Isu Bazar Ramadan sama ada akan tutup atau tidak. Tan Sri Annuar Musa tampil jawab isu tersebut

Berita

Baru baru ini, dilaporkan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menutup operasi mana mana Bazar Ramadhan di bawah seliaannya sekiranya berlaku jangkitan Covid19 di tapak bazar tersebut, jelas Menteri Tan Sri Annuar Musa. Oleh itu, beliau mengingatkan semua pihak terutamanya penganjur Bazar Ramadhan si seluruh Wilayah Persekutuan untuk memperbaiki SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan COVID19

Jelas beliau,“SOP yang dikenakan itu wajiblah dipatuhi terutamanya dari segi bilangan pengunjung…tetapi nampaknya itu tidak dikawal sehingga menyebabkan penjarakan fizikal tidak menepati, mengikut apa yang kita mahukan.Saya ingin ingatkan semua penganjur di 66 tempat di seluruh wilayah, bertanggungjawab supaya penganjuran bazar di tempat mereka dipatuhi 100 peratus kepada SOP yang kita tetapkan,”

Menerangkan lebih lanjut, Annuar menjelaskan antara SOP yang perlu diperbaiki dan dipatuhi adalah pengajur perlu memastikan pengunjung yang berkunjung hanya boleh melalui satu laluam masuk dan keluar.“Kita nak benarkan penganjuran bazar berterusan sehingga akhir Ramadan tetapi sekiranya pematuhan SOP masih diingkari dan dapati berlaku peletusan wabak atau jangkitan (COVID-19) di bazar berkenaan maka tempat itu akan ditutup,” katanya sambil mengingatkan perkara sama kepada penganjur Bazar Aidilfitri di sekitar Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang akan dibuka semula pada 17 April ini.

Susulan peningkatan kes Covid19, Annuar berkata memandangkan Wilayah Persekutuan KL merupakan pusat aktiviti ekonomi beliau menggesa semua ketua komuniti di setiap perumahan serta kediaman untuk ingatkan penduduk setempat supaya ppatuh kepada SOP antaranya ialah mengurangkan pergerakan atau urusan di luar rumah sekiranya tiada kepentingan.“Akhir sekali, semua pihak juga perlu memainkan peranan untuk membendung penularan wabak ini,”

Peniaga Luah Rasa Kecewa. Dah Nak Dekat Puasa Terkini Bazaar Ramadhan Di Kelantan Terpaksa Dibatalkan. Rupa Rupanya Ini Punca Sampai Terpaksa Dibatalkan.

Hari ini, kerajaan negeri Kelantan memberi kata putus membatalkan bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di seluruh negeri pada tahun ini berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak beberapa hari lepas. Memetik laporan Kosmo, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr. Izani Husin memaklumkan perkara itu menerus ‘posting’ di Facebooknya hari ini.

Menurut Dr. Izani, Program Madinah Ramadan juga ditukar menjadi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebagai satu ikhtiar demi membendung penularan wabak itu. Madinah Ramadan adalah satu program melibatkan solat tarawih berjemaah, berbuka puasa, sahur, penyampaian sumbangan fakir miskin, tazkirah dan bicara keilmuan.

Meninjau ke ruangan komen, belum sampai 1 jam ‘posting’ tersebut dimuat naik, rata-rata warganet yang juga merupakan rakyat Kelantan meluahkan rasa sedih dengan perkhabaran itu.Tambahan lagi apabila memikirkan nasib peniaga yang sudah bersiap-siaga bagi mengendalikan kedai jualan masing-masing. Bagaimanapun, kesemua mereka tetap akur dengan perintah yang ditetapkan.

Berdasarkan rekod, Kelantan mencatatkan sebanyak 171 kes Covid-19 semalam dan kini berada di kedudukan ke-3 tetinggi selepas Sarawak dan Selangor.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Berikutan Isu Rentas Negeri Bersempena Aidilfitri. Akhirnya Ismail Sabri Buka Mulut

Dilaporkan kerajaan akan meminta KKM untuk membuat pengumuman lebih awal berkaitan keputusan sama ada membenarkan rentas negeri bersempena sambutan Aidilfitri. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Menteri Kanan Keselamtam berkata, pengumuman lebih awal akan memudahkan orang ramai membuat persiapan dan mengurangkan kes.esakan pembelian tiket pengangkutan awam.

“Perkara ini di bawah KKM dan mereka yang akan membuat penilaian r.isiko,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Minum Petang bersama warga Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram di sini hari ini.Beliau juga menjangkakan pengumuman itu akan dapat dibuat pada awal bulan puasa nanti.“Kerajaan akan umum sama ada boleh atau tidak dalam waktu terdekat, kita pun tidak hendak ganggu orang balik kampung, hendak beli tiket kapal terbang atau bas.

Beliau ada mengumumkan kerajaan memperuntuk kira-kira RM 1.34 j.uta bagi tujuan menaik taraf pembangunan dan kemudahan asas di Pulada termasuk membaik pulih masjid, pagar serta penginapan.“Saya akan minta KKM supaya buat pengumuman lebih awal boleh atau tidak. Maka rakyat boleh bersedia. Bulan puasa saya akan beritahu kepada Ketua Pengarah KKM tampil dengan pengumuman, cadangan. Ini dibawah KKM sebab mereka yang buat penilaian,”jelasnya

Kata Ismail Sabri lagi, kerajaan tidak mahu kewujudan 31 kluster balik kampung berulang apabila rentas negeri dibuka seperti tahun lalu. Buat makluman pada 27 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu kerajaan akan meneliti kebenaran untuk merentas negeri dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Tetapi perkara itu akan diputuskan sebaik sahaja semua data berkaitan dianalisis oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Kes.elamatan Negara (MKN).

Ramai Yang Dah Tak Sabar Nak Balik Kampung Sempena Aidilfitri Nanti. Sekali Ismail Sabri Jawab Tentang Isu Ini Buat Rakyat Teruja.

Kementerian Kesihatan akan memutuskan sama ada membenarkan atau tidak bagi perjalanan rentas negeri semasa musim Hari Raya Aidilfitri akan datang, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Semua keputusan untuk membenarkan perjalanan rentas negeri berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan. Sekiranya mereka menganggapnya tidak sesuai kerana berisiko tinggi, kita tidak akan membenarkannya,” katanya.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu selesa dengan keadaan semasa berikutan jumlah kes Covid 19 masih tinggi. “Kita sekarang mencatatkan lebih 1,000 k.es setiap hari. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama sebelum ini, jumlahnya adalah kira-kira 300 kes setiap hari.

“Kita memberikan sedikit kelonggaran bagi membantu memulihkan semula ek.onomi. Apapun, kita perlu tunggu keputusan Kementerian Kesihatan,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya, Jumaat. Beliau turut menambah bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang cuba untuk merentas negeri dengan ‘permit rentas negeri yang palsu’ menjelang musim perayaan itu.

“Jika anda beli (permit) di luar dengan kelulusan polis, ia adalah salah. Polis tidak pernah mengeluarkannya seperti itu,” katanya. Ismail Sabri berkata, mereka yang mahu merentas negeri perlu memohon kebenaran di balai polis berdekatan, sambil memberi amaran bahawa tindakan juga akan diambil kepada sesiapa yang didapati menjual dokumen perjalanan palsu.

“Bagaimana mereka dapat memberikan persetujuan kosong tanpa melalui proses saringan yang sebenarnya?, pihak berkuasa perlu mengetahui sebab mengapa seseorang individu itu mahu melakukan perjalanan rentas negeri,” katanya. 

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Masih Ada Anggota PDRM Yang Enggan Terima Vaksin Covid19. Akhirnya Ketua Polis Negara Jelaskan Punca Mereka Enggan Ambil

Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan bahawa hampir 95 peratus anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia di seluruh negara bersedia terima suntikan vaksin Covid19. Beliau juga menjelaskan kira kira 3 peratus tak dapat terima vaksin atas faktor kesihatan. Bagi yang tak mahu ambil vaksin ini ada di beberapa negeri antaranya Kelantan, Kedah dan Perak. Beliau menjelaskan beliau berusaha untuk terangkan kepada baki 2 peratus ini tentang kebaikan kerana kita ambil pandangan daripada Kementerian Kesihatan.

“Itulah tempat rujukan. Bukan bom0h, pendeta, guru ajaran sest. Kalau saya tahu mereka ikut ajaran ssat, saya suruh mereka keluar daripada PDRM,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis pemakaian sayap juruterbang dan penutupan kursus lesen juruterbang peribadi di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara di sini, semalam.Abdul Hamid berkata, demikian ketika ditanya mengenai segelintir pegawai dan anggota PDRM di Kelantan yang dilaporkan enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Mengulas isu kompaun RM10,000 terhadap individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard Covid-19, Abdul Hamid menjelaskan tindakan itu diambil demi keselamatan orang ramai.“Kelmarin tular satu notis kompaun ditulis RM10,000. Kesalahan individu itu ialah gagal mendaftar MySejahtera. Peraturan itu dibuat dan dilaksanakan demi keselamatan orang yang berkunjung ke tempat itu. Jika mana-mana individu tidak mengikut peraturan, ia membawa risiko yang besar kepada lain-lain pengunjung di premis terbabit.

“Saya sudah jelaskan, mana-mana tindakan ialah atas budi bicara pegawai yang diberi kuasa untuk kompaun RM10,000, RM1,000, RM50 atau dimaafkan. Begitu juga saman trafik. Kita ada ruang untuk penjelasan dan justifikasi. Boleh merayu.“Jangan khuatir mengenai RM10,000 ini, tetapi khuatirlah jika dijangkiti Covid-19. Kompaun RM10,000 itu juga untuk pencegahan. Balik-balik muka yang sama atau premis yang sama buat kesilapan,” katanya.

Ramai Persoal Khairy Jamaluddin Tak Ambil Sutikan Vaksin Pfizer. Alasan KJ Buat Ramai Orang Terkejut

Khairy Jamaluddin selaku Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi menjelaskan bahawa dirinya tidak mengambil suntikn vaksin Covid19 keluaran Pfizer Biontech seperti mana menteri menteri yang lain. Beliau menjelaskan beliau sendiri membuat keputusan untuk mengambil suntikn yang sama seperti yang akan diterima oleh rakyat biasa.Katanya, Insya Allah, saya akan ambil mana-mana vaksin diluluskan seterusnya, kalau Sinovac, saya sedia, begitu juga Sputnik V keluaran Rusia atau Oxford-AstraZeneca dari Britain. Jelas Khairy tidak kiralah vaks1n itu Sinovac atau Sputnik V diluluskan terlebih dahulu, itulah yang akan diambil oleh beliau.

Tambahnya lagi, Saya lihat perdana menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan banyak kenamaan lain seperti menteri besar telah terima vaks1n (Pfizer-BioNTech).Jadi rakyat sudah semakin yakin (dengan Pfizer) sekarang. (Jadi) saya akan ambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya.

Pada masa yang sama, beliau turut berkata dia mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak mahu menerima suntikan jenis Pfizer-Biontech.Saya tahu ada warganet persoal kenapa Perdana Menteri, menteri-menteri, Menteri Besar, petugas barisan hadapan dapat vaksin Pifizer-Biontech tetapi rakyat pula disuntk vaksin lain.Konon dos syarikat lain itu kurang berkesan dan tidak mahal, justeru setelah meneliti balik beberapa hari lalu, saya memutuskan untuk disuntik bukan vaksin Pfizer-Biontech.

Kes Covid 19 Makin Meningkat. Terkini Malaysia Airlines Dengan Jalur Gemilang Terbangkan Vaksin Covid 19.

PUTRAJAYA:Pesawat penumpang Airbus A330-300 milik Malaysia Airlines yang dihiasi livery Jalur Gemilang bakal menempa sejarah apabila ditugaskan untuk menerbangkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech untuk keperluan Malaysia pada Ahad ini (21 Feb).Pesawat berkenaan akan membawa 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk penghantaran pertama ke Malaysia menjelang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Feb. Ketua Pegawai Operasi MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo),

Mohd Zulkefly Ujang berkata, pemilihan pesawat yang mempunyai livery Jalur Gemilang adalah simbolik yang melambangkan vaksin tersebut adalah untuk rakyat Malaysia. “Kita ada banyak pesawat dengan livery tertentu seperti Harimau Malaya,jadi pemilihan pesawat ini sudah tentunya kerana ada Jalur Gemilang untuk tunjukkan yang ini adalah untuk rakyat Malaysia ,” katanya kepada Bernama. MASkargo adalah cabang kargo Malaysia Airlines Bhd. MASkargo diberi tanggungjawab menyelaras proses penerimaan vaksin

di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Mohd Zulkefly berkata, tiada pengubahsuaian perlu dilakukan terhadap pesawat penumpang tersebut bagi membawa vaksin berkenaan kerana hanya bahagian kargo pesawat akan digunakan bagi tujuan tersebut.Menurutnya, sejak pandemik COVID-19 melanda, banyak pesawat penumpang digunakan untuk perkhidmatan kargo bagi memastikan hubungan perdagangan dengan negara luar dapat dilaksanakan. “Ketika pandemik penumpang tiada.

Oleh itu, kita laksanakan alternatif digelar P2C iaitu penumpang kepada kargo yang mana pesawat penumpang membawa peralatan seperti test-kit COVID-19, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan pelitup muka,” katanya. [Ikuti laporan perkembangan vaksin COVID-19 di sini] Mengenai persiapan di lokasi ketibaan vaksin,Mohd Zulkefly berkata, persiapan rapi sedang dijalankan di Advanced Cargo Centre (ACC), KLIA bagi memastikan proses penerimaan berjalan lancar. “Kita akan pastikan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19 seperti penjarakan fizikal dipatuhi oleh semua yang hadir,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa memaklumkan, vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech akan tiba di negara ini pada 21 Feb, menjelang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Feb ini.Muhyiddin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan. Fasa pertama program imunisasi itu bermula Februari hingga April melibatkan petugas barisan hadapan,diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya. Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas bermula dari Mei hingga Februari tahun depan. – BERNAMA

Bakal Terima Suntikan Vaksin Covid19 Pada Hari Pertama. Perdana Menteri Malaysia Dedahkan Akan Terima Pada 26 Februari

Dikhabarkan pada hari Ahad depan,vaksin Covid19 jenis Pzifer BioNTech akan tiba di negara kita manakala pelaksanaan Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan akan mula dilancarkan secara berfasa pada 26 Feb. Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan perdana menteri kita akan menerima suntikan vaksin tersebut pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama dengan petugas barisan hadapan.

Semasa melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini, perdana menteri berkata fasa pertama program itu akan melibatkan petugas barisan hadapan sehingga April diikuti fasa kedua bermula April sehingga Ogos melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi.

Manakala fasa ketiga pula akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula Mei tahun ini hingga Februari 2022.Menurut Muhyiddin, program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 sekali gus diharap dapat menamatkan pandemik COVID-19.

“Ringkasnya, vaksinasi amat penting untuk kita melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga orang tersayang iaitu ahli keluarga, rakan kerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti.Inilah juga maksud slogan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang saya perkenalkan secara rasmi hari ini, iaitu Lindung Diri, Lindung Semua,” katanya.

Kata Perdana Menteri berkata apabila semua orang telah dilindungi dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini berjaya dilaksanakan, ia akan memberikan impak positif termasuk membolehkan sektor ekonomi dan pelancongan kembali dibuka.Beliau juga menyatakan begitu juga dengan aktiviti ziarah-menziarahi, aktiviti bersukan kembali boleh dilakukan, namun masih terikat dengan amalan norma baharu.

“Inilah yang saya maksudkan apabila saya katakan bahawa vaksin COVID-19 adalah antara sinar harapan kita yang paling utama untuk kita menang dalam perang melawan COVID-19.“Pastinya, satu lembaran baru bakal terbuka dengan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada penghujung bulan ini,” katanya.

Oleh itu, beliau menasihati semua rakyat supaya jangan berlengah untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin dan hadir pada waktu yang telah ditetapkan untuk menerima dos pertama dan dos kedua.Sementara itu, Muhyddin berkata Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilancarkan hari ini adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut berhubung dasar program imunisasi.

“Ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam kita menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar yang akan dilaksanakan di negara kita.Buku panduan itu boleh dimuat turun menerusi laman web www.VaksinCovid.gov.my yang turut dilancarkan hari ini.

Dilaporkan Antibodi Bekas Pesakit Covid19 Hanya Mampu Bertahan Selama 6 Bulan. Profesor Ini Jelaskan Lebih Lanjut Tentang Kajian Yang Dibuat

Ada sebahagian besar individu yang pernah dijangkiti Covid19 memiliki antivodi yang mampi bertahan sekurang-kurangnya enam bulan selepas jangkitan. Hal tersebut ditunjukkan dalam sebuah kajian dilakukan oleh UK Biobank. Berdasarkan kajian tersebut,sebanyak 88 peratus pesakit yang sudah dijangkiti virus itu mampu mempertahankan antibodi badan mereka selama enam bulan manakala 99 peratus antibodi pesakit bertahan untuk tiga bulan.

Difahamkan hasil kajian ini selaras apa yang ditunjukkan oleh sejumlah kajian kecil laim sebelumnya iaitu ketahanan tubuh mamp bertahan dalam tempoh itu. Ketua Penyelidikan di UK Biobank,Profeser Naomi Allen menjelaskan pengkaji masih belum mengetahui adakah ketahanan itu juga dapat melindungi pesakit daripada virus Covid19 dengan varian baru yang dilaporkan mula merebak.

Macam yang dilaporkan Bloomberg,kajian dilakukan dari Mei hingga Disember 2020 terhadap 20,000 pesakit covid19 dengan melakukan ujian sampel darh bulanan dan memeriksa data gejala mereka. Dilaprkan dalam penemuan itu mendapati, meskipun antibodi mereka masih bertahan,namun 43 peratus daripada mereka masih merasai gejala seperti kehilangan deria rasa dan bau. Ad ajuga satu perepat daripadanya tidak menunjukkan sebarang gejala selepas pulih daripada jangkitan itu.

Baru Sehari Sahaja Lepas Terima Vaksin Covid19. Ramai Menganggap Ia Merupakan Kesan Vaksin Namun Ternyata Ini Punca Sebenar

Ternyata berita seorang doktor hembuskan nafas terakhir selepas mendapat suntikan vaksin covid19 heboh di Indonesia. Perkongsian rakan beliau di FB turut mendapat perhatian dan ramai rakyat yang risau sselepas mendapat tahu berita tersebut.

Bahkan Mereka menjadi semakin khuatir dengan kesan vaksin serta semakin tinggi rasa was-was untuk mendapat suntikan. Menurut rakannya itu, doktor berusia 49 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam keretanya, Jumaat baru-baru ini.

Difahamkan, beliau telah menerima suntikan tersebut pada Khamis, 21 Januari lepas. Profesor Yuwono itu yang juga seorang doktor menuntut agar pihak berwajib memberi penjelasan sama ada pemergian tersebut membabitkan vaksin Covid-19.

Apakah ini ada hubungannya dgn vaksin? Perlu penjelasan dari dinkes kota sebagai penanggungjawab vaksin sekaligus lembaga di mana sahabatku mengabdi.”Beliau pergi buat selamanya sebab…

Susulan kegusaran ramai mula heboh, pihak berkuasa Palembang tampil memberikan penjelasan. Menurut Kompas, doktor yang ditemui pada jam 9 malam itu dipercayai pergi buat elamanya akibat sakit jantung.Ia susulan keadaan beliau ketika ditemui di kereta dalam keadaan tingkap terbuka dan enjin dihentikan. Kata polis, ketika itu doktor tersebut ditemui dalam keadaan telungkup ke belah kiri dan tangan kanannya memegang dada di bahagian kiri. Bahagian bibir dan muka beliau juga sudah membiru.Ketika di lokasi, ubat Nitrokaf Retard ditemukan, mempunyai isi 10 biji (namun) satu sudah tiada, kemungkinan besar sudah dimakan.”Selepas soal siasat dan konsultasi, ubat itu disahkan untuk sakit jantung.”

Ada sejarah rawatan sakit jantung.Bukan setakat itu, hasil pemeriksaan rakaman CCTV di lokasi mendapati beliau parkir keretanya pada jam 8.05 malam (Jumaat, 25 Januari) namun tidak keluar langsung dari kereta selepas itu.Hasil siasat juga menemukan bintik pendarhan di kedua-dua bebola mata, dada, perut dan beberapa bahagian tubuh.”

Rakyat Indonesia Khuatir Sama Ada Vaksin Covid19 Halal Atau Tidak. Kerajaan Indonesia Sanggup Guna Taktik Ini Untuk Yakinkan Penduduk

Ketika berita negara mereka bakal menerima vaksin Covid-19, ramai rakyat Indonesia menyatakan kerisauan dan keraguan sama ada ianya halal di sisi agama Islam.Hal itu menyebabkan kerajaan terpaksa merancang strategi bagi meyakinkan penduduk negara tersebut mendapatkan suntikan vaksin. Menurut AsiaOne, selain Presiden Joko Widodo yang mendapat suntikan, beberapa orang artis dipilih untuk menjadi antara yang terawal menerima vaksin tersebut.

Raffi Ahmad selebriti pertama dapat vaksin.Mempunyai 50 juta pengikut di Instagram, Raffi Ahmad terpilih menjadi selebriti Indonesia pertama yang mendapatkan suntikan vaksin tersebut. Kelmarin, artis berusia 33 tahun itu telah melalui prosedur suntikan dan ada memuat naik gambar bersama Presiden Joko Widodo serta video ketika dia disuntik oleh doktor.Alhamdulillah vaksin. Semangat semuanya. Ayuh (dapatkan suntikan) vaksin, jangan takut vaksin.”

Selain Raffi Ahmad, Ariel Noah dan penulis, Risa Saraswati juga telah mendapatkan suntikan vaksin semalam. Menurut CNN, mereka ini selain Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa halal, barisan selebriti atau influencer ini diharap akan membuat rakyat mereka mendaftar dalam program vaksinasi nasional.

Taktik kerajaan untuk ‘tarik’ orang muda dapatkan suntikan vaksin.Pegawai kanan kementerian kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi berkata, keputusan untuk meletakkan selebriti di dalam senarai individu awal menerima suntikan bersama dengan hampir 1.5 juta pekerja kesihatan, adalah satu strategi untuk dirancang oleh kerajaan. Menurutnya, ia bertujuan agar selebriti ini semua dapat ‘menarik’ dan meyakinkan golongan muda bahawa vaksin tersebut selamat dan tidak memberikan kesan buruk.

Selain barisan menteri dan frontliners, Indonesia kini sedang dalam perancangan dan dijadualkan akan menyuntik vaksin Covid-19 kepada hampir 180 juta rakyatnya dalam tempoh 15 bulan akan datang.Negara itu mencatatkan 870,000 jumlah kes Covid-19 setakat ini dengan lebih 25,000 pemergian manakala seramai lebih 711,000 dilaporkan sembuh.