nak mintak pendapat, if korang kat tempat saya ape korang akan buat? Ikhlas saya cakap saya dah sangat penat dengan drama ni. Suami duk menyedap kat sana dan saya digantung tak bertali membesarkan anak yang baru lahir sorang-sorang. Btw, just fyi, anak saya keluar sebijik muka suami saya. Doakan saya terus kuat n dipermudahkan urusan.saya dah penat.-Penmerahpress

Oleh: Amy IIUMC

Gadis Ini Terkejut Bila Lagi Seminggu Nak Kahwin Tunang Ajak Duduk Serumah. Gadis Ini Menolak. Lepas Je Nikah Gadis Ini Dihenyak Hari Hari Sehingga Satu Hari Dia Datang Bulan Dan Ini Yang Terjadi.

Assalamualaikum… Tahun ini tahun ke 5 aku berkahwin buat yang kali kedua… Maknanya dah 10 tahun aku bebas… Allah je tahu perasaan aku lepas ex aku jatuhkan talak. Abang aku, mak aku dan ayah aku yang teman aku di mahkamah menangis kesyukuran… Syukur mereka dapat anak mereka semula…

Aku anak perempuan tunggal dalam lima adik beradik… Aku lahir dalam keluarga yang sentiasa menyokong satu sama lain… Tak ada istilah aku perempuan, kerja rumah aku yang buat… Tugas aku dan mak bertumpu pada dapur… Bab2 lain dibahagikan sama rata antara abah dan adik beradik aku…

Disebabkan oleh aku anak perempuan tunggal, aku dimanjakan abang2 aku… Dan tempat mengadu adik-adik aku… Typical middle child syndrome, aku nak apa yang aku nak. Aku keras kepala. Impulsif dan selalu ikut perasaan.

Perangai itu telah membawa aku kepada dia. Ex aku. Ada rupa. Ada gaya. Ada karier. Walaupun keluarga aku pada awalnya menolak dia, disebabkan oleh aku seorang yang go getter, aku mendapat restu ahli keluarga untuk bernikah dengan dia.

Abang aku selalu kata “Apa yang kau nampak pada lelaki chauvanist ni? Dah la adab dengan orang tua kelaut.” Aku hanya jelingkan apa abang aku kata. Apa dia tahu bisik hatiku. Semasa bertunang banyak sangat petanda yang aku tak patut teruskan pernikahan. Dia pernah ajak aku bersedudukan. Katanya kami akan bernikah tak lama lagi.

Aku anggap, oh itu perkara biasa. Lelaki dan nfsu 1 nya. Kasar tutur dan bicara pada aku tak terkira. Alasannya? Tertekan dengan segala urusan bernikah. Sedangkan dari A to Z aku uruskan. Oh ya. Ibu bapanya sudah tiada. Majlis semua keluarga aku uruskan.

Umur 23 tahun, genap setahun setelah aku tamat belajar, aku menjadi seorang isteri. Sewaktu aku masih dalam fasa bulan madu, dia tidak segan menunjukkan perangainya. Suka tengok benda bukan bukan. Aku selalu rasa seperti objek pemuas nfsu. Dalam setiap kali bersama memang sudah tak ada ‘jiwa’. Dan itu hanyalah sekadar menunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri.

Belum lagi keresahan bila aku datang bulan. Dia pernah tertangkap ke rumah urut. Katanya aku datang bulan terlalu lama. Tak akan aku ketepikan hukum untuk dia. TAK AKAN. TITIK. Di rumah aku persis Cinderella. Dari sekecil kecil kerja rumah. Sampai la ke sebesar besar kerja rumah. Ya la, rumah itu dia yang beli dia yang bayar. Jadi adil la aku jadi kuli buat segala bala katanya.

Tahi telinga aku dah keras bersama dengan dia. Semua kata kata kesat dan perkataan mencarut jadi makanan telinga aku hari-hari. Asbab seperti teh o kurang manis pun boleh jadi punca aku dipanggil dengan kata kata yang kesat.

Tangan aku penuh warna biru direntap. Berapa kali tumbukan ke pintu dilepaskan betul betul sebelah wajah aku. Berapa kali kerusi disepak sambil kata dia harap dia dapat sepak aku sebegitu. Harta benda yang dipecah dicampak tak usah dikira banyaknya.

Bila baran memuncak, cakap nak bahayakan nyawa aku pun pernah. Selepas dia buat aku rasa macam aku ini kuman yang tak bermakna, dia akan meminta maaf dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Allah lindungi aku. Dia tak pernah hinggapkan tangan kakinya pada aku.

Aku bagaikan kudis dalam hidup dia. Saat berat aku hanya 50kg dengan tinggi 167cm, hari-hari dia panggil aku gemuk. Hari-hari aku dipanggil buruk. Tapi yang kelakarnya si gemuk dan si buruk ni la kau henyak hari-hari.

Aku juga dilarang bertemu keluarga aku. Bila dimarah keluarga kerana aku mengasingkan diri, aku tak dapat ceritakan hal sebenar. Kerana aku mahu menjaga air muka ex aku. Bermacam alasan aku beri pada mak, abah, along, angah dan adik-adik. Sampai kering idea. Akhirnya adik beradik pulaukan aku. Aku cuma berhubung melalui telefon dengan mak dan abah.

Setahun hidup aku hanya dia dan kerja. Berkawan pun dikawal ketat. Aku cuma berhubung melalui FB atau whatsapp. Aku diasingkan dari dunia luar. Sampai la satu hari aku dapat tahu perihal perempuan satu lagi. Sejak dari tu aku jadi memberontak. Aku bukan diri aku sendiri. Bila aku dimarahi aku hamburkan semula makian. Bila dia menumbuk pintu, menyepak kerusi meja, aku hanya menjeling dan berkata “Kau jangan ingat aku ni patung yang kau boleh buat sesuka hati… Aku ada abang2 dan adik2 yang boleh buat kau makan pakai straw”…

Aku mula jadi isteri nusyuz. Pulang kerumah keluarga aku tanpa izin. Tak ada setitis pun air mata aku gugur masa ni. Aku dah nekad yang aku nak berpisah. Cuma cara masih kabur. Sampai satu hari setelah setahun setengah, saat beban itu tak tertahan lagi. Aku nangis semahunya pada keluarga aku. Cerita kan semuanya. Penderitaan fizikal dan mental yang aku hadapi. Abang2 aku mula meruap. Mujur aku ada mak dan abah. Mereka yang buka jalan untuk aku. Kumpul bukti kata mereka. Supaya aku dilepaskan dengan ‘aman’.

Setiap kali balik kampung, aku akan pasang spy cam di bilik tidur aku. Aku gunakan telefon pintar yg murah dan aku hubungkan dengan powerbank. Aku letakkan apps spy cam. Camera akan dihidupkan bila ada pergerakan. Dalam kes aku, banyak pergerakan. Patutla mula-mula marah. Lama2 siap tanya bila aku nak balik kampung.

Mula-mula aku nak ambil 3 bulan notis untuk berhenti kerja. Tapi lepas nampak apa yang aku nampak, setiap hari macam neraka dekat rumah tu. Aku terpaksa ambil 24jam. Mujur aku ada saving. Dapat la aku bayar balik bekas company aku.

Lepas ex aku pergi kerja, aku pack barang. Abang2 aku ambil dekat rumah. Kami buat report polis tentang apa yang dia pernah bagi. Dan alhamdulillah ada bukti di whatsapp. Jadi aku keluar rumah dengan report polis untuk bukti dimahkamah kalau diperlukan. Nombor telefon aku deactivate dan tukar baru. Aku block dia di socmed. Lepas dah sampai rumah keluarga aku, aku hantar email kat dia. Email video aksi dia. Dia merayu dimaafkan seperti selalu. Aku tak akan pandang belakang. NEVER.

Segala urusan nak berpisah aku buat. Sedara aku selaku peguam shariah banyak bantu dan beri nasihat. Aku langsung tak ada berurusan dengan dia. Video itu jadi benda utama perundingan untuk dia lepaskan aku secepat mungkin.

Sedara aku berunding dan cakap dengan dia. Kalau dia tak nak lepaskan dan aku tuntut fasakh, segala video dia hakim akan tengok sebagai bukti tuntutan fasakh aku. Kisah dia akan jadi bualan dalam mahkamah sebab dalam mahkamah bukan kami sahaja. Ada ramai lagi pasangan lain dalam tu. Jadi dia pilih lepaskan aku secara aman. Tepat usia aku 25 tahun aku dilepaskan.

Pasal dia menangis merayu depan rumah. Datang cari aku. Merayu kat mak abah aku. Malas aku nak cerita. Semua tu adalah tangisan buaya. Tiada benda yang lebih palsu dari tangisan dia. Kisah aku tak habis disini. Walaupun aku benci dia. Tapi tak adalah aku terus move on 100% lepas berpisah. Sebulan juga aku macam patung hidup. Tak ada arah tujuan. Salahkan diri aku sendiri.

Kemudian aku dapat kerja baru. Mula berjumpa kawan kawan lama. Yang paling penting setiap hari aku dihiasi kasih sayang dari keluarga aku sendiri. Aku baru faham kenapa Allah tak kurniakan aku anak walaupun aku pernah berdoa setiap hari untuk zuriat dulu. Tanpa zuriat aku boleh terus padam dia macam dia tak wujud pun. Dengarnya setahun lepas berpisah dia dah berkahwin. Selebihnya tak tahu la apa cerita.

Hidup aku sesudah dia dihiasi travel log. Dihiasi kisah2 manis aku dengan kawan2. Trip umrah kami sekeluarga. Aku cuba scuba diving. Aku cuba hiking. Aku ingatkan hati aku dah padam untuk cinta. 5 tahun lepas bergelar janda aku bernikah sekali lagi selepas berkali kali istikarah sebelum dirisik keluarga dia. Tak ada mimpi ke apa. Cuma Allah berikan perasaan kasih dekat suami aku.

Aku pernah cakap dulu dengan suami aku yang aku janda dan pernah berkahwin. Muka dia macam terkejut. Kemudian dia cakap tak apa. Yang penting bukan bini orang. Dan ketawa. Dia kata dia tak akan bincang kisah lampau melainkan aku mahu. Aku betul2 ingat dia akan reject aku.

Aku masih ingat masa dia bawa aku ke kenduri kesyukuran mak dan ayah dia balik dari haji. Kami memang klik. Keluarga dia sangat mesra. Hari dia merisik, abah aku cakap yang dia tak nak letak kan hantaran sebab aku janda. Mak dia kata kami nak beri hantaran sebanyak rm1x, xxx. Dia menantu sulung kami. Orang nak beri, kita merasalah.

5 tahun post marriage. Dulu aku tak pernah rasa aku akan jumpa seseorang lagi. Ada masa aku memang putus asa. Benci lelaki. Nak hidup solo forever. Tapi hati kita ni milik Allah. Sekarang anak dah seorang. Kadang2 termenung juga. Umur 35 anak baru satu. Kawan aku ada yang dah sampai empat anak. Tapi siapa aku nak menidakkan perjalanan hidup yang aku pilih sendiri. First time kahwin dulu taknak pulak buat istikarah kan. Padan muka aku. Naluri Allah dah bagi tapi nak ikut keras kepala.

Tapi aku terima kepayahan aku jadi mak di usia lanjut. Sekarang aku rapat dengan keluarga aku. Suami aku pun walau kadang2 ada juga la gaduh. Aku terima semua baik buruk dia. Selama dengan dia lagi banyak suka dan hanya sedikit sangat dukanya.

Kalau dulu hidup aku ditanggung ex aku semua. Tapi bahagia tak ada. Sekarang ni, walaupun perbelanjaan kena 50-50, sikit pun aku tak kisah. Duit boleh cari. Kebahagiaan tu susah sikit. Kisah aku tak tahu la bahagia sampai bila sebab semua ni pinjaman Allah swt. Yang pasti kalau pisang berbuah dua kali, saving aku dah ada. Escape plan dah ada. Dan aku tahu aku ada keluarga yang selalu menyokong aku dalam susah atau senang.

Mak mertua aku pun feminist. Kalau anak dia buat hal, anak dia yang kena kitai. Kitorang kamceng. Jari kelinking dah paut dah sejak aku kahwin dengan anak dia dulu. Panjang cerita aku kan. Syukur masih ada lagi happy ending. Aku doakan semua isteri atau suami yang jadi sasaran suami domestik dapat mencari jalan keluar. Dan kamu dapat sokongan yang kamu perlukan. Kalau tidak dari keluarga harap ada NGO yang sanggup bantu.